“KAU nak makan apa?” Liyana pandang
sekeliling. Tak adalah ramai mana dekat restoran ni. Agak lapang. Baguslah!
Boleh aku berdua-duaan dengan Hairil. Liyana senyum sumbing. Membayangkan aksi
romantis yang bakal berlaku antaranya dan Hairil nanti. Alahai, agak-agak nanti
macam mana ya?
Dum!!
Liyana tersentak. Apa ni? Mata tajam
merenung wajah tidak bersalah Hairil. Lelaki itu siap jengilkan mata padanya
lagi. Liyana buat muka.
“Depan
orang ramai pun masih nak kasar dengan saya. Cubalah bawak bersabar sikit.
Nanti tak pasal-pasal orang lelaki kat sini cop awak lelaki tak guna.” Hairil
angkat kening.
“Apa
pasal pulak?”
“Lohh..
Nama aje lelaki, tapi haprak! Kalau awak berkasar pada saya mesti diaorang akan
kutuk awak sebab tak pandai layan perempuan yang cantik macam saya ni.” Hairil
buat muka. Seolah-olah menidakkannya meskipun kata-kata Liyana itu ada
benarnya. Itulah lelaki. Dia katakan begitu kerana dia kadang-kadang turut
berbuat begitu adakalanya.
“Cepatlah
nak makan apa?” Liyana menggumam kecil sambil kepala mendongak ke atas. Pandang
menu yang terbentang luas di atas Hairil. Hairil sudah bosan. Mata berkalih
pandang Liyana. Ingin menyuruh gadis itu cepat, namun sungguh dia tidak sangka.
Sangkanya, gadis itu pandang menu. Tapi rupa-rupanya! Gadis gatal ini bukan
main lagi pandang padanya. Kalau sekadar pandang wajah tak apa, ini siap
pandang ke arah dadanya pula. Apa ni? Apakah ini dinamakan penderaan seksualiti
terhadap kaum lelaki?
“Kau
pandang aku kenapa, minah? Kau nak makan apa?” Hairil sudah mula berkasar.
Mungkin mahu menutup malu barangkali. Diamlah, kau! Jerit Hairil pada hatinya
sendiri.
“Ermm..
Nak makan awak.” Liyana kuat. Lucu bila memandang wajah cuak lelaki itu.
“Kau
pernah makan pasir? Kau nampak timbunan pasir tu? Nak aku timbus kau dalam tu,
jadi minah firaun yang pertama?” Liyana mencubit lengan Hairil spontan.
“Gurau
pun tak boleh. Ada nak disamakan saya yang vogue
dengan firaun? Ada ke patut? Saya tak sejahat tulah. Saya jahat dengan awak aje…
Lagi..”
“Ah.. Apa-apalah. Nak makan apa ni?
kali ni kalau kau jawab main-main memang kau nak kena.” Liyana tarik muncung. Awal-awal
dah kena sound. Baru nak mainkan lelaki itu sekali lagi. Namun, dah kena bagi
warning. Tak suka betul!
“Bagi saya apa yang awak makanlah.”
Hairil menggeleng.
“Tak
ada variasi betul.” Gumam Hairil kecil. Liyana ketap gigi. Selalu kenakan aku,
tau mamat ni. Entah apa yang dia tak puas hati tak tahu. Baru Hairil ingin
melangkah ke arah bahagian yang tertulis layan diri itu, ada pelayan yang
datang menyapa. Datang bersama dulang di tangan. Hairil dengan teh tariknya dan
Liyana dengan air suam.
“Ini
dia, cik.” Liyana sengih.
“Dah
nak jadi bakal puan dah pun.” Jawabnya sengal. Sengih panjang Liyana tatkala
menuturkannya. Tak malu betul. Tahu dek Hairil tak ke haru nanti? Pelayan itu
turut sengih sebelum melangkah pergi. Liyana pandang sekeliling. Hirup udara
segar pagi-pagi. Nyaman! Rasa tenang pun ada dari suasana kerjanya yang nyata
sungguh penat dan memeningkan.
“Hai,
Liyana.” Liyana angkat muka. Berubah mukanya saat memandang wajah lelaki itu.
Inikan.. Khairil? Lelaki terakhir yang menjadi teman lelakinya atau dalam erti
kata lain inilah lelaki yang menyebabkan dia bisa bertemu dengan Hairil.
“Kau
buat apa kat sini?” soal Liyana dengan suaranya yang dipura-purakan ceria.
Khairil angkat kening.
“Kau
sorang aje ke?” Liyana pada mulanya agak ragu-ragu. Mahu menjawab apa? Ah! Peduli
apa! Jawab aje. Bukannya dia ada sebarang kaitan dengan kau pun! Lantas,
kepalanya menggeleng. Bibir memuncung panjang menuju ke arah Hairil. Khairil
pusing. Bila wajah lelaki itu menghadap Liyana, Liyana pula yang berdebar bila
pandang wajah tegang lelaki itu.
“Berani
kau permainkan aku, Yana?” Liyana kaget. Apa benda ni? Liyana gelak sinis.
“Excuse
me? Aku? Curang? Oh tolonglah! Cuba betulkan balik fuse otak kau! Siapa yang
tinggalkan siapa dulu.” Khairil begang. Tidak semena-menanya, dia menepuk meja
dengan kuat secara tiba-tiba. Terkejut Liyana. Semua orang yang ada di situ,
memandang ke arah mereka. Termasuklah, Hairil.
“Kau
memang perempuan tak guna! Perempuan curang!” air suam di atas meja terus
disimbah ke arah wajah Liyana. Terjerit Liyana. Membulat mata Hairil melihat
adegan itu. terus, kakinya berlari ingin mendapat Liyana. Khairil yang perasan
akan kedatangan Hairil terus meninggalkan Liyana. Berlari-lari anak lelaki itu.
“Woii!!”
Hairil ingin kejar namun Liyana bertindak lebih pantas dengan menarik tangan
sasa itu menyebabkan langkah Hairil terbantut sepenuhnya.
"Apa
ni? Kau biarkan je dia pergi macam tu?" Hairil tidak berpuas hati. Lelaki berkulit
hitam itu dipandang. Dia kenal lelaki itu. Itu bekas teman lelaki Liyana. Tidak
akan dia lupa wajah hitam itu. Oh masih tidak percaya rasanya. Jadi benarlah,
itu kekasih Liyana? Oh Tuhan. Liyana ni.. bodoh ke apa? Lelaki itu dia duk
tergila-gilakan selama ni? Aduhai! Dunia oh dunia.
"Biarkan
dia.." lemah suara gadis itu. Berapi Hairil dibuatnya. Wajah Liyana
ditatap kembali. Habis lecun baju dan wajah gadis itu. Wajahnya yang putih
sudah nampak akan merahnya. Dahi Hairil berkerut-kerut tiba-tiba. Pasti Liyana
rasa hangat pada wajahnya. Lantas tisu di atas meja ditarik lalu diberikan pada
Liyana. Liyana yang awalnya sedikit kaget menerima huluran itu.
“Panas
ke?” Liyana angguk kecil. Sikitlah.
“Baiknya
awak. Tak percaya dalam garang awak, awak sangat caringkan saya. Kan?” Jawab Liyana
ingin mengusik.
"Eh!
Dia kutuk kau, kau tahu tak?! Dia siap simbah muka kau dengan air suam ni lagi.
Kau masih nak biarkan dia macam tu? Kau ni tak rasa apa-apa ke?" Liyana kembali
diam. Tukar topik lagi. Suka mengelat. Malulah tu nak mengaku. Huluran tisu lagi
dari Hairil disambut Liyana. Namun, dalam rasa ingin mengusiknya, hatinya terasa
lain macam pula apabila Hairil seakan-akan mengambil berat akan dirinya.
“Haih..”
Hairil menggeleng sambil bercekak pinggang.
"Hah!
Tak boleh jadi ni. Biar aku ajar dialah!" Hairil sudah buat hal lagi.
Liyana menggeleng sambil manrik kuat lengan lelaki itu.
"Biarkan
dia, awak. Saya dah biasalah." Hairil ketap gigi. Masih bingit lagi kata-kata
hinaan lelakki hitam itu pada Liyana. Lantas, tangan Liyana ditepisnya.
"Kalau
kau dah biasa dengan hinaan dia, mulai sekarang mamat tak guna tu pun kena
biasakan diri jugak makan penumbuk aku!" Liyana tergamam. Melihat reaksi
sebegitu dari Hairil, membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa.
"Awak.."
"Jangan
nak halang aku. Dia perlu tahu macam mana nak hargai perempuan! Lelaki macam
tu, tak patut hidup atas dunia ni," balas Hairil kasar.
"Saya
tak halang. Pergilah. Bagi penumbuk paling kuat sekali," Hairil terkejut.
"Huh?"
"Kenapa?
Tak nak?" Hairil menggeleng.
"Tak!
Pelik! Kenapa kau tak halang aku?"
"Kenapa
saya perlu halang awak? Atau awak memang nak saya halang awak sebab awak sebenarnya
takut nak pukul dia?" membulat mata Hairil.
"Apa?
Aku? Aku, takut nak pukul dia? Oh God!
Tolonglah. Kau ingat aku penakut sangat ke?" Hairil senyum sinis. Liyana
turut senyum.
"Awak
nampak kacak bila senyum macam tu. Saya suka."
"Huh?"
Hairil terkejut. Apa perempuan ni melalut ni?
"Awak.."
Hairil pandang Liyana, acuh tak acuh. Kenapa? Malu? Takkan!
"Jom
kita kahwin."
"What?!
Kau nak kahwin buat apa lagi? Dia dah lukakan kau macam tu, kau masih fikir nak
kahwin? Kau nak lagi lelaki macam tu?" Liyana senyum.
"Tak..
Saya nak kahwin dengan awak sebab saya rasa saya macam dah ada perasaan dekat
awak. Awak buat saya rasa lain macam. Saya rasa macam saya dilindungi bila
duduk dekat dengan awak." Hairil tergamam. Terkebil-kebil matanya
memandang Liyana. Tetapi mata itu tidak pernah statik pandang ke arah Liyana.
"Aku..
Aku.. aku.. tak paham.."
"Awak,"
Liyana pintas kata-kata Hairil.
"Huh?
Apa dia?"
"Muka
awak merah. Awak blushing, eh? Malu
ke?" membulat besar mata Hairil dibuatnya.
"Apa?
Aku? Malu? Huh. Taklah!" kepala itu dilarikan. Liyana senyum dalam diam.
Oh! Malulah tu.. Tapi tak nak cakap!
“Sudahlah
kau. Jom makan.” Hairil sudah bergerak ke arah di mana dia berada tadi. Di tangannya
ditatang dua pinggan di tangan. Keadaan di sini sedikit riuh. Mungkin dari
adegan itu tadi. Pastinya topik perbualan mereka adalah perihal tentang
dirinya.
“Peliknya.
Tadi cakap nak kejar lelaki tu.” Hairil buat bodoh.
“Kau
okey makan kat sini? Atau nak tukar tempat makan?” Liyana angkat kening. Kenapa
pulak?
“Kenapa?
Awak tak selesa ke? alah! Kalau tahu macam ni, tak adalah saya nak pilih tempat
ni tadi. Awak tak suka tempat macam ni? Serabut? Kotor?”
“Tak
adalah. Cuma.. kau okey ke? Aku takut kau panas aje.” Liyana terus diam. Tidak menyangka
Hairil juga dengar perbualan sinis orang-orang di sini. Liyana senyum kecil.
“Tak!
Tak panas pun. Sini ada air-cond. Cepat sejuk. Jangan bimbang, sekejap aje
panasnya tu.” Hairil terkedu. Biasa aje minah ni? Biar betul? Hebat! Puji
Hairil dalam hati. Terdetik rasa kagum dalam dirinya pada gadis ini.
“Nah.”
Selamba Liyana letak timun ke dalam pinggan Hairil. Hairil menggeleng.
“Eh!
Orang makan timun sebab nak bagi kau neutral balik rasa pedas tulah. Bukannya
saja-saja dia letak.”
“Alah.
Tak suka. Awak makan ajelah.” Balas Liyana selamba. Hairil menggeleng. Dan dengan
selambanya juga dia menyuap timun itu ke dalam mulutnya. Masing-masing diam
sambil makan. Bangga sekejap Liyana tengok Hairil makan. Makan dengan tangan?
Wow! Sesuatu yang dia tak jangka.
Sangkanya,
lelaki seperti Hairil suka makan dengan sudu dan garfu. Tapi itu bukannya
perkara yang dia paling sukakan. Apa yang lebih buat dia sembunyi sedari tadi,
lelaki itu selamba sahaja berkongsi makan dengannya.
Liyana!
First step nampak macam dah mula ada positifnya aje. Apa kata, jalan yang
kedua? Liyana sengih panjang. Yeah! Kau boleh Liyana. Teruskan usaha! Chaiyok!

Alahai liyana..siannya :-(
ReplyDeleteTerima kasih..