Pengikut Setia.. XD

Sunday, 22 June 2014

Novel : Complete Of Me! Bab 2

“RINA. Kau bawak laptop, tak?” tenang Afiqa menyoal.

“Laptop?” wajah Katrina berubah. Serba salah gadis muda itu. Afiqa yang melihat tingkah aneh rakannya bergerak ke hadapan sedikit.

“Rina.” Panggil Afiqa lagi.

“Yup.”

“Jangan kau bagitahu aku yang kau…” ayatnya dibiarkan bergantung. Wajah Katrina yang pucat sedikit sudah memberikan gambaran padanya akan apa yang sebenarnya berlaku.

“Kenapa kau buat macam tu?!” marah Afiqa.

“I’m sorry, Fiqa. Tapi, aku nak datang sini sebab nak enjoy.” Katrina mencuba memberi alasan. Hakikatnya itu yang dia mahukan. Dia ajak Afiqa ke sini bukanlah atas tujuan buat dirinya yang dalam proses melupakan Ryzal tetapi juga buat Afiqa menenangkan fikiran. Yelah, Fiqa ni asyik terperap aje dalam rumah macam jeruk masam aje.

“Ya, aku tahulah semua tu. Tapi, orang yang nak enjoy kat sini, adalah kau dan bukannya aku!” jawab Afiqa sedikit geram. Berani Katrina menipunya hidup-hidup. Huh.

“So?”

“So? So what?” soal Afiqa tidak mengerti.

“Siapa nak temankan aku nanti kalau bukan kau… takkan kau nak berkepit aje dengan laptop tu. Kalau macam tu, baik kita tak payah datang sini.” perlahan sahaja suara Katrina. Wajah gadis muda ini sudah tertunduk sayu. Afiqa mengigit bibirnya.

Melihat riak duka terpancar di wajah Katrina membuatkan Afiqa serba salah. Matanya terpejam sejenak bersama helaan nafas kecil terbit di bibirnya.

“Okey. Look, Rina. Aku mintak maaf.” Ucap Afiqa lembut. Intonasinya beransur reda, daripada tadi.

“Tak boleh ke kau berhenti aje, menulis untuk sementara waktu? Bukan senang tau, untuk aku keluar dengan kau, macam ni.” Afiqa semakin diburu perasaan serba salah. Nafasnya dihembus lembut. Selembut angin laut yang menyapa mereka tika ini. Topi yang diperbuat daripada jerami di kepalanya dibetulkan.

“Okey. Aku mintak maaf. My bad. Can we just forget it and…” tangan Katrina diraih Afiqa. Wajah temannya dipandang.

“enjoy!!” Katrina mengangguk laju dengan ayat sambungan dari Afiqa itu. Kakinya terus berlari mengajak Afiqa sekali ke arah gigi air di situ. Seronok mereka bermain-main bersama. Kedengaran gelak tawa mereka menghiasi setiap detik perbualan mereka. Angin laut begitu lembut dan segar menyapa tubuh mereka. Sesekali, angin lembut mengibar gaun lembut yang tersarung di tubuh masing-masing. Jika dari jauh mereka tidak ubah seperti bidadari dari langit yang bagaikan pertama kali nampak air laut. Gembiranya bukan main.

Dan ketika itu, sememangnya memang ramai yang turun bergembira menikmati pemandangan cantik di Bali. Ramai yang sedang berjemur di sana, yang mandi laut dan ada yang sedang hangat bercinta membawa pasangan mereka berjalan-jalan sana-sini.

“Huh!!” keluhan Katrina menyentakkan Afiqa yang sedang leka tadi.

“Kenapa?” soal Afiqa pelik dengan tingkah Katrina yang pelik secara tiba-tiba itu.

“Taklah. Seronok betul tengok pasangan tu! Mesti diaorang bercinta gila-gila kan?” Afiqa menoleh ke arah yang pasangan yang dimaksudkan Katrina itu. Matanya mencari-cari di mana pasangan tersebut kerana di sini banyak sekali yang berdua!

“Siapa yang kau maksudkan ni? Perempuan yang berambut perang dekat sana tu ke?” Afiqa memuncung mulutnya menunjukkan ke arah pasangan yang sedang berjalan ke arah mereka tika itu. Mata Katrina membulat tiba-tiba.

“Woi, Maria!!” tempik Katrina. Afiqa terkejut. Itu bukan ke… Perempuan yang dekat flight hari tu? Alamak! Kenapa aku tak perasan tadi? Menyesalnya aku. Aduh! Habislah. Perang wanita pertama dunia lah jadinya.

“Rina!!” Afiqa pantas mengejar Katrina dari belakang. Maria yang sedang elok melentokkan kepalanya pada bahu lelaki muda yang kacak bergaya itu mengangkat wajahnya menentang pandang pada Katrina.

“You ni kan!! Memang betina tembaga tahu!!” lurus telunjuk Katrina menghala tepat pada wajah Maria. Maria tergelak halus.

“So?? Apa salahnya?” soal Maria sinis.

“Apa you cakap? Apa salahnya? Hey, you tahu kan Ryzal cintakan, you. Habis kenapa you berkepit dengan lelaki ni! You, tak patut buat macam ni pada boyfriend I tahu!” marah Katrina. Berang sekali dia pada orang yang tidak setia ini. Walaupun, teman lelakinya juga tidak setia padanya, tidak bermaksud perempuan ini pun, boleh melakukan perkara yang sama pada ex-boyfriendnya!

“Dah nama pun boyfriend you. So, I tak naklah rampas, kan.” senyuman sinis terukir di bibir Maria. Katrina mengempalkan penumbuknya. Mahu kena perempuan ni. Aku bagi karang! Setahun kau koma nanti!

“Tak nak rampas you, kata?! Sekarang ni, I dah putus dengan dia disebabkan you, tahu?! You masih kata TAK NAK rampas? Tak guna!” bicara Katrina jelas bersama ketapan gigi yang kuat.

“Oh, ya? Congrates, then.” Maria bergerak ingin melangkah pergi dari situ. Lengan lelaki tadi, kembali dipaut manja.

“Eee!! Tak boleh jadi ni.” Belakang Katrina diusap lembut Afiqa. Bimbang dengan emosi rakannya yang tidak menentu sekali.

“Rina. Dahlah. Cubalah bawak bertenang sikit. Biarkanlah dia tu. Kau bukannya ada apa-apa pun dengan dia.” lembut Afiqa memujuk.

“Apa maksud kau?  Biarkan dia? Mana boleh! Sekarang, adalah masa yang paling baik sekali, tahu. Ingat pesanan aku. Peluang tak datang dua kali.” Afiqa tercengang. Apa ni? Nak balas dendamkah? Katrina pantas menyauk segempal tanah laut yang basah.

Pircchhhh!!

Afiqa memejamkan matanya. Terbahak-bahak Katrina mentertawakan Maria. Habis belakang badannya terkena pasir laut yang basah itu.

“Oh my… Arghh!! What you’re doing on my shirt?!!” tengking Maria sekuat hati. Belakang bajunya diraba. Argh!! Penuh dengan pasir. Matanya terarah pada Katrina dan Afiqa yang sedang enak ketawakan dirinya.

“Apa you nak buat ni?” soal pemuda di samping Maria. Maria hanya mempamerkan senyuman manisnya. Tangannya turut melakukan perkara yang sama. Kali ini, Maria menyauk pasir laut yang basah dengan kedua-dua tangannya. Lagi banyak dari yang disaukkan Katrina.

“Jangan risau! Hanya gurauan sebagai teman baru jumpa.” balasnya lembut. Terus pasir yang disauknya dilemparkan terus pada Katrina tanpa ragu-ragu.

Katrina terkejut. Segala-gala tawanya mati terus. Terkatup rapat bibirnya. Mana tidaknya, habis pasir laut itu terkena pada seluruh bahagian tubuhnya terutama pada yang hadapan serta wajahnya. Berpasir wajahnya.

“Ni dah lebih ni. You tahu tak berapa lama I kena buat facial nanti!!” Kali ini, Katrina menggengam pasir yang kering pula lalu dilemparkan sekali lagi pada belakang Maria. Maria tersentak. Rasa bagaikan makin melekit di belakangnya. Terus, diraba-raba.

“Oh my god.” Maria kaku. Pasir-pasir yang kering yang dilemparkan tadi, habis melekat pada belakangnya. Gigi Maria diketap. Terus, pasir yang sama dicapai sebelum tubuhnya dipusingkan ke belakang.

“Hai!” Maria terkejut saat wajah Katrina terjengul di hadapannya tiba-tiba.

“Nah!! Kita buat facial sama-sama, okey?! Baru fair. Fair and square.!” Kini, wajah Maria sudah penuh diseliputi dengan pasir-pasir laut yang basah. Berasap kepalanya. Giginya dikancing kuat. Berombak-ombak nafasnya menahan gegaran yang maha hebat. Afiqa yang melihat dari jauh, naik gerun juga menyaksikan pertempuran dua wanita gila ni.

“You ni…. memang,… nak kena!!!” Katrina lari bertempiaran. Kuat Katrina menempik, takut dengan amarah Maria yang tidak terkawal itu. Di tangannya penuh membawa pasir sana sini mengejar Katrina.

“Fiqa!! Tolong aku!!” Katrina pantas menyusup ke belakang Afiqa. Pinggangnya dipegang kejap oleh Katrina.

“Tepi!!” arah Maria pada Afiqa. Afiqa sekadar menurut.

“Jangan, Fiqa!!” saat tubuh Afiqa ke kanan, Katrina turut mengikutinya. Badannya ditundukkan sedikit. dan apabila tubuh Afiqa ke kiri pula, Katrina juga menurut. Maria merengus kasar. Lalu, dia berlari dari belakang, tangannya sudah melayang ke udara mahu melemparkan pasir yang penuh di tangannya. Dengan pantas, tubuh Afiqa dipusingkan Katrina menghadap Maria.

Pircchh.

Habis basah baju Afiqa dibuatnya. Afiqa merenung seketika tubuhnya. Ternganga dirinya saat terperasankan bahawa bajunya yang basah adalah di bahagian dadanya. Terserlah sedikit dek bajunya yang berwarna putih dan jarang tika itu. Nafas Afiqa sudah tidak teratur. Wajah Maria direnung tajam.

“Oppss! Silap sudah. Tapi, it’s okey. Just take it as a gift!” Maria menapak ke belakang sedikit demi sedikit. Melihat wajah bengang Afiqa membuatkannya sedikit takut sebenarnya.

“Apa? As a gift? Huh?!!” Laju tangan Afiqa menyauk sama pasir-pasir laut itu. Katrina juga membuat perkara yang sama.

“Jom! Kita ajar perempuan gedik tahap petala langit nak mati ni!!” Afiqa mengangguk setuju. Terus, mereka berdua mengejar laju Maria yang sudah berlari jauh itu.

“Arghhh!!!” Maria menempik kuat sambil berlari. Tangannya mengangkat tinggi skirt yang dipakainya.  Mukanya dipusingkan ke belakang. Membuntang matanya apabila jarak memisahkan antara mereka semakin dekat. Lantas, lariannya semakin dilajukan.
Afiqa mengeluh. Naik lenguh kakinya berlari di atas pasir-pasir ini.

“Cepat, Fiqa!! Cepat!!” laung Katrina yang sedikit di hadapannya.

Afiqa sudah letih. Lariannya sudah tidak kencang seperti awal-awal tadi. Namun, digagahkan jua. Katrina agak jauh daripadanya mengejar Maria yang semakin jauh darinya, pasti.

Afiqa memberhentikan langkahnya seketika. Mahu menghilangkan penat. Nafasnya tercungap-cungap. Mahu menyerap oksigen sebanyak mungkin.

“Fiqa!! Cepat!! Jangan berhenti, minah gedik ni dah jauh dah!!” kuat Katrina menempik. Afiqa menarik nafas dalam-dalam. Lariannya disambung kembali. Pasir laut yang basah tadi digantikan pula dengan pasir kering. Lariannya bersambung sambil matanya difokuskan ke hadapan, mencari lokasi di mana keberadaan Maria.

Sedang ralit matanya, mencari jejak Maria matanya tidak terperasan akan seseorang yang melintasinya tiba-tiba.

“Tepi!! Tepi!!” amaran dikeluarkan Afiqa laju. Kuat suaranya menempik.

Belumpun sempat Afiqa memperlahankan lariannya… dan.

Dumm!!!

Segalanya sudah terlambat.

Afiqa membuka matanya yang terasa pedih. Matanya susah untuk dibuka. Tubuhya terasa seperti melekap pada sesuatu. Terus, diraba-raba. Kat mana aku ni? Ligat, tangannya meraba-raba sana sini. Tak rupa macam pasir pun. Bukan ke aku jatuh ke tadi? Rabaanya disambung.

“Woii!! Apa ni?!!” Terkejut Afiqa dengan jerkahan itu. Badannya segera dinaikkan.

“Buta ke?!!” marah suara itu. Macam suara lelaki.

“A’ah.” jawab Afiqa selamba. Suara itu seperti sudah diam. Sentap ke?

“Separa buta. Mata saya masuk pasir.” jawab Afiqa jujur. Membetulkan jawapannya tadi.

“Kenapa kau tak buta aje, terus?! Lagi bagus!” Afiqa mengetap bibirnya. Siapa mamat ni? Kenal pun tak, tiba-tiba nak doakan orang buta pulak. Aku doakan dia cacat nanti baru tahu! Tak ada insurans betul mulut.

Niat Afiqa yang ingin meminta pertolongan dari lelaki itu seperti sia-sia sahaja setelah suasana antara mereka sudah bertukar sepi. Lelaki itu sudah pergikah?

“Eh. Awak!! Awak ada lagi ke? Awak!!” tempik Afiqa laju apabila suara lelaki itu diam sahaja. Tangannya meraba-raba sana sini. Gelap pekat pandangannya. Tak nampak apa-apa. Ya Tuhan. Beginikah perasaan orang buta. Aduhai. Seksanya. Aku tak nak buta!

“Awak!!”

Sepi…

“Awak!!”

Suasana makin sunyi. Hanya kedengaran derapan angin sahaja menyapa halwa telinganya. Afiqa semakin berdebar-debar.

“Awak!! Jangan tinggalkan saya!!” Entah kenapa Afiqa rasa mahu menangis pun ada. Mana lelaki tadi? Hanya dia sahaja yang boleh tolongnya. Rasanya saat dia lari ke sini, orang semakin kurang. Entah kat sini, ada orang ke tidak. Seram sejuk Afiqa jadinya.

“Awak!! Tolonglah!!” tempik Afiqa sekuat hati.

“Hihhhh.Apa lagi yang kau nak? Hah?!!” Afiqa menarik nafas lega. Tangannya meraba-raba lelaki itu.

“Woii!! Kau memang kerja peraba ke?” Afiqa tersenyum malu.

“Tak adalah. Saja aje, nak raba sikit. Takut suara tadi, suara hantu aje.”

“What?! Kau ingat aku hantu ke?” bengang lelaki itu dengan sikap selamba Afiqa.

“Alah. Biar ajelah. Hantu ke, lanun ke, apa ke. Yang penting tolong saya. Mata saya masuk pasir ini. Tolonglah. Tangan saya semuanya melekit dengan pasir-pasir ni, tak boleh nak buang pasir ni semua.” rayu Afiqa.

“Hih. Macam budak-budak main pasir-pasir. Kau buat istana pasir ke?” tambah lelaki itu spontan. Afiqa memuncungkan mulutnya.

“Hih. Banyak soal pulak! Tolong dah lah. Sibuk pulak nak tahu! Tolong ajelah.” marah Afiqa panjang lebar. Mak aih. Garang betul minah ni.

“Sombong betul minah ketiak ni.” Melopong Afiqa tatkala mendengarnya.

“Minah ketiak awak kata?!” ujar Afiqa. Geram! Nasib baiklah dia tak nampak, kalau dia nampak dah lama dia seligi kepala mamat ni.

“Yelah. Bau ketiak kau tu busuk!” Huh? Betul ke?

Pantas, Afiqa mengangkat ketiaknya, lalu dihidu. Biasa aje. Habis, kenapa dia kata ketiak aku busuk? Mata Afiqa membulat tiba-tiba. Oh my. Akalnya seperti menangkap sesuatu. Bajunya diraba-raba bahagia dada. Masih basah! Mesti dia cakap macam tu, nak suruh aku angkat ketiak aku. Lepas tu, dia bolehlah.. Tak sanggup dia nak cerita.

“Eee!! Gatal!!” pasir-pasir di sekelilingnya dicapai dan dilemparkan sana sini. Tidak nampak di mana lelaki itu berada. So, lempar ajelah mana-mana yang dirasakannya patut.

“Woi! Apa ni?! Main kasar pulak.” Tempik lelaki itu. Lemparan Afiqa terhenti sudah.

“Awak tu yang miang keladi tahap gaban kenapa?!”

“What? Miang keladi tahap… what? What was that?”

“Tak guna betul!” omel Afiqa geram.

“Dahlah! Menyesal aku datang sini! Baik aku biarkan kau buta aje, kat sini.” Afiqa kaget. Huh? Buta? Tak nak!! Wajah cemas Afiqa semakin ketara.

“Awak!! Tolonglah. Okey. Saya mintak maaf. Awak tak gatal.” Afiqa mengalah.

“Apa?”

“Awak tak gatal!!”

“Ha? Aku tak jelas.”

Afiqa mendengus. Pekak pulak.

“Awak tak gatal.” mendatar aje suaranya.

“Macam tu lah.”

“Macam tu, macam tu, macam tu! Tolonglah saya ni.” ejek Afiqa.

Lantas, lelaki tersebut membantu Afiqa membuang pasir di matanya. Lembut mata Afiqa ditiupnya. Lalu, wajah itu dusap-usap lembut, berniat ingin menghilangkan pasir di sekitar wajah gadis itu. Namun, lelaki tersebut bagaikan leka seketika melihat wajah menarik Afiqa dari jarak yang dekat.

Lelaki tersebut tersenyum herot. Hehehe. Bukan senang nak sentuh perempuan bertudung litup ni. Lalu, wajah Afiqa diusap-usap lagi. Ternyata, usapan di wajahnya menyentakkan Afiqa. Ni apa pasal lain macam aje ni? Perlahan-lahan matanya dibuka.

“Apa awak buat ni?!!” terus tubuh lelaki di hadapannya ditolak sekuat hati.
Lelaki tersebut jatuh tertidur di atas tanah. Mata Afiqa dibuka seluas-luasnya. Sebaik sahaja, matanya membuka, matanya bagaikan mahu terbuntang pula.

“Airish?!!”


Wajah lelaki itu direnung lama. Segenap inci wajah itu ditilik. Adakah aku cakap tadi dengan… dengan dia?

Milik siapakah gadis ini? Hihi..

Tamat sudah bab 2. Hik33. Macam mana? Ada mana-mana part yang salah tak? Anyway, thank you semua. Hiihi. Sila tunggu bab 3 lak ye. Airish <3 Afiqa. ><

E-CLASS : SILENCER #COM
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com