Pengikut Setia.. XD

Monday, 5 May 2014

Cerpen : Segalanya Sudah Tersurat.

Ceritera cinta kita..


“NAH..” Kirana menghulurkan sehelai tisu kepada Syafiqa. Kasihannya semakin menebal buat sahabatnya. Tangan Syafiqa dicapainya lembut. Sebelah lagi tangan gadis di sebelahnya itu, disapukan sisa air matanya. Kirana menyentuh lembut tangan rakannya itu. Tangan gebu itu diusapnya perlahan.

“Fiqa..” panggil Kirana lembut. Shafiqa menunduk. Bukan mahu berlaku biadap dengan sahabatnya itu, namun perasaanya perlu dilindung. Tidak mahu membebani rakannya dengan masalahnya.

“Look at me Fiqa. Don’t be like this, please.Aku datang nak jenguk kau.” Fiqa menahan perasaanya daripada mengalir lagi air matanya. Dikuatkan dirinya. Betul apa kata Kirana, rakannya itu datang bukannya mahu menonton air matanya. Sisa air mata itu disapu buat sekelian kalinya. Wajahnya diangkat perlahan.

“Feel better?” Shafiqa tersenyum manis. Usapan Kirana itu turut dibalasnya lembut.

“I’m okey, Ana. Don’t too think of me.”

“Okey? In this way? Crying out almost the time?” Shafiqa mengigit bibir bawahnya. Tidak tahu akan apa jawapan yang harus diberi. Bisunya semakin menguasai diri.

“Why? Haikal?” duga Kirana. Shafiqa yang mendengar nama suaminya meniti di bibir rakannya pantas mengangkat wajahnya.

“Bukan. Tak ada apa-apa lah, Ana. I’m okey, like I said just now. See I’m smiling.” Shafiqa tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat. Mana bisa dia mahu tersenyum dalam hati yang gundah-gelana ini.

“Your smile? It’s fake, Fiqa! Stop been to protecting your lovely husband in front of me! I’m sick of it.” Balas Kirana agak tinggi. Geramnya pada Haikal semakin menebal. Tangannya digempal kemas. Memang nak kena betul mamat tu.

“Dahlah tu, Ana. Aku okeylah. Trust me, please.” Rayu Shafiqa. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“I will! But if you’re tell me the truth.” Tajam mata Kirana menikam anak mata Shafiqa. Dia mahukan penjelasan.

“Haikal, right?” Shafiqa menunduk, menahan air matanya tumpah lagi. Kirana yang melihat keadaan rakannya seakan memahami. Terus badan rakannya itu ditarik dalam pelukannya.

“Shhh.. I’m here.” Pujuk Kirana lembut. Sah! Memang nak kena betul Haikal dengan aku! Siap kau.

“If I tell you this, promise me something.” Shafiqa memandang wajah rakannya mengharapkan pengertian. Kirana sekadar membalas acuh tak acuh. Malas mahu membalas pandangan rakannya itu, kalau tak pasti dia akan menurut. Tak akan. Kali ni, dia mahu bertegas.

“Let’s see..”

“No. Promise me first, then I will.” Kirana mengeluh. Liat betul.

“Okey. Promise.” Shafiqa terdiam. Nafasnya ditarik perlahan. Cuba mengambil kekuatan mahu berkongsi cerita rumah tangganya dengan rakannya a.k.a orang pertama yang dia mahu ceritakan.

“Don’t be over protective, Fiqa. Apa yang you dapat kalau you pertahankan dia?” soal Kirana sedikit bengang. Rakannya itu terlalu menjaga suaminya. Si Haikal ni pulak bukannya tahu mahu rasa bertuah ke apa dapat isteri mithali macam ni! Tak faham aku!

“Dia suami aku, Ana. Then, I should protect him. Maruah dia, maruah aku. Aibnya suami aku, maka aku pun terasa, Ana.” Balas Shafiqa agak keras. Marah sebenarnya apabila nama suaminya dibangkitkan sekali lagi. Kirana terdiam, tersedar akan ketelanjurannya.

“Okey. I’m sorry, Fiqa. Tapi, setiap kali kau bersedih macam ni, pasti tentang suami kau. Macam mana dia jaga kau, sampai kawan aku yang dulu ceria, macam kanak-kanak ribena tu jadi macam rapunzel ni. Asyik menangis aje.”

“Dia tak salah, Ana. Yang salah aku.”

“Ha, eloklah tu. Salahkan diri sendiri. Apa salah kau sampai dia perlu tinggalkan kau macam ni. Dah berapa lama, Fiqa?” Kirana memandang wajah Shafiqa. Wajah  itu seperti takut-takut sahaja.

“Seminggu.” Balas Shafiqa perlahan.

“See! Dah seminggu Fiqa. Seminggu. It’s not for one or two days. Dia tinggalkan kau macam tu, aje. Entah-entah dia dah lupa kau kat rumah ni.” Sindir Kirana lagi tanpa menghiraukan perasaan rakannya itu.

“Haikal tak pernah lupakan aku, Ana. Setiap masa dia ingatkan aku.”

“Oh, yeah? Within in one weeks, dah berapa kali dia telefon kau? Lima?” soal Kirana namun gelengan sebagai balasan daripada Shafiqa.

“Oh, banyak lagi ke? How many? Ten?” Shafiqa mengeleng lagi.

“Twenty.” Geleng lagi.

“Forty.” Lagi digelengnya.

“Oh, one hun…” kata-kata Kirana seterusnya dipotong pantas oleh Shafiqa.

“Stop, Ana. I didn’t get any.” Bibir Shafiqa diketap. Malunya dia apabila terpaksa membongkarkan hal yang sebenarnya.

“See..” Tangan Shafiqa ditarik Kirana. Diusapnya tangan rakannya itu. “Kalau betul dia marahkan kau, Fiqa tapi ini bukan caranya. Dia patut berfikir rasional tentang hal ni. Dia adalah seorang suami.” Shafiqa menunduk. Air matanya mengalir lagi. Sedihnya tak tertanggung.

“Ini semua salah aku, Ana. Kalau aku mengandung pasti tak jadi macam ni..” bahu Kirana dijadikan sandaran Shafiqa melepaskan perasaannya. Belakang Shafiqa diusap lembut Kirana.

“Bukan salah kau, Fiqa. Semua ni adalah rezeki. Bukan kita yang menentukan. Kalaupun dia nakkan anak, bukan dengan cara marahkan kau lepas tu larikan diri macam tu. Bukan itu caranya, Fiqa.”

“Dia tak sengaja kut Ana. Aku tahu dia tertekan. Dia kan baru baik daripada amnesia. Keluarga dia pulak tak nak terima aku. Diaorang ada pilihan sendiri. Haikal pulak cakap tak nak dengan pilihan mereka. Mungkin sebab dah lama aku yang jagakan dia selama ni so… ermm.. atau.. entahlah Ana.. Aku sendiri pun tak tahu sama ada dia pertahankan aku selama ni depan keluarga dia sama ada atas rasa terhutang budi ataupun rasa cinta terhadap aku macam sebelum ni. Tapi, walau apa pun aku tetap anggap dia cintakan aku, sayangkan aku macam sebelum ini.” Wajah Kirana dipandang Shafiqa. Lama. Berharap rakannya rasakan apa yang dia rasakan sebelum ini. Matanya berkaca-kaca menahan air matanya daripada tertumpah lagi.

“Aku rindukan semua tu, Ana. Aku rindukan Haikal yang dulu.” Kirana yang mendengarnya turut berasa akan kesedihan rakannya. Tubuh itu semakin erat dalam pelukannya. Sayangnya terhadap Shafiqa semakin menebal. Dia membesar bersama di rumah anak yatim. Bermain bersama, bergelak ketawa bersama, sedih bersama. Masakan sekarang ini dia tidak rasakan benda yang sama. Jangan bimbang Fiqa, aku akan jagakan kau.
******

Kini, baru ku sedar antara kita sudah punya jarak yang memisahkan..
Ya Allah, pertahankan semuanya..


“Mama.. Dahlah, Haikal tak nak Suraya jadi penganti Fiqa. Ma, cubalah mama terima dia ma. Fiqa baik, ma. Dia pandai jaga Haikal. Makan pakai minum Haikal semua dia yang uruskan. Dia bertudung macam yang mama nak. Dia sopan santun pun yang macam mama idamkan. Dia cantik. Apa lagi yang tak cukupnya, mama.. Papa?” Datin Faridah mendengus kasar. Lengan bajunya disinsing tinggi.

“Ma, dah seminggu Haikal duduk sini. Haikal langsung tak jenguk lagi apa khabar isteri Haikal tu. Apa yang dia buat. Sihat ke tidak.” Rayu Haikal. Sudah seminggu dia tidak menjenguk Shafiqa, isterinya gara-gara mamanya yang sibuk perkenalkan calon madu baru isterinya itu.

“Usah dijenguk perempuan yang tak tahu asal usul itu. Mama tak suka. Apa dah pupus dah kaum hawa kat dunia ni, sampai perempuan yang entah kita tahu keturunan apa itu nak jadikan isteri menantu. Kalau ya pun Haikal, pilihlah yang elok sikit.” Balas Datin Faridah selamba. Dato’ Kamarul hanya mendengar. Malas mahu bertekak sama. Baginya dia sudah cukup bermenantukan si Shafiqa itu. Meskipun, semua calon yang diperkenalkan isterinya kepada anak tunggalnya itu baik, sopan santun, baik agamanya namun semuanya sudah cukup jika anaknya bersama dengan pilihannya sendiri. Baginya semua pilihan anaknya pasti dia akan turuti kerana dia percaya itulah yang terbaik buat anaknya.

“Ma, itu isteri Haikal. Selama ini pun, dia yang menjaga Haikal. Dia yang jagakan Haikal masa mama dan papa tak ada. Dia yang bimbing Haikal semua. Kalau tak ada isteri Haikal yang mama cakap tak ada asal-usul tu belum tentu sekarang mama dan papa boleh tengok Haikal sihat macam ni.” Balas Haikal tanpa sedar. Datin Faridah terkejut. Berubah wajahnya. Daripada tegang menjadi mendung. Semuanya gara-gara kata-kata anaknya itu.

“Sampai hati Haikal cakap macam tu pada mama. Apa selama ni Haikal ingat mama dan papa tak cari Haikal? Haikal tahu mama lari macam tak cukup tanah hari tu, cari mana anak mama. Entah hidup ke tidak. Setiap hari mama berdoa, selamatkan anak aku, boleh Haikal cakap yang macam tu? Dahlah, pergilah balik kalau kamu nak sangat jumpa isteri kamu. Dia kan penjaga kamu selama ini? Mama ni Cuma ibu tumpangan saja, tugas mama hanya menyusu dan membesarkan sampai besar macam ni lepas tu tugas mama dah berakhir kan? Dah pergilah. Mama izinkan.” Haikal mengigit bibirnya. Rasa bersalahnya menuasai diri. Tangan mamanya disambar.

“Mama, Haikal mintak maaf. Haikal tak sengaja. Emosi Haikal tak menentu. I’m sorry ma.” Pinta Haikal lembut. Datin Faridah menrungkaikan gengaman tangan anaknya itu perlahan.
“Dah, tak payah nak mintak maaf dengan mama. Mama dah cakap mama tak kisah. Pergilah balik. Mama dah izinkan.”

“No. I’ll stay here.” Datin Faridah pergi melangkah ke biliknya. Dato’ Kamarul turut mengikut sama. Belakang anaknya itu ditepuk lembut. Dia faham keadaan anaknya. Bila dah didesak sebegitu rupa, siapa yang tak tertekan. Haikal menunduk kesal. Rasa bersalahnya semakin menebal. Terngiang-ngiang akan kata-katanya tadi. Deringan telefonnya sedikit menganggunya. Dicapainya handphone itu, nama isterinya terpapar di skrin. Punat hijau ditekan tanpa perasaan.

“Hello, abang.. Fiqa ni.” Haikal mendiamkan diri. Shafiqa di hujung talian mengigit bibirnya. Dia terpaksa menelefon suaminya itu kerana terlalu rindukan suaminya. Dia ingat panggilannya akan disambut mesra, namun suasana sepi aje.

“Abang dah makan?” soal Shafiqa apabila suaminya masih berdiam diri. Terasa janggal pula macam kali pertama mereka berkenalan dulu. Soalan itulah yang ditujukan oleh Haikal buatnya apabila kali pertama mereka berhubung.

“Awak dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Setakat makan dah atau tak, tak penting. Diri aku, aku tahulah macam mana nak jaga diri.” Shafiqa mengigit bibirnya. Terasa hati dengan jawapan suaminya itu. Namun, dia cuba berlagak selamba. Mahu mencuba nasib lagi.

“Abang sihat?” soal Shafiqa dengan suara yang cuba diceriakan.

“Kau tanya aku soalan macam tu lagi? Kalau kau tanya soalan macam ni, katak pun boleh tahu. Sihatlah, Fiqa. Dahlah, nak tidur.” Terus talian dimatikan. Shafiqa terkejut mendengar akan panggilan ganti diri suaminya itu. Skrin telefon itu dipandang lama. Abang… Kenapa ni? Air matanya ingin menitis namun ditahankan sekuat mungkin. Tidak mahu menangis. Be strong Fiqa. Be strong, dear!! Namun, tidak tertanggung lagi, inilah kali pertama suaminya marahkan dirinya. Ya Allah…
*******

Akan ku terus menunggumu, abang..


SHAFIQA semakin lajukan langkahnya. Terasa macam lambat pula langkahnya. Bunyi loceng pintu itu meyakinkan dirinya akan kepulangan suaminya. Pasti suaminya mahu memujuk. Alah, dia dah okey. Cuma bila ada orang mahu pujuk mahu juga dilayan. Seronok. Sesudahnya, Shafiqa berlari-lari anak ke arah pintu. Terus pintu utama itu dibukanya kasar. Tidak sabar mahu bertentang mata dengan suaminya.  Mahu memeluk suaminya.

“Abang!!” Namun, langkahnya untuk memeluk suaminya terhenti.

“Mama..” tajam mata Datin Faridah menikam anak mata Shafiqa. Gerun Shafiqa jadinya. Dipandang wanita di sebelah Datin Faridah itu. Manis dan ayu orangnya. Adik suaminya ke? Bukan Haikal anak tunggal? Tidak kisahlah, yang penting dia ada tetamu. Tangannya dihulur lembut mahu menyalami tangan mertuanya.

“Suraya, ambilkan auntie Dettol tu…” disapukan ke serata tangannya. Kemudian, barulah huluran Shafiqa itu disambut. Itu pun hanya acuh tak acuh saja.

“Nasib baik aku bawa, kalau tak memang tak inginlah aku nak salam perempuan macam kau ni. But, disebabkan kau dah tolong anak aku, jagakan dia aku kenalah jugak salam. Sebagai tanda perkenalan kan.” Shafiqa tersenyum pahit. Sekadar menelan tidaklah pula mahu membalas.

“But, I wish it is the last! Meet my daughter-in-law.. Suraya nama dia.” Shafiqa tersenyum, cuba memaniskan wajahnya dihadapan tetamu. Walaupun pahit, namun tetap dijaga air mukanya.

“She is my son future wife a.k.a isteri baru and for forever untuk anak aku, Haikal.” Shafiqa mendengarnya terhenti akalnya seketika.

“Pengganti saya?”

“Yes! Obsolutely.” Shafiqa memandang satu persatu wajah di hadapannya. Wajah suaminya terlayar diruangan matanya. Nafasnya ditarik perlahan. Dikuatkan dirinya menahan amukan air matanya. Kata-kata Haikal dulu dikuatkan dalam ingatannya.

“Jangan bimbang sayang. Abang tak akan menduakan sayang. Because I love you so much. You’re such a perfect woman I ever had. I’ll never do that. Trust me.” Ya! Aku kena percayakan suami sendiri. Jangan cepat melatah Fiqa. Be strong and good wife. You must.
*******

Kenangan dulu sungguh menyakitkan aku..


“APA ni, Fiqa!!!” benda di gengaman Haikal dicampak di atas meja berhampiran Shafiqa. Shafiqa yang mendengarnya terkejut apabila dirinya diterjah sebegitu rupa. Wajahnya terus bertukar ceria.

“Abang!!” terus badan Haikal dipeluknya kemas. Bauan badan suaminya menusuk ke kalbu. Rindunya terubat jua. Haikal mula terasa rimas. Pelukan isterinya dirungkaikan kasar.

“Abang tak ada masa nak peluk semua ni. Now, terangkan pada abang apa semua ni! Apa!” Haikal mengambil salah satu pil yang berada di atas meja itu. Sakit hatinya tiba-tiba. Pil itu digengam kemas. Shafiqa menelan liurnya. Terasa kelat pula. Debarannya semakin kuat.

“Abang.. Tenang abang..”

“Tenang apanya, Fiqa? Ni.. Semua ni apa ni?”

“Abang.. Fiqa boleh jelaskan..”

“Tentang pil perancang ni?!!!” tengking Haikal. Bergema seisi rumahnya. Bahunya terinjut-injut akibat ketakutan. Belum pernah dia berhadapan situasi sebegini bersama Haikal. Kali terakhir, adalah dua hari lepas iaitu ketika dia melefon Haikal.

“Abang ubat tuu…”

“At first, abang ingatkan Fiqa ni mandul.” Shafiqa menutup mulutnya. Air matanya tumpah membasahi mukanya. Betapa bertanya dia mahu menerangkan semua ini.

“MasyaAllah abang, beratnya tuduhan abang tu.. Fiqa bukan macam tu..” nafi Shafiqa.

“Sebab tulah aku datang lepas mama tunjukan benda ni depan mata aku! Now, ni apa Shafiqa! Abang tanya, kenapa tak nak jawab ni?! Kenapa Fiqa buat semua ni? Fiqa tak nak anak dengan abang ke? Abang sayangkan Fiqa.. Kenapa Fiqa?” soal Haikal lirih.

“Abang… Fiqa tak berniat macam tu abang..”

“Habis tu apa, Fiqa?! Nak terangkan macam mana lagi, ni benda ni! Dah jelaskan segala-galanya! Fiqa masih nak berdalih lagi?” Tangan Haikal ditarik oleh Shafiqa. Shafiqa mencium tangan itu. Mengharapkan simpati.

“Demi Allah abang, Fiqa amat sayang abang. Fiqa tak terniatkan semua ni.. Abang tolonglah dengarkan apa penjelasan Fiqa ni..” rayu Shafiqa. Namun, rayuannya sia-sia saja apabila Haikal secara tiba-tiba menarik tangannya kasar.

“Kau memang perempuan kejam, Fiqa! Kenapa kau aku macam ni! Memang aku menyesal aku kahwin dengan kau! Betul cakap mama, aku dah salah pilih manusia macam kau. Menyesal aku pertahankan kau selama ni, kalau kau langsung tak kisahkan aku. Siang malam aku ingatkan kau, Fiqa!” Shafiqa menangis teresak-esak. Sedihnya apabila sang suami mengatakan menyesal akan menerimanya sebagai suri hidup.
“Aku memang salah pilih. Sepatutnya aku ikut cakap mama. Baik aku kahwin lain Fiqa daripada aku ada isteri yang tak pandai nak hargai aku! Aku kecewa punya kau sebagai isteri aku!” Shafiqa yang mendengarnya bagaikan guruh yang menyentuh tangkai hatinya. Ya Allah peritnya. Haikal terus meninggalkan Shafiqa keseorangan di ruang tamu itu. Shafiqa mula panik, pantas suaminya dikejar.

“Abang, kalaupun abang nak kahwin lain, abang dnegarlah dulu penjelasan Fiqa ni. Jangan seksa Fiqa macam ni abang. Abang, Fiqa tak nak jadi isteri nusyuz abang. Tolonglah abang. Dengar dulu.” Haikal tersenyum sinis. Badan Syafiqa ditolaknya kasar. Terus tubuhnya masuk dalam perut kereta Audi R8nya. Shafiqa semakin cemas akan kelibat suaminya yang kelihatan seperti mahu meninggalkannya. Abang! Cermin pintu kereta Haikal itu, diketuknya kuat.

“Abang.. Tolonglah dengar abang..” Haikal mengundur keretanya tanpa menghiraukan pekikan isterinya di tengah larut malam itu. Shafiqa masih belum putus asa. Cermin itu masih diketuknya. Shafiqa mengikut rentak di mana kereta itu dibawa. Tidak dihiraukan akan auratnya yang amsih terdedah di hadapan umum itu, apa dalam kepala ingatannya adalah suaminya. Haikal yang memandu langsung tidak mahu memberhentikan keretanya malahan kereta itu semakin laju dibawa. Pedal minyak ditekan sehabis mungkin.

“Abang!! Tunggu, Fiqa!! Biar Fiqa jelaskan semuanya dulu, abang..” Ketika kereta itu meninggalkannya tubuh Fiqa tersembam mencium bumi akibat tersadung. Tidak pasti apakah objek itu, namun itu sudah cukup memeritkan seluruh anggota bandannya. Badannya terbaring lemah di atas jalan raya itu.
“Abang.. Tolonglah dengar apa yang Fiqa nak cakapkan ni..” air matanya tumpah lagi. Namun, badannya terasa dipangku seseorang tiba-tiba. Terjengul wajah Kirana di ruangan matanya. Matanya yang basah dengan air mata itu dilap oleh Kirana lembut.

“Ya Allah, Fiqa. Jangan macam ni.” Rayu Kirana. Sedih melihat rakannya itu. Dipeluk Shafiqa ketika itu seerat mungkin.

“Abang.. Jangan baut Fiqa macam ni.” Rayu Fiqa lagi dengan sisa air matanya itu. Esakannya masih kedengaran.

“Be strong, Fiqa. Ya Allah, Fiqa banyaknya luka ni.. SubhanAllah..” dilapnya luka-luka di badan rakannya itu.

“Sakit Ana..” balas Shafiqa lambat-lambat.

“Ha, sakit kat mana?” soal Kirana cemas. Wajah Kirana dipusingkan ke kanan dan ke kiri. Mencari punca di mana sakitnya. Dia pasti bukan luka-lukanya, kerana itu hanyalah luka-luka biasa sahaja. Namun, wajahnya segera berubah..

“Ya Allah.. Fiqa, kau tumpah darah ni.”
**********

Inilah cinta, janji setia pengikat cinta buatmu, sayangku.


KETUKAN berkali-kali di pintu rumah Dato’ Kamarul dan Datin Faridah menganggu mereka sekeluarga. Datin Faridah pantas membukanya. Terjengul wajah gadis yang basah kuyup itu. Wajah Datin Faridah dikerutkan. Siapa ni?

“Mana Haikal?” soal Kirana laju.

“Anak ni siapa, siapa?” soal Dato’ Kamarul. Datin Faridah di sebelah hanya menjeling.

“Siapa ma?” soal Haikal sebaik sahaja dia datang mendekati mama dan papanya. Wajahnya yang sedikit tenang bertukar tegang semula.

“Tutup pintu tu semulalah, pa.” Dato’ Kamarul kebingungan.

“Haikal.. Fiqa..” laung Kirana. Masih lembut suaranya. Datin Faridah yang mendengar nama menantunya segera mengawal keadaan. Pintu rumahnya mahu ditutup namun perbuatannya dihalang oleh Kirana. Gadis itu terus menusup masuk ke dalam rumah itu. Berubah wajah Datin Faridah dengan perilaku gadis itu.

“Biadap betul, kau ya!” Kirana menjeling Datin Faridah.

“Saya biadap? Saya atau mak cik?” balas Kirana.

“Eh aku pulak? Apa pasal aku disalahkan?”

“Sebab mak ciklah, rumah tangga anak mak cik berantakan.”

“Dah nak jadi macam tu, apa aku boleh buat.” Balas Datin Faridah selamba. Kirana mengetap giginya.

“Saya masih hormatkan orang tua. Saya bukannya kejam sampai mahu cederakan orang tua, tapi baik mak cik jangan masuk campur urusan saya dengan Haikal.” Berubah wajah Datin Faridah jadinya.

“Eh, jaga sikit kata-kata kau, ya! Ni mama aku!”

“So, what? Ada aku kisah dengan status dia? Kau nak aku hormatkan dia? Suruh dia hormatkan dulu orang lain baru orang akan hormatkan dia.”

“Kau memang biadap kan? Sama macam Fiqa! Dua-dua sama aje.”

“Jangan kau samakan aku dengan Fiqa, okey. Kalaupun aku biadap, ianya tak ada kena mengena dengan dia.” Bela Kirana.

“Dua-dua dari panti asuhan. Memanglah sama. Sesuai sangatlah. Yang satu kuat menipu, yang satu lagi biadap!” Pang!! Pijar rasanya pipi Haikal apabila pipinya ditampar Kirana. Puas hatinya.

“Sumpah Haikal. Aku menyesal sebab setuju kau kahwin dengan Fiqa dulu. Macam ni rupanya cara kau balas budi dia? Memang kau ni tak tahu diuntung. Kalau aku tahu kau macam ni, memang aku tak akan suruh Fiqa jagakan kau masa kau kemalangan dulu!” Kirana menyapu lembut air matanya yang mengalir lebat selebat hujan di luar sana. Kedingan yang dirasainya tidak menganggu dirinya tika itu.

“Ya Allah, menyesal tak sudah aku. Kenapa aku bodoh sangat masa tu. Kau tahu tak Haikal kau manusia paling beruntung tahu dapat isteri macam Fiqa.”

“Bagus apa isteri macam tu kalau ambil pil semua tu. Perasaan aku kau tak nak kisah? Macam mana perasaan seorang suami apabila si isteri tak nak kandungkan zuriat dia sendiri? Sakit tahu tak?”

“Kau serbu dia macam tu. Kau tak pernah nak tanya kenapa dia nak ambil semua tu? Jangan bertindak terburu-buru, Haikal. Fikir sebelum bertindak. Aku tahu kau termakan dengan kata-kata mama kau kan? Mama kau apa tahu, yang hidup dengan Fiqa selama ni kau, Haikal. Dah setahun lebih Haikal, tak akanlah kau tak kenal lagi macam mana Fiqa tu? Apa selama ni segala kehendak kau ada Fiqa menolak?”

“Jangan nak putar belitkan ceritalah perempuan. Dah sah-sahlah dia tak nak anak dengan anak aku. Buat apa aku nak bermenantukan orang macam tu.” Celah Datin Faridah tiba-tiba. Panas juga hatinya apabila dicop sebegitu.

“Fiqa buat semua tu bersebab, Haikal. Kau tak akan faham apa yang dialami Fiqa. Dah lama kau tinggalkan dia, alih-alih kau tuduh dia macam-macam. Mandul…” Kirana tersenyum sinis kepada Haikal yang kelihatan terkedu itu.

“Tapi kau ada periksa?” Haikal terdiam. Bibirnya kelu mahu membuka kata-kata. Kirana mengambil nafasnya. Mungkin sudah masanya dia perlu memungkiri janjinya kepada Fiqa. Maakan aku, Fiqa. Aku terpaksa.

“Fiqa buat semua ni, bersebab Haikal. Fiqa.. Fiqa.. Fiqa menghidap kanser..” Haikal mengangkat wajahnya. Apa yang dikahbarkan oleh Kirana itu benar-benar mengejutkannya.

“Kanser rahim, Haikal. Tapi masih belum capai tahap kritikal. Sebab tu, dia ambil semua pil-pil ni bila bersama kau.. Bukannya dia tak nak anak, semua perempuan kat dunia ni nak anak. Tapi, apa yang boleh kita lakukan kalau semua dah jadi ujian Tuhan. Berat betul ujian Tuhan buat dia Haikal, dengan kau menghilang. Lepas tu, dengan desakan mak mertua lagi nak suruh diceraikan. Jangan kau kecewakan perempuan yang kau dah lafazkan cinta buat sewaktu dulu, Haikal.” Dato’ Kamarul mencerlung tajam pada Datin Faridah. Gerun juga Datin Faridah dibuatnya.

“Awak memang melampau, Idah! Sanggup awak hancurkan rumah tangga anak kita?” Datin Faridah menekur lantai. Terasa juga dia dengan apa yang didengarinya.

“Nah..” Kirana menghulurkan sampul surat kepada Haikal. Haikal merenung kosong surat itu. Ini, surat dari Fiqa. Dia bagi kat aku selepas mama kau datang rumah kau. Dia pesan kat aku kalau ada apa-apa jadi pada dia, dia suruh aku serahkan ni pada kau and I think the time is come. She at hospital right now. Dia tak sedar lagi lepas tumpah darah tadi.” Haikal terkejut mendengarnya.

“Kenapa dia tumpah darah?” soal Haikal cemas, tidak dihiraukan tentang surat itu. Kunci keretanya diambil pantas. Tujunya hanya satu di mana isterinya berada.
*******

Ku ingin menatap wajahmu abang.. Sayangnya,
hanya bayang-bayang mu sahaja menyapaku..


"NAH.. Kau tak sambut lagi huluran aku.” Hulur Kirana. Kini mereka berada di hospital di mana Fiqa dirawat. Namun, doctor yang merawat Fiqa masih lagi belum keluar. Haikal memandang kosong surat itu namun huluran Kirana itu disambut jua. Hatinya bercampur baur sekali. Saat matanya terpandang akan tulisan isterinya, matanya terus terbayang akan wajah isterinya. Fiqa..
Bismillahirohmanirahim…
Assalamualaikum abang. Saat abang baca surat ni pasti abang dah tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Fiqa. Abang..  Fiqa mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau rahsia Fiqa ini menyebabkan abang berkecil hati dengan Fiqa.
Sumpah abang, Fiqa tak sanggup tengok abang kecewa. Tapi, Fiqa lagi kecewa apabila Fiqa tak boleh berikan abang zuriat. Bukannya, Fiqa tak cuba, abang.. Fiqa cuba kuatkan diri Fiqa untuk berikan abang zuriat tapi Fiqa tak sanggup abang. Fiqa takut kalau-kalau nanti Fiqa akan tinggalkan abang. Berat hati Fiqa mahu meninggalkan abang.
Tapi, apabila abang dah ingat semuala akan kisah hidup abang.. Fiqa dapat rasakan kesunyian dalam hidup Fiqa. Bukannya Fiqa tak bahagia, Fiqa tersangat bahagia hidup dengan abang. Fiqa sangat sayangkan abang. Fiqa faham apabila abang nakkan zuriat daripada Fiqa. Fiqa sedih bila abang rayu dengan Fiqa supaya berikan abang zuriat dulu. Tapi apakan daya abang, Fiqa tak mampu. Fiqa takut. Sebab tu, Fiqa ambil keputusan untuk makan pil perancang semua tu. Fiqa mintak maaf abang.
Namun, sejak abang tinggalkan Fiqa seminggu yang lalu, Fiqa disahkan mengandung. Fiqa bersyukur sangat tapi dalam Fiqa bersyukur Fiqa sebenarnya takut, abang. Tapi, bila Fiqa tengok abang macam terseksa dan tertekan dengan keadaan mama yang mendesak, Fiqa putuskan untuk lahirkan anak abang. Memang Fiqa takut, tapi Fiqa perlu berani untuk abang. Fiqa kuat kerana abang. Bila Fiqa takut untuk hadapinya, pasti Fiqa akan tatap gambar perkahwinan kita. Itulah semangat Fiqa dalam seminggu ni. Kenangan untuk Fiqa sampai akhir.
Abang,
Mama ada tanyakan Fiqa tentang perkahwinan kita. Mama nak kita bercarai. Fiqa sedih, Fiqa buntu. Cuma, Fiqa merayu dengan abang jangan ceraikan Fiqa. Fiqa nak mati sebagai seorang isteri kepada Daniel Haikal Bin Dato’ Kamarul. Namun, kalau abang fikir dengan madukan Fiqa dapat menjernihkan hubungan kita, Fiqa dengan sepenuh hati rela abang. Biarlah, kemarau yang melanda hidup kita akan berakhir, abang. Lagipun, Fiqa pasti abang akan dapat zuriat dengan pilihan keluarga abang. Semuanya atas kerelaan abang, Fiqa hanya meletakkan sandaran pada abang. Kalau abang mahukannya, Fiqa akan turuti, abang. InsyaAllah Fiqa cuba kuat. Demi abang. Demi perkahwinan kita. Fiqa terlalu rindukan perkahwinan kita dahulu. Sewaktu kita bahagia dulu. Fiqa terlalu rindukannya abang tapi Fiqa harus menerima keadaan bahawa abang kini dah kembali kepada Haikal yang asal.. Fiqa doakan abang akan bahagia selalu.
Abang..
Andai Fiqa akan pergi tinggalkan abang nanti, ingatilah Fiqa sentiasa. Meskipun, Fiqa ada menguriskan hati dan perasaan abang, namun Fiqa merayu dengan abang jangan lupakan Fiqa. Jangan putuskan jodoh kita abang. Pertahankannya demi Fiqa kerana Fiqa percaya segala sudah tertulis buat kita bahawa Daniel Hakim dan Katrina Shafiqa akan bersama selamanya sehingga ke syurga.
                                                                                                                                                                       Salam sayang,
                                                                                Fiqa
                                                                                                                    

Haikal mengengam kemas surat itu. Hatinya sakit. Memori lalu bertandang di jiwanya. Fiqa.. Jangan tinggalkan abang. Maafkan abang.. Kuatkan semangat sayang. Abang akan tunggu Fiqa dan percayalah sayang jodoh kita akan selamanya abang akan pertahankan. Ya Allah, selamatkanlah isteriku..


Masihkah ada sinar buat kita, abang.. Aku menunggumu..

P/S: please komen ya.. haha.. anyway siapa yang dah baca cerpen ni di novel melau kreatif it's okey.. hehe.. FYI, SILENCER dan Eun Boon adalah org sama. hehe.. ni punya cerpen dah lama.. no wonders kalau banyak kritikan buruk.. just untuk bacaan umum sahaja.. Ingin berkongsi.. siapa tak suka it's okey. adatlah kan.. Tq sb membacanya..

E-class: ~SILENCER~

9 comments:

  1. Perhhh...berjurai air mata baca surat dari fiqa...sedihnya cite ni..:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. haha.. tq, anyway sb baca.

      Delete
  2. Replies
    1. hah? sambung? tak terfikir lagi la sb nak beri fokus pada novel C.O.M ni.. Tp, insyaAllah, kalau ada masa saya akan sambung lagi. :3

      Delete
  3. touching ble bc bab surat.novel COM akn ciap spnhyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. touching? hihi.. novel COM tu otw utk saya siapkan.. tgh struglle nih.. hihi.. InsyaAllah, kalau tak ade aral mlintang, hujung blan lima ni akan siap.. Amin.. doakanlah ya.. hehe..

      Delete
    2. not bad cerpen awak ni,buat sy nak bc lag.

      Delete
  4. boleh tahan bagus jugak cerpen awak ni,saya suka bc cerpen dan cerpen awak ni buat sy rasa nak bc lag tulisan awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tq so much.. oh, awk suka bc cerpen aje eh? haha.. sokay.. nanti akan ada keluaran cerpen kedua. Tajuknya shhh.. Genre, oh saya bagitahu.. Genrenya, cinta seram.. haha.. InsyaAllah. Coming soon..

      Delete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com