Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 14 & Episod 15
Misi Cinta Gila
Episod 14
SHIQIN kena masuk kes perbicaraan sekolah? Masing-masing sudah membawa mulut bercerita tentang hal berita itu. Kini, semua mata asyik memandang ke arahnya. Gaya pandangan mereka seolah-olah dia ini tersangatlah hina. Apa salahnya? Shiqin ketap bibir.
Langkah kaki dibawa ke tempat yang sama. Pepohon rendang itu menjadi pilihannya dek jauh dari pandangan orang ramai. Di situ, kekuatan yang selama ini dia tunjukkan bagaikan sudah direntap pergi. Shiqin yang senantiasa berlagak selamba dalam berbagai perkara kini bagaikan sudah tiada daya untuk berlagak seperti itu.
"Kenapa abang buat Shiqin macam ni?! Abang dah janji dengan Shiqin dulu, kan? Abang tak akan bawak kes ni sampai ke pengetua. Kan?" lengan Ilman ditolak Shiqin berulang kali.
"Abang..abang.." Shiqin geram. Kebisuan Ilman benar-benar mencabar kesabarannya yang kian menipis ini. Terkejut sungguh dia bila tiba-tiba di dalam kelas namanya dipanggil oleh guru disiplin. Dengan dalam kepala yang penuh tanda tanya, kaki itu tetap membuntuti langkah guru disiplin itu sehinggalah perjalanannya akhirnya berhenti di ruang pejabat. Pejabat pengetua!
"Abang!! Cakaplah!" bentak Shiqin geram. Tidak dipedulikan tentang perasaan lelaki itu. Ah! Buat apa dia mahu kisahkan perasaan lelaki itu lagi jika perasaannya asyik yang terdera dengan keadaan ini. Dia aje yang kena jaga perasaan Ilman, habis Ilman?
"Eqin nak abang buat apa? Dah ini keputusan kak Athirah. Dia yang berdegil. Abang dah cuba yang terbaik, tapi kalau dia tetap dengan keputusan dia nak denda Eqin, itu bukan masalah abang. Lagi satu...ini semua berpunca dari Shiqin kan? So..tanggunglah sendiri!!" di saat itu, tidak dipedulikan tentang pandangan Ilman padanya. Air mata itu begitu mudah jatuh menitis di pipi.
"Lagipun..perangai Eqin ni memang tak boleh dijangka. Orang macam Eqin ni, memang nak kena ajar sekali baru boleh duduk diam." sinis Ilman. Shiqin kesat hujung matanya yang berair.
"Shiqin memang tak silap abang."
"Apa?" Ilman soal juga. Hatinya tertanya-tanya dengan kata itu.
"Abang memang tak pernah nak nampak Shiqin walau sekali, kan? Abang tak tahu ke? Apa yang berlaku masa tu semuanya disebabkan abang. Shiqin cemburukan kak Athirah. Tapi..bila semua jadi macam ni. Shiqin rasa macam sia-sia aje cinta Shiqin pada abang. Rasa bagai cinta Shiqin tak pernah abang hargai." tak pedulikan suara Ilman yang memanggil selepas itu, ringan sahaja kaki Shiqin meninggalkan kamar lelaki itu bersama deraian air mata yang tidak berkesudahan.
"Abang jahat.." luah Shiqin teresak-esak. Ingatannya akan insiden beberapa hari lepas bermain lagi di mindanya.
Tangisan itu bagaimanapun, terasa terganggu bila ada helaian tisu menusuk pandangan mata. Spontan, kepala Shiqin ternaik pantas. Bila nampak Ridz, cepat-cepat air mata itu diusirnya pergi.
Ridz senyum. "Nah." lembut suara itu sambil menghulur. Shiqin masih membatu.
"Ambillah. Lengan baju awak pun dah basah saya tengok." sempat Shiqin menilik lengan bajunya. Banyak juga tempat yang basah akibat air matanya itu.
Nak tak nak, akhirnya huluran itu Shiqin sambut juga. Di saat tangan itu mengambil dari tangan yang menghulur, ada rasa getaran yang mengalir di setiap pandangan antara mereka. Entah kenapa, renungan redup mata Ridz itu seolah-olah memahami akan apa yang dia rasa. Dia dapat rasakannya!
Ah, kau memang dah gila Shiqin!
"Bila perbicaraan seterusnya?"
"Lepas rehat."
"Kali ni nak bincang apa lagi?" selidik Ridz lagi.
"Ini perbicaraan terakhir."
"Oh, ya? Baguslah."
"Hurmm.." jawab Shiqin lemah.
"Kenapa sedih ni?" Shiqin tak menjawab. Bila ada orang prihatin begitu dengannya, rasa sedih itu tanpa dipaksa datang menusuk diri.
"Mama awak marah?" Shiqin tarik nafas. Itu satu lagi masalah. Hubungannya dengan mama kian renggang kerana hal ini. Marah benar mamanya dengan sikapnya yang dianggap kebudak-budakkan itu. Shiqin mengeluh.
"Untuk tentukan hukuman buat saya."
"Dia bagi hukuman apa?" tanya Ridz laju. Dadanya tanpa dipinta berdetak dengan sungguh kuat.
"Buat kerja amal selama sebulan atau..kena gantung."
"Oh..harap-haraplah dia bagi awak buat kerja..."
"Saya nak pindah."
"Huh?" Ridz ternganga dengan keputusan itu.
*****************************************
Misi Cinta Gila
Episod 15
TERANGKAT kening Ilman bila terlihat sekujur tubuh berdiri di luar kamarnya. Wajah itu kelihatan sungguh tegang sekali. Isyarat tanda suruh masuk dihantar pada lelaki itu, namun Ridz seperti membatu. Langsung tidak patuh akan arahannya itu. Panas satu badan bila ada murid yang melawan, akhirnya digagahkan jua langkah kaki untuk keluar menemui budak yang dianggapnya mejengkelkan itu.
"Ada apa?" gaya sudah tidak seperti guru. Ditenung anak muridnya atas bawah seperti mahu diajak bergaduh sahaja. Ah, dia peduli apa! Memang si Ridz ni tak tahu cara nak hormatkan dia sebagai guru.
"Cikgu tanya ni..ada apa?" suara makin tinggi. Lagi geram dia bila melayani kerenah lelaki ini. Wajah tegang Ridz dipandang sekilas.
"Cikgu memang tak guna." selamba bibir menghina tanpa memikirkan natijahnya. Ilman yang berura-ura mahu masuk ke dalam biliknya kembali terhenti bila suara Ridz memetir padu padanya.
"Apa kau cakap?" soal Ilman. Cuba bersabar meskipun sukar buatnya. Kedatangan lelaki itu ke sini barulah dapat dia tafisrkan kerana apa. Lantas tubuh dipeluk kemas sambil mata merenung tajam mata itu.
"Ni mesti sebab Shiqin. Kan?" Rahang Ridz bergerak atas bawah. Dadanya jadi sakit bila bibir itu begitu mudah menuturkan nama itu. Dia tak sukakan bibir busuk itu bila dia bersuara menyeru nama gadis pujaan hatinya.
"Susah betul kalau ada orang bertalam dua muka ni." komen Ridz itu buat Ilman tercengang. Mencerlung tajam matanya ke arah tubuh itu.
"Apa maksud kau?" sudah lupa tatatertib katanya sebagai guru. Rasa marah akhirnya lebih mengusai diri.
Ridz senyum sinis,"Shiqin memang dah buat pilihan yang salah sebab pilih cikgu. Ah..patutnya dia dari dulu sukakan saya."
"Sebab kau tak hebatlah sebab tu, dia tak sukakan kau.." giliran Ilman mahu ikut sinis. Mahu beri hati itu membara. Malangnya, Ridz sepertinya langsung tak terkesan dengan kata itu malah boleh pula lelaki itu gelak.
"Tapi sekarang...?"
"Sekarang?" Ilman diam tiba-tiba bila lelaki itu mengungkit tentang hal kini. Kenapa dengan sekarang?
"Terima kasih dekat cikgu. Sebab..disebabkan perangai cikgu yang tak serupa orang ni dah beri peluang pada saya." tubuh yang bersandar di dinding naik terus bila dirinya ditempelak begitu.
Mata Ilman turut sama membulat. Sama seperti Ridz. Pandangan mereka berlaga sesama sendiri dengan masing-masing punya pandangan yang tersendiri. Buku lima sudah lama Ridz simpan. Tunggu masa untuk dilepaskan pada orang yang betul aje.
Mata Ilman turut sama jatuh ke arah buku lima itu. Dia tersenyum sinis. "Kenapa? Nak tumbuk aku? Tumbuklah.." pipi disuakan depan-depan pada lelaki itu. Ridz tahan nafas. Suaan pipi itu buat dia makin tak sabar mahu lampiaskan tumbukan itu tepat ke pipi lelaki itu.
Namun...
Ilman terpana bila sangkaannya akan tumbukan yang kuat dari lelaki itu nyatanya tidak menjadi seperti itu bila pipinya hanya menerima tumbukan halus ke pipi. Apa punya tumbuk ni? Lelaki ke ni?
Kepala Ridz tunduk. "Cikgu patut sedar yang cikgu adalah seorang lelaki yang teruk. Kerana cikgu, Shiqin yang jadi mangsa."
"Kenapa pulak aku? Dia sendiri yang buat hal kan?"
"Jangan buat saya gelaklah Cikgu. Cikgu ingat saya tak tahu? Cikgu buat semua ni sebab nak raih perhatian Shiqin balik. Kan?" muka Ilman berubah. Bibirnya menggumam sesuatu. Mahu menafikan kenyataan itu tapi..kenapa tak boleh?
"Apa..apa kau tahu?" Ridz gelak. Tak pasal-pasal Ilman dah gagap bila dia soal begitu.
"Come on la, cikgu. Tak terlalu obvious ke? Kalau cikgu mahu hukum Shiqin, tentu sejak lepas Shiqin buat kak Athirah tu cikgu dah lapor semua ni."
"Bukan aku yang lapor lah. Tapi..kak Athirah sendiri."
"But, you insists her." tajam kata itu sekaligus mematikan kata Ilman.
"Cikgu..kalau dah suka, buat cara suka. Tapi, tak perlu nak buat Shiqin macam ni. Dia macam dah nazak! Disebabkan cikgu semuanya jadi teruk bagi dia. As I said.. semua orang pandang buruk pada dia. Bukan orang kat sini aje, tapi mama dia pun macam tu." Ridz tarik nafas. Di kala itu, sempat mata menjeling ke arah Ilman. Wajah itu sepertinya tercengang.
"Cikgu memang tak tahu nak hargai dia. Memang patutlah dia tinggalkan sekolah ni. Mungkin itu lebih baik buat dia." mata Ilman membulat.
"Apa kau mengarut ni? Dia cuma diberi pilihan sama ada kerja amal selama sebulan atau kena gantung ajelah."
"Tapi, dia nak keluar." Ilman terkejut. Langsung dia tak jangka Shiqin akan buat keputusan besar begitu. Muka Ridz yang serius itu semakin membuatnya yakin akan kata-kata itu.
"Terima kasih, cikgu. Because of you..Shiqin dah dapat mata dia balik. Untuk melihat anugerah Tuhan yang diciptakan untuk gadis pujaan hati saya itu. Jangan bimbang cikgu. Saya akan jaga dia sebaik mungkin. Once I get her, I'll never let her go as what you did to her just now." senyuman sempat dipamerkan di depan wajah itu sebelum kaki ringan melangkah keluar.
"And..don't ever think that you can get her back. Saya akan ikat dia ketat-ketat dan takkan lepas ikatan itu."
"Huh. Janganlah nak yakin sangat."
"Ini bukan yakin..tapi janji! Saya janji!" yakinnya Ridz bersuara buat Ilman diam lagi untuk ke sekalian kalinya. Ridz senyum puas hati. Bahu itu ditepuk sebelum langkahnya benar-benar dihala keluar.


Subscribe to:
Post Comments (Atom)