Pengikut Setia.. XD

Sunday, 21 September 2014

Liyanas The Divass Pluss The Poyoss Bab 1

Disebabkan ada orang beruntung menang contest tadi, saya upload first chapter untuk tajuk alien (belum tahu apa tajuknya) ni. Hiihi.. Happy reading!

BTW TAHNIAH SIS HKISLUV

Nah. Hadiahnya.. :) hope u like it.


LIYANA ketap bibir. Dia nak nangis! Lelaki di hadapannya ini dipandang lagi. Tapi, lelaki itu hanya buat selamba sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Liyana kancing gigi. Lalu, telefon bimbit lelaki itu dirampasnya selamba.

            “Woi!! Bagi balik!” marah lelaki itu.

            “Awak buat apa? Saya penat-penat cakap, awak buat selamba aje.” Telefon itu dipandangnya. Hampir terkeluar biji matanya. Apa ni? Bie? Sayang?! What? Euu! God! Save me!

            “Awak, ni siapa ni?” skrin telefon itu ditayang di hadapan lelaki itu.

            “Teman wanita akulah.” Tegak Liyana berdiri.

“Apa?! Teman wanita? Habis saya ni, apa?” soal Liyana tidak puas hati.

“Kau siapa apa? Mana aku tahu?” Liyana garu kepala.

“Awak cakap, awak sukakan saya kan? Habis, kenapa awak sukakan orang lain pulak?!” Lelaki itu mengeluh. Wajah blurr Liyana ditatap mahu dan tidak.

“Kau? Kau pun lebih kurang dengan akulah. Jangan nak berlagak yang kau baik sangat. Macam aku tak tahu, sebelum aku dah berapa ramai boyfriend kau kan? Jadi, janganlah eksyen sangat.” Apa? Eksyen!

“Itu tak kiralah. Itu masa lepas. Yang sekarang ni, awak yang baru untuk saya. Saya tak ada sesiapa lagi sekarang ni. Tapi, berani awak curang dengan saya kan?” lelaki itu angkat bahu.

“Peduli apa aku. Lambat laun, kau buat aku macam tu jugak nanti.” Membulat mata Liyana.

“Yelah, tapi waktu tu tak sampai lagi.”

“Huh, so apa bezanya. Baik aku tinggalkan perempuan bodoh macam kau ni, dulu.” Dia kata aku bodoh?! Tak boleh diterima! Beg tangannya dicapai. Berdiri tegak memandang si lelaki durjana ini. Lelaki itu hanya buat bodoh. Langsung tidak mempedulikan amarah Liyana.

“Tak apa! Saya akan pastikan awak akan menyesal sebab tinggalkan saya!”

“Pergilah. Aku nak tengok lelaki tu boleh tahan tak dengan kau. Perempuan macam ni. Huh! Tolonglah! Kau ingat ada ke lelaki boleh tahan lama dengan kau? Dengan perangai kaki kikis macam ni. Huh! Hanya lelaki bodoh aje yang boleh terima kau.” Membulat mata Liyana.

“Hey! Aku lakulah! Semua lelaki nakkan aku. And for your information, aku dah nak kahwin sebenarnya. Tapi, sengaja aku tak bagitahu kau lagi.” Lelaki itu buat-buat terkejut.

“Really? Congratulations.” What? Dia ucap tahniah? Huh? Tahniah? Ee! Geramnya! Nak aje dia tendang lelaki tu masuk tasik depan ni. Liyana mendekati lelaki itu. Duduknya dilabuhkan di sisi lelaki itu. Bahunya dicuit Liyana.

“Awak!”

“Apa?”

“Serius ke? Tak jealous?” lelaki itu gelak sinis.

“Apa? Kau nak kahwin? Huh.. Pergilah. Ingat aku nak jealous ke?" Terbakar hati ini mendengar ayatnya yang seperti mencabar dirinya sahaja.

"Oh.. Awak tak percaya ya? Baik. Nanti saya akan tunjukkan. Mari kita tengok ada yang gigit kuku atau tak nanti.. "Balas Liyana selamba.

"Huh. Never. Tak akan. Aku dah ada calon sendiri. Baik punya!" Tersentap hati Liyana mendengarnya. Lagi mahu terbakar hatinya setelah memandang thumbs up lelaki itu. Eee!! Geramnya!

Tak apa. Rileks Liyana. Dia nak test kau aje. Tak apa. Sekarang tugas kau senang aje. Cukup senang. Iaitu cari pak sanggup!

Choi mulut!! Janganlah kejam sangat! Aku tak mengandunglah! Cuma pak sangup untuk...

“Awak!! Tolonglah! Tolonglah saya. Please!!” Liyana sudah melutut dengan gayanya mendesak. Hairil pandang sekeliling. PA di hadapannya sudah terangkat-angkat bahunya gara-gara gelak yang ditahannya.

“Apa kau buat ni? Dah, bangun!” arah Hairil geram.

“Kahwin dengan saya dulu. Baru saya bangun.” Ugut Liyana.

“Ikut suka kaulah. Nak baring, nak mampus kat situ pun. Apa aku peduli!” fail ditangan Hairil ditutup laju sementara kakinya laju diarah ke kamarnya. Liyana masih statik di situ. Liyana ketap bibir. Bunyi dentuman pintu bilik lelaki itu menggusarkan hatinya. Dia cuba bangun namun tak boleh.

Tidak lama kemudian..

“Weh! Masuklah!” terjengul wajah Hairil. Liyana gigit bibir bawahnya. Tangannya melambai-lambai pada Hairil, agar datang kepadanya. Hairil mendengus. Kakinya mengikut juga kehendak perempuan itu.

“Apa dia?” Liyana buat hal lagi. Menambahkan derita Hairil. Tangannya menarik lengan Hairil supaya turut duduk sama bersamanya.

“Apa?” bibir Liyana dirapatkan pada telinga Hairil.

“Kaki saya kejang. Saya tak boleh bangun. Rasa sengallah. Tolong,” Hairil memejam matanya. Oh Tuhan! Geramnya aku!

“Habis kau nak aku buat apa?” Liyana senyum dalam diam.

“Dukung saya.” Membulat mata Hairil.

“Gila kau?!” marah Hairil dalam nadanya yang tertahan.

“Alah. Tolonglah. Awak tak nak saya malukan?”

“Eh! Kau siapa untuk aku tak nak bagi kau malu?! Aku rela biarkan kau dekat sini dari aku menanggung malu, kau tahu tak?!” jawab Hairil geram.

“Alah, tolonglah. Bakal isteri awak jugak nanti,” Liyana kenyit mata. Terdiam Hairil jadinya.

“Siapa yang cakap…”

“Shhh…” rapat jari Liyana berdiri di bibir Hairil.

“Saya faham. Awak masih malu nak mengaku, kan? Tak apa. Take your time, baby. Saya tunggu saat itu.”

“Kau gila ke apa? Perempuan jenis apa yang tak tahu malu macam ni?!” Liyana gelak kecil.

“Alah! Tolonglah. Please, my baby boo..” Hairil mengeluh.

“Baby tengkorak kau! Kau berat tak ni?” Liyana pandang perutnya. Perutnya dikepal. "Kau buat apa pulak ni?” soal Hairil bimbang dengan tindakan spontan Liyana itu.

“Sekarang ni, saya rasa macam berat. Sebab kebelakangan ni, saya mengalami depression yang agak teruk. Jadi, saya makan agak banyaklah. Tak apa! Saya janji! Saya akan diet secukup dan sepadatnya untuk awak. Nanti tak adalah berat untuk awak dukung saya masa wedding kita, kan?” kepala Liyana ditolak Hairil sedikit.

“Bersihkan pemikiran kotor kau, tu! Baru jumpa buat macam dah kenal lama!” bebel Hairil. Liyana gelak. Suka dengan bebelan itu. Nampak cute sangat! God! Wire otak aku dah putus. Sambungkan balik Liyana.

“Alah! Awak jangan banyak cakap boleh tak? Orang semua pandang kita. Cepat dukung saya. Saya tunggu ni.” Hairil geleng kepala. Tuhan, tolonglah aku! Geramnya aku dekat perempuan ni. Ada jugak aku seligi kepala budak ni nanti!

“Awak..”  halang Liyana tiba-tiba apabila tangan Hairil seakan bersedia mahu mengangkat dirinya.

“Huh? Apa?”

“Bismillah dulu. Saya berdebar. Rasa macam.. macam..” Hairil buat bodoh. Perempuan loyar buruk macam ni wujud jugak rupanya. Tanpa mempedulikan Liyana, gadis itu dicempung Hairil selamba. “rasa macam debaran malam pertamalah pulak.” Membulat mata Hairil.

“Apa kau cakap?!” kali ini suara Hairil tinggi. Semua staff pandang mereka berdua.

“Shh.. Diam! Diamlah awak. Semua pandang kita.” Hairil geleng kepala. Hih! Memanglah! Menguji kesabaran betul kalau bawak perempuan ni! baru sehari berjumpa dah rasa berbala-bala kalau banyak kali jumpa tak banyak bala aku terima nanti?

Pedulikan ilustrsi ni. Hanya sekadar hiasan. :p


Hairil kendong Liyana masuk ke dalam kamar kerjanya. Sejurus sahaja pintu itu terkatup, riuh suasana department tempat Hairil berkerja. Masing-masing sibuk membuat bulatan. Bulatan gosip mak kiah free!

“Siapa pulak tu?  Boss kita bawak siapa tu? Boss, kita dah berpunya ke? Alah, jealousnya!” itu suara gadis-gadis anak dara di tempat mereka berkerja. Lelaki pula?

“Fuyoo!! Mantap!! Cayalah boss kita! Kalau aku dapat awek 3D macam tu, fuh! Tak keluar malam, bro!” namun, gemaan riuh itu terhenti apabila pintu terkuak dari dalam. Masing-masing berkejar ke tempat masing-masing. Hairil pandang sekeliling. Terkebil-kebil matanya memandang staff kerjanya itu.

“Salwa, bawakkan saya secawan kopi dan satu gelas jus oren!” arah Hairil! Salwa kerut dahi.

“Jus oren? Kita mana ada jus oren..” Hairil gigit bibir.


“Entahlah. Awak carilah. Saya bagi half-day hari ni! Cari jus tu sampai dapat. Kalau boleh cepat sikit.” Hairil masuk kembali. Geram! Memang geram! Harap-harap cepatlah PAnya bawak balik jus oren supaya minah ni boleh berambus dengan kadar yang segera. Geram aku! Bala hidup kau, Hairil!

1 comment:

  1. Owh...sambung cepat. ..teruja kot....cepat2. ..sambung lg. ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com