Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 11
Misi Cinta Gila
Episod 11
"Woishh...Teruk jugak kaki kau tu, Thira." mata Kak Piah terpanah pada kaki yang terkedek-kedek berjalan itu. Bagai itik pulang petang. Lemah gemalai sungguh jalannya. Aduhai..
"Nak buat macam mana, kak? Dah nasib.." nasib kepala otak aku! Berlagak baik semacam. Huh! Kenapalah si Ilman tu tak pernah nak ambil berat tentang dia? Masa hari kejadian aje, dia punya peluang untuk bermanja dengan lelaki itu, tapi..itupun sekejap aje.
"Siapa yang langgar kau? Akak baru tahu.. Kecoh jugak orang duk bercakap sana sini." soal Kak Piah. Dia cuti masa hari sukan itu. Nak buat macam mana. Tak sempat nak tengok show yang dikatakan panas itu.
Athirah sempat mengulum senyum. Sorry, Ilman. Aku bukannya baik sangat untuk tutup rahsia ni. Kalau terpaksa, aku boleh buat pelajar kau ni terseksa nanti. "Shiqin.." Kak Piah kerut dahi.
"Siapa pulak tu? Tak kenal pun Kak Piah. Cikgu baru ke?"
"Tak lah, kak. Student," membulat mata Kak Piah.
"Apa? Student?!" Besar benar mulut Kak Piah. Sungguh dia tak percaya kerana dia dengar orang itu sengaja buat begini pada staffnya ini.
"Nak buat macam mana. Nasib..."
"Nasib apa bendanya ni? Akak ingatkan cikgu mana yang buat kau macam ni. Tapi, ini...student? Huh! Ini memang melampau. Akak dengar dia sengaja. Betul ke?" Athirah terdiam sekejap. Patutkah aku...
"Agaknyalah..."
"Huh! Tengok! Memang kurang ajar betul budak tu!! Apa? Dia ingat mentang-mentang kamu ni librarian aje, dia boleh buat macam tu?" Athirah senyum simpul. Rasa seronok pulak telinganya bila mendengar orang menyebelahinya begini.
"Kamu...tak nak buat report ke? Kasi ajar sikit budak tu."
Athirah diam dengan cadangan itu.
CUIT-CUIT, Shiqin tak pandang-pandang jugak. Ridz mengeluh. Ralit benar minah ni. Apa yang dia buat? Wajah Shiqin dijeling sekejap sebelum arah matanya dipaksa mengikut ke mana gerak mata Shiqin terarah.
Sekejap kepalanya menggeleng bersama keluhan. Shiqin yang mendengar keluhan lelaki itu, tundukkan wajahnya sedikit.
"Lagi?"
"Awak buat apa kat sini?" dingin Shiqin menyoal. Kalau lelaki ini datang kepadany semata-mata mintak penjelasan akan apa yang jadi semalam, dia memang tak ada mood untuk bercakap sekarang.
Mata kembali terarah ke arah Ilman dan Athirah. Serius benar nampaknya apa yang mereka bualkan itu.
"Sini!!" Shiqin membulat. Terkejut. Tak sempat nak menghalang apa-apa, tubuhnya sudah terdorong mengikuti lelaki itu. Mahu rentap tangan pun bagai tak terasa. Tangannya macam kebas. Kejap benar pegangan lelaki itu.
"Apa dia?!" bentak Shiqin geram. Mata sempat meneliti pemandangan di sekelilingnya. Tempat yang sama, yang selalu mereka jumpa.
"Kau tak ada maruah ke?"
"Apa?!" lagi Shiqin baran. Sudahlah main tarik-tarik lepas tu kena cop perempuan tak ada maruah? Oh my..sungguh buat aku speechless sekarang ni.
"Awak ni..kenapa? Apa masalah awak ni?"
"Kau tu.." Shiqin kerut dahi. Kenapa perlu dikaitkan dengan dirinya pula?
"Kenapa dengan saya?" Ridz yang sedang bercekak pinggang dipandang tak berkelip. Terdengar keluhan terbit di bibir lelaki itu.
"Kau tahu kenapa Ilman tolak kau mentah-mentah macam tu?" dengan mata yang membulat, lancar sahaja soalan itu meluncur dari mulut lelaki itu. Shiqin angkat kening sambil kepalanya menggeleng.
"Sebab...kau ni tak pernah..." Ridz tarik nafas. Tak! Dia tak boleh cakap kasar begitu pada Shiqin. Serta merta apa yang tersirat di minda ditolaknya dari diluah di bibir.
"kau tak boleh nak angkat sikit maruah kau sebagai perempuan?" Shiqin gelak tiba-tiba. Sinis benar bunyinya.
"Kenapa dengan awak ni? Jangan nak cari pasal dengan saya! SIbuk nak cari pasal..."
"Sebab itulah cikgu Ilman yang kau sayang-sayang sangat tu dengan mudahnya tolak kau mentah-mentah macam tu," Shiqin terdiam. Segala kata sinis yang ingin disuara kepada lelaki itu terhenti di situ sahaja.
Salah diakah dengan apa yang jadi ni? Shiqin terdiam menjadikan suasana sepi antara mereka.
"Kau nak aku ajarkan kau macam mana? Supaya Ilman nampak kau nanti?" Shiqin terkejut dengan tawaran itu. Wajah Ridz dicari. Lelaki itu seriuskah?
"Aku serius." Shiqin terkelu. Namun sempat dalam pada itu kepalanya mengangguk.
"Keluar date dengan aku, hujung minggu ni. Non stop!" kepala yang tertunduk terus tegak mencari mata lelaki itu.
"Awak gila? Siapa..."
"Kau nak aku ajarkan tak?" Shiqin diam.
"So...ikut ajelah." sambung lelaki itu.
"Tapi..."
"Aku akan bertanggungjawab nanti. Untuk apa-apa yang mungkin akan berlaku nanti sepanjang kita keluar."
Jaminan sudah disuarakan. Terus..bagaimana Shiqin? Haruskah aku terima? Yes...or No?
Somebody..please tolong jawabkan untuk aku!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
