QISHA
ALEESHA memandang
kosong pada cermin hadapan yang terbentang luas di belakang Fahim Daniel. Terasa
lebih lapang dan tenang hatinya daripada memandang wajah menggoda Fahim Daniel
yang jelas-jelas membuatnya tidak keruan setiap masa. Ah! Why, Qisha?! Just forget it! Dari hujung matanya, jelas
sekali Fahim Daniel tidak pernah lepas dari memandangnya. Atas dan bawah. Apa
kena atas dan bawah aku?
Ketukan
berkali-kali jari jemari Fahim Daniel pada meja kerjanya langsung tidak berjaya
mengalihkan perhatian Qisha Aleesha. Dia ni robot ke? Statik aje berdirinya. Penat
asyik mengetuk meja kerjanya, Fahim Daniel bingkas bangun. Qisha Aleesha
berdebar. Sakan debarannya. Dup dap. Dup dap. Amnboi, kencangnya! Mana tak
kencangnya jantungnya ini. Mahu keluar pun
ada jantungnya tengok betapa seksinya Fahim Daniel. Baju kemejanya, ya
Tuhan. Super Duper ketat! Memang fit! Sehingga menampakkan otot-otot
lengannya. Dada bidangnya juga terserlah dengan kemeja yang ketat itu. Ni engineer
ke atau model? Huh?
“Well! Saya nampak ada orang rindukan,
saya.” Matanya tajam memerhati satu persatu. Dari bawah hingga ke atas. Qisha
Aleesha jelas tidak selesa dengan pandangan tajam itu. Serius dia seram
sekarang ini.
“Ehem!”
Qisha Aleesha berdehem sejenak. Ingin membuang rasa tidak selesa yang bertapak
dalam dirinya. Fahim Daniel tergelak kecil. Cuak ke? Melihat reaksi Qisha
Aleesha begitu, semakin seronok Fahim Daniel ingin mengusik. Kakinya melangkah
mendekati wanita itu. Perlahan-lahan, dalam gerak langkah yang sungguh
menggoda. Qisha Aleesha setapak demi setapak mengundur. Dalam kepalanya sudah
membuat berbagai andaian, yang jelasnya andaiannya semuanya perihal negatif!
Tidak!
“Woo!
Woo!! Encik Fahim Daniel! Relaks. Relaks. Saya datang ni ada hajat.” Laju
sahaja Qisha Aleesha memintas. Ingin mengawal suasana sekaligus ingin mengawal
juga rentak hatinya yang memainkan rentak entah apa ke bendanya.
Fahim Daniel
tidak berhenti melangkah. Kata-kata Qisha Aleesha dibuat endah tak endah saja.
Qisha Aleesha geram. Posisi matanya terarah pada kasut Fahim Daniel yang
bergerak dari satu tapak ke satu tapak menuju ke arahnya.
Lama
mata Qisha Aleesha terarah pada kasut itu. Kemudian, matanya mengamati pula
wajah Fahim Daniel. Huh! Masih dengan riak menggodanya. Hih! Gila! Puas dengan sekali
dua bebola matanya turun memerhati kasut lelaki itu berserta wajahnya, Qisha Aleesha
pantas membuat keputusan. Keputusan apa?
Dum!!
“Ouch!!”
Fahim Daniel mengaduh. Bergema biliknya. Qisha Aleesha menarik nafas lega.
Untung aku pakai kasut tumit tinggi. Meskipun dirinya terkial-kial mengenakan
kasut tumit tinggi ini, namun ada hikmahnya juga dia datang ke sini dengan
kasut ni.
Fahim
Daniel merenung tajam pada Qisha Aleesha. Sakit kaki aku! Tak guna! Kakinya
dipegang. Aduh! Dia ingatkan perempuan ini sekadar mahu memijak kasutnya. Yelah
melihat dari gaya pandangan perempuan ni tadi. Tapi, tak disangka-sangkanya
pula. Kakinya jadi mangsa kasut tumit tinggi dia. Aduh! Sakit kaki aku! Fahim
Daniel mengetap giginya. Sakit! Tapi. dia tak boleh marah. Relaks! Yes! Relaks. Dia tak boleh marah-marah.
Ya! Betul tu. dia mestilah cool dan
tenang setiap masa.
Perempuan
ni cantik. Jadi, dia tak boleh lepaskan. Sayanglah, kalau lepaskan ni. Ikan
emas! Fahim Daniel tersenyum herot. Jangan harap dia nak lepaskan perempuan ni.
Tambah koleksilah aku. Lantas, tubuhnya berdiri tegak. Sama tegak dengan pandangan
matanya. Pandangannya kembali redup memandang Qisha Aleesha. Pandangan yang
mempunyai seribu satu misteri yang tidak bisa diungkapkan oleh mana-mana
wanita. Cairlah kau perempuan! Puh, puh, puh!!
“Saya
bukan tea lady Encik Fahim Daniel.
Saya datang sebab ada sesuatu yang saya nak bincangkan.” Fahim Daniel
membulatkan matanya. Tegak matanya memandang pada Qisha Aleesha. Wajah gadis
itu beku tanpa sebarang reaksi. Dia sindir aku ke, tadi? Tak apa! Ini hari you
la, amoi! Tunggu nanti hari abang pulak. Nafas kecil ditarik dan dihembus. Segera jarak antara dirinya dan Qisha
dirapatkan.
“Apa
yang awak nak si cantik manis?” Qisha Aleesha menjeling sahaja. Ya Allah! Suara
dia. Mahu lemah lutut aku. Ubat apalah kau pakai. Aduhai. Sabar Qisha. Sabar.
“Saya
nak mintak tolong Encik Fahim Daniel.”
“Boleh
sayang. Sayang nak apa? Cakap aje. Saya boleh bagi apa aje. Nak saya pun, saya
bagi,” Qisha Aleesha menelan liurnya. Apa jenis lelaki ni? Mudah sangat
sayangnya sampai cair di mulut! Urgh! Stress! Fahim Daniel datang mendekat.
Kenyitan matanya mengembalikan Qisha Aleesha yang seakan-akan terbang di
awangan. Dah mula cairlah tu, Fahim Daniel menempelak laju.
“Apa
yang awak nak?” Qisha Aleesha mengundurkan langkahnya ke belakang sedikit. Tak
suka dengan tindakan Fahim Daniel yang sengaja mendekatkan tubuh lelaki itu ke
arah tubuhnya. Dia bukannya perempuan jenis itu!
“Saya
nak mintak tolong Encik Fahim Daniel untuk dapatkan saya kerja. Kerja apa-apa
pun saya tak kisah. Asalkan saya punya pendapatan.” Yakin sungguh Qisha Aleesha
berkata-kata. Sungguh! Dia benar-benar memaksudkan akan apa yang dikatakannya.
Dia mahukan kerja! Dan hanya melalui Fahim Daniel sahajalah satu-satuna laluan
mudah buatnya untuk memperolehi kerja. Dia sedar lelaki itu punya kuasa besar
untuk membantunya memperolehi kerja. Kerja apa-apapun dia tidak kisah. Asalkan
halal dan boleh memberinya pendapatan demi menyara hidupnya sekeluarga. Tekad
benar Qisha Aleesha.
“Awak
kena reject ke interview hari tu?” Qisha Aleesha mengangguk. Fahim Daniel
tersenyum manis.
“Kurang
ajar betul kan siapa yang reject
orang cantik manis macam awak ni dalam pejabat ni. Tapi, jangan bimbang. Kalau
awak diinterview untuk jadi kekasih
saya, saya pasti tak akan reject.”
Gemersik halus menyerbu ke halwa telinga Qisha Aleesha. Rapat bibir Fahim
Daniel dikenakan ke telinga Qisha Aleesha. Qisha Aleesha membawa langkahnya ke
sisi kanan, mengelak dari Fahim Daniel yang pastinya. Fahim Daniel mengeluh.
Leceh betullah! Asal liat sangat ni, perempuan ni? Nafas panjang ditarik.
Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Punggungnya dihenyakkan sedikit
di atas meja kerjanya.
“Awak
dalam keadaan terdesak ke?” Qisha Aleesha diam sejenak. Kalau aku tak terdesak
tak adanya dia mahu menghadap si gatal miang keladi ni! Tapi tidaklah pula diluahkan
Qisha Aleesha. Cukuplah di dalam hatinya saja. Hembusan kecil terhela di situ
sebelum perhalan-lahan kepalanya mengangguk.
“Kalau
macam tu..apa kata..” Fahim Daniel berjeda. Kakinya mundar mandir ke kanan dan
ke kiri. Berjalan mengelilingi Qisha Aleesha.
“awak
jadi perempuan saya. Saya boleh bagi apa sahaja yang awak nak. From head to toe, awak boleh dapat apa
yang awak nak. Just tell me.” Penuh
sensual suara itu menyeru Qisha Aleesha. Qisha Aleesha memejam matanya.
Ya
Allah! Begitu mudahnya lelaki ini berkata. Dia ingat aku ni apa? Qisha Aleesha
jelas tidak senang dengan cadangan gila itu. Geramnya yang semakin bertambah.
Sakit benar hatinya apabila ada orang yang seperti mahu memperlekehkan
maruahnya. Namun, mengenangkan lelaki ini bakal menolongnya dia tidak boleh
bercakap kasar. Lantas..
“Saya
punya Tuhan Encik Fahim Daniel. Saya tak nak derhaka pada Tuhan saya.” Tajam!
Fuh! Berdesing telinga Fahim Daniel. Matanya dari mengecil dengan lagak
menggoda bertukar bulat jadinya. Tubuhnya berdiri tegak. Mula menjauhi Qisha
Aleesha. Segankah? Malukah? Sentapkah? Ah, diam! Qisha Aleesha pula terdiam.
Tidak percaya itu yang diungkapkannya sebentar tadi. Mulut akukah tadi?
Selambanya!
Fahim
Daniel menghenyakkan kasar punggungnya ke atas kerusi.
“Encik
boleh tolong saya tak?” Qisha Aleesha mengulangi akan hajatnya kembali. Bimbang
jika lelaki itu enggan menolongnya. Fahim Daniel mengigit bibir bawahnya.
Takut.
“Tengoklah,
macam mana. Saya ada banyak kerja ni. Ada apa-apa lagi ke?” Qisha Aleesha
menggeleng laju. Fail-fail di atas meja Fahim Daniel ditarik sebelum
dibentangkan dihadapannya. Pura-pura sibuk.
Qisha
Aleesha mengetap bibirnya. Rasa bersalah kerana menempelak sebegitu rupa pada
Fahim Daniel. Wajah masam Fahim Daniel dipandangnya. Kenapa dia tak marah?
Kenapa dia tak cakap kasar macam lelaki lain? Kalau lelaki lain memang dirinya
akan disekolahkan aku habis-habisan ni. Tapi, dia?
“Ada
apa-apa lagi, sweety? Nak jadi tea lady khas untuk bilik saya ke?” kening
Fahim Daniel di sebelah kanan terangkat. Sedarnya, Qisha Aleesha langsung tidak
berganjak dari berdiri di tempatnya. Qisha Aleesha pula mahu tercabut
jantungnya. Aduh! Dia perasan ke aku tengok dia, tadi? Sangkanya, Fahim Daniel
tidak perasan akan dirinya yang asyik merenung lelaki itu. Aduh! Malu! Malu!
Lantas, lekas-lekas Qisha Aleesha melangkah pergi. Salam diberi sebagai pengakhiran
pertemuan mereka.
Sepanjang
langkahnya menapak keluar tidak putus-putus dirinya berdoa agar Fahim Daniel
tidak marahkan dirinya. Bukan apa. Kalau lelaki itu marahkan dirinya, memang confirm-confirm la lelaki tu tak akan
tolong dirinya nanti.
“Ermm.
Cik..” kaki Qisha Aleesha tepat berhenti di hadapan meja pembantu peribadi Fahim
Daniel. Mata Qisha Aleesha sibuk mengintai akan tag nama yang tergantung di
baju wanita tersebut.
“Suzy?”
wanita itu mengangguk mesra.
“Boleh
saya mintak sekeping kertas tak?” keningnya sedikit terangkat dengan permintaan
Qisha Aleesha itu. Namun ianya tetap diturutkan. Lalu, sekeping memo pad diberikan pada Qisha Aleesha. Qisha
Aleesha tersenyum. Pen di tangannya sudah menari-nari mencoret sesuatu pada
sekeping kertas itu. Tidak lama kemudian, kertas tersebut disuakan pada Suzy. Semakin
pelik Suzy jadinya.
“Ini
nombor telefon saya. Tolong berikan pada Encik Fahim Daniel, ya. Tolong ya, Cik
Suzy. Thank you.” tanpa menunggu
balasan dari Suzy, Qisha Aleesha terus melangkah pergi. Dia tidak mahu
mendengar PA si Fahim Daniel tu memberi mahupun mencipta alasan nanti. Suzy pula
termangu di situ. Kepingan kertas di tangannya dipandang. Terpapar elok nombor Qisha
Aleesha di situ. Aih, pelik.
Kenapa
tak dia sendiri aje yang bagi kat boss, tadi? Ini tak lain tak bukan mesti si
gundik-gundik si boss ni. Aduhai! Penat aku kerja macam ni. Tengok perempuan-perempuan
duk terhegeh-hegeh dekat boss aku sorang ni. Yang boss aku ni pulak entah
bilalah nak kahwin? Aduhai. Malang nasib aku. Memang malang!
MUZIK rancak
bergema kuat. Seisi dewan di sini riuh dengan tari masing-masing yang jelas
makin mengkhayalkan mereka. Tidak cukup dengan itu, si perempuan pula sibuk
menggedik-gedik dengan menayangkan aksi tari yang cukup panas dan menggiurkan
buat santapan si anak adam. Di sisi anak-anak adam pula, penuh wanita-wanita
bermain dengan menggesel-geselkan tubuh mereka sambil bersuka ria dengan tangan
yang tidak henti-henti meloncat di udara, persis manusia yang tidak punya iman.
Fahim Daniel bersorak riang. Suka yang teramat.
Ah! Relese stress! Inilah
tempatnya. Syurganya. Orang bilang rumahku syurgaku, namun tidak baginya. Jelas
berbeza prinsipnya.
Rumah?
Syurga? Huh! Memang tak lah. Mahu kena hari-hari leter di mama? Huh! Tak
sanggup! Ini pun dia yang sudah berpindah jauh dari rumah mamanya pun masih
kena leter akibat keluar malam apatah lagi bila dirinya tinggal satu bumbung
dengan mamanya. Alamak hari-hari dia kena leter. Tapi, macam mana mamanya boleh
tahu? Hurm. Tak lain tak bukan, mesti mamanya ada pasang spy ni. Kalau tidak, masakan mamanya tahu segala aktiviti
hariannya. Aktiviti harian? Yes! Inilah kerjanya. Hari-hari. Setiap hari lepas
kerja tempat ini pasti dia akan kunjungi selalu.
Inilah
medan untuknya melampiaskan apa yang terbuku dalam dadanya. Di sini dia boleh
dapat apa yang dia mahu. Dia boleh buat apa yang dia suka. Dan.. yang paling
penting dia dapat apa yang dia nak! Perempuan seksi! Seksiss habis!
Ah,
memang bagus betul. Kan nikmat kalau hari-hari begini hidupnya. Bebas tidak
terkata.
Getaran
hebat dari poket seluarnya menamatkan tarian Fahim Daniel. Lantas, ditarik
telefonnya keluar dari poketnya ketika itu. Terpapar nama mamanya di skrin tersebut.
Panjang umur mamanya. Baru sahaja mindanya terpanggil akan mamanya, sekarang
mamanya sudah muncul di sini. Hebat betul, mama ni.
Jarinya
sedang bermain-main ke kanan dan ke kiri. Mahu swipe ke kanan atau ke kiri?
Mindanya sedang membuat pertimbangan hebat. Kalau dia tidak mahu jawab nanti
apa kata mamanya pula? Mesti mamanya akan call
lagi. Ah, tak payah jawab! Akalnya membantah. Tapi, kalau mamanya
berterus-terusan call, macam mana?
Ah, sekejap aje tu. Nanti bila mama kau dah penat, dia berhentilah telefon kau.
Fahim Daniel mengangguk kecil.
Tapi!
Kalau
aku tak angkat mesti mama cop aku datang ke kelab malam ni. Bukannya sekali dua
dah mama tembak kena sasaran. Tapi, banyak kali. Nanti kalau aku abaikan call ni, sekali dia datang ke rumah aku,
tengok aku tak ada, macam mana? Aduh! Sungguh, Fahim Daniel dalam dilema.
Lantas akhirnya, panggilan itu disambutnya jua.
“Hello,
ma.” Sapa Fahim Daniel lembut.
“Kenapa
kamu lambat sangat angkat call mama? Lenguh mama duk telefon kamu. Kamu ke
mana?” bebelan pertama! Sudah bermula.
“Oh.
Danny mandi tadi. Itu yang tak dengar. Mama ada apa call Danny malam-malam ni? Ada apa-apa hal penting ke?” sengaja
Fahim Daniel mengalih topik. Tahu jika dia menjawab makin berjela-jelalah
mamanya akan membebel.
“ada,”
kening Fahim Daniel terangkat. Ada hal penting? Apa dia?
“Apa
dia, ma?” laju sahaja Fahim Daniel menyoal kembali.
“Bila
kamu nak balik rumahnya, lawat mama?” Fahim Daniel mengeluh. Itu rupanya.
Ingatkan apalah tadi.
“Ermm..
Papa dah balik, ma?” lagi Fahim Daniel ubah topik.
“Dah.
Papa dah balik, yang kamu ni bila pulak?” Ah, sudah! Fahim Daniel terperangkap.
Apa yang mahu dia jawab? Aduh! Menyesal dia tanya soalan cepumas tu pada
mamanya. Aduh! Habislah aku.
“Danny
sibuk la, mama sekarang ni. Banyak kerja.” Fahim Daniel memberi alasan.
“Hurm.
Sibuk! Memang sibuk. Sibuk duk melayan perempuan. Banyak kerja apa ke bendanya.
Kamu tengak duduk berseronok dekat disko tu. Macamlah mama tak tahu.” Tempelak
mamanya. Membulat mata Fahim Daniel. Kepalanya tercari-cari sesuatu. Cari
mamanya! Manalah tahu mamanya ada di sini sedang memerhatikan dirinya. Ah!
Bodoh betul. Mana mungkin mamanya mahu bertandang ke sini. Paling tidak pasti
ada orang suruhan mamanya di sini. Pasti! Kalau tidak masakan mamanya tahu.
“Tak
payah kamu nak teleng sana sini cari sana sinilah. Mama dengar muzik tu pun dah
tahu. Apa kamu ingat mama ni tak sekolah? Mama pun ada telinga tahu.” Fahim
Daniel menepuk dahinya. Aduh! Lupa! Alamak! Hancur! Belakang kepalanya
digaru-garu.
“Kamu
ni, kan Danny. Dari kecik sampailah besar tak habis-habis..”
“Esok,
Danny datang ke rumah ya mama. Janji! Esok! Danny datang tidur sana terus.
Okey, ma? Love you. Tak care! Kirim salam kat papa, okey? Bye, mama.” Talian di
putuskan. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Fiuh! Nasib baik.
Fahim
Daniel menyandar lesu. Mata melilau memandang sana sini. Dadanya turun naik
tanpa henti. Telefonnya melekap ke dada. Aduh! Macam mana aku boleh lupa ni?
Kenapalah aku tak lari tadi dari sini? Kan dah tak pasal-pasal dia kena.
Aduhai.
“Sayang.”
lirikan mata Fahim Daniel teralih kepada Azura yang datang menerpa ke arahnya bersama
liang lentuk tubuhnya yang seperti lalang itu. Sengaja tubuhnya dirapatkan ke
dada Fahim Daniel. Fahim Daniel meneguk liur. Azura semakin liar. Melihat perbuatannya
tidak dihalang Fahim Daniel, semakin berani dia memulakan langkah. Tangannya bermain-main
di kemeja lelaki itu. Diusap dada bidang Fahim Daniel lembut. Lalu, beberapa kancing
atas baju kemeja Fahim Daniel ditanggalkan Azura. Tertelan air liurnya saat
terpandang akan dada bidang Fahim Daniel yang amat seksi itu. Wow!
“You
pergi mana, tadi? Puas tau, I cari you. Macam orang hilang laki I cari sana
sini. You kan tahu I tak boleh dancing-dancing
tanpa you. I mana boleh sehari tak nampak muka you, boleh gila tau I.” Fahim
Daniel tersenyum. Suka dengan kata-kata yang berbunyi seperti rayuan itu.
Tangan Azura meliar bermain-main di wajah Fahim Daniel. Fahim Daniel tersenyum
herot. Bebola matanya mengikuti setiap gerak langkah jari wanita itu. Tiba
sahaja jari itu ke bibirnya, terus digigit Fahim Daniel.
“Ouch!”
Azura mengaduh. Mengaduh manja lah katakan.
“Lepaslah.”
Azura merengek manja. Fahim Daniel menggeleng dengan jari telunjuk Azura masih
dalam mulutnya. Azura tergelak manja. Nampak comel Fahim Daniel dalam keadaan
begitu.
“You
comellah. I love you.” Dahi Azura
dilekatkan rapat ke dahi Fahim Daniel. Fahim Daniel tersenyum panjang. Pinggang
Azura ditarik rapat ke dadanya. Suasana sekeliling mereka sedikit sunyi dari
laluan orang ramai. Alah, jika di laluan orang ramai pun apa salahnya? Dah
memang sah-sah mereka berada di istana Syaitan. Mana orang kisah apabila semua
orang sibuk dengan aktiviti maksiat mereka.
“I love you so much. Please, love me back. I
love you.” Ulang Azura lagi dengan desah nafasnya yang tidak teratur dek
kucupan demi kucupan dari Fahim Daniel yang sememangnya jelas semakin
mengocakkan lagi naluri kewanitaannya. Mata Azura terpejam rapat. Wajah Fahim
Daniel diusapnya lembut. Dirinya jelas terbuai dengan desakan nafsu yang
dicipta antara mereka. Oh, Fahim Daniel I love You! Love you so much!



Wow!!!!makin seronok ni....cepatkn smbungan nya ya..
ReplyDeleteBest2x...bile nak sambung?
ReplyDeleteN3 yg digarap dengan baik. ganas juga ya si Qisha ni...but org kata yg ganas tulah yg memikat sbnrnya....
ReplyDelete