Pengikut Setia.. XD

Monday, 1 December 2014

Cerpen : Harapan



AKU berjalan laju. Selaju yang mungkin. Derapan langkahku sama laju dengan detak jantungku. Detakan jantung yang begitu memeritkan. Bebola mata begitu ligat kuputarkan ke kanan dan kiri.

            “Balqis!” Aku masih berjalan. Laju. Cuba untuk menghindari dari memberhentikan langkahku yang kian jauh ini.

            “Puteri Balqis Binti Syed Amir..” automatik, langkah yang rancak itu mati. Benci apabila nama penuh aku menjadi panggilannya. Nafasku yang hangat cuba kuaturkan sebaik mungkin agar riakku ketika ini tampak tenang dan bersahaja. Luapan larva marah yang sedang memuncak di dalam diri kutahankan sebaik mungkin. Tidak boleh meletus di sini. Ini terlalu umum buatku. Mataku kuhalakan ke hadapan. Berhadapan dalam ayat yang mudah bertentangan mata ke mata ke arah lelaki di hadapanku ini.

            Khuzaimi Syahrul Bin Tarmizi. Budak Asasi Kejuruteraan tahun satu.  Dia ni alim sikit. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Mungkin pertama sikap dia yang lemah lembut dan sopan, menjadikan semua wanita-wanita di sini begitu menggilainya dek diri lelaki itu sepertinya memenuhi cita rasa wanita-wanita di sini untuk mempersuamikan orang sepertinya. Dan yang kedua, wajahnya kacak! Memang ku akui kacak! Tapi, kacak atas rupa. Buat apa. Tak akan kekal semuanya. Pinjaman Tuhan ni tak lama. Tapi, walaupun ia sekadar pinjaman ia memang menjadi lumrah bagi manusia ataupun dikenali sebagai kaum hawa untuk memilih lelaki berwajah kacak sepertinya. Bak kata orang pasti kita mahu bila bangun tidur ada wajah yang menenangkan hati, mendamaikan jiwa di sebelah. Bukannya bila bangun nampak gorilla di sebelah. Begitulah analoginya. Oleh itu, si Syahrul ni digilai ramai. Ramai yang meminati dia, tapi bukan aku! Sorry to say.

Oh, ya. Berbalik kepada tadi. Sebuah nama yang berjaya buatkan aku tak tentu arah. Bukan kerana cinta ataupun seangkatan dengannya, okey! Cuma, aku tak suka dengannya kerana.. entahlah. Susah nak cakap. Entah kenapa aku kurang gemar apabila berhadapan dengannya. Apakah aku malu? Oh god! Tolonglah. Janganlah buat aku ketawa. Nak malu apa ke bendanya dengan pak ustaz ni. Dia pandang aku pun tidak. Tak percaya? Tengok ni. Mata aku sengaja memanah tepat ke matanya. Kami bertatapan seketika sebelum lelaki itu bertindak terlebih dahulu melarikan pandangan matanya.

See? Dia ni pemalu!

“Astaghfirullah..” Aku tergamam. Mendengar kalimah itu keluar dari bibirnya buatkan aku terasa malu. Sindiran yang cukup pedas. Aku jadi panas hati sedikit.

“Apa awak nak? Cakaplah. Saya tak ada masa ni.” tuturku masih lembut. Masih kenal dan tahu untuk memilih budi bicara yang baik.

“Kenapa awak offkan, handphone awak semalam? Awak tak sudi nak bercakap dengan saya ke?” bibirku tersenyum. Senyuman sinis. Apa jenis pak ustaz ni! Belajar agama ke tidak? Bercakap dengan aku melalui telefon, hendak. Tapi, bila pandangan kami bertaut mulalah berlagak alim. Oh my.. dia tak tahu malu ke apa? Dia tak tahu ke kalau nak cakap dengan aku tu juga dikira sebagai dosa. Zina namanya! Zina hati!

“Itu hak sayalah. Apa awak punya hak sampai nak tegur saya segala. Telefon saya, ikut sayalah sebab saya tuannya. Atau telefon tu awak yang hadiahkan buat saya? Tak kan? Jadi, ikut suka hati sayalah kalau saya nak angkat atau tak. Sudahlah. Saya malaslah nak layan orang macam awak.”

“Tunggu! Balqis.” Langkahku sekali lagi terhenti. Apa lagi yang dia nak? Kepalaku dipusingkan sedikit menghadapnya, sebagai tanda aku ingin cepat dan tidak berminat ingin melanjutkan bicara dengannya.

“Hari ni.. Jom kita makan sama-sama. Makan tengah hari. Saya belanja.” aku tersenyum sinis padanya. Huh. Itu bukan dating namanya pak ustaz? Dia ingat aku bodoh ke?

“Syah…”

“Bukan kita berdua. Awak boleh ajak sekali Wawa untuk ikut awak sekali. Tak apa kalau kita jumpa jika perempuan melebihi laki-laki. Yang tak eloknyanya jika satu orang perempuan dan satu orang lelaki kerana syaitan akan wujud sebagai yang ketiga.” Aku diam. Tak tahu mahu membalas apa. Terkadang rasa tergamam plus terkedu pun ada. Dia macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam kotak fikiran aku. Muka aku tiada riak. Serius. Syahrul pandang aku.

“Awak jangan bimbang, Balqis. Saya ada terbaca satu hadith ni. Nabi Muhamad SAW ada berpesan lelaki dan perempuan yang keluar berdua akan wujudnya yang ketiga yakni syaitan. Jadi seeloknya dari sudut hukum kalau nak keluar antara lelaki dan perempuan, eloklah si perempuan tersebut membawa seorang mahramnya. Sebenarnya, tak salah dan tak ada hukum pun dalam mengatakan bahawa jika lelaki dan perempuan keluar berdua ni haram, cuma Nabi kita berpesan bimbang akan timbulnya fitnah nanti. Jadi, untuk mengelakkan berlakunya perkara sedemikian eloklah jika si perempuan membawa mahramnya. Sekurang-kurangnya, pertemuan mereka itu akan ada batasnya dan akan wujudnya rasa malu antara mereka jika mereka mahu berjumpa secara berlebih-lebihan.” Aku termalu sendiri. Faham sangat dengan maksud ‘berlebih-lebihan’ nya itu. Ceh! Macamlah kalau aku jumpa kau aku akan ‘berlebih-lebihan’ dengan kau. Dia ingat aku jenis macam tu ke? Syahrul tersenyum. Manis senyumannya. Oh, memang aku dah gila. Sebelum aku jadi lebih gila, baik aku pergi. Serabut!

“Jadi, macam mana Balqis? Bolehlah, ya? Kita keluar. Dah berkali-kali saya ajak, dan berkali-kali jugaklah awak tolak. Kesian saya dah berkali-kali saya tunggu. Lama pulak tu. Ingat tak dapat jumpa orang jumpa bayang pun jadilah. Tapi, awak macam mengelak dari saya. Nasib baik dalam hati saya ada awak. Sekurang-kurangnya, saya dapat rasa kehadiran awak. Jauh tapi terasa dekat.” Aku mencebik. Dah memanglah kau tak dapat bayang aku kalau bayang aku asyik ikut aku. Ayat hyperbola habis. Huh. Memang beginilah lelaki. Ayat mengalahkan bagai langit ketujuh manisnya. Tapi, bila kita dah jatuh ke tangannya nanti, mulalah kita dilayannya bagai habis madu dihisap sepah dibuang. Memang sukar dijangka kaum adam sekarang ni. Dan mereka semua.. Totally tak boleh dilayan sangat!

“Balqis? Balqis..? Hai.. Balqis? Sedar tak ni?” Aku bagaikan baru terjaga dari sesuatu. Aku mengelamunkah? Oh god! Malunya!

“Jadi, macam mana?”

“Tengoklah, macam mana. Saya tak janji.” Jam tanganku kutilik sekejap. Mulutku terlopong. Alamak! Aku dah lewat. Aku dah janji dengan Wawa nak study sama-sama hari ni, di library. Pantas, aku segera melangkah. Melangkah selaju yang mungkin. Tidak mahu memungkiri janji.

Ini semua tak akan terjadi kalau si mamat tu tak mencelah. Geram aku! Kerana dia, aku dah mungkir janji.


“SORRY, lambat. Sorry, Wawa. Aku bukannya sengaja…” Sebaik sahaja kakiku menjejak lantai perpustakaan, terus suaraku bergema.

            “Shhh…”

            Aku terdiam. Opss! Lupa. Ini tempat awam. Kuatkah suara aku tadi? Entahlah. Kuatlah kut. Sebab nampak semua macam bengang aje denganku. Aku mana tahu. Kerana sangkaku Wawa ambil tempat duduk di tempat yang paling hadapan. Kebiasaannya, memang tempat di hadapan ini menjadi port kami berdua. Tapi, lain pula jadinya hari ini. Leherku memanjang. Mencari di mana keberadaan Wawa. Ramai pulak dalam library hari ni. Oh! Patutlah. Senior-senior aku ada exam keesokkan harinya. Patutlah, sesak sikit hari ni. Aku tersengih. Berkata dalam isyarat ‘Maafkan saya. Saya tak sengaja.’ Lalu aku segera menapak ke arah Wawa yang berada di meja paling hujung di sudut sana.

            “Sorry, lambat.” Ujarku sambil tersengih sekali lagi. Wawa senyum. Manis senyumannya. Kepalanya menggeleng sahaja. Tak kisah. Pasti itu jawapannya. Dari mula aku berteman dengannya sehinggalah kini, tak pernah walau sekali dia merungut berkata itu dan ini padaku. Memang dia ini jenis yang macam tu. Bukannya lurus. Hello, jaga mulut sikit. Wawa bukannya lurus cuma sejak kecil memang dia dididik begitu. Lemah lembut dan sopan aje gayanya. Gaya perempuan melayu asli zaman dahulu kala.

            “Wawa! Tak nak tanya ke mana aku pergi tadi?” sengaja aku berkata begitu. Mahu bergurau. Wawa senyum lagi. Cantik senyumannya. Secantik orangnya. Tapi, entah kenapa senyumannya tampak layu dan tidak bermaya.

            “Kau kenapa, wawa? Tak sihat ke? Migrain lagi? Sakit lagi ke?” rasa prihatinku naik memuncak. Melihat keadaan Wawa yang bagaikan tidak berapa sihat itu sedikit membimbangkan aku. Wawa memang punya migrain. Dia tidak seperti yang lain. Dia juga punya asma. Jadi, kami tidak boleh melakukan aktiviti lasak seperti rakan-rakan kami yang lain. Aku? Boleh aje nak join aktiviti-aktiviti macam tu. Cuma aku tak sampai hati nak tinggalkan dia macam tu. Lagipun, apa gunanya kawan kalau tidak saling membantu. Kalau aku tiada di sisinya, siapa lagi mahu menjaganya kerana aku yang paling rapat dengannya. Jadi segala-galanya tentang dia aku ambil tahu dan aku yang paling tahu.

            “Wawa. Jom kita ke kliniklah. Aku risaulah.” Aku luahkan apa yang terpendam dalam diri aku ketika ini. Tidak tenteram dirasakan aku ketika ini. Mahu belajar pun susah. Nak fokus macam mana kalau asyik tengok si Wawa ni. Wawa ni pulak kadang-kadang ada degilnya juga. Cuma tidak terlalu kontra. Liatnya mahu ke klinik bukan main. Mengalahkan haiwan masuk kandang. Tak mahu! Ngeri katanya. Entah tang mana yang ngeri aku pun tak tahu.

            “Tak ada apa-apalah. Aku, okey. Dah jom study. Are you ready?” aku tergelak kecil. Lucu yang pastinya melihat renungan mata Wawa yang dirasakan lawak itu. Kepalaku ku angguk sedikit.

            Baru kami berura-ura mahu bermula dengan subjek Bussiness And Accounting ada beberapa orang gadis datang menyerbu ke arah kami. Terkejut aku dibuatnya apabila gadis-gadis itu mengerumini kami berdua. Di wajah mereka terpancar wajah tidak sabar. Entah apa ke benda yang dia duk excited sangat tu?

            “Eh, Balqis. Seronoknya kau. Jumpa Syah senyap-senyap, ya. Tak bagitahu kami pun. Eee! Jealousnya aku kat kau. Bestlah kau. Apa dia cakap?” serbu minah pertama. Aku tercengang. What? Syah? Ini yang dia duk hebohkan sedari tadi? Ini topik hangatnya? Tentang Syah? Dari mana dia tahu? Cepatnya tersebar. Aku baru aje jumpa dia. Dah heboh ke? Dah kecoh ke?

            “A’ahlah kau Balqis. Beruntung kau. Bestlah kau. Syah cakap apa? Eee! Seronoknya aku. Kalau dia jumpa aku tadi, memang aku dah tak sampai sini dah. Aku bawak dia melencong ke lain. Kau ni.. janganlah jual mahal sangat.” Jual mahal bapak kau! Ingat aku tak ada maruah ke? Murah sangat aku nak ajak dia jalan-jalan bagai. Dia tu siapa? Aku ni siapa? Bukan mahram brader! Cakap senang macam dosa pahala dia yang buat.

            “Cepatlah, Balqis. Janganlah sombong sangat. Bagitahulah kami. Nak jugak kami tahu. Janganlah kedekut sangat. Kami nak tahu.” Aku pening. Serius aku pening bila berada di tengah-tengah orang ramai ini. Berlapis-lapis suara jadinya akibat terlalu ramai orang yang mengerumuni aku dan Wawa.

            “Nak tahu apanya? Tak ada apa-apa yang berlakulah. Aku tak dengar pun dia cakap apa. Isyh.. Ya, Allah. Eh, pergi duduklah. Bisinglah. Tak nampak ke orang nak belajar? Tuu. Nampak sign tu? Tak nampak ada jari kat bibir dia? Tandanya.. Diam! Dah, pergi sambung buat kerja.” Kerumunan berakhir. Berakhir dengan kritikan. Kritikan pada aku yang pastinya. Kutahankan sahaja kata-kata mereka.

            “Sombong. Berlagak. Baru Syah jumpa dia sekali dua tapi berlagak macam Syah suka dia. Piraahh. Macamlah kita tak nampak yang dia duk tersengih-sengih, tergedik-gedik bercakap dengan Syah tadi. Dasar tak malu.” Allah! Pedihnya. Mulut perempuan mana tu? Aku cincang-cincang nanti. Tokok tambahnya memang pedas. Cukup rasa bersama cili api bagai. Sesedap dia aje cakap macam tu. Orang macam nilah mengakibatkan fitnah berleluasa sekarang ni.

Tang mana betulnya entah apa yang dia cakap tu. Auta aje lebih. Okey! Mungkin betul aku ada tersengih sekali dua. Tapi, entah bilanya aku tergedik-gedik dengan si Syah tu? Hih.. Geram aku. Menyedari akan Wawa yang duduk tercegat di hadapan ku itu, pantas ku halakan wajahku ke wajahnya. Terserlah wajahnya yang sedikit muram.  Tidak seceria seperti tadi.

            “Sorry, Wawa. Where are we? Jom sambung.”

            “Tak apalah, Balqis. Aku rasa macam kepala aku sakit sangat sekarang ni. Aku nak ke kliniklah.” Aku kaget.

            “Huh? Nak ke klinik? Okey-okey. Tunggu kejap. Bagi aku lima minute untuk aku kemas. Sekejap.”

            “Tak payah. Aku boleh pergi sendiri. Kau nanti nak jumpa Syah kan? Nanti kau lambat pulak. Aku boleh pergi sendiri. Masih larat lagi.” Lagi aku terkejut. Dari mana Wawa tahu ni? Macam mana dia tahu Syah nak jumpa aku?

            “Aku pergi dulu. Assalamualaikum..” aku diam. Mulutku sunyi tanpa sebarang bicara. Diriku tergamam sebenarnya. Melihat Wawa yang persis berkecil hati membuatkan aku serba salah. Serba salah yang amat bersar kerana Wawa belum pernah bereaksi sebegitu rupa denganku. Ini kali pertama dia berlagak seperti itu. Bermakna pasti ada sesuatu yang aku tak tahu. Aku diam. Cuba menganalisis dengan sebaik mungkin akan puncanya.

Dan di kala itu, di dalam benakku, timbul satu persoalan. Wawa ada hati jugakah pada Syah?


TEPAT jam lima petang. Aku pulang. Pintu bilik tidak berkunci. Sebaik sahaja dedaun pintu kutolak, kulihat Wawa sedang duduk di birai katil. Memandang ke luar tingkap. Wajahnya kosong tanpa riak. Di sisi dahinya terletak satu pelekat berwarna putih. Sakit kepala lagi tu. Aku menapak perlahan sambil dedaun pintu bilik kami kututup dengan penuh lembut. Bimbang akan menganggunya. Beg sandang ku letakkan di sisi katil sementara langkahku ku atur ke arahnya dengan hati-hati. Punggung ku henyakkan di sisinya. Aku kecewa. Wawa langsung tidak pandang ke arahku. Dia merajukkah? Marah lagikah?

            Perlahan-lahan, tangannya ku capai. Plastik putih bersaiz kecil bertukar tangan. Dia kelihatan masih diam. Cuma matanya tunduk memandang akan bungkusan pemberian ku itu. Plastik itu dibuka dan dikeluarkan isinya. Cadbury . Aku senyum. Harap dia suka. Tapi, nampaknya sekali lagi aku dikecewakannya. Plastik itu diletakkan jauh darinya. Di atas meja. Aku berkecil hati tetapi ku cuba tahankan. Takkan aku pula yang berkecil hati. Aku yang buat salah. Jadi, aku yang harus meminta maaf.

            “Wawa.. aku..” belum sempat aku memulakan bicara, Wawa bangun. Dia keluar. Entah ke mana. Lagi hatiku berdarah. Sampainya hati kau, Wawa. Detik hatiku sendiri. Hembusan nafas lembut terhela di situ. Aku bangun dari katilnya. Ingin menukar pakaian. Tapi, bila sahaja aku bangun, tiba-tiba aku terpandangkan sedikit cebisan foto kami berdua dalam helaian bukunya. Nampak dari segi rupa, seperti diari. Aku menggeleng. Biarkan.

            Baju segera ku salin. Begitu juga dengan seluar jeans. Ku tukar ke pakaian yang lebih relaks. Baju kolar bulat dan kain batik. Lebih santai dan selesa. Tubuhku ku ingin baringkan segera. Penat. Penat belajar dan penat berfikir tentang hubungan persahabatan antara aku dan Wawa yang tiba-tiba bertukar dingin itu.

            Sebut tentang hal aku dan Wawa… Aku bangun. Mataku memandang pada buku tersebut. Rasa serba salah menghimpun diri. Sebenarnya, apa yang Wawa marahkan pada aku sampai macam tu sekali? Sebelum ni, tak pernah dia berkelakuan begitu pun. Lalu, atas dasar rasa ingin tahu yang membuak kuturutkan rasa hati. Baru jari pertama berlabuh di buku itu, hatiku terasa bagaikan dicengkam seribu. Lalu, jari itu ku tarik kembali.

            Berdosa! Ya, berdosa selongkar hak privasi orang. Aku masih tahu batasnya. Tak! Aku tak boleh berkelakuan sedemikian. Kalau tahu dek Wawa nanti, tak ke makin teruk hubungan kami nanti. Lantas, aku kembali ke katilku. Ku baringkan tubuh. Menghadap siling. Fikiranku jelas tidak tenteram. Masih bermain-main di minda akan imej buku tersebut. Leherku ku angkat sedikit. Pandang sekali. Dua kali pandang. Tiga kali.

Okey! Cukup! Sudah! Baiklah. Akhirnya, aku turutkan rasa hati. Sedang berperang hebat dengan hati sendiri. Sama ada mahu menyelongkar ataupun tidak akan buku ini. Tetapi, melihat dari segi rupa buku ini, tampak sepertinya baru dicatitkan sesuatu di situ. Pasti tentang mereka berdua. Ya dia pasti tentang itu. Mahu selongkar atau tidak?

Lalu, rasa bersalah ku tolak ke tepi. Rasa berdosa juga aku tolak ke tepi. Aku tahu ini dosa tapi kalau ini sajalah satu-satunya cara bagi aku untuk menjernihkan hubungan kami berdua. Aku terpaksa lakukannya.  Aku tak sanggup kehilangan sahabatku ini. Aku sayangkan Wawa.

Satu persatu helaian jadi tatapan mataku. Dari satu helaian berganjak demi helaian. Masa berganti masa sehingga aku begitu ralit dengan coretan rahsia itu. Sehinggalah tibanya satu helaian itu, membuatkan aku terkedu seribu bahasa. Lalu, buku itu ku letakkan kembali. Sebelum buku itu ku letakkan di bawah bantalnya, sempat ku tilik gambar kami berdua. Memori yang cukup indah, merakamkan sejuta kenangan yang menggamit rasa. Mengalir air mataku saat terbayang saat kami ketawa bersama, berhibur bersama, berduka bersama, berkongsi cerita, berkongsi rasa.. Buku itu kuusap penuh kasih.
Maafkan aku, Wawa.


“KAU pergi mana?” soalku terus sebaik sahaja kelibat Wawa muncul kembali di dalam bilik. Wawa tidak menjawab soalan aku. Dia hanya mencapai tualanya dan bergegas ke almari. Mahu ambil pakaian dan mandi.

            “Aku tak jumpa Syah pun hari ni. Bukan hari ni aje, hari-hari sebelum ni jugak.” Aku perasan akan tindak tanduk Wawa yang seakan-akan berhenti sebentar tadi itu. Pasang telinga. Cantik! Pasti Wawa berminat nak dengar penjelasan aku.

            “Aku tak minat plus tak suka pun dekat Syah tu.” jelasku lagi.

            “Apa kau mengarut ni, Balqis? Aku tak fahamlah.” Wawa bangun dari dudukkannya yang mencangkung. Tuala di bahunya dibetulkan sebelum bertindak ingin keluar. Aku bergegas mencapai diarinya. Dan terus aku layangkan di udara. Menunjukkan bahawa aku sudah membaca isi hatinya. Wawa kaget. Wajahnya bertukar tegang.

            “Kau buat apa ni, Balqis? Berani kau ceroboh hak privasi aku? Kenapa kau jadi macam ni? Bak sini balik! Aku tak suka kau sentuh barang aku.” Wawa menapak ke arahku. Buku itu ingin dicapainya.

            “Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau sukakan Syah?” soalku setelah dirinya merapati diriku. Wawa kelihatan kaget. Hilang bicaranya.

“Kenapa kau tak bagitahu aku, Wawa?” ulangku lagi.

            “Kau memang tak hormati aku, Balqis. Aku tak sangka kau seberani ni ceroboh hak aku. Aku tak suka! Dan bila..” kata-katanya mati sebaik sahaja aku memeluk dirinya. Wawa jelas terkejut dengan tindakan drastik ku ini.

            Hangatnya pelukan kami ketika ini sehingga air mataku juga terasa tempiasnya. Mataku ku pejam.

            “Maafkan aku, Wawa. Aku tak tahu kau sukakan dia. Sumpah aku tak tahu. Kau jangan buat aku macam ni. Kau jangan hukum aku kerana ni. Aku tak sukakan dia, Wawa. Percayalah. Aku tak pernah pasang angan-angan nak bersama dia. Maafkan aku, Wawa.” Wawa kaku dalam pelukan aku. Aku pantas leraikan pelukan antara kami. Mata kami saling bertentangan.

            Akhirnya, Wawa pergi sahaja tanpa meninggalkan bicara. Aku memejam mata. Bunyi beep dari telefon bimbitku, segera ku capai. Tertera nama Syahrul di situ. Segera ku buka peti masuk mesej itu.       

Kenapa awak tinggalkan saya macam tu aje, Balqis?
Penat saya tunggu. Awak ada dekat mana? Saya nak
 jumpa sekejap. Turunlah kejap. Saya depan blok awak
ni. Bilik awak 401B, kan? Saya betul-betul di depan
bilik awak ni.
   

 Macam mana dia tahu bilik aku? Mamat ni tak henti-henti nak kacau aku. Segera, langsir bilikku aku selak. Terjengul wajahnya di situ. Sedang menunggu diriku yang pastinya. Tak tahu malu betul lelaki ni. nampak aje alimnya, tapi bila naik bab perempuan hilang terus alimnya. Dia ni alim kucing ke apa?

Ah, biarkanlah dia Balqis. Biar dia tercegat di situ terus. Tak payah pedulikan mamat tu. Sampai masa nanti, tahulah dia balik nanti.


SEBULAN kian berlalu. Kini, suasana tidak seperti dahulu lagi. Jika dulu satu kelas riuh dengan perkhabaran tentang Syah yang melamar aku dulu. Tapi, sekarang situasinya berbeza. Syah kini sudah menjalinkan hubungan dengan Wawa. Ya, teman karibku. Aku bagaimana? Aku biasa saja. Tak ada yang perlu aku kecewakan. Sebab aku tak pernah simpan perasaan terhadapnya. Dan, Alhamdulillah. Terima kasih kepada Tuhanku yang satu kerana telah memakbulkan doaku. Hubungan aku dan Wawa kembali pulih.

“Aku akan maafkan kau. Tapi, dengan syarat. Kau harus buktikan pada aku yang kau memang tak ada hubungan dengan Syah. Jangan kau hubungi dia lagi. Dan… tolong. Tolong aku, agar Syah nampak kewujudan aku.. Aku mintak tolong dengan kau sangat-sangat Balqis.”

            Itulah peristiwa yang menjadi titik permulaan sinar persahabatan kami. Awalnya, aku agak ragu-ragu sebenarnya. Mahu melepaskan Wawa pada Syah? Lelaki yang aku rasakan tak layak untuknya. Tapi, aku cuba berfikiran positif. Akhirnya, ya tanggapan aku salah. Syah begitu lembut dalam melayani Wawa. Buktinya hari-hari telingaku menjadi saksi akan perbualan mereka setiap malam. Ada kalanya, Wawa akan bertindak nakal memasang loud speaker akan perbualan antara mereka berdua supaya aku turut sama mendengarnya. Aku sangat bersyukur Wawa gembira sebenarnya. Cumanya, terkadang hati aku sedikit berjauh hati. Semakin hari berganjak, hubungan kami kian renggang. Tidak seperti dulunya. Aku bagaikan disisihkannya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Wawa akan habiskan masanya bersama Syah.

            Tapi, aku cuma menganggap itu sebagai satu proses dalam perhubungan cinta. Tak apalah. Asalkan Wawa masih tahu batas agama dan tahu siapa aku pada dirinya, mungkin itu sudah cukup. Berdosakah aku? Terkadang mindaku terfikirkan sesuatu. Aku telah menarik Wawa ke arah satu dunia di mana boleh mengakibatkan manusia lalai. Entahlah. Mungkin aku salah. Tetapi, ianya bagaimanapun membuahkan sedikit hasil bagiku. Hasil yang memberi aku kepuasan. Yelah, sebelum ini Wawa tidak pernah segirang ini dalam menempuh hari-harinya meskipun dia bersamaku, tetapi semenjak Syah hadir dalam hidupnya aku dapat melihat sinar kebahagian itu. Alhamdulillah. Moga-moga, Wawa akan ceria dan gembira selalu, harapnya.

            Bunyi guruh menyentakkan aku. Ya, Allah. Tak sedar pula rasanya. Inilah padahnya jika asyik mengelamun. Segera, aku kemaskan segala peralatan dan buku-buku ku apabila menyedari hari kian gelap. Pasti hujan lebat akan turun menggantikan hari yang suram ini. Suasana sudah bertukar sedikit gelap. Aku agak panik. Keadaanku yang agak jauh dari hostel sedikit membimbangkan aku. Sempat lagi ke? Tak apalah. Jika tidak sempat, aku akan berhenti sahaja di surau. Elok juga, aku belum solat asar lagi.

            Aku berlari anak. Perlu cepat. Nanti hujan turun basah kuyup aku nanti. Hilang khusyuknya bila nak solat nanti. Setibanya, aku di laluan kaki lima kelibat Syah menjadi santapan mataku. Mata aku ditoleh ke kiri dan ke kanan. Aku keseorangan. Tambahan pula, tiada sesiapa di sekeliling kami. Hanya aku dan Syah. Hati pula berasa tidak enak. Berjalan di laluan yang sunyi dengan adanya Syah di sini sedikit membuatkan aku gugup. Aku telan liur. Kelat.

            Setelah langkah berganti dengan langkah, kami berselisih. Aku cepat-cepat perkemaskan langkah setibanya aku di sisinya. Mahu cepat. Kalau boleh tak mahu sekali pun mataku menatap wajahnya meskipun sekilas.

            “Balqis. Tunggu.”

Aku tersentak. Habislah aku. Apa yang dia nak?


“BARU balik?” aku senyum kecil. Wawa segera mencapai tuala dan menyelimuti tubuhku yang basah kuyup. Bibirku menggeletar. Sejuk.

            “Wajah kau pucat la, Balqis. Naik biru bibir kau. Apa pasal kau tak tunggu aje hujan berhenti. Tengok. Habis basah kuyup kau jadinya.” Aku menelan liur. Bibirku masih menggeletar. Wawa memelukku erat. Aku menggeleng. Laju. Wawa yang melihat keadaan ku begitu mejungkitkan keningnya. Pelik.

            “Balqis.. Eh, kau kenapa ni? Balqis?” bahu aku ditarik agar berhadapan dengannya. Aku bagaikan berada di duniaku tersendiri.

            “Eh, Balqis. Kau dengar aku tak? Balqis? Sedarlah. Balqis. Kenapa ni?” suara Wawa kedengaran panik. Bertambah panik dirinya apatah lagi memandang akan titisan demi titisan air mataku yang mengalir ketika ini.

            “Kau nak pergi mana, Wawa?” Wawa jelas tidak mengerti. Mungkin hairan kenapa aku bertanyakan perihal dirinya sedangkan diriku ini masih tidak terurus. Tetapi, itu bukan menjadi masalah buatku. Apa yang penting.. Wawa.

            “Kenapa kau tanya aku pulak ni? Dah-dah. Sekarang, kau rehat. Pergi mandi. Nanti, kau demam. Susahlah, Balqis.”

            “Aku tanya! Kau nak pergi mana?!” Wawa menggeleng. Tanda tidak percaya yang aku sudah meninggikan sedikit suara padanya. Aku pula seakan tidak sedar akan apa yang aku ucapkan. Jelasnya diriku bagaikan trauma dengan apa yang berlaku.

            “Kau ni kenapa? Balik-balik, nak marah aku? Dahlah. Malaslah aku nak layan kau. Sampai hati kau. Aku nak pergi jumpa Syah. Dahlah.” Mendengar sahaja nama Syah segera aku toleh ke arah Wawa. Aku berdiri tegak. Wawa terkejut dengan tindakan drastik itu. Bahu Wawa segera kutarik agar memandang ke arahku. Bibirku masih menggeletar. Agak payah untukku mengeluarkan sebarang suara, tetapi kukuatkan diriku.

            “Jangan. Jangan keluar dengan Syah lagi. Jangan keluar dengan Syah, Wawa.” Wawa tarik nafas. Wajahnya berkerut seribu. Pasti difikirkan yang aku kena sampuk agaknya malam-malam begini.

“Kau dah kenapa, Balqis? Kau okey tak ni? Merapu aje petang-petang ni.”

“Kau janji dengan aku, Wawa. Jangan keluar lagi dengan Syah. Dia bukan lelaki yang baik, Wawa.” Wawa agak baran. Pasti dia marah denganku kerana mengutuk kekasih hatinya. Wajahnya memerah. Pasti sedang menahan marah yang meluap-luap dalam dirinya.

“Apa maksud kau, Balqis?”

“Tadi petang.. semasa aku nak balik.. aku jumpa Syah.. Dia.. dia.. dia.. dia hampir-hampir..”

“Cukup!” mata Wawa merah menyala.

“Aku cakap betul, Wawa. Kau jangan keluar lagi dengan dia. Dia bahaya. Unpredictable. Aku takut. Tadi, dia tolak aku bawak masuk dalam dewan terbengkalai tu.. Lepas tu.. Lepas tu..”

Pangg!!!

Aku tergamam. Itulah. Tamparan pertama singgah di pipi. Kekasaran yang belum pernah aku rasai setelah bertahun-tahun kami berteman. Aku pandang wajahnya. Dadanya berombak menahan getaran yang maha hebat. Matanya merah menyala memandang aku.

            “Jangan kau nak fitnah Syah, Balqis. Aku kenal siapa Syah aku. Kau jangan nak mereka cerita pulak. Aku tak sangka kau seteruk ni. Kau tahu tak apa kau cakap ni? Kau dah fitnah Syah. Lelaki yang paling baik yang belum pernah aku jumpa. Kau tahu hukumnya apa memfitnah orang, Balqis? Orang yang memfitnah itu lebih teruk dari pembunuh. Aku ingatkan kau akan support aku. Kau akan doakan aku. Aku ingatkan kau akan akan senyum untuk aku dan jadi air mata aku. Tapi, aku silap.” Wawa segera melangkah. Mencapai beg tangannya dan menapak terus ke arah tombol pintu bilik kami.

            “Percayalah aku, Wawa. Dia bukan seorang lelaki yang baik seperti yang kau sangkakan.” Wawa berpaling ke arah aku.

            “Apa yang kau tak puas hati dengan aku ni? Oh.. aku tahu. Kau dengki dengan aku, kan? Oh.. Patutlah. Kenapa? Kau nak Syah aku balik? Oh, tolonglah. Aku tak akan serahkan Syah aku pada kaulah.” Aku terkejut. Sungguh dan aku tak tak menyangka begini sekali tanggapan Balqis pada aku. Aku sedih. Perit rasa jiwa. Bayangan wajah Balqis yang dulunya kian pudar pada pandangan mata aku kini. Gadis itu bercakap seolah-olah tiada iman di dalam dirinya. ‘Syah aku’? Ya, Allah. Perkataan itu bagaikan merentap perasaan aku.

Bukan kerana kata-kata Wawa itu benar, tetapi aku sedih bagaikan Wawa sudah melupakan Tuhan dan menjadikan cintanya yang paling agung. Oh, Tuhanku. Kau tolonglah sahabatku, ya Allah.

“Kenapa diam? Apa yang aku cakap tu betul ke? Sekarang baru nak menyesal? Huh. Dah terlambatlah..” tubuh yang tadi gagah berdiri sudah tidak kuat kurasakan kini. Lutut yang kian longgar memerlukan dorongan untuk terus kuat berdiri. Namun, aku tidak sekuat itu. Tubuhku jatuh terduduk di katil. Linangan air mata terasa begitu panas melonjak-lonjak untuk dikeluarkan segera. Mataku ku panah padanya.

Entah kenapa, panahan mata kami menyebabkan air mata ini gugur tanpa henti. Pabila mata aku singgah pada matanya apa yang aku nampak dulu sudah tiada. Bagaikan seri sudah tiada. Ke mana hilangnya, Wawaku yang dulu? Allah. Kembalikanlah sahabatku.

“Aku tak sangka kau akan jadi macam ni, Wawa. Kau tak percayakan aku?”

“Memang! Memang aku tak percayakan kau. Kau memang batu api. Sanggup kau nak hancurkan hubungan aku dan Syah. Kau tahu tak siapa Syah pada aku?” Allah! Rasa ingin meraung. Sahabatku semakin jelas ditinggalkan. Menyesalnya aku. Jika aku tidak temukan mereka berdua dahulu pasti tidak akan jadi begini.

“Jangan bercakap bagai tiada iman, Wawa. Jangan bercakap bagai dunia ni milik kita. Sedarlah, Wawa. Bawa mengucap. Lapangkan dada, buka kembali pandangan kau. Aku kecewa, Wawa. Aku kecewa. Aku berjauh hati dengan kau.” Wawa senyum sinis.

“Pergi mampus dengan jauh hati kau tu. Pergi bawak diri? Ada aku kisah? Aku dah ada Syah. Aku dah tak perlukan kau lagi.” Mahu gugur jantung. Mahu menangis sekuat hati. Mahu tempik biar hilang suara. Wawa sudah membuang aku. Pedihnya akan kenyataan yang dikeluarkan Wawa itu padaku. Wawa sudah menghilang beberapa minit yang lalu. Ku pejamkan mata. Makin banyak air mata yang mengalir. Menangisi akan perbuatanku. Kesal. Sungguh ku kesalkan akan masa laluku. Ya, Tuhan. Ampunkan aku. Ampunkan aku kerana telah menyesatkan hambamu ke arah jalan yang salah. Ampunkan aku.

Dan bilanya saat mata ini dibuka, pandangan aku kembali pada satu frame gambar yang terletak di atas meja kami. Gambar kami saling berpelukan sambil menikmati aiskrim bersama. Wawa. Jiwaku semakin terusik pabila terkenangkan akan peristiwa itu. Oh, Tuhan. Kuatkanlah aku..

Bersama deraian air mata.. ku hamburkan segala-galanya. Tentang apa yang terbuku sekian lamanya. Maafkan aku, Wawa.


“KAU nak pergi mana? Kau ingat boleh lari dari aku?” aku berlari. Panik. Tuhan! Tolong aku! Allah! Allah! Allah! Jantungku berdetak laju. Langkahku sudah tidak berhati-hati seperti tadi. Segala apa yang ada pada tubuhku sudah hilang entah ke mana. Beg, buku-buku, fail yang dibawa ku sudah ku campak entah kemana. Itu tidak penting, apa yang penting aku selamatkan diri. Selamatkan diri dari Syah! Ya, Allah!

            Tidak henti-henti aku menyeru nama Tuhanku. Itu yang aku ingat sekarang. Di kala duka begini Allahlah yang menjadi tempat kebergantungan aku. Allah! Ampunkan aku. Baru aku sedar selama ini di kala aku gembira dan senang aku senantiasa melupakanmu namun apabila di kala susah begini Kamulah yang aku cari. Allah! Terasa berdosanya aku. Jalan yang licin tidak kuhiraukan. Rasa takut menyelubungi diri semakin memuncak. Dada turun naik.

Setibanya di suatu selekoh, aku pantas membelok. Menyusup pada suatu bahagian yang terpencil di sebalik dinding itu. Ya, Allah! Berada di stor lama begini sungguh menakutkan aku. Apatah lagi dengan cuaca senja begini. Ditambah pula dengan hujan yang lebat begini begitu sukar buatku untuk aku mengecam akan bunyian derapan langkah Syah. Di mana Syah? Mataku tidak pernah berhenti dari memandang ke kiri dan ke kanan. Sebagai langkah persediaan. Takut! Allah! Aku takut. Seru aku lagi. Dengarkanlah rayuan hambamu ini. Tolonglah aku, ya Allah.

Masih terbayang lagi akan wajah lapar Syah. Mengejarku dengan sungguh kencang sekali. Aku takut. Sumpah aku takut. Apa yang Syah mahukan?

“Balqis? Balqis? Mana kau? Balqisku sayang. Mari pada abang, sayang. Sayang. Oh, sayang.” Mataku ku pejam sekuat mungkin. Syah di sini! Allah! Takut. Gengaman tanganku ku gengam sekuat hati. Tubuhku rapat bersandar di dinding. Mulutku usah dikata sentiasa melaung memanggil Tuhan. Tuhanku yang satu. Allah!

“Balqis.” Serunya lagi.Penuh sensual sehingga bulu romaku menegak. Sumpah, aku terlalu takut untuk membayangkan akan apa yang akan berlaku selepas ini.

“Arg..” aku menekup mulut dari menjerit. Lipas! Dari mana datangnya mereka? Ya, Allah. Banyaknya! Aku takutkan lipas. Ya, Allah. Tuhan! Ujian apakah ini. Kuat aku tekup mulutku. Sabar, Balqis. Bertahan! Bertahan! Demi pertahankan maruahku, aku bertahan. Air mata mengalir dengan lebat. Inilah ketakutkan yang belum pernah aku alami. Mata ku pejam sekuat hati sambil beristighfar panjang. Memohon agar diberi ketenangan diri.

Bilanya hati kian beransur tenang sedikit demi sedikit, baru mata ini ku buka. Perlahan-lahan.. dan..

“Balqis!!!”

“Arghh!!!” Allah! Syah depan mata aku!

Aku menggeleng. Jangan diingat lagi peristiwa itu. Allah! Takut! Takutnya hanya diriku dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku meraup wajahku. Allah. Ke mana aku mengalamun ni. Mataku tunduk kembali. Dunia aku terasa sunyi. Sudah tiga minggu, aku menyendiri. Wawa sudah lama meninggalkan bilik kami.

Sudah berkali-kali, aku memanggilnya. Memohon maaf atas kekhilafan diriku. Mesej sudah, telefon pun sudah. Malangnya, semuanya hanya ditinggalkan sepi. Aku cukup berkecil hati. Namun, perasaan itu tidak sama nilainya dengan diriku. Aku lebih salahkan diri aku. Kerana aku, Wawa jadi begitu. Sungguh, aku berdosa. Belumpun, aku rasai azab di akhirat sana, aku sudah rasai azab di dunia. Iaitu, kehilangan. Kehilangan seorang teman yang cukup memahami diri ini.

Wawa, orangnya ceria. Sesakit-sakit dirinya, dia tidak pernah tunjukkan pada sesiapa. Lagaknya dirinyalah paling kuat dan tabah. Aku tersenyum mengenangkan akan rakanku itu. Wawa juga seorang teman yang sangat mengambil berat. Dia sentiasa memanjakan aku. Di kala aku sakit, aku pasti akan bermanja dengannya kerana di sini ibuku tiada di sisi. Tetapi kini? Sudah tiada lagi. Siapa lagi yang layak menggantikan tempat dirimu wahai temanku? Aku kesunyian.

Mataku berair. Terasa panas kolam air mataku. Ku seka pantas akan air mata itu. Bimbang orang akan perasan akan air mata itu. Di kala itu, ada deringan masuk menganggu hariku. Siapa? Ku toleh ke sisi, memandang akan skrin telefon bimbitku. Wawa? Ya, Allah! Hati aku girang! Sukanya. Melihat nama Wawa bagaikan aku telah menang wang sejuta lagaknya. Ya, Allah.

Lantas, tanpa ragu-ragu ikon hijau itu pantas aku swipekan segera.

“Syah..nah.” aku terkejut. Kenapa Wawa sebut nama Syah pula? Dan aku rasakan suaranya bagaikan jauh dari telefon bimbitnya. Dia sengajakah? Atau dia tersalah tekan? Tersalah mendail nomborku? Tak, apa. Rileks. Mungkin ada sesuatu Tuhan mahu aku dengarkan.

“Apa ni? Ni semua barang-barang saya, kan? Kenapa awak pulangkan balik?” aku mendengar suara kecil Wawa. Gadis itu bagaikan boleh ku bayangkan sedang tersenyum hambar.

“Terima kasih, Syah. Terima kasih untuk pengalaman yang berharga ini. Saya hargainya tapi minta maaf saya tak dapat terima. Awak bukan yang saya cari. Awak baik, penyayang, sopan, tapi sayang awak tak setia. Maafkan saya, Syah. Saya tak layak untuk awak. Awak berhak untuk yang lebih baik dari saya, sebab saya tak boleh nak ubah awak.” Aku agak terkejut sebenarnya. Kenapa Wawa berbicara sebegitu? Bukankah Wawa sayangkan Syah? Kenapa Wawa bertindak begitu?

“Terima kasih sebab kenalkan saya siapa intan dan siapa kaca. Disebabkan awak saya telah buang orang yang paling saya sayang. Disebabkan awak, saya jadi buta. Buta mata, buta hati dan buta telinga. Semuanya, disebabkan saya sayangkan awak. Hari-hari, saya mimpikan awak. Memasang angan-angan untuk bersama seorang jejaka yang saya impikan. Saya terlalu sayangkan awak sehingga saya agungkan akan rasa cinta saya melebihi dari segala-galanya. Awak berjaya buat saya lupa siapa pencipta saya. Awak jadikan saya hamba cinta. Tapi, saya lupa bahawa saya telah tinggalkan kepada sang pencipta kepada rasa cinta yang membuah dalam hati saya. Terima kasih sekali lagi Syah sebab kerana awak saya lebih mengenali siapa pencipta saya. Kerana awak, saya kenal siapa Allah. Kerana awak, saya kenal Nabi saya. Dan kerana awak, saya kenal siapa sahabat saya. Saya tak salahkan awak, Syah. Cuma, saya penat. Saya penat menjadi pelakon buat awak. Saya sedar Syah, awak sebenarnya tak cintakan saya. Awak sukakan Balqis.” Aku kaget. Lagi kaget apabila mendengar tangisannya yang kian berlagu. Kata-katanya tersekat-sekat menahan sendu.

“Dari mula hingga kini, awak tak pernah pandang saya. Saya bagaikan awak pandang dan tidak sahaja sebaliknya rasa untuk saya dalam memiliki awak rasanya bagaikan bulan jatuh ke riba. Saya ikhlas sayangkan awak, Syah. Tetapi, tidak kini. Jangan cari saya lagi. Kalau boleh jangan tunjukkan lagi muka awak pada saya. Sebab saya bimbang saya akan merana nanti. Merana kerana teringatkan kembali saat-saat kita bersama. Syah, nasihat saya. Jadilah seorang yang jujur. Jangan pernah tunjukkan awak ini memberi perhatian pada mana-mana perempuan. Kerana jiwa perempuan ini mudah terusik, Syah. Biarlah saya menjadi korbannya buat yang pertama dan jadikanlah juga saya sebagai yang terakhir. Jadi lelaki yang bertanggungjawab, Syah. Awak layak untuk yang lebih baik lagi. Awak tetap dalam ingatan saya sebab saya tak akan lupa wajah manusia yang telah mengembalikan jiwa saya kepada Tuhan saya. Alhamdulillah. Terima kasih, Syah buat memori indah itu. Sekurang-kurangnya, saya tidak kempunan dalam merasai apa itu nikmatnya cinta. Akhir kata, terima kasih Syah kerana awak telah mematangkan saya dalam kisah cinta. Maafkan saya. Ampunkan saya. Saya doakan awak akan bertemu dengan yang lebih baik lagi. Senyumlah, Syah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”

Talian tamat. Allah. Berderaian air mata aku keluar. Aku tunduk. Pantas aku mengelap air mata. Meskipun berada di tasik kini di mana agak jauh dari lalu lalang orang aku tetap bimbang. Bimbang akan ada yang perasan akan air mata ini. Bilanya, air mata ini sudah ku hapuskan segera. Perlahan-lahan, kepalaku angkat.

Aku terkejut pabila wajah Wawa berada tidak jauh dariku. Dia datang ke arahku sambil duduk di sebelah. Telapak tanganku diambilnya lalu dibuka. Air mataku terasa ingin tumpah lagi.

“Coklat?” Wawa ketap bibir sambil tersenyum. Nampak senyumannya palsu. Matanya berair. Begitu juga denganku. Mahu melimpah air mata ini saat terpandangkan akan coklat Cadbury ini. Coklat yang sama yang sering kami makan dan yang kuhadiahkan padanya sewaktu di bilik dulu.

“Coklat ni boleh hilangkan stress. Tapi, coklat ini boleh tak hilangkan duka kau? Coklat ni boleh tak meraih kemaafan dari kau?”

“Wawa..” kali ini air mata yang tumpah sudah tidak kuseka lagi. Penat aku menyekanya tanpa tahu bila kesudahannya. Wawa segera menarik aku ke dalam pelukannya. Kami berpelukan. Erat.

“Aku mintak ampun, Balqis. Dari hujung rambut sampai hujung kaki kau. Sumpah aku berdosa pada kau. Maafkan aku. Maafkan aku kerana seorang lelaki, aku lupakan kau. Maafkan aku, kerana seorang lelaki aku telah hilang kepercayaan terhadap kau. Dan yang paling teruk, maafkan aku kerana seorang lelaki aku telah buang kau. Aku silap, Balqis. Allah! Aku silap dalam menilai kau, dalam menilai persahabatan kita. Aku buta. Aku rasa terasing, Balqis.” Wawa berjeda sejenak. Tarik nafas akibat tangisannya yang kian kuat berlagu.

“Aku menyesal kerana buang kau dulu. Aku sunyi. Tak ada siapa dapat gantikan kau.  Tak ada sesiapa yang pedulikan aku sama macam kau. Tak ada sesiapa yang sanggup jaga aku yang banyak penyakit ni sama macam kau. Kaulah sahabat, kaulah doktor aku. Ampunkan aku, Balqis. Aku mintak maaf, sangat-sangat. Aku dah lukakan kau banyak kali.” Aku menggeleng. Kepalanya ku pegang agar berhadapan dengan ku. Dapat aku lihat akan kesedihan dan kesungguhan akan kemaafan yang dipohonnya.

“Aku tak pernah rasa bencikan kau. Kau tak salah, Wawa. Aku yang salah kerana telah menjebakkan kau dalam kancah dosa. Aku salah sebab kenalkan kau dengan Syah. Maafkan aku.” Wawa menggeleng.

“Kau tak salah. Aku yang salah kerana tak dapat kawal diri. Nafsu. Aku rasakan dulu jiwa aku memerlukan belaian. Memerlukan perhatian. Namun, hakikatnya aku tak sedar yang aku dah dapat segala-galanya dari kau. Jangan salahkan diri kau. Kau dah buat aku rasa makin bersalah. Yang mahu berkenalkan dengan Syah bukan dari kehendak kau, tapi semuanya atas kehendak aku. Aku yang memaksa kau, Balqis. Maafkan aku, ya?” aku angguk. Kami berpelukan lagi. Lama. Beberapa minit berlalu, akhirnya pelukan itu terlerai. Aku pantas mengambil coklat itu. Rakus aku buka akan pembalut bungkusan itu. Sekeping coklat kupatahkan sebelum ku suakan pada Wawa. Wawa menyambutnya seraya tersenyum.

“Nak makan coklat dengan kau dah memakan hampir satu bulan, Balqis. Semuanya salah aku. Maafkan aku, kawan.” Aku angguk. Senang. Allah! Sungguh, aku rasa bagaikan tidak percaya. Indahnya pertemuan ini. Indahnya aturan hidup olehMu. Alhamdulillah. Doaku dimakbulkanMu. Terima kasih, ya Allah.


ALHAMDULILLAH kini dan insyaAllah selama-lamanya hubungan kami baik-baik sahaja. Kami kini terasa bebas dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama. Bebas dari ganguan lelaki. He he he..Terasa hari-hari kami juga lebih seronok dan ceria sahaja. Hubungan kami juga bertambah baik. Kami lebih suka jika meluahkan dari terbuku di hati. Mungkin itu hikmahnya atas apa yang berlaku. Sebut tentang apa yang berlaku, kepalaku teringatkan Syah kembali.

                        Syah lelaki yang baik. Cumanya, dia berpura-pura dalam menjadi lelaki yang alim di depan mataku. Itu yang aku dengar dari penjelasannya melalui panggilan telefonnya. Katanya, dalam dirinya ingin mendekati seorang wanita yang bertudung seperti aku, dirasakannya dia perlu berlagak seperti itu dalam misi menawan hatiku. Aku agak terkilan. Terkilan kerana dia melakukan perubahan itu semata-mata hanya kerana seorang insan yang bernama wanita. Perbuatan itu dikenali sebagai munafik.

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik ini, iaitu yang pertama bila berbicara selalu bohong. Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap patah perkataan yang diucapkannya. Boleh jadi apa yang diujarkan olehnya tidak sama dengan hatinya. Yang kedua, bila berjanji tidak tepati. Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya. Dan yang terakhir iaitu ketiga, bila diberi kepercayaan selalu berkhianat. Orang munafik sulit untuk diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan pasti tidak dapat dia jaga dengan baik.

Oleh itu, sentiasalah berhati-hati dalam setiap perbuatan kita. Kerana setiap apa yang kita lakukan, kita diperhatikan sentiasa. Berjaga-jagalah dan beringat-ingatlah sesama kita. Itu dituntut di dalam islam agar saling tidak melupakan sesama saudara kita. Aku memandang Wawa di sebelah. Wawa tersenyum sambil kembali khusyuknya pada aiskrim batang Magnum Gold itu. Banyak yang diceritakan sepanjang kami berjalan mengelilingi taman Sri Gemilang ini. Lapang hati sungguh rasanya.

Oh, Tuhan. Indahnya setiap percaturanmu. Aku bersyukur ya Allah di atas apa yang berlaku. Keranamu, aku dapat mengenaliMu dan aku dapat mengenali apa itu cinta. Cinta bertatahkan manusia pasti tidak akan kekal lama. Terlalu agungkan cinta maka kamu tidak akan dapat apa yang kamu hajati. Boleh jadi, orang yang kamu cinta akan berakhir dalam suatu hubungan yang kamu tidak jangkakan. Di kala itu, janganlah kamu salahkan TuhanMu kerana tidak pertemukan jodohmu dengannya. Tetapi, sebaliknya Tuhan mahu kamu berpaling ke arahnya kembali dan mencintainya kembali. Wahai saudaraku, kejarlah cinta Tuhanmu. CintailahNya seperti mana dia mencintaimu. Cintanya Allah padamu sungguh tidak terkira. Jika kamu tahu bagaimana cintanya Allah pada kita, pasti kita tidak akan berpaling lagi dariNya. Sedarlah.

Binalah harapan baru. Harapan yang menjadi garapan seribu impian. Moga impian itu akan terlaksana sentiasa. Terima kasih Tuhan. Melaluimu terbinanya harapan baru buatku. Harapan untuk lebih mengenalmu dan harapan untukku memulakan hidup yang baru sebagai wanita yang sentiasa mendahulukan Tuhannya di dalam setiap perkara. Amin.


Semoga kita sentiasa berada di dalam lembayung rahmatNya. 

1 comment:

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com