“KAMU
masak apa malam ni, Qisha?” sergah Salim yang baru datang dari bahagian atas
rumah mereka. Qisha Aleesha yang sedang sibuk menyediakan hidangan malam buat
mereka tersentak sejenak dengan sergahan itu. Kepalanya sempat ditoleh sesaat
cuma pada ayahnya bersama kembangnya kuntuman senyuman yang bergayut di situ.
Di tangannya digengam kemas satu mangkuk hangat yang berisi gulai terung.
“Tak ada banyaknya, Qisha masak ayah. Apa
yang ada itulah yang boleh kita makan.” Jawab Qisha Aleesha sedikit hambar.
Salim memandang cuma hidangan yang disediakan anaknya. Bibirnya mengukir
senyuman panjang. Tangannya sempat mencedok kuah gulai terung yang begitu pekat
itu. Gayanya itu persis seperti buat-buat tidak dengar sahaja dengan kata-kata
anaknya.
“Woish. Pekat ni. Mesti sedap ni.” Qisha
Aleesha tertawa kecil. Ayahnya sentiasa memuji akan air tangannya. Kata ayahnya
air tangannya persis sebiji macam arwah ibunya.
“Tengoklah air tangan siapa, ayah.” Jawab
Qisha Aleesha bangga.
“Itulah pasal. Sepatutnya, kamu dari dulu
lagi patut kerja dekat warung Pak Mail tu.” dahi Qisha Aleesha berkerut sedikit
dengan kata-kata ayahnya.
“Kenapa pulak? Apa kaitannya dengan kerja
dekat warung sana, ayah? Ada apa?” nasi yang baru sahaja selesai dicedokkan
Qisha Aleesha diletakkan penuh cermat di hadapan ayahnya.
“Yelah, lauk yang kamu masak ni memang sedap.
Sekali rasa, pasti nak lagi. Ibaratnya siapa yang makan masakan kamu macam sudah
tergoda dengan kamu, macam tu. Kan? Hah. Rugilah kalau kamu tak bagi orang lelaki
kat warung sana tu rasa. Kalau kamu kerja dekat warung Pak Mail tu, mesti ramai
lelaki duk kejar kamu punyalah.” Qisha Aleesha mencebik. Ayahnya suka
menyakatnya dengan perkara sensitif begini.
“Alah, ayah. Suka sangat kenakan, Qisha. Dah
tak ada orang nak, apa yang Qisha boleh buat. Buat bodoh ajelah. Orang tak
suka, takkan Qisha nak paksa. Lagipun, tak naklah Qisha dengan mamat-mamat
dekat warung tu. Serabai habis. Langsung tak terurus. Tak ada satu pun yang
handsome kat sana. Yang jenis giginya jongang, bulu hidung terkeluar sekali
dengan rambut kerinting lebat gaya ala-ala Alleycats tu adalah. Orang macam tu
manalah Qisha nak, ayah.” Qisha Aleesha menjawab. Kedengarannya agak sebal juga.
Yelah, mana ketidaknya. Terbayang di kepalanya bagaimana rupa dan bentuk
lelaki-lelaki di warung sana. Huh. Tak sanggup rasanya untuk dia ingati
kembali.
“Kamu ni memilih sangatlah, Qisha. Yang jongang,
yang serabai tu semua tu sikit aje. Ada aje yang handsome dekat sana. Berlambak
lagi dekat sana. Cubalah kamu tu pergi jenguk sikit.” Tambah Salim sekaligus
mengejutkan Qisha Aleesha.
“Ah, ayah ni. Ke situ pulak. Qisha tak
terdesak tau nak pergi jenguk-jenguk segala. Malaslah ayah nak cakap pasal hal
ni. Senang ajelah, ayah anggap macam ni. Belum tiba masanya lagi, tak apalah
sabarlah ayah. Dah orang lelaki tak nakkan Qisha. Apa yang Qisha boleh buat. Kan
ayah?” Qisha Aleesha sehabis daya ingin lari dari bercakap tentang topik ini. Ah,
sungguh dia bencikan apabila berbicara tentang hal lelaki ini. Huh. Kenapalah dia
perlu disoal dengan persoalan begini. Memangnya pelikkah kalau perempuan tiada
yang berkehendakkan? Normallah kan? Huh.
“Mahunya orang tak nak, kalau dah perangai
kamu macam ni. Selangkah, lelaki mendekat macam hujung dunia kamu nak tending dia.
Kasar betul anak ayah ni. Kalau gaya kamu berterusan macam ni, bilanya ayah nak
ada menantunya sayang?” Qisha Aleesha buat bodoh sahaja. Ibaratnya masuk telinga
kanan keluar telinga kiri.
“Eh, ayah! Nasi dah nak sejuk tu. Cepat
makan. Tak baik lengahkan rezeki.” Pintas Qisha Aleesha laju. Malas mahu
mendengar lama-lama ceramah free.
Cukuplah setakat itu. Tidak sanggup lagi rasanya.
Salim menggeleng dengan keletah anaknya. Ada
sahaja taktik anak daranya ini untuk melarikan diri dari berbincang berkenaan topik
berkenaan lelaki. Entah apa yang sensitif sangat tentang lelaki ini pada
anaknya, dia sendiri pun kurang pasti. Kepalanya menggeleng sahaja. Penat berleter
itu dan ini pada Qisha Aleesha, akhirnya Salim memutuskan untuk berdiam diri
sahaja. Sedang tangannya ingin mencapai sudu untuk mencedok kuah gulai itu,
tangan Qisha Aleesha terlebih dahulu mencapainya.
“Mari, biar Qisha yang tolong ayah.” Salim
hanya tersenyum. Tersentuh dengan keperibadian anaknya.
“Along! Along! Along!” panggilan berkali-kali
itu mengejutkan Qisha Aleesha serta Salim. Segera serentak kepala mereka berdua
mendongak ke atas. Ada apa pula ni?
“Kenapa?” soal Qisha Aleesha dengan nada yang
tidak tertahan. Agak panik sebenarnya suaranya jika didengari dengan teliti. Yelah
main sergah begitu siapa yang tak panik, kan?
“Handphone akak. Berbunyi aje dari tadi.
Cepatlah angkat.” Dahi Qisha Aleesha sudah berkerut jadinya. Berbunyi? Ada
orang call dia ke? Siapa? Dari
pejabat yang dia diinterview tadikah?
Ah, Qisha! Kau mengarut apa ni. Dah sah-sah dia tolak kau, buat apa nak
mengharap lagi.
“Siapa yang call?” aju Qisha Aleesha pula.
Kalau pemanggil yang tidak penting dia malas mahu menjawabnya.
“Angah.” Sepatah sahaja perkataan yang keluar
dari mulut adiknya. Qisha Aleesha kemudiannya bingkas bangun sebelum menuju ke
arah anak tangga. Sebaik sahaja dirinya melepasi adiknya, Suliati, sempat
dimimikkan wajahnya agar menyuruh adiknya menemani sama ayahnya untuk makan
sekali.
Langkah kakinya dilajukan menuju ke arah
kamar. Telefon bimbitnya yang masih bingit berbunyi tangkas dicapainya. Lalu,
punat hijau ditekan sebelum punggungnya dijatuhkan di birai tilam nipisnya.
“Assalamualaikum.” Sapa Qisha Aleesha penuh
ceria. Mana tak ceria, si adik yang telefon. Sudah lama adiknya, tidak
menelefonnya bertanyakan khabar berita mengenai mereka sekeluarga di sini.
“Wa’alaikumusalam. Along! Macam mana?” soalan
secara drastik itu benar-benar menyentakkan Qisha Aleesha. Ada apa pula ni?
“Macam mana apa?” terdengar keluhan di hujung
sana.
“Interview
kau la, along.” Senyuman yang tersungging cantik di bibir Qisha Aleesha mulai
pudar. Kepalanya tertunduk ke bawah.
Teringatkan akan fikiran mindanya yang menyangka gerangan yang menelefonnya
tadi adalah dari orang yang menginterviewnya,
sedikit sebanyak melukakan hatinya. Kecewa yang pastinya. Qisha Aleesha
mengeluh kecil.
“Tak dapatlah ni?” Teka Umairah, adiknya.
“Hurm.” Ringkas sahaja dibalas Qisha Aleesha.
Telinganya jelas dapat menangkap akan keluhan yang begitu panjang dari adiknya.
“Hih. Along! Habis, bila along nak dapat
kerja ni?! Lambat lagi ke? Dah nak masuk dua tahun along asyik menganggur macam
ni!” tengkingan dari Umairah menyentakkan Qisha Aleesha. Terangkat sedikit
bahunya ke atas tatkala menerima jerkahan itu. Sungguh, jeritan itu
membingitkan telinganya.
“Tak baik cakap macam tu, angah. Rezeki itu
kan di tangan Tuhan. Kalau along tak dapat job
tu nak buat macam mana? Bukannya along sengaja tak nak dapat kerja tu. Tak
apalah, angah. Tuhan nak uji kita. Kita cuba terima dengan tabah.” Qisha
Aleesha menjawab tenang. Suaranya juga lembut sahaja, berharap agar dapat
menyejukkan hati adiknya.
Namun, keadaan yang tiba-tiba menjadi sunyi
sepi ketika itu, begitu mendera Qisha Aleesha. Kenapa? Adiknya sudah mematikan
telefonkah? Kalau dia sudah matikan talian antara mereka sudah pasti akan
timbul deringan. Terus?
“Along, cakap senang! Sekarang ni, ujian yang
along nak cakapkan sangat tu kena pada angah. Bukannya along! Sekarang, along
tak dapat kerja lagi. Jadi, angah macam mana? Angah letih along. Angah letih!
Gaji angah bukannya banyak. Sudahlah angah duduk KL. Along tahu kan macam mana
kehidupan dekat KL ni. Kalau gaji setakat 2000-3000 tu mana cukup nak sara
hidup kat sini.” Bunyi esakan kecil di hujung sana membuatkan Qisha Aleesha
terkedu. Terdiam dirinya di kala itu.
“Sepanjang angah kerja dua tahun ni, satu sen
pun angah tak dapat nak simpan. Setiap bulan pasti angah akan masukkan duit ke
bank along lagi. Banyak benda yang angah kena cover sorang-sorang. Bil air, elektrik, barang dapur, belanja
sekolah, yuran sekolah adik semuanya pakai duit angah. Tak cukup dengan tu
PTPTN pun angah tak bayar lagi. Kalau orang lain kat tempat angah mungkin dia
orang dah dapat bayar walaupun sikit. Along, tahu tak angah malu duduk sini.
Setiap hari, angah asyik pakai baju yang sama aje. Cuba along bayangkan macam
mana perasaan angah yang dah kerja selama dua tahun ni. Paling tidak dalam
setahun, hanya sekali aje angah dapat beli baju. Itu pun sehelai aje along. Sedangkan,
staf-staf angah yang lebih rendah gaji dia dari angah tiap-tiap bulan boleh beli
baju. Siap ada yang beli kereta lagi. Tapi itu, tak apa sebab angah boleh
terima kalau angah tak punya kereta sendiri. Tapi, kalau dalam setahun pun
susah untuk angah nak beli baju, angah memang rasa malu.
Setiap hari, angah ulang pakai baju sama.
Sampai naik lusuh warna dia. Kawan-kawan angah semuanya asyik tanya angah
kenapa angah tak beli baju? Ada yang cakap angah kedekutlah apalah. Angah rasa
macam.. macam.. kenapa keluarga kita macam ni, along? Kenapa keluarga kita
perlu hadapi situasi macam ni along?” Qisha Aleesha terdiam lagi. Bibirnya
tidak mampu untuk meluahkan sebarang kata. Terasa berat benar untuk bibirnya
mengoyak bicara. Umairah pula sudah teresak-esak di hujung sana.
“Angah rasa letih along. Angah pun nak jadi
macam orang perempuan lain jugak. At least along, nak jugak angah rasa ada saving sendiri. Paling tidak bila angah
nak kahwin nanti angah dah ada saving
angah sendiri.” Liur Qisha Aleesha ditelan seketika sebelum mulutnya ingin
dibuka untuk bersuara.
“Jangan cakap macam itu, angah. Sabar. Jangan
bandingkan hidup kita dengan hidup diaorang. Hidup kita berakar umbikan dari
seorang pesawah. Setakat manalah kita mampu, angah. Setakat mana? Ini pun,
angah dah dapat kerja Alhamdulillah dah angah.”
“Along cakap senang. Yang membanting tulang
setiap hari tu bukannya along tapi angah. Angah yang rasa semua ni. Angah yang
tanggung. Along apa tahu? Along sedaplah duduk rumah. Goyang kaki. Tapi, angah?
Setiap hari rasa macam nak patah pinggang, angah. Dari kecil, along saja yang
lebih. Apa yang along nak mesti dapat. Apa yang along hajatkan pasti mak dan
ayah akan berikan. Sampai degree ayah
sanggup tanggung along belajar. Angah? Angah diploma aje, along. Itupun atas
usaha angah sendiri. Kalau tak kerana usaha dari angah yang nak belajar belum
tentu sekarang angah boleh kerja macam ni. Tapi, tengoklah sekarang, angah yang
dapat kerja dulu dari along. Sepatutnya, along yang lebih berbakti pada ayah.
Alonglah yang patut menjadi tonggak penjamin keluarga kita. Ini tidak angah
yang tanggung semuanya. Kalau macam ni gayanya, baik along tak payah belajar
sampai dapat degree.” Qisha Aleesha
memejamkan matanya. Hati dan jiwanya yang sedikit sentap dikawal sebaik
mungkin. Wajahnya jelas sedang menahan sesuatu. Perasaannya sedang berkecamuk
hebat kini.
“Kalau macam tu, tak apalah. Bulan ni, angah
tak payah bagi along duit belanja barang dapur.” Mendatar suara Qisha Aleesha ketika
menuturkannya.
“Kalau angah tak bagi, along nak beli guna
apa?”
“Along masih ada baki simpanan PTPTN along
dalam bank. Along boleh guna lagi. Jangan risaulah, angah.” Umairah terdiam.
Begitu juga dengan Qisha Aleesha. Wajahnya jauh menunduk merenung tikar
rumahnya. Panas terasa dalam matanya.
“Okey. Kalau macam tu, tak apalah along.
Angah nak jimat kredit ni. Dah tak ada banyak kredit sangat ni. Kirimkan salam
angah pada ayah.” Talian kini sudah diputuskan terus. Suasana antara mereka
kembali sepi. Qisha Aleesha memegang erat telefon bimbitnya.
Lambat-lambat, dari kepalanya yang diangkat
kecil mula menunduk menekur lantai kembali. Dipejam untuk seketika cuma
matanya, namun cecair hangat sudah berjaya mencelah di saat momen itu. Esakan
sudah kedengaran. Dari kedengaran sayup-sayup, kini sedikit timbul esaknya.
Kuat bibir Qisha Aleesha diketap, menahan
sejuta rasa. Tangannya naik menyentuh dada. Kuat.
Ya, Allah! Peritnya.
“Along.”
Muka Qisha Aleesha diangkat. Terjengul wajah
adiknya di hujung pintu sana. Perlahan-lahan, langkah adiknya dituju ke arah
Qisha Aleesha. Lantas, tubuhnya didudukkan sambil mendongak memandang kakaknya.
“Kenapa, along nangis? Angah marah along lagi
ke? Kenapa angah asyik marah-marah? Dia tak sayangkan kita lagi ke? Kesian,
along.” Semakin hiba perasaan Qisha Aleesha ketika itu. Sakit, pedih di jiwanya
rasa bagaikan tidak tertahan rasanya. Segala penat lelahnya, usahanya dalam
mencari kerja terasa seperti sia-sia juga sebenarnya. Cukup dia terasa dengan
kata-kata adiknya. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu.
“Along.” Sayu suara itu memanggil lagi apabila
panggilannya yang pertama tidak dijawab Qisha Aleesha. Bimbang pula dirinya
memandang kakaknya dalam keadaan begitu. Qisha Aleesha mengangkat kepalanya.
Kepalanya menggeleng kecil.
“Angah tak benci. Angah tak marah, adik.
Angah cuma tertekan aje. Angah tak bermaksud pun nak cakap macam tu kat along.”
bela Qisha Aleesha. Serak basah suaranya. Jiwanya kini sedang menahan getaran
hebat. Esakan tangisnya ditahan sekuat yang mungkin, bimbang akan didengari
akan ayahnya kelak.
“Along. Janganlah nangis. Adik sedih tengok
along macam ni.” Tangisan air mata dari Qisha Aleesha diseka adiknya lembut.
Semakin erat bibir Qisha Aleesha diketap. Rasa sedihnya semakin meninggi.
Kepalanya menunduk bersama tenggelam dirinya ke dalam pelukan adiknya.
Rapat matanya terpejam. Lama sehinggalah
dirinya berasa stabil dan okey kembali. Lantas, matanya yang terkatup rapat
akhirnya dibuka perlahan-lahan. Dan saat mata itu terbuka, anak mata hitamnya
terpanah tepat pada satu sudut. Satu sudut di mana matanya tertangkap akan
suatu objek. Iaitu satu kad bisnes yang terletak elok di atas meja kerjanya.
Meskipun dari jauh, matanya tetap dapat
menatap akan permukaan kad itu. Tertera nama seseorang dengan megah di situ.
SFX
HOLDINGS.
FAHIM
DANIEL BIN DATO KAMARUL
NO 3, JALAN TAN SRI ZAINAL,
LORONG 4, CHERAS, SELANGOR.
H/P: 014-53*****
NO 3, JALAN TAN SRI ZAINAL,
LORONG 4, CHERAS, SELANGOR.
H/P: 014-53*****
“Tapi, tengoklah sekarang, angah yang dapat
kerja dulu. Sepatutnya, along yang lebih berbakti pada ayah. Alonglah yang
patut menjadi tonggak penjamin keluarga kita.”
Kata-kata Umairah automatik bermain-main di
minda Qisha Aleesha. Lama matanya tertacap pada kad itu. Bibir bawahnya
digigit. Kini, mindanya sedang terbahagi pada dua.
Patutkah… aku..?
Wants to meet him? OMG!! Naklah!! |
Psst!! Macam mana? Hihi.. Part 2 dah habis ni.. Hihi.. Alhamdulillah, da tamat da pun bab 1 part1 + part 2.. Haha.. Now waiting for bab 2 pulak.. setakat ni macam mana? ada yang kurang ke? hihi.. kalau ada yang tersilap mana-mana let me know, okey? TQ You alls..
<3 >< :3 #SAC E-CLASS : SILENCER
Sian along.... sabor la yer... tp along berbakti per kt umah tu angah...
ReplyDeletebest sgt2..kesian kat Qisha..tak patut Umairah marah dia..dah takde rezeki lg nak dpt kerja nak buat macam mana kan?? Cepat2 la Qisha jumpa hero dia..hehe
ReplyDeleteBaru ada sedikit rasa dalam bab ni.....teknik penulisan perlu lebih digayakan. Cerita yg menarik sbnrnya.... keep it up.
ReplyDelete