Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 6



Misi Cinta Gila
Episod 6

SUNGGUH tak sangka, hari ini adalah hari paling malang! Argh! Ni yang buat dia makin rasa malas nak sekolah. Buat sakit mata dan sakit hati. Mata pandang ke hujung sana lagi. Gigi diketap kuat. Lagi? Sumpah, Shiqin makin meluat. Sakit kena rempuh bagai lumpuh lagaknya. Nak sapu ubat pun nak suruh orang buatkan? Ni memang dah melampau.

"Kau ni kenapa? Tak puas hati sangat dengan kak Athirah tu. Dia ada dosa apa kat kau?"

Dia dah rampas Ilman akulah! Ingin ditempik di situ juga tapi terpaksa ditahan Shiqin. Nampak tak betapa seksanya bila bercinta dengan guru ni? Huh. Tapi, dah nama cinta nak buat macam mana lagi?

"Dah! Tak payah nak dengki-dengki sangat. Ambik ni. Sapu tangan kau tu. Nampak luka sikit. Si Kinah ni satu hal. Kasar nak mampus." baru Shiqin nak sambut huluran itu, ada tangan dah awal-awal rampas. Terkejut Shiqin.

Siapa yang rampas ubat ni? Penyangak mana pulak nak main dengan aku ni? Entah-entah...Ilman tak? Shiqin dah mula buat perangai sengal. Sengal apa bendanya? Dalam drama, si hero selalu selamatkan si herion. Tak nak bagi sakitlah katakan.

Tapi, sekarang...kau herion ke dalam cerita ni? Entah-entah watak sampingan aje antara cinta dua manusia hujung sana tu? Hati Shiqin dah terbakar gara-gara andaian bodoh mindanya sendiri.

"Sakit kat mana? Mari saya tengokkan." terus imaginasi terlebih ubat batuk itu terpadam. Berderau darah Shiqin bila Ridz dengan selambanya ingin tarik kaki seluar tracknya.

"Eh..awak..nak buat apa ni?" spontan kakinya dilarikan dari lelaki itu. Mukanya jelas takut. Ridz yang melihat refleks spontan itu gelak. Tak sangka dia boleh tengok tayangan free ni. Shiqin nampak sangat comel bila gelabah macam ni.

"Nak buat apa? Nak tengok luka ni la. Nak sapu ubat." Shiqin geleng kepala laju dengan matanya membulat besar. Minyak di tangan Ridz dirampas.

"Saya boleh buat sendiri. Kaki saya..kulit saya.. Biar saya yang tanggung sendiri." Alia mencebik. Jual mahal pulak minah ni.

Terlepas tawa Ridz. Berkerut-kerut dahi Shiqin. Dah gila ke mamat ni? Apa pasal gelak tiba-tiba? Ada mana-mana wayar kat otak tercabut ke?

"Come on la, Shiqin. Jangan nak pura-pura lagi." makin terserlah kerutan itu. Pura-pura apa? Riak muka Shiqin berubah. Jangan-jangan..dia tahu tak aku sukakan kat Ilman? Alamak..

"Apa maksud kau?" Alia pula yang menjadi wakil. Shiqin pandang lelaki itu. Turut menanti jawapan akan jawapan itu.

"Masih nak sembunyi dari saya? Kenapa? For the sake of Kinah? Or.. kau tak nak dicop sebagai perampas? Kalau itu yang awak risaukan.. don't worry. Saya dah bersedia."

"Bersedia apa ni?"

"Untuk hadapi segala-galanya." suara itu begitu perlahan menusuk ke dalam gegendang telinga Shiqin. Matanya ke mata Ridz. Bila mata bertentang mata pasti sampai ke hati. Hati Shiqin dah berdebar. Berdebar sebab apa dia dah tak tahu. Tak boleh fikir dengan baik di kala ini.

"I love you, too Shiqin."

Bulat mata Shiqin.

"What?!" Makin kalut Shiqin jadinya bila dia nampak ada tubuh berdiri di belakang Ridz. Liur ditelan. Hatinya bimbangkan sesuatu, apatah lagi bila pandang wajah serius itu.

"Dah habis dating?" Ridz boleh senyum. Dan Shiqin? Mata dah meliar. Tengok kanan ke kiri. Sungguh tak senang duduk.

"Shiqin!"

"Ya?" spontan kepalanya ternaik deras, memacu pandangan pada Ilman.

"Ikut saya sekarang.." Tak boleh kata apa-apa. Apa lagi pilihan yang Shiqin ada? Ni mesti dia nak kena hukum ni. Dah buat pasal tadi. Mesti Ilman nak marah kat dia. Aduh..

Kaki tetap melangkah mengikut jejak langkah Ilman dari belakang. Kakinya terhinjut-hinjut ketika berjalan. Bukan dia yang mahu bongkak untuk berjalan sendiri, tapi Ilman yang tak kasi dia dipapah orang padahal Ridz dan Alia dah hulurkan bantuan. Ni memang kes nak dera aku.

Setibanya kami di koridor, Ilman berhenti spontan. Masa tu Shiqin benar-benar berharap dia boleh lari laju-laju dan bila lelaki tu berhenti dia macam..tercium belakang badan lelaki tu lah. Tapi..sayangnya.. dia jalan macam kura-kura. Lambat sangat.

Ilman dah pandang macam tak puas hati. Ah sudah. Kau dah buat dia marah Shiqin. Dah marah kuasa dua ni.

"Tak boleh jalan laju lagi ke?" Shiqin tayang sengih. Gaya orang tak bersalah. Ilman bercekak pinggang.Terdengar keluhan di bibirnya.

"Sini.."

"Argh!!" Shiqin terkejut. Dalam sekelip mata dirinya sudah terapung-apung di awangan. Matanya masih membulat besar. Kepala pusing kiri dan kanan. Patutlah dia berani sangat nak dukung aku.. Tak ada orang..

Tapi..tak malu ke?

"Turunkan, Eqin.."

"Malas abang nak tunggu.. Lambat."

"Ni..kita nak ke mana?" Ilman sempat pandang Shiqin.

"Tempat yang tak ada orang. Tempat yang sunyi dari semua orang. Hanya ada Shiqin dan abang.."

Erkk! Gulp! Shiqin dah telan liur berliter-liter..
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com