![]() |
Perkenalkan, cover baru ai.. Hihi |
“ADIK!! Cepatlah, adik! Nanti, kita lambat. Bas
susah nak dapat tau. Nak beli barang-barang dapur lagi. Tapi, kita berhenti
dulu dekat mana-mana atm, ya?” laungan Qisha Aleesha dari biliknya bergema di
tingkat atas rumah kayu mereka. Panjang lebar mulutnya membebel itu dan ini
sambil tangannya lincah menggosok baju kemeja yang ingin dipakainya nanti.
“Kejaplah,
akak! Adik belum pakai baju lagi ni.” Balas Suliati. Turut dibalas dengan
laungan juga. Qisha Aleesha hanya menggeleng sahaja dengan perilaku adiknya.
Itulah! Orang kejutkan bangun tadi, liat sangat nak bangun. Bermacam-macam
alasan diberinya. Sekarang dah tergopoh-gopoh dah. Alahai.
Baju
kemeja berwarna hijau pucuk pisang muda disarungkan Qisha Aleesha pada
tubuhnya. Sambil menunggu, adiknya bersiap-siap sempat dibedak-bedakkan sedikit
wajahnya untuk menambahkan seri wajahnya. Tak perlu banyak-banyak kerna
wajahnya sudah cantik dari segi naturalnya. Amboi! Angkat bakul sendiri nampak?
Haruslah! Menjawab pula Qisha Aleesha dengan akalnya sendiri.
“Akak!
Ya Allah, lambatnya. Cepatlah. Ingatkan dah turun bawah dah.” Suliati datang menyergah. Tinggi langsir
kamar Qisha Aleesha diangkatnya. Qisha Aleesha yang baru sahaja
membetul-betulkan rambutnya sedikit terkejut dengan sergahan itu. Tersentak habis.
Huh! Kus semangat. Tubuh adiknya dipandang atas bawah. Dah siap ke budak ni?
Aik! Cepatnya. Pakai perwangi ke tidak ni? Tak melaram pun, adik aku ni. Ikut
jenis aku ke, budak ni? Maklumlah angah tidak sepertinya. Umairah seorang yang up-to-date dari segi fesyen. Berbeza
dengannya.
Tapi, adiknya yang sorang ni? Macam dia jugak ke? Ke lebih teruk?
Ah! Apa-apalah Qisha, oi.
Lantas,
kepalanya berpaling ke belakang menghadap wajah adiknya. Dianggukkan sahaja
kepalanya pada Suliati sebagai tanda yang dia akan turun sebentar lagi. Suliati
yang akur sahaja dengan isyarat yang diberikan oleh kakaknya itu,
perlahan-lahan menapak turun ke bawah. Qisha Aleesha pantas menarik pin rambut
yang berada di meja soleknya sebelum dikenakan di sudut paling hujung rambutnya.
Rambutnya yang mengurai panjang hingga ke bahu dikibarkan dengan lagak penuh
gaya. Gaya yang sungguh menyerlah dengan aksi seperti dalam iklan shampoo gitu.
“Cantik
jugak kau ni, Qisha.” Komen Qisha Aleesha sendiri dengan menggayakan dirinya di
hadapan cermin biliknya. Pinggangnya yang ramping semakin menyerlahkan
kecantikannya. Jelas sekali kecantikan yang ada pada dirinya nampak sungguh
asli.
“Kalau
aku pakai lipstik macam mana? Pasti nampak lagi umphhh, kan?” kening Qisha Aleesha terangkat sebelah. Hujung
matanya begitu nakal menjeling pada lipstik jenama Silky Girl yang bertapak
kukuh di hadapan cermin meja soleknya. Lipstik itu nampak begitu menggoda
sekali di matanya. Yelah, selama ini, dia belum pernah mencuba mencoret warna
lipstik itu ke bibirnya. Maklumlah, dia hanya membelinya sahaja dulu. Biasalah,
dulu jiwa remaja, semua orang kata cantik, semua orang kata bagus kita nak
cuba. Tapi, last-last tak pakai
jugak. Membazir aje. Dan cara untuknya agar mengelak dari rasa membazir adalah
dengan mencuba memakainya.
Begitu
tajam sekali, mata Qisha Aleesha menjeling pada lipstik itu. Di telinganya
terasa bagaikan lipstik itu memanggil-manggil namanya. ‘Qisha, cubalah aku.
Cubalah aku. Pasti, kau akan nampak lebih cantik kalau kau pakai aku.’ Akibat
gagal menahan diri dari gasakan nafsu yang memuncak, Qisha Aleesha pantas
menarik lipstik itu ke arahnya. Perlahan-lahan, lipstik itu dibawa ke bibirnya.
Dengan
penuh ayu dan langkah yang berhati-hati, lipstik itu dicoretkan perlahan di
bibirnya. Perlahan-lahan. Dan perlahan-lahan. Tatkala lipstik itu bertapak di
bibir Qisha Aleesha, terasa sungguh nikmat. Nikmat yang tidak terkata dan tidak
terluah di bibir mungilnya. Kini, dirasakan dirinya benar-benar menjadi seorang
wanita yang matang dan dewasa dengan hanya mengenakan lipstik di bibirnya. Dengan
penuh syahdu, dirasai nikmat itu, dan di kala tangannya sibuk menari-nari
bersama lipstik itu, matanya pula sengaja dibiarkan terpejam untuk menikmati
setiap sentuhan lembut lipstik tersebut di bibirnya.
“Akak!!!
Cepatlah!”
Papp!!
“Oh,
mak kau!!” Terbuka luas mata Qisha Aleesha. Terkejut dengan laungan kuat dari
adiknya. Dan akibat rasa terkejutnya itu, dia tidak sedar bahawa lipstik itu
sudah patah menjadi dua. Terpelanting separuh badan lipstik itu, terhempas ke
lantai tikar rumahnya. Begitu juga dengan bibirnya. Comot yang amat! Baru
sahaja dirasakan dirinya seperti Bella dalam rancangan kartun Beauty and the Beast itu namun
setelah beberapa saat sahaja, dirasakannya bahawa dirinya lebih jelek dari Beast dalam rancangan itu! Arggh! Tak guna!
“Akak!!
Cepatlah!!”
Qisha
Aleesha sudah kalut.
“Ya!
Tunggu, kejap.” Tisu di atas meja soleknya dicapai pantas. Langkah kakinya
disusun menuju ke arah adiknya. Sambil melangkah, tangannya laju sekali
mengelap bibirnya yang sudah comot itu. Sambil mengelap, sambil itu jugalah
bibirnya menyumpah itu dan ini. Huh! Sumpah, aku tak mahu guna lipstik lagi.
Aduh! Habis patah dua dibuatnya. Burn
duit aku macam ni. Kalau boleh claim
tak apalah jugak. Membebel tak sudah Qisha Aleesha dibuatnya.
“Kenapa
akak lambat sangat? Penat adik tunggu lama-lama dekat luar ni.” Rungut Suliati
tidak berpuas hati.
“Ayah
mana? Dah cakap dekat ayah kita dah nak pergi?” soalan adiknya begitu bijak
dialih Qisha Aleesha. Tidak mahu berbicara mengenai hal itu lagi. Kalau tidak
moodnya akan melayang pergi pula. Huh.
“Dah
cakap dah. Ayah pesan jalan baik-baik.” Qisha Aleesha mengangguk sahaja dengan
pesanan ayahnya.
“Dah!
Jom!” tangan adiknya cepat-cepat ditarik Qisha Aleesha, setelah menyedari waktu
begitu laju berputar. Langsung dia tidak menyedari waktu kian berganjak dalam
kadar yang secepat ini.
Bergegas
mereka berjalan menuju ke arah perhentian bas di hujung kampung mereka. Suliati
hanya membiarkan lengannya ditarik kakaknya. Kepalanya menggeleng sahaja dengan
tingkah kakaknya yang selamba itu. Yelah, manakan tidaknya. Lihat kakaknya dari
atas hingga bawah, memang fuh!! Tip top! Cantik! Meletup habis, dengan wajah
yang putih lagi. Memang cantik. Tapi, bila tengok gaya kakaknya ini berjalan.
Huh! Memang niat nak kata cantik tu, melesap terus. Berjalan memang tahap tak
ingat. Lajunya ya Tuhan. Kalau tengok dek lelaki ni, confirm tarik balik niat nak jadikan kakaknya ini sebagai isteri.
Aduhai, kakak oh kakak.
“Kakak.”
Lembut Suliati memanggil.
“Apa benda,
adik? Kita dah lewat ni. Nanti tertinggal bas pulak.” Bebel Qisha Aleesha
dengan langkah mereka yang semakin lama semakin laju itu. Penat juga Suliati
dibuatnya. Kekadang lajunya kakaknya melangkah sehingga memaksanya berlari-lari
anak pun ada.
“Kakak
ni. Kawallah sikit. Semua orang duk perhati kita ni. Kakak ni perempuan.
Buatlah ayu sikit. Rosaklah imej kakak nanti.” Tegur Suliati perlahan, rapat ke
tubuh Qisha Aleesha.
“Ishh!
Tak ada masa semua tulah. Peduli apa. Biarkanlah. Kalau dia tak hendakkan
kakak, kakak seribu kali tak hendakkan diaorang. Buat apa nak terhegeh-hegeh,
tergedik-gedik, terkinja-kinja sana sini. Huh! Buang masa, buang pahala aje.
Jadi diri sendiri. Hih, cepatlah adik. Nanti ikan, ayam habis pulak nanti. Akak
tak tahu pulak kita dah lewat macam ni!” Suliati menggeleng sahaja. Jelas
sekali perwatakan kakaknya benar-benar berbeza. Jauh panggang dari api kakaknya
berbanding perempuan di luar sana and of course berbeza dengan angah.
Aduhai,
kakak. Siapalah manusia berkehendakkan kakak ni. Mesti orang tu, memang
hebatlah!
Adik salute sama dia!
Inilah dia. Playboynya Superb! |
PENAT
dan lelah yang dirasai Qisha Aleesha terubat jua setelah akhirnya buat kali ini
dan berharap ini yang terakhirnya bertemu juga dia dengan mesin ATM Bank
Simpanan Nasional di sini. Naik lenguh kakinya merantau seluruh bandar kecil di
sini. Mahu putus urat sendi lututnya. Letih yang amat! Lantaran dek ramai orang
yang sedang beratur menunggu giliran mereka tiba, sempat Qisha Aleesha
membetulkan segala urat sendinya yang terasa sengal itu.
Ah! Leganya. Bahunya
ditumbuk-tumbuk sedikit. Lantaran itu, kepalanya ternaik-naik, mengintai akan
adiknya yang singgah di kedai di hujung sana untuk membeli minuman. Risau yang
bermukim di hatinya cuba ditenangkan sebaik mungkin. Manakan dia tidak risau, sekarang
ini banyak benar kes culik berlaku.
Tunggu punya tunggu, tibalah giliran Qisha
Aleesha. Kad atmnya dimasukkan segera ke dalam ruangan yang sedang berkelip
dengan lampu hijau itu. Sesaat menunggu, akhirnya kadnya berjaya dikesan oleh
mesin tersebut. Lantas, dibahamnya terus jarinya dengan menekan butang keluaran
RM 200 dari mesin tersebut.
Selang
beberapa saat, beberapa kepingan duit not lima puluh ringgit menjelir keluar
dari mesin atm itu, cepat-cepat dirampas Qisha Aleesha. Sebelum melangkah keluar,
duit itu sudahpun dimasukkan ke dalam dompetnya dengan penuh cermat. Segera
langkah kakinya dituju menuju ke arah adiknya di luar sana.
“Nak?”
air sirap bandung dihulurkan Suliati pada Qisha Aleesha. Qisha Aleesha
menjeling sahaja air yang dihulurkan adiknya itu. Lambat-lambat, tangannya
mencapai juga huluran itu. Dahaga benar dirinya di kala itu. Mana tidaknya,
dengan pancaran matahari yang begitu panas sungguh menyiksa tekaknya.
Ketika
itu, saat mereka berjalan dalam menuju ke arah pasar tani, di hujung sana
mereka berdua berselisih dengan dua orang lelaki. Lelaki itu menjeling ke arah
Qisha Aleesha dan Suliati tanpa berkelip. Berkerut dahi Qisha Aleesha jadinya.
Apa kena ni?
Qisha
Aleesha cuba untuk mempedulikan mereka. Tatkala mereka berselisih semakin ralit
pula dirasakan Qisha Aleesha akan panahan mata mereka ke arahnya. Apa kena ni?
Ah, lupakanlah. Perasaannya sahaja barangkali.
Tatkala,
tubuh Qisha Aleesha dan Suliati ingin melepasi mereka lelaki itu secara
tiba-tiba berhenti tepat di hadapan mereka. Masing-masing mempamerkan wajah
yang cukup manis. Qisha Aleesha mengerutkan dahinya. Apa pasal senyum macam
kera busuk ni?
“Hi.”
Sapa salah seorang lelaki itu.
Suliati
merapatkan tubuhnya ke arah Qisha Aleesha. Takut dengan pendekatan mereka.
Maklumlah dia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.
“Ada
apa ni?” soal Qisha Aleesha kurang senang.
“Amboi,
sombongnya.” Komen lelaki tersebut. Qisha Aleesha menayangkan wajah sinisnya.
Aku peduli apa. Aku sombong ke, apa ke. Aku punya pasallah! Penyibuk.
“Dahlah,
tepi.” Marah Qisha Aleesha. Tak ada kerja barangkali. Asyik nak ganggu orang
sahaja.
Dengan penuh selamba dan keberanian, tubuh lelaki itu dirempuh Qisha
Aleesha dengan selamba sahaja. Bagi sesiapa yang melihat drama sebabak ini,
pasti mereka akan katakan betapa ganas dan garangnya Qisha Aleesha.
Lelaki
itu sedikit terkejut dengan reaksi Qisha Aleesha. Gadis yang disangka manis dan
sopan itu begitu ganas sekali. Mereka berpandangan sesama mereka. Kepala mereka
mengangguk. Lantas, salah seorang daripada mereka bergegas berjalan mengikuti
jejak langkah Qisha Aleesha dari belakang tanpa Qisha Aleesha sendiri
menyedarinya manakala seorang lagi berlari anak menuju ke arah motorsikal yang
diparkir tidak jauh dari mereka.
Rap!!
“Aduh!!”
teriak Qisha Aleesha. Terguling tubuhnya ke atas tanah apabila beg tangannya
direntap dengan begitu kasar sekali dari belakang. Melopong mulut Suliati
apabila terpandangkan akan kakaknya yang kini berbaring lesu di atas tanah.
Lelaki
itu pantas berlari sejurus sahaja beg tangan Qisha Aleesha direntapnya. Qisha
Aleesha panik. Rasa sakit kepalanya akibat terjatuh menghempap jalan tar di
sini, membuatkan kepalanya rasa berpusing-pusing. Pandangannya terasa kian
kabur dan berbalam-balam juga. Kepalanya dirasakan sungguh sakit dan
berdenyut-denyut.
“Tolong!!
Tolong!! Tolong!!” teriak Suliati, menjerit memohon pertolongan dari orang
sekeliling untuk membantu mereka. Dia cemas. Panik! Semuanya bercampur baur
sekali, menjadi satu perasaan yang sukar untuknya luahkan. Malangnya, tiada
sesiapapun yang mahu menghulurkan bantuan. Qisha Aleesha memegang kepalanya.
Suliati semakin. Separuh hatinya ingin mengejar langkah lelaki itu manakala
separuh lagi rasa takut untuk berbuat demikian. Dia tidak cukup berani. Di kala
itu, timbul perasaan geram pada orang sekeliling yang langsung tidak mahu
menghulurkan bantuan padanya.
Perlahan-lahan,
tubuhnya yang dirasakan lemah, bangkit dengan menggunakan sisa-sisa tenaganya
yang ada. Melihat betapa takutnya orang-orang disekelilingnya untuk menghulurkan
bantuan, Qisha Aleesha nekad untuk berusaha sendiri. Dengan menggunakan
sisa-sisa tenaga dan kudrat wanitanya yang tinggal tidak seberapa ini, Qisha
Aleesha laju berlari mengejar langkah lelaki itu.
Tidak
dipedulikannya dengan rasa sakit di kepala dan tubuhnya. Dia tidak boleh
berdiam diri begitu sahaja. Hanya duit itu sahaja yang tinggal buat dirinya dan
keluarganya. Dan hanya dengan duit itu sahaja yang mampu menanggung hidup
mereka sekeluarga dalam jangka masa sebulan ini. Melihat betapa pasifnya orang
di sekeliling mereka untuk menghulurkan bantuan, Qisha Aleesha terpaksa
mengejar sendiri jejak langkah lelaki-lelaki durjana ini.
Diayunkan
kuat langkah kakinya mengejar jejak langkah mereka.
“Woi!!
Tunggu! Bagi balik beg aku! Woi!!” tempik Qisha Aleesha kuat di sepanjang jalan
lariannya.
“Akak!!”
Suliati semakin diulit perasaan bimbang. Kesian kakaknya. Di kala ini, sungguh
dirinya cemas. Dan atas rasa yang sungguh menggasak jiwanya, kakinya turut
mengayunkan langkah seiring dengan kakaknya. Tidak! Dia tidak boleh
meninggalkan kakaknya sendirian mengejar penjenayah itu. Bahaya!
“Kakak!!
Sudahlah. Biarkan, akak. Bahaya akak!” kuat Suliati menempik memanggil Qisha
Aleesha yang sudah jauh ke depan.
“Hoi
mamat tak guna! Bagi balik beg aku! Tak guna, mamat arang, hitam legam, botak!!
Bagi balik beg aku!! Aku kata bagi balik beg aku!!” Tidak dipedulikan pandangan
orang sekeliling oleh Qisha Aleesha. Apa yang penting baginya ketika itu, beg
duitnya. Semua barang-barang berharganya terkandung di dalam beg itu. Di
pandangan matanya terlayar sayu wajah ayah dan adiknya. Kalau dia tidak
selamatkan beg duit itu, siapa lagi mahu menyelamatkannya? Dan yang paling
penting, apa yang mahu dia berikan buat keluarganya makan nanti?
Dikuatkan
lariannya, mengejar jejak langkah mereka. Kedua-dua lelaki tersebut naik gerun
juga sebenarnya melihat betapa kencangnya larian gadis ini. Dek jalan yang
berliku-liku di kawasan sekitar ini telah menyebabkan perjalanan mereka
terganggu kerana mereka perlu mengelak itu dan ini sepanjang pemanduan mereka.
Dan itu sememangnya membuatkan motorsikal mereka gagal memecut dengan laju.
Kesempatan itu ternyata dimanfaatkan Qisha Aleesha sebaik mungkin. Tak akan dia
lepaskan mamat berkulit hitam dua orang ni! Memang nak kena! Huh! Siap kau!
Lelaki
yang menjadi pemandu pada ketika itu tidak henti-henti memusingkan kepalanya
memandang ke belakang. Bimbang dengan larian Qisha Aleesha yang sungguh kencang
itu. Fuhlamak! Laju gila minah ni
lari! Sedar tak sedar, mereka hanya terpisah dengan beberapa jengkal sahaja.
Menyedari tentang itu, Qisha Aleesha semakin kuatkan lariannya. Tangannya
diregangkan sepanjang mungkin ingin menangkap pemegang di hujung motorsikal
lelaki itu.
Dicuba
buat pertama kalinya, gagal! Terlucut tangannya dek betapa licinnya permukaan
pemegang itu. Nasib baik dia tidak terpelanting di atas jalan tadi. Namun,
semangat Qisha Aleesha tidak pernah luntur. Dicubanya lagi. Panjang tangannya
dihulurkan. Dan..
Akhirnya!
Qisha Aleesha berjaya juga menangkap pemegang motorsikal itu. Lalu, belakang
tubuh lelaki itu dihentam Qisha Aleesha sekuat hati. Ditumbuknya sepuas hati.
Lelaki itu turut tidak berdiam diri apabila lelaki itu juga membalasnya dengan
menunjal-nunjal kepala Qisha Aleesha. Qisha Aleesha cuba mengelak. Sedang
mereka bergelut, lelaki yang sedang memandu motorsikal itu sengaja memandu
dengan lintang pukang di mana sekejap dia akan memandu ke kiri dan sekejap dia
akan memandu ke kanan. Ternyata ianya sememangnya menyukarkan langkah Qisha
Aleesha dalam mengejar mereka.
Dan akibat
rasa tidak bersedianya, Qisha Aleesha terdorong mengikut jejak langkah
motorsikal itu. Tidak mahu dilepaskan tangannya dari memegang pemegang
motorsikal itu namun, dirinya sudah penat bergelut dalam keadaan begini. Ya,
Allah! Qisha Aleesha mulai rasa pasrah. Dia ingin menyerah. Namun, dia tidak
tahu bagaimana.
Lantas,
kaki Qisha Aleesha kuat ingin brek. Akibat kuat geseran kasutnya pada jalan tar
di situ sehingga tanpa dia sedari perbuatannya telah mengakibatkan tapak
kasutnya sudah haus. Semakin lama, semakin haus dan semakin menipis. Tanpa
Qisha Aleesha sedari, kasutnya sudah membentuk sebuah bulatan kecil pada tapak
kasutnya. Rasa sakit yang dirasakan oleh Qisha Aleesha pada waktu ini tidak
dipedulikannya.
Akibatnya,
alas kaki yang tersarung di kakinya sudah koyak dan telah memakan isi tapak
kakinya sendiri. Terjerit Qisha Aleesha dibuatnya. Kuat jeritannya. Tidak dapat
menahan lagi rasa sakit itu dan akhirnya tangannya terpaksa melepaskan juga
motorsikal itu pergi. Lambat-lambat, tangannya melepaskan gengaman itu sehingga
mengakibatkan tubuhnya terlucut jauh dari motorsikal tersebut dan tubuh Qisha
Aleesha jatuh tergolek di atas jalan di situ.
“Akak!!”
kuat Suliati menempik sebaik sahaja dirinya tiba di suatu lorong yang agak
lengang itu. Nasib baik dia sempat mengintai di mana kedudukan kakaknya.
Meskipun dia sudha jauh ketinggalan dari mereka, namun Alhamdulillah dia tidak
hilang jejak kakaknya. Segera, tubuh kakaknya dirapati. Tubuh Qisha Aleesha
yang terbaring lemah di atas jalan itu, membuatkan Suliati nanar. Berdebarnya
ya Allah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Akak.
Akak.” Pipi Qisha Aleesha ditepuk Suliati halus. Kepala kakaknya diangkat ke
atas ribanya. Matanya sudah berair dek melihat keadaan kakaknya di kala ini.
Baju kakaknya sudah koyak. Kasut kakaknya tercampak sebelah manakala seluar
kakaknya juga koyak rabak.
“Ya,
Allah, kakak. Darah ni!” Terkejut Suliati dibuatnya. Tidak dapat menahan diri
tatkala bila tangannya mengusap kepala kakaknya dia dikejutkan apabila dirinya mendapati
bahawa ada tompokan darah di kepala kakaknya. Ya, Allah. Menggeleng kepala
Suliati dibuatnya. Esakannya kuat kedengaran.
“Akak.
Kenapa akak kejar jugak diaorang? Kan adik, dah cakap. Jangan kejar, akak!
Kenapa akak ni degil sangat? Kesian akak. Habis luka ni, akak. Ya, Allah!
Akak!” Qisha Aleesha cuba untuk bangun. Dirasakannya sukar sekali namun
dikuatkan juga dirinya.
“Sikit
aje ni. Dah. Jom kita pergi balai polis. Adik ada duit sikit kan?” Suliati
menggeleng.
“Adik
tak mahu! Akak kena balik dulu. Badan akak luka ni. Banyak pulak tu. Biar adik
bersihkan luka akak dulu, kemudian kita buat report polis. Akak kena dengar cakap adik!” Suliati memberi arahan.
Qisha Aleesha tidak mampu membantah. Dirasakannya mulutnya begitu payah untuk
mengeluarkan bicara. Lantas, diturutinya sahaja kemahuan adiknya.
QISHA ALEESHA terbaring lemah di atas katil. Usai
sahaja siap menghidangkan lauk pauk buat ayahnya, terus dia bergegas ke atas.
Bukan tidak mahu menemani ayahnya makan, tetapi telinganya begitu liat untuk
mendengar ceramah free dari ayahnya
di kala ini. Sudah penat mendengar bebelan ayahnya pada petang tadi, dirinya
terus menyusup masuk di dalam bilik pada ketika itu juga. Qisha Aleesha
mengeluh. Kepalanya dibaringkan lemah di atas tilam nipis yang sedikit lusuh
itu. Terkebil-kebil matanya memandang pada atap rumahnya. Pandangan kosong itu
automatik mengingatkan akalnya pada peristiwa pagi tadi. Matanya terus dipejamkan
buat seketika, ingin melupakan peristiwa itu. Buat pertama kalinya dalam
sejarah hidupnya, dirinya diragut. Sungguh, dia tidak sangka.
Dan
dari peristiwa itu jugalah buat pertama kalinya tubuhnya cedera teruk begini.
Banyak juga luka terpalit di tubuhnya. Tak cukup dengan itu, kepalanya juga
turut berbalut akibat luka di kepalanya. Apalah nasibnya. Hembusan nafas kecil
terhela di situ sekali lagi. Akibat penat melayan permainan akalnya, Qisha
Aleesha mengambil keputusan untuk tidur. Kedua-dua belah matanya dipejam rapat,
mencuba untuk tidur meski matanya terasa segar benar pada malam ini. Manakan
dia boleh tidur dalam keadaannya begitu, mahu mengiring ke kanan tak boleh,
mengiring ke kiri juga tak boleh. Asal tubuhnya ingin bergerak pasti setiap
pergerakannya akan menyentuh luka di tubuhnya.
“Akak.”
Automatik mata yang terpejam terbuka luas kembali. Di ruangan matanya,
terjengul wajah adiknya, Suliati di ruangan muka pintu. Wajah itu kelihatan
gusar sekali. Kenapa?
“Ganggu
ke?” Qisha Aleesha menggeleng seraya tersenyum manis. Ruangan di sisinya
ditepuk halus, mengajak adiknya untuk berlabuh sama di sisi. Suliati menurut.
Di tangannya digengam kemas sebuah telefon bimbit Qisha Aleesha.
“La.
Dah penuh ke baterinya? Rasanya along baru aje cas tadi. Cepat sangat
penuhnya.” Tangan Qisha Aleesha menghulur panjang pada Suliati. Kenapa dengan
telefonnya ni? Rosak ke? Aduhai, janganlah rosak. Sudahlah ini satu-satunya
harta yang dia ada. Untung benar dia meletakkan telefon bimbitnya di dalam
poket seluarnya. Kalau tidak pasti dia kini tinggal sehelai pinggang aje.
“Bukan.
Erm.. Ermm. Nah.” Huluran telefon bimbit dari adiknya menyebabkan dahi Qisha
Aleesha berkerut pula. Apa kena pula ni?
“Kenapa?”
lambat-lambat, telefon bimbitnya dicapai jua. Ada mana-mana bahagian rosak ke?
“Angah
call.” Tubuh Qisha Aleesha terasa
seperti kebas. Mengeras dan kaku di situ. Di kala ayat itu meluncur di bibir
adiknya, terasa seperti gelap dunianya. Habislah dia kali ini. Usah dijawab
panggilan itu, dia bagaikan sudah dapat mengetahui isi perbualan yang akan
terisi antara mereka. Wajah Suliati dipandang sekilas. Wajah itu juga kelihatan
penuh debaran. Pasti angah sudah cakap apa-apa pada adik ni, telah Qisha
Aleesha.
Nafas
panjang ditarik sebanyak mungkin sebelum perlahan-lahan skrin telefon bimbit
itu dibawa melekap ke arah telinganya.
“Assalamualaikum,
angah.” Begitu lembut suara Qisha Aleesha menyeru nama adiknya. Getaran pada
suaranya dikawal sebaik mungkin oleh Qisha Aleesha. Bibir bawahnya digigit
pabila suara di hujung sana menyepi tanpa sebarang jawapan.
“Along.
Along ada duit lagi tak?” alhmdulillah, syukur tidak terhingga Qisha Aleesha
tatkala mendengar suara merdu adiknya. Sangkanya, Umairah akan melenting
tiba-tiba tadi. Tapi sangkaanya meleset sama sekali. Ya, Allah. Berdosanya, aku
kerana buruk sangka. Lantas, senyuman kecil bergayut di bibirnya.
“Ada
apa yang tinggal untuk along? Dah habis beg duit along diragut. Apa along boleh
buat.” Qisha Aleesha menjawab sopan. Menyedari hakikat bahawa adiknya sedang
berlembut dengannya membuatkan Qisha Aleesha berani untuk bercakap benar tanpa
banyak selingkuh. Namun, ternyata kata-kata jujur Qisha Aleesha membuatkan
angin Umairah naik tiba-tiba. Angin yang ditahannya sedari tadi, sepertinya
tidak mampu ditahan lagi.
“Habis,
apa yang along ada sekarang ni? Isyh!! Kenapa along jadi macam ni? Kenapa along
boleh cuai sampai macam tu sekali? Along tahu tak apa yang dah jadi dekat along
ni semakin buat angah… Hih!! Geramnya! Kenapa along ni..” talian di sana sepi
seketika. Qisha Aleesha terdiam. Sangkanya perbualan antaranya adik beradik
akan menjadi panggilan untuk melepaskan rindu sesama sendiri. Malangnya, sekali
lagi dia tersilap.
Terguriskah
hatinya? Qisha Aleesha mengawal riak wajahnya. Tidak mahu adiknya dapat
mengecam sesuatu dari riak wajahnya. Bibirnya mengoyak senyuman buat Suliati
sebagai memberi tanda bahawa perbualan antaranya dan Umairah terjadi dengan
baik-baik belaka.
“InsyaAllah,
semua baik-baik aje. Kita sama-sama berdoa ya, angah.” Jawab Qisha Aleesha
sedikit ceria. Sengaja sebenarnya dia menjawab dalam nada begitu supaya adiknya
tidak dapat mengecam apa-apa.
“Apa
kau melalut ni along? Benda dah jadi macam ni pun kau masih boleh duduk diam
lagi. Duduk rileks aje? Eh, along. Kenapa along ni susah sangat nak tolong
orang? Mentang-mentang kau menganggur kau bolehlah goyang kaki? Jangan jadi
pemalas along. Kerjalah. Kerja basuh pinggan ke, jadi maid ke, pelayan ke.
Tolonglah angah ni, cari duit. Ini tidak, asyik tunggu angah masukkan duit
dalam akuan along aje. Kau kena sedar along, kau sebagai anak sulung sepatutnya
kau yang patut bertanggungjawab pada ayah dan adik-adik. Ini tidak aku pulak
yang jadi galang gantinya. Kau pulak? Senang-senang makan gaji aku. Along, aku
tak tahulah kenapa kau ni cuai sangat.. aku rasa macam.. macam.. boleh tak
sekali aje, along. Sekali aje, kau senangkan hidup aku?” Jelas sekali wajah
Qisha Aleesha berubah. Senyumannya tidak bisa diteruskan lagi. Jelas kini,
hatinya dirasakan seperti disiat-siat. Pedihnya, Ya Allah. Hanya Tuhan sahaja
yang tahu akan rasanya. Suliati yang
melihat riak perubahan pada wajah kakaknya mula bertindak menarik telefon
bimbit itu dari melekap terus di telinga alongnya. Tidak perlu buat alongnya
bersandiwara di hadapannya. Macamlah dia tidak kenal siapa alongnya. Memang
angah nak kena ni.
“Hello,
angah! Angah cakap apa kat along ni? Tak boleh ke angah cakap elok-elok dengan
along? Tak kesian ke dekat along?” marah Suliati pula. Qisha Aleesha menjadi
sebak. Sebak pabila terngiang-ngiang kembali kata-kata Umairah padanya.
“Apa
angah peduli. Dah along yang buat hal. Eleh, along yang salah adik nak salahkan
angah pulak. Eh, adik pergilah. Jangan nak masuk campur. Adik tak tahu apa yang
angah rasa selama ni. Tak macam along, asyik goyang kaki lepas tu makan gaji
angah. Adik sepatutnya rasa kesian dekat angah, tahu tak. Bukan dekat si SULUNG
tu!!” Suliati mengetap bibirnya.
“Angah
memang tak tahu rasa bersyukur kan? Dulu, masa angah nak belajar bukan ke ayah
dengan mak tak kasi. Tapi lepas along yang tolong pujukkan, barulah angah boleh
sambung belajar. Kalau tak kerana along, angah, angah jangan mimpi dapat
sambung belajar dan dapat kerja macam sekarang. Angah, cubalah belajar
hormatkan along, angah. Itu kakak kita, angah. Semua orang dalam keluarga ni
semuanya jalankan tanggungjawab masing-masing. Along duduk rumah bukannya
goyang kaki macam yang angah cakapkan. Adik yang duduk rumah, adik tahulah,
susah payah along.” Panjang lebar Suliati menasihati kakaknya. Namun, kata-kata
itu hanya dibuat Umairah bagaikan masuk ke telinga kanan dan keluar telinga
kiri sahaja.
“Cakap
aje lebih. Adik cakap macam ni, bukannya apa, sebab adik nak pujuk along kan? Along
tu memang! Dasar anak manja! Cakap sikit dah nak terasa. Tapi memang patutlah.
Habis duit dia kena kebas. Sekarang, susahkan angah pulak. Mana lagi angah nak
kaut duit ni?” kesabaran yang dikumpul di dalam hati Suliati bagaikan tidak
tertahan rasanya. Geramnya yang amat pada kakaknya yang kedua ini. Cakap tak
pernah nak berlapik! Cakap tak pernah nak fikirkan perasaan orang. Dia yang
mendengarnya pun sudah terasa hati inikan pula along. Agaknya lebih teruk kata-kata
angah pada along tadi, tak?
“MasyaAllah.
Cubalah bawak mengucap angah. Jangan fikirkan sangat tentang duit tu. Angah
memang tak sedar diri. Bukannya nak tanya along cedera ke tidak, okey ke tidak.
Ini soal duit angah nak bangkitkan? Eh, angah badan along habis luka-luka sebab
nak kejar peragut tu. Angah tahu ke? Teruk luka along sampaikan kepala along
habis berdarah. Dah takdir beg duit along kena ragut, apa nak buat. Kalau macam
ni gaya angah, memang menyesal adik bagitahu angah tentang apa yang terjadi
pada along ni. Adik ingatkan angah nak pujuk along, cakap baik-baik pada along.
Ini tidak. Angah, dalam adik beradik kita mesti saling memahami, saling tolong
menolong bukannya saling membenci. Angah kena ingat, hilang duit masih kita
boleh cari, kalau hilang nyawa, siapa nak jawab? Jangan menyesal di kemudian
hari angah.” Marah benar Suliati ketika ini. Sungguh, jika dia tahu begini
sikap angah memang dia tak akan beritahu angah tentang keadaan along.
Menyesal
sungguh dirinya kerana memungkiri janjinya pada along walhal mereka sudah
berjanji agar tidak memberitahu angah tentang perkara ini.
“Apa
aku peduli?..” talian diputuskan Suliati terus. Biar rasa, kakaknya seorang
ini. Jika angah katakan dia biadap, biarkan. Dia rela. Asalkan, telinganya
tidak lagi mendengar kata-kata nista angah terhadap along. Usai punat merah
ditekan, kepala Suliati berpusing menghadap Qisha Aleesha. Wajah kakaknya
menunduk sahaja. Kakaknya menangiskah?
“Akak.”
Qisha Aleesha mengangkat wajahnya. Dari riak wajahnya, seperti kosong sahaja.
Kosong tanpa sebarang riak. Namun, Suliati bagaikan dapat meneka apa sebenarnya
yang bermain di minda kakaknya. Tangan Qisha Aleesha dicapai, Suliati lembut
seraya berkata.
“Maafkan
adik, along. Adiknya bukannya sengaja nak bagitahu angah. Tapi.. adik.. adik
ingatkan angah boleh bantu, atau paling tidak pun dia boleh pujuk along. Adik
kesiankan along. Adik nampak, along sedih aje. Kesian along. Saban hari, ujian
yang along terima tak pernah surut. Bahkan bertambah lagi.” Qisha Aleesha
menggeleng.
“Jangan
cakap macam tu, adik. Tak baik merungut pada ujian Tuhan. Kita sebagai
hambanya, bukannya perlu merungut tetapi, kita perlu bersabar.” Jawab Qisha
Aleesha perlahan. Mata Suliati kian berkaca-kaca. Rasa bersalahnya semakin
membuak-buak.
“Maafkan,
adik along. Maafkan adik.” Tubuh adiknya dibenamkan perlahan di dalam
pelukannya. Rambut panjang adiknya diusap lembut. Usapan penuh kasih tanda
sayang dan terima kasih buat adiknya yang sentiasa melindunginya.
Mata
Qisha Aleesha terpejam seketika. Termenung panjang dirinya di sebalik pelukan
itu. Dan tatkala matanya terbuka, bebola matanya bergerak ke sana sini, dan
akhirnya anak matanya terhenti pada suatu sudut iaitu sudut yang sama seperti
semalam. Apa lagi kalau bukan tentang kad bisnes yang
terletak elok di atas meja kerjanya. Kad bisnes tersebut direnung. Mulutnya
terkumat kamit menyebut sesuatu namun tidaklah pula terluah dari bibirnya.
Sepertinya mulutnya sedang menyeru seseorang. Sebuah nama yang cukup cantik dan
tidak asing dari ingatannya. Iaitu Fahim Daniel.
Kenapa dengan Fahim Daniel? Ada apa
dengannya? Qisha Aleesha jauh termenung. Menungan yang panjang yang tidak
berkesudahan.
BERDIRI
tegak di sini, di tengah lalu lalang di bahagian pejabat yang maha besarnya ini
membuahkan perasaan yang tidak selesa di dalam diri Qisha Aleesha. Kepalanya
tertoleh ke kanan dan ke kiri memandang pada orang sekeliling. Bukan dia
memandang orang-orang di situ kerana pelik dengan mereka tetapi orang di sini
yang asyik memandang pelik ke arahnya.
Yelah, orang lain berjalan semuanya ada
arah tujunya. Tetapi, dia? Alahai. Dia datang sini untuk kerja gila!
Beg sandang yang dibawanya dibetulkan
kedudukannya. Matanya sibuk menolah ke kanan dan ke kiri. Untuk mengelakkan
dirinya dari dipandang serong lagi oleh orang-orang di sini, kakinya berjalan
perlahan-lahan menapak ke hadapan sambil matanya tidak pernah berhenti daripada
memandang orang di sekelilingnya. Fokus benar Qisha Aleesha berjalan sehingga
ada kalanya tumitnya dijungkitkan seperti mengintai seseorang sahaja. Tak cukup
dengan itu, kepalanya kadang-kadang akan berpusing ke belakang pula. Entah apa
yang dicarinya tetapi tingkah Qisha Aleesha itu jelas sekali seperti orang
nanar sahaja. Nanarkan siapa? Entah!
Begitu ralit punya Qisha Aleesha berjalan
sehingga tanpa sedar tubuhnya terlanggar seseorang yang berada di hadapannya. Kuat
juga Qisha Aleesha merempuh orang yang berada di hadapannya.
“Oh, mak kau!! Eh, mak aku. Woi!! Isyhh!!”
latahan dari mak cik pencuci di sisinya menyentakkan Qisha Aleesha. Liurnya
ditelan. Pasti mak cik ini akan memarahinya dek dirinya yang cuai. Dan
disebabkan kecuaiannya itu, banyak juga air sabun mak cik tersebut tertumpah ke
lantai. Bibir bawah Qisha Aleesha digigit. Berdebar juga memandang pada wajah
mak cik cleaner tersebut. Sedarinya, sejak tadi pandangan mak cik itu langsung
tidak berganjak dari merenungnya. Renungan dari atas bawah lagi. Sungguh,
menggerunkan Qisha Aleesha. Menaik juga bulu romanya.
Mak cik itu mendekati Qisha Aleesha. Serasa
ingin sahaja Qisha Aleesha lari dari situ, namun memikirkan ini adalah salahnya
dia harus bertanggungjawab. Jaraknya antara dirinya dan mak cik itu hanya
tinggal sejengka. Kemudian, mak cik tersebut bertindak mendekati ke arah
telinga Qisha Aleesha. Rapat!
“Ada orang nampak tak tadi, mak cik melatah?”
Apa punya soalan ni? Ini tak bukan mesti mak cik cleaner yang paling vogue dekat sini. Aduhai, mahu terburai
isi perutnya. Mahu ketawa tetapi ditahankan. Teringatkan kembali bagaimana riak
wajah mak cik ini ketika menyoalnya tadi. Bersama bibirnya yang memuncung
dengan saiz tebalnya bibirnya bak Angelina Jolie sungguh menambahkan rasa
tawanya. Mahu letih juga dia asyik mengetap bibirnya. Mahu tergolek aku ketawa ni mak cik, hoi! Namun, Qisha Aleesha
tetap menjawab. Matanya sempat melilau memandang sana sini.
Akhirnya, kepalanya menggeleng tanda tak ada
yang melihat mereka tadi. Mak cik tersebut tersenyum. Senyumannya persis
seperti senyuman lega, barangkali. Qisha Aleesha hanya diam. Memandang sahaja
perilaku mak cik tersebut. Alahai, mak cik. Bimbang benar orang tengok dia. Tak
tengok mak cik pun orang masih boleh dengarlah mak cik melatah tadi. Alahai,
mak cik. Sebumi company ni boleh
dengar kut, tak campur dengan
gemaannya lagi. Aduh, mak cik. Mak cik.
Tak cukup dengan itu, kening Qisha Aleesha
hampir ternaik sebelah. Terkejut juga dirinya. Alamak! Memang bergaya habis mak
cik ni. Siap bawa compact powder
lagi. Memang powerlah mak cik ni. Huh,
jika dibandingkan antaranya dan mak cik ni memang bagaikan langit dengan bumi.
Kepala Qisha Aleesha menggeleng kecil sebelum kerjanya yang tergendala itu
bersambung. Mak cik tersebut yang sedang sibuk membetulkan make-upnya, terhenti tiba-tiba tatkala dia ternampak dari biasan
cerminnya akan Qisha Aleesha yang sepertinya sedang sibuk mencari-cari sesuatu.
Lalu, bedaknya dimasukkan ke dalam poket
apronnya. Skarf yang tersarung cantik di kepala dibetulkan. Mop di tangannya
disandarkan di sebelah baldi yang terkandung air sabun itu. Segera tubuh Qisha
Aleesha dirapatinya.
“Anak ni cari siapa?” Qisha Aleesha berpaling
lekas menghadap empunya suara itu. Senyuman kecil terbit di bibirnya.
“Saya cari seseorang, mak cik. Tapi.. tapi
tak jumpa-jumpalah. Naik pergi naik atas, saya tak tahu nak cari dekat mana.
Tengok dari bangunan ni, naik gerun juga saya dibuatnya. Banyak tingkat pula
tu. Takkan saya nak jelajah seluruh tingkat dalam bangunan ni.” Mak cik itu
mengangguk-angguk sahaja kepalanya. Sedang memproses tentang apa yang
dikatakannya barangkali, telah Qisha Aleesha.
“Kalau macam tu, telefon ajelah dia. Suruh
dia turun.” Cadang mak cik tersebut. Qisha Aleesha terkesima. Telefon? No! Laju
sahaja kepala Qisha Aleesha menggeleng kemudiannya.
“Tak. Tak boleh. Erm.. sebab, saya takut dia
busy, mak cik. Ha. Betullah, tu. Yelah kan, mesti dia tengah sibuk. Kan kalau
saya terganggu dia time-time yang salah macam ni, kan naya saya dibuatnya.”
Qisha Aleesha melepaskan nafas lega. Mak cik tersebut mengangguk sahaja,
mengiyakan.
“Oh, kalau macam tu, anak pergi sana. Ke
kaunter sana. Tanya adik dekat kaunter tu. Nanti, dia tolong bawakkan.” Lurus
telunjuk mak cik tersebut memberi pandangan yang jelas buat Qisha Aleesha pada
gadis yang sedang disebut oleh mak cik tersebut.
“Terima kasih, mak cik. Saya nak mintak maaf
pasal sabun ni, macam. Banyak jugak yang tumpah, ni.” Mak cik itu hanya
tersenyum dengan kepalanya menggeleng kecil.
“Eh, tak adalah. Lagipun bagus juga. Sebab
mak cik baru nak lap ni. So, kalau dah tumpah pun tak salah. Alang-alang, kan?”
kata-kata mak cik tersebut begitu melegakan hati Qisha Aleesha. Nasib baik.
Terus, Qisha Aleesha segera mendekati gadis tersebut tanpa banyak bicara
sejurus sahaja dirinya menyampaikan niat akan pamitannya pada mak cik tersebut.
“Assalamualaikum, cik. Selamat datang ke SFX
Holdings. Di sini kami sediakan pelbagai perkhidmatan. Ada apa-apa yang boleh
saya bantu?” begitu ramah sekali penyambut tetamu mereka ini. Kagum Qisha
Aleesha seketika. Lantas, mereka saling berbalas senyuman sebelum Qisha Aleesha
menyampaikan hasrat hatinya yang sudah terbuku begitu lamanya. Lantas, apabila
hasratnya diluahkan, gadis itu mula bertanya.
“Cik, ada buat sebarang janji temu?” Qisha
Aleesha menggeleng.
“Tak ada. Tapi, dia cakap datang aje
bila-bila masa.” Gadis penyambut tetamu itu sekadar tersenyum. Siapa-siapapun
akan berbicara begitu. Alahai.
“Boleh saya tahu nama cik?” soal lagi gadis
itu.
“Qisha Aleesha.” Jawab Qisha Aleesha laju.
“Tunggu, sekejap ye cik.” Gadis itu kelihatan
seperti sedang bercakap dengan seseorang. Selang beberapa minit, gadis itu
tersenyum manis.
“Maaf kerana lama menunggu. Cik boleh naik ke
tingkat 15, bahagian C. Dekat situ, cik boleh cari nama Fariza. Dia boleh tolong
cik uruskan pertemuan cik nanti.” Qisha Aleesha mengangguk. Faham.
“Okey, terima kasih.” Senyuman berbalas
sesama sendiri sebelum Qisha Aleesha mula bergerak ke arah tempat yang
disebutkan oleh gadis itu tadi. Setibanya dirinya di sana, tanpa banyak
bertingkah nama Fariza terus dicari. Pusing ke kanan dan ke kiri, akhirnya nama
itu berjaya dicarinya. Bukannya susah mahu mencari. Senang sahaja. Lantas,
kakinya disusun menuju ke arah sana. Kelihatan dari jauh, gadis itu tersenyum
manis kepadanya. Cantik betul perempuan ni.
“Assalamualaikum. Saya Qisha Aleesha.” Sapa
Qisha Aleesha sambil memperkenalkan dirinya. Fariza tersenyum manis.
“Oh, cik Qisha! Yes. Tadi, saya terima call tu. Cik Qisha nak jumpa dengan
Encik Fahim Daniel ke?” Qisha Aleesha mengangguk.
“Tunggu sebentar, ya. Please, have a seat.”
Penuh lembut tutur kata itu dilepaskan. Qisha Aleesha sekadar menurut.
Punggungnya dilabuhkan di sofa berwarna krim itu. Sofa yang sungguh lembut dan
selesa. Sesekali matanya merenung segenap ruangan di kamar pejabat ini. Di
tangannya ada sekeping kad bisnes hasil pemberian Fahim Daniel padanya pada
beberapa hari yang lalu ketika dirinya bertembung dengan lelaki ini sejurus
sahaja dirinya tamat bagi sesi temu duga. Ya! Di sinilah tempatnya ditemu duga
dahulu. Tetapi, bukanlah tingkat yang sama sekadar company yang sama.
“Cik Qisha.” Panggilan sederhana itu
menyentakkan Qisha Aleesha. Baru sahaja wajah Fahim Daniel ingin timbul dalam
kotak fikirannya, panggilan dari gadis itu telahpun menamatkan imaginasinya.
Segera, Qisha Aleesha mendekati gadis tersebut.
“Cik Qisha boleh masuk bilik Fahim Daniel
sekarang.” Qisha Aleesha mengangkat keningnya. Bilik dia? Manalah aku tahu. Ini
kali pertama kut aku datang.
“Ermm. Bilik Encik Fahim Daniel dekat mana,
ek?” gadis itu seperti tercengang sejenak sebelum dia menghamburkan tawa kecil.
“Oh, lupa. Maafkan saya. Bilik Encik Fahim
Daniel nombor dua sebelum pantry. Tak apa, cik Qisha jalan aje terus, then, cik
Qisha akan jumpa nama Encik Fahim Daniel di hadapan pintu bilik dia,” Qisha
Aleesha mengangguk faham. Senyuman manis dihulurkan sebagai tanda terima kasih.
Selangkah kakinya dalam menuju ke kamar
lelaki itu sudah menerbitkan sebuah perasaan yang aneh dalam diri Qisha
Aleesha. Dup.. dap.. dup.. dap.. debaran di dada yang mula memuncak. Kenapa dia
perlu berperasaan begini? Hatinya yang tenang kini tiba-tiba berkocak hebat.
Apa kena ni? Takkanlah pertemuan yang sudah memakan sekian bertahun-tahun
lamanya begini membuahkan perasaan ini? Qisha Aleesha tidak keruan.
Langkah kakinya terhenti tepat pada sebuah
pintu bilik yang terpampang jelas nama Fahim Daniel di situ. Berdebar sakan di
dada Qisha Aleesha. Lambat-lambat, tangannya mencapai tombol pintu. Sesaat
tangan itu ingin memulas akan tombol pintu bilik tersebut, pergerakkannya
terhenti automatik. Turun naik nafas Qisha Aleesha. Tenang Qisha. Take a deep
breath.
Selang beberapa saat, dengan nafas panjang
yang saling bertukar akhirnya Qisha Aleesha memperoleh juga kekuatan. Namun,
sekali lagi tangan itu ingin memulas tombol tersebut dia seakan hilang
keyakinan sekali lagi. Matanya terpejam.
Ya, Allah. Kenapa susah sangat ni? Nafas
ditarik dan dihembus. Perbuatan itu diulang Qisha Aleesha beberapa kali.
Bismillah. Dititipkan kata-kata itu dan, lambat-lambat tangannya naik hinggap
pada tombol pintu bilik tersebut.
Satu.. dua.. mata Qisha Aleesha membulat
tiba-tiba. Tangannya yang memegang tombol pintu bilik Fahim Daniel dapat dirasakan akan gegarannya. Alamak! Dia nak keluar ke? Peluh renik secara tidak langsung
terpencik keluar sudah dari dahi Qisha Aleesha. Berdebar sakan dirinya. Doa
yang dititipkan pada dirinya sudah melayang entah ke mana. Yang tinggal kini,
debaran yang maha gila! Tidak! Dia belum bersedia bertentang empat mata dengan
si Fahim Daniel ni!
Argh!! Tidak!! Apa aku nak buat ni? Sorok
bawah meja? Sorok bawah kain pekerja perempuan? Sorok dalam pantri? Argh!!
Someone bagi aku cadangan!! Tolonglah! Waa!!
Jumpa di bab 3, ya! Anyong! |
*Psstt: Mesti antara anda yang agak pening sikit bila ai masuk bab dalam pejabat SFX tiba-tiba, kan? Huhu.. Sabar-sabar.. Jangan buat konklusi lagi, sb ada citer di sebaliknya.. Huhu. Nak nak tahu, apa dia? Tunggulah bab 3.. HIHI.. Bila? Adoi.. Entahlah, dear.. Apa-apa pun doakan saya, ya. InsyaAllah. Tq sebab baca. And macam biasa kalau ada apa-apa yang anda tak suka, bagitahu cepat-cepat, okey. kalau nak advance dari yang lain, serbulah grup fb saya, ya. Hihi.. Bye! Anyong!!
E-CLASS: SILENCER #SAC #SILENCER
E-CLASS: SILENCER #SAC #SILENCER