Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 9
Misi Cinta Gila
Episod 9
PAGI-PAGI lagi Ilman dah tercongok depan rumah. Sesuatu yang sangat tak menyenangkan bagi Shiqin buat kali pertamanya. Mama dah senyum lebar. Mana tak suka kalau calon menantu to-be nya seakan tunjuk respon yang positif. Yes! Mama dan Shiqin memang punya taste yang sama. Dan katakanlah kalau Shiqin sekalipun tak ada anganan mahu kahwin dengan Ilman, mamanya sudahpun punya rancangan seperti itu. Cuma kini ianya lebih mudah bila Shiqin pun sukakan apa yang mamanya suka.
“Apa abang buat kat sini?” Ilman tak menjawab, lebih senang dengan pamer senyuman menggodanya.
“Masuk.” Pintu sebelah pemandu dibuka. Lagi bikin mamanya sengih lebar sampai nampak-nampak giginya. Shiqin tak membantah. Meski dia rasa pelik yang teramat tapi dia pasrah aje. Ilman menunduk hormat pada mamanya sebelum turut sama masuk ke dalam perut kereta.
Sepanjang perjalanan mood Ilman sungguh baik. Apa yang merasuknya sehingga sanggup datang pagi-pagi ke sekolah dia sendiri pun tak punya idea. Shiqin betulkan duduk. Sungguh dia rasa tak selesa. Hujung matanya masih tajam untuk mengecam pandangan itu. Bukan sekali Ilman menjelingnya. Banyak kali juga.
“Kenapa..abang pandang saya macam tu?”
“Kenapa tak dengar cakap abang?” ayat itu jelas dan sudah nyata. Sayangnya ianya terlalu tersirat sehinggakan Shiqin sendiri bingung apa yang dimaksudkannya.
“Cakap apa?” Ilman masih senyum. Tak melenting cuma kepalanya menggeleng beberapa kali.
“Abang dah pesan kan jangan rapat dengan Ridz. Tak ingat?” Memang tak faham dengan lelaki yang sorang ni. Apa yang Ilman mahukan sebenarnya? Shiqin sendiri bingung. Kalau tak berlakunya hal semalam memang dia dah sakat Ilman sekarang ni. Bunyi dari suara lelaki itu gayanya kedengaran cemburu tapi kekadang apa yang difikirkannya biasanya menyimpang sikit dari apa yang Ilman fikir.
“Shiqin memang tak rapat dengan Ridz.”
“Habis semalam?” habis sahaja Shiqin cakap, Ilman dah menyampuk. Shiqin kat sebelah dah nak keluar biji mata. Dadanya berdebar bukan main. Ilman nampakkah apa yang jadi semalam?
“Abang..abang nampak?”
“Jangan cakap macam abang tak ada mata, Eqin.” Shiqin gigit bibirnya. Makin lama dia bercakap dengan Ilman tentang Ridz makin buat dia sakit. Lelaki itu bercakap bagaikan mereka punya hubungan yang istimewa tapi nyatanya bagaimana? Oh! Sungguh memeningkan.
Shiqin pandang depan balik. Ada satu soalan berlegar dalam mindanya. Dia nak tanya tapi memandangkan jarak antara mereka dan sekolah makin dekat, dirasakannya lebih baik jika terus dia berdiam diri begini.
“Abang..sayangkan Shiqin?” Ah, sudah! Mata Shiqin membulat besar. Apa dia buat ni? Janji tak nak cakap! Habis..ni apa? Mulut diketap kuat. Ilman pandang Shiqin kat sebelah. Pasti lelaki itu juga kaget dengan soalan luar alam itu.
Namun, ada senyuman terukir di bibirnya selepas itu. Shiqin terpana sekejap. Manis sungguh senyumannya. “Sayang.” Aduh! Nak pengsan bila dengar. Hati Shiqin dah mekar balik dengan bunga-bunga cinta. Tiba-tiba semangat yang dah direntap dengan soalan Ridz semalam lenyap begitu sahaja.
“Terus..abang cintakan Shiqin?” kali ini Ilman beriak lain. Tak senyum dan tak menjawab. Handbrake dia tarik.
“Dah sampai.” Shiqin kerut dahi. Tubuhnya sengaja dikeraskan. Berlagak degillah. Nak takut pun tak ada orang yang datang awal-awal macam ni. Dia sememangnya biasa datang awal untuk study.
“Abang tak jawab lagi soalan Eqin!” dia cuba bertegas. Kalau selamanya dia hanya beralah dengan lelaki itu sampai bila-bilapun dia akan kempunan mahukan jawapan tulus darinya.
Ilman mengeluh. Matanya masih pandang ke depan. Kenapa tak pandang Shiqin? Shiqin pun tak tahu kenapa. Baginya kalau bercakap mestilah mata saling ke mata, barulah dia dapat lihat keikhlasan itu bila orang bercakap dengannya.
“Shiqin..look..” baru sekarang Ilman pandang dia. Jawapan yang dinantikan Shiqin ternyata tak lama bila cermin keretanya diketuk seseorang. Mata Ilman langsung tak berkalih dari pandang ke luar. Shiqin yang buat tak peduli dengan kedatangan itu jadi naik angin bila Ilman mula hilang fokus untuk bercakap dengannya. Dengusan kasar terlahir di situ. Siapa pulak yang mengacau ni?! Kak Athirah ke? Memang nak kena cincanglah!
Darah naik ke muka. Pucat lesi wajah Shiqin bila tengok tubuh itu.
“Jangan keluar Shiqin!” Shiqin terkejut bila suara itu naik meninggi tiba-tiba.
Shiqin dalam dilema. Ingin dibuka pintu itu atau dibiarkan begitu sahaja. Ridz dekat luar kancing gigi kuat. Tanpa endahkan sesiapa tangannya dah mula membuka pintu. Ilman yang nampak tindakan spontan itu, pantas sahaja tangannya ingin mengunci. Baru punat itu ingin ditekan, pintu Shiqin dah terbukak luas.
Shiqin yang tak sempat buat apa-apa terkejut bila tangannya direntap kuat sebegitu rupa. Terjerit kecil Shiqin. Ilman tak duduk diam sama. Tubuhnya mula keluar dari perut kereta.
“Kenapa dengan kamu ni?” karekternya sebagai cikgu masih dijaga dengan baik. Tak mahu timbulkan kekecohan, tenang sahaja suara itu bertanya.
“Cikgu tu..kenapa bawak kekasih saya ke sini? Macam dia tak biasa datang sendiri.” suara Ridz kedengaran agak tegang tapi masih terkawal. Cuma matanya begitu tajam memandang Ilman. Memang nampak pandangan tak puas hati dari ekor mata Shiqin. Shiqin tarik nafas. Dadanya dah berdebar sakan ni.
Mana tak berdebarnya kalau tetiba mamat ni buat pengakuan gila! Dikatanya aku kekasih dia? Oh god! Gila ke? Bila masa aku declare semua tu?
“Kamu lupa ke? Rumah cikgu dengan dia kan..dekat.”
“Dekat tak dekat ke, itu dah jadi masalah! Cikgu tak tahu ke, nanti apa kata orang? Cikgu tak fikir perasaan Shiqin? Kalau orang cakap dia macam-macam nanti macam mana?”
“Hey..tenanglah. Orang lain tak fikir sempit macam kamulah. Orang lain cuma anggap itu sebagai pertolongan guru pada anak muridnya. Itu aje. Nothing much more than that.” Ridz tayang senyuman sinis.
“Cikgu mungkin tak nampak lagi kesannya macam mana..saya bercakap untuk apa yang akan berlaku masa depan nanti. Kalau cikgu tak tahu apa-apa baik cikgu diam. Lagipun..saya masih ada kudrat sendiri untuk Shiqin. Saya ada! Macam yang saya cakap. Dia kekasih saya maka saya tahulah macam mana nak jaga dia.” entah kenapa hati Shiqin berdetak laju. Detakkannya lebih laju dari biasa. Mata pandang Ridz. Lelaki itu masih tenung pada Ilman. Tak sempat Shiqin nak larikan pandangannya, mata mereka bertembung.
“Jom!” selamba badak aje Ridz tarik dia. Eh, mamat ni nak bawak aku ke mana? Aku nak ke library lah! Nak mengamuk tapi tak jadi bila kaki Shiqin kini memang berhenti depan perpustakaan. Tergamam sekejap. Aku jerit secara real ke atau cuma dalam hati aje tadi?
“Tangan saya..lepaskan.” kuat Shiqin rentap pergi tangannya. Ridz masih berdegil tapi bila Shiqin bertegas dengannya, dilonggarkan pegangan itu.
“Awak buat apa ni, Ridz? Siapa cakap kita pasangan kekasih?”
“Awak tak suka? Saya tengah bantu awak sekarang ni? Tak nampak ke? Ilman tu tengah cemburu. Can’t you see that?” Oh ya? Shiqin tak perasan pulak. Asyik sangat dia menunduk sebab malu kena pegang kuat macam tu dengan Ridz. Erk! Malu? Kenapa pulak dia boleh ada perasaan macam ni?
“Apa-apapun ianya tetap buat saya tak suka. Jangan buat benda yang bodohlah Ridz.”
“Kenapa awak naik dengan dia? Dah tak sabar nak jadi bini dia?” ni berlakon ke betul? Suara lelaki itu memang bau cemburu.
“Awak ni kenapa?”
“Bodoh sangat ni kenapa? Kan saya dah cakap, saya sukakan awak. Salah kalau saya cemburu?” Shiqin jadi tak tentu arah. Apa kena dengan dia? Huh! Pedulikanlah Shiqin.
“Jadi..macam mana?” Argh! Memang menggangu ketenteraman Shiqin sekarang ni. Nak buat kerja pun tak jadi. Langkah yang dah separuh masuk dalam library dah berpatah balik pandang Ridz.
“Macam mana apa?”
“Terima pelawaan saya?”
“Pelawaan apa?”
“Couple!” Shiqin menggeleng.
“Huh. Gila!” baru Shiqin melangkah masuk, sekali lagi langkahnya dihalang. Bukan dengan suara lelaki itu tetapi dengan tindakannya yang dengan selamba tarik tangannya. Terkejut Shiqin.
“Saya serius. Jom couple?”
“What?! Couple?” serentak kami kalih pandang pada suara yang separuh menjerit itu. Alia!
Dada aku dah berdebar sakan. Rasa nak study jadi tak study. Macam mana nak study kalau masing-masing dah tenung dia macam nak bunuh aje. Alia ni memang! Kenapalah dia boleh menjerit tadi? Kalau dia sorang aje kat sini tak apa! Ini dia menjerit, menjerit pulak tak kena tempat! Di library? Memang mencari nahaslah. Kang tak pasal-pasal tempat yang jadi pusat menimba ilmu jadi pusat mencari gossip!


Subscribe to:
Post Comments (Atom)