Pengikut Setia.. XD

Wednesday, 14 May 2014

Novel : Complete Of Me! Bab 13

Pesanan: Kepada pembaca novel tegar COM sekalian.. hehe.. Saya ingin memohon maaf jika naskah bab 13 merentap hati dan perasaan semua. Karna, ingin saya ulang ini hanyalah versi belum diedit, jika ada yang tidak berpuas hati dengan mana-mana  part di sini, bolehlah jerit di bawah sana. Haha. Akhir sekali, komen tau! Saya tengah marah siapa2 yang tak komen. Jangan baca aje. Hihi.. Show u'r support! Anyong semua! Selamat membaca..
KATRINA sangat sibuk meneliti satu persatu akaun Facebook milik seseorang.. Teliti sungguh dia membelek satu persatu akaun itu.. Sesekali, dia mengeluh.. Handphonenya dihempaskan kasar ke atas meja..
“Aishh!! Kenapa nak buat private segala lagi?! Mengada!!”
Handphonenya kembali diraih.. Katrina mengeluh berat.. Lama matanya tertacap pada button ‘Add as friend’ itu.. Jarinya mahu menekan tapi akalnya pula menegah.. Haisyhh!! Susahnya!
“Hey!! Bencinya aku!” Tanpa disedari Katrina, dalam keadaan dirinya yang mahu meletakkan handphonenya ke atas meja, jarinya tertekan akan button itu..
Zappp!!
Katrina berdebar.. Membulat besar matanya apabila dirinya menyedari akan hal itu.. Rasa menggelepur seluruh tubuhnya.. Jarinya digigit.. Nak buat macam mana ni? Bunyi beep handphonenya menyentakkannya.. Notification baru masuk..
“What?!!!” bergegar suara Katrina memenuhi ruangan Butiknya.. Orang ramai sudah memandang pelik ke arahnya.. Katrina yang perasankan itu beriak selamba.. Duduknya kembali sambil tangannya menguak lembut rambutnya ke belakang telinga.. Menunjukkan tiada apa-apa yang berlaku dengan perasaan ayunya yang amat! Selepas sahaja, matanya menangkap akan orang ramai yang kembali menyambung kerja mereka, mulut Katrina pantas menyumpah itu dan ini..
Your friend request has been accepted..
Kenyataan yang membuatkan dirinya bagaikan mahu gila!! Apa ni? Matanya tertarik pada handphonenya kembali.. Segala permasalahn tentang kesalahan dirinya yang tertekan akan button ‘Add as friend’ itu terus dilupakan.. Kini, segala post di akaun itu pantas dibelek apabila ianya kelihatan begitu mencurigakan pada pandangan Katrina.. Matanya membulat sekali lagi, page itu discrollkan ke bawah lagi..
Dan lagi.
Hih!! Tak boleh jadi!! Kenapa semua gambar-gambar ni? Aishh… Terus, Katrina membuka kotak bersaiz kecil yang terletak elok di suatu sudut di atas meja kerjanya.. Kertas kecil bersaiz segi empat itu direnung.. Iphone 4nya dicapai lantas, tangannya lincah mendail nombor itu sambil matanya tidak lepas memandang akan kesemua post-post itu.. Semuanya masih baru! Maknanya?!!
Tutt.. Tuttt..
“Hello?” sapa lelaki itu di hujung talian..
“Hey!! Are you out of your mind!!!” hambur Katrina terus..
“Why?” soal Aidil di hujung talian..
“What’s Maria doing there? What are you guys doing there! You cakap you ada show dekat Paris! Dah gila ke ambik gambar dengan Maria dekat Menara Eiffel Tower tu!! Hah!?!! You tahu tak what’s the meaning of taking pictures in front of that tower?!!”
Aidil tergelak sakan..
“I’m thinking about you, right now.. Bosan..”
“Hihh!! Bosan cari perempuan lain? Eee!! Bila you balik?”
“Kenapa? Are you miss me?”
“Tunggu bila I dah jadi zombie.. Masa tu, otak I dah short..”
“I’m off..”
“Hey!! Merajuk!! Macam perempuan!! Jawab soalan I dulu, apa you buat dekat sana dengan Maria? What you’re doing there? Are you on date right now, hah!!”
“Finally..” Katrina mengeluh geram.. Lain yang ditanya lain yang dijawab..
“Aishh.. Susah betul nak jawab soalan aku.. Memang semua model-model bodoh, eh?”
Aidil gelak lagi.. Kuat.. Sakit telinga Katrina mendengarnya..
“Finally, I got your account and your number, sayang.. Tak rugi I post gambar tu.. You kenal Maria?? Unbelievable.. She’s so hot!”
“I’m off!!”
Katrina menghempaskan handphonenya kuat atas sofa di belakang meja kerjanya.. Ah, Maria hot dari aku? Kang aku masuk dunia permodelan, baru tahu kau! Ingat aku tak panas ke? Macamlah aku ni sejuk sangat.. Tiba-tiba, akal Katrina teringatkan sesuatu..
Finally, I got your account and your number..
Katrina mengigit jari kukunya.. Alamak! Akaun aku! Private number aku!! Oh no!! Ottoke?!! (Nak buat macam mana?*Korea’s languange)..

Airish, frustkah?

 “DON’T go, out!” tegas suara Airish pada Afiqa.. Lurus pandangan Airish menentang pandangan Afiqa.. 
“Who said so? I wasn’t going to..” pandangannya pada Airish yang sedang berdiri tegak sambil bercekak pinggang dipandang..
“But, you face says otherwise..” mendatar sahaja suara lelaki itu..
“No way… I’ll never and ever going outside!” Afiqa turut berdiri setaraf dengan suaminya..
“We’ll see then..” Afiqa terus meninggalkan ruang tamu itu sebelum meloloskan dirinya ke dalam kamar.. Badannya disandarkan pada pintu.. Wajah Hairul terbayang di ruangan matanya.. Jam dinding di kamarnya dijeling.. Sudah jam 10 malam.. Sudah lewat.. Lantas, Afiqa berlari anak menuju ke arah tingkap.. Langsir diselak kecil, mengintai akan masih adakah keberadaan Hairul di situ.. Handphonenya dijeling lagi setelah panggillan baru memasuki ruangan skrin telefonnya.. Nama Abang Hairul terpapar lagi.. Afiqa mengeluh.. Kali ini, sudah masuk 20 kali lelaki itu menelefonnya..
“Fiqa.. Finally.. Abang masih lagi di depan rumah Fiqa.. Could you come out for a minute? I just want to see you.. In any case, I’ll wait here until you come out.. Please, Fiqa.. I’m begging you..”
Afiqa hanya diam.. Menjawab dengan mengiakan pun tak, menidakkannya juga pun tidak.. Lama, dia terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu yang rumit.. Matanya terarah pada jaket sejuknya yang tergantung di belakang pintunya..
“You want to meet him, don’t you?”
“Oh mak kau..” latah Afiqa tiba-tiba.. Laa.. Airish masih di ruang tamu rupanya.. Ingatkan, lelaki ini sudah lama naik ke biliknya.. Tubuh Airish yang tersandar pada sofa itu dipandang Afiqa takut-takut..
“He said he still outside, right now..” perlahan sahaja suara Afiqa menerjah pada gegendang telinga Airish.. Tajam mata Airish menikam anak mata hitam gadis ini.. Nafasnya dihembuskan lembut..
“Don’t go out..” begitu tegas Airish bersuara.. “Pergi masuk bilik, kau..”
“I’m sorry.. But, I have to..” lengan Afiqa ditarik Airish memberhentikan wanita itu daripada melangkah ke arah pintu utama..
“Please..” lembut suara Afiqa merayu pada Airish agar membenarkannya keluar.. Airish meraup mukanya.. Dia sendiri keliru sama ada mahu membenarkan gadis itu keluar ataupun tidak.. Sinaran mata Afiqa yang bagaikan begitu mengharap membuatkan Airish rasa serba salah.. Lantas, tangan kejapnya melepaskan akan gengaman itu sebelum menghempaskan tubuhnya kembali ke atas sofa.. Sengaja berbuat begitu memberikan dua kata putus kepada wanita itu, sama ada keluar mahupun tidak.. Dan saat Airish mengangkat mukanya, Afiqa sudah hilang dari pandangannya.. Pintu rumahnya yang ternganga luas sudah menjelaskan segalanya..
“And.. finally you proved it to me. Ah, it seems like you still cannot forget him.” bisiknya sendiri.. Jauh merenung pada tubuh Afiqa yang berjalan menuju ke pintu pagar rumah mereka..
“Go back home and sleep..” baru terkeluar butir bicara Afiqa setelah sekian lama, dirinya menjadi patung setia memandang Hairul yang asyik menunduk sambil menyandarkan dirinya di kereta.. Hairul bagaikan tidak percaya.. Menatap seraut wajah yang sekian lama dia nantikan.. Agaknya dia sudah gila kerana sanggup menunggu gadis selama berjam-jam lamanya..
“Fiqa…” ceria suara itu menyapa Afiqa.. Tubuh yang sekian lama tidak menjelma dalam realiti kehidupannya kini sudah berdiri di hadapannya..
“Abang sedar tak ni? You’re not supposed to be here.. Nanti, apa pulak kata orang sekeliling.. Abang tak malu?” terpacul terus soalan itu daripada mulut Afiqa apabila Hairul mendekatinya.. Sungguh.. Sehingga kini, terkatup kemas akan kata-kata Hairul itu sewaktu di warung dulu di dalam mindanya..
“Abang datang sini… sebab nak jumpa dengan Fiqa..”
“Abang pasti abang tak salah orang? Sekarang ni, abang tengah berhadapan dengan mak cik yang dekat kampung ni.. Are you sure, where you now?” bukan niat Afiqa sebenarnya mahu memerli tapi entah kenapa dia hanya berbicara mengikut kata hatinya..
“Fiqa… I’m sorry.. Abang tak niat pun..”
“Tapi, abang dah luahkannya..”
“But, bila Abang fikir balik, Fiqa tak adalah teruk mana..”
“It’s just a word with no meaning, either, right?”
Hairul terdiam..
“Please.. stop, pretending..”
Afiqa memejam kedua-dua belah matanya.. Hatinya rasa sangat berat sangat.. Sama seperti matanya.. Matanya sudah memberat dengan kelompok-kelompok air yang terasa seperti tergantung di bawah matanya..
“Abang tak payah nak rasa bersalah.. It’s all true..” Afiqa cuba untuk bertenang..
“It’s not like that..”
“Then?”
Tepat pandangan Afiqa melekat pada Hairul..
“Fiqa… why don’t you just hit me… Huh?” lengan Afiqa diraih Hairul sambil tangan Afiqa dilayangkan di udara sebelum berlabuh kuat di bahu lelaki itu..
“Abang datang sini pun sebab nak Fiqa beri pengajaran pada abang.. Just hit me, Fiqa..” Afiqa menarik kuat tangannya daripada gengaman Hairul..
“Come on.. Just hit me..” pukulan yang dilayangkan Afiqa di atas paksaan Hairul memaksa Afiqa untuk menggunakan seluruh tenaganya demi menariknya tangannya kembali.
“Tak… Pukul abang sama seperti Fiqa cederakan diri Fiqa sendiri..”
Ada nada getaran pada suara Afiqa.. Hairul terdiam.. Suasana bertukar sunyi sepi antara mereka.. Sepanjang itu juga, pelbagai suara-suara datang menyapa.. Keluhan, hembusan nafas dan deruan angin yang membelai mereka berdua di tengah-tengah kepekatan malam.. Afiqa semakin tidak selesa berada dalam keadaan begitu, lalu kakinya mahu diangkat masuk kembali..
“Fiqa… abang sayangkan Fiqa..”
Rasa mahu gugur jantung Afiqa mendengarnya.. Segala langkahnya menjadi kaku.. Pengakuan apakah ini? Kenapa? Dan kenapa baru sekarang?
“I’m still love you..” Hairul semakin mendekat.. Mencuba mendekati Afiqa yang sejak tadi kaku dan bisu itu.. Dia musykil sebenarnya, adakah gadis itu kini terlalu membencinya sehingga tidak berpaling lagi ke belakang.. Atau adakah mungkin gadis itu sudah melupakannya.. Dan kemusykilannya harus dirungkaikan segera.. Lantas, bahu gadis itu diraih lalu dihadapkan berhadapan dengannya..
Hairul terkejut.. Ternyata, segala persoalannya kini bagaikan salah.. Kesan air mata yang mengalir di lekuk pipi gebu gadis itu bagaikan menjawab segala persoalannya kini... Tangannya naik mengusap pipi gadis itu lalu dilap selembut mungkin air mata gadis ini..
“Kenapa, abang? Kenapa??”
“Sebab, I’m just realized all of this.. Your loss really hurt me, badly..” laju deraian air mata Afiqa membasahi pipinya.. Sungguh tidak sangka, lelaki ini mencintainya..
“I love you, Fiqa..” Hairul mendepakan tangannya mahu memeluk Afiqa.. Mahu meletakkan gadis itu kemas dalam pelukannya.. Biar segala rasa yang tertanggung di dadanya dapat dileraikan..
“Abang..” Afiqa mengundurkan setapak, menyebabkan Hairul juga berhenti serentak..
“I’m married.. Fiqa dah kahwin, and ianya tak elokkan?” depaan tangan Hairul  mati.. Hatinya berasa kecewa.. Jelas terpamer di wajahnya.. Tubuhnya kembali disandarkan di kereta BMW M6 seriesnya.. Pandangannya didongakkan ke atas, nafasnya dihela seketika kemudiannya..
“Esok.. is.. my birthday..” wajah menunduk Hairul dipandang Afiqa.. Sedikit sebanyak jiwanya juga terdera..
“When it comes to my birthday, I always remember the moment we celebrate together.. The moment we you sing on my birthday.. I still remember the song..”
“Then, you still can celebrate it.. You can have even more big parties then we ever had..”
“No.. I can’t.. Almost 3 years, I’m not celebrate it..” dahi Afiqa berkerut.. 5 tahun? Then.. Hairul tak sambut his birthday since we broke up?
“Yeah.. Abang tak pernah celebrate my birthday because… ianya pasti akan mengingatkan abang pada Fiqa..”
“Abang…”
“Mungkin, esok pun sama.. Maybe, I just stay at my home all day long.. But, it’s okey.. Seeing your face would be enough for me.. Thank you, Fiqa for coming out..” Hairul terus memboloskan dirinya dalam kereta.. Sejurus enjin keretanya dihidupkan terus kereta itu menderum laju membelah jalan raya meninggalkan Afiqa yang masih setia berdiri lagi di situ..  Beep.. Pantas, Nokia C3 itu dikeluarkan dari poket..
Happy birthday, Abang Hairul.. (I’ll miss this words..)
Just in any case.. Lot 201, Pandan Palma, Shah Alam..
I will wait, Fiqa.
Air mata Afiqa mengalir laju.. Ucapan itulah sentiasa terpacul di bibirnya sewaktu tibanya hari jadi lelaki itu.. Pasti, mereka akan menyambutnya dengan hati yang riang.. Handphonenya dilekapkan di dada, menangisi akan kisah lama mereka..

TING TONG!! TING TONG!! Bunyi loceng rumahnya yang bordering tanpa henti sungguh memekakkan telinga Airish. Ipad di tangannya dibelek kembali di ruangan browser itu. Sesekali tangannya menari-nari di atas skrin itu.
Ting Tong!
Airish merengus kuat. Tidak tahan lagi dengan bunyian itu.
“Fiqa!! Fiqa!!” tempik Airish kuat di ruang tamu..
“Awak ingat saya pekak ke? Saya ada dekat sebelah ni, kan! I’m not deaf.. Lainlah, kalau awak ni buta, pulak!” Airish mengetap bibirnya.. Sakit hatinya.. Asalnya mahu menyakitkan hati gadis itu, tapi alih-alih dia pulak yang sakit hati..
“Pergi bukak pintu tu!” arah Airish.
“La, apasal saya pulak?”
“Habis, aku yang kena bukak?”
“Yelah.. Dah awak, tuan punya rumah..”
“Dasar tetamu tak sedar diri..”
“What?! I’m your wife, okey!”
“Dah kalau sedar, pergilah bukak pintu tu.. Tak pernah pulak saya tahu isteri boleh ingkar cakap suami… Lainlah, kalau nak jadi nusyuz kan..” kuat kancingan gigi Afiqa.. Majalah UV itu dihempaskan kasar di atas sofa.. Kakinya dihentakkan kuat dan kasar di atas lantai umpama memprotes sahaja.. Airish hanya menjeling.. Aku menang!
“Arghhh!!! My baby boo!!” tersentak Afiqa dibuatnya.. Baru sahaja pintu rumahnya dibuka, terus Katrina datang menempik sekuat hati.. Lalu, tubuh Afiqa dipeluk kemas Katrina.. Rindu! Dah empat hari tak jumpa lagaknya mahu sebulan..
“Ah, sudah! Bising habislah rumah aku..” mendatar sahaja suara Airish bersuara.. Katrina dan Afiqa berpandangan seketika.. Pelukan mereka dileraikan..
“Lancangnya mulut laki kau Fiqa.. Rasa macam nak seligi aje mulut dia, biar cacat sebelah mulut dia.. Macam ni..” Katrina menggayakan bagaimana jika bibir Airish senget sebelah.. Pecah kuat tawa Afiqa..
“Masuk rumah tak bagi salam..”
“Assalamualaikum..” kata-kata Airish terhenti apabila ada sahutan seseorang di muka pintu.. Katrina sempat menjelirkan lidahnya pada Airish.. Padan muka! Afiqa pula sudah tersengih-sengih sendiri..
“Bro! Lama tak jumpa..” ceria suara Aidil datang menyapa sebaik sahaja memasuki rumah agam yang cantik ini.. Segera, Airish didekatinya..
“What’s up man? Lama tak jumpa.. How’s Paris?” suara Airish juga turut berubah nadanya.. Afiqa mencebik.. Ceh! Tak pernah pulak dengan aku nak ceria macam tu.. Huh! Tapi, tak kisah pun..
“Paris?” mata Aidil nakal menjeling Katrina yang masih berdiri di samping Afiqa.. Wajah gadis itu berubah sedikit tapi terus dikawal sebaik mungkin.. Aidil tergelak sendiri..
“A’ah.. Paris..”
“Absolutely, great.. I found one girl at there.. She’s… so hot…” suara Aidil sengaja dikuatkan sehingga dengan anggarannya dapat didengari Afiqa dan Katrina.. Afiqa pula perasan akan perubahan mendadak rakannya itu.. Kepalan tangannya itu sudah cukup menjelaskan lagi akan apa telahannya itu adalah benar belaka..
“Fiqa..” Katrina sengaja menceriakan suaranya.. Rambutnya disebakkan ke belakang..
“I ada jumpa tau, dengan sorang mamat ni.. Mata dia juling, tahu.. Tapi juling kat atas.. Yelah, biasa-biasanya orang juling kat bahagian tepi aje.. Kau tahu, Fiqa.. Mata hitam dia tu dah tak boleh bawak turun dah.. Cacat macam tu lah.. Kesian dia..”
“Lah… ya ke.. Kenapa boleh jadi macam tu?” Afiqa turut bersengkongkol dengan Katrina.. Melayan kerenah rakannya yang tidak putus-putus itu..
“Sebab, dia curang.. Suka sangat main-main mata dengan perempuan, lain.. Hah, jadi julinglah dia.. Padan muka! Pandai sangat, kan..” sinis bercampur geram sahaja suara Katrina.. Nadanya pasti akan ada ayat-ayat yang akan ditekan-tekankan sedikit untuk menggambarkan perasaannya.. Aidil ketawa terbahak-bahak..
“Bro! Kau tak letak perfume ke dalam rumah kau.. Hapak kau tahu..” Airish yang sememangnya tidak tahu menahu tentang ini menghidu sini sana.. Pelik.. Mana ada bau hapak..
“Aku bau okey aje.. Kau bau dari mana datang hapak tu?”
“Entah.. Yang aku tahu, bau hapak tu kuat gila..”
“Eeee!! Fiqa!! Get me a glass of water..” Afiqa mengangguk laju.. Terus, langkahnya dibawa ke arah dapur membawa segelas air mineral sejuk.. Katrina menyambutnya dan membawa kakinya ke arah Aidil dan Airish yang duduk santai di atas sofa itu..
Splasshh!!
Membulat mata Afiqa.. Katrina tersenyum manis.. Gelas tinggi itu diletakkan kembali di atas meja kopi.. Senyumannya dihulurkan buat kedua-dua lelaki itu.. Rambutnya diselakkan seayu mungkin ke belakang telinganya, lalu duduknya dilabuhkan dengan gaya sememangnya dialah perempuan melayu terawal dan terakhir di situ..
“Aku.. ingatkan kau nak minum.. Nak tenangkan bara dalam badan kau tu..” tergagap-gagap Afiqa menuturkan kata.. Bimbang akan menimbulkan amarah ketiga-tiga insan di hadapannya..
“Ishh.. Buat apa nak minum, kita kenalah padamkan api tu.. Macamlah kau tak tahu, main dengan api banyak padahnya. Lagipun, ni penawar mujarab tahu nak kembalikan mata juling tu kepada yang asal..” Airish meraupkan wajahnya.. Begitu juga dengan Aidil.. Masing-masing terdiam.. Katrina menayangkan giginya sahaja..
“Aku nak tukar baju!” pamit Airish.. Serius nadanya.
“Aku nak ikut! Sekali, pinjam baju kau..” begitu juga dengan Aidil berangkat pergi bersama dengan Airish ke dalam kamarnya..
“Sayang.. you’re really dead, after this..” ucap Aidil sebelum berangkat pergi.. Katrina masih menunjukkan muka bagusnya.. Hanya tersenyum manis menghantar pada si Aidil yang sudah menapak ke arah kamar Airish.. Sebaik kedua-duanya hilang dari pandangan mereka.. Katrina menghulurkan tangannya, mengharapkan Afiqa menyambut.. Terketar-ketar tangannya..
“Oh my god, Fiqa.. Oh my god!! Apa aku nak buat ni? Takut aku tengok muka Airish macam tu.. Dia marah ke?” Katrina sudah gelabah semacam.. Perasaan takutnya sudah melebihi segalanya.. Itupun, nasib baik boleh dikawal riaknya agar tidak terlalu menunjukkan muka takut.. Namun, perasaan takutnya bertukar menjadi geram apabila Afiqa meledakkan tawanya..
“Kau takut, Rina? Oh my handbag, Gucci.. Nak buat macam mana ni, ottoke? (nak buat macam mana *korean’s langguange)” paha Afiqa dicubit Katrina.. Serasa kawannya begitu mengejeknya sekarang..
“Kau tak habis-habis nak perli aku.. Sudahlah tu.. Aku takut ni.. See! My hand is shaking..” tangannya ditunjukkan pada Afiqa.. Jelas sekali, tangannya ada menunjukkan yang dirinya sememangnya sedang menggeletar sedikit..
“Kau takutkan siapa ni? Aidil? Airish? Pandai buat, pandailah tanggung..” Afiqa menyakat lagi.. Sengaja berbuat begitu..
“Apa punya kawan ni.. Betul cakap aku, kau kawan tak guna!” bahu Afiqa ditumbuk halus Katrina.. Afiqa ketawa kecil sebelum memeluk rakannya..
“Dah.. Jangan risau..” Katrina mengeratkan lagi pelukan antara mereka..
“Takut..”
“Oloh.. Airish aje pun.. I know him very well.. Marah sekejap aje tu.. Dia takkan marah garang-garang punya.. Alah, tengok muka kau, buat dia dah cair…”
“Tak.. Airish cair dengan kau aje.. Dengan aku dah tak jadi..” kini, giliran Katrina pula menyakat Afiqa.. Rambut Katrina yang mengurai panjang di belakang badannya ditarik Afiqa..
“Sakitlah gila!!” tudung Afiqa juga ditarik Katrina dari belakang.. Mereka tertawa bersama sebelum masing-masing erat berpelukan..
“Wahh.. Tak sangka, ada show lesbian kat sini..” Katrina pantas merungkaikan pelukan antara mereka.. Perasaan takutnya pada Airish sudah hilang apabila jejaka itu berkata begitu..
“Biasalah.. Tak pernah tengok ke?” balas Afiqa selamba..
“Ishh!! Apa kau ni.. Kalau aku lesbian pun, aku tak nak dengan kau.. Tak ada taste..” Eeee!! Bahu Katrina dicubit macam gaya ketam sahaja oleh Afiqa.. Geramnya menjadi-jadi kini.. Bukan nak back-up aku! Tak guna punya kawan…
“Wahhh.. Tak sangka ada pasangan gay sweet kat sini..” mata Airish membulat sebaik sahaja mendengar suara Afiqa.. Segara badannya dipusing ke belakang.. Airish kaget..
“Wehh!! Apa kau ni?! Siapa suruh kau pakai baju tu.. Buangkan!” Aidil menggeleng..
“Buang aku kata!!”
Aidil geleng lagi..
“Hey, Aidil!! Dah gila ke?” marah Katrina kuat..
“Yes!!” Aidil melompat kegirangan..
“See, Airish! Dia mesti jealous punya.. Tak sampai sejam.. Bijak tak, taktik aku..” terus Aidil menapak ke arah Katrina yang sedang tegak berdiri di hadapan Afiqa itu.. Bahu gadis pujaan hatinya diusap..
“Kau orang gay? Euwww.. Pakai baju sama? Yuckss!”
“Mana.. mana ada.. Hey, Aidil! Aku kata buangkanlah!” sangkal Airish laju dengan tuduhan Afiqa itu..
“Jealous, ke?” bisik Aidil rapat ke telinga Katrina.. Katrina menolak usapan Aidil itu lalu menoleh pada Afiqa..
“Tak! Langsung tak!” wajah Aidil dipandang pula..
“Nasib baik, aku tak jatuh cinta lagi, kan dengan model gay ni.. Huh.. Aku dah nak balik!” beg tangan LVnya dicapai Katrina sebelum cabut keluar.. Aidil cemas.. Tak sangka pulak, Katrina akan merajuk macam ni.. Langkah Katrina mahu disaingi Aidil.. Afiqa hanya memandang sahaja gelagat rakannya itu..
“Are you guys really…” tajam mata Afiqa memanah tepat pada mata milik Airish..
“Mana.. mana ada! Aku cakap tak! Taklah!” Airish menafikannya laju.. Ish! Nak kena Aidil ni!
“Then.. macam mana, awak ada baju couple tu?” kali ini, Airish terdiam.. Afiqa menghembuskan nafasnya lembut..
“Aidil!!” Aidil menoleh ke belakang selepas pujuk rayunya tidak diendahkan Katrina.. Afiqa tersenyum. Elok merpati sejoli ni berdiri di tengah-tengah panas, di halaman rumahnya lagi..
“I’ll comfort her.. No worries.. Awak masuk dulu..” Aidil mengangguk lemah.. Kakinya diangkat lambat-lambat masuk kembali ke dalam rumah.. Sebaik sahaja matanya diangkat memandang ruang tamu , tikaman tajam Airish pada matanya bagaikan menjelaskan sesuatu sahaja..
“Kau, okey tak ni?” Afiqa melabuhkan punggungnya di atas bangku yang berhampiran dengan Katrina yang masih berdiri itu..
“Entah..”
“Kata tak suka.. Merajuk macam orang dah kahwin berbulan-bulan..” omel Afiqa bersahaja.. Tangannya menepuk-nepuk lembut bangku panjang yang masih kosong di sebelahnya.. Katrina menjeling sahaja.. Setapak demi setapak kakinya diundur sebelum turut duduk di sebelah Afiqa..
“Janganlah merajuk dengan dia lama-lama.. Kesian kat dia.. Kurang ajar kau kan.. Masa Ryzal tak adalah pulak kau nak berlagak macam ni.. Hello, bawak sedarlah sikit. Aidil tu model, tahu.. Kacak gila, oittt-oitt (babi) tahu.. Bila-bila masa dia boleh cari perempuan lain..”
“Kau tengah berdoa ke ni??” marah Katrina.. Afiqa tersenyum manis.. Tangan Katrina diraih Afiqa dan diletakkan di ribaannya..
“Aku tahu.. Kau marah-marah manja aje, kan..”
“Tak guna punya, psychologist.. Macam mana kau tahu, gila?!” Afiqa tergelak lagi.. Suka melayan kerenah Katrina..
“Rina..”
“Hurmm..”
“Aidil tu handsome tahu..”
“Hey! Kau dah tergoda ke dengan dia?! Are you want to dead now, huh?!”
“Kau rasa aku cantik, ke?”
“Of course…”
Afiqa menyengih panjang..
“not! Tak habis cakap lagi, tadi..” terus mati sengihannya..
“So, tak payah nak risau.. Okey?”
“Then, kenapa kau cakap macam tu..”
“Kau beruntung.. sebab ada yang mencintai kau..” Katrina mengeluh.. Tidak sangka itu yang difikirkan Afiqa sekarang ini..
“Jodoh pertemuan tu, semuanya menjadi rahsia, Fiqa.. Nobody knows about, it..”
“But, what we have, we still want to have it, right? We’ll take care of it.. Never lose of it.. But, if we loss, then we couldn’t say anything..”
Katrina diam..
“Am I right?”
Lurus pandangan Katrina pada kolam buatan manusia di tengah-tengah halaman rumah Afiqa ini.. Sengaja mengalihkan pandangannya.. Kata-kata Afiqa itu tidak mampu untuk dia menidakkan mahupun mengiakan.. Kedua-duanya bagaikan terlalu sukar buatnya..
“And, because of that.. aku nak pertahankan apa yang aku ada sekarang ni..” Katrina bertentang mata dengan Afiqa.. Aneh mendengar kata sahabatnya ini..
“Airish?” Afiqa tersenyum seraya menggeleng. Katrina mengerutkan keningnya.. Kepalanya digaru-garukan.. Kalau bukan Airish? Mata Katrina sudah membulat..
“Hairul?”
Afiqa mengangguk..
“What do you mean, Fiqa?”
“Aku ingat.. aku nak balik pada dia..” satu kenyataan yang bagaikan menghempap kuat kepala Katrina.. Sungguh dia tidak percaya.. Terus, berdiri tegak badannya menentang pandang pada Afiqa..
“Kau nak balik pada Hairul? No!! Absolutely, no!” tegas Katrina berkata-kata..
“Please Rina.. Please understand me..”
“No! Aku tak faham! Dan takkan faham! Kenapa kau nak buka balik luka lama.. Kau nak parut kau yang lama tu berdarah lagi?! Fiqa.. Parut kau tu baru nak sembuh, Fiqa..”
“Parut ni, takkan sembuh, Rina.. Takkan sembuh semudah itu..” marah yang ingin dihamburkan Katrina mati tatkala terpandangkan leraian air mata Afiqa itu..
“Apa aku nak buat Rina.. Bila cinta pertama aku, datang dan merayu untuk kembali padanya.. Nak menolaknya? Aku tak mampu, Rina.. Aku tak mampu..” lirih suara Afiqa menerjah masuk ke telinga Katrina..
“Aku masih sayangkan, abang Hairul.. Malah, perasaan tu masih sama, Rina..”
“Since when, he comes to you?” serius nada Katrina kini.. Afiqa menarik nafasnya dalam-dalam..
“Itu tak penting, Rina.. Yang penting, dia cakap dia sayangkan aku..” Katrina tergelak sinis..
“Sayang? Kau percaya bulat-bulat macam tu, aje? Kau ingat dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu?” marah Katrina lagi..
Jari-jemari Katrina diraih lembut Afiqa.. Matanya dipandang ke atas, mencari anak mata sahabatnya.. Dirinya sangat berharap agar sahabatnya dapat memahaminya..
“Aku sayangkan kau, Fiqa.. Aku tak nak kau kecewa nanti..” suara Katrina berubah menjadi sebak..
“Aku nak rasa macam mana itu cinta sejati, Rina.. Aku pun manusia biasa.. Mudah cemburu apabila ada pasangan bahagia melintasi mata.. Jauh di sudut hati aku, aku berharap aku akan jadi seperti itu.. Rina.. Aku harap sangat kau faham, apa yang aku nak.. Aku cuma mahukan kepercayaan kau..” Air mata Afiqa dilap perlahan sebelum menyambung kembali ayatnya..
“Kepercayaan kau pada aku, sangat penting Rina.. Tolonglah percayakan aku.. Dengan kepercayaan kau, kau berikan aku kekuatan.. Tak semua manusia tak buat kesilapan, Rina.. Mungkin, kali ni abang Hairul dah berubah?” nafas berat dihela Katrina.. Rambut yang berjuntaian di dahinya ditolakkan ke atas..
“Aku faham..”
“Alhamdulillah.. Thanks, Rina..” tubuh Katrina ditarik serat-eratnya Afiqa menuju ke dalam lembah pelukan sahabat sejati.. Terasa bagitu hangat pelukan itu.. Pelukan sahabat yang sentiasa ada untuk memberikan kekuatan kepada rakannya tidak kiralah apa jua rintangan pasti akan dihadapi bersama.. Katrina dan Afiqa.. Masing-masing tersenyum di sebalik pelukan mereka.. Bagi Afiqa, senyumannya melambangkan betapa gembira dan bersyukurnya dia apabila sahabatnya mengerti akan apa yang terjadi.. Bagi Katrina, senyumannya adalah pemberi semangat pada dirinya sendiri untuk meneguhkan lagi kepercayaannya pada Hairul agar hidup Afiqa tidak lagi dikecewakan..
“Rina.. Aku nak mintak tolong sikit.. Boleh?”
“Apa dia?” telinga Katrina dirapati Afiqa dan dibisikkan halus beberapa perkara pada rakannya itu..  Katrina tersenyum seraya mengangkat ibu jarinya.. Handphonenya dikeluarkan lalu didailkan seseorang..
“Tina.. There’s a very super duper request from my super duper clients, from planet… hold on..” handphonenya dijauhkan sedikit dari mulutnya..
“Planet apa yang paling cantik?”
“Entah..”
“Ermm.. planet wakenabeb.. Okey.. Hah? The request? Oh, ya! Just find the big black plastic bag.. There’s a tag name which is SUPER DUPER CELEBRATION.. Hah? What’s again? The address? Oh ya.. Naik roket sana.. Then, terbanglah.. Adressnya at my clients file, at the front page.. Ok.. Thank you.. Within 15 minutes, the request must be completely arrived, ya! Thanks once again..” Katrina tersenyum puas.. Handphonenya kembali dimasukkan ke dalam handbag..
“Done just in 15 minutes..” lebar senyuman Katrina dihulurkan..
“Kenapa tak cakap nama aku, kang tak pasal-pasal pekerja kau cari tak jumpa pulak nanti..”
“Oloh.. I know la.. There’s only two address at the front page of my client’s file tahu.. You and I.. Bayangkanlah besar mana size font aku letak dekat sebesar kertas bapak jin A4 tu..”
“Wah.. Terharunya.. Nak nangis.”
“Sebab tu, aku tak nak bagitahu kau.. Dah agak akan jadi macam ni..”
“Ceh! Terus tak jadi nak nangis.. Batalkan ajelah..” mereka berdua bergelak ketawa di halaman.. Gelak tawa mereka bagaimanapun terhenti apabila mata Katrina tertacap pada tubuh Aidil yang keluar dari pintu utama dengan wajah masam mencuka..
“Eh.. Aidil! Hey, Aidil!!” terkejut Katrina apabila tubuh Aidil yang keluar dengan wajah yang penuh serius.. Panggilan Katrina langsung tidak dipedulikan Aidil.. Lelaki itu sebaliknya terus meninggalkan perkarangan rumah itu.. Terkocoh-kocoh Katrina mengejarnya namun apalah daya dengan kasut tumit tingginya.. Sesudahnya hanya sampai di hadapan pintu pagar rumahnya sahaja yang mampu dikejar.. Afiqa berjalan membontoti Katrina dari belakang..
“Kenapa dengan dia ni? Cerah aje, hari ni.. Tak adalah pulak mendung ke, kilat ke, taufan ke.. Aku pulak tak adalah pulak period hari ni? Ke dia yang period?” melongo luas mulut Katrina..
“Hesyhh.. Apa punya pemikiranlah kau ni.. Entah gred berapa pemikiran kau, kan? Dah.. Biarkan aje.. There’s must be something be going on, here..”
“Then, aku nak balik naik apa?”
“Tak apa.. Let me handle, this..”
“Wah.. Kau nak hantar aku ke?”
“A’ah..”
“Terharunya..”
“Tahu tak apa.”
“Tapi, tak nak nangislah..”
“Ceh!” giliran Afiqa pula mendail sesuatu di handphonenya sebelum dilekapkan kemas di telinga kanannya..
“Hello? Super Duper Cab.. Yeah.. Can you drop by here? Yeah.. Taman seindah.. Yes.. Okey..” Afiqa menyengih panjang apabila terpandangkan wajah masam mencuka Katrina..
“Super Duper Cab?”
“Yes.”
“Teksi?”
“A’ah..”
“Huh! Tak naklah aku..”
“Tak nak? Jalan kakilah..”

“Eee!!!” Afiqa berlari sakan mengelilingi kawasan halaman rumahnya yang dipenuhi dengan tanaman bunga-bungaan di sini.. Mereka berkejaran seperti lagak budak kecil sahaja.. Tapi, ianya tetap mencetuskan memori terindah buat mereka berdua..

Bab 14 yang bakal menyusul

What happen?

5 comments:

  1. eee geramnya dgn afiqa nk balik kt hairul kesian airish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. alahai, dear.. nak buat macam mana. Hati manusia.. Bkan kita boleh jangkakan.. haha. But, anyway betul ke Afiqa memang akan balik dgn Hairul? Or Airish ada plan? Huhu. sama2 nantikan..

      Delete
  2. Oh oh!! Apa yg nak jd nii? Cepat2 sambung kay ;) tak sabar nak tau. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. saya pon excited ni.. airish nak buat apa agaknya. Macam mana dgn Hairul? Adakah dia akan propose Afiqa time tu? Kalau tak habislah bergegar bumi nanti.. Mana mungkin!! Apa jadi? Betul ke semua tanggapan tu? Alahai.. Tunggu jerk.. huhu.. :)

      Delete
  3. Best ! excited baca.. x sabar nak tahu kisah seterusnya.. thanks penulis..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com