“Laptop?” wajah Katrina berubah.. Serba salah gadis muda itu. Afiqa yang melihat tingkah aneh rakannya bergerak ke hadapan sedikit..
“Rina..”
“Yess..”
“Don’t tell me that…” ayatnya dibiarkan bergantung. Wajah Katrina yang pucat sedikit sudah memberikan gambaran padanya akan apa yang sebenarnya berlaku..
“Why you’re doing that?!” marah Afiqa..
“I’m sorry, Fiqa.. But, I nak datang sini sebab nak enjoy!”
“Yeah, I know it already.. But, the one who wants enjoy here is you!”
“So?”
“So? So what?”
“Siapa nak temankan aku nanti kalau bukan kau… takkan kau nak berkepit aje dengan laptop tu.. Kalau macam tu, baik tak payah datang sini..” perlahan sahaja suara Katrina.. Wajah gadis muda ini tertunduk sayu.. Afiqa mengigit bibirnya..
“Okey.. Look, Rina.. I’m sorry.” Ucap Afiqa lembut.. Intonasinya beransur reda, daripada tadi..
“Tak boleh ke kau berhenti aje, menulis untuk sementara waktu.. Bukan senang tau, aku keluar dengan kau, macam ni..” Afiqa diburu perasaan serba salah.. Nafasnya dihembus lembut.. Selembut angin laut yang menyapa mereka tika ini. Topi yang diperbuat daripada jerami di kepalanya dibetulkan.
“Okey.. Aku mintak maaf. My bad.. Can’t we just forget it and…” tangan Katrina diraih Afiqa.. Wajah temannya dipandang.
“enjoy!!” Katrina mengangguk laju. Kakinya terus berlari mengajak Afiqa sekali ke arah gigi air di situ.. Seronok mereka bermain-main bersama.. Kedengaran gelak tawa mereka menghiasi setiap detik perbualan mereka. Angin laut begitu lembut dan segar menyapa tubuh mereka..
Waktu begini, memang ramai yang turun bergembira menikmati pemandangan cantik di Bali.. Ramai yang sedang berjemur di sana, yang mandi laut dan ada yang sedang hangat bercinta membawa pasangan mereka berjalan-jalan sana-sini..
“Huh!!” keluhan Katrina menyentakkan Afiqa yang sedang leka tadi..
“Kenapa?”
“Taklah.. Seronok betul tengok pasangan tu! Mesti diaorang bercinta gila-gila kan..” Afiqa menoleh ke arah yang ditunjukkan Katrina itu. Matanya mencari-cari di mana pasangan tersebut kerana di sini banyak sekali yang berdua!
“Siapa yang kau cakapkan ni? Perempuan beramput perang dekat sana tu ke?” Afiqa memuncung mulutnya menunjukkan ke arah pasangan yang sedang berjalan ke arah mereka tika itu. Mata Katrina membulat tiba-tiba..
“Woi, Maria!!” tempik Katrina.. Afiqa terkejut.. Itu bukan ke… Perempuan yang dekat flight tu? Alamak… Kenapa aku tak perasan tadi.. Aduh! Habislah..
“Rina!!” Afiqa pantas mengejar Katrina dari belakang.. Maria yang sedang elok melentokkan kepalanya pada bahu lelaki muda yang kacak bergaya itu mengangkat wajahnya menentang pandang pada Katrina.
“You ni kan!! Memang betina tembaga tahu!!” lurus telunjuk Katrina menghala tepat pada wajah Maria.. Maria tergelak halus..
“So?? Apa salahnya?” soal Maria sinis..
“What? Apa salahnya? Hey, you tahu kan Rizal cintakan, you.. Habis kenapa you berkepit dengan lelaki ni! You, tak patut buat macam ni pada boyfriend I tahu!” marah Katrina.. Berang sekali dia pada orang yang tidak setia ini.. Walaupun, teman lelakinya tidak setia padanya, tidak bermaksud perempuan ini pun, akan melakukan perkara yang sama pada ex-boyfriendnya!
“Dah nama pun boyfriend you..So, I tak naklah rampas, kan..” senyuman sinis terukir di bibir Maria.. Katrina mengempalkan penumbuknya.. Mahu kena perempuan ni.. Aku bagi karang! Setahun kau koma nanti!
“Tak nak rampas you, kata?! Sekarang ni, I dah putus dengan dia disebabkan you, tahu?!!”
“Oh, yeah? Congrates, then..” Maria melangkah pergi.. Lengan lelaki tadi, dipaut manja..
“Eeee!! Tak boleh jadi ni..” Belakang Katrina diusap lembut Afiqa.. Bimbang dengan emosi rakannya yang tidak menentu sekali..
“Rina.. Calm down, please.. Let her go.”
“What do you mean? Let her go? No way!! Now, it’s the right time! Remember, chances does not come twice…” Afiqa tercengang.. Revenge? Katrina pantas menyauk segempal tanah laut yang basah..
Pircchhhh!!
Terbahak-bahak Katrina mentertawakan Maria.. Habis belakang badannya terkena pasir laut yang basah itu..
“Oh my… Arghh!! What you’re doing on my shirt?!!” tengking Maria sekuat hati.. Belakang bajunya diraba.. Argh!! Penuh dengan pasir.. Matanya terarah pada Katrina dan Afiqa yang sedang enak ketawakan dirinya..
“Apa you nak buat ni?” soal pemuda di samping Maria.. Maria hanya mempamerkan senyuman manisnya.. Tangannya turut melakukan perkara yang sama.. Kali ini, Maria menyauk pasir laut yang basah dengan kedua-dua tangannya. Lagi banyak dari yang disaukkan Katrina.
“Not need to worry.. just a simple meeting with an old friend!” balasnya lembut.. Terus pasir yang disauknya dilemparkan terus pada Katrina..
Katrina terkejut. Habis, pasir laut itu terkena pada seluruh tubuh bahagian hadapan serta wajahnya.. Berpasir wajahnya..
“Ni dah lebih ni.. You tahu tak berapa lama I kena buat facial nanti!!” Kali ini, Katrina menggengam pasir yang kering pula lalu dilemparkan sekali lagi pada belakang Maria.. Maria tersentak.. Rasa bagaikan makin melekit di belakangnya.. Terus, diraba-raba..
“Oh my god..” Maria kaku.. Pasir-pasir yang kering yang dilemparkan tadi, habis melekat pada belakangnya.. gigi Maria diketap. Terus, pasir yang sama dicapai sebelum tubuhnya dipusingkan ke belakang..
“Hai!” Maria terkejut saat wajah Katrina terjengul di hadapannya tiba-tiba..
“Nah!! Kita buat facial sama-sama, okey?! Baru fair.. Fair and square.!” Kini, wajah Maria sudah penuh diseliputi dengan pasir-pasir laut yang basah.. Berasap kepalanya.. Giginya dikancing kuat.. Berombak-ombak nafasnya menahan gegaran yang maha hebat.. Afiqa yang melihat dari jauh, naik gerun juga menyaksikan pertempuran dua wanita gila ni..
“You ni…. memang,… nak kena!!!” Katrina lari bertempiaran.. Kuat Katrina menempik, takut dengan amarah Maria yang tidak terkawal itu.. Tangannya penuh membawa pasir sana sini mengejar Katrina..
“Fiqa!! Tolong aku!!” Katrina pantas menyusup ke belakang Afiqa.. Pinggangnya dipegang kejap oleh Katrina..
“Tepi!!” arah Maria pada Afiqa. Afiqa sekadar menurut..
“Jangan, Fiqa!!” saat tubuh Afiqa ke kanan, Katrina turut mengikutinya.. Badannya ditundukkan sedikit.. dan apabila tubuh Afiqa ke kiri pula, Katrina juga menurut.. Maria merengus kasar.. Lalu, dia berlari dari belakang, tangannya sudah melayang ke udara mahu melemparkan pasir yang penuh di tangannya.. Dengan pantas, tubuh Afiqa dipusingkan Katrina menghadap Maria..
Pircchh..
Habis basah baju Afiqa.. Afiqa merenung seketika tubuhnya… Ternganga dirinya saat terperasankan bahawa bajunya yang basah adalah di bahagian dadanya.. Terserlah sedikit dek bajunya yang berwarna putih dan jarang tika itu.. Nafas Afiqa sudah tidak teratur.. Wajah Maria direnung tajam..
“Oppss! Silap sudah.. Tapi, it’s okey.. Take it as a gift!” Maria menapak ke belakang sedikit demi sedikit.. Melihat wajah bengang Afiqa membuatkannya sedikit takut sebenarnya.
“Apa? As a gift? Hah?!!” Laju tangan Afiqa menyauk sama pasir-pasir laut itu.. Katrina juga membuat perkara yang sama..
“Jom! Kita ajar perempuan gedik tahap petala langit nak mati ni!!” Afiqa mengangguk setuju.. Terus, mereka berdua mengejar laju Maria yang sudah berlari jauh itu.
“Arghhh!!!” Maria menempik kuat sambil berlari.. Mukanya dipusingkan ke belakang.. Membuntang matanya apabila jarak memisahkan antara mereka semakin dekat.. Lantas, lariannya semakin dilajukan.
Afiqa mengeluh.. Naik lenguh kakinya berlari di atas pasir-pasir ini..
“Cepat, Fiqa!! Cepat!!” laung Katrina yang sedikit di hadapannya..
Afiqa sudah letih.. Lariannya sudah tidak kencang seperti awal-awal tadi. Namun, digagahkan jua.. Katrina agak jauh daripadanya mengejar Maria yang semakin jauh darinya, pasti..
Afiqa memberhentikan langkahnya seketika.. Mahu menghilangkan penat.. Nafasnya tercungap-cungap.. Mahu menyerap oksigen sebanyak mungkin.
“Fiqa!! Cepat!! Jangan berhenti, minah gedik ni dah jauh dah!!” kuat Katrina menempik.. Afiqa menarik nafas dalam-dalam.. Lariannya disambung kembali.. Pasir laut yang basah tadi digantikan pula dengan pasir kering.. Lariannya bersambung sambil matanya difokuskan ke hadapan, mencari lokasi di mana keberadaan Maria..
Sedang ralit matanya, mencari jejak Maria matanya tidak terperasan akan seseorang yang melintasinya..
“Tepi!! Tepi!!” amaran dikeluarkan Afiqa laju.. Kuat suaranya menempik.
Belumpun sempat Afiqa memperlahankan lariannya… dan..
Dumm!!!
Segalanya sudah terlambat…
Afiqa membuka matanya yang terasa pedih.. Matanya susah untuk dibuka. Tubuhya terasa seperti melekap pada sesuatu.. Terus, diraba-raba.. Kat mana aku ni? Ligat, tangannya meraba-raba sana sini.. Tak rupa macam pasir pun.. Bukan ke aku jatuh ke tadi? Rabaanya disambung..
“Woii!! Apa ni?!!” Terkejut Afiqa dengan jerkahan itu.. Badannya segera dinaikkan..
“Buta ke?!!” marah suara itu.. Macam suara lelaki.
“A’ah..” jawab Afiqa selamba.. Suara itu seperti sudah diam. Sentap ke?
“Separa buta.. Mata saya masuk pasir..” jawan Afiqa jujur.. Membetulkan jawapannya tadi.
“Kenapa kau tak buta aje, terus?! Lagi bagus!” Afiqa mengetap bibirnya.. Siapa mamat ni? Kenal pun tak, tiba-tiba nak doakan orang buta pulak.. Aku doakan dia cacat nanti lagi bagus!
“Eh.. Awak!! Awak ada lagi ke? Awak!!” tempik Afiqa laju apabila suara lelaki itu diam sahaja.. Tangannya meraba-raba sana sini.. Gelap pekat pandangannya.. Tak nampak apa-apa.. Ya Tuhan.. Beginikah perasaan orang buta. Aduhai.. Seksanya.. Aku tak nak buta!
“Awak!!”
Sepi…
“Awak!!”
Suasana makin sunyi.. Hanya kedengaran derapan angin sahaja menyapa halwa telinganya.. Afiqa semakin berdebar-debar..
“Awak!! Jangan tinggalkan saya!!” Entah kenapa Afiqa rasa mahu menangis pun ada.. Mana lelaki tadi.. Hanya dia sahaja yang boleh tolongnya.. Rasanya saat dia lari ke sini, orang semakin kurang.. Entah kat sini, ada orang ke tidak.. Seram sejuk Afiqa jadinya..
“Awak!! Tolonglah!!” tempik Afiqa sekuat hati..
“Hihhhh..Apa lagi kau nak? Hah?!!” Afiqa menarik nafas lega.. Tangannya meraba-raba lelaki itu..
“Woii!! Kau memang kerja peraba ke?” Afiqa tersenyum malu..
“Tak adalah.. Saja aje, nak raba sikit.. Takut suara tadi, suara hantu aje..”
“What?! Kau ingat aku hantu ke?”
“Alah.. Biar ajelah.. Hantu ke, lanun ke, apa ke.. Yang penting tolong saya.. Mata saya masuk pasir ini.. Tolonglah.. Tangan saya semuanya melekit dengan pasir-pasir ni..” rayu Afiqa..
“Hih.. Macam budak-budak main pasir-pasir.. Kau buat istana pasir ke?”
“Hih.. Banyak soal pulak! Tolong dah lah.. Sibuk pulak!” marah Afiqa..
“Sombong betul minah ketiak ni..”
“Minah ketiak awak kata?!”
“Yelah.. Bau ketiak kau tu busuk!”
Pantas, Afiqa mengangkat ketiaknya, lalu dihidu.. Biasa aje.. Habis, kenapa dia kata ketiak aku busuk? Oh my.. Akalnya seperti menangkap sesuatu.. Bajunya diraba-raba bahagia dada.. Masih basah! Mesti dia cakap macam tu, nak suruh aku angkat ketiak aku.. Lepas tu, dia bolehlah…. Tak sanggup nak cerita.
“Eee!! Gatal!!” pasir-pasir di sekelilingnya dicapai dan dilemparkan sana sini.. tidak nampak di mana lelaki itu berada.. So, lempar ajelah mana-mana yang patut.
“Woi! Apa ni?! Main kasar pulak..”
“Awak tu yang miang keladi tahap gaban kenapa?!”
“What? Miang keladi tahap… what? What was that?”
“Tak guna betul!” omel Afiqa geram.
“Dahlah! Menyesal aku datang sini! Baik aku biarkan kau buta aje, kat sini..” Afiqa kaget.. Ha.. Buta? Tak nak!! Wajah cemas Afiqa semakin ketara..
“Awak!! Tolonglah.. Okey.. Saya mintak maaf.. Awak tak gatal..” Afiqa mengalah.
“Apa?”
“Awak tak gatal!!”
“Ha? Saya tak jelas..”
Afiqa mendengus.. Pekak pulak..
“Awak tak gatal..” mendatar aje suaranya..
“Macam tu lah.”
“Macam tu, macam tu, macam tu! Tolong saya ni..” ejek Afiqa..
Lantas, lelaki tersebut membantu Afiqa membuang pasir di matanya.. Lembut mata Afiqa ditiupnya.. Lalu, wajah itu disapu-sapu menghilangkan pasir di sekitarnya.. Namun, lelaki tersebut bagaikan leka seketika melihat wajah menarik Afiqa dari jarak yang dekat..
Lelaki tersebut tersenyum herot.. Hehehe.. Bukan senang nak sentuh perempuan bertudung litup ni.. Lalu, wajah Afiqa diusap-usap lembut.. Ternyata, usapan di wajahnya menyentakkan Afiqa.. Ni apa pasal lain macam aje ni? Perlahan-lahan matanya dibuka..
“Apa awak buat ni?!!” terus tubuh lelaki di hadapannya ditolak sekuat hati..
Lelaki tersebut jatuh tertidur di atas tanah.. Mata Afiqa dibuka seluas-luasnya.. Sebaik sahaja, matanya membuka, matanya bagaikan mahu terbuntang pula..
“Airish?!!”
Wajah lelaki itu direnung lama.. Segenap inci wajah itu ditilik.. Adakah aku cakap tadi dengan… dengan dia?