Pengikut Setia.. XD

Sunday, 1 March 2015

MCG : Episod 1



Misi Cinta Gila
Episod 1

Tok.. Tok..

Shiqin tarik nafas. Ingat! Just make it simple. Masuk, senyum dan bagi aje. Remember that! Kaki Shiqin terasa menggeletar pula. First time ni.. Tak naklah buat gila-gila macam ni.

Bila sang hati mula memberat, bibirnya pula akan tayang protes. Memuncung aje kerjanya.

"Masuk.." laungan suara dari dalam membuatkan dada Shiqin jadi tak tentu arah.

Alamak! Kenapa aku dah ketuk tadi? Alah.. Kenapa? Huh? Kenapa? Argh! Rasa nak menjerit aje. Perlahan-lahan, tangan itu mula terasa suatu pergerakkan di luar kotak pemikirannya. Shiqin pejam mata tika tangan itu membuka tombil pintu bilik itu.

"Ya?" alahai.. Dengar sahaja suara itu terus jadi bersemangat. Shiqin sengih. Panjang benar dengan gigi-gigi putihnya terserlah cantik di situ. Lelaki itu angkat kening bila Shiqin bagaikan patung dalam biliknya.

Kena rasuk ke apa budak ni?

"Yes, Shiqin?" mata Shiqin membulat.

"OMG!! Cikgu ingat nama saya?" mata lelaki itu juga membulat. Apa kena dengan dia? Macamlah selama ni tak pernah jumpa.

"Ada apa ni? Tak ada kelas ke?"

"Nah!" tanpa pedulikan soalan lelaki itu, tangan Shiqin laju sahaja menghulur. Lelaki itu angkat kening.

"Surat?" Shiqin angguk berulang kali.

"Untuk cikgu?" Shiqin angguk lagi.

"Siapa yang bagi?"

"Orang yang paling cikgu sayang." lagi ternaik kening lelaki itu bila Shiqin menjawab sebegitu rupa. Rasa hati memaksa dirinya untuk membukanya cepat namun ditegah segera. Bimbang akan nampak terlalu kebudak-budakkan nanti.

"Ada apa-apa lagi?" Shiqin menggeleng dengan senyumannya masih belum padam dari bibir itu. Sudah rupa orang angau sahaja.

"Saya pergi dulu, ya?" lelaki itu angguk. Pintu itu ditarik, menutup segala ruang mata dari menatap tubuh sasa itu. Shiqin tarik nafas. Kaki segera bergerak ke luar. Disarungkan cepat-cepat kasutnya dengan di tangan masih lagi menggengam erat sekeping lagi surat itu.

Dibuka sampulnya.

UNDANGAN KE MAJLIS WALIMATUL-URUS

Ilman Rafiqin
                             &
                                         Shiqin Alia

Shiqin gelak. Ni balik nanti mesti kena dengar dia ceramah ni. Kepala itu menggeleng. Argh! Tak kisahlah janji hatinya suka dan gembira. Huhu.. Cikgu Ilman, jangankan sangka ku ini hanya pelajar biasa. Ini adalah wanita yang akan selalu kamu puja siang dan malam.

1 comment:

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com