Pengikut Setia.. XD

Sunday, 4 May 2014

Novel: Complete Of Me! Bab 7

“FOR the bride today, any congratulatory message?” riuh rendah kawasan luar hotel tika itu. Wartawan cukup memenuhi bahagian luar untuk menemu ramah setiap artis di situ..

“Airish, just wanna say congratulations! Finnally you got married before me..” -Zizan Razak- ujarnya gembira atas kejayaan rakannya..

“Buat Airish, good luck menempuhi alam dunia baru.. I’m totally happy of you.. Live well, yeah!” –Keith Foo-

“For, Airish.. What can I say is, selamat pengantin baru.. Semoga kekal ke anak cucu, ya.. Selamat..” –Wulan Guritno-

“Wow, Airish! I’m so glad to know this.. Anyway, semoga you all berbahagia di samping isteri tercinta.. Lepas ni, tak boleh main-main lagi tau, kena sara untuk dua orang pulak atau mungkin lebih lagi, InsyaAllah..”- Fazura- 

“Airish, congratulations.. I was surprised.. Be happy, and yeah once again congratulations..”- Lisa Surihani-

“I wish you all the best, Airish.. Hows your wife? Is she pretty? Haaa… Congrates, bro!” –Remy Ishak-

Setelah  majlis akad nikah berakhir semalam, di masjid Pulau Terkukur, kini Afiqa bersiap sedia pula dengan majlis resepsi yang diadakan sebelah malam pula.. Majlis resepsi yang diadakan di The Palace Golden of Horses, berlangsung dengan cukup meriahnya.. Ramai artis dan orang kenamaan yang datang untuk melihat upacara perkahwianan ini memandangkan Tengku Syahir adalah ahli korporat yang berjaya manakala anaknya Tengku Airish seorang artis yang tidak kurang popularnya..

Hari ini, Tengku Airish mengenakan tuxedo serba putih manakala Afiqa pula memakai gaun labuh yang juga warna sedondon dengan warna pakaian suaminya.. Tengku Airish di sebelah Afiqa, dijeling.. Kacaknya! Menyempat lagi, Afiqa memuji penampilan suaminya.. Mungkin otaknya dah mereng barangkali.. Buat habis air liur aje, bukan suaminya mahu memujinya.. Lelaki itu cuma menjeling sekilas sahaja sebelum memandang ke hadapan kembali.. Berlagak betullah!

Airish menghulurkan tangannya, meyilangkan lengan mereka berdua sebelum tersenyum memandang ke hadapan.. Pengapit mereka, Katrina dan seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya ada di sebelah mempelai ini..

Sementara itu, anak-anak kecil memenuhi ruangan hadapan dengan barisan lelaki di sebelah kiri dewan manakala, barisan perempuan di sebelah kanan.. Masing-masing memegang erat sebuah bakul berisi bunga melur yang ditabur di atas pentas sepanjang perjalanan mereka menuju ke arah tempat bersanding nanti…
Afiqa disapa debaran yang menggila sudah.. Tangannya dirasakan sudah menggeletar bila paluan kompang bergema.. Serentak itu, pintu dewan gergasi ini dibuka menandakan dua hati satu jiwa datang menghadap menyerikan suasana.. Perasaan gugup Afiqa semakin menjadi-jadi apabila semua orang bangun menyambut kehadiran mereka.. Dijeling suaminya di tepi.. Airish kelihatan cukup tenang dan bersahaja.. Apa nak dikisahkan suaminya ini sudah lali dengan perhatian sebegini tapi bukan dia..

“Ingat jalan penuh dengan ayu dan tunjukkan kaulah isteri paling bertuah kat atas dunia ni..”

Kata-kata Airish tadi dijadikan dorongan.. Okey.. Ayu! Rileks.. Just do it. You can do it, Afiqa! Sebaik sahaja, mata Afiqa bertentang pandang dengan Lisa segera tautan antara tangannya dan Airish dieratkan.. Perjalanan ke arah pelamin yang dirasakan cukup jauh itu, ternyata dekat sahaja.. Setelah, mereka melabuhkan punggung mereka di atas pelamin.. Majlis pun bermula..
Acara dimulakan dengan bacaan doa untuk mempelai.. Sejurus itu, nyanyian nasyid dan beberapa lagu berkumandang seiring dengan upacara merenjis kedua-dua mempelai..  Ada juga para artis-artis mempelawakan diri mereka untuk mengadakan persembahan ketika upacara makan beradap.. Afiqa sempat mengerling Airish di sebelah yang tidak lekang dengan senyuman manisnya.. Pandai betul dia berlakon, telah Afiqa..

Usai acara di pentas iaitu, duduk di pelamin dan makan beradab, Afiqa beriringan bersama suaminya bersalaman dengan para tetamu yang hadir.. Tidak percaya betul akan hari-harinya dapat bertemu artis-artis yang sangat popular ini.. Mahu diambil autograph bimbang akan memalukan suaminya nanti.. Hehehe..

“Hai, Fiqa!”

“Eh.. Hai, Lisa..” Afiqa terkejut dengan kedatangan Lisa di majlisnya hari ini.. Timbul juga akan kemusykilan di hatinya, akan niat sebenar kedatangan Lisa di majlisnya… Namun, cepat-cepat Afiqa beristighfar agar tidak terlalu untuk memikirkan keburukan orang lain..

“Mana Airish?”

“Huh? Airish?”

Lisa mengangguk..

“Ada… dekat sana..” lambat-lambat Afiqa menunjukkan keberadaan suaminya yang berada di kelompok artis-artis lelaki di hujung sana.. Lisa mengangguk seraya tersenyum manis sebelum pamit bergerak ke arah Airish.. Matanya menyoroti pula, akan suaminya yang bergerak ke arah tempat yang kurang orang sedikit di sana apabila Lisa menyapanya..

“Fiqa, are you alright?”

Afiqa menoleh pada Katrina di sebelahnya.. Rakannya kelihatan sungguh menawan dengan gaun paras lutut berwarna krim susu itu. Sangat cantik dan nampak elegen sekali..

“Aku? Okey aje.. Why?”

“No.. Aku tengok kau dari tadi, duk intai-intai suami kau tu.. Kenapa? Bimbang kena kebas ke?” Katrina merapatkan bibirnya pada telinga Afiqa..

“Kau dah mula sayangkan Airish, eh?” berkerut dahi Afiqa mendengarnya..

“What?! Mengarutlah kau ni..”

“Mengarut? Mana ada.. Alah, kalau kau jatuh hati pada Airish pun aku tak terkejut langsung.. Yelah, siapa yang tak nakkan si Arish yang segak, bergaya, macho, handsome, kacak, stylo,…”

“Lebih-lebih kan kau ni! Dahlah.. Nak puji tu, agak-agaklah.. Kang tak pasal-pasal dengar dek lelaki tu, kembang hidung pulak macam (*Oitt-oitt) nanti..” Afiqa membuat bunyi babi pula.. Katrina tergelak sakan.. Fiqa ni.. Sangat sempoi perangainya.. Sebab itu, dia senang berkawan dengannya.

Tapi tawa Katrina beransur reda apabila dia terperasankan akan ada mata dan telinga yang dekat dengan mereka.. Pasangan itu bagaikan terlopong apabila mendengar bunyian yang dibuat oleh Afiqa.. Pantas, Katrina menyiku lengan Afiqa,memberi amaran pastinya..

“Apa?”

Katrina memuncungkan bibirnya ke arah pasangan tadi.. Membuntang mata Afiqa.. Tidak menyangka ada orang dekat dengannya.. Rasa gelabahnya cuba untuk disembunyikan..

“Oh.. Saya selsema tadi.. Nak tarik nafas, tak sangka pulak keluar bunyi macam tu..” Afiqa tersenyum manis.. Lebih kepada cover-line! Pasangan yang berada dekat dengan mereka tersenyum mengejek..

“Oh.. I ingatkan Airish dah salah bezakan antara binatang dengan manusia tadi for his bride..” balas perempuan muda itu sinis..

Katrina mengetap bibirnya.. Langkahnya serasa mahu mengejar langkah ke arah perempuan itu dan melayangkan penamparnya saja..

“Jangan! Tak kisahlah! Bukan aku kenal pun dengan dia! Setakat orang korporat tu.. Apa nak dihairankan..” sinis ayat Afiqa.. Sengaja mahu menyalurkan rasa geramnya melalui cara itu.. Panas juga telinganya saat mendengar ayat itu.. Tapi.. Tak kisahlah, bukannya dia akan jumpa kembali pun perempuan tu..

“Tak marah ke?”
Afiqa tersenyum.. Senang mempunyai rakan seperti Katrina itu.. Sentiasa membelanya..

“Sikit aje..”

“Sayang! Are you done?” Afiqa kaget dengan sergahan Airish yang datang secara tiba-tiba sambil memaut pinggangnya.. Mata Airish seakan mengisyratkan akan papa dan mamanya yang datang ke arah mereka.. Afiqa mengangguk sahaja.. Merelakan pelukan itu terjadi.. Kalau tidak, memang dah bagi side-kick tadi.. Katrina pula berlalu pergi, memberi ruangan pada rakannya..

“Airish, mama dah nak balik.. Take care, ya..” bahu Airish diusap Datin Fariza lembut.. Mata tua itu kini beralih pada Afiqa di sebelah suaminya..

“Fiqa.. Jaga Airish elok-elok.. Jadi seorang isteri yang taatkan suami.. Ingat, syurga seorang isteri itu ada di bawah seorang suami.. Jangan ingkar cakap suami atau perintah suami selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak..” Segera tubuh Afiqa dibenamkan ke dalam pelukan Datin Fariza.. Afiqa terdiam seribu bahasa.. Agak kaget dengan apa yang berlaku.. Mama Airish sungguh baik padanya.. Sungguh dia tidak sangka sama sekali.. Sangkanya, mamanya akan membencikan dirinya dek hubungan Airish dan Lisa berantakan gara-garanya..

“Sudah! Let’s go.. I’ve more important things to do..”

“Baik, Tengku.. Jom..” langkah Tengku Syahir dibantu Datin Fariza.. Pengawal peribadinya setia di belakang dan di sisi.. Afiqa seperti terperasankan sesuatu. Tapi, didiamkannya sahaja.. Malas mahu menimbulkan pelbagai persoalan nanti dalam benaknya..

“Lepaslah!!” Afiqa menolak terus tangan Airish dari melingkari pinggangnya.. Airish beriak selamba.. Tangannya masih erat memeluk pinggang ramping Afiqa itu.. Tubuh Afiqa semakin ditarik rapat ke pinggangnya..

“Jom.. Esok kita ada satu lagi majlis..”

“Ada lagi ke?”

Airish mengangguk..

“Majlis apa?”

“Banyak tanya pulak.. Ikut ajelah..”

Afiqa mencebik.. Ceh! Baik tak payah cakap ada majlis tadi..Tahu menyusahkan orang aje..

AFIQA menutup perlahan pintu kamarnya.. Tubuhnya dihempaskan kuat atas katil dengan pakaian pengantin yang masih belum tertukar.. Kenapa episod ceritanya akan berlangsung begini? Cincin yang tersarung kemas di jari manisnya ditenung.. Kini, ikatannya dengan Airish sudah sah di sisi agama.. Beginilah dahulu apa yang dia impikan. Untuk menjadi seorang isteri kepada seorang artis.. Seperti beberapa tahun dahulu, ketika dirinya sedang hangat bercinta.. Ingatan kisah lalu menjelma lagi dalam ingatannya..

“Bang, air milo ais satu!” pinta Hairul pada pelayan di warung Pak Senan itu..

“Ah.. bang, lagi satu!” panggil Hairul kembali pada pelayan lelaki tadi.. Lelaki tersebut mematah kembali menghadap Hairul di meja sana..

“Ada apa?”

Hairul tersenyum tawar.

“Tolong panggilkan Fiqa sekali untuk saya, okey?”

“Oh.. No hal!”

Hairul memandang jauh ke arah bukit bakau yang terbentang luas di hadapan matanya.. Warung Pak Senan ini mempunyai sangat indah akan pemandangannya.. Laungan pelayan lelaki tersebut yang memanggil Afiqa memaksa Hairul untuk memandang ke arah Afiqa yang laju berlari anak mendapatkannya..

“Eh.. Abang..” ujar Afiqa menyengih panjang.. Wajah Afiqa kelihatan teruja benar.. Tangannya yang masih ada sisa-sisa sabun dilap di apron.. Matanya tertacap pada penampilan Hairul.. Wah, kacak betul teman lelakinya ini!

“Duduklah..” pelawa Hairul..

“Ha? Duduk.. Oh, ok..” Kerusi hadapan Hairul ditarik perlahan.. Punggungnya dilabuhkan di kerusi tersebut..

“Abang.. Fiqa, tengok tau, show abang semalam..”

“Oh, ya? Dekat mana?” soal Hairul gembira bercampur baur dengan terharu..

“Yalah.. Dekat telivisyen aje, sebab Fiqa kerja time tu.. Tapi, tima abang punya show, Fiqa tak terlepas langsung tau! Best! Sangat best!”

Hairul tersenyum hambar.. Resah gelisah disapa tubuhnya semakin menggamitkan rasa.. Debaran halus ternyata dirasainya juga.. Tidak mampu menidakkannya lagi..

“Fiqa..”

“Bang Aya, Fiqa nak milo ais satu!” laung Fiqa dari jauh.. Abang Aya hanya mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya memberikan tanda persetujuan akan arahan itu..

“Abang cakap apa, tadi?”

Afiqa tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.. Sudah sekian lama dirinya menantikan kedatangan Hairul, sejak lelaki itu menjejakkan dirinya dalam dunia hiburan, mereka jarang sekali bersua muka.. Sekarang ini, Hairul sangat sibuk dek lelaki itu sudah berjaya menempatkan dirinya di antara kelompok yang terbaik di dalam program realiti di telivisyen.. Kelihatan lelaki itu amat bergaya sekali, kini.. Bangga sedepa Afiqa dibuatnya apabila masyarakat kampung tidak putus-putus memujinya mengatakan bahawa dialah manusia paling beruntung kerana bakal bersuamikan seorang artis, nanti..

“Fiqa.. You must…”

Kata-kata Hairul mati tatkala mereka diganggu oleh pelayan yang menghantar minuman untuk mereka berdua.. Afiqa pantas, meminumnya rakus.. Dahaga sekali rasanya.. Sehari suntuk hari ini, dia berhempas pulas di dapur mencuci apa yang patut. Sangat letih.. Tapi, rasa letihnya bagaikan pudar apabila sang idaman hati datang menyapanya.. Afiqa sempat menjeling Hairul yang kelihatan tercengang itu..

“Kenapa? Air milo ais abang Aya kan, best! Dulu-dulu, abang selalu order air ni.. Minumlah.. Mesti dah lama, abang tak rasa kan?” ujar Afiqa sambil tersenyum panjang.. Hairul menggengam kelima-lima jarinya kemas.. Erat dalam genggamannya..

“Fiqa.. Abang ada sesuatu nak cakap dengan Fiqa!” tegas bunyinya menyebabkan perbuatan Afiqa mati disitu.. Setia matanya menatap sepasang mata bundar coklat lelaki itu..

“Fiqa.. Abang.. abang.. sebenarnya…” Jaket yang dipakai Hairul diselak sedikit.. Tangannya dimasukkan ke dalam jaket.. Mencari sesuatu di dalam poket jaketnya.. Afiqa menelan air liurnya.. What? Matanya memerhatikan setiap tingkah laku Hairul itu.. Dalam benaknya kini, yang ada cuma satu..
Oh my God.. He want to propose, just like in the romantic movie!!

Wow!! Hati Afiqa disapa debaran yang menggila.. Tidak sangka detik-detik ini akan menjadi bersejarah.. Walaupun suasana di warung ini, tidak romantik tapi tak mengapa.. Asal bahagia! Afiqa mengigit bibirnya.. Rasa tangannya sudah menggeletar habis.. Dia tidak pernah melalui saat-saat seperti ini!!

“Abang nak…”

“Tunggu!!” Afiqa berdiri tegak.. Hairul yang terkejut dengan tindakan spontan Afiqa mendongak..

“Fiqa.. nak pergi ladies!”

“Err.. Okey…” Hairul membalas.. Fuh!! Dada Hairul disentuh kejap.. Kenapa susah sangat nak sebut ni? Kenapa bibirnya bagaikan beku ni?

Afiqa menutup kemas pintu tandas di warung itu.. Meskipun, tandas itu berbau yang amat, tapi bauan itu seakan hilang! Hilang berterbangan kerana rasanya hatinya yang sedang mewangi sudah menerombos terdahulu dalam setiap rongga di tubuhnya.. Ah.. Nyamannya.. Kena bagitahu Rina ni!
Handphone Nokia C3 dikeluarkan dari poket.. Punat compose di tekan..

Rina!! Oh My Gucci!! You might don’t believe this, but… Hairul gonna propose me!! Finally!! This is the day, Rina.. This is the day!! Yahoo!!

Butang sent ditekan.. Cermin di compact powdernya dibuka lalu dibelek penampilannya.. Oh, no! Nampak comot sikit dengan bajunya t-shirt lengan panjang berwarna merah hatinya serta seluar slack hitam lusuh.. But, still okey.. Still cantik!! Afiqa memuji dirinya sendiri.. Lantas, saat lock di pintu tandas itu mahu dibuka, bunyi beep dari handphone miliknya menyentakkan Afiqa.. Niat mahu keluar dibatalkan sahaja..

What?!!! Oh My Lord!! How the ring? Is it pretty? Diamond? How about the size? Big? Arghh!! I can’t wait anymore.. Tell me how it happens? Oh, No!! Tak syok! Ermm.. Oh, yeah.. I got an idea!! Fiqa, aku nak datang rumah kau malam ni! I’ll spend night at there! Tak sabarnya nak dengar cerita tu.. I wanna hear from A until Z.. Okey? Hehe.. XOXO.. Muahh!!

Lebar sengihan di bibir Afiqa.. Sesungguhnya dirinya juga tidak sabar menantikan detik itu.. Butang reply ditekan.. Dia mahu bersiap keluar pula.. Tak sabar menghadap pujaan hati ni!

I haven’t seen the ring yet.. But, how the size, or the quality itu semua tak penting.. Yang penting, dia sukakan aku!! Ah.. I’m about to die now.. Okey.. Gotta go! Pray for me to ease everything, soon my dear.. And of course, malam ni aku akan ceritakan semuanya.. Bye, babe!!

Lalu, Afiqa melangkah keluar.. Belakang tubuh Hairul dipandang sayang.. Oh, Hairulku sayang..

Good luck, my dear!! Wish you luck!

Thank you, Rina! Handphonenya kembali dimasukkan ke dalam poket.. Duduknya disambung kembali.. Nafas ditarik seketika.. Relaks, Fiqa!!

“Abang, do you free tomorrow?” sebaik sahaja, duduknya dilabuhkan terus Afiqa menyoal Hairul..

“Why?”

“Well.. Fiqa fikir dah lama kita tak keluar berdua.. Kali terakhir, iaitu awal tahun lepas.. It has been ages since we went on date..”

Rasa kelat di tekak Hairul, memaksanya untuk meneguk air milo ais itu.. Kering betul tekuknya di kala ini..

“Apa kata, from now on kita selalu keluar bersama..”

Tersedak Hairul mendengarnya.. Afiqa yang panik melihatnya mencapai tisu di atas meja lalu dilap ke mulut Hairul.. Agak cemas apabila secara tiba-tiba Hairul terbatuk.. Ada orang mengumpat teman lelakinya ke?

“Tujuannya, biar reporters, tahu about our relationship together.. Then, it’ll be okey, for your career, lagipun Fiqa kena bersiap sedia dengan environment baru ni..”

Afiqa mengangguk ceria dan tersenyum panjang.. Hairul mengeluh.. Keluhan itu kedengaran agak berat sekali.. Lantas, kedua-dua tangan Fiqa dicapai dan digengam erat.. Membuntang kedua-dua mata milik Afiqa dibuatnya.. Bibirnya mengukirkan senyuman sendiri tanpa dipaksa..

“Fiqa! I wanna tell you something important..”

Dah mula dah! Telah Afiqa..

“It’s all about us.”

Jiwanya perlu kuat.. Hatinya perlu kukuh.. Jangan pengsan Fiqa.. Kau kena dengar semua ni.. Jangan terlepas pun..

“Let’s this be the day in which we..”

Just say it.. we get married? Or we get engange? Or officially announce about our relationship? Oh.. Just say, sayang!

Serentak, Hairul dan Afiqa memejamkan mata..  Masing-masing mencuba mencari kekuatan diri untuk berhadapan dengan situasi ini..

“In which we put a dot on our relationship..”

Zaappp!!

Mata Afiqa yang terkatup kemas, dibuka seluas mungkin.. Dia salah dengarkah? Matanya kembali merenung Hairul di hadapannya.. Renungan tidak berkelip Hairul sangat meyakinkan akan apa yang didengarinya adalah tidak salah..

“Abang? Are you joking right now?”

“No.. I’m serious, Fiqa..”

Senyuman yang tersungging di bibir Afiqa terhapus.. Mudah sahaja senyumannya dihapuskan hanya dengan kata-kata itu.. Semangat yang dikumpulnya tadi, seakan rapuh sudah..

“Let’s just end this relationship..”

“But… but. Why?”

“I’m sorry, Fiqa.. But, truly I was never in love with you, before..”

Afiqa kaku terduduk di situ..

“The confession before, is just…. Is just… a fake for me! I think… I think.. I’m may drunk on that day.. That’s why I say that words.. So, when I get realize all of this, I think I can’t tell you the truth. Instead, I’m just pretending to be your lover!”

Afiqa mengangkat mukanya.. Tersentap jiwa dan raganya.. Tidak percaya rasanya bahawa semua apa yang dilaluinya ini hanya tipu! Apakah semua ini? Hairul terus mengeluarkan duit dari jaketnya.. Afiqa hanya memandang.. Sangkanya, cincin tapi duit.. Rasa sedih yang menggila ditahankan..

“Fiqa.. Ambik duit ni.. Abang gantikan balik semua duit abang yang pernah Fiqa pinjamkan pada abang dulu..” Hairul menghulurkan beberapa keping lima puluh ringgit Malaysia pada Afiqa.. Afiqa masih erat mengengam tangannya sehingga memaksa Hairul untuk menarik tangan Afiqa dan meletakkan duit itu di atas tangannya..

“Seumur hidup Fiqa, Fiqa tak pernah berkira dengan abang! Sumpah abang.. Fiqa ikhlas buat kerja semua ini, untuk bantu abang.. Bantu abang untuk sara hidup abang di KL nanti. Tak pernah terlintas pun di benak fikiran Fiqa untuk mengambil balik semua duit ni..”

“Jadi, Fiqa tak mahukan semua duit ni?”

Mencerlung tajam mata Afiqa menikam pada Hairul..

“Fiqa tak mahukan duit.. Fiqa mahukan abang!! Susah sangat ke abang nak faham perasaan Fiqa?!!”
Hairul terkejut dengan perubahan emosi Afiqa yang mendadak itu..

“Tak.. Tak boleh!”

“Kenapa tak?”

“Bagi abang.. Fiqa tak layak berdampingan dengan abang.. Maksud abang… Cuba Fiqa tengok diri Fiqa sendiri.. Bagi abang, Fiqa tak ubah bagai orang-orang tua di kampung ni.. Dengan berpakaian macam ni.. Langsung tak ikut putaran masa.. Dengan perangainya tak serupa orang.. Fiqa ingat Fiqa mampu untuk jadi seorang isteri or girlfriend pada artis macam abang, nanti? Abang tak nak career abang hancur nanti hanya disebabkan Fiqa.. Fiqa fahamkan maksud abang?”

Berkaca-kaca mata Afiqa.. Perit di hatinya tiada siapa rasai.. Dadanya terasa sangat sakit sekarang ini..

“I’m genuinely sorry.. I never ever wanted to hurt you like this.. I really didn’t.. But, Fiqa.. I have to.. For the sake of my career, of course! Jadi, abang rasa baik abang sediakan payung sebelum hujan..” suara Hairul mulai kendur..

“Dan, satu lagi…”

Afiqa sudah sakit mendengarnya.. Jiwanya mudah rapuh.. Bila-bila masa sahaja, hatinya akan hancur..

“Sudah, abang! Sudah!”

Air mata Afiqa yang mahu mengalir ditahankan sekuat mungkin.. Segera, langkahnya mahu segera diarahkan ke arah dapur semula.

“Fiqa! Tunggu! I’m not done yet!!”

Afiqa berhenti.. Namun, tubuhnya masih tidak dipalingkan menghadap Hairul..

“Fiqa mintak maaf, seandainya selama ini abang malu untuk ada seorang girlfriend yang macam ni.. Jangan bimbang, abang.. Fiqa tak akan ganggu lagi hidup abang.. Maaf sekali lagi kerana menyusahkan hidup abang kerana terpaksa berhadapan dengan seorang perempuan yang bodoh dan bahlul macam ni..”
Afiqa menyambung kembali langkahnya..

“Oh… Fiqa!! Tunggu!!”

Hairul sudah berdiri memanggil kuat nama Afiqa..

“Fiqa ada kerja.. Abang pergilah balik.. Nanti nampak dek wartawan akan burukkan nama dan karier abang pulak..”

Hairul terdiam memandang pemergian Afiqa yang meluru masuk ke dalam bahagian dapur itu.. Afiqa merenung lama cincin estrella diamond yang tersarung kemas di jari manisnya.. Cincin inilah yang selalu dinantikan Afiqa dahulu.. Suatu masa di mana hubungannya dan Hairul baik.. Sayangnya.. Hubungan mereka berakhir seperti itu..

“Abang…”


Setitis air matanya mengalir menuruni lekuk halus pipi gebunya.. Menangisi akan nasibnya yang satu itu..

4 comments:

  1. Waa...sian fiqa...jahatnya hairul...sambung lg...suka...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la pasal.. kesian kan kat Fiqa.. haha.. Truskan membaca ya..

      Delete
  2. Replies
    1. hurmm.. nak buat macam mana itulah realiti hidup dia.. kesian.. ;(

      Delete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com