SAMPAI aje di rumah, Liyana terus
baring atas katil. Langkahnya longlai sehingga membuahkan kerutan di dahi mama
dan papanya. Apa dah jadi dengan anak dara mereka ni? Kuat sangat emonya
sekarang ni.
“Kenapa dengan anak awak tu?” bisik si
papa dekat dengan Datin Mariah.
“Emo lagilah tu, bang. Anak abang
kan. Takkan tak kenal dia macam mana.” Jawab Datin Mariah sambil mengeluh
lemah. Dato Zamri menggeleng kecil.
“Entahlah saya. Kahwinkan sajalah
budak tu. Kan senang. Dah tak payah nak cari jodoh lagi. Sibuk sangat!”
membulat mata Datin Mariah.
“Abang dah ada calon ke?” Dato Zamri angkat kening.
“Kenapa tak ada pulak? Dekat ofis tu, berlambak. Bukannya
saya tak tahu ramai yang berkenankan anak awak tu. Cuma anak awak tu, lembap
sikit. Susah nak pick-up.” Bahu Dato Zamri dicubit Datin Mariah. Geram dia
dibuatnya.
“Ada pulak abang, cakap macam tu. Liyana bukan bendullah.
Cuma jual mahal aje,” marah Datin Mariah.
“Siapa cakap dia bendul? Awak yang cakap. Saya cakap yang
dia lembap nak pick-up aje. Awak yang melebih-lebih, cakap macam tu,” Datin
Mariah diam.
“Ya tak ya jugak.” Dato Zamri gelak. Mama dan anak lebih
kurang aje perangainya. Aduhai. Nasib badan.
Dalam bilik, lepas mandi, Liyana
terus mendapatkan losyennya. Kulit mesti kena jaga! Nanti makin buruk jadinya.
Tak bolehlah jawabnya. Susah lelaki nak lekat nanti. Sebab! Tak menarik. Sedang
tangannya lincah menyapu losyen ke atas tangan itu, kepalanya seperti
teringatkan kembali akan kata-katanya pada Hairil beberapa jam yang lalu.
“Saya rasa setakat ni aje,
kita jumpa. Saya tak nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki yang berhubungan
dengan Marsha. Awak baliklah. Saya boleh balik dengan teksi.”
Liyana gelak sinis.
“Huh!
Apa? Tak nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki? Jangan harap!” Liyana
mencebik kecil. Tahu jugak lelaki tu takut. Acah sikit pun dah ketar. Nampak
sangat dah sayangkan aku. Huh! Mengaku tak nak. Liat sangat nak mengaku kalah.
Nak main jugak tarik tali. Nasib baik aku gagah dalam tarik tali ni. Jangan
harap boleh kalah dengan perempuan yang bernama Liyana ni.
Kaki
segera melangkah ke arah katil. Dihenyakkan tubuh itu sekuat mungkin. Ah!
Selesanya. Mata dikatup sementara tangan mengaggau sesuatu di atas katil. Mana
ni? Puas merengus dengan gaya perempuan buta, akhirnya Liyana jumpa juga. Bila
pegang telefon itu terasa bernyawa sikit. Sebelah mata sahaja dibuka. Recent
call dicari.
Aidil?
Bukan.
Harith?
Bukan!
Hairil?
Senyum
lebar Liyana. Tanpa fikir panjang, butang call terus ditekan. Telefon ditekap
ke telinga dengan mata yang makin kuyu. Tunggu dan tunggu, mulutnya dah penat
menguap. Hih! Mana dia ni?
“Assalamualaikum.”
Membulat
mata Liyana. Mata kuyu jadi bersinar. Sengih lebar sehingga gigi sudah mahu
keluar pun ada. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.
“Ada
apa awak call saya ni?” Liyana berpura-pura menguap dan mengantuk. Ibaratnya dia
menerima call dari lelaki itu. Tak henti-henti bibir itu tersengih pabila
berbicara.
“Bila
masa aku call kau ni? Kau yang call aku dulu,” Liyana mencebik. Selalu suara
marah-marah macam ni. Sakit telinga tahu tak!
“Cubalah
jangan jerit sangat! Boleh pekak tau saya. Dia yang call tak nak mengaku. Malulah
tu,”
“Aku
letaklah!” membulat mata Liyana. Eh! Mana boleh macam tu!
“Tak!
Tak boleh! Gurau jelah. Itupun nak sentap ke?” Hairil di hujung sana merengus
geram.
“Haruslah!
Kau ganggu masa tidur aku.” Liyana memuncung panjang. Buat hilang mood orang
aje nak menggedik dengan dia!
“Ada
apa kau call aku ni?”
“Esok!
Ambik saya?” membulat mata Hairil.
“Apa?
Mana boleh! Aku sibuklah esok. Dahlah hari ni aku ambik cuti gara-gara kau. Kau
agak-agak kerja aku sikit ke?”
“Alah!
Kita geraklah awal. Boleh breakfast sekali.”
“Breakfast
tengkorak kau. Tengok muka kau pun aku dah tak lalu nak makan.” Liyana gelak
kecil.
“Awak
silap kata-kata romantis ni. Sepatutnya ayat dia, tak lalu kalau saya tak ada.
Haha.. Lawaklah awak ni.” Liyana gelak lagi. Rasa lucu!
“Sebab
aku tak sukakan kaulah aku cakap macam tu. Bila kau ada dekat dengan aku, makin
bala aku jadinya.” Mati terus ketawa Liyana.
“Ah!
Tak kira! Ambik saya jugak. Awak memang kena datang sebab saya tertinggal purse saya dalam kereta awak tadi.” Lagi
mahu terkeluar biji mata Hairil.
“What?!”
Liyana tahan gelak. Patut celebrate
rancangan jahatnya ni. Semata-mata nak cari peluang punya pasal supaya boleh
berjumpa dengan lelaki tu lagi, sanggup dia perah otak masa on the way pulang dengan lelaki tu tadi
tau. Nampak tak? Betapa lincahnya otak Liyana bergerak kalau hal berkenaan
Hairil? Huhu. Sweet tak?
Haih!
Sekali nampak memang dah nampak macam aku tertagih. Tertagih dengan Hairil? Macam
lain aje bunyinya? Ah, apa-apalah!
“Macam
mana? Nak ambil saya tak?” Liyana berusaha keras dari terkeluar tawanya. Tahu lelaki
itu sedang kutuk dirinya. Tapi dia peduli apa? Asalkan dia akan berjumpa lelaki
itu nanti.
“Kalau
macam tu, aku hantar sekaranglah,” kini giliran Liyana pula membulat matanya.
“Eh!
Tak boleh! Tak boleh! Saya.. saya.. saya nak tidur,” Hairil gelak sinis.
“Apa
susah? Aku passlah kat mak ayah kau?” Liyana menggeleng. Tak boleh jadi ni.
“Eh!
Tak boleh! Sebab.. sebab mama dan papa saya keluar! Ha! Dia pergi Singapore! Lusa
baru balik.” Hairil senyap sahaja. Liyana gigit bibir. Mintak-mintaklah
alasannya kedengaran logik. Percayalah Hairil. Tolong, percaya!
“Orang
tua-tua cakap kalau diam maksudnya ya! Kalau macam tu, saya tunggu ya! Esok! Jangan
lupa!”
Tut..
Tut..
Hairil
pandang telefon bimbitnya. Nak kena minah ni. Giginya diketap geram. Keluhan berat
terluah di situ. Apa ni? Tiga hari straight dia jumpa minah tu? Naik loya aku
dibuatnya. Ni memang betul-betul saka ni! Belum mati dah berhantu. Aduh!
Beg
duit? Kau ni menyusahkan betullah! Jam dinding dijeling sekilas. Bibirnya gelak
sinis. Tak apa! Dia nak aku hantarkan ya? Okey! Aku hantar! Aku hantar-hantar
pagi-pagi buta! Aku letak atas tangga tu. Kalau kena curi bukan masalah aku.
Hairil sudah nekad. Gebar ditarik tinggi.
Kena
tidur awal untuk bangun awal! Liyana! Kau memang nak kena.
HAIRIL jelas kehilangan kata-kata sekarang
ini. Bila terpandangkan tubuh Liyana berdiri betul-betul di hadapan rumah,
membuatkan dia mengeluh kuat. Mata sempat menjeling jam di dashboard kereta.
6.50 pagi?
Awalnya minah ni bangun! Liyana yang
nampak kelibat kereta Hairil tanpa berlengah lagi terus masuk. Orang tak jemput
mahupun pelawa begitu enak dia masuk. Cantik sungguh budi bahasa Liyana ni. Ah!
Dia memang cantik. jadi, apa dia nak peduli?
“Awalnya kau bangun?” soal Hairil
spontan.
“Nak
jadi isteri mithali kan? Kenalah berlatih dari sekarang.” Hairil buat muka. Yelah
tu! Entah ya atau tidak minah ni.
“Nah
dompet kau! Pergilah keluar sekarang.” Liyana menggeleng.
“Keluar
aku kata!” ugut Hairil dengan mata-matanya sekali membulat. Bajet garanglah tu.
Liyana buat bodoh aje. Ingat dia takut? Lagi nampak comel ada lah mamat ni!
“Tak
nak!” Liyana tarik tali pinggang keledar untuk mengikat tubuhnya. Hairil sudah
menggeleng, Tak tahu nak buat apa. Sekali lagi, dia terpaksa beralah. Gear ditarik
pada punat D. Baru tayar itu ingin bergerak ada jeritan seseorang memanggil
nama Liyana kuat. Liyana sudah takut.
“Liyana.”
Hairil memberhentikan keretanya. Siapa pula tu? Dari jauh, nampak kelibat
seorang wanita pertengahan umurnya sedang mengejar langkah ke arah keretanya.
“Dah!
Cepat! Cepat! Cepatlah gerak!” suruh Liyana. Alamak! Habislah aku.
“Hey!
Eh, budak ni. Kenapa awal sangat kamu keluar ni? Nak pergi mana pagi-pagi ni? Kamu
kan cuti hari ni!” membulat mata Hairil pandang Liyana. Liyana sengih
memanjang.
“Mama!
Kami gerak dulu ya? Bye!” isyarat mata diberikan pada Hairil. Hairil buat tak
endah. Liyana bagai cacing kepanasan. Tak ada cara lain, pinggang Hairil dia
cubit. Hairil yang terkejut dengan perbuatan itu, spontan menekan pedal minyak.
Menderum kereta itu ke hadapan. Liyana buka tingkap luas. Kepalanya
dikeluarkan.
“Bye,
mama! Nanti Yana jelaskan. Tapi!! Dia ni bakal menantu mama!!” kuat suara itu
menempik. Datin Mariah pula sudah terkebil-kebil pandang kereta itu. Apa kena dengan
anaknya?
Dia ni bakal menantu mama!!
Datin
Mariah senyum melebar tiba-tiba. Oh! Dah ada calon ke? Baguslah! Dengan hati
yang entah kenapa jadi tenang sedikit, langkahnya dituju masuk ke dalam. Pergi buat
sarapan. Bertuah betul anak dara sorang ni. Boleh dia larikan diri? Aduhai. Kalau
beginilah gayanya, apa bezanya punya anak perempuan atau laki-laki? Hurm.
“Kau
cakap mama dan papa kau pergi Singapore? Lepas tu, balik lusa. Tapi, tadi..
siapa?” Liyana telan liur.
“Mama
saya..” jawab Liyana sedikit cuak.
“Kau
tipu akulah ni?”
“Tipu
sunat. Tak salahkan?”
“Sunat
apa kebendanya? Kau menyusahkan aku tahu tak!” Liyana mencebik kecil.
“Alah.
Tak apalah. Tak lambat awak ke ofis! Saya jamin punya. Kita dah keluar awal kan
ni?” Liyana sengih lebar seperti orang tidak bersalah. Hairil jeling geram. Memang
nak kena budak ni.
“Apa
bendalah kau. Geram aku.”
“Huh?
Geram? Nanti-nantilah. Tak pun.. kita patah balik. Pergi jumpa mama dan papa
saya. Kahwin bulan depan.”
“Apa
benda kau mengarut ni?”
“Kenapa?
Lambat sangat ke? Kalau macam tu, minggu depan?”
“Ee!
Budak ni! Aku bagi sebijik baru tahu.” Liyana tarik muncung. Nak menggedik sikit
tak boleh. Suasana jadi sepi tiba-tiba. Liyana menjeling Hairil di sisi. Wajah lelaki
itu kelihatan tegang. Marah ke? Teruk sangat ke kesalahan dia?
“Awak..”
jari telunjuk ditolak pada tangan berurat Hairil sedikit. Liyana sembunyi
senyumnya. Wow! Berotot kau tangan dia. Liyana menggeleng. Apa benda kau
melalut ni?
“Awak..”
Liyana cuba nasib lagi.
“Apa
dia?” jawab Hairil malas. Liyana senyum kecil. Menjadi jugak! Nasib baik dia
jawab.
“Sorry..”
“Nak
pergi makan mana ni?”
“Dah
tak marah ke?” Liyana kembali ceria. Hairil merengus. Menyesal cakap baik-baik.
Ingatkan bolehlah kasi hati makin sejuk, ini tidak! Makin panas!
“Malas
aku layan kau. Boleh gila aku!” Kereta Hairil mula menderum laju membelah jalan
raya dengan gelak tawa Liyana yang tiada berkesudahan.