"WHAT?! Kau nak aku jadi suami pinjaman? Kau ingat aku lelaki yang available dekat rak library tu ke?" Tangan Liyana digengam sesama sendiri.
"Alah awak.. Tolonglah! Tolonglah saya." Rayu Liyana. Entah buat kali yang ke berapa.
“Tolong apa ke bendanya? Kau ingat benda ni main-main ke? Suami? Kau tahu tak suami?!” Liyana ketap bibir. Apa susah dia cuma mintak tolong aje, kan? Huh! Susah sangatlah!
“Tolonglah awak,” Hairil geleng kepala. Tak setuju!
"No!! No! And no! Aku tak setujulah. Apa ni? Main-main kahwin bagai. Kau ingat aku apa?" marah Hairil. Dia cukup tak setuju dengan rancangan gila itu. Liyana sudah resah sendiri.
"Alah, awak. Bolehlah. Jadi suami saya aje pun. Bukan saya suruh buat apa-apa pun. Cuma angkat akad aje. Lepas tu, kita buat macam biasa tapi depan pakwe saya kita act la. Alah, awak. Bolehlah. Please.." rayu Liyana. Wajahnya sudah berupa kartun. Sibuk main mengerdipkan bulu mata. Aduhai. Hairil jeling sahaja keletah itu. Langsung tak mencuit hatinya meskipun gadis ini adalah antara gadis yang paling cantik yang pernah dia jumpa.
"Hah! Memang angkat akad aje. Tapi, kau ingat angkat akad ni macam angkat plastik sampah? Berat tau kesan dia. Sudahlah kau ni banyak buat dosa. Tak pakai tudung. Lepas tu, sibuk pakai skrit paras paha pulak! Dah. Tak nak aku." membulat mata Liyana. Skirtnya dipandang.
"Hey! Jaga mulut okey! Skrit ni, saya beli dekat Paris tahu tak. Sesedap hati aje cakap campak-campak macam tu.." bidas Liyana. Sakit hati!
"Tak kiralah beli dekat pasar malam ke, pasar siang ke, Paris, London ke, yang penting baju tu jugak yang campak kau ke neraka nanti." Eee! Sumpah! Liyana bencikan lelaki ini. Kenapa pedas benar mulut dia? Terlebih cili ke? Atau mamat ni tengah period! Geram aku!
"Sudahlah! Tak nak tolong cakap tak nak. Jangan nak main hina-hina saya macam tu. Biar sayalah nak pakai apa. Nanti-nanti bila saya ready saya pakailah. Yang awak tu, langsung tak sedar diri. Buat salah tak nak mengaku. Ni saya tak mintak dengan awak ganti rugi pun dah cukup bagus, tahu!" Liyana mengungkit tentang peristiwa beberapa hari yang lepas. Membulat mata Hairil.
"Apa? Bukan salah akulah! Kau yang mula dulu. Sesedap masuk lorong orang, tak tengok kanan kiri, lepas tu bila aku langgar bontot kereta kau, kau nak salahkan aku pulak? Wah. Hebat punya orang!" Liyana mencebik.
"Ah! Apa saya peduli. Nak tahu siapa betul siapa salah, jom kita ke balai polis. Biar polis tentukan." Liyana sengaja mengapi-apikan Hairil.
"Hey, minah. Dah memanglah salah aku kalau kau adu dekat polis. Tak tahu undang-undang ke?"
"Mengaku pun." pintas Liyana. Hairil mengetap giginya. Geram yang amat dengan perempuan ni. Salah satu sebab kenapa dia tak sukakan perempuan ni adalah inilah! Kurang ajar betul!
"Dah! Pergilah kau. Berambus!"
“Mana air?” Hairil menjeling geram pada Liyana. Tak tahu malu! Cari pasal dengan aku, lepas tu ada hati mintak air? Huh!
“Dah bapak kedana sangat ke sampai mengemis mintak air dengan aku?” Liyana menjuihkan bibirnya.
“Orang tanya bukan pasal air orang, orang tanya mana air dia. Baru nak letak ubat tidur.” Hairil kerut dahi.
“Kenapa pulak?”
“Boleh saya bawak awak masuk hotel. Lepastu, kena tangkap basah. Hah! Hebat tak idea saya? Alah. Kenapa saya bagitahu awak pula? Aduh.” Hairil buat bodoh. Layan minah ni buat sakit jiwa, sakit hati!
“Dah pergilah kau berambus! Serabut aku. Aku banyak kerja.” Liyana ketap bibir. Beg tangan Prada kuning cairnya itu diangkat.
"Tak payah nak halau. Orang dah tahu jalan pulang. Tak payah susah-susah nak jadi tea-man kat sini." Makin berapi Hairil. Eloklah sangat. Datang pejabat orang lepas tu buat macam pejabat sendiri. Hebat! Matanya memanah pada tubuh Liyana yang berura-ura membuka tombol pintu itu. Namun, langkah gadis itu terbantut. Mukanya dipalingkan menghadap Hairil kembali.
"Ha! Kenapa? Ada barang tertinggal ke?" Liyana mendekat.
"Muktamad dah ke awak?"suara Liyana kembali seperti tadi. Suara merayu tangkap leleh!
"Muktamad! Aku tak nak kahwin dengan kau." Liyana memuncung.
"Sikit pun tak ada keinginan nak kahwin dengan saya? Kita boleh duduk serumah?" Hairil angkat kening.
"So, what?" Liyana terpempam. Eh, apa aku melalut tadi?
"Ah! Lupakanlah apa saya cakapkan tadi. Awak. Tolonglah.. Please.."
"Aku kata tak nak!"
"Kenapa?"
"Sebab kita tak pernah bercinta." Liyana diam. Kepalanya seperti sedang ligat memikirkan sesuatu.
"Saya cintakan awak?" luah Liyana tiba-tiba.
"What?!" Hairil terkejut.
"Okey! Jom kahwin! Yeay!!" Rumusan yang cukup ringkas disimpulkan oleh Liyana. Misi berjaya!
BOSANNYA! Sumpah dia bosan! Duduk dalam bilik ni, macam duduk dalam penjara. Sunyinya yang amat! Huh! Geramnya. Hujung mata menjeling Hairil.
“Awak.. Awak..” panggil Liyana. Tapi, panggil punya panggil Hairil hanya buat bodoh aje?
Aduh! Dia ni memanglah nak kena! Khusyuk benar dengan kerja dia. Aduh. Liyana geram.
“Awak..” lantas, pen yang sedang laju mencoret kata atas kertas ditolak Liyana lembut sedikit dengan hujung jari telunjuknya. Hairil berhenti menulis. Kepala angkat memanah pada Liyana. Kecut perut Liyana dengan pandangan itu.
“Apa? Bukan salah saya. Saya tak buat, apa-apa.” dalih Liyana. Mahu dia tak dalih kalau dia tengok aku macam nak bunuh aje. Takutnya!
“Kau tak nak balik ke?” Liyana menggeleng.
“Eh, kau baliklah! Dah nak malam ni.” geram Hairil dibuatnya. Hampir seharian gadis itu melepak dalam biliknya.
“Uish. Mana boleh tinggalkan awak sorang-sorang kat sini.” Hairil buat muka.
“Kenapa pulak?” Liyana merapatkan dirinya ke meja.
“Tak takut ke?” Hairil gelak sinis. Gaya lelaki kontrol macho.
“Aku? Takut? Kalau kau nak tahu, setiap hari aku balik malam-malam.” Liyana angguk. Lelaki apa jenis macam ni? Kalau aku dah jadi bini dia nanti, tak ke haru aku nak tunggu dia setiap malam? Liyana sudah jauh ke laut. Boleh pula dia angankan sebegitu rupa. Sesuatu yang belum terjadi atau dengan kata lainnya memang tak akan terjadi.
Hei! Celupar mulut. Janganlah doakan yang buruk-buruk. Ah! Macam mana sekalipun dia nak juga Hairil jadi lelaki pak sanggupnya.
“Kalau macam tu, lepas saya balik nanti awak mesti tak sanggup nak duduk malam-malam kat sini lagi.” Hairil angkat kening. Apa benda minah duk merapu sorang-sorang?
“Kenapa pulak? Selama ni, okey aje.”
“Yelah. Mesti awak tak sanggup sebab asyik teringat-ingatkan saya. Termimpi-mimpikan saya. Sampaikan kertas tu nampak muka saya. Bukak fail ada gambar saya kenyit mata. Pergi tandas nampak saya mop lantai.” Hairil tahan gelak. Mop lantai? Buruknya angan dia.
“Buruk betul mimpi kau. Jadi cleaner pulak tu.” Liyana angkat bahu.
“Tak kisah. Alah, mop lantai pun sebab nak tulis atas lantai tu. Will you marry me? Amacam sweet tak? So bila awak masuk je tandas, tadaa! Saya kasi surprise punya! Then, awak pun terharu lepas tu saya duduk dan bukak kotak cincin. Awak pun menangis sebelum angguk dan kita pun kahwin. Yeay! Happy ending!” Hairil mendengus. Makin lama dia di sini, makin gila dia dibuatnya! Huh!
“Tengkorak kau! Kau ingat aku ni perempuan?”
“Lah. Apa masalahnya. Biasanya lelaki lamar perempuan, tapi apa salahnya kalau perempuan lamar lelaki. Biar kita lain, boleh masuk book worlds of record.” Hairil menggeleng.
“Mesti hidup kau masa kecik-kecik seksa. Sebab tu kau punya angan-angan yang bodoh dan bangang macam ni.” Liyana gelak.
“Kelakar jugakkan awak ni? Pandai buat lawak bodoh.” Sindir Liyana dalam diam. Diam terus Hairil dibuatnya.
“Awak.. Bila nak balik?” Hairil senyum sinis. Dah agak! Tak boleh tahan punya.
Ting!!
“Woi! Kenapa kau kunci pintu?” Liyana angkat bahu.
“Alah. Nampak macam awak sibuk aje.”
“Apa kena mengenanya?”
“Kita tidur sinilah.” Hairil tarik nafas. Sabar!
“Hah. Elok jugak. Boleh aku buat kerja sampai subuh.” Hairil ingin menyindir perempuan itu dengan harapan perempuan itu akan melenting. Namun tidak disangkanya lain pula yang dibalas Liyana.
“Alah, janganlah.” Rengek Liyana.
“Kau ni dah kenapa?”
“Nanti tidur sebelah saya, eh.” Membulat mata Hairil. Apa punya jenis perempuan ni? Siap main pelawa diri lagi. Aduh! Apa kena dengan dia?
“Mati hidup balik aku takkan tidur sebelah kau!”
“Saya nak tidur dulu. Nanti selimutkan saya, tau. Tak dapat jaket, peluk tangan orang tu pun okey jugak.” Hairil tegak dari menyandar pada kerusinya. Penat! Penat melayan kerenah minah ni.
“Apa kau cakap?!” Liyana tidak membalasnya. Dia cuma dia sahaja. Hairil memanjang lehernya pada sofa panjang hujung sana. Dah tidur ke? Minah ni.. Biar betul? Tiba-tiba, kepala itu diangkat. Terkejut Hairil, lantas tubuhnya menyandar kembali pada kerusi.
“Aih.. Mana phone saya ni? Nampak phone saya tak?” Hairil memuncungkan bibirnya. Liyana menghampiri meja kerja Hairil. Telefon bimbitnya dicapai.
“Seksi!” tergamam Hairil dibuatnya. Oh my.. Ya Allah! Perempuan jenis apa ni?
“Pergi tidur kau!” arah Hairil tegas. Liyana memuncung. Sentap bila kena marah. Telefonnya dicapai kasar. Tanda marah dan protes! Hairil buat bodoh. Peduli apa?
“Ah! Bila dia nak tidur ni? Susahlah nak timing call JAIS nanti.” Gumam Liyana perlahan.
“Apa kau cakap?!” Liyana menjelirkan lidahnya.
“You don’t know me very well, Encik Hairil. Selagi you tak setuju, selagi tulah I akan cari cara untuk buat you setuju!”
