Pengikut Setia.. XD

Thursday, 15 May 2014

Novel : Complete Of Me! Bab 14


“KAU nak buat apa ni?” soal Airish pelik melihat Afiqa yang siap menyarungkan baju patung mickey mouse itu.. Wah.. Memang comel..
“Bila masa kau kerja dekat fun-fair ni?” Airish sudah terangkat keningnya.. Afiqa yang baru sahaja siap menyarungkan pakaian ala-ala badutnya, mencebik..
“Sibuklah..”
“Memanglah sibuk.. Ni rumah aku.. Kau main redah masuk keluar, masuk keluar memang menyusahkan aku..”
“Alah.. saya bawaklah kunci..” Airish terdiam pula.. Tak jadi pula taktiknya..
“Tak! Aku tak nak bagi.. Aku ada satu aje, kunci.. Kalau hilang, macam mana? Kau bukan boleh percaya sangat..”
“Oloh.. Habis, awak nak tunggu?”
“Depends.. Kau bagitahulah dulu, kau nak pergi mana?” Afiqa tersengih sendiri..
“Aku ada suruh kau sengih ke? Hih.. Kau ni manusia ke alien, hah? Soalan aku ni kau tak boleh jawab..”
“Airish..” Airish mengangkat wajahnya.. Afiqa tersenyum seraya terus mendekati Airish yang berdiri di ruang tamu itu..
“Kau kenapa?!”
“Hari ni, hari special tahu..”
“Hari special?”
Afiqa mengangguk laju..
“Hari ni.. Saya akan sambut birthday Hairul..”
“What!?!” suara Airish dari tenang terus berubah nadanya ke arah intonasi yang lebih tinggi.
“Kenapa? Jealous?”
“Yang kau asyik tanya aku jealous ke tak ni kenapa? Tak pandai beza ke jealous dengan terkejut?”
“Huh.. So, dah tahukan.. Saya pergi dulu.”
“Ada aku bagi izin ke?”
“Do I need, that?”
“Oh.. Okey.. Pergilah!! Pergi!!” membulat mata Afiqa mendengar ayat Airish.. Sangkanya, Airish akan bercakap seperti typical man nowadays.. Seperti.. Kau tak takut dosa? Or tak bau syurga tau kalau isteri ingkar cakap suami and so on.. Tapi, dia kata Pergi? What a strange words?!
“Saya pergi ni..”
“Pergilah..” Afiqa menurut.. Melangkah ke arah pintu.. Sebaik sahaja, tombol pintu rumahnya dipulas, sekali lagi Afiqa berpaling ke arah suaminya..
“Saya pergi ni..”
“Ada aku nak halang ke? Aku kata pergi kan.. Pergilah!” Arish menghempaskan kasar tubuhnya ke atas sofa.. Memandang pemergian Afiqa yang sibuk menggendeng kepala mickey mouse itu ke sana ke sini, membawa dirinya masuk ke dalam teksi.. Seketika, matanya tertacap pada gugusan kunci yang tergantung kemas di dinding itu..
“Aisyhhh..” dengusnya perlahan.


TOKK!! TOKK!!
“Lah.. Ada loceng rupanya.. Pintu pagar terbukak macam tu..” omel Afiqa bersahaja..
Ting Tong.. Ting Tong..
Seperti pintu itu mahu terbukak luas, Afiqa pantas menyarungkan kepala patung itu.. Terjengul wajah Hairul di ruangan mata Afiqa di sebalik mata luas mickey mouse itu.. Tangannya dilambai.. Berat betul, patung ni.. Dah lama dia tak pakai patung ni.. Kali terkahir, masa pesta birthday Hairul 3 tahun lepas.. Tapi, it’s okey.. Yang penting, lelaki pujaan hatinya ini masih lagi gembira.. Wajah Hairul dengan penampilan santainya sedikit sebanyak menggangu gugat dirinya di sebalik pakaian patung itu..
“Fiqa??”
“Surprise!!” Hairul tergelak kecil.. Lebar senyumannya..
“You come? On my birthday?” Afiqa mengangguk laju.. “Happy birthday, abang..”
“Thank you, Fiqa.. Oh.. Masuklah..” Afiqa lantas memasuki ruang rumah banglo yang besar gedabak itu.. Cantik yang amat.. Tapi, rasa bagaikan kosong aje.. Sunyi.. Itu yang paling tepat untuk menggambarkannya.. Kek keju itu dibawa Afiqa ke ruang tamu..
“I thoughtyou’re not come, Fiqa.. But, I wrong..” Afiqa pantas menggayakan aksi comelnya melalui patung mickey mouse itu..
“I really miss this mickey mouse.. Tak sangka, you masih ingat lagi, Fiqa..” Hairul mengusap perlahan pipi mickey mouse itu.. Comel betul.. Ini kartun kegemarannya, tahu!
Afiqa terus membuang kepala mickey mouse itu.. Wajahnya dimaniskan..
“Fiqa tak akan lupakannya, abang.. Rumah abang sunyi sangatlah.. You should held a party..” komen Afiqa sambil menghulurkan kek itu pada Hairul.. Hairul pantas menggengam tangan Afiqa..
“Come.. Let’s me show you something..” tubuh Afiqa yang diiringi Hairul dibawa menuju ke arah kolam renang miliknya.. Afiqa menganga luas mulutnya.. Cantiknya.. Begitu bayak belon yang terapung-apung di atas air itu.. Pelbagai warna yang sememangnya menghiasikan lagi tempat itu.. Afiqa diburu rasa teruja yang amat.. Adakah abang Hairul tahu akan kedatangan dirinya? So, sebab itulah dia siapkan ini semua awal-awal? Hurmm.. Maybe.. Jika jawapannya ya, then dia sungguh berasa terharu kini..
Pantas, pintu gelongsor itu ditolak ke tepi.. Bergema segenap inci telinga Afiqa sebaik sahaja pintu itu diselak.. Bunyi dentuman demi dentuman dari irama muzik yang beralun tanpa henti begitu mengilukan telinganya.. Kuat benar muzik itu dipasang..
“Hairul…” terkejut Afiqa saat dirinya terperasankan akan begitu ramai gadis-gadis yang berada di hujung kolam renang di sana.. Ada yang berada di beranda di situ.. Dan yang paling mengejutkannya, siap ada yang bermandi manda lagi.. Dengan pakaian yang super seksinya.. MasyaAllah.. Saat langkah Afiqa dibawa ke hadapan sedikit, ingin memunculkan dirinya di sebalik belakang Hairul, terus irama muzik yang mengilukannya digantikan pula dengan gelak tawa yang berderai sana sini.. Gelak tawa itu semakin ketara kedengarannya apabila muzik yang rancak itu dihentikan dengan sengaja..
“You bawak patung mana ni? Anyway it was so fun, if we had badut to join us..” lagi kuat tawa dari mereka.. Gadis-gadis seksi ini sekarang sedang enak mentertawakan dirinya.. Ada juga beberapa lelaki di sana.. Itu pun, disambut dengan gelak tawa dari mereka juga.. Sungguh, Afiqa berasa malu.. Dia rasa seperti dimalukan sahaja dengan secara sengaja..
“Apa ni, abang? Abang cakap, abang tak sambut birthday abang dah lima tahun.. Then, what is this?” pandangan Afiqa melekat kemas pada Hairul.. Hairul berlagak selamba sahaja..
“Memang abang dah lama tak sambut birthday abang….” Sengaja Hairul membiarkan ayatnya tergantung itu..
“Habis? What is this?”
“Parti.. Memang abang dah tak sambut lagi birthday tu dengan cara kampung macam tu!!”
Zapp..
Tersentap Afiqa mendengarnya.. Jadi.. Maknanya, semalam? Afiqa memejamkan matanya.. Hembusan nafas Hairul memaksa Afiqa mengangkat wajahnya..
“Ternyata, abang betul.. You still loves me..” sinis sekali ayat Hairul itu bersama dengan senyumannya..
“Kenapa abang buat Fiqa macam ni?”
“Why? Because, you’re not answering my question on that fool wedding day!”

How come you get married with him?

Kata-kata itu diingati Afiqa.. Air liurnya ditelan..
“Takkanlah…”
“Yes.. Even, abang tak dapat jawapannya secara nyata, but I know it already from your presence today.. Semuanya dah jelas sekarang..”
“Apa ni?! Abang!! Habis semalam?”
Hairul tergelak sinis..
“Fiqa percaya? Abang sayangkan, Fiqa.. I’m still love you.. Fiqa percaya?” panas rasanya kolam air mata Afiqa tika itu.. Dirinya rasa cukup terhina apabila dipermainkan sebegitu rupa..  Kata-kata Hairul yang dirasakan benar semalam benar-benar membuatnya terluka..
“Abang jahat..” setitis air mata Afiqa jatuh menyembah lantai kolam renang Hairul..
“Baru tahu?”
“Kenapa abang buat macam ni.. Kenapa abang?! Kenapa?”
Afiqa terduduk di atas lantai itu..
“Habis? Fiqa nak abang buat apa? Saying that I’m in love with you? Or, I’ve girlfriend.. And this is her? Macam tu? Huh.. Now, I’m so glad to say such that words to you before..” Afiqa mengangkat mukanya menentang anak mata Hairul yang cukup bersahaja membalasnya.. Kini, basah habis pipi Afiqa menuruni lebat di pipinya.. Tangannya naik mengesat pipinya.. Tidak mahu terlalu lemah apabila terang-terang menangisi nasib disebabkan lelaki ini..
“Fiqa.. You sangat naif.. What I mean is, just look at you.. Langsung tak berubah..”
“Apa teruk sangat ke Fiqa, abang? Apa yang teruknya Fiqa ni.. Fiqa sama macam perempuan lain.. Then, apa lagi yang tak cukup..”
“Apa yang teruknya tentang Fiqa? Sama macam perempuan lain?” Hairul gelak sinis lagi.. Lengan Afiqa ditarik agar bangun dan seterusnya bergerak ke hadapan sedikit darinya.. Afiqa yang tidak mampu melawan dengan kudratnya yang sememangnya tidak bermaya. Lantas, dia hanya menurut..
“Hey, girls!” semua mata gadis-gadis seksi itu berpaling menghadap Hairul.. Afiqa menundukkan wajahnya.. Kini, patung mickey mouse benar-benar dirasakan bebal baginya..
“Look at this girl.. Does she suits to be with me?” kata-kata Hairul itu menyebabkan seisi tetamu di kolam renangnya bergelak tawa sakan.. Yang lelaki siap bersiul-siul nakal lagi padanya.. Ada yang merenjis-renjiskan air kolam itu ke wajah Afiqa.. Sempat, satu-persatu wajah itu disoroti Afiqa sebelum dirinya hanya menunduk sayu, memalingkan wajahnya ke sisi yang lain..
“STOP!!” senyap.. Wajah Hairul jelas terkejut dengan arahan wanita itu.. Siapa? Afiqa tidak tahu.. Dia rasakan seperti dia tidak mampu mengangkatkan wajahnya.. Begitu berat sekali wajahnya.. Kali ini, dia benar-benar berharap perempuan itu datang menolongnya.. Siapa? Katrina? Itu sahaja wajah yang sentiasa ada dalam fikirannya.. dia sekarang ini jelas amat merindui rakannya.. Kalaulah dia mendengar nasihat rakannya pasti ini semua tak jadi..
“She doesn’t bad either to be paired with you, Hairul..” terus Afiqa mengangkat wajahnya.. Ternyata, ayat membelanya begitu menggembirakan hati Afiqa.. Gadis yang hanya berpakaian swimming suit itu dipandang Afiqa.. Wajahnya penuh berharap agar dapat menyelamatkan dirinya.. Gadis itu kemudiannya, berhenti tepat di hadapan Afiqa.. Mata mereka bersabung buat seketika..
“Apa ni, baby..” Baby.. Sekali lagi, jiwa Afiqa bagaikan direntap kasar.. Jadi, lelaki ini sudah punya pilihan hati? Dan dirinya sudah diperbodohkan?
“Apa? Betullah apa yang I cakap..” Afiqa bernafas tenang.. Penuh mengharap agar dirinya benar-benar boleh pergi dari sini..
“What?!”
“What’s your name?” soal gadis yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya ini..
“Fiqa..” jawab Afiqa perlahan..
“Buangkan baju patung gedabak ni..” sekali lagi, Afiqa menurut bagaikan seorang hamba mendengar sahaja suruhan tuannya.. Itulah yang dilakukan Afiqa..
“Hmmm… See.. She’s pretty..” muka Afiqa diangkatkan sedikit menentang mata gadis itu.. Dalam hati, Afiqa dia bagaikan mahu bersujud syukur sahaja di sini.. Cukuplah jika dia mempunyai seorang insan yang membelanya.. Itu sudah memadai..
“Hey, guys.. You buta ke? She’s pretty..” wajah Afiqa dihadapkan pula bertentang dengan kolam renang itu agar semua orang dapat melihat wajahnya.. Afiqa diburu resah apabila suasana bertukar suram tiba-tiba.. Dia yang sedang berdiri tegak di situ, berasa sangat asing apabila semuanya senyap tiba-tiba termasuklah gadis itu tadi.. Entah kenapa, kali ini hatinya kuat mengatakan bahawa kata-kata gadis itu bagaikan mengejeknya..
“Dia cantik…” rapat telinga Afiqa sehingga bersentuhan dengan bibir gadis tadi..
“tapi untuk kategori kampunglah!!!”
Pirchh!! Pirchh!!
Tubuh Afiqa ditolak sekuat hati.. Afiqa yang tidak sempat berbuat apa-apa terkapai-kapai di dalam air.. Air matanya merembes semakin laju.. Dirinya yang tidak tahu berenang itu cukup membuatkan nafasnya tenggelam naik.. Nafasnya bagaikan tersekat-sekat.. Telinganya bengang apabila dihidangkan lagi dengan ketawa orang-orang disekelilingnya..
Hairul siap bertepuk tangan lagi.. Wajahnya cukup ceria.. Sungguh Afiqa kecewa.. Kapaiannya membuatkan Hairul rasa mahu menghangatkan lagi suasana partinya.. Terus, Hairul mengcangkung menghadap Afiqa.. Tangan sasanya dihulurkan pada Afiqa..
“Sambutlah, Fiqa.. Abang ikhlas, hulurkan ni..” Afiqa tidak punyai sebarang pilihan.. Tangan Hairul itu tetap disambutnya.. Terpaksa.. Jika tidak, pasti dia akan mati lemas di sini.. Sebaik sahaja, tangan Afiqa menggengam erat tangan Hairul terus sekali lagi, Hairul menolak lagi Afiqa ke dalam air..
“Ah!!” terjerit Afiqa dibuatnya..
“Opss.. Sorry, Fiqa.. My hand slipped..”
“Tolong!!” jerit Afiqa.. Tidak dihiraukan sudah akan pandangan orang lain padanya.. Sekarang, nyawanya berada dalam keadaan genting.. Terasa sesaat bagaikan rohnya mahu terkeluar pula..
“Why, I’m doing this…” belumpun sempat Hairul menghabiskan ayatnya, dirinya sudah terbang jatuh ke dalam kolam sekaligus melawan arus air kolam itu..
Splashh!!
Semua yang ada di situ tergamam melihat Airish yang tegak berdiri di hadapan mereka semua.. Gadis yang dipanggil Hairul ‘baby’ itu turut tergamam.. Terasa kelat air liurnya..
“Sorryy! Terlajak.. Kaki aku gatal nak buang sampah macam kau! Busuk!” Airish pantas terjun ke dalam kolam, menyelamatkan Afiqa.. Tubuh Afiqa erat dalam dakapannya.. Dicempung kemas gadis ini dibawa naik ke atas.. Baru sahaja, Airish mahu mengangkat pergi matanya terhenti pada gadis yang menolak Afiqa itu tadi..
“Tak nak masuk sekali ke? Atau kau nak aku terbangkan kau sekali..” gadis itu menggeleng laju sebelum dirinya terus terjun dengan sendirinya ke dalam kolam.. Gerun melihat wajah serius Airish itu.. Tidak sangka, artis pujaan hatinya dalam diam datang ke sini selamatkan isterinya ini..
“Kau okey?” mata Airish turun memandang Afiqa dalam cempungannya.. Afiqa yang sebak tidak mampu mengeluarkan sebarang suara.. Airish mendudukkan Afiqa sekejap sebelum beredar ke beranda di situ.. Hairul meraupakan wajahnya yang sudah lecun dengan air kolam itu.. Hatinya panas.. Air yang sejuk dirasakan bagaikan kolam air panas..
“Weh!! Campak tuala tu!” gadis di beranda di situ menurut kata-kata Airish, cepat-cepat..  Lantas, tuala itu dihulurkan pada Airish.. Airish tergelak sinis.
“Ada aku suruh kau hulurkan? Faham bahasa sikit, tak pandai beza campak dengan hulur?!” sinis kata-kata Airish itu menyebabkan gadis itu menunduk.. Huh! Perempuan macam ni, tak layak nak buat baik..
“Nah..” Afiqa yang memeluk kuat tubuhnya menyambutnya laju.. Bibir dan tubuhnya mengigil kesejukkan.. Wajahnya terasa berbahang.. Dengan air mata hangatnya merembes laju di pipi.. Sungguh dia terluka..
“Dah.. Jom..” Tangan kanan Airish memeluk bahu Afiqa.. Mahu membawa gadis itu pergi.. Di tangan kirinya, dipegang erat pakaian mickey mouse itu..
“Woiii!!” Afiqa dan Airish berhenti.. Tapi, wajah mereka tidaklah pula dipalingkan ke belakang.. Afiqa masih setia menunduk sayu..
“Kau ingat Airish sayangkan kau, Fiqa?! Kau ingat dia perlukan kau?! Huh?! Trust me.. He just wanna grab you for a while, then…. he’ll let you go.. Forever! Kau dah dipergunakan, tahu!” Hairul bersuara tenang tapi masih ada nada tegasnya.. Menyuarakan apa yang dirasakannya.. Airish mengetap giginya.. Segera tubuhnya dipusingkan ke belakang.. Langkahnya yang mahu ke hadapan terhenti apabila Afiqa memeluknya erat.. Airish menunduk memandang wajah Afiqa di pinggangnya yang tidak putus-putus menggeleng..
“Did I ever say so?” Airish tergelak sinis.. Menambah dan menyimbahkan minyak lagi ke atas bara api pada Hairul..
“I’m not like you.. Those words.. it’s really suits you, very well..” bahu Afiqa dipeluk kembali Airish membawa gadis itu jauh dari pandangan Hairul.. Hairul menumbuk kuat air kolam itu.. Terpercik habis air itu sana sini.. Semua orang hanya diam, memandang pemergian Airish dan Afiqa yang bagaikan seorang putera datang menyelamatkan si puteri, rapunzel yang sudah sekian lamanya meringkuk terkurung dalam bangunan tinggi itu..


“ARE you fool?!” marah Airish sebaik sahaja kereta Audi S4 berhenti di perkarangan rumah mereka.. Afiqa terhenti.. Memeluk erat kepala patung mickey mousenya..
“He calls and you just run out, and then simply trust him after what he had done to you?!” Afiqa masih tidak memalingkan wajahnya.. Tidak mahu air matanya dilihat Airish.. Sepanjang dalam kereta tadi, dirinya hanya menunduk sayu.. Menangisi akan nasib dirinya..
“I’m asking you, right now, Fiqa!! Answer it!”
“Please, stop it..” bergetar suara Afiqa tatkala menuturkannya.. Airish bercekak pinggang sambil tergelak sinis..
“Kau memang macam perempuan kampung.. Seteruk mana, dia dah buang kau, kau tetap tunggu dia.. Huh.. Persis macam perempuan yang bodoh apabila dia datang dan minta kau balik pada dia, terus bersetuju macam tu aje.. Sebanyak mana pun, dia dah buang kau, tapi kau masih tunggu dia.. Penantian yang sia-sia..” Afiqa menunduk dengan mendalam lagi.. Menangis akan nasibnya.. Airish memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seraya bergerak ke belakang Afiqa..
“Kau tak ada harga diri ke?!”
Dada Airish segera dipukul Afiqa sekuat mungkin.. Tumbukannya kuat dilepaskan di situ, berkali-kali.. Melepaskan apa yang terbuku di hatinya.. Airish hanya membiarkan sahaja.. Tangan gumpalan kecil gadis itu tidak akan menjejaskan banyak mana pun akan rasa sakit di dadanya..
“You…!! Kenapa saya senang sangat diperbodohkan oleh orang lelaki..” sesak sekali tutur kata Afiqa.. Kata-katanya jelas tidak teratur dengan nafasnya yang tersekat-sekat akibat hingusnya yang menyekat proses pengudaraannya.. Merah mata gadis itu.. Pasti sudah banyak air mata dibazirkan demi lelaki durjana itu..
“What… what did I do that was so wrong? Hah? Salahkah?” Afiqa memandang tepat pada mata Airish.. Lebat air matanya menuruni pipi gebunya..
“For you guys… saya perempuan tak guna.. Saya macam sampah.. Kenapa? Kenapa, saya perlu dianggap macam tu.. Teruk sangat ke untuk Fiqa jadi seorang kekasih kepada orang yang ternama? Why? Why?!! Tak layak ke? Huh? Tak layak ke? Jawablah, Airish. Saya tanya ni. Kenapa semua lelaki buat saya macam ni?”
“Kau asyik tanyakan kenapa? You asking why? Kenapa kau tak tanya diri kau dulu, kenapa kau perlu bertindak macam tu?!” bahu Afiqa ditarik agar berdiri tegak menghadapnya.. Wajah Afiqa dipaksa agar menatapnya..
“Tak nampak ke, semua ni tak akan terjadi kalau kau yang tak mulakan dulu! Ini semua salah kau! Can’t you see that?!” Afiqa terdiam.. Tubuhnya melorot jatuh tersembam jatuh bersimpuh di atas bumi.. Setia sekali air matanya menjadi peneman sejati.. Tidak henti-henti air matanya mengalir..
“Bila seseorang sukakan awak.. dan awak tak pernah luangkan masa walau sesaat dengan dia meskpun dia adalah kekasih awak. Apa yang awak rasa? Hari demi hari, awak tunggu dan terus awak menunggu… supaya orang yang awak sayang tu untuk panggil awak, bukan? Jadi, bila ia berlaku pada saya, saya tak mampu nak halangnya.. Perit.. Sangat sakit.. bila perasaan awak, hati awak bagaikan mahu meletup just by the mere sight of that person.. You fall for him.. Jatuh dan jatuh dalam dunia ciptaannya..” jatuh lagi beberapa titisan air mata itu..
“Awak takkan faham, atau sesiapa pun takkan faham perasaan itu.. Sebab saya yang laluinya.. Saya.. yang bersusah payah untuk dapatkan seseorang yang kita cintai.. Ingat mudah nak buang semua perasaan itu? So, what else was I supposed to do bila dia datang tatkala itu dan dia nakkan awak balik.. Apa perlu saya buat? I can’t help it.. Saya tak mampu nak tipu perasaan saya.. Tapi, tak sangka cinta itu sudah membunuh saya.. Saya… saya…” Airish meraupkan wajahnya.. Tubuhnya menunduk dan mengusap belakang gadis itu..
“Shh.. I’m sorry..”
Tangisan itu tidak reda, sebaliknya semakin menjadi-jadi pula.. Hisyhh.. Menyesal pula Airish rasanya.. Inilah padahnya apabila memujuk orang yang menangis.. Makin dipujuk makin kuat tangisannya..
Seketika, Airish mengeluh..
“Dah.. Stop crying!”
Afiqa masih tidak berhenti..
“I said, stop crying..”
Nampaknya, arahan Airish tidak dipedulikan Afiqa.. Cara menangisnya persis lagak budak-budak kecil.. Budak-budak?
“Dah.. Aku belanja kau makan aiskrim..”
“Apa ni? Awak buat lawak ke?” tangisan Afiqa beransur reda.. Namun, sengaja tidak diredakan Afiqa terus.. Malulah dia nanti, okey.. Menangis sakan depan lelaki..
“Ada muka aku macam JOZAN ke?”
“Tipu.. Ah!! Lagipun, saya bukannya budak-budak nak makan aiskrim segala..”
“Aisyhh.. Banyak songeh pulak budak ni.. Tak naklah ni?”

“Tak nak!!”

P/S: tamatlah penantian anda semua untuk bab 14.. hehe.. dah terjawab? Alahai.. Ermm. I've one bad news for u guys, there's only one chap left for novel COM to be uploaded because I'm feel that u guys will get confiused in this chap 16 since this is not edited version yet.. And of course, i scared u will criticise my novel yet.. haha.. Just kidding about that. But, this is serious.. hoho.. 
But, however i need your suggestion. Whether you agree or not? So, the either way is comments! :D

1 comment:

  1. ohh , suka sangat .. kesian dgn Fiqa .. serius , saya dah sebak tadi .. hampir2 menangis tau .. hehe .. dan geramnya dgn Hairul dan gf dia tu .. eee ! >.< ! tak sangkanya yang mereka sanggup buat macam tu kat Fiqa .. >.< !
    apa pun , best .. hehe .. will be waiting for ur the next bab ..
    dan sekiranya next bab akan jadi yg terakhir utk elakkan kekeliruan dan utk kebaikan cik writer dan para pembaca , maka itulah yg terbaik .. saya ikut je .. ^-^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com