“SEDAP??” soal Afiqa dengan
kakinya yang diayun laju. Dari bawah dan ke atas.
“Rasa-rasa?”
Airish mengerutkan keningnya pabila melihat Afiqa pantas membuka mulutnya
meluas.. Airish naik pelik melihatnya.. Keningnya hampir bertaut menjadi satu..
“Kau
ni kenapa?”
“Dah,
tadi cakap rasa-rasa.. Sekarang suaplah sikit..”
“Aisyyhh..
Cakap dengan orang failed bm ni memang susah..” membuntang mata Afiqa mendengarnya..
Failed? Bahasa aku sendiri?
“Oh..
Orang failed bm, ya?” Airish mengangguk bersahaja.. Tika Afiqa melihat Airish
yang agak leka itu, pantas aiskrim milo itu disuap ke dalam mulutnya
menggunakan sudunya sendiri..
“Woii!!
Apa ni!! Tak guna.. Aku dah belanja aiskrim kau, sekarang kau kebas aku
punya!!”
“Padan
muka.. Siapa suruh cakap ayat susah-susah dengan orang failed bm ni..” perli Afiqa
selamba.. Airish semakin menyampah nampaknya.. Aiskrim milonya disuap dengan
perasaan kosong sahaja.. Kemudian, matanya bagaikan perasan akan jelingan Afiqa
yang tanpa henti memandang ke arahnya.. Airish cuba berlagak selamba.. Aiskrim
itu disudunya lagi.. Satu sudu.. Dua sudu.. Tiga sudu.. AH!!! Terus, Airish
memandang Afiqa dengan perasaan penuh kegeraman..
“Kau
apehal?!!” marah Airish dengan sudunya masih melekat di bibirnya.. Nampak
sangat… comel! What?! Fiqa?
“Did
you notice that… we… just shared an indirect kiss now?” usik Afiqa nakal..
Usikannya bagaimanapun hanya dibalas dengan tawa sinis Airish sahaja..
“Patutlah
berbau aiskrim ni.. Dari mulut kau rupanya.. Hapak habis..” bagaikan terkeluar
asap daripada kepala Afiqa tatkala mendengarnya.. Hisy, mamat ni.. Memang nak
kena.. Tangannya diangkat naik tinggi ke langit..
“Dasar
orang tak kenang budi.. Baru aje, selamatkan dia tadi..” omel Airish sekadar
mahu bergurau senda dengan Afiqa.. Afiqa yang mendengarnya terus mematikan
niatnya yang ingin mencedok aiskrim Airish.. Tangannya dijatuhkan kembali..
Wajah gadis kecil ini kelihatan suram sekali.. Airish menghentikan suapannya
apabila suasana antara mereka bertukar sunyi sepi.. Terasa canggung apabila
keadaan dalam sebegitu.. Wajah Afiqa yang menekur di rumput carpet itu ditenung..
“Woi..”
Airish menyiku lembut lengan Afiqa..
“Eh,
kau period eh.. Cepat sangat tukar mood.. Huh?”
“Airish….
Bila difikirkan balik.. Macam mana awak boleh ada dekat sana? How did you know
I was there?”
Airish
menghembuskan nafasnya..
“Dahlah
failed bm, cepat lupa pulak.. Kau yang bagitahu aku, kan..”
“Oh,
ya ke?”
“Eh,
taklah!” Afiqa mengetap giginya.. Sakit hati dengan sikap memerli Airish ini..
“You
should never chase after a lost love..” Afiqa tersentak dengan kata-kata Airish
yang secara tiba-tiba setelah suasana suram menemani mereka tadi..
“But
everyone’s deserves the second chances..” Afiqa menjawab dengan maksud yang
tersirat.
“But,
somehow the second chance may be hurt you even more..”
“But,
I do love him..”
“Huh..
Love?” soal Airish sinis bersama dengan pandangannya jua..
“Cinta
itu buta? Cinta tak kenal pangkat atau darjat? Dan cinta itu satu penyakit..
Tahu?” Afiqa terdiam, menyebabkan Airish ketawa kecil.. Agak sinis sebenarnya
kedengaran akan tawanya..
“Cinta
boleh jadi racun dan boleh jadi penawar.. Tapi, kadang-kadang penawar itu akan
ditempuhi dengan penuh kepahitan.. Satu
kepahitan memberi satu kegelapan.. Kadang-kadang, cinta memerlukan akan
pengorbanan.. Pengorbanan yang mungkin akan memutuskan satu ikatan yang sudah
kekal sejak berzaman, or ikatan yang baru hendak dikukuhkan tapi terhenti hanya
disebabkan dengan satu perbuatan..” Kecik besar, kecik besar mata Afiqa
memandang Airish.. Aiskrim milo ditangan Airish dicuri senyap-senyap lalu
disudu ke mulutnya..
“Awak
berpuisi ke?”
Airish
mengetap giginya..
“Aissshh..
See! Kau takkan faham punya bahasa melayu taraf tinggi ni..” sinis Airish
memerli Afiqa.. Melayan minah ni, memang membazir air liurnya saja.. Matanya
tiba-tiba membuntang apabila sudunya yang mahu disaukkan aiskrimnya bagaikan
hanya disaukkan angin sahaja.. Pantas, wajahnya ditundukkan.. Berderau darahnya
melihat bekas putih yang sudah kosong itu.. Segera, pandangan dialihkan ke arah
Afiqa disebelah.. Gadis itu kelihatan mengigit sudunya sambil mengangkat
peace..
“Jom..
Pergi beli sekali lagi..” pantas Airish berdiri, lalu dibuangkan bekas kosong
itu ke dalam tong sampah.. Bajunya di bahagian belakang yang ternaik ke atas
sedikit diturunkan.. Ajakan Afiqa tidak dipedulikan.
“Dahlah..
Aku nak naik dulu.. Penat duk melayan kau..”
“Tunggu!”
Airish terhenti.. Suasana menjadi sunyi. Keadaan itu membuatkan Airish nekad
untuk menyambung langkahnya kembali..
“Tapi,
segala perbuatan yang dilakukan itu pasti akan berbalas.. Dan segala halangan
yang ditempuhi dengan penuh kepahitan pasti akan bertukar menjadi satu titik
permulaan ke arah kemanisan hidup..” Afiqa menjawab kembali kata-kata madah
Airish itu tadi.
Airish
berhenti.. Tubuhnya kaku, tidak bergerak..
“Betul
kan, apa saya cakap, Airish?”
Kening
Afiqa diangkat tinggi..
“Saya
tanya, betul tak ni?” desak Afiqa pula..
“Tapi
walau bagaimanapun, segala titik permulaan ke arah kemanisan itu akan kekal di
situ apabila tiada sesiapa yang menyambung akan titik yang keduanya..” Kini,
giliran Afiqa terdiam pula.. Memandang pemergian Airish yang meluru pantas
memasuki ke dalam rumahnya.. Afiqa terduduk di atas bangku.. Mengulangi kembali
ayat Airish itu.. Peristiwa petang itu, terimbas kembali dalam ingatan.. Wajah
Aidil yang berang itu diimbas lagi.. Ada sesuatu yang pelik di pandangan
matanya tika itu.. Sesuatu yang dia perasankan tapi, apakah itu? Dia sendiri
kurang pasti..
“Hey,
Fiqa?! What’s this? Are you out of your mind? Tak bersedih ke pasal hari ni?
Kalau orang lain dah penuh setangki tab air mandi tu dengan air mata.. Tapi,
aku? Tak sedih ke?” Afiqa menyoal diri sendiri.. Mulutnya dimuncungkan
seketika.. Segera, kepalanya digelengkan.. Nope! Dia tak mungkin sedih lagi..
Dan tak akan.. Cukuplah air matanya berakhir di situ untuk Hairul. Cukuplah!
Azam Afiqa meninggi.
BUTANG baju kemeja
dibutangkan Airish satu persatu dengan ralitnya.. Hari ini, dia akan memulakan
hari yang baru.. Dia akan bertemu dengan pengurusnya untuk bertanyakan segala
perihal tentang kerjanya yang akan berlangsung di Malaysia nanti.. Dengarnya,
dia kini sudah mendapat pelbagai jenis tawaran drama-drama tempatan.. Fuh!! Tak
sabar rasanya untuk dia memulakan hari yang baru ini..
Seluar
slack putihnya dicari dalam almari.. Pintu itu diselak kemudiannya.. Mana,
seluar aku ni? Satu persatu dibelek, namun tidak jumpa.. Airish bercekak
pinggang.. Mana pulak ni.. Rasanya ada dalam almari ni.. Almari keduanya pula
diselak.. Rancak matanya meneliti satu persatu seluar itu.. Dari satu tingkat
ke satu tingkat.. Akhirnya matanya terhenti.. Senyumannya diukirkan.. Sini kau,
menyorok, ya! Tak guna.. herdik Airish memarahi seluarnya.. Kesian.. Pantas,
seluarnya disarungkan.. Disebabkan potongan seluar itu mengikiut bentuk lekuk
kakinya, ianya agak menyukarkan Airish untuk menyarungkannya..
“GOOD
MORNING!!!”
“Arghhh!!!”
jerit Airish segera berlalu ke bahagian yang tersorok iaitu jalan ke arah
tandas.. Terkial-kial dirinya berlari dengan seluarnya masih lekat di
lututnya.. Kotorlah seluar aku bila main duk heret-heret atas lantai macam ni.. Aisyhh.. Minah ni pun satu..
Segera seluarnya dizipkan.. Pantas, Airish keluar dari sebalik dinding itu..
“Kau
ni kenapa? Dah tak reti nak ketuk dulu ke pintu.. Haisyhh..” marah Airish
dengan tangannya bercekak pinggang.. Sergahan Afiqa itu benar-benar
mengejutkannya.. Hih.. Main redah aje, dia ni..
“Awak
nak pergi mana?”
Emosi
Airish yang tidak sebarapa elok itu, kembali normal apabila teringatkan akan
tujuaannya yang satu itu..
“Amacam?
Handsome tak aku?”
“Awak
nak pergi mana?” ulang Afiqa kembali..
“This
is the day..”
“Day
of what?”
“Sibuk
pulak kau ni.. Jawab ajelah..” bebel Airish.. Penampilannya ditilik di cermin
seketika..
“Ermmm..
Tak sesuailah..” Tubuh Afiqa yang mendekat secara tiba-tiba menyentakkan
Airish.. Jarak yang sangat rapat antara mereka, sedikit sebanyak membuatkan
dada Airish bergetar hebat tiba-tiba..
Airish yang agak tinggi daripadanya memaksa Afiqa untuk menjungkitkan sedikit
tumit tingginya.. Rambut Airish diubah mengikut cita rasanya.. Dipacakkan
sedikit di atas, di hadapan dialunkan lembut.. Setelah gubahannya selesai Afiqa
tersenyum puas.. Senyumannya bagaimanapun mati tatkala bertembung pandang
dengan Airish..
“Kenapa?”
soal Afiqa pelik melihat Airish yang tergamam itu..
“Hah?”
Airish
bagaikan baru tersedar daripada lamunannya.. Pandangan nakal Afiqa itu terasa bagaikan
mengusiknya..
“Kau
kenapa?” marah Airish apabila dengan selambanya Afiqa meletakkan telapak
tangannya di dada Airish..
“Wow..”
“Apa
yang wow??”
“Awak
berdebar, eh?” usik Afiqa.. Semakin galak rasanya melihat wajah Airish yang
sungguh ketara akan perubahannya..
“Mana..
mana ada..”
“Airish..
Awak berdebar, eh..” erat Afiqa menggengam tangan Airish apabila matanya
menangkap akan suaminya yang mahu beransur keluar.. Gigi Airish dikancing
kuat.. Pantas, kepala Afiqa ditolak Airish sedikit..
“Sudahlah
kau! Malas nak layan kau!” Airish beransur keluar dengan lajunya dari kamarnya
sendiri.. Fuh!! Gila punya perempuan.. Huh.. Tak pernah aku jumpa perempuan
macam kau!! Segera, pintu rumahnya diselak Airish perlahan.. Kasutnya dicapai..
“Tunggu!!”
Airish
berpaling..
“Tak
nak makan dulu ke?”
“Cepatnya
kau ke kedai..”
“Saya
masaklah..”
“Kau?
Masak?”
“Tak
percaya ke? Tengok kakilah..”
“Nampak
hitam legam aje..”
“Wehh!!
Kaki saya putihlah!! Penat tau, sapu losyen bagai..” marah Afiqa apabila
kulitnya dipertikaikan.. Marah tau.. Sensitip.. Hehehe.. Airish tergelak sendiri.. Mana ada hitamnya kaki perempuan
ni.. Putih bersepak.. Sebab tu tak berapa nak percaya kalau dia pandai masak..
Alahai..
Kasutnya
dikemaskan, Airish.. Langkahnya diluaskan..
“Rasalah
sikit.. Nanti, sakit perut..” ujar Afiqa.. Suaranya disengajakan agar
kedengaran agak manja.. Airish berhenti.. Entahlah.. Agaknya dia sudah gila
mendengar suara manja Afiqa itu.. Pantas, kepalanya dipusingkan sedikit.. Bulu
mata Afiqa yang dikerdipkan berkali-kali membuatnya ketawa..
“Jom..”
Afiqa menarik lengan Airish agar mengikutinya memasuki ke ruang meja makan..
Suasana ruang makan antara mereka berlangsung agak baik, walaupun ikatan mereka
tidaklah seperti pasangan suami isteri yang lain…
“ARE you okey, now? Rugi
betul, aku tak dapat attend your wedding day.. Have you been enduring too much
pain?” Airish tergelak mendengar kata-kata pengurusnya, Daniel itu..
“No..
I’m okey..”
“Haihh..
Silap besarlah, Lisa lepaskan kau..” Airish terhenti meneliti satu persatu muka
surat manuskrip akan tawaran-tawaran yang dilakonkannya nanti..
“Kenapa?
Salah ke apa aku cakap?” soal Daniel pula.. Bimbang akan kata-katanya telah
menyebabkan Airish terasa pula.. Silap-silap mahu dia dibuang kerja nanti..
Nauzubillah..
“No..
I’m just okey.. Don’t worry..”
“Fuh!
Lega aku.. Oh.. By the way, ini semua skrip-skrip yang aku terima daripada
pelbagai produksi filem and of course drama as well.. But, ini semua dah aku
shortlistkan..” Airish mengangguk faham.. Skrip itu kembali ditelaahnya..
Daniel kemudian kembali ke arah meja kerjanya.. Menyambung kerjanya kembali..
Prutttt... Pruttt..
Ah,
sudah!! Dahi Airish berkerut seribu seperti sedang menahan sesuatu.. Jam
tangannya dikerling sekilas.. Dah hampir jam 1 petang.. Tangannya mencengkam
kuat perutnya.. Ahhh!! Sakitnya.. Daniel yang berada di hujung sana, terliang
lintuk hidungnya berkerut dari atas dan ke bawah seperti sedang menghidu
sesuatu..
“Why?
Kenapa bilik ni bau semacam aje, hah?” mata Airish sudah ketara membulat..
Habislah..
“Are
the perfumes does not functioning well?” Daniel menapak terus ke arah perfume
tersebut.. Spray itu dibeleknya.. Masih lagi berat isinya.. Yelah, baru beli
dua minggu lepas.. Habis?
“Airish..
Wehh.. Kau kenapa?” soal Daniel bimbang, tatkala memandang Airish yang
sepertinya tertunduk-tunduk sedari tadi.. Airish pantas bangun.. Segera,tombol
pintu dibukanya kasar..
“Kau
okey ke tak ni?”
Airish
menggeleng dengan matanya terpejam rapat.. Seketika, langkahnya kembali masuk
dan mengambil kunci keretanya.. Dia perlu cepat!! Erghh!!
“Rasalah sikit.. Nanti, sakit perut..”
What
do you mean, by that.. Airish merengus.. Kini, dalam kepalanya otaknya hanya
tersemat satu nama sahaja sekarang ni, Fiqa!! Daniel menggeleng melihat kelibat
Airish.. Apa kena dengan Airish ni? Lantas, handphonenya dicapai lalu nombor
seseorang dicapai..
“Hello?
This is Nora Afiqa?”
| Selamat tinggal Airish. ;( |
P/S: Maka dengan ini, tamatlah novel COM di blog.. hihi.. ada yang tak berkenan? Sila jerit di bawah ya.. Tak sabar tggu last komen dari korang semua.. huhu.. Sedih.. Mungkin lepas ni, saya akan update special version punya @ teaser sahaja.. Sila sabar menanti ya coz novel COM dah nk hampir siap.. hihi.. tgh bersedia sebelum dihantarkan pada penerbit nnti.. berdebar jugak.. Bleh lepas ke tidak novel ni.. hihi.. Dkt p2u dah kuar sampai bab 6. di novel melayu kreatif x update pon.. hihi.. tapi siapa yang tunjuk support kat sana pun boley.. yang ilham pun novel saya ada dekat sana.. hihi.. Selamat berjumpa lagi..
Tq u alls for the support! Love you guys.. saranghae! <3