Pengikut Setia.. XD

Thursday, 16 October 2014

Liyana The Divass Pluss The Poyoss Bab 3




ATAS bawah, atas bawah Hairil pandang Liyana. Tak senang Liyana dibuatnya. Nak minum pun bagaikan nak lari seratus meter. Berdebar kencang jantung ni weh! Lelaki itu siap angkat kening lagi. Liyana sambung minum. Gelas di tangannya bertapak lama di bibir sambil mata menjeling Hairil. Alamak kau, Yana! Dia tak habis-habis tenung kau. Apa nak buat? Mata Liyana membulat.

           “Ehem!” dehemen sudah kedengaran. Liyana sembunyi senyum. Pasti dah datang bersama idea jahatnya! Suka nak mengusik lelaki ini. Nampak comel!

Hairil buat bodoh saja. Kembali pada kerjanya. Aik? Terbaliklah pulak! Tadi, bukan main macam dirinya yang mahu mengusik Liyana tapi sekarang? Haih? Takkan sekali usik dah goyah kut? Hairil ketap gigi. Diamlah, kau!

“Tahulah, kalau berdua tu ada syaitan di tengah. Tak payah nak jeling saya macam nak ngap! Saya faham maksud tu..” Liyana senyum gatal. Hairil angkat muka. Mukanya tegang. Marahlah tu.. Tapi.. apa yang Liyana peduli? Bukan salah dia!

“Apa kau merepek ni?”

“Kata orang, kalau hati dah suka, jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang..” Liyana senyum sumbing. Tayang gigi terbaik yang dia ada.

“Ada lada celah gigi kau..” Membulat mata Liyana. What?! Really? Kepala dibuat pusing belakang. Toleh pada pintu atau lebih tepat membelakangi Hairil. Sebelah tangan menutup mulut, yang sebelah lagi cuba check celah giginya. Mana? Cuba digagaunya dengan lidah pula. Membulat mata Liyana.

Ya Tuhan! Betullah. Cebisan lada itu dikeluarkan. Membulat matanya. Besarnya!! Malu! Argh! Kat mana nak sorok muka ni? Aku malu! Macam mana nak berdepan dengan dia? Aduh! Ingatkan dia dah berhasil nak usik lelaki itu, tapi… alih-alih dia yang kena. Apa ni? Tak adil!

Tak apa! Just berlagak biasa, Liyana. Buat bodoh aje. Eksyen bodoh aje depan dia. Liyana tarik nafas. Yeah! Aku boleh buat.

Bila tubuh itu pusing, rasa menggeletarlah pulak kepala lututnya. Lelaki itu masih galak merenungnya dengan pandangan sinis. Pasti mamat ni duk kutuk aku! Huh! Bencinya. Liyana tarik gelas jus oren. Baru dia dapat merasai jus ni selepas hampir sehari dia duduk dalam bilik ni. Semuanya kerja Hairil. Dia tunggu jugaklah, mana datangnya jus oren tu. Rasanya, lelaki itu sudah menyuruh setiausahanya untuk membeli jus tersebut.

Tapi, bila dia tanya Hairil, lelaki itu jawab PAnya masih belum pulang bawak jus terseBut. Tapi?!! Rupa-rupanya, mamat tu sengaja sorok jus tersebut! Dan.. baru sekarang dia keluarkannya! Argh! Can’t believe this! Dia dipermainkan dengan sebodoh-bodohnya? Urgh! Memang mamat ni sengaja mencabar kebetinaannya. Nasib baik dia the Divas, boleh tahan sabar dengan baik.

            “Gedik!" mata Liyana membulat. Dia kata apa tadi? Gedik? Dia cakap dekat aku ke tadi? Liyana letak kembali gelas ke atas meja kaca itu.

"Awak cakap saya apa tadi?" soal Liyana. Inginkan kepastian.

"Gedik!" Liyana angkat kening.

"Kenapa? Tang mana saya gediknya?" Hairil gelak sinis. Sengaja mahu membakar hati Liyana. Pasti gadis ini paling tidak pun akan marah bila ditempelak begitu. Namun, riak Liyana jauh panggang dari api dari tanggapannya. Gadis itu nampaknya begitu berminat mahu mendengar kata-kata Hairil yang seterusnya. Hairil tarik nafas. Hati batu ke apa minah ni?

"Cuba kau minum.." Liyana menurut. Bagaikan lembu dicucuk hidung. Ikut aje.

"Tu.." Liyana angkat kening. Tu apa? Geram pulak aku ni.

"Tu apa?" suara itu mahu ditinggikan namun mengenangkan dia nak mintak tolong lelaki ni, jadi dia kena kontrol dulu. Tak apa. Lepas dia setuju, kita hentam dia puas-puas.

"Nampak jari kelingking kau tu?" Liyana angguk.

"Orang cakap kalau jari tu naik bila kita minum air, tandanya orang tu gedik!" membulat mata Liyana. Apa benda dia cakap ni? Ni bahan dia nak kenakan aku ke? Tak guna! Mata pandang Hairil. Lelaki itu sedang enak ketawakan dirinya. Apa yang lawaknya? Ee! Tak apa. Dia tak kenal lagi siapa Liyana.

Liyana gelak. Gelak yang dibuat-buat dengan intonasi gediknya. Gelaknya sehingga ternaik bahu-bahu sekali. Tak cukup dengan itu, matanya juga dibuat gedik. Dikerdip-kerdipkan bulu mata itu berulang kali. Haa! Amacam? Hebat kan? Hairil pandang semacam. Apa kena dengan minah ni? Kurang vitamin C ke?

“Kenapa kau gelak? Kau baru tahu ke kau ni gedik?” Liyana ketap gigi. Tak guna! Tak apa. Tenang, Liyana.

"Tak! Bukan sebab tu..” Hairil angkat kening.

“Jadi? Sebab apa?”

“Sebab saya baru perasan sesuatu. Sesuatu yang begitu mengejutkan saya..” ucap Liyana dengan penuh gaya gediknya. Hairil buat muka. Melebih-lebihlah pulak minah ni.

“Apa dia?”

“Awak tahu tak yang awak ni beruk?" membulat mata Hairil.

"What?!" marah Hairil. Liyana pura-pura kerut dahi. Seolah-olah, tidak mengerti kenapa lelaki itu marah.

"Kenapa nak marahkan saya? Jangan salahkan saya sebab saya hanya sampaikan aje. Sebab ada orang cakap manusia ni asal daripada beruk." membulat mata Hairil.

"Kau percaya semua tu? Benda tu teori bodoh, kau tahu tak?" Liyana angkat bahu.

"Dah kalau macam tu, itu jugak teori bodohlah yang gedik tu." Hairil diam. Liyana sambung minum. Di sebalik cawan itu, bibir merahnya merekah dengan senyuman kemenangan. Ambik kau! Padan muka!

            “Argh! Pergi berambuslah, kau!” Liyana gelak. Huh! Berjaya Liyana. Kau menang!


HAIRIL pandang Liyana dengan pandangan tidak puas hati. Liyana macam biasa. Buat bodoh aje. Tak peduli dengan jelingan maut itu. Lelaki itu mengeluh berat. Jam dinding dijeling sekejap. Keluhan berat terluah lagi. Sudah jam sebelas tiga puluh minit malam sudah. Wajah Liyana ditatap lagi.

"Bila kau nak balik ni?" Soal Hairil tanpa banyak soal bicara. Malas nak berdalih banyak dengan minah tak tahu bahasa ni.

"Saya nak duduk sini terus. Selagi awak tak terima lamaran saya, selagi tulah saya akan terus duduk sini." Hairil mendengus.

“Kau ni dah gila ke? Aku dah cakap kan, tak nak. Janganlah desperate sangat.” Membulat mata Liyana. Automatik, jarinya berhenti dari scroll skrin I-phonenya. Dia cakap apa tadi? Desperate? Aku yang pekak atau dia yang bahalul?

“Awak ni memang…” kata-kata Liyana tergantung sendiri. Kejap! Dia tak boleh cakap kasar! Tak! Tak boleh. Nanti jatuh standard. Tenang, Liyana. Cari cara lain nak bidas. Lama punya dia fikir, akhirnya Liyana memutuskan untuk diam sahaja. Oh! Inikah jalan penyelesaian yang terbaik yang dia ada?

Liyana kerut dahi. Dah nak buat apa lagi? Nak dancing-dancing tengah-tengah lantai ni? Tak pun nak wrestling dengan mamat ni? Huh! Jangan harap. Ini aje jalan terbaik yang dia ada untuk memelihara kegedikannya ini. Liyana.. Liyana.. Speechless dibuatnya!

“Eh, pergi baliklah..” Hairil sekali lagi bersuara. Mungkin lelaki itu serabut barangkali.

“Dah awak ni kenapa sibuk tanya saya nak balik ke tidak? Ikut suka sayalah nak duduk sini atau tak.” Hairil ketap gigi.

"Ikut suka hati kaulah! Duduklah kau sampai mati kat sini." Bidas Hairil geram.

"Boleh aje. Duduk sampai mati. Lepas tu, jadi hantu dan saya akan kacau awak terus. Biar awak tak boleh kahwin dengan mana-mana perempuan! Biar semua perempuan takut nak dekat dengan awak sebab saka Liyana." Liyana gelak jahat. Hairil pula mahu terbakar pun ada. Serabut!

"Gila!!"

"Memang.. Gilakan awak!!" Hairil buat bodoh. Sambung kerja lagi bagus! Liyana menjeling nakal pada Hairil. Timbul dah idea pemusnah tahap petala langit dia ni. Tak habis-habis.

“Awak..” panggil Liyana dengan suara sensualnya. Suara yang membuatkan bulu roma naik. Hairil berlagak macam biasa. Pen di tangan sibuk mencoretkan sesuatu.

“Awak..” Hairil tarik nafas panjang. Duduk dengan minah ni memang dapat pahala banyak sebab mengucap panjang.

"Awak tahu tak ni dah malam?" Hairil masih berlagak seperti tadi. Kerjanya diteruskan. Liyana pula makin nakal. Makin Hairil khusyuk menyambung kerjanya, makin galak Liyana mahu mengusik. Dia sudah berdiri tegak.

"Kau nak buat apa ni?" Soal Hairil tiba-tiba. Liyana gelak kecil. Jadi, lelaki tu pasang mata dan telingalah ya sepanjang apa yang dia cakap? Ceh! Ingatkan memang lelaki itu abaikan akan kewujudannya di sini. Liyana makin lebar senyumnya. Hairil jadi cuak.

“Eh! Jauhlah sikit,” Suara Hairil sudah bertukar. Sedikit cemas apabila Liyana mula mendekat. Liyana senyum herot.

"Kenapa susah sangat awak nak kahwin dengan saya?" Soal Liyana. Gayanya persis perempuan psiko.

"Dah aku tak sukakan kau!" Liyana tarik nafas.

"Okey! Fine!" Telefon bimbitnya dicapai. Hairil cuma pandang tingkah aneh perempuan itu. Ingatkan dia akan diapa-apakan tadi. Dada diurut sambil mata perhati langkah Liyana. Perempuan itu sedang jalan sekeliling kamar pejabatnya dengan telefon melekap di telinga. Seperti sedang menunggu panggilan yang dibuatnya itu berjawab barangkali. Tidak lama kemudian, suara Liyana bergema.

"Hello. Ini pejabat JAIS ke? Saya nak buat laporan," membulat mata Hairil jadinya. Segera kaki berlari mendapatkan Liyana sambil tangannya tangkas ingin merampas telefon itu.

"Weh! Apa kau buat ni?"


"Nak kahwin dengan awak!"
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com