Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG Finale : Episod 17 P1


Misi Cinta Gila (Finale)
Episod 17 Part 1

HIDUP ini tiada apa yang mudah. Semuanya complicated dan agak sukar untuk kita bahasakan dengan kata-kata. Apa yang penting baginya sekarang, dia nampak.. Manusia mula berubah dari satu sisi ke sisi yang lain. Macam dia. Shiqin yang dulu bukan macam Shiqin sekarang. Apa yang lainnya? Well.. biarlah tentang itu. Dia malas mahu bicarakannya lagi. Dia lebih pendiam dan suka memerhati dari bersuara untuk mengomen.

Hari itu, Shiqin pulang agak lewat petang akibat mahu mengulang kaji subjek-subjek penting sebelum bermulanya peperiksaan penggal kedua. Suasana petang yang agak mendung memaksa kakinya untuk berjalan dengan lebih laju. Jalan dan jalan akhirnya dia tersadung akibat tersepak batu. Tambahan pula, keadaan buku yang berat yang dibawa dengan kain sekolahnya yang agak sempit lagi menyukarkan langkahnya.

Tangannya terasa pedih. Dah kalau jatuh atas tar jalan begini mahunya tak cedera? Lantas, buku yang terjatuh dari bimbitannya cekap dikutipnya. Tiba pada buku terakhir, matanya terpaku pada sepasang kasut yang memijak bukunya. Pantas, kepala diangkat.

"My book, please?" lelaki itu gelak.

"Duduk sekolah tak sampai dua bulan dah mula cakap bahasa inggeris? Berlagak betul! Kau ingat kau hebat?" wajah tenang Shiqin ditenung dalam-dalam. Bila melihat wajah itu, amarahnya jadi memuncak naik lagi. Peristiwa dia dimalukan di depan orang ramai pada sebelah pagi tadi sememangnya tidak bisa dimaafkan.

Perempuan ni memang perlu diajar!

"Besarnya darjat awak sampaikan ilmu pun di bawah telapak kaki?" sindiran Shiqin semakin membuatkan lelaki itu naik angin. Tangan Shiqin yang menolak kakinya ditarik ke atas. Terjerit Shiqin dengan tindakan drastik itu.

"Sakitlah!" bentak Shiqin geram. Matanya membulat garang kepada lelaki itu.

"Kau tak ingat siapa aku?" Shiqin senyum sinis.

"Siapa yang tak ingat lelaki pertama yang cium lantai sekolah?"

"Kurang ajar!" dipulas tangan Shiqin seratus lapan puluh darjah. Shiqin menjerit kuat. Sakitnya sungguh sehinggakan terangkatkan sebelah tangannya memohon agar dilepaskan. Dicuba untuk dilawan namun gagal. Manakan sama tenaganya dengan lelaki itu?

"Kau ni...dasar perempuan tak ada adab kan?"

"Kau pun sama jugak!" kuat giginya dikancing.

"Argh!!" tempik Shiqin lagi bila tangannya makin dipulas lelaki itu.

"Lepaslah! Sakitlah!" marah Shiqin.

"Kau ni..nampak aje ayu tapi ganas jugak, eh?" lelaki itu gelak. Sungguh menyeramkan. Bulu roma Shiqin ternaik sendiri. Whoish!

"Tak nampak ke dah nak malam ni? Aku nak baliklah!"

"Jangan harap selagi kau tak langsai lagi hutang kau dengan aku." tubuh Shiqin ditolak menjauh. Tubuh itu kini terbaring di atas rumput. Tenaganya agak lemah.

"Kau tahu tak, lama aku tunggu kau tadi?" Shiqin telan liur. Tunggu apa bendanya ni? Tiba-tiba, dadanya berdebar rancak. Rasa takutnya meningkat naik lagi-lagi bila lelaki itu semakin mendekat dengan muka bengisnya.

"Pak cik! Tu pak cik. Saya nampak dia buat tu tadi." di saat Shiqin diburu rasa ketakutan yang amat, datang satu suara yang kuat dari arah bertentangan dengannya.

Lelaki itu jadi panik. Serta merta dia melarikan diri, ingin meloloskan diri dari ditangkap pengawal keselamatan sekolah. Perlahan-lahan, Shiqin bangun. Tangannya ditepuk halus begitu juga dengan pakaiannya yang sudah jadi kotor sedikit itu.

"Are you okey?"

"Yeah. I'm fine. By the way.. thank you for..." tak berkelip mata Shiqin memandang jejaka di hadapannya ini. Sekalipun matanya tak beralih. Bermula dari lelaki itu mengutip kembali kesemua bukunya yang ada di tanah sehinggalah kini lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

"Kalau okey..that's good!" lelaki itu tersenyum panjang, menyerlahkan lagi lesung pipit di bibir.

"Ridz..." lelaki itu masih mengekalkan dengan senyuman manisnya.

"Macam mana awak...awak boleh ada dekat sini? Macam mana awak tahu saya sekolah kat sini?" bertubi-bertubi soalan Shiqin tanya namun tiada satupun Ridz jawab. Bersama seulas senyuman manis di bibir, langkah lelaki itu perlahan menuju ke arah basikal Shiqin.

Buku di tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam bakul basikal tersebut. Perlahan-lahan, basikal itu dipimpin ke arah pagar keluar dari kawasan sekolah. Menyedari hanya langkahnya sahaja yang bergerak, kepala itu dipusing menghadap ke belakang.

"Jom saya hantar awak balik? Jadinya apa-apa nanti, siapa susah?" menyedari hal yang satu itu, kepala Shiqin ikut sahaja segala kata Ridz. Bagai lembu dicucuk hidung.

"Kalau nak naik duduk kat atas para atau awak nak jalan? Awak ada pilihan tu aje. Tak boleh nak naik sendiri.." Shiqin jungkit kening.

"Saya dah biasa balik sendiri. So..it's okey! I'm fine with it." ingin dirampas basikalnya dari Ridz, tetapi Ridz lebih pantas membawa basikal itu dekat padanya.

"Ada dua pilihan aje. Kalau lambat, saya decide!" Shiqin mengeluh. Dah datang balik perangai mamat ni. Sudah lama dia tak hadap dengan perangai jenis ini.

"Nak naik atau nak jalan?" Shiqin dalam dilema. Dia nak balik cepat, tapi dia tak nak naik sekali dengan lelaki itu.

"Jalan!" Ridz tak kata apa-apa cuma basikal itu sudah pun bergerak ke hadapan. Shiqin pula yang pelik. Biasanya... Tak ada apa-apalah! Malas nak fikir banyak-banyak, kaki itu turut sama mengikut jejak langkah lelaki itu.

*****

BERJALAN separuh jalan, tiba-tiba basikal itu berhenti. Ridz kemudiannya  menghilang. Shiqin angkat pandangannya. McD? Mamat ni lapar ke? Berkira-kira sendiri sama ada mahu tinggalkan lelaki itu atau tidak, akhirnya Shiqin putuskan untuk tinggalkan sahaja. Buat apa lagi dia nak menempel dengan Ridz?

Baru nak mulakan perjalanan, basikalnya terhenti lagi. Mata Shiqin terpaku untuk sesaat dua sebelum keluhan terbit di bibirnya. Nak tak nak, kakinya turut mengikut sama jejak langkah lelaki itu.

Masuk ke dalam restoran segera itu, matanya terus terhenti pada figura budak lelaki yang memakai baju seragam sekolah. Tubuhnya tegak berdiri di sisi meja yang didiami Ridz.

Melihat tiada respon dari lelaki itu, Shiqin segera mengambil bukunya di tepi lelaki itu. Namun, belum sempat tangannya mahu mengambil, Ridz terlebih dahulu menghalang. Tangannya bersauh kemas ke atas timbunan bukunya.

"Duduk. Makan aiskrim ni.." McFlurry ditolak ke arah Shiqin.

"Nak buku."

"Nanti cair aiskrim tu." Shiqin menjeling sekejap ke arah aiskrim tersebut. Terliur dia dibuatnya. Tekaknya memang sedang haus macam kat lautan api ni. Akhirnya Shiqin akur.

McFlurry itu ditarik rapat ke arahnya. "Tunggu sini." baru dia duduk, Ridz bangun. Nanti kalau Ridz duduk, dia nak kena bangun ke? Shiqin tak mengerti. Ridz seperti mahu menjauh darinya tetapi kalau ya kenapa masih ada di sini?

"Bagi sini tangan tu.." Shiqin terpinga-pinga sekejap.

"Nak saya gigit telinga tu? Kenapa susah sangat nak dengar ni? Bagi tangan tu."

"Nak buat apa?"

"Tanya lagi nak buat basuh pinggan lah." Shiqin tarik muka. Mengada-ngada! Bila masa mamat ni jadi loyar buruk macam ni?

"Cepatlah. Nanti lambat pulak baliknya." lambat-lambat Shiqin hulurkan tangannya. Mulut lelaki itu kini sudah diam. Tangannya pula masih aktif bergerak. Mula membuka penutup botol minyak gamat itu.

"Awak nak buat apa?" Ridz mengeluh lagi bila Shiqin menarik tangannya kembali.

"Kan dah cakap nak buat basuh pinggan. Bagi sini." tegas lelaki itu mengarah. Shiqin menggeleng.

"Tak. Saya boleh buat sendiri,"

"Nak balik tak?" Ridz potong bicara Shiqin. Terdiam terus Shiqin jadinya. Lambat-lambat, akhinya Shiqin menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. Ridz tersenyum sinis padanya.

"Gelabah tak tentu pasal ni kenapa? Berdebar sangat sebab jumpa saya lagi? Kenapa? Dah jatuh cinta dengan saya ke?" nasib baik Ridz tidak pandang dirinya ketika ini. Kalau tidak pastinya lelaki itu perasan mukanya yang sedang bertukar merah ini.

"Oh tolonglah. Memang taklah." jawab Shiqin keras.

"Baguslah. Sebab memang itu tujuan aku jadi pelajar dekat sekolah kau." mata Shiqin membulat. Dia tersalah dengarkah? Lantas, mata Shiqin terus terarah ke baju kemeja lelaki itu. Di situ, adanya satu lencana. Terpanar Shiqin sekejap.

"Apa..apa ni?" Ridz angkat muka.

"Still didn't get it?"

"Bila?"

"Minggu lepas."

"Kenapa?"

"Untuk goda kau lagi." Shiqin ketap bibir. Mati bicaranya sekejap.

"Apa..apa awak buat ni? Tak sedar ke tahun ni dah ambik exam? STPM! Do you realize that?"

"Saya anak orang kaya." tak terkata Shiqin. Mudah benar lelaki itu bercakap.

"Makanlah. Telan sampai habis duit tu."

"Mana boleh. Nanti dah tak kaya."

"So kerjalah!"

"Memang nak kerja," Shiqin gelak sinis.

"Nak kerja kenalah bijak. Kalau tak jadi hamba orang ajelah jawabnya."

"Siapa cakap?" Banyak cakap pulak si Ridz ni!

"Saya yang cakap."

"Tapi kerja ni tak akan jadi hamba, malah jadi raja untuk si permaisurinya." Shiqin diam lagi. Lantas, malas nak bertekak lagi gadis itu berdehem panjang.

"Esok tukar sekolah balik."

"Kenapa pulak? Apa hak awak?"

"Excuse me.. Ridz, awak datang ke sekolah tu tanpa tujuan tahu tak?"

"Siapa cakap?"

"Okey. Ada iaitu saya."

"Taklah." diam lagi.

"Kat sekolah ni ramai awek cantik-cantik. Tak macam dekat sekolah dulu. Muka perempuan-perempuan kat situ macam pakai bedak sejuk dua tahun tak basuh-basuh aje," OMG! Apa kena dengan mamat ni? Sejak bila dia pandai bercakap macam ni. Banyak sungguh celotehnya. Siap kutuk-kutuk orang lagi ni.

"Then..Please, go on!" niat untuk memerli tapi Shiqin pula yang sakit hati dengan keselambaan Ridz.

"Terima kasih." geram punya pasal, aiskrim disudunya sampai licin.

"Dah. Jom balik." usai lukanya dicuci mereka berdua bergerak keluar dari restoran tersebut. Berjalan beriringan dalam suasana malam begini sememangnya menaikkan lagi rasa sunyi antara mereka. Lantas, tidak mahu bertemankan rasa sepi yang agak menakutkan ini, Shiqin membuka mulut terlebih dahulu. Kakinya juga mula bergerak seiring dengan gerak langkah Ridz.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat situ petang tadi?"

"Bukan awak sorang yang ada kaki tau. Saya jalan-jalan, lepas tu saya nampak. Lepas tu, terus reportlah." Shiqin mencebik. Jawapan tak menyenangkan orang betul. Tahu nak menyindir aje.

"Kenapa tak lawan aje? Penakut ke?" Ridz gelak.

"Buat apa nak bazirkan tenaga untuk lelaki tak guna tu? Lagipun..buat apa saya nak rosakkan muka handsome saya ni?" sabar Shiqin. Sabar..

"Dah sampai. Saya masuk dululah." akibat malas mahu melayan, Shiqin putuskan untuk masuk ke dalam.

"Eqin..wait." serentak Shiqin dan Ridz berpaling. Riak wajah Ridz berubah serta merta. Begitu juga dengan Shiqin.

"Boleh kita bercakap?" Shiqin terkedu. Riak wajah Ilman yang kelihatannya seperti berharap itu dipandang.

"Shiqin. Pergi masuk. Dah lambat." bukan kerana dia takutkan Ridz namun kerana dia terlalu letih. Mukanya sempat dialihkan pada Ilman. Berharap lelaki itu mengerti.

****

IILMAN tarik nafas dalam-dalam. Muka Ridz dipandang dengan pandangan yang sarat dengan perasaan benci. Semakin lama, semakin benci dia pada lelaki ini.

"Apa ni? Kau berlagak sebagai penyelamat Shiqin ke?"sudah hilang bicara formalnya pada Ridz. Formal apa lagi? Ridz ini bukan lagi anak muridnya malah lelaki itu sekali pun tidak pernah menganggapnya sebagai guru.

"Kalau dari mulut naga macam ni..yes it is." dapat dilihat dengan jelas riak tegang pada wajah Ilman.

"Cikgu masih berharap pada Shiqin ke?"

"Kau peduli apa?" keras suara Ilman.

"Cikgu..cikgu.. Sedarlah, cikgu dah nak bergelar tunangan orang. Nanti jadi suami orang pulak." muka Ilman berubah bila ditempelak begitu. Dari mana Ridz tahu tentang peracangan pertunangannya dengan Thira? Setahunya itu memang dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa malah satu sekolah memang tidak tahu tentang hal itu. Lagi-lagi dengan si Ridz yang sudah bertukar sekolah ini.

"Dari mana kau tahu?"

"Jadi betullah?" Ilman pejam mata. Silapnya.

Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket sambil bibirnya mengeluh agak kuat. "Kesian Kak Thira sebab dapat bakal suami yang tak tetap pendirian ni. Sebenarnya cikgu..cikgu ni keliru. Antara rasa cinta dan bersalah." Ilman tergamam.

"Saya balik dulu cikgu. Assalamualaikum." bahu Ilman ditepuk halus. Ilman masih berdiri di situ sebelum perlahan-lahan kepalanya diangkat menuju ke arah tingkap di mana ruang kamar Shiqin. Masih bernyala terang kamar itu.

Huh.. Shiqin..

***

TERNYATA apa yang lelaki itu cakap memang betul. Ridz versi playboy! Suasana dalam perpustakaan ini kini tidak seperti dahulu lagi. Geram pulak Shiqin jadinya. Habis hilang mood dia untuk study. Semuanya gara-gara mamat ni. Kalau nak berdating sekalipun tak boleh ke pergi tempat lain? Dia nak belajar pun tak senang! Ee! Mata Shiqin bergerak bila tubuh Ridz bangun dari tempat duduknya. Entah kenapa ringan benar matanya mengekori setiap gerak langkah lelaki itu.

"Stop it! And please.. Focus Shiqin! Let him be," tegas Shiqin bersuara pada dirinya. Pen di tangan makin kemas digengam. Matanya tidak lagi memanah pada Ridz.

"Ehem.."

"Pedulikan dia, Shiqin." bisik hati Shiqin. Tidak perlu menoleh dia sudah tahu siapa. Namun, fokusnya sememangnya sudah terganggu. Langsung dia tidak dapat belajar dengan tenang apatah lagi tiba-tiba kerusi di sebelahnya terasa seperti disorong ke belakang.

"Hmm.." Shiqin telan liur. Bulu romanya terasa menegak sembilan puluh darjah. Tajamnya renungan mata lelaki itu padanya tak bisa dia abaikan begitu sahaja. Akibat tidak tertahan menjadi seperti pesalah kepalanya dipusing menghadap si dia yang sedang enak memanggung kepala memandang ke arahnya.

"Boleh tak pandang depan? Rimaslah." bentak Shiqin perlahan. Masih menjaga nada suaranya.

"Saya tak tengok awak. Tapi, saya tengok perempuan sebelah awak." terjungkit-jungkit kening lelaki itu tatkala meluahkan kata itu. Shiqin pandang sebelah kanannya. Memang benar mereka bermain mata. Si perempuan pulak bukan main gatalnya bagai kena gigit di semut gatal sahaja. Duk tersengih-sengih, cucuk pen dalam lubang hidung karang, ada jugak lubang hidung besar lubang mangkuk tandas tuh nanti.

"Cantik tak, dia?" Ridz meminta pendapat. Shiqin jadi muak. Buku kimia ditutup rapat sementara kerusi didudukinya ditolak perlahan masuk bawah meja.

"Jangan jadi pengecut. Go and approach her. Kalau berani sangatlah." cabar Shiqin selamba sebelum meninggalkan lelaki itu yang seperi terpinga-pinga.

Kakinya melangkah laju meninggalkan perkarangan perpustakaan. Mulut sama laju dengan kaki. Membebel tak sudah.

"Dia ingat dia siapa? Ingat library tu dia punya ke? Aku nak belajar pun tak senang. Duk mengorat sana sini, ingat tempat ni apa?"

"Awak kutuk saya ke?" Shiqin terpaku. Automatik kepalanya laju pusing ke belakang. Nampak Ridz yang bersahaja sedang mengikutinya dari arah belakang. Gayanya tetap sama. Macho seperti sebelumnya cuma agak player kini.

"Mana ada. Kan tengah hafal sifir tadi." selamba Shiqin menyindir. Peduli apa dia. Namun melihat reaksi bersahaja dari Ridz buat Shiqin pula yang makan hati.

"Jom makan?" pelawaan Ridz kedengarannya menarik tetapi sepertinya ada lagi tawaran yang buat Shiqin rasa tertarik.

"Dah habis dating? Tak try perempuan tadi ke? Kenapa? Takut?" toing...toing.. Shiqin ketap bibir. Akal dah mengamuk gara-gara kelancangan mulutnya. Langsung tak reti nak jaga adab sang tuannya ini.

"Kenapa cakap banyak sangat ni? Eh..jealous ke?" Ridz dah tarik sengih panjang. Lagi membuatkan Shiqin jadi nanar. Merah padam muka gadis itu. Lantas, tidak mahu berlamaan di situ, pantas dia meninggalkan lelaki itu yang masih tersengih-sengih padanya.

Ah! Kau buat apa tadi Shiqin?

***

SEBELUM pulang Shiqin dipanggil untuk masuk ke dalam bilik guru. Entah apa yang Cikgu Sari mahu darinya dia sendiri tidak pasti. Entah-entah...dia kena marah tak? Yelah, sejak kebalakangan ini prestasinya di dalam kelas agak terganggu. Semuanya gara-gara Ridz! Argh!

"Ada apa, cikgu?" tidak menunggu lama, Shiqin bercakap terus. Renungan mata tajam mata dari cikgu Sari buat Shiqin cuak.

Namun itu cuma sementara pabila perlahan-lahan bibir itu mengoyak senyum. "Cikgu nak mintak tolong kamu, boleh?"

Nak mintak tolong aje ke? Ingatkan perkara apa yang serius sangat.

"Cikgu nak suruh saya buat apa?"

"Kamu tahu kan, kita buat program kuarantin untuk pelajar-pelajar lemah ni?" Shiqin angguk. Dia sedia maklum tentang perkara itu. Terus apa yang cikgu Sari mahu darinya? Jadi guru part time ke ni? Woo.. Hebat gila kau. Cikgu Shiqin?

"Then..from the group tu, ada lebih kurang lima orang yang sertai program kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir di pantai timur tu. So..boleh tak you gantikan tempat diaorang? Cikgu dah ada empat orang, lagi satu aje lagi. Can you replace them?"

"Program tu bukan sabtu ni ke, cikgu?" Cikgu Sari mengangguk pantas.

"Please?" Shiqin serba salah. Hujung minggu tu. Dia tak suka membazir hujung minggunya kerana hanya waktu itu sahajalah wujudlah masa untuk dia berehat dan mencari ketenangan. Aduhai. Melihat keadaan Cikgu Sari yang begitu mengharap bikin Shiqin makin teragak-agak.

"Baiklah." akhirnya Shiqin akur. Tidak sampai hati mahu menolak. Lagipun tak ada salahnya jika dia membantu untuk meringankan beban gurunya. Nanti kalau dia tolak, jadi susah pulak untuk gurunya mahu mencari pengganti lagi.

Tak apalah. Berkorban untuk kali ini. Untung-untung tolong guru, insyaAllah diberkatkan ujian untuknya kali ini supaya segalanya dipermudahkan. Amin..

***

PETANG itu Shiqin dikejutkan dengan sesuatu. Ibunya sedang menanti di luar pagar sana sekaligus membuatkan Shiqin rasa pelik. Bila ibunya ternampak kelibat dirinya cepat-cepat orang tua itu berkejar mendapatkannya.

"Kenapa mak?" pelik lebih mengusai dirinya. Selama ini ibunya jarang bersikap begini. Semenjak peristiwa dia ditukarkan ke sekolah lain, terus ibunya bermasam muka dengannya. Lantas, apa yang perlu dia lakukan? Di kala itu, dia sudah buntu bagaimana mahu memujuk ibunya.

Tapi kini bagaimana? Sudah baikkah mood orang tua ini?

"Ilman ada dekat dalam rumah." sepotong kata itu bagai merentap jiwa Shiqin sahaja. Wajahnya bertukar masam. Jadi, sudah jelaslah kenapa ibunya bisa berkelakuan seperti ini.

"Mak masih mengharapkan dia?" ibunya mengangguk laju. Tanpa sedar, kedua-dua tangannya mencapai tangan Shiqin lalu mengucupnya lembut.

"Dia cakap dekat mak yang dia nak pinang kamu."

"What?!"

"Terimalah dia. Tolonglah, Eqin." pujuk ibu. Makin membuat Shiqin rasa rimas.

"Apa yang ada pada dia, sampai-sampai mak boleh jadi macam ni?"

"Mak dah lama berkenankan dia." Shiqin tarik nafas. Apa sudah jadi? Ini dah masuk kes main paksa-paksa ni.

"Pergilah jumpa dia." Shiqin tak banyak bicara. Kaki melangkah masuk selamba. Mencari di mana punca Ilman berada. Seperti yang dijangkakan, lelaki itu berada di ruang tamu. Tanpa melengahkan masa, Shiqin ikut duduk bertentangan dengan lelaki itu.

"Eqin..apa khabar?" tersenyum-senyum Ilman sewaktu menuturkannya. Pelik pula Shiqin yang melihatnya.

"Cakap terus aje, abang. Abang nak apa?"

"Abang nak jumpa Eqin.."

"Mak dah cakap apa tujuan abang ke sini. Cakap ajelah. Shiqin nak dengar dari mulut abang sendiri." pintas Shiqin dengan berani. Ilman gengam kedua-dua tangannya erat. Kepalanya menunduk seketika sebelum diangkat menentang sepasang mata cantik itu.

"Abang nak risik Eqin. Risik untuk jadi milik abang." meskipun tadinya ibunya sudah memberitahu Shiqin tentang tujuan keberadaan Ilman di sini, namun pengakuan itu benar-benar buat dia berfikiran di luar kawalan ketika ini.

"Abang..serius ke ni?" untuk kali ini Ilman bagaikan tidak berfikir untuk kedua kalinya. Pantas sahaja lelaki itu mengangguk.

"Kenapa..kenapa tiba-tiba?"

"If not now..then when? Abang tak nak gigit jari." rasa nak pengsan sahaja. Sejak bila lelaki ini bisa bercakap depan-depan begini? Terang-terang lagi cakapnya.. Aduhai..

"Shiqin..tak tahu."

"It's okey. Take your time..but please. Terima lamaran abang, ya?" Ilman mula menghampiri Shiqin. Didekatkan jarak duduknya dengan gadis itu. Anak mata gadis itu ditatap dalam-dalam.

"But...why? Kenapa tiba-tiba macam ni?"

"As I said..abang tak kehilangan Shiqin. You're everything to me. You're my precious." tergamam, terkelu dan segala 'TER' punya adalah. Kenapa dengan Ilman? Jadi rungsing Shiqin dibuatnya. Apa sudah jadi dengan lelaki itu?


Pergi tanpa khabar berita dan datang pun sebegitu rupa? Haih.. Peliknya dunia.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com