Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 12



Misi Cinta Gila
Episod 12

TUNGGU-TUNGGU Shiqin tetap tak memunculkan diri. Ridz mengeluh. Takkan dia kena malu sekali lagi? Date pertama sudahlah tak jadi. Macam dia yang syok sendiri pulak. Mata masih meliar, memandang ke arah kerumunan orang di sekelilingnya. Shiqin oh Shiqin.. Mana kau?

Jam ditilik sekilas. 12 tengah hari? Ridz pejam mata. Tak percaya dia sanggup menunggu selama empat jam gara-gara wanita seperti itu. Tidak tahukah Shiqin ini Ridz? Lelaki yang digilai ramai. Sumpah, Shiqin memang nak kena disekolahkan sekali lagi.

"Tak balik lagi?" Ridz terpempam. Matanya terpaku memandang sesusuk tubuh itu. Tak lama selepas itu, bibirnya mengoyak senyuman panjang. Meluat Shiqin dibuatnya.

"For you..seumur hidup saya pun, saya tetap akan tunggu." Shiqin hanya memandang lelaki itu kosong. Cakap lelaki memang tak boleh dipercayai. Cakap memang mudah! Sambil berpeluk tubuh matanya sempat terpanah pada beberapa kuntum ros merah di tangan lelaki itu.

Ridz perasan sesuatu. "Nah!" huluran itu dipandang Shiqin aneh.

"Kenapa?" Shiqin mengeluh.

"You really don't have any sense of romantic Ridz. Fail betul! Kesian, girlfriend awak." tak nak malukan Ridz, huluran itu disambut juga. Shiqin perasan ada mata yang seperti mentertawakannya.

"Sense romantic? Tak romantik ke?"

"Cara awak salah. Keep it up, man." selamba Shiqin berkata sebelum berlalu meninggalkan Ridz di belakang.Kaki melangkah masuk ke dalam Tesco.

Terkejut? Inilah kenapa dia malas nak keluar. Huh. Memalukan betul. Cakap date, tapi ini...tak nama macam date pun. Macam rupa laki bini nak cari barang dapur aje.

"Kenapa laju sangat?" Ridz yang mahu menyakat Shiqin terkaku bila melihat bunga pemberiannya dibuang Shiqin ke dalam tong sampah. Di kala itu, rasa hatinya berkecai dua. Serius, dia sungguh berkecil hati dengan sikap gadis itu.

Namun, digagahkan bibirnya untuk melirik senyuman. "Tak suka ros merah?"

"Saya bukan tak suka. Tapi..ianya sangat memalukan untuk masuk ke dalam Tesco sambil bawakbunga! Orang gila aje yang boleh buat macam tu and...sorry. I'm not!" Ridz cuma mengangguk.

Jejak langkah disambung dengan Shiqin mengetuai perjalanan mereka. Agak lama, mereka berjalan tanpa arah tujuan Shiqin jadi panas. Tubuh dipusingkan menghadap lelaki itu. Hajat nak marah terbatal terus bila hidungnya hampir-hampir berlaga dengan muka lelaki itu.

"Kenapa jalan rapat sangat ni?" berang sungguh Shiqin.

"Awak jalan laju macam enjin turbo. Awak ingat saya nak jalan macam kura-kura dengan keadaan orang ramai macam ni. Tak pasal-pasal saya hilang jejak awak nanti." Shiqin diam. Mengakui kata-kata lelaki itu dalam diam.

"Kita nak ke mana?"

Ridz senyum

"Baru nak tanya?" Shiqin spontan tarik muncung tanpa sedar. Ridz terpanar seketika dengan perilaku itu. Cantiknya. Alahai..

"Jom?" mereka kini berjalan seiring. Tiba di satu kaki lima, Ridz berdiri betul-betul di tepi seorang wanita. Wanita yang berhijab ungu lembut itu dipandang Shiqin tak berkelip.

"Apa mamat ni nak buat pulak?" rancak sekali mereka berbual sehinggakan Shiqin jadi pelik. Siapa yang date dengan siapa ni? Shiqin ketap bibir. Kenapa tiba-tiba rasa panas? Alahai, Shiqin..

Lirikan nakal mata Ridz meresahkan Shiqin apatah lagi wanita itu turut memandang ke arahnya. Tak lama berdiri di situ, akhirnya mereka berdua melangkah mendekatinya.

"Shiqin?" Shiqin tak tahu mahu memberi reaksi apa. Kepalanya mengangguk. Lama tubuhnya berdiri tanpa berbuat apa, akhirnya Ridz membantu. Tunjuk isyarat tangan.

"Mak cik.." huluran salam dihulur. Nasib baik salam itu bersambut. Shiqin gigit bibir. Aduh! Macam mana boleh lupa adab yang pertama itu? Malunya!!

"Shiqin..this is my mum." terkebil-kebil mata Shiqin pandang Ridz. Biar benar lelaki ni? Matanya ke mata lelaki itu. Ridz membalasnya mesra. Nakalnya pandangan lelaki itu tetap ada. Shiqin akhirnya nak tak nak melakarkan senyuman ikhlas pada mereka berdua.

"Bawak jumpa dengan mama awak buat apa? Kita bukannya pasangan kekasih betul-betul.." bentak Shiqin sejurus sahaja Ridz meminta keizinan untuk pergi.

"Tak nak tanya kenapa saya bawak awak ke sini?" Shiqin terkedu.

"Tempat ni memang tak sesuai untuk berdating tapi kat sini adanya seorang wanita yang paling hebat yang perlu saya bawak untuk jumpa dengan awak dulu." Lagi Shiqin terkedu. Kelu benar bibirnya untuk keluarkan sebarang suara.

"And..untuk soalan awak. Kita memang bukan pasangan kekasih, tapi I need to tell her as well. Walau macam manapun, dia tetap mama saya yakni wanita yang perlu saya utamakan."

"Mama saya tak nak pulak awak jumpa. Bawak anak dara orang kekuar, ingat baik sangatlah?"

"Dah mintak.." membulat mata Shiqin. Betul ke?

Dan di saat itu, Shiqin tak cakap banyak lagi. Bibirnya diam sahaja. Tak boleh lagi nak menempelak lelaki itu macam-macam lagi.
*****************************

"THANK YOU..." ungkapan kata itu buat Shiqin rasa bersalah. Dinginnya dia pada lelaki itu benar-benar buatnya rasa lain macam. Telah macam-macam dia lakukan supaya lelaki itu rasa muak dengannya. Dicuba untuk menanam rasa benci Ridz terhadapnya, namun semuanya gagal. Ridz begitu pandai melayaninya.

Sesuatu yang tak ada pada semua lelaki.

"Cepatlah cakap.." Ridz terkedu sesaat dua. Terkebil-kebil matanya memandang Shiqin. Bagaikan meminta penjelasan akan tutur kata itu.

"Awak cakap dengan saya. Macam mana nak jadi perempuan yang elok di depan Ilman. Sekarang, macam mana caranya?" geram sungguh Shiqin. Sengaja tau mamat ni nak suruh aku ulang banyak kali.

"Tadi tu apa..?" Shiqin tak faham.

"Apa maksud awak?"

"Semua jawapan yang awak cari sudah ada daripada apa yang berlaku antara kita."

"Huh?" Shiqin memang dah panas. Dia dipermainkah? Lelaki itu mahu balas dendam dengannyakah gara-gara kes semalam itu?

"Awak nak balas dendam kat saya ke? This is not funny, Ridz." suara Shiqin naik satu oktaf.

"Apa yang awak dah buat kat saya itulah yang sepatutnya awak jadi. Jual mahal kepada seorang lelaki. Seorang perempuan yang tak mudah untuk melutut di kaki lelaki. Sebagaimana awak jual mahal dengan membuang bunga pemberian saya, macam itulah yang perlu awak buat. Sebagaimana awak hentak kaki saya gara-gara saya mahu pegang awak, macam itulah cara untuk awak lindungi diri dari lelaki. Perempuan bukan barangan yang mudah untuk kita dapat macam di Tesco. Ianya barangan berharga. Dan kerana barangan berharga itulah, awak perlu cari lelaki seperti apa yang saya buat tadi.

Seorang lelaki yang selalu meminta izin orang tua kalau untuk keluar. Yang paling penting, cari lelaki yang sentiasa mengutamakan ibunya. Dan bila semua keperluan itu cukup, barulah dia benar-benar layak dan awak tahu batas-batas awak untuk jaga diri. Shiqin..awak seorang gadis yang cantik dari segala segi. Maka, jagalah maruah itu dengan rasa terhormat.

Tak payah nak tergedik-gedik untuk mendapatkan cinta. Percaya pada Tuhan bahawasanya adanya jodoh buat kita. Jangan jual murah semata-mata mahu dapatkan lelaki. Kerana awak buat perangai macam tulah, Ilman begitu mudah lupakan awak. Dia boleh buat tak nampak awak sebab dia tahu bila-bila masa aje, dia akan dapatkan awak."

Panjang lebar penerangan itu, masuk satu persatu ke dalam telinga Shiqin. Dia sememangnya tak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana. Dia benar-benar terharu dengan apa yang lelaki itu lakukan.

"Saya buat apa yang termampu. Sekarang terpulang kepada awak. Jaga diri, itu yang penting. Jangan letakkan cinta di tempat pertama, letak diri kita dulu. Jangan terluka hanya kerana cinta. Cinta manusia berlambak-lambak kalau awak nak cari. Tak luak pun kalau hilang satu." Ridz senyum bila melihat wajah kosong itu.

"Selamat tinggal and..good night, Shiqin." Shiqin angkat pandang. Kaki Ridz melangkah perlahan ke kereta. Baru tangan itu mahu membuka pintu di tempat duduk belakang, Shiqin menghalang.

"Ridz.." Ridz angkat pandang.

"Thanks..for eveything." entah ikhlas atau tak. Namun, Ridz ambilnya sebagai ikhlas. Senyuman manis terukir di bibir sambil kepalanya mengangguk.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com