“NAH!!” Afiqa menghulurkan sehelai tisu
kepada Katrina. Air mata merembes laju menuruni lekuk pipi gadis itu. Afiqa
yang melihatnya Katrina ketika itu sekadar menggeleng.
“Sudah-sudahlah
tu, Rina oii. Tak guna kau menangis sebab lelaki tak guna tu!” nada suara Afiqa
sedikit meninggi. Menzahirkan rasa geramnya. Katrina menjeling tajam pada Afiqa.
Bahu rakannya ditumbuk halus.
“Aduh!
Sakitlah! Kasar betul.” Afiqa pura-pura marah.
“Padan muka kau.
Jangan kutuk dia lagi!” marah Katrina.
“Buat apa
kau nak bela lelaki macam tu. Bukannya dia sayangkan kau pun.” bicara Afiqa
spontan. Tidak menyedari apa yang telah diungkapkannya sendiri. Katrina semakin
sebak. Tangisan dan raungannya semakin menjadi-jadi. Resah Afiqa jadinya. Bahu
rakannya pantas diusap-usap lembut.
“Aku mintak
maaf.” Afiqa cuba untuk memujuk, namun tidak menjadi pula apabila tangisan itu
masih lagi sama nadanya. Aduh! Kau punya pasallah ni!
“Okey. Aku
mintak maaf, Rina. I’m so sorry.”
Berkepul-kepul
tisu dicapai Katrina. Dilap pula pipinya yang basah. Nafasnya yang tidak
teratur itu, ditarik dan dihembus berulang kali sehinggalah dia kembali tenang.
“Kau memang
kawan tak guna, Fiqa!” bahu Afiqa dicubit Katrina perlahan. Bak kata orang cubit-cubit
manja. Afiqa tergelak halus dengan perangai rakannya itu.
“I think, I
need some space to have peace in my mind… by going to some place, maybe?” selamba
sahaja Katrina membalas dengan tangannya yang sibuk mengelap sisa-sisa air mata
yang berguguran di pipinya.
Lambat-lambat,
Afiqa mengangguk setuju. Dah okey ke kawan aku ni? Afiqa masih ragu-ragu
sebenarnya.
“Baguslah!
Daripada kau duduk memerap aje dalam banglo bapak kau tu, baik kau keluar sikit.
Kasi tengok dunia ni, macam mana. Biar mata kau terbeliak tengok, masih banyak
lagi lelaki….”
Afiqa
menghentikan biacaranya selepas sedar akan ketelanjuran akan ayatnya yang
mungkin akan mengundang kembali tangis gadis itu. Huh. Nightmare aku nak melayannya. Bibirnya
spontan tersengih dengan
mulutnya ditekup sedikit. Katrina menjeling geram pada Afiqa.
“Kau nak
pergi mana?” Afiqa mengajukan soalan lain pantas. Gelas jus oren di atas dulang
yang terletak elok di atas meja kopi, dicapai lalu dihulurkan pada Katrina.
“Oh. Tak surelah… Nanti-nantilah aku fikir.”
Afiqa mengangguk sahaja. Segala rancangan rakannya akan sentiasa disokong.
“Ikut suka
hati kaulah. Asalkan kau bahagia!”
KACA matanya dibetulkan posisinya
agar dapat dibetulkan dengan kedudukan yang selesa. Matanya merenung tajam pada
skrin komputer di rumahnya. Satu persatu ayat dibacanya, kemudian diulang lagi.
Mahu mencari kembali akan ideanya yang sudah hilang itu. Page itu discrollkan ke atas sedikit lalu bacaannya
diulang lagi.
Usai
membacanya, bibirnya laju mengungkapkan kata dengan sendirinya. Ha! Dah dapat
idea! Papan kekunci laju menulis itu dan ini mengikut setiap gerak tari
jarinya. Sekejap jari itu menari ke kiri kemudian ke kanan pula. Dan begitulah
sebaliknya. Tiba-tiba, jarinya terhenti menulis.. Dahinya berkerut-kerut
seperti menahan kentut seribu tahun lamanya untuk dilepaskan.
“Kemudian..kemudian.
kemudian apa, ya? Ha! Kemudian, Syarul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum
mengungkapkan….”
Ting
tong! Ting tong!!
“Kejap!
Sebelum mengungkapkan… mengungkapkan.”
Ting
tong!
“Mengungkapkan.
Mengukapkan.. Argh! Dah tak ingat! Siapa tu?!!” marah Afiqa. Bengang apabila
ada orang yang menganggunya ketika dia sedang memberikan konsentrasi sepenuhnya
pada penulisannya.
Ting
tong!!
Afiqa
merengus! Ni dah lebih loceng ni! Memang nak kena! Kakinya menapak laju ke arah
pintu utama. Loceng itu masih juga belum berhenti daripada berbunyi. Afiqa
melepaskan dengusan yang kasar! Nasib tak ada keluar asap dari hidung aku ni!
Kalau tak, memang dah aku bakar pintu ni!
Pintu
rumahnya dibuka.
“Siapa?”
mata Afiqa berlari-lari mencari di mana orang yang bermain dengan locengnya
tadi. Ligat sekali mata itu mencari, namun hampa. Satu bayang orang pun langsung
dia tak kelihatan. Takkanlah hantu kut!
Matanya tertacap pada pagar rumahnya apabila dirinya dirasakan bagaikan
diperhatikan seseorang.
“Lari!!
Lari!!” bising sekali suara budak-budak yang bertempiaran berlari ke sana sini
saat mata Afiqa tajam membunuh anak mata anak-anak kecil itu. Huh! Budak-budak
ni. Memang sengaja nak cari pasal! Macam tak ada tempat lain nak main!Loceng
aku jugak yang dia duk main. Dah tak ada kerja lain ke?
Pintu itu
ditutup Afiqa kembali. Kerusi di hadapan komputer ditarik lalu duduknya
dilabuhkan di situ. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Mencari kembali moodnya untuk
menulis. Dia perlu fokus kembali. Tangannya diregangkan seketika. Ayat terakhir
diulang bacaanya.
“mengungkapkan.
yang, I love you? Hesy! Apa ni. Tak syok langsung. Takkanlah ayat dia jadi,
kemudian, Syahrul menarik Fifi ke dalam dakapannya sebelum mengungkapkan yang I
love you? Hisss. Tak patut.” jari Afiqa rancak mengetuk-ngetuk perlahan atas
meja kerjanya. Jauh sekali angan itu terbang. Mahu mencari di mana hilangnya
ayatnya tadi.
“Ahh! Dah
dapat! Mengungkapkan yang…”
Ting
tong!!
Afiqa
merengus kasar. Hiss. Siapa pulak tu? Kalau budak-budak tu lagi.. siaplah. Aku
kejar sampai hujung kampung nuh!
“Siapa?”
Pintunya dibuka. Kelihatan ada seorang wanita yang sekian berabad juga, berdiri
di hadapannya. Dahi wanita itu berkerut-kerut sehingga terbentuk beberapa
lapisan pula jadinya. Entah kenapa, datang rumah orang dengan dahi berkerut
macam tu sehinggakan dia sendiri mahu berkerut-kerut juga dahinya dengan lagak
aneh mak cik ini.
“Cari
siapa?” Afiqa menyoal sopan.
“Mak cik
cari anak-anak mak cik. Tadi, mak cik nampak dia ada main dekat sini, tadi.”
wajah Afiqa sedikit berubah.
“Oh. anak
mak cik ke tu? Tadi, dah berlari ke sana. Tapi, ke mana saya tak pasti.” Balas
Afiqa sopan. Sisa geramnya ditahankan saja. Alah, depan mak dia aje. Nanti
kalau jumpa budak tu, aku seligi kepala budak-budak tu nanti! Bagi botak terus.
“Oh. Ya, ke?
Kalau macam tu. Tak apalah. Mak cik pergi dulu.” Afiqa mengangguk sambil
tersenyum manis, memandang pemergian mak cik itu. Pintu rumahnya mahu kembali
ditutup.
“Tumpah se air. Tumpah dua air. Numu neja ne
kia, sapene dikeair. Habbatum, merademmmm..” bulat mata Afiqa saat melihat
Hilman yang datang dari arah pintu pagar rumahnya sambil memetik gitar dan
menyanyi lagu hindustan itu.
“Suka tak?”
soal Hilman sambil tersengih panjang. Giginya terserlah. Afiqa sekadar memberi
senyuman sinis.
“ Suka? Suka
sangat. Thanks. Terharunya.” balas Afiqa meluat. Nada suaranya seprti ditahan-tahankan
sahaja. Hilman tersenyum penuh makna, sangkanya akan kata-kata Afiqa itu
semuanya benar. Topi di kepalanya, dibetulkan.
“Dah tak ada
apa-apa kan? Fiqa nak masuk, dulu. Bye!” balas Afiqa seraya mahu menutup pintu
rumahnya namun segera dihalang Hilman.
“Tunggulah
dulu. Kenapa awal sangat? Baru aje jumpa. Tak puas lagi, ni.”
“Tapi, Fiqa
dah puaslah! Dahlah! Fiqa ada banyak benda lagi nak buat, ni.” pintu itu mahu
ditutupnya lagi. Saat pintu rumahnya mahu ditutup, Hilman lantang memanggil
namanya. Afiqa merengus kasar.
“Hih. Apa
lagi?” bentaknya namun matanya membuntang apabila budak-budak dan mak cik tadi
berdiri di hujung pagar rumahnya sambil mengangkat tinggi kertas yang dibawa
mereka. Matanya memerhati satu persatu perkataan itu.
“I Love You.”
sambung Sulaiman pada satu persatu huruf itu. Lantas, sebuah kotak baldu kecil dikeluarkan
dari poketnya. Badannya didudukan dan kotak itu dibuka.
“Sudi tak…
Fiqa kahwin dengan Man?”
Afiqa
tergelak kecil. Lebih kepada ketawa mengejek.
“Ah. So sweet of you, Man. Thanks. But, no!”
Dummm!!!
Pintu
rumahnya ditutup sekuat hati. Kahwin? Oh. Please.
Dia tidak pernah lagi memikirkan tentang itu semua. Tubuhnya disandarkan di
pintu. Degup jantungnya berdegup tidak kena pada temponya. Kenapa berdebar
sangat ni? Huh! Takkanlah…
Afiqa
menggeleng. No! Jangan harap aku jatuh hati pada si Man tu! No! Akalnya yakin,
jantungnya berdebar hanya kerana belum pernah ada mana-mana lelaki yang
meluahkan perasaan mereka padanya. Biarpun, dia pernah hampir-hampir dipropose dulu, tapi itu sudah sejarah.
Nyatanya, dia belum pernah melaluinya lagi. Huh. Just rilekslah. Tak ada
apa-apa pun. Kakinya mahu disambung kembali ke arah meja kerjanya.
Ting
tong!
Ah!! Lagi?
Once again. Matanya mengerling sekilas pada pemukul bola lisut yang disandarkan
pada rak kasut di tepi bahagian pintu utamanya. Pemukul bola lisut itu dicapai.
“Kau nak apa
lagi, Man? Nak aku sumbatkan pemukul bola ni ke dalam mulut kau?!” marah Afiqa
saat pintu itu dibuka. Geramnya semakin menjadi-jadi.
“Wehh. Apahal
ni?” soal gadis itu terkejut dengan sergahan yang tidak disangka-sangkakannya.
“Eh. Rina?”
Afiqa sempat
melirik pada temannya yang sangat santai pakaiannya. Gadis itu siap membawa
bagasi lagi. Bagasi? Nak buat apa?
“Ada apa
ni?” Katrina tersenyum panjang.
“CEPAT, Fiqa!! Cepat!!” Katrina
termengah-mengah berlari sambil membawa bagasinya. Penat betul! Tak cukup tanah
dirasakannya, bila dia berlari. Penat yang amat!!
“Sabarlah!” marah
Afiqa sambil membetulkan gengamannya pada beg bimbit yang mahu dibawanya.
Sengal rasanya segala sendi di lengannya.
“Hiss. Tak
boleh! Dah lambatlah!” Katrina berpatah kembali, berlari semula ke arah Afiqa.
Lengan gadis itu ditarik Katrina laju agar membuntutinya. Panggilan terakhir
penerbangan ke Bali sudah diumumkan menyebabkannya semakin melajukan lariannya.
“Sabar.
Sikit aje lagi. Dah nak dekat tu!”
Sesampainya
mereka di kaunter, mereka terus check-in
segera. Semuanya diuruskan oleh Katrina. Kalau disuruh Afiqa? Jangan harap
dengan nafasnya yang turun naik ni. Nak bercakap pun susah. Mahu semput jadinya.
Sesudahnya, dia hanya berdiri sahaja di sisi bagasi-bagasi itu.
“Dah siap!
Fuh! Lega!” Katrina menayangkan kedua-dua passport di dalam tangannya sambil
tersenyum manis. Bunyi riuh rendah yang secara tiba-tiba di KLIA itu menarik
perhatian mereka.
“Ada apa
tu?” soal Katrina. Lehernya memanjang melilau ke sana sini. Afiqa yang berdiri
bertentangan dengannya turut mahu memusingkan badannya ingin melihat ke arah
yang sama namun, malangnya bahunya tiba-tiba dilanggari seseorang dari arah
belakang.
“Ouch!”
Afiqa mengaduh. Bahunya yang sudah sengal semakin sengal dirasakan. Lelaki yang
terjatuh akibat terlanggarnya, direnung. Lelaki itu lantas berlari meninggalkan
Afiqa begitu sahaja.
“Apa kena
dengan mamat tu?! Bukannya nak mintak maaf!” bebel Afiqa. Sakit hati! Sakit
jiwa! Biadap betul lelaki tu! Bahunya diurut-urut, mahu menghilangkan rasa
sengal di bahunya. Sedang ralit matanya, memerhatikan bahunya, matanya terhenti
pada sesuatu objek di lantai itu.
Apa ni? Pen?
Lantas, pen tersebut dicapai lalu dibeleknya. Matanya terhenti pada satu arah.
Ada namalah. Airish. Airish?
“Siapa
lelaki yang langgar kau tu?” soal Katrina mendekati ke arah Afiqa. Bahu
rakannya diusap lembut.
“Okey, tak?”
“Okey, je.”
balas Afiqa sambil tersenyum.
“Siapa
lelaki tu?” Afiqa menjungkitkan bahunya.
“Tak tahu…”
balas Afiqa pendek.
“Apa tu?”
mata Katrina menuju ke arah pen yang dipegang Afiqa.
“Pen. Lelaki
tu punya, mungkin. Terjatuh tadi lah tu.” Katrina merampas pen yang dipegang
Afiqa. Pen itu turut dibeleknya. Matanya terhenti lama pada nama yang terpapar
di pen di situ. Airish? Kemudian, kepalanya mendongak memandang akan banyak
manusia yang sedang mengejar seseorang yang agak jauh dari mereka. Matanya
menikam tajam pada Afiqa.
“Oh My God, Fiqa… Bertuahnya, kau! Ah!
Betul ke, ni? Aku yang rabun ke, atau kau yang buta?” Ceh! Afiqa mencebik. Dibilangnya
aku buta? Tak patut betul.
“Kenapa?”
soal Afiqa tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Katrina.
“Pen ni!”
“Yeah. So, what dengan pen tu?”
“Pen ni! Pen
ni Airish yang punyalah!” Afiqa mengerutkan dahinya. Nama makhluk mana si
Katrina sebut ni?
“Airish?
Siapa dia tu?” Katrina membulatkan matanya. Biar betul, Fiqa ni? Alahai. Memang
kawan aku ni bagaikan katak di bawah tempurunglah. Keluhan kecil terbit di
bibir Katrina sejenak.
“Airish!
Lelaki yang popular di Malaysia ni!”
Afiqa
termenung. Pen yang berada di tangannya dilihat lama. Airish? Tak pernah kenal
pun. Sesekali di benaknya terfikir.
Adakah dia
yang tak up-to-date ke, atau kawannya
yang gila?
“I’M so sorry, Fiqa. Aku hanya boleh
dapat yang ini aje.” Katrina melabuhkan duduknya di sebelah Afiqa yang berada
di hujung tingkap. Afiqa sekadar melemparkan senyuman manis.
“It’s okey!
Alah, aku tak kisah pun. Lagipun, economy
class tak adalah teruk sangat. Okey apa. Selesa pun, selesa. Sama aje,
Rina.” Pujuk Afiqa lembut.
“Serius?”
Afiqa
mengangguk yakin.
“Time aku nak booking ticket hari tu, semuanya dah penuh untuk first class. So, hanya ini yang tinggal. Nasib baik ada. So, aku ambil ajelah. Tak sangka pulak, ramai yang nak pergi Bali
bulan ni.” omel Katrina sendiri.
“Mungkin sekarang
musim orang tengah putus cinta kut.”
usik Afiqa. Katrina sempat membalasnya dengan menghantar jelingan tajam buat
rakannya.
“Kau perli
aku, ke?”
Afiqa
menggeleng sambil tersengih. Sengihannya akhirnya mati tatkala, memandang wajah
serius Katrina. Marah ke kawan aku ni? Afiqa pantas turut memandang ke hadapan,
arah yang sama dilihat oleh Katrina. Matanya membulat tiba-tiba. Kepalanya
digeleng. Oh, tidak!!
“I think, this vacation will be the tragic
one!” Katrina mahu bangun tapi lengannya ditarik Afiqa.
“No! Jangan
buat kecoh kat sini, Rina! Kau tak boleh buat macam ni. Ini tempat awamlah.”
Afiqa memberikan peringatan. Suaranya ditekankan sedikit.
“Siapa yang
mula dulu! Dia kan? So, this is not my
fault!” Katrina pantas melangkah ke arah ruangan di mana letaknya ruangan first class. Wajahnya dimimikkan serius.
“I’m sorry, miss. Only first class passenger
can go through.” halang seorang pramugari apabila menyedari Katrina yang
mahu bergerak menapak ke arah ruangan itu. Afiqa sekadar membuntuti Katrina
dari belakang, bimbang akan rakannya akan melakukan sesuatu di luar jangkaan
nanti. Katrina tu bukannya boleh dijangka.
“Do I look care about it? If you want me to
buy this whole aeroplane, I still can afford it! Now, move aside! I have
something to settle down, right here!” Katrina memberi amaran. Naik gerun
juga pramugari dengan amarah Katrina yang tiba-tiba itu. Apatah lagi melihat
wajah berang gadis ini.
“I said, move aside!!” terus ditolak
pramugari itu jauh darinya. Laju langkah Katrina dihalakan pada gadis yang
duduk di bahagian hadapan untuk ruangan kelas pertama itu. Afiqa membantu
pramugari tersebut bangun.
“I’m so sorry. Don’t worry. I’ll comfort her,
right away.” Afiqa terus mengikuti jejak langkah Katrina.
“Rina! Stop!” bisik Afiqa perlahan rapat di
telinga Katrina. Malangnya, Katrina hanya berlagak umpama masuk telinga kiri
keluar telinga kanan pula. Wajah perampas kekasihnya dipandang dengan penuh
dendam. Tubuh Katrina berdiri tegak di sisi kerusi Maria itu. Gadis itu
kelihatan khusyuk merenung sekeping pamplete.
Dengan kasar, pamplete itu dirampas
Katrina lalu dikoyakkan.
“What you’re doing?!” bentak Maria. Agak
kaget dengan tarikan daripada Katrina tentang pamplete yang dipegangnya.
“What I’m doing? Buta ke? Aku berdiri
depan kau ni!. perempuan bodoh!” serpihan kertas-kertas yang dikoyakkan tadi,
dihembuskan kuat tepat ke wajah Maria. Berang Maria jadinya.
“What? Bodoh?! Hello! Agak-agaklah nak cakap, okey. Aku bukan jenis macam tu.
Lagipun, siapa yang bodoh sekarang ni? I ke? Kalau I bodoh…” sinis mata Maria
mengerling pada Katrina yang sedang bepeluk tubuhnya.
“tak adalah
aku hilang BOYFRIEND aku, kan!” sambung Maria lagi. Perkataan boyfriend itu
sengaja ditekankan tinggi.
“Kurang
ajar, kau!” rambut Maria ditarik kuat Katrina. Begitu juga dengan Maria. Mereka
saling tarik menarik. Semua orang di dalam kabin first class, semuanya
memandang pada mereka yang sedang bergaduh sakan. Pramugari-pramugari yang ada,
sibuk untuk menolong meleraikannya. Kecoh seketika suasana di situ.
Masing-masing begitu khusyuk memerhati drama babak istimewa ini. Afiqa segera
menarik bahu Katrina. Keadaan yang semakin tak terkawal itu begitu
membimbangkannya.
“Rina. Dah. Jom
kita pergi!” akibat daripada pergaduhan antara Maria dan Katrina, Afiqa ditolak
tidak semena-menanya. Tubuh Afiqa terdorong ke belakang. Afiqa yang tidak dapat
mengimbangkan badannya terus terjatuh.
“Arghh!”
jerit Afiqa. Jeritan kecil itu menghentikan pergaduhan yang sedang hebat berlangsung
tika itu. Katrina berpusing ke belakang. Matanya membulat. Berliter-liter air
liurnya ditelan. Mulut Afiqa terkumat kamit berkata itu dan ini.
“Sakit tahu,
badan aku! Asyik kena tolak aje, hari ni!” omel Afiqa geram. Tangannya yang
berada di lantai, mahu ditolak ke atas, untuk menolak tubuhnya agar bangun
berdiri pantas. Tapi, tolakkannya tidak menjadi apabila dirinya terperasankan
sesuatu. Ini rasanya.. macam.. bukan lantai ni… Lantas, diraba-rabanya lantai
itu. Kenapa lantai ni tak flat?
A’ahh. Bukan
lantai lah tapi rasanya macam… paha seseorang! Oh My.. Nafas Afiqa bagaikan
tersekat-sekat menahan perasaanya sendiri. Wajahnya diraupkan. Wajah seseorang
di sebelahnya rasa bagaikan tidak mahu dipandang. Bahkan dijeling sekalipun.
“I’m sorry.” paha yang diduduki Afiqa
tadi, lantas digosok-gosok kembali.
“Sakit?”
soal Afiqa seraya tersenyum.
“Sorry.” Sambung Afiqa lagi.
“Airish?”
Katrina menyoal. Bibirnya melongo luas. Tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya.
Airish sekadar mengangguk dengan wajah masam mencukanya. Langsung
tiada sebarang senyuman diberikan.
“Dah! Jom!”
Afiqa lantas menarik lengan Katrina agar mengikutinya. Wajahnya sudah cukup
merah. Bahang di wajahnya masih jelas terasa. Apa yang berlaku tadi, bagaikan
diulang tayang kembali. Afiqa menggeleng laju.
Ah!! Malunya aku! Rasa nak tempik kuat! Wargh!!
Macam mana versi edit? Ada apa-apa yang kurang tak? atau ada yang perlu dibetulkan? Hihi. Please, bagitahu ya. Sama-sama membantu untuk hasilkan COM yang umphh gitu!! Hik33..
<3 saranghae!! E-CLASS: SILENCER #COM!
Menarik... much better dr dulu... hihi...
ReplyDeleteguna google translator ek ..saya cadangkan baik guna BM sepenuhnya..too many grammar mistakes..ayat tanya jadi ayat penyata..kalau nak letak juga ayat BI, try get some basic english grammar book..tgk contoh mcm mn nak construct proper english sentence..otherwise rugi sbb jln cerita yg baik di "spoiled" dgn all the grammar mistakes..hilang mood nak baca
ReplyDeleteBest.. best.. sambung lagi ya..
ReplyDelete