“NAH!!” Afiqa
menghulurkan sehelai tisu kepada Katrina. Air mata merembes laju menuruni lekuk
pipi gadis itu.. Afiqa yang melihatnya sekadar menggeleng.
“Sudah-sudahlah tu, Rina oii.. Tak guna kau menangis sebab lelaki tak guna tu!” nada suara Afiqa sedikit meninggi.. Menzahirkan rasa geramnya.. Katrina menjeling tajam pada Afiqa.. Bahu rakannya ditumbuk halus..
“Aduh! Sakitlah! Kasar betul..”
“Padan muka kau.. Jangan kutuk dia lagi!” marah Katrina.
“Buat apa kau nak bela lelaki macam tu.. Bukannya dia sayangkan kau pun..” bicara Afiqa spontan.. Tidak menyedari apa yang telah diungkapkannya sendiri.. Katrina semakin sebak. Tangisan dan raungannya semakin menjadi-jadi.. Resah Afiqa jadinya.. Bahu rakannya pantas diusap-usap lembut..
“I’m sorry..” Afiqa cuba untuk memujuk, namun tidak menjadi pula apabila tangisan itu masih lagi sama nadanya.. Aduh! Kau punya pasallah ni!
“Okey.. Aku mintak maaf, Rina.. I’m so so sorry..”
Berkepul-kepul tisu dicapai Katrina.. Dilap pula pipinya yang basah.. Nafasnya yang tidak teratur itu, ditarik dan dihembus berulang kali sehinggalah dia kembali tenang.
“Kau memang kawan tak guna, Fiqa!” bahu Afiqa dicubit Katrina perlahan.. Bak kata orang cubit-cubit manja.. Afiqa tergelak halus dengan perangai rakannya itu..
“I think, I need some space to have peace in my mind… by going to some place, maybe?”
Lambat-lambat Afiqa mengangguk setuju.. Dah okey ke kawan aku ni?
“Baguslah! Daripada kau duduk memerap aje dalam banglo bapak kau tu, baik kau keluar sikit.. Kasi tengok dunia ni, macam mana.. Biar mata kau terbeliak tengok, masih banyak lagi lelaki….”
Afiqa menghentikan biacaranya selepas sedar akan ketelanjuran akan ayatnya yang mungkin akan mengundang kembali tangis gadis itu.. Huh.. Nightmare aku nak melayannya..
“Kau nak pergi mana?” Afiqa mengajukan soalan lain pantas. Gelas jus oren di atas dulang yang terletak elok di atas meja kopi, dicapai lalu dihulurkan pada Katrina..
“Oh.. Tak surelah… Nanti-nantilah aku fikir..” Afiqa mengangguk sahaja.. Segala rancangan rakannya akan sentiasa disokong..
“Ikut suka hati kaulah.. Asalkan kau bahagia!”
KACA
matanya dibetulkan posisinya agar dapat dibetulkan dengan kedudukan yang selesa.
Matanya merenung tajam pada skrin komputer di rumahnya.. Satu persatu ayat
dibacanya, kemudian diulang lagi.. Mahu mencari ideanya yang sudah hilang itu..
Page itu discrollkan ke atas sedikit
lalu bacaannya diulang lagi..
Usai membacanya, bibirnya laju mengungkapkan kata dengan sendirinya.. Ha! Dah dapat idea! Papan kekunci laju menulis itu dan ini mengikut setiap gerak tari jarinya itu.. Sekejap jari itu menari ke kiri kemudian ke kanan.. Dan begitulah sebaliknya. Tiba-tiba, jarinya terhenti menulis… Dahinya berkerut-kerut seperti menahan kentut seribu lamanya untuk dilepaskan…
“Kemudian… kemudian.. kemudian apa, ya? Ha! Kemudian, Syarul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan….”
Ting tong! Ting tong!!
“Kejap! Sebelum mengungkapkan… mengungkapkan..”
Ting tong!
“Mengungkapkan.. argh! Dah tak ingat! Siapa tu?!!” marah Afiqa. Berang apabila ada orang yang menganggunya ketika konsentrasinya pada penulisannya..
Ting tong!!
Afiqa merengus! Dah lebih loceng ni..! Kakinya menapak laju ke arah pintu utama.. Loceng itu masih juga belum berhenti daripada berbunyi.. Afiqa melepaskan dengusan yang kasar! Nasib tak ada keluar asap dari hidung aku ni! Kalau tak, memang dah aku bakar pintu ni!
Pintu rumahnya dibuka..
“Siapa?” mata Afiqa berlari-lari mencari mana orang yang bermain dengan locengnya tadi. Ligat sekali mata itu mencari, namun hampa bayang satu orang pun tak kelihatan. Takkanlah hantu kut! Matanya tertacap pada pagar rumahnya apabila dirinya dirasakan bagaikan diperhatikan seseorang..
“Lari!! Lari!!” bising sekali suara budak-budak yang bertempiaran berlari ke sana sini saat mata Afiqa tajam membunuh anak mata anak-anak kecil itu.. Huh! Budak-budak ni.. Memang sengaja nak cari pasal! Macam tak ada tempat lain nak main!
Pintu itu ditutup Afiqa kembali. Kerusi di hadapan komputer ditarik lalu duduknya dilabuhkan di situ.. Nafasnya ditarik dalam-dalam.. Mencari kembali moodnya untuk menulis.. Dia perlu fokus kembali.. Tangannya diregangkan seketika.. Ayat terakhir diulang bacaanya..
“mengungkapkan.. yang, I love you? Hesy! Apa ni.. Tak syok langsung.. Takkanlah ayat dia jadi, kemudian, Syahrul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan yang I love you? Hisss.. Tak patut..” jari Afiqa rancak mengetuk-ngetuk perlahan atas meja kerjanya. Jauh sekali angan itu terbang. Mahu mencari di mana hilangnya ayatnya tadi..
“Ahh! Dah dapat! Mengungkapkan yang…”
Ting tong!!
Afiqa merengus kasar.. Hiss.. Siapa pulak tu? Kalau budak-budak tu lagi... siaplah.. Aku kejar sampai hujung kampung nuh!
“Siapa?” Pintunya dibuka.. Kelihatan ada seorang wanita yang sekian berabad juga, berdiri di hadapannya.. Dahi wanita itu berkerut-kerut.. Entah kenapa, datang rumah orang dengan dahi berkerut macam tu sehinggakan dia sendiri mahu berkerut-kerut juga dahinya.
“Cari siapa?” Afiqa menyoal sopan..
“Mak cik cari anak-anak mak cik.. Tadi, mak cik nampak dia ada main dekat sini..” wajah Afiqa sedikit berubah.
“Oh.. anak mak cik ke tu? Tadi, dah berlari ke sana.. Tapi, ke mana saya tak pasti.” Balas Afiqa sopan.. sisa geramnya ditahankan saja.. Alah, depan mak dia aje.. Nanti kalau jumpa budak tu, aku seligi kepala budak-budak tu nanti!
“Oh.. Ya, ke? Kalau macam tu.. tak apalah. Mak cik pergi dulu.” Afiqa mengangguk sambil tersenyum manis, memandang pemergian mak cik itu.. Pintu rumahnya mahu kembali ditutup.
“Tumpah se air.. Tumpah dua air.. Numu neja ne kia, sapene dikeair.. Habbatum, merademmmm….” bulat mata Afiqa saat melihat Sulaiman yang datang dari arah pintu pagar rumahnya sambil memetik gitar dan menyanyi lagu hindustan itu..
“Suka tak?” soal Sulaiman tersengih panjang.. Giginya terserlah.. Afiqa sekadar memberi senyuman sinis..
“ Suka? Suka sangat.. Thanks.. Terharunya..” balas Afiqa meluat. Nada suaranya seprti ditahan-tahankan sahaja.. Sulaiman tersenyum penuh makna, sangkanya akan kata-kata Afiqa itu semuanya benar.. Topi di kepalanya, dibetulkan..
“Dah tak ada apa-apa kan? Fiqa nak masuk.. Bye!” balas Afiqa seraya mahu menutup pintu rumahnya namun segera dihalang Sulaiman..
“Tunggulah dulu.. Kenapa awal sangat? Baru aje jumpa.. Tak puas lagi..”
“Tapi, Fiqa dah puaslah! Dahlah! Fiqa ada banyak benda lagi nak buat!” pintu itu mahu ditutupnya lagi.. Saat pintu rumahnya mahu ditutup, Sulaiman lantang memanggil namanya. Afiqa merengus kasar..
“Hih.. Apa lagi?” bentaknya namun matanya membuntang apabila budak-budak dan mak cik tadi berdiri di hujung pagar rumahnya sambil mengangkat tinggi kertas yang dibawa mereka.. Matanya memerhati satu persatu perkataan itu..
“I Love You!” sambung Sulaiman.. Lantas, sebuah kotak dikeluarkannya.. Badannya didudukan dan kotak itu dibuka.
“Sudi tak… Fiqa kahwin dengan Man?”
Afiqa tergelak kecil.. Lebih kepada ketawa mengejek..
“Ah.. So sweet of you, Man.. Thanks.. But, no!!!”
Dummm!!!
Pintu rumahnya ditutup sekuat hati.. Kahwin? Oh.. Please.. Dia tidak pernah lagi memikirkan tentang itu semua.. Tubuhnya disandarkan di pintu.. Degup jantungnya berdegup tidak kena pada temponya.. Kenapa berdebar sangat ni? Huh! Takkanlah…
Afiqa menggeleng.. No! Jangan harap aku jatuh hati pada si Man tu! No! Akalnya yakin, jantungnya berdebar hanya kerana belum pernah ada mana-mana lelaki yang meluahkan perasaan mereka padanya.. Biarpun, dia hampir-hampir dulu, tapi itu sudah sejarah.. Nyatanya, dia belum pernah melaluinya lagi.. Huh.. Just rilekslah.. Tak ada apa-apa pun. Kakinya mahu disambung kembali ke arah meja kerjanya..
Ting tong!
Ah!! Once again.. Matanya mengerling sekilas pada pemukul bola lisut yang disandarkan pada rak kasut di tepi bahagian pintu utamanya.. Pemukul bola lisut itu dicapai..
“Kau nak apa lagi, Man? Nak aku sumbatkan pemukul ni ke dalam mulut kau?!” marah Afiqa saat pintu itu dibuka.. Geramnya semakin menjadi-jadi.
“Wehh.. Apahal ni?” soal gadis itu terkejut dengan sergahan yang tidak disangka-sangkakannya..
“Eh.. Rina?”
Afiqa sempat melirik pada temannya yang sangat santai pakaiannya.. Gadis itu siap membawa bagasi lagi… Bagasi? Nak buat apa?
“Ada apa ni?” Katrina tersenyum panjang..
“CEPAT,
Fiqa!! Cepat!!” Katrina termengah-mengah berlari sambil membawa bagasinya..
Penat betul! Tak cukup tanah rasanya, dia berlari.. Penat!!
“Sabarlah!” Afiqa membetulkan gengamannya pada beg bimbit yang mahu dibawanya.. Sengal rasanya sendi dilengannya.
“Hiss.. Tak boleh! Dah lambatlah!” Katrina berpatah kembali, berlari semula ke arah Afiqa.. Lengan gadis itu ditarik Katrina laju agar membuntutinya.. Panggilan terakhir penerbangan ke Bali sudah diumumkan menyebabkannya semakin melajukan lariannya..
“Sabar.. Sikit aje lagi.. Dah nak dekat tu!”
Sesampainya mereka di kaunter, mereka terus check-in segera.. Semuanya diuruskan oleh Katrina.. Kalau disuruh Afiqa? Jangan harap dengan nafasnya yang turun naik ni.. Nak bercakap pun susah.. Mahu semput jadinya.. Sesudahnya, dia hanya berdiri sahaja di sisi bagasi-bagasi itu..
“Dah siap! Fuh! Lega!” Katrina menayangkan kedua-dua passport di dalam tangannya sambil tersenyum manis. Bunyi riuh rendah yang secara tiba-tiba di KLIA itu menarik perhatian mereka..
“Ada apa tu?” soal Katrina.. Lehernya memanjang melilau ke sana sini.. Afiqa yang berdiri bertentangan dengannya turut mahu memusingkan badannya namun.. malangnya bahunya tiba-tiba dilanggari seseorang dari arah belakang..
“Ouch..” Afiqa mengaduh.. Bahunya yang sudah sengal semakin sengal dirasakan.. Lelaki yang terjatuh akibat terlanggarnya, direnung.. Lelaki itu lantas berlari meninggalkan Afiqa begitu sahaja.
“Apa kena dengan mamat tu?! Bukannya nak mintak maaf!” bebel Afiqa.. Sakit hati! Sakit jiwa! Biadap betul lelaki tu! Bahunya diurut-urutkan, mahu menghilangkan rasa sengal di bahunya.. Sedang ralit matanya, memerhatikan bahunya, matanya terhenti pada sesuatu objek di lantai itu..
Apa ni? Pen? Pen itu dicapai lalu dibeleknya.. Matanya terhenti pada satu arah.. Ada namalah.. Airish..
“Siapa lelaki yang langgar kau tu?” soal Katrina mendekati ke arah Afiqa.. Bahu rakannya diusap lembut..
“Okey, tak?”
“Okey, je..” balas Afiqa sambil tersenyum.
“Siapa lelaki tu?” Afiqa menjungkitkan bahunya..
“Tak tahu…”
“Apa tu?” mata Katrina menuju ke arah pen yang dipegang Afiqa..
“Pen.. Lelaki tu punya, mungkin.. Terjatuh tadi lah tu..” Katrina merampas pen yang dipegang Afiqa.. Pen itu turut dibeleknya.. Matanya terhenti lama pada nama yang terpapar di pen di situ. Kemudian, kepalanya mendongak memandang akan banyak manusia yang sedang mengejar seseorang yang agak jauh dari mereka.. Matanya menikam tajam pada Afiqa.
“Oh My God, Fiqa… You’re so lucky..”
“Kenapa?” soal Afiqa tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Katrina.
“Pen ni!”
“Yeah.. So, what dengan pen tu?”
“It’s belongs tu Airish!”
“Airish? Who is he?”
“Airish! Lelaki yang popular di Malaysia ni!”
Afiqa termenung.. Pen yang berada di tangannya dilihat lama.. Airish? Tak pernah kenal pun.. Sesekali di benaknya terfikir akan adakah dia yang tak up-to-date ke, atau kawannya yang gila?
“I’M
so sorry, Fiqa.. I only got this, for us..” Katrina melabuhkan duduknya di
sebelah Afiqa yang berada di hujung tingkap. Afiqa sekadar melemparkan senyuman
manis..
“It’s okey! Alah, no worries.. Lagipun, economy class is not too bad.. Still okey..”
“Serious?”
Afiqa mengangguk yakin..
“Time aku nak booking this tickets, semuanya dah penuh untuk first class. So, only this left. Jadi, aku ambil ajelah.. Tak sangka pulak, ramai yang nak pergi bali bulan ni!”
“Mungkin musim orang putus cinta kut..” usik Afiqa.. Katrina sempat membalasnya dengan menghantar jelingan tajam buat rakannya..
“Kau perli aku, eh?”
Afiqa menggeleng sambil tersengih. Sengihannya akhirnya mati tatkala, memandang wajah serius Katrina. Marah ke kawan aku ni? Afiqa pantas turut memandang ke hadapan, arah yang sama dilihat oleh Katrina..
Matanya membulat tiba-tiba.. Kepalanya digeleng.. Oh, tidak!!
“I think, this vacation will be the tragic one!” Katrina mahu bangun tapi lengannya ditarik Afiqa.
“No! Jangan buat kecoh kat sini, Rina! You can’t do that..” Afiqa memberikan peringatan. Suaranya ditekankan sedikit.
“Siapa yang mula dulu! Dia kan? So, this is not my fault!” Katrina pantas melangkah ke arah ruangan di mana letaknya ruangan first class. Wajahnya dimimikkan serius.
“I’m sorry, miss. Only first class passenger can go through..” halang seorang pramugari apabila menyedari Katrina yang mahu menapak ke arah ruangan itu.. Afiqa sekadar membuntuti Katrina dari belakang, bimbang akan rakannya akan melakukan sesuatu di luar jangkaan nanti..
“Do I look care about it? If you want me to buy this whole aeroplane, I still can afford it! Now, move aside! I have something to settle down, right here!” Katrina memberi amaran.. Naik gerun juga pramugari dengan amarah Katrina itu.. Apatah lagi melihat wajah berang gadis ini..
“I said, get aside!!” terus ditolak pramugari itu.. Laju langkah Katrina dihalakan pada gadis yang duduk di bahagian hadapan untuk ruangan kelas pertama itu.. Afiqa membantu pramugari tersebut bangun..
“I’m so sorry.. Don’t worry.. I’ll comfort her, right away..” Afiqa terus mengikuti jejak langkah Katrina..
“Rina! Stop!” bisik Afiqa perlahan di telinga Katrina.. Malangnya, Katrina hanya berlagak umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan pula.. Wajah perampas kekasihnya dipandang dengan penuh dendam.. Tubuh Katrina berdiri tegak di sisi kerusi Maria itu.. Gadis itu kelihatan khusyuk merenung sekeping pamplete.. Dengan kasar, pamplete itu dirampas Katrina lalu dikoyakkan..
“What you’re doing?!” bentak Maria.. Agak kaget dengan tarikan daripada Katrina tentang pamplete yang dipegangnya..
“What I’m doing? Buta ke? Aku berdiri depan kau ni!.. perempuan bodoh!” serpihan kertas-kertas yang dikoyakkan tadi, dihembuskan kuat ke arah wajah Maria.. Berang Maria jadinya.
“What? Bodoh?! Hello! Watch out, when you want to talk! I’m not that type.. Lagipun, siapa yang bodoh sekarang ni? I ke? Kalau I bodoh…” sinis mata Maria mengerling pada Katrina yang sedang bepeluk tubuhnya.
“tak adalah aku hilang BOYFRIEND aku, kan!” sambung Maria lagi.. Perkataan boyfriend itu sengaja ditekankan tinggi.
“Kurang ajar, kau!” rambut Maria ditarik kuat Katrina.. Begitu juga dengan Maria.. Mereka saling tarik menarik.. Semua orang di dalam kabin first class, semuanya memandang pada mereka yang sedang bergaduh sakan.. Pramugari-pramugari yang ada, sibuk untuk menolong meleraikannya.. Kecoh seketika suasana di situ.. Masing-masing begitu khusyuk memerhati drama babak istimewa ini.. Afiqa segera menarik bahu Katrina.. Keadaan yang semakin tak terkawal itu begitu membimbangkannya..
“Rina.. Dah.. Let’s go!” akibat daripada pergaduhan antara Maria dan Katrina, Afiqa ditolak tidak semena-menanya.. Tubuh Afiqa terdorong ke belakang.. Afiqa yang tidak dapat mengimbangkan badannya terus terjatuh..
“Arghh!” jerit Afiqa.. Jeritan kecil itu menghentikan pergaduhan yang sedang hebat berlangsung tika itu.. Katrina berpusing ke belakang.. Matanya membulat.. Berliter-liter air liurnya ditelan..
“Sakit tahu, badan aku! Asyik kena tolak aje, hari ni!” omel Afiqa geram.. Tangannya yang berada di lantai, mahu ditolak ke atas, untuk menolak tubuhnya agar bangun berdiri pantas.. Tapi, tolakkannya tidak menjadi apabila dirinya terperasankan sesuatu. Ini bukan lantai ni… Lantas, diraba-rabanya lantai itu.. Kenapa lantai ni tak flat?
A’ahh.. Bukan lantai lah tapi rasanya macam… paha seseorang! Oh My… Nafas Afiqa bagaikan tersekat-sekat menahan perasaanya sendiri.. Wajahnya diraupkan.. Wajah seseorang di sebelahnya tidak mahu dipandang..
“I’m sorry..” paha yang diduduki Afiqa tadi, lantas digosok-gosok kembali..
“Sakit?” soal Afiqa seraya tersenyum.. “Sorry..”
“Airish?” Katrina menyoal.. Bibirnya melongo luas.. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.. Airish sekadar mengangguk dengan wajah masam mencukanya.. Langsung tiada sebarang senyuman diberikan..
“Dah! Jom!” Afiqa lantas menarik lengan Katrina agar mengikutinya.. Wajahnya sudah cukup merah..
Bahang di wajahnya masih jelas terasa.. Apa yang berlaku tadi, bagaikan diulang tayang kembali.. Afiqa menggeleng laju..
Ah!! Malunya!!
best.
ReplyDelete