Pengikut Setia.. XD

Tuesday, 29 April 2014

Novel : Complete Of Me! Bab 3

HULURAN tangan Afiqa disambut dengan sebal oleh Airish.. Matanya tajam merenung wajah Afiqa yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi bersalah dengan apa yang terjadi.

“Jom.. Ikut saya..” ajak Afiqa.. Airish tercengang.. Berani betul dia ni! Namun, langkahnya tetap diiukut menuju ke arah air laut itu..

Afiqa pantas, menyauk sedikit air laut itu dan disapukan ke arah baju kemaja Airish.. Terkejut Airih seketika dengan tindakan spontan gadis ini..

“Saya mintak maaf.. Habis kotor baju awak ni.. Habis, pasir ni melekit kat sini.. Saya tak sengaja..” ujar Afiqa.. Matanya setia pada kotoran yang terdapat pada dada Airish itu.. Ligat, tangannya mengosok-gosok sekuat hati.. Namun, kotoran itu tetap tidak tertanggal..

“Hish.. Tak tanggallah.. Bak sinilah.. Saya basuhkan. Esok, saya hantarkan..” Airish kaget.. Bibirnya tergelak kecil..

“Kenapa gelak?”

“Do you know who you’re talking with?” mata Afiqa mendongak menentang pandang pada anak mata Airish yang sedari tadinya galak merenung Afiqa..

“Entah..” Bahu Afiqa dijungkitkan sedikit..

“Kawan saya cakap awak ni artis popular.. But.. it seems too impossible.. Quite unlogical..” ucap Afiqa selamba..

“What?!!” kuat suara itu bertanya sehinggakan mengejutkan Afiqa yang ligat menyental akan kotoran di baju Airish..

“Kenapa? Salah ke apa yang saya cakap?”

“Memang sahlah salah! Aku ni artis tahu.. Pelakon popular!! I’m star!!” ucap Airish sambil tersenyum bersama lagaknya.. Pantas, lagaknya diserlahkan lagi dengan menggayakan dirinya seperti sedang shooting untuk mengambil gambar bagi cover majalah saja. Tubuhnya dipeluk kemas..

Ternyata, gelagatnya hanya mengundang tawa besar sahaja oleh Afiqa.

“Artis? Tak nampak macam rupa artis pun.. dengan rambut serabai macam tu..” omel Afiqa.. Sempat lagi, matanya menilik Airish seketika. Kacak memanglah kacak, tapi macam tak sesuai aje jadi artis.. Afiqa masih ragu-ragu..

“Hey!! Watch out, when you’re saying… Rambut aku okey aje tahu.. Ni.. jadi macam ni disebabkan kau, tahu tak!! Habis rambut korea aku!!” terkejut Afiqa mendengarnya.. Tawanya pecah sekali lagi..

“Omo!! Omo!! Omo!! Korea? Korea sesat kat bali?”

Airish bercekak pinggang..

“Kau tak percaya ke?”

Afiqa menggeleng..

“Aishhh… susah betullah!”

“Apa yang susahnya? Nak suruh saya basuhkan tak kemaja tu?” Airish menjeling sahaja Afiqa di sebelahnya..

“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”

“What? Santau?”

“Yeah.. When you’re find out soon, that I’m an artist, maybe you’ll do it.. Kan?”

“What? Do you think I’m kind of that person?”

“Who knows?? Bila peminat fanatik, semuanya boleh jadi..”

“Tapi, itu kalau peminat fanatik.. Tapi, aku tak usah kata fanatik, minat pun tak!! Nak suruh basuh tak?”

“Huh! Sorry naik lorry, tak payah..”

“Eee!! Kangaroo bawak anak, aku pun tak nak!!” Afiqa terus meninggalkan Airish bersendirian di sana.. Huh.. Artis? Dalam mimpilah! Airish  melirik senyuman sejurus sahaja Afiqa meninggalkannya.. what’s your name, little girl.. It’s not fair if you know my name, but I’m not.. But… just forget it!!

Airsih pun turut meninggalkan tempat itu sekali.. Jauh matanya memandang sekeliling sama seperti seseorang yang sedang memerhatikan segala aksi mereka tadi.. Segala aksi tadi bermain di mindanya..

“Booom!! Meletop!!” bibirnya mengukirkan senyuman.. Bersiap sedialah Tengku Airish Shah!!

AH!! Leganya.. Afiqa menepuk-nepuk halus pipinya.. Segar bugar rasa badannya sejurus sahaja mandi.. Rambutnya dibungkus dengan tuala sebelum menghampiri Katrina yang tertiarap di atas katil..

“Kau buat apa ni?” soal Afiqa..

Matanya sempat menjeling majalah yang dibaca Katrina.. Khusyuk sangat dia menelaah buku tu.. Apa yang ada? Afiqa cuba melirik seketika akan artikel yang dibaca Katrina.. Siapa lelaki tu? Dadanya tiba-tiba berdebar kencang.. Peristiwa petang tadi bermain lagi di mindanya.. Maksudnya…

“Airish?” Katrina mendongak memandang Afiqa..

“Kenapa? Salah ke aku baca? Pelik?” Afiqa menggeleng..

“No.. What I mean is, he’s an artist?” Katrina mengangguk..

“Yeah.. Kan aku dah bagitahu kau..”

“I thought it was just a lie..” Katrina bangun terduduk menghadap rakannya..

“A lie? How could you say that? He’s popular, you know..”

Afiqa mencebik..

“Popular apanya.. Aku tak pernah pun nampak dia kat drama ke or filem ke dekat Malaysia ni?”

“Memanglah sayang oii.. But, he’s popular in here, Indonesia.. Tapi, dia baru aje datang dekat Malaysia.. Macam baru berjinak-jinak lah in our own industry..” Afiqa tercengang..

“Buat apa nak beralih ke Malaysia pulak? Menyibuk aje.. Berlakon ajelah dalam sinetron dia tu..” omel 

Afiqa bersahaja..

“Hello! He’s Malaysian..”

“What? Malaysian?”

“Yeah.. Malaysian..”

Afiqa terdiam.. Jadinya betullah aku terserempak dengan artis tadi? Macam tak percaya aje? Pen Airish di atas meja dipandang.. Kata-kata Airish tadi diingat kembali..

“Huh! Tak payah! Nanti kau santaukan aku pulak..”

Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.. Santau… macam menarik aje.. Hehehe..

SEBAIK sahaja mereka sampai di KLIA, mereka terus menghala ke ruangan bagasi, untuk mengambil beg mereka..

“Ah!! Tak puas betul.. Menyesal pulak just booking three days..”

Afiqa sekadar tersenyum.. Dah tak larat nak lama-lama kat sana.. Letih betul.. Bahunya ditepuk-tepuk sedikit bagi menghilangkan rasa sengalnya..

“Mana beg aku ni?” bebel Katrina.. Sibuk matanya memerhatikan sekeliling ruangan itu.. Bayang begnya maih belum kelihatan..

“Ha! Itu pun beg aku..” Afiqa terus mencapai bagasi biru terangnya.. Katrina mencebik..

“Tak aci! Tunggu aku dulu! Cari beg aku sekali!”

“Huh.. Yelah.. Oh.. Tu!! Kat sana..” lurus Afiqa menunjukkan keberadaan bagasi merah jambu Katrina.. Katrina mengangguk sahaja.. Kakinya pantas bergerak ke sana.. Sedang tangannya mahu mencapai bagasinya, ada tangan lain yang turut mencapai sama bagasi merah jambunya..

“Eh, apa ni! Ni beg saya..” Katrina mendongak.. Berubah air mukanya tatkala wajah Maria terjengul di ruang matanya..

“Kau lagi!! Hey! Ni beg aku tau.. Jangan nak menyibuk..”

“Hello! Beg I warna merah jambu macam ni jugak okey.. Ni beg I!!” putus Maria.. Afiqa menggeleng sambil tergelak kecil..

“Tengoklah nama kat bagasi tu.. Yang kau punya Rina, kau ada tulis nama kan?” cadang Afiqa.. Katrina mengangguk setuju.. Tag nama dicari..

“Hah!! See! This is mine!” tag namanya dibuang dari sampulnya lalu ditayangkan di hadapan Maria..

“Buta ke? Tak nampak lagi? Nak zoom besar mana?” Maria merengus lembut.. Rambutnya diselak ke belakang..

“Huh!!” Terus, Maria berlalu mencari begnya di hujung sana.. Jauh daripada mereka berdua.. Katrina tersenyum kemenangan. Malulah tu, minah kerek ni..

Mereka berdua terus meninggalkan ruangan bagasi dan menuju terus ke arah laluan susur keluar daripada KLIA itu..

“Eh.. Airish?” ucap Afiqa spontan apabila tubuh Airish menyapa matanya.. Lelaki itu bergerak ke arah laluan susur keluar VIP..

“Airishlah!! Jodoh betul.. Asyik jumpa aje ni.. Tak sempat nak ambik autograph.. Tapi, tak apalah kan.. Kau kan dah ada pen dia.. Kira halallah tu.. Tak dapat autograph dapat pen dia pun jadilah..” omel Katrina bersahaja.. Kaca mata hitamnya diselitkan di atas rambutnya..

Kata-kata Katrina menyentakkan Afiqa.. Yess! Pen! Beg tangannya dibuka lalu dicari mana pen tersebut.. Katrina yang melihat tingkah aneh rakannya bersuara..

“Kau cari apa?”

“Pen Airish tu..”

“Kenapa kau nak pulangkan ke? Hesy, tak payahlah..”

“Jumpa!!” Afiqa berjalan terus membuntuti ke arah laluan susur keluar VIP, mengejar kedudukan Airish yang agak jauh ke hadapan.. Katrina yang melihat rakannya menuruti langkah Airish, pantas diikutinya jua..

“Airish!! Excuse me… wait… wait..” laung Afiqa.. Pen Airish digengam kuat..

“I’m sorry miss.. Please use the other line.. This line is only for the VIP passenger..” halang pegawai di situ.. Afiqa menggigit bibir bawahnya..

“No.. It’s like this.. This is belong to him.. I must hand in to him!”

“Please miss.. Go over there..”

“Aisyhhh!! Susah betul.. Hey, pak cik!!” nada Afiqa mulai berubah.. Panggilannya juga turut berubah.

“Rileks, Fiqa! Biar aku yang uruskan.. Kau pergi masuk..” lantas Katrina terus, menghentakkan kuat kasut tumit tingginya ke atas kasut pegawai di situ.. Terjerit pegawai itu menahan kesakitan.. Melongo Afiqa jadinya..

“Cepat, Fiqa!! Masuk!!” Afiqa menurut.. Langkahnya semakin dilajukan mengejar Airish yang bersama dengan beberapa orang.. Mungkin bodyguard dia barangkali..

“Miss!! You can’t go in there!!”

“Hey!!” tangan pegawai itu dicapai Katrina, menghalangnya mengejar Afiqa.. Terkejut pegawai itu jadinya.. Lantas, pegawai itu merentapkan tangannya kasar.. Tanpa sedar, tangan pegawai itu hampir tersentuh di bahagian dada Katrina.. Katrina terkejut.. Wajahnya tergamam habis.. Idea jahatnya menjelma.

“Tolong!!! Help me!! Help me!!” tempik Katrina kuat.. Pegawai itu mulai cemas..

“Miss.. Miss.. I didn’t mean to do that..” terang pegawai tersebut.. Namun, Katrina tidak mengendahkannya..

“Tolong!! Lelaki ni cuba meraba saya.. Tolong!!” orang ramai yang lalu lalang semakin ramai menyaksikan drama sebabak yang dimainkan Katrina dengan jayanya.. Ada orang yang berbisik sesama sendiri.. Ada orang yang sanggup berhenti daripada berjalan semata-mata mahu melihat apa yang berlaku.. Pegawai itu semakin cemas jadinya.. Semakin ramai orang yang melihat mereka..

“Miss.. Please, don’t be like this.. Okey.. I’m so sorry..” pinta pegawai muda itu..

“What’s going on, here?!!” Katrina dan pegawai tersebut pantas mengangkat wajah mereka serentak.. Liur ditelan sebanyak mungkin.. Kelat rasanya tekak Katrina.. Alamak…

AIRISH memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Lisa.. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.. Matanya sempat melirik akan begitu banyak wartawan-wartawan daripada stesen telivisyen mahupun akhbar-akhbar tempatan berdiri di belakang Lisa.. Wajah Lisa yang sedang berpeluk tubuh itu dipandang..

“Hey, darling…” Airish mendekat.. Tangannya didepakan mahu memeluk tubuh gadis genit ini.. Begitu banyak sekali cahaya-cahaya lampu yang menyimbah ke arahnya.. Merakamkan akan aksi-aksinya.. So, dia mestilah tonjolkannya.. Namun, langkahnya kaku saat Lisa mengisyaratkan agar Airish memberhentikan langkahnya..

“Why?”

“Why? You asked me, why?”

Airish tidak faham.. Lisa tersenyum sinis..

“Don’t act like you don’t know anything, dear..”

“Know about what? Act like what? I don’t understand..” jujur Airish meluahkan kata.. Lisa mengetap  bibirnya.. Tas tangannya dibuka lalu dikeluarkan beberapa keping gambar.. Lantas, gambar itu diberikan pada Airish..

“How would you find about this?” soal Airish kaget.. Gambarnya bersama Afiqa di Bali tempoh hari semuanya dirakam.. Bermula daripada insiden Afiqa jatuh menghempap badannya sehinggalah insiden di mana dirinya membantu menghilangkan pasir di mata gadis itu..

“Why? Are  you scared? Takut rahsia you bocor?”

“What… should I? Ni bukan salah I pun..”

“Huh!! Bukan salah you?? Habis, salah perempuan ni?”

“….maybe..” jawab Airish lambat-lambat..

“You ingat I bodoh? What both of you doing there?” bentak Lisa kasar..

“Lisa.. Please.. Can we talk about this later?” lengan Lisa diusap Airish lembut.. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di sini.. Apatah lagi, di hadapan pelopor-pelopor idea yang maha gila yang bisa menghilangkan segala peluang untuknya mengembangkan bakatnya di Malaysia nanti.. Lisa menolak kasar tangan Airish dari menyentuh kulitnya..

“Kenapa? Because there’s a lot of reporters here? Let them be! Now, tell me!!”

“Airish..” Serentak Airish dan Lisa mengangkat wajah.. Suasana semakin bingit, haru-biru jadinya.. Flash-flash kamera semakin galak menyimbahi wajah Afiqa pula.. Riuh suasana di KLIA di sini.. Afiqa melajukan lariannya..

“This!! I just wanna give this.. You left it..” selamba sahaja Afiqa bereaksi.. Pen Airish dihulurkan.. Airish sekadar menjeling cuma, pandangannya kembali pada Lisa.. Mata gadis itu kelihatan berkaca-kaca..

“Airish? Dah serapat tu ke?” lembut suara Lisa menyapa.. Suaranya sedikit sebak.. Pandangannya mulai kabur…

“Pen? Wow.. How times, did you guys met?” Airish dan Afiqa terdiam..

“I really hopes that it was a lie.. But, I’m wrong..” Tergamam Afiqa seketika.. Wajah Lisa yang penuh dengan air mata dipandangnya.. Tidak sangka di sini berlaku pergelutan.. Kalau tidak, memang dia tak akan datang tadi.

“Hah?!! I asked you, Airish!! Answer me..” hambur Lisa kuat.. Pandangannya dialihkan pada Afiqa di sebelah Airish..

“Airish.. From now on,….” Lisa menarik nafas..

“we’re end here.” putus Lisa.. Berubah air muka Airish.. Mata Afiqa membulat besar…

“Lisa!!” laung Airish memanggil Lisa yang jauh meninggalkannya.. Langkahnya terus mengejar Lisa.. Afiqa mengigit bibirnya.. Airish ni.. Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Kini, semua mata-mata wartawan memandang dirinya.. Tubuh Afiqa menjadi tumpuan kini pada semua yang ada di situ..

“Miss!! Please, give a words.. What had happened?” pinta semua para wartawan-wartawan di situ.. Afiqa diburu resah.. Lalu kepalanya ditundukkan hormat..

“Anyonghaseyo!! (Hello)”

“Miss.. Are you Airish girlfriend?”

Afiqa terdiam seketika.. Persoalan apa ni?

“Bang-gap-sum-ni-da. (Nice to meet you)” Afiqa beransur mahu beredar..

“Miss… Please answer it..” halang mereka..

“Mi-an-ham-ni-da.. (I’m sorry)…”

Sempat Afiqa memerhati sekeliling.. Suasana bertukar sedikit sunyi.. Kenapa? Pelik ke jika dia berbicara sebegitu? Huh.. Baguslah.. Kepalanya kembali, ditundukkan sedikit..

“Annyonghi kaseyo.. (Goodbye)…”

Terus, Afiqa berpatah kembali ke arah di mana Katrina berada.. Wartawan-wartawan di situ kelihatan sedikit tercengang.. 
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com