HUJAN yang renyai ketika itu langsung tidak memberi impak pada
Qisha Aleesha ketika itu. Wajahnya menunduk sahaja menekur pada jalan hitam
yang terbentang luas di hadapannya. Di ruangan matanya, berasak-asak manusia
ingin memasuki ke dalam bas di situ. Qisha Aleesha mengeluh sejenak. Terasa
lemah segala sendi-sendi di tubuhnya pada ketika itu. Sayu rasa di hati
ditahankannya sahaja. Lantas, pabila orang ramai sudah menyusup masuk ke dalam
bas ketika itu, Qisha Aleesha pun turut sama menyertai mereka.
Nafas
panjang ditarik bersama sejuta semangat yang perlu dia perolehi demi sebuah penjelasan
nanti. Pandangannya lurus ke hadapan memandang ke luar tingkap di luar sana
dengan tangannya memegang stand holder
di dalam bas tersebut. Lama dia berkeadaan begitu sehinggalah dirinya
terperasankan akan ada mata yang begitu galak merenungnya. Terus, matanya
diturunkan menghadap lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Membulat mata
Qisha Aleesha dibuatnya. Lelaki itu tinggi mendongak memandang ke arahnya.
Qisha Aleesha juga turut sama memandang pada lurusnya pandangan lelaki itu. Oh,
tidak! Dada aku!
Lalu,
tanpa berfikiran panjang beg sandangnya pantas menutupi dadanya dengan sebelah
tangannya menampar kuat pipi lelaki itu.
Pangg!!
Satu
das tamparan dilemparkan kepada lelaki itu. Kuat bunyinya sehingga berjaya
menarik perhatian orang ramai yang berada di dalam bas itu. Kesemua penumpang
yang berada di situ memandang pada lelaki itu serta Qisha Aleesha. Qisha
Aleesha menghala jari telunjuknya tepat pada wajah lelaki itu.
“Kau
ni kenapa? Dah gatal sangat ke? Apa kau ni suka sangat tengok benda-benda macam
tu? MasyaAllah! Eh, budak! Kau tahu tak, apa yang kau duk intai-intai tu adalah barang perhiasan penting orang perempuan?
Umur baru setahun jagung dah pandai buat kerja macam ni. Daripada kau buat
kerja macam ni, baiklah kau pergi nuh.
Surau ke masjid ke? Pergi buat taubat nasuha ke, ataupun pergi mengaji ke. Tak
ada kerja lain ke?” bebel Qisha Aleesha panjang lebar. Bersungguh-sungguh dia
memarahi lelaki yang berusia lebih kurang 16 tahun ke tahun ke atas itu. Lelaki
itu memandangnya dengan pandangan kosong sahaja. Kurang ajar betul budak ni.
Boleh lagi dia main jeling-jeling kat aku?
“Akak
ni kenapa? Sudahlah tampar saya, lepas tu marah-marah tak tentu pasal pulak.
Saya angkat kepala tadi bukannya saya nak intai barang akak tapi saya nak cari
mana mama saya. Saya kan tengah duduk ni sebab tu kepala saya terangkat-angkat
tadi. Bukannya saya ada niat buruk kat akak.” berubah wajah Qisha Aleesha
jadinya. Dari wajah yang garang bagaikan singa lapar terus wajahnya bertukar
berona merah. Merah padam jadinya.
Terus,
rasa kasihan menjengah dirinya. Rasa bersalahlah pula dengan tamparan yang
dikenakannya kepada budak ini tadi. Agak kuat sebenarnya tamparan itu. Mulutnya
terkumat-kamit ingin bersuara tetapi suaranya bagaikan tidak keluar pula.
“Tapi..
Tapi.. adik tetap salah. Siapa suruh buat perkara yang mencurigakan macam tu?
Lain kali, bagitahu dulu apa-apa. Kan itu lebih mudah, tak adalah orang nak
salah tafsir nanti.” Tutur kata Qisha Aleesha sudah bertukar menjadi lebih
lembut kini. Kata-katanya jika sekali dengar persis suara orang yang tidak mahu
mengaku salah. Masih mahu menutupi malunya dengan menjawab begitu.
Bibir Qisha
Aleesha hanya tersenyum kecil sebagai tanda menunjukkan bahawa dia perempuan
yang rasional meskipun ianya tidak. Suasana di sekeliling Qisha Aleesha menjadi
riuh pula. Pastinya suara-suara itu sedang enak mengutuk dirinya yang tanpa
usul periksa memarahi budak berumur sebegitu rupa. Iyalah, tengok dari gaya
budak nerd seperti dia agak mustahil
sebenarnya untuk menjadi seperti peraba ke atau penculik wang ke ataupun
sebagainya. Kepala Qisha Aleesha tertunduk-tunduk jadinya apabila suara-suara
itu masih tidak berhenti dari bersuara.
Entah
kenapa pada ketika itu dirasakannya bagaikan bas yang ditumpanginya begitu
lambat sekali bergerak. Aduhai. Lambatnya. Dari menghala ke hadapan kepalanya
berpusing ke kanan dan ke kiri. Rasa panaslah pula berdiri di sini. Manakan
tidaknya, pusing ke kiri ada suara mengutuknya toleh ke kanan ada pula suara
lainnya. Aduhai! Tensionnya! Dalam kekalutannya berpusing ke kanan dan ke kiri,
mata Qisha Aleesha tertangkap satu pandangan yang cukup memanaskan kepala otaknya.
Apa ni?!
Membulat
mata Qisha Aleesha dibuatnya. Budak ni! Eee! Ya Allah! Rasa mahu disiat-siat
sahaja kulit hitam manis budak ni! Eee! Geramnya! Kuat giginya diketap rapat.
Kepalanya sudah berapi tambah berasap lagi. Mahu meletup pun ada. Argh! Sakit
mata, hati dan jiwanya apabila dia memandang akan pandangan sinis budak lelaki
itu tadi.
Lantas,
minda Qisha Aleesha sudah dapat meneka sebenarnya apa yang terjadi. Jadi? Ya!
Budak tu sengaja sebenarnya. Alasan ingin mencari mamanya adalah tipu belaka!
Sial punya budak. Memang kau nak kena dengan aku ni! Kelima-lima jari Qisha
Aleesha rapat digengam, menjadi satu kepalan penumbuk yang cukup padat.
Tinggg!!
Bunyian
loceng di dalam bas tersebut yang menandakan ada orang ingin berhenti di situ
menyedarkan Qisha Aleesha. Matanya mencerlung tajam pada budak lelaki itu
tersebut apabila lelaki itu melintasi di hadapannya. Bersama satu senyuman
sinis di bibirnya, dia melangkah pergi meninggalkan Qisha Aleesha. Kedua-dua
belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sejurus sahaja tubuhnya keluar
dari perut bas tersebut. Qisha Aleesha
hanya memandang sahaja pemergian budak tersebut. Kepalanya terangkat-angkat
sedikit. Ke atas dan ke bawah persis seperti sedang mengintai sesuatu. Setelah
agak lama, kepalanya ternaik-naik atas dan bawah, akhirnya bibir merahnya
berbuah satu senyuman di situ.
Sementara
itu, budak lelaki itu tersenyum senang bersama satu ketawa puas. Kedua-dua
belah tangannya mengangkat tinggi ke langit.
“Yahoo!! Puas weh, dapat tengok!! Wayang free, woii!!” tempik budak lelaki itu
sendiri di tengah-tengah jalan kampung yang agak lengang dari lalu lalang
kenderaan awam mahupun persendirian di situ. Maklumlah, jalan kampung. Manalah
sibuk. Bibir lelaki itu terpancar satu kepuasan yang tidak terkata, rambutnya
yang sengaja disikat tepi dipacak-pacakkan kembali. Sambil jarinya sibuk
memacak-macakkan rambutnya ke atas dan ke bawah, spontan ketawa kecil meletus
dari bibirnya.
“Huh.
Ada hati nak kantoikan aku. Ingat aku ni bodoh ke? Alahai, perempuan. Bodoh
betul kau ni. Ingat hebat sangat ke? Harap aje barang besar tapi otak cikai!!”
bebel budak lelaki itu terus menerus tanpa berlapik.
“Hoii!!
Kau cakap aku apa tadi? Wayang free?
Aku bodoh? Tuttt besar? Huh?!”
perjalanan lelaki itu terhenti spontan. Badannya mengeras, kaku tidak bergerak.
Lambat-lambat, badannya berpusing ke belakang. Membulat matanya apabila
memandang akan Qisha Aleesha yang berdiri tidak jauh darinya.
“Hoii,
budak! Wa rasa lu ada hutang sama wa, maa. Mahu langsai sekarang, ka?” dialek bahasa melayu sudah bertukar
menjadi bahasa cina pula. Memang kau bersemangat Satu Malaysia betullah, Qisha.
Qisha Aleesha tersenyum penuh makna bersama sinisnya pandangannya. Kayu yang
berukuran agak besar saiznya dihentak-hentakkan ke atas telapak tangannya, gaya
seperti seorang minah brutal yang gangster gila gitu. Budak lelaki tersebut menelan liurnya. Terasa kelat pula
tekaknya.
Setapak
demi setapak diundurnya perlahan-lahan. Dan di kala itu, setapak demi setapak
jugalah Qisha Aleesha melangkah mendekati. Huh! Jangan harap dia akan lepaskan
budak ni! Memang kau akan kena jugak dengan aku.
“Mahu
penumbuk ka, atau penampar kapit?
Pilih, maa. Konfirm dua hari hospital
punya, taraak bangun-bangun, maa.” Ugutan sudah dikeluarkan bersama
suara yang cukup mengancam. Suara yang menggoda punya. Menggoda untuk memanggil
malaikat maut!
“Lari!!”
tempik lelaki itu kuat. Qisha Aleesha yang sudah bersiap sedia dengan berperang
marathon jarak jauh begini sememangnya sudah bersedia. Sebab itulah, kasut
tumit tingginya ditanggalkan. Dan kini. Rasanya semua dah tahu bagaimana
keadaannya. Pastilah kaki ayam. Huh! Jangan nak kata aku ni pengotorlah atau
apa-apapun sekalipun sebab apa yang penting aku nak tangkap dulu mamat
penyangak tak guna yang tak bertauliah ni dulu. Budak ni memang nak kena. Kalau
memang bukan ajal kau hari ni, aku akan pastikan jugak supaya hari ni akan jadi
ajal kau. Tak ajal akhirat aku bagi kau ajal maut untuk di dunia! Siaplah kau!
Bila aku dapat kau, aku gali sendiri kubur tu nanti. Tak usah kata lima meter,
sepuluh meter pun aku sanggup gali kubur untuk kau! Siaplah kau!!! Arghh!!
Geram aku!
“Siaplah
kau budak. Aku teranjang kau sampai mampus nanti. Ada hati nak main
jeling-jeling yang aku punya, aku lastik kepala kau nanti, lepas tu aku baling
kepala kau macam main bowling. Wei,
budak!! Tunggu! Wei!! Kepala hotak punya budak!! Aku kata tunggulah!” sepanjang
perjalanan mereka berlari ala-ala kuch-kuch
hota hei ketika itu, sepanjang itu jugalah mulut Qisha Aleesha berbunyi
tanpa henti. Tak ada full stop kata
orang mat sallehnya.
Sekian
penatnya berlari, Qisha Aleesha berhenti sejenak. Tak laratlah. Jahat betul
budak ni. Dia tahu aku berkaki ayam sengaja dia lalu dekat lorong yang ada
banyak lalu lalang batu-batu ni. Tak guna, betul!
“Weh,
budak! Aku kata tunggu! Aku.. kata.. tunggu.” Tercungap-cungap dibuatnya Qisha
Aleesha ketika itu. Tak larat! Serius tak larat. Budak lelaki itu tergelak
jahat seraya berpusing ke belakang. Namun, lariannya tidak dihentikan
sebaliknya hanya diperlahankan sahaja.
“Ada
hati nak kejar aku. Hoi! Aku dah jauhlah. Memang kau tak larat lagi nak kejar
aku. Jangan kau harap kau boleh kejar aku. Bodoh, punya perempuan.” Ee!! Biadap
punya budak. Tak guna! Budak paling bebal yang pernah dia jumpa! Siap kau! Bila
aku dapat kau, aku siat-siat kulit hitam kau biar berganti dengan kulit
kemerah-merahan pulak. Argh! Geram aku.
Lantas,
kepala Qisha Aleesha berpusing ke kanan dan ke kiri. Terus, tanpa ada rasa
ragu-ragu ketulan-ketulan batu itu dicapai segengam dengan tangannya. Tinggi
tangannya dilayangkan ke udara. Lalu, satu persatu batu-batu tersebut ditembak
ke arah lelaki itu. Di mana sasarannya? Di mana-manalah asalkan dapat puaskan
hati aku.
“Aduh!
Apa ni mak cik! Sakitlah aku.” Semakin membulat mata Qisha Aleesha.
“Apa
kau cakap? Mak cik? Kau ingat aku ni tua ke?” akibat rasa geramnya yang sedang
melimpah ruah ketika itu, dari dilemparnya satu persatu batu-batu itu terus
bertukar. Cara lemparnya juga sudah diupgradekan.
Dia kini mencapai segengam batu-batu itu lalu dilemparnya kepada budak itu.
Cara lemparnya juga lebih effisien!
Ini baru mantap!
Dalam
sibuk Qisha Aleesha melempar-lemparkan batu-batu itu, telinganya sudah
dibekukan terus dari mendengar pujuk rayu budak lelaki itu. Argh! Tak perlu nak
dikesiankan pada budak biadap ini. Tak guna!
“Akak!
Saya mintak maaf. Okey. Saya mintak maaf, akak. Sudahlah.” Rayuan itu tidak
dipedulikan Qisha Aleesha sama sekali. Apa yang penting, budak ni perlu terima
pengajaran sampailah dia berasa puas!
“Akak!”
suara lelaki itu sudah meninggi. Geram pastinya dengan sikap Qisha Aleesha yang
bebuat seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri dengan rayuannya
sebentar tadi.
“Akak!”
lagi, Qisha Aleesha tidak mempedulikannya. Budak lelaki itu mengetap giginya.
Rapat.
Slaasshh!!
Qisha
Aleesha tergamam. Lemparan batu-batunya sudah berhenti. Matanya setia memanah
pada budak lelaki itu. Budak lelaki itu kelihatan agak terkejut dengan apa yang
terjadi. Liurnya ditelan lagi. Mati aku. Bisiknya perlahan pada diri sendiri.
Qisha
Aleesha hampir melopong memandang pada baju kurungnya yang sudah diselaputi
dengan lumpur-lumpur yang busuk dan kotor! Argh! Semakin berapi dibuatnya
ketika ini. Kepalan tangannya semakin erat.
“Argh!
Aku memang nak kau mampus, budak!!” tempik Qisha Aleesha kuat di tengah-tengah
lorong yang dikelilingi sawah padi ketika itu. Aduhai, Qisha Aleesha.
Nampaknya, dari manusia dah bertukar jenislah. Dari manusia, ke kerbau? Alahai,
kesiannya.
LEGANYA!
Qisha Aleesha menepuk-nepuk halus pipinya. Segar bugar rasa badannya usai
sahaja dia mandi sebentar tadi. Rambutnya dibungkus dengan tuala sebelum kakinya
melangkah perlahan menuju ke arah kamarnya. Belumpun sampai dirinya berjalan
menuju ke arah tangga, kemunculan seseorang di muka pintu membantutkan
perjalanannya. Lantas, kepalanya berpusing ke arah lelaki yang menapak ke
arahnya.
“Kenapa dengan baju kamu? Ayah nampak habis
lumpur kat situ. Kamu pergi intebiu
ke atau kamu pergi membendang sawah padi?” Qisha Aleesha memuncungkan mulutnya.
“Ayah. Bukan intebiu tapi, i.n.t.e.r.v.i.e.w
Interview. Cuba ayah sebut, in.. ter.. view.” Ayahnya, Salim hanya menggeleng
sahaja.
“Ah, apa-apalah. Tak kisahlah asalkan
bunyinya dekat-dekatlah tu. Huh, kenapa dengan baju kamu tu?” Qisha Aleesha
mencebik. Serba salah ingin berbicara sebenarnya. Hujung tualanya dililit-lilit
manja.
“Ayah tanya ni. Bukannya nak suruh kamu duk tayang lagak manja kamu tu.” Qisha
Aleesha tergelak kecil. “Huh, kenapa dengan baju kamu tu?” okey! Qisha Aleesha
sudah tiada punya jawapan selain untuk menjawab pertanyaan ayahnya. Masuk kali
ini sudah tiga kali ayahnya bertanya. Tak baiklah pula untuk dia mengabaikan
soalan itu. Bila ayahnya berulang-ulang kali bertanya maknanya, ayahnya
sememangnya benar-benar ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.
“Alah, itu bukan salah Qisha Aleesha pun
ayah. Tadi, ada lelaki..” belumpun sempat Qisha Aleesha menjawab penuh mahupun
menceritakan dengan terperinci sepenuhnya apa yang berlaku, ayahnya sudah
memotong kata-katanya.
“Huh. Itulah kamu. Bila sebut hal lelaki aje,
beginilah kamu. Kasar sentiasa gayanya. Tengoklah sekarang. Ini tak lain tak
bukan mesti ada lelaki yang duk nak usha kamu. Lepas tu kamu mesti jual
mahal lepas bergaduh sampai ke bendang.” Qisha Aleesha mencebik.
“Apa ayah ni? Don’t jump into the conclusion, yet. At least, please listen up to my explaination first, and then you can
say whatever you want afterwards.”
“Apa ke benda tu? Ayah tak faham. Inilah
budak muda zaman sekarang. Bila mak ayah duk
tanya aje, pasal benda yang dia liat nak jawab mulalah nak kenakan kita. Dia duk jawablah jugak dalam bahasa B AIR dia tu. Sengaja nak lari dari
kita. Mentang-mentanglah kita nak tak edu.. edu.. edu apa?” Qisha Aleesha
sembunyi rasa ingin ketawanya.
“educate ayah.” Qisha Aleesha mencelah.
“Huh, itulah apa yang ayah nak cakap. Tengok!
Ayah pun tahu cakap B. AIR macam kamu
tu. Huh, apa benda yang kamu nak cakap dengan ayah tadi? Cepat sikit.” Qisha
Aleesha tergelak kecil.
“Taklah, ayah. Tadi, dalam bas masa Qisha nak
balik, ada budak lelaki tu. Dia jahat gila ayah. Jahatnya, ya ampun. Ada ke
patut dia main jeling-jeling Qisha atas bawah. Bodoh betul, lelaki tu. Bukannya
dia tak sengaja ayah tapi memang dia sengaja buat macam tu. Memang dia nak
kena. Lepas tu, Qisha apa lagi, Qisha kejarlah dia. kejar punya kejar sampai
itulah yang terhasilnya lumpur dekat baju tu.” panjang lebar Qisha Aleesha
bercerita pada ayahnya. Sudahlah panjang laju pula dia bercerita. Sengaja
sebenarnya dia bercerita laju-laju, tidak mahu ayahnya mencelah macam tadi.
Ayahnya ini bukan boleh main. Kalau dia rasa ada yang dia tak puas hati main
redah aje ayahnya ini.
Setelah agak penat Qisha Aleesha bercerita,
reaksi ayahnya hanya selamba sahaja. Sungguh menghambarkan Qisha Aleesha
jadinya. Alahai. Terkebil-kebil mata ayahnya, Salim memandang pada anak
daranya. Lambat-lambat, kepala tuanya menggeleng beberapa kali membuahkan
kerutan kecil di dahi Qisha Aleesha.
“Kamu tak malu ke, Qisha?” soalan ayahnya
hanya dibalas dengan selamba sahaja.
“Nak malu apanya ayah. Betul apa yang Qisha
buat. Qisha tegakkan apa yang sepatutnya menjadi hak Qisha.” Ayahnya, Salim
mengeluh sejenak.
“Memanglah betul. Tapi, kamu tak malu ke?
Melalak tengah-tengah kampung macam tu. Kamu ingat tak ada yang memandang kamu?
Memanglah kamu nampak sekeliling kamu tak ada orang, tapi hakikatnya mata
manusia ni tajam. Dari jauh pun diaorang masih boleh nampak. Apatah lagi dekat
kampung ni ada banyak mak cik-mak cik gosip yang tak bertauliah. Di jajanya
sana sini cerita panas hal orang-orang kampung. Kalau dijajanya cerita pasal
kamu ni macam mana? Tak ke susah nak kamu nak berlaki. Kamu ni sudahlah kaku.
Keras aje. Bila sebut hal lelaki mulalah perangainya kalah jantan. Cubalah kamu
ni berlembut sikit, Qisha. Haih. Agaknya, selama ni mungkin inilah sebabnya
kenapa kamu sampai sekarang masih tak berlaki, Qisha oi. Entah bilalah ayah nak
merasa ada menantu.”
Qisha Aleesha terdiam. Mendengar apa yang
dikatakan ayahnya membuatkan bibirnya mati terkunci rapat. Bebelan ayahnya yang
kedengaran tidak tegas namun dia dapat menangkap akan isi yang ingin
disampaikan ayahnya. Lantas, kepalanya menunduk menekur pada permukaan lantai
di rumahnya. Ayahnya, Salim mengeluh sahaja. Sedar yang dirinya sudah tersalah
bicara sehingga telah melukakan hati anak gadisnya.
“Macam mana dengan intebiu kamu? Dapat?”
soalan yang sengaja dialihkan topiknya membuatkan Qisha Aleesha tersentak pula.
“Huh? Oh..” lambat-lambat, kepala Qisha
Aleesha menggeleng. Kesal, sedih, kecewa semuanya bercampur baur dalam jiwanya
tatkala memandang wajah kosong ayahnya. Pasti ayahnya sedih.
“Qisha, naik dulu ayah.” Qisha Aleesha meminta
izin, ingin melangkah pergi dari situ. Suaranya yang asalnya kedengaran ceria
sudah tidak senada seperti yang awalnya tadi. Bersama ketapan bibir yang rapat,
Qisha Aleesha melangkah perlahan menuju ke arah biliknya. Matanya terpampang
jelas akan perjalanannya yang hendak menuju ke arah kamarnya manakala
telinganya pula terngiang-ngiang lagi akan kata-kata terakhir yang ditujukan
pada dirinya sewaktu dia menjalani sesi temu ramah itu tadi.
“Diharap, Cik Qisha akan berjaya suatu hari
nanti.”
Pedih. Itu komen hatinya sewaktu mendengar
komen terakhir dari penemu ramahnya. Dari gaya percakapan dan mimik wajah
penemu ramahnya dia sudah tahu akan status dirinya dalam permohonan kerja yang
dipohonnya. Nampaknya, buat entah ke sekian kalinya dirinya ditolak lagi.
Maafkan Qisha, ayah.
Okey! Bab 1 Part 1 dah complete! Now, tunggu part 2 pula, ya! Haha. Sorry dears kalau ini kecewakan anda semua. But, please have a smile. Anyway, kalau ada apa-apa yang anda tak puas hati cepat2 bagitahu. so that, I can repair it up. Hopes to see you soon in next part of chap 1 of Sungguh, Aku Cinta! See you later, guys! Luv u. Saranghae. <3
Jumpa nanti, ya! |
Huh!! daebak! E-Class : SILENCER #SAC
Menarik.... menarik... maner hero nie... hehhe.. x sabau pulak...
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletemesti budak tu hero kan ? ;) , hehe .. akan tunggu part 2 ~
ReplyDeleteakak rasa cetantya menarik...
ReplyDeletemasih terfikir adakah Qisya berjaya mendapat keje?
Permulaan yg agak menarik....
ReplyDelete