Sebelum Kahwin..
“Tak apa, Qisha. Kau kahwin aje. Tak lama pun kau duduk dengan
dia. Aku akan pastikan kau tak akan jatuh cinta punya pada si Fahim Daniel pada
waktu tu. Percayalah! Alah, dulu dia memang handsomelah masa muda-muda. Orang
tua-tua ada cakap kacak masa muda, bila naik dewasa jadi buruk rupanya. Tak
sekacak yang dulu. Memang konfem-konfemlah kau tak akan jatuh cinta pada dia.” ~QISHA ALEESHA~
Itu kata Qisha
Aleesha dulu. Sekadar mahu menyedapkan perasaan hatinya sahaja walhal dalam
jiwa dan raganya sekali dengan kepala otaknya tak henti-henti mengulang tayang
akan wajah kacak Fahim Daniel yang sungguh mengancam dikalbu itu. Memang…
Perghhh!! Muka.. Bapak handsome kau.
Itu pula
kata-kata minda Qisha Aleesha sebelum menjadi isteri kepada Fahim Daniel. Gila!
Kasar kut minah tu pada ketika itu. Tetapi, bila dah jadi
isteri Fahim Daniel perwatakannya pula berubah tiga ratus enam puluh darjah.
Ayunya. Huh! Usah dikata. Sekali pandang memang perempuan melayu terakhirlah.
Cair habis mana-mana lelaki apatah lagi dengan mimik wajah putih bersih dia
dengan imej yang kini sudah bertudung. Lagilah, nampak. Umphh! Perempuan misali
punyalah.
Lepas kahwin..
“Dalam cinta, pasti akan wujudnya rasa percaya dan keyakinan pada
pasangan. Tetapi, mahu kekalkan status percaya agar terus kekal abadi dalam
diri seorang isteri sangatlah sukar apatah lagi dengan wujudnya seorang suami yang
asyik keluar malam.” ~QISHA ALEESHA~
“Cinta? Huh. Apa tu? Tak pernah dengar pun. Kau tanya aku? Tentang
cinta? Huh. Memang jawapannya taklah. Bercinta pun tak. Kau pernah bercinta ke?
Syok ke cinta ni?” ~FAHIM DANIEL~
Sekali dengar
sungguh angkuh kata-kata Fahim Daniel pada kuasa cinta. Ada apa dengan cinta
sebenarnya? Hurm. Nampaknya, Fahim Daniel memang tak kenal
lagi siapa Qisha Aleesha sebenarnya. Hai, Danny.. Danny.. Di kala pemergiaan
Qisha nanti, apa kau masih mampu ke ulang kata-kata angkuh kau tu lagi? Atau
lidah kau dah gulung habis dari kata-kata angkuh sebaliknya diganti dengan
pujuk rayu pula?
Bagaimana ya,
keadaannya nanti? Apa Fahim Daniel akan berirkar dalam hatinya sendiri untuk
mendapatkan Qisha dengan tangannya sendirikah? Atau lelaki itu sekadar berdiam
diri sahaja sambil berpeluk tubuh? Atau apa Fahim Daniel ada rancangan untuk
melakukan aksi sweet-mueet dengan Qisha kah untuk mengikat
gadis itu kembali? Haihh. Banyak betul tanggapan kini. Bagaimana, anda sebagai
readers? Apa yang anda rasa?
Huh,
senang-senang sangat tunggu aje buah tangan kedua SILENCER, mini-novelnya yang
berjudul Sungguh, Aku Cinta!
“Kau janji dengan aku tau, Qisha. Jangan pernah nak ingkari arahan
suami. Kunci pintu. Kalau masa kau keluar nanti bila ada lelaki yang tegur kau,
cakap terus macam ni. ‘sorry! I’m not interested. Saya hak milik mutlak Fahim
Daniel sahaja.’ Macam tu, okey.” ~FAHIM DANIEL~
“Kalau dia tak kenal abang, macam mana?” ~QISHA ALEESHA~
“Kau cakap terus pada dia, suruh pergi tengok majalah Maskulin
keluaran Febuari bulan ni pada dia.” ~FAHIM DANIEL~
“Muka abang dekat front-page ke?” ~QISHA ALEESHA~
“Tak! Muka aku ada dalam iklan dalam majalah tu.” ~FAHIM DANIEL~
E-CLASS- SILENCER!!! KITA JUMPA MALAM NI, OKEY!