JAKET yang tersarung di tubuh Airish semakin
dikemaskan.. Sarung tangannya juga turut dikemaskan.. Afiqa yang baru sahaja
keluar membuntang memandang Airish di hadapannya..
“Naik..” arah Airish
mendatar sahaja..
“Kita nak naik ni?”
“Kenapa?” soal Airish
hairan.. Matanya sempat membelek pada Motorsikal jenama AFZ itu.. Kenapa?
Ada
masalah ke?
Afiqa menjeling geram
pada Airish.. Memang sahlah salah. Takkan nak merempit bersama? I mean kita?
Berkepit? Atas motor ni? Macam tak logik aje..
“Can’t we just walk.”
“Maksudnya sampai esok
lusalah baru sampai..” Afiqa memandang kosong akan motorsikal itu.. Rasa
meremang bulu romanya membayangkan aksinya di atas motor ini nanti..
“Nak naik tak ni?”
melihat sahaja Afiqa yang mendiamkan diri, membuatkan Airish menjadi geram..
Lantas, enjin motornya dihidupkan..
“Eh!! Siapa cakap tak nak
naik!” marah Afiqa.. Tubuh Airish dirapati..
“Pakai ni..” Airish
menghulurkan helmet itu pada Afiqa.. Afiqa menyambutnya malas.. Alahai, Fiqa..
Kau jadi minah brutallah, hari ni..
“Dah sedia?”
“Sabarlah, nak pakai
helmet ni dulu…”
“Satu.. dua.. tiga…
Mula!!”
“Arghh!!!” kuat pelukan Afiqa
memeluk tubuh Airish saat Airish memedal kuat enjin motorsikalnya itu.. Afiqa
yang terkejut itu, terdorong ke belakang.. Nasib baik, tak tersembam jatuh ke
belakang aku!
“DIDN’T you sleep well, last night?” suara Tengku
Syahir menerjah masuk menerombos telinga Datin Fariza sebaik sahaja dirinya
terjaga dari tidur.. Jam dinding di biliknya dijeling.. Sudah menginjak ke arah
jam 9 pagi.. Gebarnya ditarik semakin meninggi.. Mahu tidur kembali..
“Don’t want to serve any
food this morning?” soal Tengku Syahir sambil matanya tidak lepas memandang
surat khabar itu.. Mahu membaca tentang keadaan ekonomi dunia terkini..
“Suruhlah orang gaji
baru, tu..” rajuk bunyinya nada Datin Fariza.. Badannya diregangkan seketika..
“Merajuk?” Datin Fariza
mencebik halus.. Merajuk? Huh.. Gebarnya diselak.. Lantas, meja yang
menempatkan jug dan beberapa gelas itu dicapai lalu dituang..
“Tipahh!!!” tempik Datin
Fariza marah..
“Mana bibik Tengku ni?
Lembap betul! Tipah!!”
“Ya, puan..”
terkocoh-kocoh Tipah memasuki ruangan kamar majikannya.. Wajah Datin Fariza
yang bagaikan menyinga tika itu menggerunkannya..
“Air mineral bila ni? Tak
tukar ke?!” hambur Datin Fariza..
“Tu… tukar, Datin..”
terketar-ketar Tipah mengeluarkan suaranya.. Tengku Syahir tersenyum geli
hati..
“Bila kau tukar?”
“Pagi tadi..”
“Kau masuk tanpa
kebenaran? Berani betul kau, ya!”
“Eh, tak.. Bukan macam tu
Datin.. Saya.. saya..”
“I’m giving her the
permission..” Tipah menundukkan wajahnya.. Tidak berani menentang pandang pada
pandangan amarah Datin Fariza yang sedang bercekak pinggang tika itu..
“Dah! Pergi buat kerja!”
mendatar saja suaranya.. Punggungnya dilabuhkan di birai katil dengan kasar..
Tanda protes!
“I don’t think you’re mad
because of the silly things.. Am I right? Tell me, what you’re worrying right
now..”
Datin Fariza mencebik
kecil..
“Worrying about Bella??”
duga Tengku Syahir.. Keningnya terangkat..
“Both.. Bella and
Airish..”
“Then, just make a call
then..”
“Call? Tak cukup nak ubat
rindu saya ni.. Susah betul.. Ada anak dara, disuruh kerja dekat luar sana..
Ada anak lelaki dipaksa berkahwin pula..” sindir Datin Fariza.. Halus dan
lembut.. Bimbang jika tersalah bicara dan nadanya, amarah suaminya pula akan
melenting nanti..
“You’re snoring just
now..” Snore? Datin Fariza menjeling geram pada suaminya.. Tidak pernah mahu
membalas kata-katanya. Jika mahu dibalas, pasti jawapannya melencong jauh.
“Yes.. I’m snoring..
Because too worrying about them..”
“Then, what do you
want..” Datin Fariza bagaikan tidak percaya sahaja.. Bukan mudah suaminya mahu
bertanya soalan itu.. Boleh dibilang dengan jari seberapa banyak soalan itu
diutarakannya.. Wajah Datin Fariza bagaikan bercahaya.
“What you’re saying?”
Tengku Syahir tergelak
kecil..
“I’m said.. What do you
want?”
“Iza nak Tengku suruh Bella
balik ke sini.. Kerja dengan Tengku..”
“Your wish… is too big
for me to grant it..” senyuman Datin Fariza mati.. Dia tahu agak keterlaluan
jika, disuruh Bella balik ke sini.. Tapi, dia cukup rindukan anaknya yang nun
jauh di sana.. Dahlah budak itu liat benar mahu mengangkat callnya..
“But, as you wish…” muka Datin
Fariza yang menunduk diangkat laju.. Memandang Tengku Syahir tanpa berkelip..
Mahukan penjelasan.. Tapi, wajah
suaminya hanya terserlah dengan senyuman sahaja..
“Bella is going back?”
“Papa mana tak sayangkan
anak..”
“Tengku….” Mahu menangis
rasanya..
“Bila dia balik?”
“Awak nak, bila?”
“Today.. no it’s seems
too impossible.. This weekend??” Datin Fariza bercanda..
“Then, it’ll come true..”
gurauan Datin Fariza ternyata tepat mengena.. Mulutnya melongo luas..
“Betul ke ni?”
“Tanya hati sendiri..”
nafas Datin Fariza turun naik.. Tidak percaya anaknya bakal pulang.. Pantas,
telefon Samsung Galaxy S3 dicapai..
“Are you sure, you’re not pulling my leg..”
“Tengoklah kaki sendiri..
Is there anyone who pull your leg?”
“Tengku..” tangan Tengku
Syahir diusap Datin Fariza lembut.. Tengku Syahir turut membalas sama..
“Dah.. Siapkan sarapan..”
Datin Fariza mengangguk
dengan senyuman tidak lekang di bibirnya.. Rasa terharu juga dengan sikap ambil
berat suaminya.. Di matanya terbayang sudah seraut wajah anak daranya.. Tengku
IsaBella Irmanda.. Oh, dia lupa tentang Airish.. It’s okey.. Tengok mood suaminya
dalam keadaan baik, mungkin permintaanya bakal tertunai nanti..
SELEPAS seharian
mereka menaiki motorsikal celaka itu, kini kami berpimpingan tangan berjalan berdua di lorong Bangla Road ini.. Opss!
Jangan tersalah tafsir, okey! Kami berpimpingan tangan disebabkan Airish
memberitahunya ada spy di sini.. So,
kami terpaksalah melakonkan watak pasangan romantika di sini.. Eloklah tu,
melakonkan watak romantika di malam-malam buta macam ni, di tengah-tengah
bangla road lagi! Pasti, semua spy tu,
percaya yang kami ni adalah pasangan yang paling romantik nanti.. Airish yang
hanya mengenakan singlet itu dijeling Afiqa.. Ceh! Berani betul pakai macam tu
aje, kat sini.. Memalukan betul!
Sebenarnya, sudah dua
hari mereka berada di sini, banyak aktiviti yang dijalankan mereka.. Yang
pastinya sungguh memenatkan.. Lasak habis! Antaranya, snorkeling di Phi Phi
Island, Rock climbing di Krabi.. Huh, gayat sungguh dia.. Seharian dia
ditertawakan Airish gara-gara gayat dan tidak mahu turun.. Sampai menangis-menangis
aku dibuatnya.. Buat habis air matanya saja.. Tapi apabila terkenangkannya
kembali, rasa malulah pulak. Macam budak-budak.. Kan?
Oh, yeah.. Yang paling
hebat ialah melancong di… James Bond Island!! Best sangat! Tempat di mana
banyak scene-scene di filem-filem kini diambil di sebagai paparan latar belakang
filem buat masa kini..
“Huh…” Keluhan Airish
menarik perhatian Afiqa di sebelahnya..
“Kenapa?”
“Tak bosan ke?”
“Tak!! Eh!! Wah..
Banyaknya beg.. Ha! Kat sana, ada banyaknya baju.. Wah, seronoknya!!” Afiqa
sudah melonjak kegembiraan.. Sungguh berjalan di Bangla road ini sangat
menyeronokkan..
“Tak payah, nak syok
sangatlah!! Jom, balik!” ajak Airish.. Dia sudah naik bosan di sini.. Dan yang
paling penting dia sememangnya tidak selesa untuk berada di kerumunan semua
orang-orang di sini.. Al-maklumlah, dia mana pernah berkerumunan dengan
orang-orang seperti mereka ini..
“Alah, awal lagilah..
Janganlah balik lagi..”
“Dah!! Jom!! Aku dah
bosan ni..”
“Bukan senang tau nak
datang sini..”
“Eh, kau tahu tak tempat
ni sebijik macam Petaling Street! Kau pergi jelah sana, nanti..”
“Tak sama..” wajah Afiqa
sudah masam mencuka.. Tidak puas hati.. Baru aje sampai.. Dah nak balik!!
“Dah.. Jangan buat muka
tahi ayam, macam tu lah..” ujar Airish sambil bercekak pinggangnya.. Rasa
kasihan yang bertandang dalam hatinya, cuba dibuang jauh.. Tidak boleh
berlembut sangat dengan perempuan ni..
Afiqa mencebik..
“Ah!! Airish.. Dekat sini
ada foot massage tau..” Afiqa cuba membodek suaminya..
“Habis?” Airish mengangkatkan
keningnya..
“Orang cakap, dekat sini
foot massage dia, best tau!”
“Then?”
“Awak pergi sana, then
saya boleh window shopping kat area sini..” Afiqa menyengih panjang.. Lebar
betul sengihannya.. Senyuman Airish bagaikan memberi sinaran buat Afiqa.. Pasti,
Airish setuju..
“Sounds interesting..”
“Ya ke?”
“Sounds interesting if
we’re going back!” muncung sedepa Afiqa dibuatnya..
“Fine!” Afiqa beralah..
Tapi, matanya terhenti pada deretan gerai di sana.. Sebaik sahaja, matanya
tertacap pada papan tanda itu, terasa kecur pula air liurnya..
“Fiqa setuju kalau kita
balik, but… with one condition..”
“Kau nak balik pun ada
condition jugak ke?”
“Then, tak payah balik
lagi..”
Airish mengetap giginya..
Melayan Afiqa sama macam melayan kerenah bayi! Mengada-ngada..
“What?”
“Saya nak tu!”
Airish berpaling
memandang ke arah gerai yang ditunjukkan Afiqa.. Keningnya bertaut menjadi
satu..
“Pancake?” Afiqa
mengangguk laju dengan mukanya sengaja dibuat gaya ala-ala comel..
“Beli kat Malaysia, aje..
Macamlah pancake dekat Malaysia ni dah pupus..”
“Do not expect the
pancake looks like the pancake you used to eat, Airish..” mendatar sahaja suara
Afiqa..
“Kenapa? Apa yang
lainnya?”
“Cubalah rasa dulu..
Then, you’ll find out soon..”
Akibat rasa malas mahu
bertekak dengan Afiqa, Airish hanya menurut sahaja kemahuan gadis itu.. Kakinya
melangkah jua ke arah gerai itu.. Nasib tak ramai orang.. Makin melebar
senyuman Afiqa.. Bolehlah rasa pancake, hari ni..
“Kau nak perisa apa?”
“Banana Nutella!” laju
sahaja Afiqa menyahut.. Airish mencebik..
“Banana Nutella, satu..”
mendengar sahaja order yang dipesan Airish itu, pantas bahu lelaki itu dicuit Afiqa..
“Eh, awak tak nak ke?”
“Tak!”
“Jangan mintak tau
nanti!”
“Ceh! Aku tak hadaplah,
makanan super duper murah macam ni.”
“Dengar dek penjual ni,
baru tahu.. Terasa hati dia..”
“Macamlah dia faham.” Afiqa
mengalih pandang ke arah lain.. Bosan asyik menghabiskan air liurnya dengan
pergaduhan simple dengan Airish ni.. Sibuk betul orang-orang kat sini..
Semuanya sibuk membeli itu dan ini memandangkan Bangla road ini merupakan
antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong.. Kata orang, tak
lengkap jika tak datang kat sini.. Kelihatan ada juga mat and minah salleh kat
sini.. Ada juga manusia-manusia lain yang sibuk dengan tawar menawar akan harga
barangan di sini..
“Miss.. Want this Flower?
Please buy it..” mata Afiqa terhenti pada sekumpulan kanak-kanak di sini yang
penuh dengan membawa sebakul seorang yang berisi dengan mawar putih, ros merah
dan pelbagai lagi jenis bunga.. Jatuh rasa kasihannya pada anak kecil ini..
“Kat sini, kau.. Nah!”
Airish menghulurkan plastic yang berisi dengan pancake yang dipesannya tadi
kepada Afiqa.. Puas dia mencari gadis ini tadi.. Asyik merayau aje, kerjanya..
Nasib jumpa!
“Airish.. Bak sini dompet
awak..”
“Nak buat apa?”
“Pinjam, ya..” terus Afiqa
menarik dompet Airish dari poket belakang seluarnya.. Terkejut Airish
dibuatnya..
“Hey!! Kau nak buat apa
tu! Weh!!” tempik Airish di tengah-tengah laluan orang ramai itu.. Topi di
kepalanya direnyukkan kasar.. Apa pulak perempuan ni nak buat.. Setia matanya
memerhati gerak langkah Afiqa yang memasuki celah-celah orang ramai itu..
Perempuan itu kemudiannya berhenti di hadapan budak-budak kecil itu.. Dahi
Airish dikerutkan.. Gadis itu begitu ramah berbicara itu dan ini, dan kelihatan
sepertinya kanak-kanak kecil itu memberi banyak kuntuman bunga kepada Afiqa..
Sempat, Afiqa memberikan senyuman manis pada kanak-kanak itu sebelum menapak
terus ke arah Airish..
“Nah.. Ni dompet awak..
Terima kasih..” Afiqa mencium kuntuman bunga-bunga itu.. Sungguh cantik,
sekali..
“Kau buat apa, tadi?”
“Oh. Saya tolong
kanak-kanak tu, tadi..”
Melihat rupa Airish
seperti yang tidak faham akan situasi ini, Afiqa nekad untuk menceritakan
situasi sebenarnya..
“In Phuket, to be exact,
memang ada child slavery kat sini.. Biasanya, kanak-kanak disini sana akan
menjual barangan masing masing. Ada yang jual bunga ros,ada yang jual buih
belon, dan macam macam lagi.. Jadi, Fiqa belilah semua barang-barang ni untuk
ringankan sikit beban diaorang and of course beri peluang kepada mereka untuk
bermain pula.. They do not have any times either to feel what we had gone
through before.. We’re totally different from them..”
Airish kelihatan
terkejut.. Mungkin agak tergamam kerana pertama kali bertentang mata di
hadapannya sendiri tentang child slavery di sini..
“Dahlah.. Kata nak
balik.. Jom?”
Airish tersenyum
seketika, sebelum memandang wajah Afiqa.. Tidak sangka, dia mempunyai seorang
isteri yang cukup baik budi pekertinya..
“Jom..” Airish sudah
bergerak ke hadapan, meninggalkan Afiqa di belakang.. Airish yang menyedari
akan Afiqa yang masih belum membuntutinya pantas memalingkan wajahnya..
“Airish.. Tolong
pegangkan bunga ni?” Afiqa menghulurkan segengam kuntuman bunga itu kepada
Airish.. Airish yang melihatnya, mengambil kuntuman itu.. Kesian melihat
barang-barang yang penuh di tangan Afiqa tika itu..
“Thanks..” Afiqa sempat
melirik senyum pada Airish.. Kini, tangannya sudah lapang.. Yang tinggal
hanyalah buih-buih belon ini.. Wahh.. Lama, tak main.. Buih-buih belon itu
terus ditiupnya, terbang bebas di udara..
“There’s someone lives on
in my heart , always.Though we now lives in two different worlds, the memories
are still much alive in me. His loss is irreplaceable to me eternally. I will
always remember and cherish the times we shared together. So, that’s why when I
see the child being in that way, I also feel the same.. Itu yang Fiqa tolong..”
Airish terkedu.. His?
Then, who is he? Itulah persoalan pertama yang muncul dalam benaknya.. Persoalan
kedua.. Two different world? ‘His’ tu dah tak ada ke? Lama matanya merenung
wajah Afiqa.. Ada raut kesuraman di situ.. Kenapa? Terkejut Airish apabila
lengannya digengam Afiqa tiba-tiba.. Kepala gadis itu, diletakkan di atas
bahunya..
“Pinjam sekejap.. Just
for a while..”
Airish menghembuskan
nafasnya lembut.. Tidak sampai hati mahu menolak kepala gadis itu.. Akhirnya,
dia hanya membiarkannya sahaja dan tanpa sedar, tangannya sendiri turut naik
mengusap bahu gadis itu.. Mereka beriringan menyusuri jalan Bangla ini
mengharungi kepekatan malam dalam suatu keadaan yang hanya mereka mengerti akan
apa maksudnya..
“TINA… Ni semua baju-baju ni, tolong alterkan
sekali, okey..” pinta Katrina sambil menghulurkan beberapa helai pakaiannya
pada pekerja Butik Beauties Of All, milik mamanya.. Tina sekadar mengangguk
dengan arahan anak kepada majikannya.. Gila, kalau nak bantah! Mahu kena pecat?
Lagipun, sememangnya
Katrina menjaga kedai ini dan segala kebajikan anak-anak pekerja mamanya semua
dijaga dengan rapi oleh Katrina.. Yelah, walaupun dia bukanlah berminat sangat
dengan bidang kerjaya ini, tapi tanggungjawab itu mesti dijalankan..
Mata Katrina tiba-tiba
terhenti pada kepada deretan pakaian yang dicop sebagai New Arrival itu.. Wah!
Mata Katrina bagaikan bercahaya.. Hehehe.. Lalu, tanpa membuang masa, semua
deretan baju-baju itu dibelek Katrina dengan perasaan gembira.. Semua baju-baju
itu ternyata menepati segala tastenya! Wah!! Memang patut pun dinamai dengan
nama Beauties Of All..
Sedang dirinya membelek
kesemua baju-baju di butik itu, semua pekerjanya sekali menapak ke arah pintu
hadapan Butiknya.. Katrina mengerutkan keningnya.. Apa hal ni? Ada promotions
ke? Tak pernah pulak Butiknya menjalankan promotions seperti itu dengan menjaja sana sini macam ni
kalau ada promotions.. Dahinya semakin berkerut apabila pelanggannya juga
mengikuti jejak langkah pekerjanya.. Aihh? Apa yang jadi tu sampai baju-baju ni
dia tinggalkan.. Ada benda lagi hebat dari baju-baju design mama aku ke?
Perlahan-lahan, Katrina
mendekati akan kerumunan orang-orang ramai di hadapan Butiknya.. Dengan susah
payah, Katrina menyelitkan dirinya di antara puluhan wanita di hadapannya..
Lalu, tubuhnya diloloskan dengan sekuat hati.. Ceh! Sengal bahunya akibat
bergeselan dengan puluhan bahu-bahu ni..
Katrina mendongak.. Turut
mahu melihat apa yang berlaku sehingga ke semua pekerja dan pelanggannya
bergerak ke hadapan ni.. Dongakannya tiba-tiba terhenti.. Serasa seluruh nadi
dan anggota tubuhnya bagaikan kejang sahaja.. Matanya tidak berkelip memandang
seraut wajah itu..
“Awak nampak gembira
jumpa saya?” Sapa Aidil.. Lelaki yang membuatkannya nekad untuk tidak
menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Afiqa tempoh hari di sebelah bahagian
majlis Tengku Syahir itu.. Orang ramai mulai riuh apabila model lelaki yang
dikategorikan paling kacak itu menegur Katrina..
Aidil pantas membuka kaca
mata hitamnya.. Dan seperti biasa, pasti akan memberikan renungan yang
menggodanya pada semua yang berada di situ.. Orang ramai bersorak sudah.. Teruja melihat kedatangan
model itu ke sini..
“Di sana, saya nampak ada
seorang perempuan yang sangat cantik.. Boleh awak tolakkan dia ke sini.. Saya
nak jumpa bidadari ni..” Tina merenung jauh wajah anak kepada majikannya..
Tapi, wajah Katrina bagaikan beku saja, tanpa perasaan.. Katrina mendekati
Aidil, memberi jelingan mautnya sekali.. Sekali dengan pakejlah!
“Kenapa awak diam?
Tergamam dapat jumpa sang bidadara awak? Susah tau, nak suruh saya turun dari
langit semata-mata nak bawa si bidadari ni..”
“Apa awak merepek ni?”
“Gembira jumpa saya?”
“Gembira?... ma… mana
ada.. Jangan nak perasanlah.. Saya cuma terkejut aje..”
Aidil melirik senyuman
manisnya.. Semakin menggila sorokan daripada orang sekeliling mereka..
Cairlah
tu dengan senyuman mamat ni! Ceh! Tak menggoda langusung.
“Macam.. macam mana awak
boleh ada dekat sini? Bukan awak di Singapura ke, sekarang ni? Bila awak balik?
Macam mana awak boleh tahu kedai saya di sini?”
“It sounds that you
concern about me..”
“Concern.. Apa awak
mengarut ni?”
“Macam yang awak nampak..
Saya datang sini sebab bidadari saya ada dekat sini.. Susah tau saya terpaksa
berkejar dari Singapore dengan Malaysia.. Nasib baik dekat.. But, somehow it’s
worth.. To see my future wife, here..” semakin galak mereka bersorak.. Ada yang
memegang tangan sesama sendiri menahan gelodak perasaan mereka ketika itu.. Rata-rata pasangan
yang datang di kuruman orang ramai di situ, semuanya semakin mengeratkan pegangan tangan mereka pada
boyfriendnya..
“Apa sebab awak datang
sini? Saya sibuk..”
“Saya ada banyak benda
nak tanya awak?”
“Saya bukannya artis nak
jawab banyak-banyak..”
“But, you’re already be
an artist.. In my heart..”
Katrina mencebik..
Lelaki….
“Saya malas nak jawab..”
“Bukan tentang awak..”
Kening Katrina diangkat sebelah.. Pelik..
“Then?”
“Fiqa..” melopong Katrina
dibuatnya.. As I said.. Typical man, nowadays.. Mana pernah nak lekat dengan
sorang!
“Hey! Berani awak.. Apa
yang awak tahu tentang dia?” marah Katrina.. Aidil yang melihat Katrina itu
hanya tersenyum.. Makin terserlah kecomelannya apatah lagi dengan scarf di
kepalanya..
“That’s nothing important
for you to know..”
“Then, what do you want?”
“Give me Afiqa phone
number..”
“What should I?”
“Sebab saya minat dia..”
membuntang mata Katrina.. Tangannya yang disilangkan di dada dileraikan..
“Hey! Dia dah ada suami,
okey..”
“And I know about it..”
“Then, stay away from her!
I warn you…as..”
“As my girlfriend? My
future wife?” pintas Aidil laju.
“Nak buat apa dengan
phone number dia?”
“As I told you.. Saya
minat dia.. Dan dia cantik.”
“Hey! Saya lagi cantik,
okey..”
“Ah… saya hampir nak mati
akibat terlalu ingatkan dia.. How I miss, her..” tangan Katrina dikepalkan
sekuat mungkin.. Eee! Mahu dipijak rasanya tubuh Aidil di sini!
“Lupakan niat jahat awak
tu! Dia dah ada suami.. Awak juga kenal suami dia.. Airish.. Kawan awak..”
Aidil mengetap bibirnya..
“Saya pergi dulu. Banyak
kerja saya nak kena siapkan. Well, as you knows money does not come without any
efforts.”
“Stop right there, Rina!”
Katrina melayangkan wajah selambanya.. Dia mahu menyambung kembali kerjanya
yang tergendala..
“Saya cakap baik-baik
ni.. Jangan suruh saya paksa awak nanti..”
“Ada saya kisah?”
“Stop right there.. Saya
bawak baju nak suruh jahitkan ni..”
“I’m not the tailor,
either..”
“Okey! Fine! Saya boleh
mintak dengan Airish terus..”
Aidil turut mahu
melangkah pergi.. Katrina yang asyik membelek baju-baju itu terhenti.. Tajam
matanya memandang Aidil yang sudah mahu melangkah pergi itu.. Kata-kata, Airish yang terakhir mengejutkannya. Mintak dengan Airish? Mana boleh!
“Hey!! Aidil.. Aidil!!
Tunggu!” Katrina pantas mengejar kedudukan Aidil.. Tak! Dia tak boleh biarkan
perkara itu berlaku! Nak kena mamat tembaga ni.. Aidil!! Tunggu!!
P/S: girls, hehe.. Please sy harap sangat jangan rasa terganggu dengan ayat bahasa inggeris tu.. Saya nak cakap ini belum diedit.. InsyaAllah, siapa2 yang tak suka terlalu banyak ayat bahasa inggeris dalam novel saya akan tukar dalam versi edit nanti.. Kalau ada grammar mistakes, I'm so sorry. Sy akan betulkan.. Saya tahu ada error kat sini.. Haha.. FYI, saya mungkin lambat update nnti novel ni sb saya tgh struggle untuk siapkan manuskirp penuh novel ni.. so sorry kalau lepas ni saya jarang update.. InsyaAllah, hujung bulan ni saya akan hntr novel saya.. ceh wah.. doakan saya, yerk..
E-class : SILENCER
tp kan sy rase kalau ade ayt bahasa inggeris tu pon ok la.. sbb org yg baca novel ni boleh improve kan bahase inggeris diaorg .. mcm sy :D
ReplyDeletehaha.. tq.. tp maksud sy bukannya semua yg saya nak remove cuma certain2 j.. macam nk bg lebihkan bahasa melayu la.. memartabatkan bahasa melayulah katakan.. haha.. Anyway, tq sb sudi baca..
Delete