Hanya penulis yang baru ingin mengembangkan bakat yang tak seberapa.. Di harap semua akan suka akan karya yang dipaparkan dan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Gonna see you, everyday! Yahoo! :)
Pengikut Setia.. XD
Sunday, 1 March 2015
MCG : Episod 2
Misi Cinta Gila
Episod 2
"SHIQIN!!" Shiqin terus angkat kepala. Nampak ada seorang minah datang sambil mengepal penumbuknya. Didatang ke arahnya lalu tudungnya ditarik. Shiqin yang terkejut dengan tindakan drastik itu tidak sempat untuk mengelak. Lantas, dia jatuh terduduk.
"Kau ni kenapa?" marah Shiqin. Perempuan itu senyum sinis. Namun, senyumannya itu tidak mampu untuk melembutkan hatinya di kala ini. Makin dia melihat wajah Shiqin, makin membara rasa marahnya.
"Kau tanya aku kenapa? Kau tahu tak disebabkan kau, pertunangan aku dengan si Ridz putus!" Shiqin buat muka.
"Terus? Padanlah muka kau. Dah kau yang tak pandai jaga tunang sendiri." tempelak Shiqin. Sebenarnya dia sendiri tidak pernah tahu kenapa pertunangan mereka boleh putus tapi apa dia peduli? Tak pernah pun selama ni dia ambil tahu hal mereka.
"Kurang ajar kau!!" muka itu makin merah dan kini sudah marak membara. Ingin diterkam Shiqin namun tangannya pula ditarik menyebabkan segala langkahnya mati. Diangkat kepala. Nampak Ridz di ruang mata. Shiqin turut pandang ke arah sana.
"Apa kau buat ni? Tak malu ke?" Sakinah buat muka. Tangannya direntap kasar dari digengam terus-terusan oleh Ridz.
"Kenapa? Apa salah I? Memang dia kan punca semua ni?" air muka Ridz jadi tegang. Tangan itu ditarik keluar.
"Jom."
"Eh! Apa ni? Lepaslah." Shiqin hanya pandang sahaja pemergiaan pasangan itu. Baru dia hendak bangun, cikgu Intan sudah masuk. Keningnya terangkat bila melihat tubuh Shiqin yang berada di lantai itu.
"Cikgu! Shiqin kena pukul!" adu salah seorang rakannya. Shiqin tarik nafas. Bukan sakit sangat pun.
"Huh? Ya ke? Shiqin.. okey ke?" Shiqin senyum sahaja.
"Okey." jawab Shiqin lemah. Cikgu Intan jadi serba tak kena bila dengar suara itu.
"Kalau tak okey kamu boleh berehat di bilik Kaunsellor sekejap." Shiqin yang baru mahu menjawab tidak itu terus membeliakkan matanya bila telinga itu mendengar perkataan kaunsellor. Terus wajah yang masam jadi ceria tak sudah.
"Serius cikgu?"
Cikgu Intan mencebik bila pandang wajah itu. Huh. Tahu sangat kerenah pelajar dia ni. Pantang bagi chance terus nak skip kelas. Apa nak jadilah budak-budak ni, STPM dahlah makin dekat. Aduhai.
"Nampak macam dah sihat. Kalau macam tu.." mata Shiqin terus membulat. Tak boleh jadi ni! Kena berlakon.
"Argh! Aduh.. Apalah dia pukul aku macam ni.. Lia. Tolong papah aku. Aku nak rehat kejap. Letak-letak ubat sikit. InsyaAllah, okey nanti. Cikgu okey kan kalau saya pergi bilik kaunsellor sekejap?" cikgu Intan mengeluh. Oh Tuhan.
"Hurm.. Tapi, kejap aje. Lepas letak ubat semua datang balik." Cikgu Intan mengingatkan. Shiqin tanpa berfikir lebih panjang hanya mengangguk tanda setuju. Dah tak fikir apa dah, dalam kepalanya hanya Cikgu Ilman sahaja. Oh, seronoknya!!
*******
"EH, kenapa ni?" rasa kembang hidung bila matanya menjadi saksi betapa risaunya riak di wajah Cikgu Ilman ketika itu. Shiqin berlakon lebih lagi. Well. Kenalah maju ke depan, kalau nak tambat hati si dia kan? Shiqin sengaja baringkan kepalanya di bahu Lia. Menambahkan lagi mood sakitnya.
"Shiqin ni kenapa?" soal Cikgu Ilman terus. Lia pula rasa rimas. Dari dia masuk sampai ke saat ini, soalan itu yang cikgu Ilman duk tanya dia. Ada apa-apa hubungan ke diaorang ni?
"Dia sakit sikit, cikgu. Ada budak pukul dia." Cikgu Ilman hanya angguk. Shiqin pulak yang panas hati bila tengok riak wajah itu. Tadi bukan main nampak risaukan aku, tapi sekarang? Huh. Benci.
"Aku pergi dulu, ya Qin?" Shiqin hanya mengangguk. Kepalanya memanjang. Ingin pastikan gadis itu benar-benar pergi. Bunyi pintu ditutup rapat meyakinkan Shiqin.
Baru mulutnya ingin dibuka untuk berbual dengan cikgu Ilman, dia nampak kelibat Cikgu Ilman yang mula meninggalkannya keseorangan di dalam kamar itu. Shiqin mencebik. Tak boleh jadi.
"Arghh.." Shiqin mengaduh kecil. Ingin tarik perhatian Cikgu Ilman, tapi lelaki itu pula kelihatan selamba. Boleh pulak dengan senang-senang hati aje dia masuk dalam bilik dia? Shiqin tak puas hati. Dia keluar dari bilik rehat itu lalu berdiri di depan bilik Cikgu Ilman. Sengaja dia mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan kamar itu supaya Cikgu Ilman boleh melihatnya.
Ilman pandang ke depan. Nampak Shiqin yang sedang sengih sambil menunjukkan kakinya. Ilman mengeluh kecil. Sisi mejanya, dia nampak minyak urut.
Huh..


Subscribe to:
Post Comments (Atom)