AIRISH mundar mandir di ruangan kamarnya.. Tak mahu keluar dari kamar, bimbang akan bertembung pandang dengan papanya pula.. Mahu keluar, sudah tentu dia akan menjadi tumpuan mana-mana akhbar nanti.. Pasti, dia diburu.. Kamarnya terasa sunyi daripada deringan iPhonenya.. Resah sekali dudukannya.. Sekejap dia duduk di sofa, sekejap beralih ke beranda, sekejap menelentang atas katil.. Semuanya tidak kena padanya..
“Marry her!!”
Kata-kata Tengku Syahir amat berbekas dalam hatinya.. Kahwin dengan perempun tu? Sungguh dia tidak sangka begini suratan hidupnya.. Deringan iPhonenya yang secara tiba-tiba menyentakkannya..
“How was it?” laju Airish menyoal.. Sahutan di pemanggil sana tekun Airish mendengar.. Lambat-lambat bibirnya mengukirkan senyuman.. Lebar sekali senyumannya..
“Good job, Azrie.. Good job.. Tunggu aku kat tempat biasa.. Give me 15 minutes..” Airish ketawa jahat.. Tunggulah kau, wahai minah ketiak..
SEBUAH sampul surat bewarna coklat cair diserahkan pada Airish.. Laju Airish menyambutnya.. Wajahnya serius menghadap dokumen itu..
Nama: Nora Afiqa Binti Mohd Daud
Jawatan : Tiada
Tarikh Lahir : 12 Disember 1988
Umur: 26 tahun
Status : Bujang
Alamat rumah : Lot 4, Jalan Dahlia, Seksyen 7, Shah Alam..
Pendidikan : Master in Psychology , Duke University.
Nama Waris : Mukhriz Bin Mamat
Hubungan Waris : Penjaga atau bapa kepada Puteri Katrina
Marlia Binti Dato Mukhriz
Marlia Binti Dato Mukhriz
“Are you sure this document is complete?”
Azrie mengangguk yakin..
“Yes.. Saya ambil ni daripada sumber yang boleh dipercayai..”
“Then, dia tak kerja?”
“Right now, not! Why? I’m not sure..”
“Dia anak yatim piatu ke?”
“Yupp.. How it happens, I don’t know sir.. If you give me some times, maybe I’ll find out..”
“No.. It’s okey.. This is enough! Ini bayaran untuk kerja kau!” Sekeping cek dikeluarkan dari poket jaketnya lalu dihulurkan pada Azrie.. Dia perlu cepat sebelum ada orang yang perasankannya.. Restoran itu ditinggalkan segera.. Kaca mata hitamnya dipakaikan.. Rambut palsunya juga dikemaskan, bimbang akan melorot jatuh pula.. Dokumen di tangannya digengam kemas.. Sekarang tugasnya, hanya tinggal dengan… si Nora Afiqa Binti Mohd Daud!
TING TONG!!! Ting tong!!
“Kejap!!”
Laju langkah Afiqa menuju ke arah pintu utamanya.. Bunyi loceng yang tidak henti-henti sungguh menganggunya. Hiss.. Ni mesti Rina! Bukannya nak tahu sabar budak ni! Rambutnya pantas diikat kuda.. Sebaik sahaja, pintunya mahu dibuka, matanya seperti terperasankan sesuatu..
Lubang kecil di pintunya diintai seketika.. Berderau darahnya.. Siapa lelaki ni? Bulu romanya terasa meremang setubuh.. Lengan Afiqa digosok-gosok, cuba menurunkan bulu romanya yang sudah tegak 90 degree itu.. Di benaknya, terdapat beribu-ribu persoalan.. Yang pastinya, semuanya berkaitan dengan Airish.. Tangannya naik meraba-raba rambutnya.. Alamak! Tudung!!
Afiqa terus melangkah ke arah kamarnya kembali.. Tudung Ariani berwarna hitam dicapai.. Disarungkan ala kadar sahaja.. Nafasnya ditarik pelan untuk meredakan getaran di jiwa.. Setelah semangatnya dikumpul, pintu itu dibuka..
Di depannya, berdiri seorang lelaki berkumis nipis, ada misai,, kulitnya putih dan rambutnya macam… rupa artis korea.. Hehehe.. Sempat lagi, Afiqa memuji lelaki yang tidak dikenalinya..
“Ya.. Cari siapa?”
“Nora Afiqa Binti Mohd Daud?” Afiqa cuba memerhatikan lelaki di sebalik kaca mata hitamnya.. Siapa dia?
“Saya tanya ni.. Betul ni, awak?”
Afiqa mengangguk lambat-lambat..
“Ya.. ya.. saya.”
Terus, tangan Afiqa dicapai agar mengikutinya.. Afiqa yang belum bersedia apa-apa terdorong ke depan, mengikuti setiap langkah lelaki itu.. Dadanya terasa berdebar-debar..
“Eh, apa ni! Lepaslah!!!” marah Afiqa, bengang apabila ada lelaki yang sesuka hati menyentuhnya..
“Diam! Ikut aku aje!!” nada lelaki itu beransur berubah bengang..
“Kejaplah!” marah Afiqa.. Kakinya membrek kuat mencuba memberhentikan langkah lelaki itu..
“Apa lagi?!!”
“Saya.. saya nak pergi ambik kasut..”
“Kau nak buat apa?!”
“Habis, nak berkaki ayam?” lelaki itu memandang akan kaki Afiqa yang tanpa kasut.. Kepalanya kemudian, mengangguk sahaja, membenarkan..
Afiqa berpura-pura mahu mengambil kasutnya di rak berdekatan pintu utamanya yang terbuka luas tapi pantas, Afiqa meluru masuk ke dalam rumah pula.. Lelaki tersebut yang sememangnya berjaga-jaga dengan keadaan seperti itu, terus menerpa ke arah Afiqa yang mahu menutup pintu rumahnya..
Afiqa menumbuk-numbuk kasar dada bidang lelaki itu.. Tapi, langsung tidak memberi kesan padanya. Tidak cukup dengan itu, kakinya menendang lelaki itu pula.. Dalam mereka bergelut, Afiqa tertarik rambut lelaki itu.. Terkejut lelaki itu.. Kedua-duanya kelihatan tercengang. Rambut yang melorot jatuh itu diambil Afiqa.. Rambut palsu?
Afiqa mendongak pandang pada lelaki itu.. Kumis nipis dan misai ditariknya.. Lelaki tersebut mengerang kesakitan.. Selepas itu, Afiqa menanggalkan pula kaca mata hitam yang tersarung di kepalanya.. Membulat matanya..
“Airish?”
Wajah lelaki itu beku.. Serius yang amat.. Lengan Afiqa ditarik agar membuntutinya.. dan kali ini, Afiqa tidak menghalang.. hanya mengikuti sahaja arah dimana Airish ingin dituju, tanpa dia sendiri mengetahuinya..
“APA!!” Afiqa menghampiri Airish yang sedang menyandarkan dirinya pada kereta Audi S4nya.. Wajah itu kelihatan cukup selamba ketika menuturkan kata.. Dah hilang akal ke mamat sewel ni, telah Afiqa.. Pandangan Airish lurus menghadap tasik di hadapan mereka.. Afiqa sempat memandang sekelilingnya, tiada orang di situ.. Pandai pulak mamat ni cari port!
“Dah tak betul ke apa aku cakap?” tenang Airish menyoal kembali..
“Memang tak betul pun.. Eh, awak ni ada sindrom gila ke?”
“Aishh! Eh, budak ni.. Kau cakap aku ni ada sindrom apa? Gila?!”
“Yelah.. Dah tiba-tiba aje awak ajak datang sini, lepas tu ajak kahwin.. What is this?”
“What is this…” Airish mengejek ayat Afiqa itu.. Afiqa menjeling geram pada lelaki ini..
“Habis, kau nak aku buat apa?”
Soalan Airish mengejutkan Afiqa..
“Kenapa awak kena tanya saya? Tanyalah diri sendiri..”
“Amboi!! Kau buat masalah lepas tu, nak lepaskan diri macam tu aje? Senang nampak!”
“Sa… saya mintak maaf..” Airish menjeling dengan pandangan sinis.. Lantas, tawa sinisnya dihamburkan..
Dasar perempuan! Buat salah, minta maaf.. Ingat boleh selesai macam tu aje, ke? Sakit hati Afiqa mendengarnya..
“Kau ingat bila kau mintak maaf, everything’ll be settle? Apa kata kau just face up the reporters and get explain to this, issues.. and everything’ll be settle.. I can let you go.. and of course we don’t need to get married..”
Afiqa menggeleng..
“Mudahnya awak cakap.. Awak ingat ni senang ke? Nanti, apa jadi pada maruah saya…”
“Kau cakap soal maruah? Habis? Maruah aku macam mana? Disebabkan kau, aku dah break-up dengan Lisa.. Dan disebabkan kau, nama aku dah buruk di serata Malaysia ni.. Kau bolehlah happy-happy go lucky because there’s no people knows you! But, me? So, nak mana satu? Your choice?”
“Tolonglah Airish.. I don’t want to get married.. Please understand my situation..” Afiqa seakan-akan merayu.. Tidak sanggup sekiranya mempertaruhkan dirinya sebagai alasan untuk menutup gossip itu..
“Your situation? What about me?”
“Okey.. Apa kata, saya tolong jelaskan pada Lisa.. Everything.. Okey..”
“No need.. It’s too late.”
“Terlambat? No! Saya akan pastikan semuanya akan kembali seperti biasa..”
Airish merenung tajam pada Afiqa.. Tubuhnya bergerak perlahan merapati jurang antara mereka.. Afiqa sudah berdebar-debar.. Langkahnya diundurkan satu persatu sehinggalah dirinya terperangkap.. Tubuh Afiqa kini betul-betul menyandar pada kereta lelaki itu..
“Semuanya kembali seperti biasa? No.. Mustahil.. Tak akan merubah banyak pun.. Now, aku cuma nak satu aje daripada kau!”
“Apa?” Afiqa menyoal kurang sabar..
“Marry me!”
“No! Impossible!”
“Impossible or not, that is not the topic.. Kalau kau tak mahu hidup kau makin teruk, baik kau ikut aje cakap aku.. Lagipun aku dah tolong kau sekali, kali ni, why not kau tolong aku..”
“Tolong? Awak cuma tolong saya buangkan pasir dekat mata saya..”
“Tolonglah jugak tu.. Ha! Tapi, disebabkan aku tolong kaulah semuanya bermula, tahu..”
“Tapi takkanlah saya perlu pertaruhkan segala masa depan saya untuk duduk sebumbung dengan awak? What a crazy request!”
“Aku janji.. Tak lama! It won’t be long..”
“What do you mean?”
“It doesn’t matter, what it doesn’t mean.. Now, little girl…”
Airish merapatkan bibirnya ke telinga Afiqa..
“Marry me! That’s the only final answer! Got it!” Afiqa menolak tubuh Airish yang merapatinya..
“Awak memang gila! Gila! Gila!! Bahlul pun ada! Bahulu!” entah apa Afiqa merapu..
Afiqa berlari.. Semakin menjarakkan dirinya dengan Airish.. Namun, lariannya terhenti.. Ke mana dia perlu pergi? Lantas, tubuhnya dipusingkan ke belakang.. Fuh!! Nasib baik ada lagi..
Tokk!! Tokk!!
Airish yang baru sahaja memasang tali pinggang kelendar terkejut dengan sergahan tiba-tiba dari Afiqa itu.. Nasib minah ni, kalau peminat yang datang, jenuhlah dia nak melayannya.. Tingkap keretanya diturunkan..
“Ha! Nak apa?”
“Hantarkan saya, balik! Saya tak bawak purse!”
Airish tergelak kecil melihat perangai Afiqa ini.. Tak pernah dia jumpa dengan gadis seperti ini, sepanjang hidupnya.. dalam benaknya ada juga terfikir dia ni betul ke berkelulusan Master in Psychology? Macam tak aje…