Pengikut Setia.. XD

Friday, 24 October 2014

Liyana The Divass Pluss The Poyoss Bab 5



“KAU nak apa dari aku?" Hairil menyoal serius. Dia sudah bosan. Ke mana sahaja dia pergi pasti gadis itu akan ada sekali. Baru semalam mereka berpisah, Hairil ingat dia nak larikan diri dari Liyana. Sangka dirinya, pasti gadis itu akan datang ke pejabatnya lagi. Oleh itu, dia ambil EL dengan aktiviti yang bisa menenangkan dirinya dengan melepak di golf club namun tidak disangka-sangkanya Liyana juga turut berada di sini.

Malang sungguh dirinya. Peristiwa dirinya hampir-hampir ditangkap khalwat semalam menjengah ke dalam mindanya kembali. Dahi Hairil ditepuk. Aduh! Dia sungguh bencikan dengan peristiwa itu. Mata Hairil pandang tegak ke hadapannya. Wajah Liyana ditatap. Wajah yang beriak tidak bersalah! Liyana senyum manis.

“Hai, awak. Morning,” ceria suara Liyana menyapa. Hujung kakinya sengaja digeselkan ke seluar Hairil. Hairil tarik kakinya menjauh. Liyana mencebik. Tarik muncung, dan tubuh bersandar ke kerusi. Elok sangat perangai gedik macam tu.

“Apa? Buruk tahu tak, buat muka macam tu. Ingat cantik?” sindir Hairil pedas. Liyana ketap gigi. Tak habis-habis jadi bahan sindirannya. Benci! Nasib baik aku suka mamat ni, kalau tak jangan harap dia masih bernyawa sampai ke saat ini.

“Kau buat apa kat sini?” soal Hairil lagi.

"Tak faham lagi ke? Dah terang tang-tang dah ni. Saya penat-penat ikut awak ke hulu ke hilir macam ni. Boleh awak tanya soalan pra-sekolah tu? For surelah, saya datang sini sebab nak awak kahwin dengan saya.” Jawab Liyana angkuh. Jawapannya kedengaran agak berlagak.

“Awak tolonglah. Saya dah pening fikir macam mana ni. Semalam saya migrain awak tahu tak? Semuanya sebab saya fikir hal ni.." Hairil menyandar di kepala kerusi.

“Migrain kepala otak kau! Aku yang migrain kau tahu tak? Kau tahu tak berapa ramai yang text aku tanya pasal gambar…” Hairil ketap bibir. Ah sudah! Dia sudah terlepas cakap ni! Kena jadi bahan lawak minah ni lah pulak? Ah, geram betul aku. Liyana sudah senyum memanjang.

“Kawan awak tanya apa pasal kita? Dia tanya bila nak kahwin ke?” Hairil buang pandang.

"Eh, sebenarnya kenapa kau kena pilih aku? Kau dah tak ada calon lain ke?" Hairil tukar topik. Liyana mencebik. Suka sangat mengelat. Tak tahu nak jawab macam manalah tu. Tapi, suara yang bertanya dengan bersungguh-sungguh itu begitu menarik perhatian Liyana. Liyana menjawab soalan itu dengan gelengan kecil.

"Tak! Tak ada. Tapi, kalau saya ada calon pun, saya tetap pilih awak." Hairil angkat kening.

"Kenapa pulak?"

"Sebab awak handsome. Kawan lelaki saya semua tak sehandsome awak. So, kalau saya nak buat boyfriend saya jealous, saya kena ambik orang yang lebih handsome dari dia." Hairil gelak sinis.

"Hei, budak. Kau tahu tak cinta kau tu, palsu!." Liyana angkat kening.

"Huh? Kenapa pulak?"

"Cinta kau tu, atas dasar rupa kau tahu tak. Cinta ni tak kenal erti rupa. Cubalah terima kekasih kau tu dengan seadanya." Liyana diam. Tidak lama kemudian, badannya dirapatkan ke meja agar pandangan mereka lebih jelas.

"Awak.. Kita ni bercinta ke?" membulat mata Hairil.

"Tak! Mana ada. Siapa yang cakap?" balas Hairil.

"Habis kenapa awak tuduh saya macam tu? Apa awak tahu tak siapa boyfriend saya?" Hairil menggeleng. Telefon bimbit Liyana dikeluarkan lalu beberapa saat berselang telefon itu ditayangkan tepat ke muka Hairil. Hairil pandang seketika. Mahu terbuntang biji matanya.

"Ini? Boyfriend kau?!" soal Hairil sedikit terkejut. Dalam hatinya, dia berharap tidak. Bukan kerana dia sukakan gadis itu tetapi dirinya merasakan yang perempuan ini bodohlah pulak. Lelaki itu sudahlah hitam, banyak jerawat, bentuk muka pulak usah dikatalah. Memanglah betul cinta tak perlu kenal erti rupa tapi mamat ni.. aduhai! Apa nak jadi dengan budak ni?

"Eh! Kau ni bodoh ke apa?" soal Hairil tiba-tiba. Tiba-tiba anginnya naik. Liyana terkedu. Apa kena dengan mamat ni? Sekejap kata aku ni cintakan boyfriend aku tu palsu, sekarang dia kata aku bodoh pulak?

"Kali ni, kenapa awak kata saya bodoh pulak?" tanya Liyana dengan soalan bodoh juga.

"Kau tak nampak ke boyfriend kau tu macam mana? Kau sukakan laki macam tu? Hei! Memang betullah cinta tak pandang rupa, tapi kau ni.. Agak-agaklah kalau nak pilih suami. Cuba fikir logik, orang cantik dengan mamat hitam macam tu? Kau ingat padan ke? Kau ingat orang akan rasa secocok ke?" terkebil-kebil mata Liyana.

"Saya cantik ke, awak?" membulat mata Hairil. Erk!

"Eh.. Eh.. Mana.. Mana ada." Liyana diam.

"Dah kalau saya dengan dia tak padan nak buat macam mana?"

"Aduh! Pilihlah yang lain. Kan mudah konklusinya."

"Siapa? Awak?" Kali ini Hairil pulak yang diam.


LIYANA hentak kaki. Semua orang di sini, pandang semacam padanya. Liyana apa kisah? Buat bodoh dengan muka blurnya sahaja. Hatinya sekarang ini sedang menahan gelodak geram yang teramat kini. Dia jalan lagi ke depan. Tiada lagi? Jalan lagi. Tiada jugak? Ee! Mana Hairil ni? Mati-mati dia ingatkan lelaki tu nak kejar dia tadi.

            Buat letih aje merajuk bodoh depan dia. Dah tak dapat berkepit dengan lelaki tu. Liyana berhenti. Jadi? Apa susah? Pergilah patah balik. Liyana gigit bibir. Okey ke? Alah.. Malulah! Oh, my.. Bila masa pulak kau tahu erti malu ni, Liyana? Liyana terdiam dengan kata hati sendiri.

            “Betul jugak, kan? Apa nak dimalukan dengan lelaki tu? Alah.. Hairil aje pun. Bakal suami aku jugak. Nak malu apa?” baru langkah pertama ingin dibuka.

            “Eh, Yana?” sapa suara manja itu. Liyana kerut dahi. Macam suara perempuan. Tapi 
kenapa bunyinya lain macam? Rasanya aku tak pernah lagi ada hubungan sumbang mahram dengan sesiapa ni. Minah mana pulak gatal panggil aku macam tu? Bila kepala pusing belakang.. Oh! Patutlah! Si ratu petala langit gila yang amat a.k.a divas tak laku rupanya kat sini.

Liyana mencebik kecil bila pandang penampilan perempuan itu. Lebih seksi darinya. Dia yang pakai skrit paras lutut pun dah rasa cukup seksi inikan pulak kalau pakai paras paha? Iya ke, Liyana? Bukan kau dua kali lima aje ke? Kau pun pakai skrit macam ni jugak semalam. Ah! Itu hal lain. Itu kategori menggoda. Dah tak jalan taktik tu dengan Hairil, aku pakai baliklah skrit paras lutut ni. Tapi hari ni, aku macam insaf sikit. Pakai jeans. Amacam? Alim tak aku? Huh! Kalau bab angkat bakul sendiri nombor satu!

“Kau buat apa kat sini?” soal Liyana. Suara kembali macam dulu-dulu. Intonasi keras dan dinginnya bila berjumpa dengan musuhnya ini. Oh! Bukan musuh mana pun, Liyana. Jangan putar belitkan cerita. Liyana diam dengan kata hati sendiri. Sudah tidak mampu menjawab barangkali.

“Aku? Aku..” mata Marsha naik atas. Bertukar senyuman dengan sang jejaka di sebelahnya ini sambil jari gadis itu begitu gatal mengelus lengan lelaki yang terdedah itu. Si lelaki tu pulak bukan main sengih memanjang. Lelaki! Sama aje! “aku temankan David ni, pergi main golf. Aku tak nak tapi dia asyik ajak aku.. tak sampai hatikan, nak tolak. Nak buat macam mana, bila dah ada boyfriend ni kenalah jaga sikit. Well.. ehem! Takut melepas,” merah padam muka Liyana. Lagi panas hati bila melihat senyuman sinis itu.

“Kau pulak buat apa kat sini?” Liyana gigit bibir. Mahu jawab apa? Nak cakap dia ke sini sebab boyfriend? Oh! Pasti dia akan dijadikan bahan sindiran wanita itu nanti. Marsha cukup kenal dirinya. Pasti gadis itu tidak percaya jika dia katakan yang dirinya datang ke sini semata-mata kerana lelaki.

“Aku tanya ni? Cari… jodoh ke? Atau.. kau ada temu janji? Oh, takkan…”

“Kau buat apa kat sini?” Marsha kelu lidahnya bila mendengar suara itu. Lidahnya bagaikan keras. Matanya pula membulat bila pandang wajah itu. Liyana pula angkat pandangannya. Hairil? Akhirnya! Dari senyuman resah dan gelisah itu kian bertukar menjadi senyuman sinar kebahagiaan. Oh, my hero! Sayangnya aku kat kau!

“Abang.. Abang ke mana, tadi? Puas Yana cari tau,” balas Liyana dengan versi gediknya. Aksi Marsha turut ditiru Liyana. Bergesel tubuh sikit, then main-main jari atas lengan dia. Hairil pula mencuba tarik tangan dari pelukan Liyana tapi Liyana seperti sengaja mengeraskan pelukannya. Liyana pandang Hairil. Hairil angkat kening dengan bibirnya diketap tanda tidak suka! Liyana buat muka kesian a.k.a muka kucing bila mintak makan.

Huh. Hairil mengeluh lantas dibiarkannya sahaja pelukan itu berlangsung.

“Abang nak makan tadi kan? Jom..” membulat mata Hairil.

“Apa ni? Sejak bila aku..”

Pap!

Liyana cubit pinggang lelaki itu. Terdiam terus Hairil dibuatnya. Liyana gelak kecil. Gelak tanda menutup kesan kata aku tadi dari dikesan Marsha.

“Err..” suara kelu itu membuatkan Liyana teringatkan sesuatu. Wah! Masa balas dendam ni.

“Oh! Lupa pulak I. Abang, ini Marsha. Dan Marsha.. ini..”

“Hairil..”

Membulat mata Liyana. Mata segera pandang Hairil. Hairil pulak tak tahu nak pandang siapa. Apa dah jadi ni?


DARI awal mereka sampai ke restoran ini hinggalah ke saat ini, Liyana langsung tak pandang muka Hairil. Wajahnya muram dan tunduk merenung lantai. Mulutnya juga membisu dari bersuara. Hairil mengeluh lagi. Lagi? Dah berjuta kali dia mengeluh gara-gara minah ni.

            “Buat apa kau ajak aku minum kalau gayanya macam ni? Bosanlah, aku! Aku blahlah dulu,” Hairil pura-pura ingin bangun. Bila bangun, kakinya pula mengeras. Kepala pandang ke bawah. Nampak kepala Liyana sedang tidur atas kedua-dua lengan dengan kepalanya tunduk ke bawah. Hairil duduk kembali.

“Kata nak balik?” suara Liyana begitu lemah bertanya.

Soalan itu tidak dijawab Hairil sebaliknya telapak tangan lelaki itu naik menyentuh dahi Liyana. Liyana kerut dahi. Kenapa dengan dia?

“Tak panas pun? Kau migrain ke?” hati yang mahu berbunga dengan kerpihatinan lelaki itu terasa padam kembali gara-gara peristiwa tadi. Hairil sandar tubuhnya pada kerusi.

“Kau ni kenapa?” Hairil bersuara tenang.

“Siapa Marsha?” Hairil angkat kening.

“Kawan kaulah,” Liyana ketap gigi. Terus, pinggang Hairil dia cubit laju.

“Ee! Orang tanya jawablah elok-elok. Tak pernah nak serius!” kemarahan tiba-tiba Liyana itu mengundang tawa Hairil. Makin sakit hati Liyana dibuatnya.

“Aku sentiasa serius, kau aje yang loyar buruk. Apa salahnya, aku jadi macam kau. Dah kau jadi aku malam ni, aku jadi kau pulak.”

“Tak jadi! Sebab tak gedik!” Hairil gelak.

“Kau nak aku buat gedik macam mana?” Oh my god! Betul ke ni? Liyana jelas tidak percaya? Wahaha! Seriously? Lelaki tu sanggup jadi gedik semata-mata nak hiburkan dia?

“Cium pipi saya..” jawab Liyana dengan bibirnya tersengih-sengih dari tadi. Hairil tolak dahi Liyana.

“Aduh!”

“Betulkan skru otak kau tu. Mereng betul la!” Liyana gosok dahinya. Mata pandang Hairil. Sekejap pandang Hairil, sekejap pandang air jus tembikai lelaki itu. Anak mata hitamnya begitu galak perhati straw lelaki itu. Aum!

“Stop! Kau nak buat apa ni?” baru mulut Liyana ingin sedut straw itu, dahinya sudah ditolak Hairil. Liyana cuba lagi, Hairil tahan lagi. Liyana medengus.

“Alah! Dah awak liat nak cium saya, saya sedutlah straw tu. Orang cakap kalau kita kongsi straw ni, maknanya kita dah berkongsi ciuman.” Tersengih-sengih malu Liyana tatkala mengucapnya. Hairil buat bodoh.

            “Orang yang bodoh aje yang percayakan cakap orang ni,”

“Eleh! Bukan awak ke yang mula dulu percayakan semua benda cakap orang tu?” Hairil terdiam. Dah kena balik. Ha! Nampak macam dah elok mood perempuan ni?

“Dah! Jom balik! Dah lewat. Mari aku hantarkan kau,” lengan Liyana Hairil tarik. Namun, Liyana bertindak tarik kembali tangannya. Sesuatu yang mengejutkan Hairil. Kepala lelaki itu pantas pusing menghadap Liyana. Liyana senyum kecil.

“Saya rasa setakat ni aje, kita jumpa. Saya tak nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki yang berhubungan dengan Marsha. Awak baliklah. Saya boleh balik dengan teksi.” Hairil mengeluh kuat.

“Teksi tak banyak malam-malam ni,”

“Tak apa. Belum lewat lagi. Baru sembilan setengah,” Hairil mendengus kecil. Tangan Liyana dicapainya keras.

“Saya boleh balik sendiri.” Liyana cuba tarik tangannya kembali.

“Apa kena dengan kau ni? Tiba-tiba aje!”

“Saya.. saya okey. Cuma, saya tak nak ada hubungan..”

“Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

“Huh?” Liyana tercengang. Terkebil-kebil matanya pandang Hairil. Hairil juga membalas pandangan itu.

“Apa lagi kau nak tahu? Dah tak ada kan? Jom, aku hantarkan kau, balik,” Liyana angguk seraya kaki mula mengikut rentak langkah kaki Hairil. Mereka berpimpingan tangan sehingga menuju ke arah kereta lelaki itu.

Liyana pejam mata. Akhirnya, gengaman tangan lelaki itu, dibalasnya juga. Erat! Apa ni? Hatinya seakan berdegup kencang? Takkanlah..


Urgh! Lupakan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com