NORA AFIQA tidak mampu
menolak akan pelawaan Tengku Airish Shah untuk mengahwininya.. Tidak! Bukan
pelawaan namun paksaan.. Memang gila! Tidak disangkanya ditolak oleh seorang
artis untuk dijadikan ‘girlfriend’, kini dia berkahwin juga dengan seorang artis..
Dan demikiannya, Afiqa hanya pasrah.. Cuba menerima hakikat akan dirinya yang
sudah bergelar seorang isteri artis..
Orang kata percaturan
Tuhan itu sungguh indah.. Perjalanan hidupnya yang dipenuhi dengan pergaduhan
demi pergaduhan bersama Airish mula berputik dengan benih cinta.. Namun,
segalanya terlambat apabila sang kekasih pujaan hati suaminya kembali pulang ke
sisi.. Nora Afiqa ditolak ketepi..
Ternyata pelangi petang
yang terasa menyinari hidup Airish mula
menampakkan pudarnya.. Kehilangan Afiqa benar-benar membuatkan Airish sunyi..
Lalu, keputusan gila diputuskan Airish.. Ugutan papanya yang tanpa henti sudah
tidak dihiraukan lagi.. Baginya hilanglah apa-apapun asalkan dia tidak
kehilangan Afiqa!
“Ustaz Kazzim Elias pernah cakap
kalau si suami berdehem dua kali, maknanya dia ajak ke bilik.. Dengar ni,
ehem.. ehem..”~TENGKU AIRISH SHAH~
“Tak sangka pulak saya awak
pernah dengar ceramah agama.” ~NORA AFIQA~
Sekembalinya dia ke
pangkuan isterinya, ternyata banyak halangannya pula demi mendapatkan si
isteri.. Kewujudan ‘Man Hollywood’ yang sentiasa mahu mengambil perhatian
isterinya sungguh menganggu gugat dirinya. Lalu, apakah senjatanya? Adakah dia
akan terus berdiam diri lagi apabila si Hairul datang kembali menuntut janji..
Dan adakah cintanya benar-benar buat Afiqa apabila Lisa yang dulunya dianggap
sudah mati kini muncul kembali?
~Cinta
Fiqa seperti Highland Tower, sentiasa akan menghantui diri abang tanpa henti..
Dan cinta Fiqa juga seperti Villa Nabila sekali abang datang pada saya, jangan harap
abang akan dapat berpatah kembali.~
wah!!!!!!!!!!!!!!!!!! sinopsis memang tip top!! menarik2 saya untuk membaca..thumbs up!!!!! :)
ReplyDeletekak baldu! tq.. haha.. thanks for the moral support..
Deletebest!! terbaik!!
ReplyDeleteZuhri: hahaha.. tq.. awk pun sama jugak nnti.. sy pon doakan awk berjaya nnti.. hoho.. :3
Delete