Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 3 & Episod 4
Misi Cinta Gila
Episod 3
"Bak sini.." Ilman datang membawa sebotol minyak urut di tangan. Sofa bertentangan dengan Shiqin didudukinya. Kaki itu ditarik sebelum diletakkan di atas pahanya.
"Gaduh dengan siapa ni?" Ilman angkat kening bila bertanya. Terkulat-kulat wajah Shiqin menunduk.
"Bukan Eqin yang start dulu. Dia yang pukul Shiqin."
"Yelah. Mesti Eqin buat benda salah maksudnya." Shiqin tarik muncung.
"Alah. Abang dari dulu sampai sekarang memang tak pernah nak sebelahkan Eqin." manja tak sudah Shiqin. Sedap-sedap dia aje panggil anak jiran dia, abang? Ayoo.. Apa dah jadi dengan minah ni?
"Senyaplah." kaki Shiqin terus diurutnya.Shiqin kerut dahi. Tak cukup dengan itu, bibir bawahnya pula digigit.
"Sakit sangat ke?" Ilman menyoal sambil tangannya masih belum berhenti dari mengurut kaki itu.
"Arghh..." Ilman buat tidak peduli dengan jeritan itu, buku lali wanita itu terus dia urut.
"Arghh!!!" Shiqin tiba-tiba menjerit kuat. Ilman kerut dahi. Sakit sangat ke? Habis lembut dia buat. Lagipun, bukannya bengkak sangat pun. Dia urut perlahan-lahan aje.
Ilman menggeleng sahaja. Sambung urut. Namun, urutannya bagaikan jadi makin perlahan. Shiqin ketap bibir. Kepalanya menunduk.
"Bau apa ni?" mata Shiqin terbeliak. Makin bawah kepalanya tunduk.
"Weh! Eqin kentut, ke?"
Shiqin menggeleng. Kepalanya masih menunduk. Malu nak angkat. Alamak! Kenapa boleh pecah rahsianya ni? Mamat ni punya pasallah! Sebab dia urut aku kuat sangat sampai aku tak boleh tahan.
Ee! Geramnya! Kan tak pasal-pasal aku dah malu sebab kentut depan dia. Apa ni? Eee! Huwarghh! Mama..
******************
"JOM! Balik dengan abang." Shiqin pusing belakang. Dia cakap dengan siapa?
Ilman mengeluh. "Abang cakap dengan Eqinlah. Jom! Kaki Eqin kan sakit lagi." Shiqin terkedu sesaat dua.
"Habis? Basikal tu.." Ilman buat tak peduli, tangan Shiqin ditariknya spontan. Shiqin pula takkan nak tolak. Tolak tuah namanya. Huhu. Manalah tahu kalau ikut dia balik, boleh lekat nanti.
Kereta mereka mula bergerak, meninggalkan perkarangan sekolah. Kepala Shiqin tertunduk-tunduk sedikit. Bimbang jika ada mana-mana rakannya yang nampak kelibatnya di dalam ni, nanti. Nak jawab apa?
"Jangan bimbang. Cermin kereta abang gelap." Shiqin naik kepala seperti biasa kembali. Dia berdehem. Untuk hilangkan malu. Beg sekolah ditanggalkan dari terus berpaut di bahu lalu diletakkan di atas riba.
"Abang nak cakap sikit.. Ni apa?" Shiqin sudah membulat. Kepingan surat di tangan lelaki itu dihulurkan buatnya. Shiqin telan liur. Dia tahu apa isi di dalam surat itu.
"Apa Eqin buat ni?" Ilman soal serius.
"Apa? Eqin buat salah apa?"
"Eqin you know, right.. Kita sepatutnya.."
"Ah! Eqin tak nak tahu. Yang Eqin tahu, Eqin sukakan abang. Apa, salah ke kalau Eqin sukakan abang? Dan apa masalahnya kalau abang sukakan Eqin jugak? Kita bukannya jauh sangat beza umurnya. Umur abang, 25 dan Eqin? 19.. So, what?" Ilman diam sahaja dengan kepalanya menggeleng.
"But, abang tetap tak suka. Shiqin tetap Shiqin, dan tak akan berubah apa-apa. Abang dah anggap Eqin macam adik abang."
"Adik masih boleh dinaik taraf jadi isteri."
"Eqin!"
"Ah! Eqin nak tidur. Harap-harap dalam tidur Eqin nampak abang lamar Eqin."
Shiqin tetap berdegil. Ilman menghela nafasnya lembut dengan kepalanya acap kali menggeleng tanpa henti. Apa nak jadi dengan budak ni?
Sementara itu, hati Shiqin berdongkol-dongkol rasa geramnya. Susah benar agaknya dia nak sukakan aku. Macamlah umur dia jauh sangat dengan aku. Aku pulak? Ingat tak boleh nak jadi bini orang ke? Kalau zaman dulu dah lapan, sembilan anak dia dapat. Huh!
Ingat aku tak subur? Shiqin sudah melalut. Entah apa yang dia fikir. Shiqin oh Shiqin.
*****************************************************************************
Misi Cinta Gila
Episod 4
PAGI-PAGI lagi sudah buat hati Shiqin menggelegak. Entah apa yang buat perempuan tu jadi gatal sangat? Benci sungguh Shiqin bila terbayangkan wajah itu. Sengaja nak menggatal. Ee! Mentang-mentang, si Ilman tu sorang aje yang bujang yang paling handsome kat sini. Ini yang buat dia tak rela suruh lelaki tu kerja sini.
Tengoklah! Lepas tamat aje praktikal dia, aku suruh dia pindah! Padan muka! Biar perempuan tu gigit jari. Jaga mulut, Shiqin. Kau dah nak ambik STPM nanti. Ah! Buat apa dia nak ambil pusing perkara tu. Perempuan tu yang menggatal sangat. Siapa cari pasal dengan siapa? Tak sedar-sedar diri tu! Orang sibuk buat hari sukan dia juga nak menyibuk! Pergilah jaga buku tu. Ee! Shiqin ketap gigi.
"Woish.. Marahnya." tegur Alia. Membulat mata dia bila tengok tin minuman di tangan gadis itu berjaya direnyukkan. Kuat betul kawannya yang sorang ni. Shiqin masih dengan muka masamnya.
Tubuh aje duduk kat kantin, tapi mata tajam pandang kat pandang. Minum air sejuk sekalipun tetap tak berjaya buat hatinya sejuk. Memang nak kena ajar perempuan tu. Karang aku pinjam buku banyak-banyak lepas tu aku bakar buku tu. Tak pun, aku bakar pustaka tu sekali, biar dengan dia-dia sekali terbakar. Baru puas hati namanya.
"Kenapa ni?"
Shiqin buat bodoh lagi. Alia angkat kening. Mata dikalihkan sama ke arah di mana mata Shiqin terarah. Sekejap bibirnya terukir dengan senyuman indah itu.
"Aku tahu kenapa kau marah. Sebab dia rupanya.. Kau jealous ke?" Shiqin angguk. Dah tak boleh proses dengan baik apa yang kawan dia cakap.
"Kau nak aku cakap dengan dia? Kasi jarak sikit dengan perempuan tu..Alah.. aku tahu kau sukakan dia, tapi kau pendamkan aje kan?" Shiqin pandang Alia. Mata ke mata.
"Boleh jugak. Beri amaran keras kat betina tu. Cakap mati dia aku kerjakan dia nanti." ditumbuk permukaan tin minuman itu. Kraakk!! Membulat mata Alia. Spontan kepala angguk laju. Karang dia geleng nanti, ada kepala dia pulak yang kena pijak ni.
Jadi, untuk selamatkan diri, baik dia pergi buat apa yang si Shiqin ni suruh. Alia akhirnya sudah berlalu. Di kala itu, baru Shiqin tersedar. Apa yang Alia cakap tadi? Jejak langkah kawannya itu dia pandang. Membulat besar mata Shiqin.
Akalnya ulang tayang sekejap apa yang telah berlaku tadi. Shiqin gigit jari. Tegak dia pandang ke depan balik. Lagi nak terkeluar biji mata. Apa pasal si Ridz boleh berdiri depan Ilman ni? Aduh! Ni mesti si Alia dah salah anggap. Habislah aku. Sudahlah minah yang tumbuk dia ada kat sebelah mamat tu. Apa aku nak buat ni?
Dada Shiqin dah berdebar semacam.. Bibir bawahnya diketap kuat bila nampak si Alia dah lantang bersuara. Dia nampak si Ridz pandang dia. Tak kurang jugak dengan minah tu. Jeling macam nak bunuh aku. Shiqin telan liur. Habislah aku..
Shiqin terus cabut. Cari tempat selamatlah aku. Eloklah sangat. Orang lain semua serbu ke padang, aku dah melencong ke lain. Aduh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
