Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 5



Misi Cinta Gila
Episod 5

Masa balas dendam! Yeah! Shiqin dah senyum jahat. Tangan kiri dah peluk bola jaring sambil mata tajam pandang kak Athirah yang sedang mengenakan bit bola jaring itu. Rasa macam ringan aje tangannya nak baling bola tu. Kasi kena kepala tu, biar jadi biul sikit. Otak tahu nak menggoda pakwe orang aje. Tak guna!

Semua dah masuk padang. Masing-masing juga sudah berada di posisi seperti yang ditetapkan. Pandangan tajam Sakinah a.k.a minah yang tumbuk dia, tidak dihiraukan. Jadi GA aku hari ini, mana nak kena belasah dengan minah tu. Minah tu jadi GD. Haha..

Wisel dibunyikan. Suasana semakin kecoh. Perlawanan antara pelajar dan staf sudah dimulakan. Alia yang menjadi centre memainkan peranan dengan baik. Tak tunggu masa yang lama, bola sudah berjaya cecah tangan Shiqin. Shiqin dah senyum jahat. Hihi. Kak Athirah adalah GD. Dia ada peluang nak kenakan perempuan tak guna ni.

Alia di luar kawasan D bijak menggunakan segala ruang yang akhirnya berjaya membawa Shiqin dekat dengan tiang gol. Tiba masanya untuk shoot. Bola diangkat tinggi ke udara. Haih. Shiqin tak nampak. Apa ni? Tinggi sangatlah minah ni.

Ah! Shiqin peduli apa. Demi nak tunjuk hebat depan Ilman, dia shoot jugak.

Pheutt...

Bola keluar. Grrr.. Berasap kepala Shiqin. Bola sudah bertukar tangan. Kak Athirah sempat bertukar senyuman dengan Shiqin. Macam senyuman sinis meskipun nyatanya tidak. Nak kena minah ni. Permainan sekali lagi dimulakan. Bola sudah dibaling jauh ke gelanggang lawan. Bola ke lain tapi Shiqin ke lain. Sengaja dirempuhnya kak Athirah.

Pheutt.. Sekali lagi wisel berbunyi.

"Kekasaran!!" jerit pengadil. Masing-masing bulat mata pandang aksi yang terlebih aktif Shiqin itu. Shiqin puas! Puas kuasa dua! Pertama sebab dia menggatal dengan Ilman dan kedua dia telah dimalukan gara-gara minah ni!

"Thira.." Shiqin dah panjang muncungnya. Apa ni? Ilman datang ke arah Athirah. Shiqin makin berapi lah.

"Buat apa nak sentuh dia? Bukan muhrim! Panggil orang lain! Mana orang bertugas ni? Bawak kak Athirah ni pergi." senang-senang aje Shiqin mengarah. Mata Ilman dah cukup tajam tikam padanya.

"Yang kamu tolak dia tu kenapa? Kalau cikgu tak silap, kamu sengaja kan? Bola ke lain, kamu ke lain!!" percakapan Ilman sudah bertukar formal. Hilang sudah panggilan abang. Tapi, itu bukan masalahnya. Shiqin mahu luruh jantung dengar gegaran suara itu.

Pertama kali dia dimarahi seteruk itu. Orang tersayang pulak tu. Muka usah dicakaplah. Tak tahu nak letak ke mana. Semua orang sepertinya pandang serong kepadanya.

Buk!!

"Ouchh!!" Shiqin dah baring atas tanah. Sakitnya!! Belakangnya macam kena tolak sesuatu yang keras aje. Pantas, laju sahaja kepalanya pusing belakang.

"Kinah!!" suara Ridz bergegar lagi. Haih. Ni bukan koir. Asyik nak tunjuk vokal masing-masing aje. Ah! Ini bukan masanya nak berloyar buruk. Belakang aku ni.. sakit. Mana Ilman ni? Tak nak tolong aku ke?

Mata cari Ilman. Terpancar kekecewaan di wajah Shiqin. Ilman sudah ikut ke mana kak Athirah di bawa. Sampainya hati. Dia lebih pentingkan perempuan itu darinya?

"Eqin okey?" darah laju naik ke muka. Terkejut bila tangan kasar itu menyentuhnya. Jantung berdetak laju bila nampak Ridz yang begitu dekat dengannya. Desah nafas lelaki itu bisa dia rasai menghembus ke wajah.

"Lepaskan..saya." Shiqin dah tergagap.

"Get off from my boyfriend!!"

"Kinah!! Stop it! Tak insaf lagi?" Sakinah terdiam.

"Mari saya tolong papahkan awak. Jom!"

"Tak nak! Lepaskan saya." masa tu mulalah mata cari Alia.

"Alia.. Tolong?" Alia hembuskan nafas. Di kelas dia, di sini pun dia jugak kena angkut minah ni.. Apa masalahnya kalau suruh si Ridz pun? Mamat yang dia suka pulak tu.. Tolak tuah betullah minah ni.. Haih..

Nak tak nak, Alia patuh juga dengan Ridz setia ikut dari belakang..
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com