Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 10
Misi Cinta Gila
Episod 10
SHIQIN pemusnah kebahagiaan manusia! Cantik tak title tu? Semua orang dah tahu apa yang jadi tadi. Semuanya sebab Ridz! Bukan sebab Alia ke? Ah, apa-apalah! Yang penting semua tu berpunca dari siapa? Kalau bukan kerana soalan bodoh Ridz tu rasa-rasanya dia kena hadap tak semua ni? Argh! Makin teruk pulak keadaan kini.
Sekarang Shiqin tak tahu nak sorok muka kat mana. Semua orang pakat carinya. Nak buat apa dengan dia? Minta penjelasan? Penjelasan apa, dia pun buntu! Argh! Ini yang dia tak sukakan bila dia dikaitkan dengan orang-orang hotstuff ni.
“Aku kata baik-baik, Shiqin! Jangan ganggu Ridz aku!” selangkah kakinya mahu bergerak ke kelas, jalannya sudah dihadang. Muka sinis Kinah tajam menikam Shiqin.
“Kenapa dengan kauorang ni? Boleh tak jangan ganggu dia? Kami dah lewat nak ke kelas ni.” Alia cuba menteteramkan keadaan. Wajah tanpa riak Shiqin menggusarkannya. Rasa bersalahnya menggunung buat gadis itu. Dia tahu semua ini tak akan terjadi kalau dia tidak menempik sebegitu tadi.
“Sibuk betullah, minah ni! Aku sekarang bercakap dengan minah ni, yang kau menyibuk ni kenapa?” Alia nak menjawab tapi Shiqin terlebih dahulu menahan.
“Apa yang kau nak, Kinah?” soalan dari Shiqin.
“Tinggalkan Ridz.” Kemahuannya dinyatakan.
“Bila masa pulak aku couple dengan dia?” dalam malas, terkeluar juga soalan itu. Kinah sudah berapi. Jawapan selamba Shiqin begitu biadap!
“Kau memang tak guna, Shiqin! Berlagak baik konon! Dasar perempuan sial! Kau tahu tak teruk aku kena marah parents aku sebab benda ni? Kau sedar tak, semua ni terjadi sebab kau! Aku putus tunang gara-gara kau!” ditolak bahu Shiqin menjauh sedikit. Nasib baik ada Alia yang sempat menahan tubuh Shiqin dari terjatuh.
“So, what? Ada aku kisah? Itu masalah kau!” bengang Shiqin menjawab. Dia sudah tak tahan. Semua asyik menyalahkannya di atas hubungan dingin antara Ridz dan Kinah. Oh Tuhan.. dia tak tahu mana silapnya dia sampai-sampai perlu dihukum begini.
“Kau memang…”
“Ada apa ni?” Shiqin hanya menjeling. Dengar suara sahaja dia sudah tahu siapa. Kinah ketap bibir. Sakit hatinya. Kenapa tiap kali dia mahu menyerang Shiqin akan munculnya Ridz di sini?
“Kau tak tahu lagi aku siapa, Shiqin! Aku janji, aku akan buat kau menangis, siang dan malam!” Shiqin hanya memandang pemergian gadis itu. Kau belum buat apa-apa pun aku dah nak menangis sebab benda bodoh ni.
“Jom?” tubuh Shiqin membatu bila Alia menarik tangannya. Alia kerut dahi. Kenapa pulak ni?
“Kau pergi dulu, Alia.” Dalam payah, akhirnya Alia turutkan jua. Dia bimbang mahu tinggalkan Shiqin sendirian bersama Ridz. Lagilah akan menjadi buah mulut orang nanti. Ridz yang sedang berpeluk tubuh dipandang sepintas lalu sebelum langkah ke kelas disambung.
“Hai…” Ridz senyum. Shiqin masam mencuka pandang wajah itu.
“Kenapa?” Ridz angkat kening. Resah juga bila Shiqin terus-terusan mendiamkan diri begini.
“Awak dah puas hati?” Ridz mengeluh.
“Belum. Selagi awak belum cintakan saya, selagi itulah saya tak akan berpuas hati.” Kecik besar kecik besar Shiqin pandang Ridz.
“Gila! Ridz! Please fix it. Saya dah tak tahan.” Shiqin cuba merayu.
“Yes. Aku memang akan betulkan semuanya. Don’t worry.”
“Apa yang awak nak baiki?” Shiqin soal kembali. Ridz ni bukannya macam mamat-mamat lain. Fikiran dia bengkang-bengkok sekali. Tak pernah nak straight.
“Nak tahu? Then..terima dulu pelawaan saya.” Lagi kuat Shiqin ketap bibir. Sengaja betul Ridz ni!
“Saya rela mati kena telan sekalipun, asalkan tak payah mengaku cintakan lelaki macam awak ni.” Shiqin akhirnya tinggalkan Ridz. Malas mahu berbincang lagi dengan mamat macam dia. Tak guna!
“Saya pulak takkan mati selagi saya belum dengar ungkapan cinta awak, Shiqin.” Gumam Ridz perlahan.
“BETUL ke apa yang abang dengar?” Shiqin benar-benar rimas. Dia macam pesalah yang kena tanya pegawai polis aje. Banyaknya soalan rasa macam nak bunuh diri. Tak adil betul! Kenapa semua orang perlu buat dia macam ni? Ilman di depan dipandang tak beriak. Nak marah pun tak boleh. Sang cinta hati, kan..
“Apa yang abang dengar?”
“Apa yang Ridz tu bagitahulah.” Shiqin menghela nafasnya perlahan.
“Abang percaya?” Ilman tak tahu nak mengangguk atau menggeleng.
“Sebab abang tak tahu, abang tanya Eqin.”
“Jadi..abang tak percaya cinta Eqin pada abang?” nak tanya soalan itu tapi hanya mampu dia telan sahaja. Dipendamkan sahaja soalan itu di dada.
“Abang tak tahu..” Ilman menjawab jujur setelah suasana antara mereka sepi. Lihat dari wajah Shiqin, Ilman jadi tak berani lagi nak soal banyak-banyak. Nampak stress aje.
“Eqin dah penat abang. Eqin nak rehat.” Ilman agak terkejut. Tak pernah-pernah Shiqin bersikap begitu dengannya. Selalu ceria aje. Pasti ada yang tak kena ni.
“Eqin, wait..” tangan gadis itu digengam kemas. Shiqin terpempam. Langkahnya kaku. Matanya tegak ke depan. Terkejut dengan apa yang ada di depan mata. Pegangan tangan Ilman itu cuba dirungkaikan perlahan. Ilman yang masih tak mengerti dengan rontaan Shiqin, masih belum melepaskan.
Shiqin jadi resah sendiri. Pandangan tajam dua manusia itu seakan menambah lagi beban di dadanya.
“Cikgu Ilman?” Shiqin ketap bibir.
“Ikut aku!!” tangan Kinah dibawa Ridz menjauh. Sempat pandangan lelaki itu memanah pada Shiqin. Satu pandangan bagaikan meminta sebuah penjelasan.
“Apa dah jadi?” Ilman agak kaget. Teguran dari Kinah mengejutkannya. Di saat itu, mata Shiqin jatuh kepada pegangan erat Ilman padanya.
Allah! Jiwanya kena kentalkan lagi untuk esok harinya…


Subscribe to:
Post Comments (Atom)