LISA MASA SILAM SAYA?? –AIRISH-
Lama Afiqa merenung akhbar HARIAN PANAS tentang berita susulan mengenai dirinya dan Airish yang akan melangsungkan pernikahan mereka lebih kurang hanya tinggal seminggu sahaja lagi.. Tidak sangka pula, begini akan kisahnya.. Sunggu mengerikan, langsung tidak terlintas di benaknya akan bersuamikan seorang artis nanti..
Mana mungkin.. Novelis, dan artis.. jadi? Notis? Velistis? Haaa! Tak nak! Rasa mahu melaung sahaja di kedai McDanolds ini sahaja.. Sakit hati betul! Kenapa dia yang perlu menjadi korban atas gossip ini? Malang sungguh nasib kau, Fiqa!
“Kau kenapa? Monyok aje? Hih.. Pengantin mana boleh monyok-monyok macam ni.. Hilanglah seri..” Katrina datang membawa dulang yang berisi penuh dengan makanan di tangan.. Wajah sugul Afiqa ditenungnya..
“Aku memang dah hilang seri pun, sejak hari aku dipaksa untuk berkahwin lagi..” perlahan sahaja intonasi suara Afiqa.. Katrina memandang temannya dengan penuh simpati..
“Babe.. Jangan macam ni.. Cuba kau terima hakikat yang kau akan jadi isteri pada seorang artis.. Seronok tau!”
“Entahlah, Rina.. Aku tak tahu.. Apa yang aku rasakan sekarang ni, aku memang tak nak kahwin dengan dia! Sumpah! Aku langsung tak teringin nak bersuamikan lelaki macam tu.. Aku dah serik..”
Katrina menghembuskan nafasnya lembut..
“Fiqa! Past is the past! Kau tak boleh samakan Airish tu dengan Hairul! It’s not same! Kau belumpun kenal lagi Airish macam mana, so you can’t jump into any of the conclusion yet..”
“Tengok dari cara dia, aku dah masak sangat dengan lelaki jenis macam tu.. Lelaki ni semuanya sama!”
“Itulah kau.. Cubalah jangan fikir negatif sangat.. Dah! Makan ni.. Nanti kau nak pergi spa, pulak kan?”
Afiqa mengangguk..
“Kata tak nak kahwin, tapi persiapan sama aje macam orang kahwin!” omel Katrina.. Afiqa yang mahu menyuap bubur ayam itu meletakkan kembali sudu itu.. Lengan rakannya dicubit geram..
“Mana ada! Kalau tak disebabkan si mamat tu yang suruh, aku pun tak teringin lah!”
“Sakit betul kau cubit aku.. Perlahan ajelah kalau nak cubit.. Tangan ketam ke ni?” Tangan Afiqa dibelek Katrina..
“Eeee! Mengadalah kau ni!!” Afiqa tergelak sakan.. Katrina tersenyum lega.. Senyum jugak kawannya ini.. Aduhai..
SUNGGUH
Airish terpaku saat melihat Afiqa berpakaian seperti itu.. Gaun labuh yang
disarungkan di tubuhya sangat cantik di pandangan matanya.. Solekan nipis di
wajah Afiqa sudah jelas menyerlahkan lagi air muka wajah ayunya..Tidak sangka
gadis yang dicopnya sebagai gadis selekeh yang cantik nampak lagi cantik
rupanya.. Mana tidak selekahnya, gadis itu asyik mengenakan t-shirt lengan
panjang dan seluar jeans lusuh.. Memang dari segi pengamatan lelaki, agak
nampak kuno, iaitu orang yang ketinggalan zaman dalam dunia fesyen..
“Nampak lain ke?”
Afiqa sudah gundah.. Tidak pernah dia bergaya seperti ini.. Solekan di wajahnya terasa sangat asing baginya.. Rasa mahu dibasuh segera wajahnya.. Gatalnya, ya Allah! Rasa mahu tempik pun ada.. Kang aku tempik kat sini sambil menggaru-garu wajah aku ni, ‘Argghh!! Gatal! Gatal!!’ mahunya malu aku setahun nanti..
Airish berdehem seketika, tidak mahu Afiqa terperasankan akan rasa tergamamnya..
“Biasa aje.. Lagi cantik perempuan-perempuan yang aku jumpa!”
Afiqa mencebik kecil.. Ceh!! At least, pujilah! Orang make-up ni pun untuk dia jugak!!
“Why? She looks so beautiful!” ujar tukang soleknya.. Naik lenguh tangannya duk touch-up gadis ini, alih-alih biasa aje, si Airish ni membalas..
“Let’s go!!” arah Airish.. Afiqa di belakang naik gementar seluruh tubuhnya saat pengawal penjaga pintu membukakan pintu itu.. Terjengul puluhan manusia yang jelasnya orang paling menyibuk hal orang, siapa lagi kalau bukan reporter!
Afiqa memaniskan wajahnya.. Hari ini, mereka akan adakan sidang untuk meluahkan sebarang statement yang menjadi tanda tanya selama ini.. Naik lemah lutut Afiqa berjalan atas tumit tinggi itu.. Nak terjatuh pun ada.. Tiba-tiba, tubuhnya seakan hilang imbangan lantas, tangan Airish digengamnya.. Sorry Airish! Terpaksa!!
“Sorry! Terpaksa.. Emergency!” bisik Afiqa seraya terperasankan akan jelingan tajam Airish yang menikam lembut matanya.. Airish memimpin Afiqa sehingga naik ke atas pentas.. Kerusi Afiqa ditarik sebelum gadis itu melabuhkan duduknya..
“Sepertinya, kamu berdua bertemu di Bali tempoh hari, betul? Adakah itu pertemuan kali pertama antara kamu berdua? Atau sebaliknya.. Boleh jelaskan?” soalan pertama sudah dilepaskan.. Duss! Airish pun menjawab..
“We did first met at there.. In Bali of course.. Kami berjumpa saat dia meminta pertolongan saya untuk membuang pasir dalam matanya.. She exactly look so nervous at that time.. Nak menangis pun ada..” insiden di Bali bermain di minda Airish dan Afiqa serentak.. Mereka berpandangan dan membalas senyuman.. Entah apa maksud senyumanan itu, hanya mereka sahaja yang tahu..
“The photos in the newspaper recently, just an image of what had happen..” sambung Airish jujur.. Afiqa menjeling lelaki itu.. Dah kalau boleh jujur buat apa sampai nak kahwin segala? Baik jelaskan aje terus pada sidang media awal-awal.. Kan senang?
“The next question goes to, Cik Nora Afiqa..” Afiqa mengangkat kepalanya.. Gelas di hadapannya diteguk perlahan.. Cuba menghilangkan debaran menggila di dadanya..
“What do you think that you’re different from the others women, to been paired up with the men who been adored by millions of woman in Malaysia and Indonesia?”
Afiqa tersenyum manis.. Ketenangan perlu dicarinya.. “Well.. I don’t know that much.. I can’t say anything because I’m not force him to marry me..” selamba jawapan Afiqa..
“Then, kenapa awak menggoda dia? Adakah awak ni perampas?”
Afiqa terdiam apabila berdepan dengan soalan maut ini.. Apa yang perlu dicakapkannya nanti.. Dia naik buntu.. Naik gelisah tangannya yang berada di bawah meja..
“Well, I think we’re not supposed to answer that kind of question.. Bila tibanya seru, then saya sahut aje.. And yeah, I’ll marry this girl later on.. Tentang istilah perampas bagi saya, ianya tak wujud. Tiada siapa pun perampas ia cuma berkaitan antara hati dan perasaan..”
“Jadi, Airish awak cuba nak jelaskan bahawa terjalinnya ikatan antara hubungan awak dengan Lisa sebelum ini bukan atas dasar cinta?”
Kali ini, Airish pula terdiam.. Ah, sudah!! Mampuslah aku.. Fiqa!! Tolong aku! Tadi, aku tolong kau, gila! Sekarang, kau tolong aku pulak..
“Ah.. About that… about that…” Airish terdiam sudah.. Jika tadi, Afiqa berdebar menggila sekarang Airish berdenar membabi gila pulak.. Aduhai..
“I think we should not discuss about that.. Apa yang paling penting jodoh itu sudah ditetapkan.. Cuma dengan siapa? Itu semua rahsia.. Dan tentang bakal suami saya dengan Lisa, itu semuanya sejarah..” spontan ayat itu terkeluar daripada mulut Afiqa.. Afiqa tersenyum bangga.. Pasti, Airish akan berterima kasih padanya nanti.. Maklumlah, penyelamat keadaan! Amacam? Ada rupa macam isteri seorang artis tak?
“Okey.. The marriage is a little bit rushed.. Macam ada sesuatu perkara berlaku aje.. Any reasons?” Afiqa merengus.. Banyak pulak soalannya.. Sibuk betul jaga tepi kain orang.. Kain sendiri entah dijaganya tidak..
“Tak.. Tak ada apa-apa yang berlaku.. Cuma, saya..saya sayangkan gadis ini.. I love her.. Yalah, orang cakap benda yang baik tak perlu ditangguh-tangguhkan, betul?” Afiqa memandang akan Airish.. Selamba ayam aje, mamat ni..
“Furtehermore, I wish I can take care of her always.. Jadi peneman dia di kala susah dan senang.. and saya akan jaga dia sentiasa.. For forever..” Airish menjawab tenang..
“Apa ni?” soal seseorang di sebelah Afiqa.. Sekaligus, menyentakkan lamunan Afiqa tentang insiden lebih kurang seminggu yang lalu..
“Lisa masa silam saya? Oh.. Betul ke Airish yang cakapkan ni?”
“Eh.. aku dengar bukan Airish tapi perempuan ni yang cakap.” Afiqa mendiamkan diri sahaja mendengar perbualan dua orang wanita itu.. Dia tahu itu semua salahnya kerana berbicara seperti itu..
Salahnya juga.. Nasib baiklah, Airish hanya mendiamkan diri selepas sidang itu berakhir.. Pasti mereka tidak tahu orang yang mereka sedang umpatkan sekarang ni adalah dia! Nasib aku buat rawatan muka, tak nampaklah sangat muka aku ni.. Kalau tak… siap kau!
“Kesian Airish.. Dapat perempuan macam ni.. Tak sesuai langsung, kan?”
“A’ah lah.. Tak malu! Hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong!! Memalukan aje.. Dahlah tak cantik..”
“Kau pernah nampak dia ke?”
“Tak!”
Afiqa merengus.. Ni dah lebih ni!
“KAU
buat apa ni?” soal Katrina pada Afiqa yang sibuk menilik dirinya di cermin..
Sesampai sahaja mereka di rumah terus, Afiqa pergi berhadapan cermin di ruang
tamu.. Hidungnya ditilik beberapa kali..
“Hidung aku tak mancung ke?”
Katrina terkejut dengan soalan Afiqa itu.. Kenapa tiba-tiba aje?
“Aku tanya ni..”
“Entah.. Biasa aje.. Nak kata mancung tak, nak kata flat pun tak.. Ala, kiranya perfect lah tu..” Katrina menjawab jujur dalam erti kata ayat yang paling sopan..
“Kelakar sangat ke? Kira okeylah ni, hidung macam ni.. Nak tajam macam mana lagi? Tajam macam pisau, baik aku toreskan aje terus ke muka orang tua nak mampus tu!! Biar sedar diri sikit! Mak datin tak sedar diri!” Katrina tergelak mendengar omelan rakannya itu..
“Kau marahkan siapa ni?”
“Nothing! Tak ada apa-apa sangat pun..” Afiqa duduk di sebelah Katrina yang sibuk membelek majalah UV itu.. Cover hadapan majalah itu, begitu menarik perhatian Afiqa.. Lantas, majalah itu ditarik..
“Apa ni? Aku tak habis baca lagilah..”
“Alah.. Kejaplah.. One minute..” wajah Lisa yang terpampang jelas dalam majalah itu ditilik.. A’ahlah..
Hidung dia mancung! Apa Airish selama ni cari perempuan hidung mancung ke?
Hidung Afiqa
dimain-mainkan.. Salah ke ada hidung macam ni? Afiqa menggeleng tiba-tiba..
Tak!! Tak salah! Apa nak dihairankan, Lisa itu kan model, pantaslah semuanya cantik..
Dia ni orang kebanyakkan aje.. Tapi…
“Weh, Rina!”
“Yup!!” perhatian Katrina kembali pada sudut majalah itu.. Cawan yang berisi teh O panas itu dihirup perlahan-lahan..
“Kalau buat pembedahan hidung berapa?”
“Uhukk!!” terbatuk-batuk Katrina mendengarnya.. Air yang dihirupnya terhenti..
“Ah!! Panas!! Panas!!”
Afiqa pantas mencapai beberapa helai tisu lalu dihulurkan pada Katrina.. Katrina mengelap bibirnya.. Ah, pijar benar rasa bibirnya..
“Kau kenapa? Nak buat pembedahan hidung ke?” Wajah Afiqa ditenung.. Apa kena dengan dia ni?
“Kalau boleh…”
“Untuk apa?”
“Untuk Airish..”
“What?! Kenapa? Sejak bila kau concern tentang dia?”
“Kidding!”
Afiqa tersengih.. See!
Kalau dia nak berubah pasti semua orang akan terkejut nanti.. Wajah Lisa di
cover sekali lagi diintai.. Entah kenapa, perasaannya sedikit terasa akan
kata-kata wanita tua di spa itu.. Dia cemburukan Lisa ke? Adakah Lisa cantik?
Ah! Jangan fikirlah, Fiqa!! Kau lagi cantik daripada dialah!
*p/s: please comments ya.. I need to improve.. Bagitahulah ckit2 apa yang awk faham tntng ini..
Haha...best je...Kelakar la Fiqa...nak lagi...
ReplyDeletesalmi: tq.. haha.. teruskn mmbaca kaya saya ni ya.. haha.. :3
DeleteMemang best r ceta ni...tergelak sorang2...
ReplyDelete