Pengikut Setia.. XD

Wednesday, 7 May 2014

Lagi Promote! Kuat bebeno! Haha.. :D



Novel : OMG!! Kahwin Dengan Classmate?!
By: Mr. Mz

“Kau sedar diri kau tu sikit, kau ingat bila aku kahwin dengan kau aku akan jatuh cinta dengan kau? Tak ada cermin ke kat rumah? Cermin diri kau tu sikit! Kau tu tak layak nak bergandingan dengan aku!- IRFAN DANISH.

“Eleh!  Aku pun tak ingin nak kahwin dengan kaulah,  muka aje handsome!  Perangai ke laut.  Elok campak aje muka handsome kau tu  dekat sungai!! Lagi bagus!!- INTAN BAIZURA.

Classmate dan Intan?  Boleh ke disatukan mereka berdua ni?  Itu yang menjadi masalah sebenarnya!  Persoalannya,  Intan memang tidak rela hendak berkahwin dengan classmatenya sendiri,  sudahlah waktu itu dia masih bersekolah.  Gila ke apa?  Dahlah lelaki itu begitu sombong dan bongkak!  Muka handsome tapi perangai macam hantu!  Huh!

Tapi dia tidak boleh membantah sekeras-kerasnya,  dia harus juga mengikuti arahan ayahnya yang ingin menjodohkan dia dengan Irfan,  classmate dia yang sangat berlagak dan tinggi egonya.
Macam mana dia hendak menghadap wajah lelaki itu?  Kalau disekolah pun bersua muka,  dan dirumah juga bersua muka?  Macam mana dia hendak tenang? Lelaki itu memang tidak habis-habis menyakiti hatinya..  dan sisi buruk yang dia nampak pada lelaki itu adalah lelaki itu jenis yang panas baran!  Cepat mengamuk.. apa ke malang dia dapat suami macam tu ya..?

Persoalannya,  bolehkah mereka berdua jatuh cinta sesama sendiri? Kesudahannya selepas saja mereka tamat sekolah,  mereka ditemukan lagi.. waktu itu Irfan sudah bergelar seorang guru dan Intan pun sama.. lebih menyakitkan mereka menjadi guru dalam sekolah yang sama!  Dapatkah hubungan mereka yang bagaikan anjing dengan kucing itu berubah seperti pasangan romantik yang selalu berada di dalam drama tv?  

Munculnya Aqil,  bekas teman lelaki Intan yang ingin meraih kembali cinta gadis itu dan hadirnya Katrina yang mengatur strategi untuk menghuru-harakan rumah tangga Irfan dan Intan.. lebih memeritkan,  Tasha, kakak Irfan yang begitu membenci Intan turut bersekongkol dengan Katrina untuk menghancurkan rumah tangga Irfan dan Intan.. Dapatkah bahagia diraih oleh mereka berdua? Adakah perasaan cinta akan hadir di dalam hati mereka atau sebaliknya? Semuanya akan terjawab dalam novel OMG!  Kahwin dengan Classmate?!

Macam mana? Okey? Best tak? Huhu.. Nak baca lagi? [KLIK SINI]
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com