Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 13



Misi Cinta Gila
Episod 13

KELUAR dari rumah, Shiqin dikejutkan dengan keberadaan kereta Ilman di depan pintu pagar. Ilman yang perasan kedatangan Shiqin pantas membuka cermin mata hitam itu. Shiqin tarik nafas. Kalau dulu, pantang benar dia melihat cikgunya itu memakai cermin mata hitam kerana nampak sangat handsome. Tapi..sekarang?

Dah hilang ke semua rasa itu? Ke manakah perginya? Shiqin buat tak tahu dengan persoalan itu. Basikal dibawa keluar. Tanpa mempedulikan keberadaan lelaki itu, dengan penuh selamba Shiqin keluar. Ilman sedikit kaget.

"Eqin.." ditahan basikal itu. Shiqin berhenti. Wajah anak jiran sebelahnya dipandang.

"Abang nak apa?" Ilman senyum. Ingatkan marah. Tapi, dari nadanya nampak tak seperti itu. Tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Masuk..dalam kereta." isyarat kening dihantar pada gadis itu. Arahan sekarang hanya tinggal arahan. Shiqin langsung tak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu masuk ke dalam kereta itu.

"Kenapa?" soal Ilman.

"Eqin ada basikal. Baik Eqin pergi sendiri." baru nak naik Ilman sekali lagi menghalang.

"Eqin..kenapa ni?" Shiqin menentang sepasang mata itu. Tapi, cuma untuk sementara.

"Marahkan abang?"

Shiqin terdiam. Marahkah dia pada lelaki itu?

"Tak..Cuma Shiqin nak sendiri. Shiqin penat." kening Ilman ternaik sebelah.

"Sakit ke?" dahi itu ingin disentuh namun Shiqin cepat-cepat menjarakkan diri. Terkejut Ilman dengan penolakan Shiqin yang secara tiba-tiba itu.

"Err..Shiqin tak apa-apa. Shiqin pergi dulu." cepat-cepat Shiqin berlalu. Entah kenapa di saat itu, segala kata-kata Ridz diturutinya satu persatu. Dia tak tahu apa yang dia buat ini adalah semata-mata kerana mahukan Ilman ataupun sebaliknya.

Pemergian Shiqin hanya dipandang dari hujung ekor matanya. Nafas dihela panjang.

"Sekarang Eqin dah mula gunakan nama sebagai Shiqin. Ini Eqin panggil sebagai okey?" Ilman ketap bibir. Ingatan tentang semalam bermain kembali dalam mindanya.

Dari mula hingga ke akhirnya. Dia berdiri tercongok di muka pintu pun Shiqin tak perasan. Ralit sangatkah dia bersama Ridz? Dan Ridz...ke mana dia bawak Shiqin semalam?

*****

EQIN kat mana, sekarang? Abang nak jumpa.

Teks mesej dihantar pada gadis itu. Tanpa menunggu balasan yang lama, telefonnya kembali berbunyi.

On the way ke kelas.

Ilman tarik senyum. Cantik sangatlah! Waktu rehat bukannya ada orang dalam kelas. Rehat pun baru bermula. Lantas, kaki cepat-cepat keluar dari bilik kaunsellor itu.

Buku Kimia disimpan ke dalam rak. Dia nak keluar rehat. Letih belajar benda yang dia sendiri tak nampak ni. Main partikel-partikel bagai ni. Sungguh memeningkan. Purse diambil dari beg sandang sebelum kaki mahu melangkah keluar. Namun, segala langkahnya terhenti bila tubuh Ilman berdiri depan-depan pintu kelasnya.

Shiqin angkat kening. Dia cuba mengelak dengan ke kiri, namun Ilman juga ke kiri. Ke kanan, Ilman juga ke kanan. Shiqin mengeluh. Dah macam menari poco-poco aje. Ni dah kenapa dengan dia? Senyuman nakal Ilman buat Shiqin jadi seram sejuk padahal selama ini senyuman begitulah yang dia amat nanti-nantikan dari lelaki itu.

"Shiqin nak keluar makan." jelas Shiqin, cuba memberitahu.

"Baguslah. Abang pun nak makan jugak. Jom! Makan sekali?" mata Shiqin membulat.

"Apa abang cakapkan ni? Kita di sekolah. Remember?"

"So? Apa masalahnya? Anggaplah ini sebagai belanja dari seorang guru buat anak muridnya. Macamlah selama ini tak ada guru lain makan dengan anak murid dia." Shiqin ketap bibir.

"Memang tak adalah kalau yang berdua!" ini memang pelik! Nampak orang lain karang apa pulak yang dia akan cakap. Makan berdua pulak tu? Fuh! Boleh gila kalau macam tu.

"Urmm..Kalau macam tu, how about makan kat luar?" lagi besar mata Shiqin dari yang sebelumnya. Ilman ni betul tak? Dia okey ke?

"Abang ni dah kenapa?" berdiri dengan menghadap ke luar buat lutut Shiqin jadi menggeletar tiba-tiba. Segala apa yang Ilman katakan padanya sekarang ini, sudah ke laut semuanya. Satu patah pun tak masuk dalam kepala.

Dadanya berdebar tiba-tiba. Kenapa budak-budak ni boleh naik ke kelas pulak? Biasanya lepas habis waktu Kimia di lab, mereka akan terus turun ke cafe. Tapi, ini apa?

Ilman ni macam mana? Apa yang mereka akan cakap pulak bila nampak aku berdua  dengan lelaki ini?

"Bunga for you.."

"Huh?" tak dengar apa-apa, sekarang tiba-tiba Ilman menghulur sekuntum bunag ros merah. Entah dari mana datangnya bunga itu, dia sendiri tak tahu. Shiqin jadi gelisah.

"Bunga yang cantik untuk orang yang cantik.." ayat yang cantik dengan nada yang romantis namun sayang.. tempatnya salah! Shiqin sedikitpun tak terasa tercuit dengan kata itu malah fokusnya benar-benar terarah pada rakan-rakan sekelasnya sekarang ini. Jarak yang memisahkan antara mereka tersangatlah dekat.

Argh! Nak jerit rasanya.

"Abang.. abang keluar sekarang!" Ilman terkejut. Tak tercuitkah gadis itu dengan ayat romantisnya itu? Penat-penat main search di internet tadi. Alih-alih begini pula jadinya.

"Eqin marahkan abang lagi?" Shiqin menggeleng.

"Tak! Tak marah dah. Sekarang, baik abang pergi cepat. Cepatlah abang." tubuh Ilman ditolak menjauh darinya. Namun sedikitpun tubuh itu tak berganjak darinya.

"Cikgu.." Shiqin resah sendiri bila Alia menegur.

"Shiqin?"

"Bunga?"

Dari Alia kini suara itu sudah berlapis-lapis berbunyi. Ilman nampak bagai terkejut pabila ditangkap begini namun riak wajahnya dikawal sehabis baik. Cuma..Shiqin. Resahnya jadi tak menentu.

"Bunga untuk siapa, cikgu?" Aduh! Shiqin menjeling Ilman. Apa yang lelaki itu mahu jawab. Janganlah jawab untuk aku. Mampus aku kena dikerjakan sekali lagi. Berita hal dia dengan Ridz pun masih belum reda. Janganlah tambah beban untukku lagi.

"Untuk Shiqin.." mata Shiqin membulat. Apa yang membuatkan Ilman begitu berani meluahkan kata begitu?

"What?!! Shiqin?!" ada suara menjerit kuat membuat Shiqin tak senang duduk. Matanya meliar pandang ke luar.

"Er..betul ke Shiqin?" Shiqin telan liur bila Alia menyoal. Shiqin serba salah. Nak jawab apa? Adakah segala-galanya akan terbongkar hari ini? Tidak!

"Itu untuk Kak Athirah. Cikgu Ilman suruh Shiqin yang wakilkan bagi pihak dia." siapakah gerangan suara itu? Shiqin angkat pandangannya segera. Mencari wajah penyelamat itu, sekali lagi mahu terbuntang mata Shiqin.

Dia lagi.

"Oh..sweetnya cikgu.." suara orang ramai yang ragu-ragu dengan kedatangan cikgu Kaunsellor ke kelas itu sudah punya jawapannya. Mudah untuk mereka percaya kerana di sekolah mereka sememangnya sudah kecoh dengan gosip antara Cikgu Ilman dan Kak Athirah itu.

Tidak hairanlah apa yang Ridz cakapkan tadi buat mereka percaya bilat-bulat.

"Shiqin..ambik bunga tu and pass kat Kak Athirah. I turun nanti. Kita rehat sama-sama." Shiqin yang baru mahu menurut kata-kata Ridz terus pandang lelaki itu. Tidak senang sungguh dengan ayat yang terakhir itu.

Orang ramai bersurai bila Ridz bersuara begitu. Pasti mereka meluat dengan kami berdua. Namun, Ridz cuma tersengih nakal sahaja pada Shiqin bila gadis itu memberi jelingan maut padanya. Shiqin tarik nafas. Bunga di tangan Ilman dia tarik dan bawa pergi.

"Apa kena dengan kau ni?" Ridz membulatkan mata.

"Mesti cikgu marah besar ni.." Ilman kancing gigi. Kemarahannya benar-benar di tahap tertinggi.

"Memang!! Eh! Kenapa kau cakap macam tu?!"

"Cikgu tu! Please behave! Cikgu sedar tak apa yang cikgu buat? Cikgu adalah cikgu. Di mana tempat tumpuan orang ramai kat sini. Segala tindak-tinduk cikgu diperhati orang ramai. Buruk cikgu buruklah anak muridnya. Lagipun, saya dah jelaskan kat cikgu kan. Please..jaga hati Shiqin. Ini apa yang saya cakapkan. Satu hari nanti..tak mustahil Shiqin kena dimalukan gara-gara sikap cikgu. And..finally you're make it." Ridz senyum sahaja. Satu senyuman yang dia sendiri tahu apa maknanya.

"Good luck cikgu. Kak Athirah mesti dah menunggu." ucap suara itu sebelum ditinggalkan Ilman yang termangu sendirian di situ.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com