Pengikut Setia.. XD

Monday, 25 August 2014

Mini-Novel : Sungguh, Aku Cinta! Episod 6




GELAK tawa Fiqri masih belum reda. Bahunya begitu galak naik atas dan bawah. Ketawa tak sudah. Fahim Daniel di sebelah menayangkan muka geram. Sakit hati dengan perangai rakannya yang bergurau tak kira tempat. Penat-penat dirinya datang ke restoran ini semata-mata mahu berjumpa dengan perempuan yang ditunjukkan Fiqri di dalam telefonnya tadi. Tapi, bila sampai ke sini. Terkejut besar dirinya. Tidak disangka, dia ditipu hidup-hidup oleh Fiqri.

            Kepalanya ditongkat. Mengenangkan nasibnya, terasa begitu sedihlah pulak. Hari berganti hari. Masa berganti masa, kalau beginilah caranya. Silap-silap, aku memang kena kahwin dengan Azuralah jawabnya. Aduh! Apa aku nak buat ni?

            Splash!

            Bebola mata Fahim Daniel terangkat ke atas. Terkejut apabila ada mop yang datang menyergah pada pandangannya. Hilang terus anganan akan nasibnya pada masa depan. Dan bila matanya diangkat, matanya membulat. Alamak! Terjengul wajah mak cik cleaner yang berada dekat dengannya. Dengan bibir yang memuncung panjang, sengaja dimop lantai dekat dengan kaki Fahim Daniel. Fahim Daniel meneguk liurnya. Menegak bulu roma apabila terpandangkan wajah gatal mak cik itu. Kenapa dengan mak cik ni? Ingat aku serius ke? Bodoh punya Fiqri. Segera matanya berpaling menghadap Fiqri. Wajah Fiqri sedang hebat menahan tawanya dari terburai di situ. Tak guna punya, kawan.

            Bulat-bulat aku percaya gambar gadis tu. Masih terbayang lagi di matanya akan foto yang ditunjukkan Fiqri di pejabat siang tadi. Gadis yang cukup cantik dan seksi. Memang sesuai dengan tastenya. Oleh itu, tanpa banyak bicara dia segera setuju untuk menjadikan gadis di dalam foto itu sebagai calon isterinya yang ketiga. Dan kerana itulah dia berada di sini. Di restoran tak guna ni menghadap mak cik yang gatal merenyam ni. Sesekali mata Fahim Daniel menjeling pada mak cik cleaner tersebut. Mak cik itu apa lagi. Dah kalau lelaki handsome pandang kita mulalah ditayangkan wajah cute. Eee! Yuck! Mahu mengigil seluruh badan Fahim Daniel. Aku rela pandang dubur kuda dari pandang wajah mak cik ni. Hih! Taubat aku! Sumpah memang aku tak akan jejak lagi lantai restoran ni.

            Sejurus sahaja mak cik itu berlalu, terus tawa yang ditahankan terburai dengan kuatnya. Fahim Daniel mengetap giginya. Bahu Fiqri ditumbuk halus.

“Main-main kau kan? Aku serius kau main-main pulak. Membazir masa aku aje. Eh, aku banyak kerja lagi nak buatlah. Aku bukan macam kau, kerja membabi buta aje. Malas aku nak layan, kau. Menyesal aku datang sini. Tahu, tak?” tubuh Fahim Daniel yang ingin didirikan ditarik Fiqri. Terduduk kembali Fahim Daniel.

“Aku seriuslah ni. Betul apa aku bagi gambar tu. Itu gambar dialah.” Jawab Fiqri.

“Gambar apa kebendanya. Aku tak nampak sebarang persamaannya pun. Jauh panggang dari api.” Fiqri gelak lagi. Entah kenapa terasa lucu pula apabila dia menghadap versi Fahim Daniel yang tengah bengang ini.

“Hah. Gelaklah gelak. Aku tumbuk karang. Tak guna punya kawan. Aku suruh cari ikan duyung, kau bagi aku ikan dugong. Tak guna!” semakin kuat tawa Fiqri jadinya. Mendengar gelak tawa Fiqri semakin sakit telinga Fahim Daniel dibuatnya. Dirinya tegak. Ingin berlalu terus. Serabut. Rimas. Semuanya bercampur baur sekali.

“Alah. Cakap sikit nak merajuk. Betullah apa aku buat. Dah dia memang ikan duyung masa muda, manalah aku tahu sekarang dah jadi dugong. Alah, apa salahnya Fahim oii. Kahwin ajelah. Dia janda kut.” Seram. Serius dia seram. Menggeleng tak sudah Fahim Daniel. Aku sanggup jadi ANTERTU (Anak Teruna Tua).

“Malas aku nak layan kau. Baik aku balik, office. Kerja aku berlambak lagi.” Fahim Daniel ingin pamit.

“Alah. Duduklah dulu. Nanti-nantilah. Lepaklah dulu. Tak pun kau amik EL jelah hari ni. Biar aku bagitahu papa aku. Papa aku baik. Jangan bimbang.” Fahim Daniel menggeleng.

“Alamat tak sampai setahun, mahu melingkuplah company bapak kau kalau kau jadi CEO nanti. Dahlah, aku dah lewat ni. Duk melayan kau. Sepuluh tahun pun tak habis.” Fiqri buat muka. Nampaknya, dia keseorangan lagi. Nak bergayut, masih terlalu awal. Dia bosan.

“Ambik cuti ajelah Fahim, hari ni. Aku bosan..” Fiqri terkaku. Kata-katanya tidak dihabiskan. Kepalanya tegak memandang ke hadapan. Tidak berkelip matanya memandang akan Qisha Aleesha yang tiba-tiba muncul menghadap kaunter bayaran itu.

“Tak boleh. Dahlah, aku chou dulu.” Fahim Daniel mahu melangkah. Namun, reaksi beku Fiqri begitu aneh. Merajuk ke mamat ni? Takkanlah.. Lantas, tubuhnya dipusingkan kembali. Tegak berdiri menghadap Fiqri kembali.

“Hoii..” panggil Fahim Daniel. Fiqri tidak mendengar. Fokusnya benar-benar pada Qisha Aleesha. Cantik, desisnya. Sungguh, dia terpesona. Sekali pandang pun tak puas. Matanya tidak pernah jemu menjamah wajah cantik Qisha Aleesha itu.

“Hoi..” lengan Fiqri dikuis Fahim Daniel lagi. Fiqri agak kaget.

“Huh? Ya. Okey! Kau nak kerja kan? Pergilah. Tak apa. Aku okey!” kening Fahim Daniel terangkat. Pelik. Kenapa tiba-tiba berubah fikiran pulak ni?

“Kau dah kenapa? Tiba-tiba, aje. Kau pandang, apa ni?” soal Fahim Daniel tidak berpuas hati. Sedarnya, lelaki itu begitu kerap berkalih pandang ke arah yang sama.

Fiqri pula terkejut. Alamak! Segera dia berdiri. Tegak berhadapan dengan Fahim Daniel. Lengannya sengaja diangkat ke udara. Menghalang penglihatan Fahim Daniel. Tidak mahu Fahim Daniel ternampak kelibat Qisha Aleesha di situ.

“Pergilah. Nanti, kau lambat pulak. Papa aku garang, tau.” Fahim Daniel menggeleng sahaja. Apa kena dengan Fiqri? Tiba-tiba lelaki itu jadi pelik. Apa-apalah. Dia sudah lambat untuk ke pejabat. Nanti apa pula kata stafnya. Fahim Daniel segera memulakan langkah.

Fiqri mengeluh. Lega. Bagus. Nasib baik Fahim Daniel tidak nampak kelibat Qisha Aleesha. Selamat aku. Leher Fiqri memanjang. Mengekori di mana keberadaan Fahim Daniel. Setelah pasti lelaki itu agak jauh dari dirinya, segera langkahnya ditujukan segera ke arah Qisha Aleesha.

Apa yang dia buat kat sini? Dia kerja di sinikah? Begitu banyak persoalan yang bermain di dalam mindanya ketika ini. Siapakah perempuan ini, ya? Semangatnya untuk menyelongkar kehidupan Qisha Aleesha semakin berkobar-kobar. Dia memang mahu mendekati gadis ini. Pertemuan pertama mereka di majlis sepupunya, Aniq begitu melekat di hatinya. Ada hikmah juga papanya memaksa. Ah, bila diulang kembali peristiwa itu, dia tergelak sendiri. Semuanya kerana gadis itu. Matanya hanya memerhatikan pada Qisha Aleesha yang begitu rancak berbicara. Bersemangat betul. Entah apalah yang dibicarakannya. Nampak dari segi riak wajahnya nampak macam marah, tapi.. comel! Fiqri tersenyum. Senyuman terlebih gula, berharap agar kepala Qisha Aleesha tertoleh padanya. Dan ketika itu, gadis itu jatuh cinta pandang pertama padanya. Ouch! Seronoknya! Sungguh dia tidak dapat membayangkannya, bagaimana jika ia terjadi.

Dan.. apa yang difikirkannya mengenai sasaran. Qisha Aleesha berpaling ke arahnya. Makin melebar senyuman lelaki ini. Namun, harapan untuk melihat wajah Qisha Aleesha yang bagaikan terpegun dengan kehadirannya itu sudah musnah. Bumm!! Adus! Patah jiwanya. Qisha Aleesha hanya berlagak selamba sahaja. Lagaknya bagaikan dia tidak kenal aku sahaja. Cis! Mana mungkin. Aku lelaki handsome kut. Takkan dia tak ingat muka aku? Atau.. perempuan ni memang dah biasa dikerumuni oleh lelaki handsome? Mungkin kerana itu dia nampak biasa sahaja. Sudah bosan? Oh no! Fiqri menggeleng. Tak! Tak mungkin. Jangan harap ada yang berani nak menyekat jalannya. Dia akan pastikannya. Jalannya sentiasa lurus. Lurus and no belok-belok!

“Tak apalah, kak. Saya tarik balik kata-kata, saya. Saya pergi dulu.” Baru sahaja Fiqri sampai ke kaunter, Qisha Aleesha sudah blah! Membulat mata Fiqri. Tak menyempat. Kenapa? Nak mengelat lagi ke? Huh. Jangan haraplah aku akan lepaskan peluang kedua ni!

Fiqri terus menuju ke arah Qisha Aleesha. Bimbang dengan langkah Qisha Aleesha yang ternyata laju itu. Kaki dia ni pakai enjin turbo ke apa? Laju sangat!

“Encik! Encik!” panggilan dari perempuan di kaunter itu begitu mengganggu Fiqri yang sudah bengang itu.

“Ada apa? Tak nampak ke orang nak cepat,”

“Encik tak bayar lagi,” Fiqri mengeta bibirnya. Aduh! Hal kecik aje pun. Segera dompetnya ditarik dari poket. Kepingan satu keping not seratus ringgit ditarik lalu dihempasnya kasar ke atas meja kaunter tersebut. Lalu, kakinya bersambung kembali. Di mana perempuan tadi?

“Eh, encik..” Fiqri berpaling lagi.

“Ada apa, lagi?” bengang! Serius dia bengang!
“Bakinya..”

“Ah! Simpan ajelah. Tadi nak sangat duit. Dah bagi membebel pulak. Ambil ajelah.” Kasar sungguh bahasanya. Memang! Gara-gara perempuan inilah dia terlepas. Di mana dia menghilangkan diri? Ah! Geram aku! Fiqri melangkah lagi. Pergi ke kanan dan ke kiri. Dia pasti perempuan itu tidak jauh darinya. Dia mesti mencari gadis itu. Pasti! Kali ni, dia tak akan terlepas.


SERABUT! Serabut! Benci betul aku! Tak gunalah. Masam wajah Qisha Aleesha. Langkahnya sengaja dilajukan. Menunjukkan protes dan menunjukkan dirinya yang tidak berada di dalam mood yang bagus. Biarkan! Biarkan orang takut mahu menegur dirinya. Lagi bagus. Bibirnya juga tidak bisa mengeluarkan suara. Kalau tidak cili api yang keluar nanti.

Menyesal aku datang ke restoran ni. Haih! Kenapalah dia perlu memohon jawatan cashier tu? Aduh! Tak sepadan langsung. Bentak Qisha Aleesha lagi. Sebenarnya, dia bukan fed-up dengan permohanannya akan kerja itu tetapi dia fed-up dengan pekerja di situ. Masih jelas di matanya. Pekerja-pekerja lelaki di situ tidak henti-henti memerhatikannya semasa dirinya sedang berbicara dengan gadis di kaunter itu. Ee! Geram dia, mahu dipatah-patahkannya sahaja tulang semua pekerja lelaki-lelaki itu. Langsung tak tahu malu. Gatal! Boleh dia bagi aku, flying kiss? Euu! Tolonglah! Muka tak seberapa, nak menggatal. Nak tengok pun tak lalu. Ada hati lagi nak main jeling-jeling orang.

Ambik kau! Ayat pedas dari mulut Qisha Aleesha meskipun dia tidak memaksudkannya. Biasalah orang bila panas hati semua yang tak enak di mata mahu dipersalahkan.Tapi, itulah hakikatnya. Dan kerana itu jugalah menjadi salah satu punca kenapa dia tidak mahu mencari kerja di tempat-tempat begitu. Sedarnya, sejak dia mula mencari kerja di tempat begitu lebih kurang satu bulan yang lepas sehinggalah sekarang, majoriti semua pekerja lelaki di situ berperangai begitu. Gatal tak bertempat. Mungkin bagi orang lain itu perkara biasa tetapi tidak baginya. Pantang baginya jika lelaki main-main tenung dirinya. Ingat dia model tubuh ke apa? Tengok dari atas sampai bawah. Dia tidak suka kerana dirinya terasa seperti maruahnya sedang tercalar dan diperkotak-katikkan!

“Tak guna!” luah Qisha Aleesha. Batu-batu kecil di sepanjang jalan di lorong belakang deretan kedai-kedai di sini ditendangnya. Sesi lauhan perasaan geram. Batu kecil itu dibayangkan akan wajah pekerja-pekerja lelaki itu. Serta merta giginya diketap rapat. Lalu layangan kakinya hebat melayang menendang batu tersebut.

Pewiittt..”

Qisha Aleesha pusing belakang. Siapa tu? Sekali tengok, kosong. Ruangan jalan kosong sahaja. Tiada sesiapa di situ. Qisha Aleesha angkat bahu. Perasaannya sahaja barangkali. Kakinya meyambung langkah kembali.

Pewiittt..”

Lagi? Qisha Aleesha menggeleng. Tak ada apa-apa. Cool. Tak ada apa-apalah. Buat bodoh aje. Satu langkah ke depan dan sekali lagi bunyi itu datang lagi. Langkahnya ditarik kembali dengan kepala dipusing ke belakang. Tiada sesiapa. Satu langkah ke depan dan bunyi itu datang lagi.. tetapi kali ini berbeza bunyinya.. Bunyi yang kedengaran seperti tidak dihabiskan dek kaki Qisha Aleesha yang bergerak ke depan dan ke belakang. Suara itu semakin galak mengikut rentak langkah Qisha Aleesha. Qisha Aleesha menghembuskan nafasnya kuat.

Tak ada kerja lainlah tu. Kerja lelaki yang pastinya ni! Urghh! Kenapa setiap hari dirinya perlu diganggu oleh insan bernama lelaki? Bencinya! Terus, Qisha Aleesha buat selamba. Sengaja dirinya berjalan laju. Tetapi dia sungguh tidak sangka. Semakin laju dia melangkah semakin galak suara itu berbunyi. Dan bunyi itu kini sudah digubah menjadi rentak lagu lagi dengan temponya sekali yang mengikut gerak geri langkah kakinya. Kurang ajar! Urgh! Lantas, kepala Qisha Aleesha menoleh laju ke sisi. Tepat ke kanan di lorong di mana dia sedang lalu. Mana tahu orang yang buat bunyi itu datang dari situ.

Namun, bila kepala pusing ke kanan kelibat seseorang menarik perhatiannya. Misinya dalam mencari siapa lelaki pengacau tadi sudah berakhir sebaliknya terus diganti yang baru. Qisha Aleesha kaku. Memandang tegak ke hadapan. Di ruangan matanya ternampak dua orang lelaki. Sedang enak menikmati rokok sambil berborak entah apa topiknya. Terkadang mereka ketawa terbahak-bahak. Kuat. Dan nampak hodoh! Eee, takutnya. Apatah lagi dengan kulit hitam legam mereka itu.

Di amatinya akan wajah itu sekali lagi. Dari jauh wajah itu kelihatan sungguh familiar sekali dengannya. Siapa mereka? Hati Qisha Aleesha yakin ada sesuatu pada mereka. Dia pernah jumpa lelaki ini. Serta merta mata Qisha Aleesha membulat. Ini kan.. insiden pada hari dirinya diragut dulu! Dialah peragutnya!

Dari hujung matanya, mereka mula buat haluan masing-masing. Rakannya, sudah memecut laju bersama motorsikalnya, meninggalkan lelaki itu bersendirian. Qisha Aleesha senyum sahaja. Ah, sorang lari! Tapi, tak apa. Asalkan dia masih dapat sorang. Yang pasti, aku akan pastikan yang aku akan tangkap kedua-dua mereka nanti. Sejurus sahaja dia ditinggalkan, lelaki tersebut mula berjalan. Ke mana, dia tak tahu. Tetapi, jalannya ialah dalam menuju ke arahnya. Qisha Aleesha senyum meleret. Siaplah kau, aku kerjakan.

Tanpa ada fikiran terlebih dahulu, Qisha Aleesha terus bersuara. Tidak tertahan menyorok di sebalik dinding itu.

“Hello, brader!!” lelaki itu angkat kepalanya. Memandang tepat ke arah Qisha Aleesha. Wajahnya berubah. Oh, takutlah tu.  

“Heii!!” bulat mata Qisha Aleesha. Belumpun dia mahu memberi ucapan sepatah dua kata, lelaki itu sudah lari. Oh my.. penakut betul mamat ni. Mana tak takutnya kalau jumpa dengan mak naga! Hello? Mak naga? Jaga mulut sikit!

Terus, Qisha Aleesha turut berlari. Mengejar jejak lelaki itu. Ah, benci betul aku. Kena berlari lagi. Tumitnya masih terasa sakitnya. Tapi, ditahankannya sahaja. Cepat Qisha! Semangat! Teruskan usaha. Kau boleh!

Kencang Qisha Aleesha berlari. Langkah lariannya dilangkah seluas yang boleh. Dia perlu cepat. Lelaki tersebut, sempat menarik mana-mana kotak yang berada berhampirannya sebelum dibuang jauh ke arah Qisha Aleesha. Qisha Aleesha mengetap giginya. Tak guna punya mamat ni!

Langkahnya masih dirasakan lambat dan lembap! Ah, tenaganya.. masakan sama dengan tenaga lelaki itu! Ah, tak boleh jadi ni. Qisha Aleesha mahu memperkemaskan lariannya. Baru nak mula pecutnya terasa ada tangan yang menarik bahunya. Qisha Aleesha tidak dapat menahan diri, terus tubuhnya jatuh ke belakang. Matanya membulat. Bimbang tubuhnya bakal terpelanting ke atas tar jalan itu. Ah, tak nak! Pasti perit dan pedih.

Tapi, jatuhnya bukan di jalan. Terasa seperti ada sesuatu yang dihempapnya. Apakah itu? Qisha Aleesha pusing. Ya, Allah! Mahu tercabut jantungnya. Aku jatuh atas dada dia?

“Awak kejar siapa?”

Dum!!

Fiqri jatuh terduduk. Tangannya memegang erat bibirnya. Sengal rasanya akibat ditumbuk Qisha Aleesha. Tepat tumbukan gadis itu ke mukanya. Aduh! Mahu mengaduh bimbang akan nampak lain pula oleh dia. Maklumlah, nanti dia cakap aku lembik. Kena satu das dah sakit, macam budak-budak! Malulah aku nanti. Air mukanya kena jaga.

“Awak ni kenapa? Kenapa tumbuk saya?”

“Yang awak pegang saya kenapa?”

“Dah awak macam lari aje dari saya..”

“Siapa kejar siapa ni? Jangan nak perasan sangatlah. Bila masanya awak kejar saya? Saya tak pernah tahu pun.. Saya tengah kejar lelaki tadi. Awak lah ni. Mana dia ni? Aduh! Semuanya awak punya pasallah!” wajah Fiqri sedikit berubah. Tidak dapat menerima hakikat. Nampaknya dia dah berpunya. Kecewa. Itu yang dia rasakan.

“Awak kejar lelaki? Awak sukakan dia sangat-sangat ke?” Qisha Aleesha merengus geram. Tangan bercekak di pinggang.

“Aduh! Geram aku. Apa yang awak merapu ni? Suka dengan siapanya? Lelaki tu curi dompet saya dulu, awak tahu tak. Saya nak kejar dialah ni! Tapi.. macam dah tak nampak aje.. Semuanya salah awak! Geramnya! Arghh!” Qisha Aleesha meroyan sendiri. Melepas! Geram! Kenapa nasibnya begini! Ah, terasa sungguh malang bila dirinya dikerumuni lelaki-lelaki seperti ini. Gara-gara merekalah, dia sudah melepas! Argh! Dompet aku!

Rasa kembang kembali hati. Dia belum melepas! Yes! Fiqri ingin melonjak kegembiraan. Melompat sampai planet marikh!

“Awak jangan risau. Biar saya yang kejar. Lelaki tadi, kan? Yang kulit kontra dari saya kan?” Qisha Aleesha mahu gelak. Sempat lagi buat lawak. Kulit kontra? Oh, my.. Ha ha ha.. Aduhai! Perasan aje lebih. Mentang-mentang dia putih. Huh. Erkk. Aku puji dia ke?

Qisha Aleesha mengangguk. Belumpun Qisha Aleesha mahu melanjutkan bicara, Fiqri sudah berlari. Laju. Mak aihh. Lajunya! Ni harimau bintang ke manusia? Aduh! Tapi dia tahu ke, mana lelaki tu berada? Jalan pula banyak juga selekohnya kat sini.

Menyedari dirinya hanya bersendirian di sini, Qisha Aleesha juga turut mengikut jejak langkah Fiqri. Tapi, berlari-lari anak sahajalah. Tak larat. Rasa tumitnya bagaikan mahu pecah sekali lagi. Tak apalah. pandai-pandai dia cari nanti di mana keberadaan Fiqri. Tak sanggup pulak biarkan lelaki itu sendiri. Aduh..


“DAH nak balik ke? Marilah.. saya hantar ke klinik,” pintas Fiqri terus. Tidak rela membiarkan Qisha Aleesha pergi. Kasihan dan bimbang dalam dirinya kepada wanita itu melebihi segala-galanya. Qisha Aleesha buat selamba. Malas nak bercakap lama-lama..

“Cinderella.. Cinderella..” langkah Qisha Aleesha disaing. Qisha Aleesha berhenti spontan.

“Kenapa awak panggil saya Cinderella?” baru kali ini Qisha Aleesha membuka mulutnya. Bicaranya tidak panas dan lantang seperti selalu. Malah kedengaran lembut sahaja. Fiqri terdiam sekejap. Mungkin terkejut dengan keindahan suara itu. Dengar suara begini bisa dia mengigau dua tiga hari. Alahai. Indahnya suaramu.

“Gila!” Fiqri tersedar sesuatu. Oh lupa! Dia belum menjawab lagi pertanyaan Qisha Aleesha. Akibatnya, gadis itu sudah pergi. Mungkin sudah tidak berminat lagi, barangkali.

“Cinderella.. Tunggulah.” Fiqri mengejar lagi.

“Apa yang awak nak?! Ouchh..” Qisha Aleesha menjerit kecil. Sakit! Jarinya ingin menyentuh lembut tepi bibir itu tetapi dirasakannya begitu sakit sekali. Ouchh.. Fiqri bimbang. Dia ingin membantu, dan ingin menyentuhnya, membantu mana yang patut.. tapi, dia sedar batas itu dan siapa perempuan yang sedang dia hadapi kini. Miss Cinderellanya bukan calang-calang wanita.

“Mari saya hantar ke klinik!” tegas Fiqri berkata-kata. Bukan kepada ayat pertanyaan tetapi kepada ayat suruhan. Qisha Aleesha menaikkan keningnya. Apa ni? Main paksa-paksa bagai pulak. Dia tak suka!

“Ee!! Saya tak naklah. Tepilah. Jauh sikit. Jangan dekat dengan saya lagi.”

“Kenapa? Awak nak salahkan saya? Itu bukan salah saya. Saya dah pesan jangan ikut saya, kan. Sekarang, apa dah jadi? Degil sangat. Ha, tanggunglah.” Fiqri membebel bagai mereka pasangan kekasih bagai. Baru sehari berkenalan ada hati nak berlagak macam kekasih aku. Huh. Boleh jalanlah!

“Ada saya cakap saya salahkan awak?” mata mereka bertentangan tetapi dilarikan Qisha Aleesha terlebih dahulu. Bukan dia malu mahupun penakut tetapi dia tidak suka bertentangan mata begitu. Zina mata! Bisa menimbulkan sesuatu yang tidak kita akan jangkakan. Syaitan. Mereka punya berbagai cara untuk menyesatkan hamba Allah.

Tetapi lain pula ceritanya buat Fiqri. Tingkah Qisha Aleesha itu dirasakannya datang dari sifat malu gadis itu. Nampak comellah! Mesti dia malu. Bertatapan dengan mamat kacak macam aku, pasti hati dia berdegup kencang, memainkan irama yang rancak. Dan sekarang pasti dia tidak keruan bila aku masih menatapnya.

“Aduh!” Fiqri terjerit kecil. Sakit bila kakinya dihempap kuat oleh kasut Qisha Aleesha. Kasar minah ni. Serius! Tak boleh main-main ni. Pantang betul!

“Jangan nak berangan, eh. Saya boleh rasakan yang awak sedang ketawakan saya. Dahlah, saya pergi dulu. Terima kasih sebab tolong saya dapatkan kembali dompet saya.” Fiqri tidak berpuas hati.

“Awak..” Qisha Aleesha masih berjalan ke depan. “Miss Cinderalla!” Qisha Aleesha berhenti. Fiqri senyum. Pasti dia suka aku panggil dia dengan panggilan itu. “Senang-senang aje, nak pergi macam tu. Tak nak bagi upah ke?” Qisha Aleesha terpegun seketika. Upah? Serta-merta, dadanya berdegup kencang. Dia mana ada duit. Dalam dompet? Qisha Aleesha memejamkan matanya. Entah masih ada ke tidak ni? Entah-entah kosong. Tetapi, Qisha Aleesha cuba nasib. Dompetnya dibuka dan.. apa yang ada di situ hanyalah beberapa keping not seringgit. Tak guna punya peragut! Tinggalkan ini aje? Bodoh pun ada. Alang-alang curi, kebaslah semua. Tapi..macam mana aku nak berikan pada dia?

Tak apa, Qisha Aleesha. Berikan aje. Asalkan ikhlas. Tetapi, kalau dia kata tak cukup, carilah masa untuk bayarkan pada dia. Arghh!! Kenapa dia nak mintak jugak dari aku?! Nampak dari gaya macam dah kaya! Qisha Aleesha merapati Fiqri dengan dompetnya yang ternganga luas. Beberapa keping not seringgit itu ditariknya semua sebelum dihulurkan ada Fiqri.

“Ambillah ini. Hanya ini duit yang saya ada.” Itu yang ingin dituturkan Qisha Aleesha. Tetapi, dia bukan selemah itu. Dia tidak akan sesekali menunjukkan kemiskinannya itu. Dia bukan seorang wanita yang mudah meraih simpati. Dia percaya dia masih mampu untuk menjana pendapatan. Oleh itu, jika duit itu, masih belum mencukupi dia masih punya cara untuk membayar kepadanya kembali. Fiqri pandang akan duit yang dihulurkan Qisha Aleesha.

“Simpan duit awak tu.”

“Huh?” Qisha Aleesha tidak faham. Tak nak duit ni? Habis tu, dia nak apa?

“Jom kita ke klinik? Saya berhutang nyawa dengan awak. Kalau bukan kerana awak, mungkin saya dah lama masuk hospital.” Ucap Fiqri ikhlas. Dalam dari lubuk hatinya. Dia tidak pernah menyangka sedang dirinya bergelut hebat dengan lelaki tadi, muncul seorang kawannya dari arah bertentangan dengannya membawa sebatang kayu. Kayu itu dilayangkan tinggi ke udara untuk membedilnya. Namun, tidak disangka-sangkanya Qisha Aleesha datang menyelamatkan dirinya. Kawan lelaki itu dengan selamba sahaja ditendang perutnya oleh Qisha Aleesha. Dalam dia terharu, dia kagum. Dari mana datangnya kung fu wanita ini? Tetapi, malangnya layangan kayu itu telah melakarkan luka yang agak panjang di tepi bibir wanita itu. Dan akibatnya bibir Qisha Aleesha agak lebam dan luka. Dia sebagai lelaki pasti terasa sakitnya. Inikan pula dia.

“Jomlah. Saya takut. Ada luka-luka dalaman ke apa. Mari ikut saya. Saya hantarkan. Mari?” Suara memujuk itu sungguh merdu kedengaran.

Qisha Aleesha terpegun dengan permintaan sayu itu. Pertama kali, dia mendengar kata-kata seperti rayuan itu. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang berlainan dalam dirinya. Lalu, kepalanya sepertinya bertindak tanpa menanyakan kepada tuannya terlebih dahulu. Diangguk laju sahaja.

Fiqri senyum. Puas hati.

“Jom. Nak saya dukung?” gurau Fiqri.

“Nak makan ni?” buku lima ditunjukkan Qisha Aleesha.

“Boleh aje. Tapi, muat tak? Nampak macam besar. Mulut comel saya ni kecik aje.” Menyampah! Malas nak dilayan. Qisha Aleesha buat bodoh. Letih nak bercakap banyak-banyak.

“Awak pernah bercinta?” Qisha Aleesha masih buat bodoh. Fiqri geram. Susah betul nak pancing perempuan ni supaya bercakap dengan aku! Huh. Lalu, nafas panjang ditarik. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket sambil langkah kakinya seriring dengan langkah Qisha Aleesha.

“Awak masih solo ke?” bulat mata Qisha Aleesha. Ee! Dia ni!

"Awak hina saya ke apa?" soal Qisha Aleesha. Tidak puas hati. Tadi cakap aku pernah bercinta atau tak. Okey lagi. Ini cakap aku masih solo atau tidak?! Oh, no! Unbelievable.

"Lah.. Bila masa pulak?" soal Fiqri pelik. Tiba-tiba, angin sebadan perempuan ini. Peliklah jugak. Mana tahu kena sampuk ke apa.

"Dah tuu.. Awak tanya macam tu.. Maknanya, awak nak cakap yang saya tak lakulah kan?" Fiqri gelak. Semakin kuat dan kuat. Qisha Aleesha mengancing kuat giginya. Ketawa yang sungguh membakar semangatnya untuk menampar mamat ni!

"Agaklah.. Tapi, bagus jugak.." ucap Fiqri lembut. Selembut bersama deruan angin. Dekat dengan telinga Qisha Aleesha. Kalau diikutkan hatinya, mahu digigit terus telinga itu. Qisha Aleesha tidak selesa. Terus, muka Fiqri ditolaknya selamba agar jauh darinya. “Aduh!” Fiqri mengaduh tetapi tidak dipedulikan Qisha Aleesha.

"Kenapa pulak?" langsung tiada perkataan maaf. Yang keluarnya pertanyaan ini dari mulut Qisha Aleesha.

"Dah maknanya, kalau awak tak laku tak adalah saya nak bimbang.. Tak adalah saya nak makan hati aje selalu. Tak adalah saya nak kontrol awak aje selalu.." jawab Fiqri sambil menggosok wajahnya. Nak marah pun tak jadi. Cantik sangat. Qisha Aleesha pandang ke depan. Malas nak menonton keletah Fiqri yang dianggapnya… err.. comel.

"Eeee, mamat ni! Main-main pulak. Pernah makan kaki tak?" Qisha Aleesha terus kuatkan suaranya. Hilangkan getaran hati yang tiba-tiba datang. Aneh betul perasaan ini.

"Setakat ni tak pernah. Tapi, kalau awak nak bagi saya, saya nak! Bukan senang tu untuk saya nak dapat touch dari awak. Nak bagi kaki ke, pelempang? Cepatlah. Atau.. yang paling dasyat sikit.. ermm.. Ciuman, macam mana? He he he.. Cepatlah. Saya dah hulurkan pipi ni.. Sini..” Qisha Aleesha mengetap giginya. Sekali lagi, pipi Fiqri ditolaknya, laju. Fiqri mengeluh.

"Gila!" Qisha Aleesha selamba berjalan ke depan, meninggalkan Fiqri di belakang.

“Huh.. Jalanlah sorang-sorang. Bukannya tahu pun mana kereta saya.” Qisha Aleesha terus sahaja ke depan.

“Tak nak ajak sudah. Tak apa! Macam saya teringin sangat.” Fiqri cemas. Apa pasal dia nak ugut perempuan ni? Macamlah boleh jalan.

“Okey! Okey! Saya gurau. Saya gurau. Now, tunggu saya. Don’t you dare to leave me, my Cinderella. Tunggu saya!” Fiqri berlari mendapatkan Qisha Aleesha. Argh! Mana boleh lepaskan peluang keemasan ini!

“Awak nak berkenalan dengan saya tak?” ucap Fiqri sambil berjalan dengan laju. Mahu mengejar langkah Qisha Aleesha. Bibirnya senyum panjang. Excited kerana dapat menghabiskan masa bersama perempuan ‘misterinya’..

“Tak nak!”

“Nak tahu tak nama saya?”

“Tak ingin.”

“Nama saya Fiqri.”

“Ada saya kisah?”

“Ermm.. Awak boleh panggil saya, hubby?”

“Apa?!!”


Fiqri gelak. Qisha Aleesha pula? Huh.. Memang lelaki ni nak dapat gelaran arwahlah!

Nak kenal siapa Fiqri?? Nah! Hadiah.. Huhu..


1 comment:

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com