SINARAN lampu suluh yang liar cukup
meresahkan Hairil. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan bertindak
seberani itu. Mulanya, dia hanya menganggap itu sekadar gurauan bodoh sahaja.
Tapi, bila dia melihat pada skrin telefon Liyana akan panggilan yang dibuat
gadis itu benar, dia mula bertindak. Tangannya segera mengheret gadis itu untuk
menyorok!
Kepala
Hairil rapat ke dinding. Dadanya turun naik berulang kali. Usah cakap bagaimana
perasaannya. Cukup resah! Dan rasa resah itu turut dirasai Liyana. Tetapi bukan
kerana lampu suluh itu.
"Awak.."
panggil Liyan. Agak kuat suara itu.
"Shhh.."
Hairil memintas laju dalam nadanya yang ditahankan. Liyana ketap bibir.
"Mana
budak-budak tu? Tak ada pun." terjah satu suara. Liyana cuba memanjangkan
lehernya. Hairil yang melihat tingkah itu cepat-cepat dia tarik kepala gadis
itu agar rapat ke dadanya kembali.
“Apa
awak buat ni? Saya nak tengok diaorang kejaplah,” gumam Liyana dengan nada
geramnya. Hairil mengjengilkan kedua-dua biji matanya.
“Kau
gila?! Jangan nak mengada!” marah Hairil dengan nada yang sama. Liyana tarik
muncung.
"Ini
tak lain tak bukan, mesti panggilan palsu ni." rungut suara lain pula.
Terdengar keluhan antara mereka.
"Haih..
Apa nak jadi dengan budak-budak ni? Suka sangat main-main. Tak tahu ke dia,
yang kita banyak kerja. Aduhai. Apa nak jadilah.." Bebel suara yang
awalnya tadi pula. Liyana ketap bibir. Dia tidak berpuas hati. Dia tak tipulah!
Lantas, kepalanya ingin dipanjangkan sekali lagi namun sekali lagi juga itulah
Hairil tarik kepala gadis itu. Kepala itu ditarik rapat ke dada bersama tangan
sasa lelaki itu yang memegang kepala Liyana agar tidak lari lagi dari dadanya.
Liyana membulat matanya. Oh my God!
Liyana
cuba meronta namun tenaganya tidak begitu kuat untuk melawan. Lantas dia
berdiam diri begitu sahaja. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah kumpulan
JAIS itu pergi.
Hairil
cuba melihat keadaan sekeliling. Bila tampak okey, nafas kelegaan mula kedengaran. Lega. Kepala Liyana
dilepaskan. Namun, Liyana tidaklah pula tarik kepalanya dari dada Hairil.
Pura-pura tidak sedarkkan diri. Hairil pandang Liyana. Bahunya menolak badan
Liyana sedikit. Liyana buat bodoh.
"Hoii!!
Larilah dari badan aku ni! Diaorang dah baliklah." marah Hairil.
"Alah!
Diaorang ada lagi tu. Duduklah sini sikit lagi. Satu jam dua ke, barulah kita
lari." Membulat mata Hairil dengan jawapan Liyana.
“Apa
kau cakap? Jangan mengada! Cepat! Aku dah naik rimas ni.” Liyana menggeleng.
“Tak
payahlah. Kejap lagi. Limi minit,” jawabnya malas. Sambil matanya terutup lagi.
“Bestnya! Selesalah.." gumam gadis itu perlahan.
"Apa
kau cakap?!" Liyana membulat. Opss! Dia dengarkah? Bibir bawahnya digigit.
Aduh! Habis kau Liyana. Apa pasal menggatal tak bertempat sangat?!
ARGH! Penatnya! Balik sahaja dari
pejabat Hairil, Liyana terus baring ke atas katil. Hujung matanya sempat
menjeling telefon bimbitnya. Tercetus gelak kecil di situ. Bermula dari gelak
kecil, tawa itu kian kuat.
“Alah.. Dah sampai ke?” Liyana
memuncung panjang. Tidak suka! Terasa sekejap benar dia melabuhkan punggung di
dalam kereta Hairil ini. Hairil yang melihat perangai mengada Liyana merengus.
“Eh! Baliklah kau! Dah lewat ni! Dah
nak dekat pukul dua dah ni,” Liyana pura-pura menguap lalu dia buat-buat tidur
di situ. Hairil menggeleng.
“Aku
kata bangunlah!” bahu itu digoncang Hairil. Kuat. Pabila tiada respon dari
Liyana, makin kuat Hairil tolak bahu itu. Liyana mendengus. Tidak suka ditolak
begitu.
“Isyh!
Lurus bendullah awak ni. Kalau lelaki lain, tentu dah bawak saya ke lain ni.”
Hairil ketap gigi. Eh, budak ni! Jauh macam tu sekali dia pikir? Kepala Liyana
ditolaknya menjauhinya.
“Eh,
kau ni. Cubalah jual mahal sikit.. Tak ada cabaran langsung untuk lelaki nak
kejar kau,” membulat mata Liyana.
“Dah
nak buat macam mana, saya tak ada chance!
Orang tu jual mahal sangat. Kalau saya jual mahal, dua-dua rugi! Saya tak nak
jadi manusia yang rugi..” Hairil ketap bibir. Cakap dengan minah ni, memang
sampai bila-bila dia tak akan menang!
“Haih..
Memang saya dah gila! Bila awak marah, macammana saya boleh nampak awak lebih mengancam, ya?”
terkedu Hairil. Hilang terus amarah yang ingin memuncak dalam dada. Liyana
kerdipkan bulu mata. Gaya perempuan comel.
“Dah!
Keluar!” Liyana mencebik.
“Awak
tak minat ke tengok saya buat gaya macam ni? Cantik tak?” Hairil pandang
Liyana. Gadis itu berusaha keras mengerdipkan bulu mata sekali dengan bahunya
yang naik sekali. Sampai macam tu sekali?
“Kau
ingat cute ke bila kau buat macam tu?” soal Hairil malas. Malas nak melayan. Makin layan makin mengada budak ni. Liyana tarik muncung. Badannya disandarkan
di kepala kerusi. Sengaja cari pasal dengan Hairil. Apa salahnya? Kan? Sengaja
lengahkan masa.
“Tak
cute ke? Habis nak buat macam mana supaya nampak cute? Perlu saya buat gyomi?”
Hairil menggeleng. Jadi geram pulak.
“Eh,
aku penatlah.” Bersinar mata Liyana mendengar keluhan itu.
“Huh?
Penat? Kalau macam tu jom! Jom tumpang tidur rumah saya. Boleh berkenalan
dengan parents saya,” Hairil makin geram. Sabarnya makin nipis.
“Kau
keluar.” arahnya tegas dalam nada mendatar. Liyana tarik nafas. Tahu benar
intonasi suara itu. Sengaja tau nak menghalau dia!
“Pintu
kunci..” Liyana beri alasan. Hairil pandang pintu tersebut. Aah! Kunci! Lalu tanpa
berlengah, tangkas sahaja tangannya menekan punat di sisinya.
“Dah bukak..”
Hairil pandang Liyana.
“Tak
boleh bukaklah. Tubuh saya tersekat..” Liyana cuba nasib lagi. Tubuhnya terkial-kial
cuba bangun, namun tidak berhasil.
“Awak..
Kenapa ni? Saya rasa saya kena tindih lah! Tak boleh bangun ni? Hah!! Macam
mana ni?” Liyana bersuara cemas. Hairil sudah tidak mampu bertahan lagi. Segera
dia keluar dari perut kereta. Terdiam Liyana dengan aksi spontan lelaki itu. Ke
mana lelaki tu nak pergi? Nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini ke? Keningnya
diangkat seraya kepala pusing belakang, mencari jejak lelaki itu.
Sibuk
mencari di mana Hairil, tanpa dia sedar pintunya dikuak dari luar.
“Argh!”
terkejut Liyana. Dadanya diurut. Menjeling tajam pada Hairil. Apalah mamat ni?
Buat orang takut ajelah. Ke sini rupanya.
“Kau
dah kenapa?” Liyana diam, tidak mahu menjawab. Sebaliknya, matanya setia
memandang akan tingkah Hairil yang membuka tali pinggang keledar yang mengikat
tubuhnya tadi.
“Macam
mana? Feel better? Dah tak rasa kena
tindih lagi?” terkebil-kebil mata Liyana pandang Hairil. Dia sindir akulah ni?
Huh! Asyik kena sindir aje ni?
“Sekarang
ni, rasa okeylah. Tapi kalau awak tindih saya nanti macam mana?” Hairil geram
dengan sikap mengada Liyana ini. Tangan Liyana dia tarik keluar. Terkejut
Liyana. Tubuhnya terdorong ke hadapan.
“Aduh!
Sakitlah! Janganlah kasar-kasar, merah tau kulit saya nanti,” Hairil buat
bodoh. Apa dia peduli?
“Dah!
Aku balik dulu,”
“Alah..
Dah nak balik ke?”
Tanpa
menjawab soalan Liyana, awal-awal lagi kaki itu masuk ke dalam perut kereta.
Liyana angkat kening. Sampai hati dia tinggal awek dia kat luar ni sorang-sorang. Langsung tak romantik.
Kakinya
dijungkit. Ingin melihat di mana keberadaan kereta Hairil. Eh, mamat ni? Biar betul?
Baliklah sini balik! Dia sengaja tinggalkan kasut dia dalam kereta lelaki itu!
Argh! Apa ni? Dia tak nak pulangkan ke?
Baru
kaki itu ingin melangkah masuk ke dalam, ada kereta laju sedang reverse menuju
ke arahnya. Liyana angkat muka. Wajahnya terus berubah! Riak keterujaan semakin
meninggi. Wah! Tak sangka! Oppa
Hairil! What? Oppa? Ah! Apa-apalah! Yang penting heronya dah datang.
Kereta
itu berhenti tepat di hadapan Liyana. Liyana angkat kening bila cermin kereta
di hadapannya dibuka. Terjengul wajah kacak Hairil.
“Dah
agak! Kalau kena penangan Liyana, takkan boleh tinggal lama-lama punya! Itulah.
Tadi, elok-elok dah JAIS ada, boleh kahwin free-free. Eh, awak tahu tak? Sekarang ni, perempuan-perempuan cantik ramai demand macam-macam tau bila lelaki ajak kahwin. Yang awak
ni? Cubalah bersyukur sikit bila dapat saya ni. Cantik kebabom ni.”
Krik..
Krik.. Tiada respon dari sesiapa.
“Apa kau mengarut ni? Aku datang
sebab inilah. Nah!” dicampak kasut tumit tinggi itu dari luar tingkap. Membulat
mata Liyana. Berani dia buang kasut aku? What?
“Kenapa pulangkan balik? Pergilah
bawak jumpa bomoh ke apa? Buat minyak pengasih ke?” Hairil senyum sinis.
“Untuk
apa? Aku tak buat semua tu pun, aku dah dapat!” Liyana senyum girang! Jerat yang
kena!
“Really?
Wow! Nampaknya ada orang tu jual mahal dengan makna yang tersiratlah.” Hairil
senyap. Salahkan diri sendirilah tu sebab terlepas cakap.
“Jangan
nak mengada! Daripada aku buat minyak pengasih, baiklah aku santau kau dengan
kasut tu. Ada jugak faedahnya. Aman hidup aku.” Liyana buat muka.
“Cakap
aje pandai. Buatnya tidak! Berani awak nak santaukan saya? Percayalah selama
awak hidup, hidup awak tak akan tenang tahu tak? Sebab apa? Sebab saka Liyana!”
Liyana gelak jahat. Dalam sibuk dia tayang gelak jahat ala-ala gediknya, kereta
itu sudah menderum laju ke hadapan.
Tersedak
terus ketawa itu. Liyana ketap bibir.
“Hey!
Hairil! Hairil! Balik sini balik! Balik sini balik! Urgh!” dicampak kasutnya ke
arah kereta itu. Alah. Tidak kena!
Ting!
Liyana
bangkit dari baringnya. Baru tersedar dari anganan yang baru sahaja berlalu beberapa jam yang lepas. Dicapai Iphone itu. Ada satu mesej masuk melalui
aplikasi whatsapp itu. Bibirnya mengoyak senyum. Ada voice mesej lah.
Jari
mula tekan, download! Beberapa saat berlalu.. siap! Tanpa berlengah lagi,
jarinya terus memainkan mesej itu.
“Apa
kau dah buat pada facebook aku?!”
Liyana
gelak tak sudah. Tergolek-golek dirinya ketawa atas katil. Mesej itu dibiarkan
begitu tanpa berjawab. Jarinya bergerak menekan butang pada aplikasi facebook. Diskroll
atas bawah. Tiada? Haih! Dibawa jari itu ke butang search.
Jari
mula menaip sesuatu. Loading sekejap. Sabar menunggu. Bila dah jumpa, bibir
mengoyak senyum manis. Senyuman panjang tahap tak ingat. Dibuka timeline akaun
facebook itu.
Status
paling latest..
Inilah dia.. Wanita idamanku,
sepanjang masa.
Akanku jadikan kau miliku. Hanya milikku.
Akanku jadikan kau miliku. Hanya milikku.
Itu
bunyi status tersebut. Liyana pandang gambar tersebut. Ada seorang wanita yang
bergambar dengan berlatarbelakangkan gambar Hairil. Liyana senyum manis. Wanita
itu sungguh sempurna dan cantik. Di bawah status itu ada hashtag. Wow!
#Liyana<3Hairil_Forever
Liyana
senyum sumbing. Alahai Oppa Hairil ni.. Tak perlulah nak kecoh-kecoh. Tahulah sayangkan
saya sangat-sangat. Seketika, tawa jahat mengilai lagi.
Liyana
oh Liyana.. Apa nak jadi?


Liyana n gediks xdpt dipisahkan
ReplyDeleteTerima kasih