Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 16



Misi Cinta Gila
Episod 16

MASUK sekolah baru, perangai pun baru. Shiqin yang agak bising orangnya dulu kini bertukar menjadi budak pendiam. Bersama azam di kepala, tak nak buat hal lagi, maka ini jalan yang terbaik baginya. Tiada lagi aksi gila-gila seperti dulu. Sekarang dia lebih dikenali dengan minah ulat buku. Hari-hari asyik menempel di perpustakaan sahaja.

"Itu ke budak baru?"

"Aah, budak kelas aku lagi. Pendiam gila! Tegur sekali, dia balas sekali. Buat membazir air liur aje layan orang macam tu. Nak berkawan pun susah."

Shiqin pekakkan telinga. Rasa sakit hati dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sekejap aje tu! Normallah dengan keadaan dirinya yang baru menjejakkan kaki ke sekolah tak sampai satu bulan ini. Lagipun apa dia kisah? Diibaratkan dia hanya menumpang sahaja di sini. Datang ke kelas semata-mata untuk belajar, lepas tu balik. Kehidupannya hanyalah berkisar tentang itu sahaja. Tak lebih dari itu.

"Hai.." Shiqin buat bodoh. Lelaki yang berdiri di sebelahnya dianggap seperti patung. Malas nak melayan.

"Boleh saya duduk?" setelah dipastikan dengan siapa lelaki itu bercakap, akhirnya Shiqin punya kekuatan untuk mengangguk. Hanya dia sahaja yang berada di meja ini. Jadi, dengan siapa lagi lelaki ni bercakap?

Tersengih lelaki itu bila mendapat pelawaan dari Shiqin walaupun nyatanya itu bukanlah dianggap sebagai pelawaan. Tapi, dia tetap gembira. Sudah lama sebenarnya dia perhatikan gadis manis ini. Dari jauh hatinya seakan sudah terpaut dengan hanya melihat seraut wajah itu. Tiada kuasa yang memaksa namun dia harus akui hari-harinya hanya dia nampak Shiqin sahaja. Bukan gila bayangkah itu namanya?

Baru mulut hendak bersuara terdengar sorotan kerusi ke belakang. Mulut separa terbuka, habis menganga luas.  Peluang keemasan kini sudah tertanam kemas di bawah tanah. Berkubur begitu sahaja. Belakang tubuh Shiqin diperhatikannya.

Pelik betul..

Kenapa minah ni dingin sangat? Ada apa-apa yang tak kena ke?

"Awak dah makan?" disaingi langkah Shiqin. Shiqin cuma menjeling sahaja.

"Jom ke cafe? Saya belanja." lebar lelaki itu senyum bikin Shiqin jadi meluat. Pandangannya ditunduk ke bawah. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Alah..kenapa ni?" rengekan itu bikin Shiqin panas hati. Lantas, kakinya menghentak kuat ke lantai. Lelaki itu yang tak tahu apa-apa, terkejut bila dia jatuh tersebam mencium lantai.

Shiqin angkat kakinya dari terus memijak tali kasut lelaki itu. Nak buat macam mana? Tali tu bersepah aje atas jalan. Siapa suruh tak ikat betul-betul?

"Jalan tu hati-hati.." pesan Shiqin sebelum berlalu. Orang ramai terpaku melihat kejadian itu. Untuk pertama kalinya ada seorang perempuan yang berani seperti itu.

Tak guna! Hati lelakinya membentak geram. Habis menjunam jatuh segala egonya. Pemergian Shiqin dihantar dengan pandangan yang sungguh tajam bersama lirikan mata yang menyeramkan. Sudah pasti hanya dia sahaja yang tahu apa itu maksud di sebalik jelingan misteri itu.

******

TAMAT sesi persekolahan, kaki melangkah terus ke perpustakaan. Hari ini dia harus menghadiri kelas tambahan memandangkan peperiksaan sudah semakin dekat. Buku di tangan dikemaskan. Perjalannya dalam menuju ke pusat menimba ilmu itu terbantut pabila matanya terhenti pada sebuah papan tanda.

Bilik kaunselling. Tak berkelip matanya memandang papan tanda itu. Segala memori yang menyingkap ingatannya membuat Shiqin rasa tak tentu arah. Tatkala dia membayangkan wajah Ilman pasti akan wujudnya wajah Ridz serta merta. Kenapa dia perlu dikaitkan dengan dua-dua lelaki itu? Ah, bencinya!

Tak mahu lagi diganggu dengan ingatan yang menyeramkan baginya itu, perjalanannya sekali terhalang apabila matanya memaksa untuk melihat gerangan siapa yang baru keluar dari bilik kaunselling itu. Sayup-sayup sahaja telinganya mendengar kuakan pintu itu. Bila berpaling, tidak sangka matanya akan membulat sebesar ini. Figura tubuh itu buat Shiqin tertelan air liur berkali-kali.

Tidak! Mimpikah ini? Senyuman senget lelaki itu jelas buat Shiqin tak tentu arah. Matanya mundar mandir ke kanan ke kiri. Ingin memastikan yang dia tidak bermimpi.

"Suka jumpa abang?" soalnya ceria. Kaca mata disangkut ke leher baju sebelum kedua-dua tangan itu dimasukkan ke dalam poket.

"Tak sangka kita boleh jumpa kat sini, ya.. Eqin sekolah kat sini sekarang?"

Dah terang-terang dia pakai baju sekolah berlogokan sekolah ni takkan datang sini sekadar nak berjoget kut? Geram sungguh!

"Jom..Ikut abang kejap." lirikan mata itu yang mengajak Shiqin untuk membuntutinya cuma dibalas dengan pandangan kosong. Ilman yang sudah berjalan separuh langkah terhenti kembali. Mata mencari wajah gadis itu.

"Jangan buat sampai abang tarik tangan Eqin. Dekat sana tu abang nampak lagi banyak orang. Nak abang tarik tangan tu?" Shiqin tarik nafas dan hembus. Sukar sungguh pilihan yang dia punya ini.Mata sempat menjeling ke arah itu. Macam mana boleh ramai orang pulak kat sana tu? Tiba-tiba aje..

Akhirnya mahu tak mahu Shiqin akur jua. Melangkah walaupun payah.

"Ada apa?" dingin Shiqin bertanya. Wajah Ilman langsung dia tak pandang. Berbeza dengan lelaki itu. Tidak berkelip Ilman pandang Shiqin.

"Makin masam, makin comel." komen lelaki itu buat Shiqin terkejut. Apa dah kena dengan lelaki ni? Tak pernah-pernah dulu nak acknowledge dia..sekarang ni kenapa? Dah tukar fuse otak ke?

Haa.. Alangkah indahnya kalau otak manusia ni macam otak batu karang! Boleh tukar banyak kali! Kalau tukar memang dah lama dia buang nama lelaki ni dari fikiran dia.

"Abang nak apa?" Ilman senyum. Entah kenapa Shiqin yang baru ini buat dia makin rasa mahu dekati.

"Eqin..nak keluar dengan abang tak? Malam ni?" Ilman mula utarakan hajatnya. Sudah lama dia pendam, cuma tak terluah aje. Sejak gadis itu melarikan diri darinya dia makin rasa sunyi. Sukar untuk diakui namun ketiadaan Shiqin memang dia dapat rasainya.

"Tak nak! Shiqin sibuk. Ada banyak benda nak kena buat." kening Ilman terangkat sebelah.

"Ya ke? Kalau macam tu...esok malam?"

"Eqin ada kelas tambahan."

"Lusa?"

"Eqin nak tengok cerita korea"

"Hari seterusnya?"

"Eqin nak rehat sebab hujung minggu! Penat."

"Habis tu bila Eqin free?"

"Tak ada." Ilman merengus. Jawapan penolakan Shiqin yang tanpa henti itu buat hatinya makin panas.

"Kenapa degil sangat ni?! Orang ajak keluar tu, keluar ajelah!" Shiqin memang tak jangka begini reaksi lelaki ini. Tapi...dia sememangnya bersedia dengan situasi begini. Apa-apapun dia memang tak silap buat keputusan.

"Abang dah habis? Boleh Eqin pergi? Eqin sibuk.." Ilman ketap bibir. Dikancing giginya kuat. Tiada balasan dari lelaki itu bererti Ilman sudah membenarkan dia pergi.

"Nak pergi mana?"

"Eh, apa ni abang?!" jerkah Shiqin. Tak suka main paksa-paksa begini. Rasa sakit di pergelangan tangannya digosok laju. Langsung tak berlembut dengan perempuan dia ni!

"Kenapa dengan Eqin?"

"Jangan tanya Shiqin! Tanya diri abang dulu! Jangan nak buat hal lagi kat sini! Berilah ketenangan kat Shiqin. Tolonglah hormat Shiqin." rasa marah itu terus dihamburkan sementara kakinya melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Dalam masa yang sama, tanpa dirinya sedari jejak langkah itu turut ditinggalkan bersama serpihan ukiran cantik yang selama ini membaluti di tangannya.

***

"KERJA sorang lagi?" bibir itu cuma mendatar. Tidak berniat menjawab soalan Ridz. Pinggan dalam basin dicapai dan disental. Deretan pinggan yang bertingkat di sisi dipandang berserta keluhan kecil. Aduhai.. Sampai bila dia nak kena basuh semua ni? Bila nak habis?! Argh! Bencinya! Pejabat pun satu hal! Lambat lagi ke nak uruskan hal pertukaran dia? Tak pasal-pasal dia merana gara-gara menunggu keputusan itu.

Tunggu keputusan satu hal, hukuman pun tetap kena jalankan. Geram sungguh rasanya.

"Arghh..lega." tubuh yang membongkok sedikit ternaik bila ekor matanya perasan akan sesuatu. Apa yang lega?

"Hey..awak buat apa ni?" Muka Ridz berubah riak.

"Eh..tak nampak ke orang tengah membaca? Alif..Ba.. Ta.. Sa.." Shiqin buat muka. Tak sangka loyar buruk jugak mamat ni. Ridz tergelak kecil dengan muka tak puas hati Shiqin itu.

"Cepatlah basuh.." akhirnya Ridz beralah bila Shiqin tak henti-henti memandangnya. Malukah? Oh, tak mungkin!

Sedang membasuh hatinya rasa tak sedap. "Handsome sangat ke muka saya ni?" wajah Shiqin diserbu merah bila mata Ridz menangkap akan perbuatannya tadi. Apa dia dah buat tadi? Dah gila ke?

"Kenapa awak datang sini? Pergilah.. Nanti ada kelas kan?"

"Tak ada.." jawab Ridz mendatar. Glove disarung dan tangan turut sama berkerja. Shiqin tak punya pilihan. Tangannya akhirnya turut sama berkerja. Malas nak menegah lagi. Makin dia larang makin lelaki tu buat. Ridz ni degil! Lantas, dibiarkan begitu sahaja. Dan dia pun malas nak cakap banyak dengan Ridz. Nanti nampak terlebih friendly pulak.

"Awak nak pindah mana nanti?"

"Tengoklah. Tak ada idea lagi kat mana." Ridz mengangguk.

"Masuk sekolah sama dengan saya, nak tak?" Shiqin gelak. Tak tahu kenapa dia rasa soalan itu lawak.

"Banyaknya sekolah awak."

"Mesti..Ilmu itu kan luas. Kena lah terokainya satu persatu. Lain tempat lain ilmunya.." Shiqin mencebik.

"Cakap macam banyak ilmu tapi orangnya ranking tetap bawah jugak." Ridz ketap bibir. Memang nak kena Shiqin ni! Tapi, itu cuma sementara bila ketapan itu berganti dengan senyuman nakal.

"Apa?" soal Shiqin teragak-agak. Rasa meremang bulu roma bila nampak lelaki itu senyum. Seram pulak!

"Tak sangka selama ini kewujudan saya diperhatikan dia.." Erk! Shiqin sentap.

"Sambung kerja tu!" Ridz tak banyak cakap. Pasal hati gembira segala arahan Shiqin dia turuti. Mereka berkerja sama tanpa banyak suara. Tapi, sempat juga mereka bertukar wajah. Dari wajah bersih jadi wajah yang comot dengan buih sabun. Macam budak-budak kan? Seluar Ridz pun dah basah. Apalah nasib.

"For you.." mata Shiqin terpaku. Glove merah jambu ditanggalkan sebaik sahaja kerja mereka habis sambil mata memerhatikan lama ke arah gelang tangan itu. Cantiknya! Gelang tangan perak bertatahkan nama namanya itu membuat matanya bersinar-sinar. Ukiran nama itu begitu memukau sepasang mata itu.

"Kenapa?" teringatkan akan keletah lelaki ini yang tiba-tiba memberi hadiah buat Shiqin rasa lain macam.

"Anggap ini sebagai jiwa saya."

"Huh?" Ridz gelak.

"Eh! Tak jadilah. Anggap ini sebagai cinta hati saya. Terimalah, sayangku." meluat Shiqin jadinya.

"Awak simpan balik ajelah."

"Eh! Kejap!!" dihadang langkah itu supaya tidak terus meninggalkannya.

"Saya gurau aje.." matanya ke mata Shiqin. Shiqin larikan pandangan itu. Sungguh tak menyenangkan!

"Saya serius ni..ambillah. Ikhlas."

"Kenapa tiba-tiba?" Ridz angkat bahu.

"Entah! Just consider sebagai hadiah.." Shiqin menjeling gelang di tangan lelaki itu. Nak terima atau tak?

Malas nak fikir panjang dia ambil keputusan untuk terimanya atas sebab dua perkara! Satu, dia malas nak berlama-lamaan dengan Ridz. Kedua, sebab gelang ni cantik sangat.

"Okey."

"Tunggu!"

"Apa..lagi?" Ridz tarik nafas.

"Jaga gelang tu baik-baik.."

"Tengoklah macam mana."

"Orang tengah serius ni.." macam budak-budak! Shiqin pandang Ridz.

"Apa yang saya dapat kalau saya jaga ni elok-elok?"

"Awak akan rasa kuasa gelang tu.." Shiqin gelak. Dah macam duduk dalam alam fantasi pulak main kuasa-kuasa bagai.

"Tak percaya?" Shiqin buat muka seraya menggeleng laju.

"Awak akan rasainya nanti.."

Shiqin mengeluh. Kenapalah Ridz tak muncul saat Ilman ada tadi? Kalau lelaki tu ada tak perlulah dia bersemuka dengan Ilman lagi. Buat sakit hatinya saja.

Teringatkan Ridz sepotong memori tadi mengingatkan dirinya akan sesuatu. Diraba-raba pergelangan tangannya. Tak ada! Shiqin jadi cemas.

Geleng...mana gelang aku?!

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com