“FOR the
bride today, any congratulatory message?” riuh rendah kawasan luar hotel tika
itu. Wartawan cukup memenuhi bahagian luar untuk menemu ramah setiap artis di
situ..
“Airish, just wanna say
congratulations! Finnally you got married before me..” -Zizan Razak- ujarnya
gembira atas kejayaan rakannya..
“Buat Airish, good luck
menempuhi alam dunia baru.. I’m totally happy of you.. Live well, yeah!” –Keith
Foo-
“For, Airish.. What can
I say is, selamat pengantin baru.. Semoga kekal ke anak cucu, ya.. Selamat..”
–Wulan Guritno-
“Wow, Airish! I’m so
glad to know this.. Anyway, semoga you all berbahagia di samping isteri
tercinta.. Lepas ni, tak boleh main-main lagi tau, kena sara untuk dua orang
pulak atau mungkin lebih lagi, InsyaAllah..”- Fazura-
“Airish,
congratulations.. I was surprised.. Be happy, and yeah once again
congratulations..”- Lisa Surihani-
“I wish you all the
best, Airish.. Hows your wife? Is she pretty? Haaa… Congrates, bro!” –Remy
Ishak-
Setelah majlis akad nikah berakhir semalam, di masjid
Pulau Terkukur, kini Afiqa bersiap sedia pula dengan majlis resepsi yang
diadakan sebelah malam pula.. Majlis resepsi yang diadakan di The Palace Golden
of Horses, berlangsung dengan cukup meriahnya.. Ramai artis dan orang kenamaan
yang datang untuk melihat upacara perkahwianan ini memandangkan Tengku Syahir
adalah ahli korporat yang berjaya manakala anaknya Tengku Airish seorang artis
yang tidak kurang popularnya..
Hari ini, Tengku Airish
mengenakan tuxedo serba putih manakala Afiqa pula memakai gaun labuh yang juga
warna sedondon dengan warna pakaian suaminya.. Tengku Airish di sebelah Afiqa,
dijeling.. Kacaknya! Menyempat lagi, Afiqa memuji penampilan suaminya.. Mungkin
otaknya dah mereng barangkali.. Buat
habis air liur aje, bukan suaminya mahu memujinya.. Lelaki itu cuma menjeling
sekilas sahaja sebelum memandang ke hadapan kembali.. Berlagak betullah!
Airish menghulurkan
tangannya, meyilangkan lengan mereka berdua sebelum tersenyum memandang ke
hadapan.. Pengapit mereka, Katrina dan seorang lelaki yang tidak kurang
kacaknya ada di sebelah mempelai ini..
Sementara itu,
anak-anak kecil memenuhi ruangan hadapan dengan barisan lelaki di sebelah kiri
dewan manakala, barisan perempuan di sebelah kanan.. Masing-masing memegang
erat sebuah bakul berisi bunga melur yang ditabur di atas pentas sepanjang
perjalanan mereka menuju ke arah tempat bersanding nanti…
Afiqa disapa debaran
yang menggila sudah.. Tangannya dirasakan sudah menggeletar bila paluan kompang
bergema.. Serentak itu, pintu dewan gergasi ini dibuka menandakan dua hati satu
jiwa datang menghadap menyerikan suasana.. Perasaan gugup Afiqa semakin
menjadi-jadi apabila semua orang bangun menyambut kehadiran mereka.. Dijeling
suaminya di tepi.. Airish kelihatan cukup tenang dan bersahaja.. Apa nak
dikisahkan suaminya ini sudah lali dengan perhatian sebegini tapi bukan dia..
“Ingat jalan penuh dengan ayu dan tunjukkan kaulah
isteri paling bertuah kat atas dunia ni..”
Kata-kata Airish tadi dijadikan
dorongan.. Okey.. Ayu! Rileks.. Just do it. You can do it, Afiqa! Sebaik
sahaja, mata Afiqa bertentang pandang dengan Lisa segera tautan antara tangannya
dan Airish dieratkan.. Perjalanan ke arah pelamin yang dirasakan cukup jauh
itu, ternyata dekat sahaja.. Setelah, mereka melabuhkan punggung mereka di atas
pelamin.. Majlis pun bermula..
Acara dimulakan dengan
bacaan doa untuk mempelai.. Sejurus itu, nyanyian nasyid dan beberapa lagu
berkumandang seiring dengan upacara merenjis kedua-dua mempelai.. Ada juga para artis-artis mempelawakan diri
mereka untuk mengadakan persembahan ketika upacara makan beradap.. Afiqa sempat
mengerling Airish di sebelah yang tidak lekang dengan senyuman manisnya..
Pandai betul dia berlakon, telah Afiqa..
Usai acara di pentas
iaitu, duduk di pelamin dan makan beradab, Afiqa beriringan bersama suaminya
bersalaman dengan para tetamu yang hadir.. Tidak percaya betul akan hari-harinya
dapat bertemu artis-artis yang sangat popular ini.. Mahu diambil autograph
bimbang akan memalukan suaminya nanti.. Hehehe..
“Hai, Fiqa!”
“Eh.. Hai, Lisa..” Afiqa
terkejut dengan kedatangan Lisa di majlisnya hari ini.. Timbul juga akan
kemusykilan di hatinya, akan niat sebenar kedatangan Lisa di majlisnya… Namun,
cepat-cepat Afiqa beristighfar agar tidak terlalu untuk memikirkan keburukan
orang lain..
“Mana Airish?”
“Huh? Airish?”
Lisa mengangguk..
“Ada… dekat sana..”
lambat-lambat Afiqa menunjukkan keberadaan suaminya yang berada di kelompok
artis-artis lelaki di hujung sana.. Lisa mengangguk seraya tersenyum manis
sebelum pamit bergerak ke arah Airish.. Matanya menyoroti pula, akan suaminya
yang bergerak ke arah tempat yang kurang orang sedikit di sana apabila Lisa
menyapanya..
“Fiqa, are you
alright?”
Afiqa menoleh pada
Katrina di sebelahnya.. Rakannya kelihatan sungguh menawan dengan gaun paras
lutut berwarna krim susu itu. Sangat cantik dan nampak elegen sekali..
“Aku? Okey aje.. Why?”
“No.. Aku tengok kau
dari tadi, duk intai-intai suami kau tu.. Kenapa? Bimbang kena kebas ke?”
Katrina merapatkan bibirnya pada telinga Afiqa..
“Kau dah mula sayangkan
Airish, eh?” berkerut dahi Afiqa mendengarnya..
“What?! Mengarutlah kau
ni..”
“Mengarut? Mana ada..
Alah, kalau kau jatuh hati pada Airish pun aku tak terkejut langsung.. Yelah,
siapa yang tak nakkan si Arish yang segak, bergaya, macho, handsome, kacak,
stylo,…”
“Lebih-lebih kan kau
ni! Dahlah.. Nak puji tu, agak-agaklah.. Kang
tak pasal-pasal dengar dek lelaki tu, kembang hidung pulak macam (*Oitt-oitt)
nanti..” Afiqa membuat bunyi babi pula.. Katrina tergelak sakan.. Fiqa ni..
Sangat sempoi perangainya.. Sebab itu, dia senang berkawan dengannya.
Tapi tawa Katrina
beransur reda apabila dia terperasankan akan ada mata dan telinga yang dekat
dengan mereka.. Pasangan itu bagaikan terlopong apabila mendengar bunyian yang
dibuat oleh Afiqa.. Pantas, Katrina menyiku lengan Afiqa,memberi amaran
pastinya..
“Apa?”
Katrina memuncungkan
bibirnya ke arah pasangan tadi.. Membuntang mata Afiqa.. Tidak menyangka ada
orang dekat dengannya.. Rasa gelabahnya cuba untuk disembunyikan..
“Oh.. Saya selsema
tadi.. Nak tarik nafas, tak sangka pulak keluar bunyi macam tu..” Afiqa
tersenyum manis.. Lebih kepada cover-line!
Pasangan yang berada dekat dengan mereka tersenyum mengejek..
“Oh.. I ingatkan Airish
dah salah bezakan antara binatang dengan manusia tadi for his bride..” balas
perempuan muda itu sinis..
Katrina mengetap
bibirnya.. Langkahnya serasa mahu mengejar langkah ke arah perempuan itu dan
melayangkan penamparnya saja..
“Jangan! Tak kisahlah!
Bukan aku kenal pun dengan dia! Setakat orang korporat tu.. Apa nak
dihairankan..” sinis ayat Afiqa.. Sengaja mahu menyalurkan rasa geramnya
melalui cara itu.. Panas juga telinganya saat mendengar ayat itu.. Tapi.. Tak
kisahlah, bukannya dia akan jumpa kembali pun perempuan tu..
“Tak marah ke?”
Afiqa tersenyum..
Senang mempunyai rakan seperti Katrina itu.. Sentiasa membelanya..
“Sikit aje..”
“Sayang! Are you done?”
Afiqa kaget dengan sergahan Airish yang datang secara tiba-tiba sambil memaut
pinggangnya.. Mata Airish seakan mengisyratkan akan papa dan mamanya yang
datang ke arah mereka.. Afiqa mengangguk sahaja.. Merelakan pelukan itu
terjadi.. Kalau tidak, memang dah bagi side-kick
tadi.. Katrina pula berlalu pergi, memberi ruangan pada rakannya..
“Airish, mama dah nak
balik.. Take care, ya..” bahu Airish diusap Datin Fariza lembut.. Mata tua itu
kini beralih pada Afiqa di sebelah suaminya..
“Fiqa.. Jaga Airish
elok-elok.. Jadi seorang isteri yang taatkan suami.. Ingat, syurga seorang
isteri itu ada di bawah seorang suami.. Jangan ingkar cakap suami atau perintah
suami selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak..” Segera tubuh Afiqa
dibenamkan ke dalam pelukan Datin Fariza.. Afiqa terdiam seribu bahasa.. Agak
kaget dengan apa yang berlaku.. Mama Airish sungguh baik padanya.. Sungguh dia
tidak sangka sama sekali.. Sangkanya, mamanya akan membencikan dirinya dek
hubungan Airish dan Lisa berantakan gara-garanya..
“Sudah! Let’s go.. I’ve
more important things to do..”
“Baik, Tengku.. Jom..”
langkah Tengku Syahir dibantu Datin Fariza.. Pengawal peribadinya setia di
belakang dan di sisi.. Afiqa seperti terperasankan sesuatu. Tapi, didiamkannya
sahaja.. Malas mahu menimbulkan pelbagai persoalan nanti dalam benaknya..
“Lepaslah!!” Afiqa
menolak terus tangan Airish dari melingkari pinggangnya.. Airish beriak
selamba.. Tangannya masih erat memeluk pinggang ramping Afiqa itu.. Tubuh Afiqa
semakin ditarik rapat ke pinggangnya..
“Jom.. Esok kita ada
satu lagi majlis..”
“Ada lagi ke?”
Airish mengangguk..
“Majlis apa?”
“Banyak tanya pulak..
Ikut ajelah..”
Afiqa mencebik.. Ceh!
Baik tak payah cakap ada majlis tadi..Tahu menyusahkan orang aje..
AFIQA
menutup perlahan pintu kamarnya.. Tubuhnya dihempaskan kuat atas katil dengan
pakaian pengantin yang masih belum tertukar.. Kenapa episod ceritanya akan
berlangsung begini? Cincin yang tersarung kemas di jari manisnya ditenung..
Kini, ikatannya dengan Airish sudah sah di sisi agama.. Beginilah dahulu apa
yang dia impikan. Untuk menjadi seorang isteri kepada seorang artis.. Seperti
beberapa tahun dahulu, ketika dirinya sedang hangat bercinta.. Ingatan kisah
lalu menjelma lagi dalam ingatannya..
“Bang, air milo ais
satu!” pinta Hairul pada pelayan di warung Pak Senan itu..
“Ah.. bang, lagi satu!”
panggil Hairul kembali pada pelayan lelaki tadi.. Lelaki tersebut mematah
kembali menghadap Hairul di meja sana..
“Ada apa?”
Hairul tersenyum tawar.
“Tolong panggilkan Fiqa
sekali untuk saya, okey?”
“Oh.. No hal!”
Hairul memandang jauh
ke arah bukit bakau yang terbentang luas di hadapan matanya.. Warung Pak Senan
ini mempunyai sangat indah akan pemandangannya.. Laungan pelayan lelaki
tersebut yang memanggil Afiqa memaksa Hairul untuk memandang ke arah Afiqa yang
laju berlari anak mendapatkannya..
“Eh.. Abang..” ujar Afiqa
menyengih panjang.. Wajah Afiqa kelihatan teruja benar.. Tangannya yang masih
ada sisa-sisa sabun dilap di apron.. Matanya tertacap pada penampilan Hairul..
Wah, kacak betul teman lelakinya ini!
“Duduklah..” pelawa
Hairul..
“Ha? Duduk.. Oh, ok..”
Kerusi hadapan Hairul ditarik perlahan.. Punggungnya dilabuhkan di kerusi
tersebut..
“Abang.. Fiqa, tengok
tau, show abang semalam..”
“Oh, ya? Dekat mana?”
soal Hairul gembira bercampur baur dengan terharu..
“Yalah.. Dekat
telivisyen aje, sebab Fiqa kerja time tu.. Tapi, tima abang punya show, Fiqa
tak terlepas langsung tau! Best! Sangat best!”
Hairul tersenyum
hambar.. Resah gelisah disapa tubuhnya semakin menggamitkan rasa.. Debaran
halus ternyata dirasainya juga.. Tidak mampu menidakkannya lagi..
“Fiqa..”
“Bang Aya, Fiqa nak
milo ais satu!” laung Fiqa dari jauh.. Abang Aya hanya mengangguk sambil
mengangkat ibu jarinya memberikan tanda persetujuan akan arahan itu..
“Abang cakap apa,
tadi?”
Afiqa tidak dapat
menyembunyikan rasa terujanya.. Sudah sekian lama dirinya menantikan kedatangan
Hairul, sejak lelaki itu menjejakkan dirinya dalam dunia hiburan, mereka jarang
sekali bersua muka.. Sekarang ini, Hairul sangat sibuk dek lelaki itu sudah
berjaya menempatkan dirinya di antara kelompok yang terbaik di dalam program
realiti di telivisyen.. Kelihatan lelaki itu amat bergaya sekali, kini.. Bangga
sedepa Afiqa dibuatnya apabila masyarakat kampung tidak putus-putus memujinya
mengatakan bahawa dialah manusia paling beruntung kerana bakal bersuamikan
seorang artis, nanti..
“Fiqa.. You must…”
Kata-kata Hairul mati
tatkala mereka diganggu oleh pelayan yang menghantar minuman untuk mereka
berdua.. Afiqa pantas, meminumnya rakus.. Dahaga sekali rasanya.. Sehari suntuk
hari ini, dia berhempas pulas di dapur mencuci apa yang patut. Sangat letih..
Tapi, rasa letihnya bagaikan pudar apabila sang idaman hati datang menyapanya..
Afiqa sempat menjeling Hairul yang kelihatan tercengang itu..
“Kenapa? Air milo ais
abang Aya kan, best! Dulu-dulu, abang selalu order air ni.. Minumlah.. Mesti
dah lama, abang tak rasa kan?” ujar Afiqa sambil tersenyum panjang.. Hairul
menggengam kelima-lima jarinya kemas.. Erat dalam genggamannya..
“Fiqa.. Abang ada
sesuatu nak cakap dengan Fiqa!” tegas bunyinya menyebabkan perbuatan Afiqa mati
disitu.. Setia matanya menatap sepasang mata bundar coklat lelaki itu..
“Fiqa.. Abang.. abang..
sebenarnya…” Jaket yang dipakai Hairul diselak sedikit.. Tangannya dimasukkan
ke dalam jaket.. Mencari sesuatu di dalam poket jaketnya.. Afiqa menelan air
liurnya.. What? Matanya memerhatikan setiap tingkah laku Hairul itu.. Dalam
benaknya kini, yang ada cuma satu..
Oh my God.. He want to
propose, just like in the romantic movie!!
Wow!! Hati Afiqa disapa
debaran yang menggila.. Tidak sangka detik-detik ini akan menjadi bersejarah..
Walaupun suasana di warung ini, tidak romantik tapi tak mengapa.. Asal bahagia!
Afiqa mengigit bibirnya.. Rasa tangannya sudah menggeletar habis.. Dia tidak
pernah melalui saat-saat seperti ini!!
“Abang nak…”
“Tunggu!!” Afiqa
berdiri tegak.. Hairul yang terkejut dengan tindakan spontan Afiqa mendongak..
“Fiqa.. nak pergi
ladies!”
“Err.. Okey…” Hairul
membalas.. Fuh!! Dada Hairul disentuh kejap.. Kenapa susah sangat nak sebut ni?
Kenapa bibirnya bagaikan beku ni?
Afiqa menutup kemas
pintu tandas di warung itu.. Meskipun, tandas itu berbau yang amat, tapi bauan
itu seakan hilang! Hilang berterbangan kerana rasanya hatinya yang sedang
mewangi sudah menerombos terdahulu dalam setiap rongga di tubuhnya.. Ah.. Nyamannya..
Kena bagitahu Rina ni!
Handphone Nokia C3
dikeluarkan dari poket.. Punat compose di tekan..
Rina!! Oh My Gucci!! You might don’t believe this,
but… Hairul gonna propose me!! Finally!! This is the day, Rina.. This is the
day!! Yahoo!!
Butang sent ditekan..
Cermin di compact powdernya dibuka lalu dibelek penampilannya.. Oh, no! Nampak
comot sikit dengan bajunya t-shirt lengan panjang berwarna merah hatinya serta
seluar slack hitam lusuh.. But, still okey.. Still cantik!! Afiqa memuji
dirinya sendiri.. Lantas, saat lock di pintu tandas itu mahu dibuka, bunyi beep
dari handphone miliknya menyentakkan Afiqa.. Niat mahu keluar dibatalkan
sahaja..
What?!!! Oh My Lord!! How the ring? Is it pretty?
Diamond? How about the size? Big? Arghh!! I can’t wait anymore.. Tell me how it
happens? Oh, No!! Tak syok! Ermm.. Oh, yeah.. I got an idea!! Fiqa, aku nak
datang rumah kau malam ni! I’ll spend night at there! Tak sabarnya nak dengar
cerita tu.. I wanna hear from A until Z.. Okey? Hehe.. XOXO.. Muahh!!
Lebar sengihan di bibir
Afiqa.. Sesungguhnya dirinya juga tidak sabar menantikan detik itu.. Butang
reply ditekan.. Dia mahu bersiap keluar pula.. Tak sabar menghadap pujaan hati
ni!
I haven’t seen the ring yet.. But, how the size, or
the quality itu semua tak penting.. Yang penting, dia sukakan aku!! Ah.. I’m
about to die now.. Okey.. Gotta go! Pray for me to ease everything, soon my
dear.. And of course, malam ni aku akan ceritakan semuanya.. Bye, babe!!
Lalu, Afiqa melangkah
keluar.. Belakang tubuh Hairul dipandang sayang.. Oh, Hairulku sayang..
Good luck, my dear!! Wish you luck!
Thank you, Rina!
Handphonenya kembali dimasukkan ke dalam poket.. Duduknya disambung kembali..
Nafas ditarik seketika.. Relaks, Fiqa!!
“Abang, do you free
tomorrow?” sebaik sahaja, duduknya dilabuhkan terus Afiqa menyoal Hairul..
“Why?”
“Well.. Fiqa fikir dah
lama kita tak keluar berdua.. Kali terakhir, iaitu awal tahun lepas.. It has
been ages since we went on date..”
Rasa kelat di tekak
Hairul, memaksanya untuk meneguk air milo ais itu.. Kering betul tekuknya di
kala ini..
“Apa kata, from now on
kita selalu keluar bersama..”
Tersedak Hairul
mendengarnya.. Afiqa yang panik melihatnya mencapai tisu di atas meja lalu
dilap ke mulut Hairul.. Agak cemas apabila secara tiba-tiba Hairul terbatuk..
Ada orang mengumpat teman lelakinya ke?
“Tujuannya, biar
reporters, tahu about our relationship together.. Then, it’ll be okey, for your
career, lagipun Fiqa kena bersiap sedia dengan environment baru ni..”
Afiqa mengangguk ceria
dan tersenyum panjang.. Hairul mengeluh.. Keluhan itu kedengaran agak berat
sekali.. Lantas, kedua-dua tangan Fiqa dicapai dan digengam erat.. Membuntang kedua-dua
mata milik Afiqa dibuatnya.. Bibirnya mengukirkan senyuman sendiri tanpa
dipaksa..
“Fiqa! I wanna tell you
something important..”
Dah mula dah! Telah Afiqa..
“It’s all about us.”
Jiwanya perlu kuat..
Hatinya perlu kukuh.. Jangan pengsan Fiqa.. Kau kena dengar semua ni.. Jangan
terlepas pun..
“Let’s this be the day
in which we..”
Just say it.. we get
married? Or we get engange? Or officially announce about our relationship? Oh..
Just say, sayang!
Serentak, Hairul dan Afiqa
memejamkan mata.. Masing-masing mencuba
mencari kekuatan diri untuk berhadapan dengan situasi ini..
“In which we put a dot
on our relationship..”
Zaappp!!
Mata Afiqa yang
terkatup kemas, dibuka seluas mungkin.. Dia salah dengarkah? Matanya kembali
merenung Hairul di hadapannya.. Renungan tidak berkelip Hairul sangat
meyakinkan akan apa yang didengarinya adalah tidak salah..
“Abang? Are you joking right
now?”
“No.. I’m serious, Fiqa..”
Senyuman yang
tersungging di bibir Afiqa terhapus.. Mudah sahaja senyumannya dihapuskan hanya
dengan kata-kata itu.. Semangat yang dikumpulnya tadi, seakan rapuh sudah..
“Let’s just end this relationship..”
“But… but. Why?”
“I’m sorry, Fiqa.. But,
truly I was never in love with you, before..”
Afiqa kaku terduduk di
situ..
“The confession before,
is just…. Is just… a fake for me! I think… I think.. I’m may drunk on that
day.. That’s why I say that words.. So, when I get realize all of this, I think
I can’t tell you the truth. Instead, I’m just pretending to be your lover!”
Afiqa mengangkat
mukanya.. Tersentap jiwa dan raganya.. Tidak percaya rasanya bahawa semua apa
yang dilaluinya ini hanya tipu! Apakah semua ini? Hairul terus mengeluarkan
duit dari jaketnya.. Afiqa hanya memandang.. Sangkanya, cincin tapi duit.. Rasa
sedih yang menggila ditahankan..
“Fiqa.. Ambik duit ni..
Abang gantikan balik semua duit abang yang pernah Fiqa pinjamkan pada abang
dulu..” Hairul menghulurkan beberapa keping lima puluh ringgit Malaysia pada Afiqa..
Afiqa masih erat mengengam tangannya sehingga memaksa Hairul untuk menarik
tangan Afiqa dan meletakkan duit itu di atas tangannya..
“Seumur hidup Fiqa,
Fiqa tak pernah berkira dengan abang! Sumpah abang.. Fiqa ikhlas buat kerja
semua ini, untuk bantu abang.. Bantu abang untuk sara hidup abang di KL nanti.
Tak pernah terlintas pun di benak fikiran Fiqa untuk mengambil balik semua duit
ni..”
“Jadi, Fiqa tak mahukan
semua duit ni?”
Mencerlung tajam mata Afiqa
menikam pada Hairul..
“Fiqa tak mahukan
duit.. Fiqa mahukan abang!! Susah sangat ke abang nak faham perasaan Fiqa?!!”
Hairul terkejut dengan
perubahan emosi Afiqa yang mendadak itu..
“Tak.. Tak boleh!”
“Kenapa tak?”
“Bagi abang.. Fiqa tak
layak berdampingan dengan abang.. Maksud abang… Cuba Fiqa tengok diri Fiqa
sendiri.. Bagi abang, Fiqa tak ubah bagai orang-orang tua di kampung ni..
Dengan berpakaian macam ni.. Langsung tak ikut putaran masa.. Dengan
perangainya tak serupa orang.. Fiqa ingat Fiqa mampu untuk jadi seorang isteri
or girlfriend pada artis macam abang, nanti? Abang tak nak career abang hancur
nanti hanya disebabkan Fiqa.. Fiqa fahamkan maksud abang?”
Berkaca-kaca mata Afiqa..
Perit di hatinya tiada siapa rasai.. Dadanya terasa sangat sakit sekarang ini..
“I’m genuinely sorry..
I never ever wanted to hurt you like this.. I really didn’t.. But, Fiqa.. I
have to.. For the sake of my career, of course! Jadi, abang rasa baik abang
sediakan payung sebelum hujan..” suara Hairul mulai kendur..
“Dan, satu lagi…”
Afiqa sudah sakit
mendengarnya.. Jiwanya mudah rapuh.. Bila-bila masa sahaja, hatinya akan
hancur..
“Sudah, abang! Sudah!”
Air mata Afiqa yang
mahu mengalir ditahankan sekuat mungkin.. Segera, langkahnya mahu segera
diarahkan ke arah dapur semula.
“Fiqa! Tunggu! I’m not
done yet!!”
Afiqa berhenti.. Namun,
tubuhnya masih tidak dipalingkan menghadap Hairul..
“Fiqa mintak maaf,
seandainya selama ini abang malu untuk ada seorang girlfriend yang macam ni..
Jangan bimbang, abang.. Fiqa tak akan ganggu lagi hidup abang.. Maaf sekali
lagi kerana menyusahkan hidup abang kerana terpaksa berhadapan dengan seorang
perempuan yang bodoh dan bahlul macam ni..”
Afiqa menyambung
kembali langkahnya..
“Oh… Fiqa!! Tunggu!!”
Hairul sudah berdiri
memanggil kuat nama Afiqa..
“Fiqa ada kerja.. Abang
pergilah balik.. Nanti nampak dek wartawan akan burukkan nama dan karier abang
pulak..”
Hairul terdiam
memandang pemergian Afiqa yang meluru masuk ke dalam bahagian dapur itu.. Afiqa
merenung lama cincin estrella diamond yang tersarung kemas di jari manisnya..
Cincin inilah yang selalu dinantikan Afiqa dahulu.. Suatu masa di mana
hubungannya dan Hairul baik.. Sayangnya.. Hubungan mereka berakhir seperti
itu..
“Abang…”
Setitis air matanya
mengalir menuruni lekuk halus pipi gebunya.. Menangisi akan nasibnya yang satu
itu..
Waa...sian fiqa...jahatnya hairul...sambung lg...suka...best...
ReplyDeletehahaha.. tu la pasal.. kesian kan kat Fiqa.. haha.. Truskan membaca ya..
DeleteKesian Fiqa...
ReplyDeletehurmm.. nak buat macam mana itulah realiti hidup dia.. kesian.. ;(
Delete