Pengikut Setia.. XD

Wednesday, 18 June 2014

Berhabuk Derr!!

Haha.. setelah sekian lamanya menyepi, akhirnya saya berpeluang juga nak jenguk blog universe ni!! haha.. lama tak tengok anda semua.. Hihi.. rindu tak? anyway, saya ada berita baik untuk anda semua.. hihi.. kenangan COM mengusik jiwa ada pula pengubat rindunya. siapa rindukan Complete Of Me! Ah! Saya terlalu rindukan novel tu.. How I really miss them! Airish.. Fiqa.. Aidil.. Katrina.. Huhu.. But, anyway, saya ada pengubat rindu lara buat anda semua.. Hihi.. Nak tahu apa dia? Jeng22..

Woissh!! Siapa dia ni? Alamak.. Hensem tak? haha.. Ini lah pujaan hero malaya saya yang kedua!! Hihi.. Siapa pula heroinnya? alahai.. haha..

Ini adalah heroinnya. amacam? nampak ayu ke? huhu.. aish! don't judge a book by its cover. apa-apa pun jom kita terjah dulu sinopsis dia.. haha.. Ini dia.. Mempersempahkan Mini Novel saya. 

SUNGGUH, AKU CINTA!

#SINOPSIS 1


QISHA ALEESHA. Hanya disebabkan krisis global yang dialaminya, dia terpaksa membuat kerja gila. Kerja apakah itu?

“Apa tujuan kau datang sini?”~FAHIM DANIEL~

“Saya datang nak terima lamaran Encik Fahim Daniel.” ~QISHA ALEESHA~

Akibat sengsara yang ditanggung Qisha Aleesha, dia terpaksa menanggung beban ini iaitu untuk menjadi seorang isteri kepada seorang ahli korporat yang berjaya dalam masa yang sama seorang kaki clubbing. Memang kerja gila! Tapi, itu sudah memadai baginya jika keluarganya menjadi jaminan dalam hal ini.

Lalu, gerbang perkahwinan tercipta antara mereka dengan masing-masing punya misi tersendiri. Bagi Fahim Daniel dia berkehendakkan Qisha Aleesha hanyalah sebagai cagaran untuknya agar bebas untuk ke kelab malam sekaligus dari leteran mamanya. Dan, bagi Qisha Aleesha, perkahwinan ini bukannya atas dasar keluarga semata-mata tetapi juga atas dasar rasa hati yang sudah lama menjeruk rasa kepada suaminya sendiri.

Malangnya, Fahim Daniel tegar menolak luahan hati itu membuatkan Qisha Aleesha rasa terbuang. Namun, dikuatkan terus hatinya untuk terus menjadi seorang isteri kepada lelaki itu sehinggalah perjanjian yang termenterai antara mereka menjumpai titik noktahnya. Fahim Daniel akhirnya membuat pilihan hati sendiri sekaligus memberi sejuta makna pada Qisha Aleesha agar pergi dari sisi lelaki itu.

Dan, di kala pemergiaannya Fahim Daniel pula yang tidak rela. Kenapa? Apakah yang menyebabkan Fahim Daniel berubah hati? Terus, bagaimana dengan perempuan pilihannya? Qisha Aleesha pula bagaimana? Dapatkah dia menerima keputusan Fahim Daniel agar terus berada di sisinya?

“Kenapa kau nak sangat pergi dari sisi aku? Kau cakap kau ni tak laku. Tak ada orang nak. So, kau terus ajelah jadi bini aku. Tak boleh ke? Sudahlah, jangan nak memandai lagi nak minta cerai bagai sebab aku tak akan layan. Dah tak ada orang nakkan kau, kau kekal ajelah dengan aku. Itu pun susah ke?” ~FAHIM DANIEL~

“Qisha akan jadi perempuan sololah lepas ni? Wah, bolehlah, Fiq masuk jarum lepas ni. Panjang tau benang Fiq nak tusuk nanti bila jumpa bakal ayah mertua, tau.” ~FIQRI~

Argh! Tak! Sungguh, dia tak rela. Membayangkan belaian dan layanan kasih sayang yang akan diterima lelaki lain selepas ini dari Qisha membuatkan hati dan jantungnya bagai disiat-siat. Argh! Tidak! Qisha sayang, jangan pernah berangan nak jadi janda berhiaslah sebab abang memang tak akan rela. Duduk dengan abang terus, sampai akhir hayat. Jangan nak lari lagi dari abang. Sebab.. Sebab.. Abang cintakan Qisha.


Mampukah, Fahim Daniel meluahkannya pada isterinya? Sanggupkah liur yang diludah dulu dijilat kembali? Terus, akan wujudkah ranjau berduri dalam perhubungan mereka usai luahan hati diluahkan Fahim Daniel? Semuanya, akan terjawab dalam mini novel, Sungguh, Aku Cinta!

5 comments:

  1. Novel complete of me dah diterbitkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah masa pbkl nanti akan keluar ya.. Hihi.. tq sebab menunggu. Nanti saya update dekat blog officialnya.. :3

      Delete
    2. Ouh okay. Update tau. Tksbar ni. Ni official kan?

      Delete
  2. InsyaAllah sis.. Tapi kalau nak dapat update yang lebih cepat blh follow di grup saya.. TINTACINTA : SILENCERNOVEL.. Tq.. ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com