Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 7 & Episod 8



Misi Cinta Gila
Episod 7

DENGAN selamba tubuh Shiqin didudukkan atas sofa bulat. Ilman regangkan urat-urat sendinya. Boleh tahan berat jugak budak ni. Keluhan terluah di situ. Kepalanya tunduk pandang Shiqin. Gadis itu menikus tenung karpet. Ilman menggeleng. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket dengan matanya yang masih tak lekang pandang tubuh genit itu.

"Tadi, apa?" suara itu kedengaran semacam. Shiqin dah gelabah tak tentu pasal.

"Huh? Pasal apa?"

"Jangan buat tak tahu pulak." tegas Ilman berkata. Giginya diketap kuat. Sengaja betul Shiqin ni..

"Mana ubat tadi, eh?" Ilman menggeleng bila topik yang diutarakannya sudah jauh menyimpang. Kaki ringan melangkah masuk ke dalam kamar kerja.

Saat tubuhnya melepasi Shiqin, Shiqin dah pandang tak puas hati.

"Eee! Kalau setakat suruh aku rehat sini, baik tak payah! Rehat kat sana pun boleh." rungutnya geram.

Haih kau Shiqin! Fikir baik-baik sikit. Ilman cuma nak kau rasa selesa aje. Shiqin buat muka. Ye yelah tu.

"Ehemm.." Shiqin tunduk muka balik bila nampak Ilman berdiri di sebelahnya. Aiseh.. Bila masa dia ada kat sebelah? Aduh..

Ingatkan Ilman akan duduk di sebelahnya atau mahu bersembang dengannya. Tapi semua jangkaannya jauh meleset. Mamat tu boleh pulak pergi ke pintu hadapan. Nak keluar?

Hati Shiqin dah panas. Dia dah fikir lain macam. Ni mesti nak jumpa Kak Athirah. Urgh! Geramnya. Dia bawak aku kat sini nak bagi aku jealous ke apa?

Krakk..

Bunyi seakan pintu berkunci. Shiqin pantas toleh ke sana. Berderau darahnya. Liur ditelan. Nampaknya telahannya kali ini tepat. Ilman memang dah kunci pintu. Tapi kenapa?

"Tempat yang tak ada orang. Tempat yang sunyi dari semua orang. Hanya ada Shiqin dan abang.."

Itu aje yang dapat Shiqin fikirkan. Err.. Apa maksud dia sebenarnya? Kakinya ditarik lebih dalam masuk terperosok bawah kerusi bila Ilman duduk atas karpet berhadapan dengannya.

"Sini.."

"Jangan.." Shiqin spontan terus tutup dada dia. Ilman dah terkejut sakan dengan jeritan spontan itu. Namun, semua rasa itu sudah padam tatkala matanya pandang Shiqin. Bersungguh-sungguh gadis itu tutup dada. Terlepas tawa di bibir itu.

"Eqin memang...sukakan abang. Tapi..bukan dengan cara macam ni." Ilman tahan gelak. Tak boleh gelak sangat, nanti orang perasan apa yang dia nak buat kat sini.

"Buat apa? Jangan nak mengarut sangat. Sini kaki tu."

"Huh?" nak tutup malu, arahan Ilman senang aje Shiqin patuh. Ilman mengeluh sekejap sebelum matanya kalih pandang wanita itu.

"Eqin ingat..abang nak buat apa?"

"Kat sana.. sikit lagi.. depan sikit.." orang tanya lain, dia jawab lain. Tapi, apa Shiqin kisah? Mukanya dah rasa macam tak ada muka. Kebas semacam. Wajahnya pun dah membahang tak tentu pasal. Aduh.

Kaki seluar Shiqin disinsing ke atas. Shiqin tak pulak menghalang bila Ilman buat. Bila Ridz buat bukan main dia halang. Alahai.. bila ulat bulu naik daun. Beginilah jadinya.

"Kenapa Eqin buat kak Thirah macam tu?"

"Jangan sebut nama dia depan Eqin. Eqin tak suka. Dia senang-senang nak rapat dengan abang sedangkan Eqin? Eqin penat-penat nak berkenalan dengan mamat handsome jiran sebelah rumah tu, dan dia? Abang datang dengan sendirinya kat sekolah lepas tu terus jumpa dia? Huh! Ingat senang macam tu untuk dia dapatkan abang? Sorry to say."

Apa yang merasuk Shiqin sekarang sampai-sampai mulutnya sungguh lancang bersuara? Jujur pulak satu hal. Alahai. Shiqin buat muka bodoh aje. Dia sedar kini dia dah terlepas habis. Mana mau letak muka?

"Kenapa? Jealous?"

"Dah jadi kaunsellor takkan tak belajar perasaan manusia? Abang hati batu ke apa?"

"Urm.. Hati batu. Cepatlah. Cakap, abang nak dengar."

"Tak nak! Kalau abang boleh jual mahal kenapa Eqin tak boleh?"

"Eqin nak jual apa kat abang?"

"Abang nak apa?" makin seronok Shiqin main tarik tali bila Ilman melayan. First time kut.

Ilman mengeluh kuat. Shiqin dah sentap. Kenapa? Dia bosan ke bila aku buat perangai macam ni?

"Jauhkan diri dari Ridz. Itu yang abang, nak. Boleh?"

"Huh?"

"Dah 12 tahun belajar takkan telinga dah tak function lagi?"

"Tak! Eqin tak salah dengar kan?"

"Eqin dengar apa?"

"Abang jealous?"

"Eqin rasa apa?"

Allahu! Benarkah ini? Aku bermimpi ke ni? Wake up, Shiqin!


*********************************************************

Misi Cinta Gila
Episod 8

SEMALAM punya pasal, Shiqin dah rasa bersemangat sikit nak bersekolah. Meskipun hari-harinya mesti kena hadap Kak Athirah tu, tapi tak apalah. Semuanya rasa bencinya hilang bila Ilman seakan mula menunjukkan respon positif. Dan hari ini, Shiqin datang ke sekolah bersama satu azam.

Apakah? Dapat straight A's dalam STPM? Haha. Tak lah. Azamnya, adalah nak dapatkan Ilman! Wuhuu.. Hish! Budak ni bila nak insaf? Shiqin buat bodoh dengan bebelan mindanya. Kepalanya panjang menerjah ke dalam ruangan bilik kaunsellor. Terukir senyuman di bibirnya. Tak ada orang! Peluang keemasan ni.

Setapak kaki Shiqin masuk telinganya sudah gelak tawa yang agak kuat. Keningnya bertaut dua. Siapa? Hantu raya mana nak datang tengah hari macam ni? Huh!

Shiqin beranikan diri. Nak jugak tengok hantu mana dalam bilik kaunsellor ni? Kalau ada, dia akan Ilman berpindah bilik. Pindah ke kelasnya! Sengih terpamer lagi di bibir. Gatal sungguh kau, Shiqin.

Setibanya di depan kamar Ilman, dada Shiqin berdetak laju. Matanya statik melekat pada pasangan itu. Memang sungguh ada hantu tengah hari macam ni. Riak wajahnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Apa semua ni?

Hati Shiqin rasa sungguh sakit. Perit benar. Bertambah lagi rasa itu bila nampak senyuman bergayut di bibir lelaki itu. Hatinya tersiat-siat bila mereka bersentuhan. Bertepuk tampar bagai. Oh! Rasanya sakit sekali. Tubur matanya terasa hangat.

Ilman dah kaku bila nampak tubuh Shiqin. Mata gadis itu tajam menikam pada anak matanya. Mulut gadis itu memuncung panjang ke depan.

"Oh.. Eqin? Eqin nak apa? Nak jumpa cikgu Ilman?" apa ni? Sengaja nak tunjuk baikkah Kak Athirah? Oh.. Ni berlakon ajelah ni.

"Tak jadi. Eqin keluar dulu. Maaf ganggu."

"Tunggu! Err.. Eqin ada masalah ke?" Shiqin berhenti bila suara itu bertanya. Tak perlu berpaling sebab hatinya akan bertambah sakit.

"Aah. Eqin ada masalah. Masalah Eqin.. Eqin nak complain kat cikgu. Bilik ni panaslah. Ada air-cond pun panas lagi."

"Huh.. Akak okey aje? Ni..banyak dosa lah ni." lembut suara itu. Namun sudah cukup melukakan sekeping hati Shiqin. Dia sengaja ni! Eee! Munafik sungguh.

"Kalau Eqin panas, gunalah kipas tu. Okey sikit." Shiqin toleh sekilas pada Ilman.

"Tak payah. Eqin dah tahu apa yang patut cikgu buat."

"Buat apa? Wah..Engineering to be lah ni? Hebat. Nak aban..cikgu buat apa?" Ilman tarik nafas. Nasib baik tak terlepas. Fuh.

Makin sakit hati Shiqin. Ilman ni.. hurm.. Sabar Shiqin.

"Cikgu patut buang kipas buruk kat sebelah cikgu. It sucks!" pedas! Fuh.. Memang pedas. Kalau tak pedas takkan berubah muka Kak Athirah. Atas bawah, atas bawah dia tenung tubuh Shiqin sehingga tubuh itu menghilang dari pandangannya.

"Awak tengok..itu pelajar awak? Awak nampak tak betapa kurang ajarnya dia?"

Ilman tak jawab apa-apa. Dia hanya pandang tubuh yang sudah menghilang dari pandangan matanya.

****************************

Tak tahu kenapa Shiqin jadi sensitif sangat. Menangis bagai ni. Argh! Ni mesti kes period. Huh. Stop lah Shiqin. Macam tak pernah kau nampak semua tu sebelum ni. Hati Shiqin memberontak.

Kes ini lain. Apa yang jadi semalam seakan berikan dia harapan. Tapi, apa yang jadi? Dia yang masih gigit jari.

"Ehem.." Shiqin kalut. Air matanya dilap lekas-lekas.

"Kenapa? Menangis?" Ridz yang begitu tenang dan menenangkan sudah datang. Macam biasa seperti dengan gayanya yang selalu. Tangan dalam poket seluar sebelum punggungnya dilabuhkan di sisi Shiqin. Shiqin dah tak sedap duduk. Semuanya sebab dia baru perasan yang hanya dia dan Ridz di sini. Di bawah pohon rendang yang dikelilingi dengan taman. Pemandangan yang sungguh indah tapi sayangnya..orangnya tak kena dengan anganan Shiqin.

Shiqin bangun. Dia nak lari. Karang jadi benda lain, susah pulak.

"Tak boleh awak berhenti cintakan dia?"

Terkebil-kebil mata Shiqin pandang Ridz. Apa mamat ni cakap?

"Huh?"

"Jangan buat tak faham."

"Siapa..siapa yang awak cakapkan ni?" Ridz gelak sinis.

"Perlu saya jelaskan lagi? Saya rasa awak dah dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan." Shiqin menggeleng. Dia perlu cepat. Sebelum apa-apa terjadi, baik dia pergi atau sebelum tembelangnya pecah, eloklah kalau dia lari dulu.

"Boleh saya nak mintak tolong awak sesuatu?" Shiqin tak jadi pergi. Dia pandang Ridz. Nak tinggalkan mamat tu begitu sahaja dia tak sampai hati. Dipandang wajah itu. Nampak Ridz macam terlalu berharap. Aduh..

"Duduk dulu.." Shiqin menurut. Itupun lepas banyak kali tawakkal dalam hati.

"Tolong apa?" tak tahu kenapa Shiqin boleh sampai senang hati nak hulurkan bantuan. Denga Ridz pulak tu. Lelaki yang tak pernah dia bertegur sapa. Pelikkan kalau tiba-tiba nak tolong orang yang kita tak kenal? Err.. Shiqin mungkin kenal mamat ni cuma tak tegur aje. Dah nama pun jejaka hot. Tapi..not my taste.

"Cintakan saya." sepotong ayat tu dah buat jantung Shiqin gila. Berdetak laju weh.

"Apa awak cakap ni?!" suara Shiqin naik tiba-tiba.

"Look! Tengok dari faedah yang awak akan dapat kalau awak terima pelawaan saya. Awak akan buat Ilman cemburu nanti."

"What?"

"Apa? Terkejut? Sebab saya tahu awak cintakan dia?"

"Bukan?! How dare awak panggil dia nama aje? So..rude!"

"Awak pun..so rude."

"Kenapa saya pulak yang kena sekali?"

"Sebab cintakan cikgu sendiri."

Shiqin kalut sendiri. Bila tembelang pecah, habis kena sindir.

"Cinta..cinta tak boleh dipaksa."

"Habis tu..awak lupa yang cinta jugak boleh dipupuk?" Shiqin terkedu. Ridz memang dah melampau. Sebelum tercetusnya pergaduhan di sini, lebih baik dia lari.

"Saya harap..awak fikir dulu apa yang saya cakap."

"Tak mungkin!"

"Cuba terima hakikat Shiqin!"

"Awak pun." memang Shiqin degil! Ridz mendengus geram.

"Cikgu Ilman memang sampai bila-bila takkan nampak awaklah. Saya..saya ni..cubalah pandang sikit."

"Jangan buang masa Ridz. Menanti untuk yang tak pasti."

"Awak pun!" Shiqin geram. Apa yang dia cakap semuanya kena cantas. Cepat pulak tu. Dijeling lelaki itu dari hujung matanya. Tajam.

Ridz mengeluh.

"Belum terlambat untuk awak tarik cinta awak. Sebelum hati awak bertambah lukanya, baik awak tutup rasa itu. Beri pada yang sudi. At least, saya ada. Sudi terima." Shiqin tergamam.

"Ingat. Berkasih pada yang sudi. Jangan buang masa. Saya tak suka awak bazirkan air mata untuk benda yang sia-sia. Percayalah cakap saya..berhentilah cintakan dia kelak hati awak akan bertambah sakit nanti."

Ridz berlalu, meninggalkan sekeping hati yang sedang keliru tentang masa depannya. Benarkah kata Ridz itu?
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com