Habislah.. Habislah.. Belumpun siap mss SAC dah datang mss baru.. Tajuknya saya masih x tahu nak namakan apa.. Hihi.. Tapi, biarkanlah rahsia dulu.. Huhu.. Tak apalah.. Ini mss time bosan.. Hihi.. Ambillah baca sementara tunggu SAC, ye? Hihi.. Happy reading!!
Bab 1
PINTU masuk utama ditarik dengan
sekuat hati. Wajah yang tanpa sebarang kerutan itu mempamerkan dirinya dengan
penuh bergaya. Semua manusia yang masih dalam proses menunggu, semuanya
terkejut dan pandang dirinya tanpa berkelip. Hanna Amirrah senyum dalam diam.
Huh. Kesian. Itulah kata-kata dari jelingannya pada orang-orang yang masih
menunggu di situ. Sejurus itu, kaca mata hitam disarungkannya segera. Dia perlu cepat! Dia perlu melangkah dengan
segera ke arah pintu keluar. Ah, tidak sabarnya.
Sebaik kaki pertama mencecah lantai
di arena luar sana, dapat dia lihat dengan jelas Khuwaibah yang menunggu. Hanna
senyum manis. Khuwaibah kerut dahi. Tidak dapat mengagak akan apa sebenarnya
yang terjadi. Dapatkah budak ni lepas ujibakat tu? Tubuh Hanna ditenung atas
dan bawah.
“Macam mana? Dapat?” Hanna mendengus
dengan penuh lagak. Seolah-olah, ingin berkata, aku? Takkan kau tak tahu?
“Habis, kau? Dapat?” itu yang dia ingin tahu dari Khuwaibah
terlebih dahulu. Khuwaibah tersentak dengan pertanyaan itu. Wajahnya menunduk
sambil menggeleng. Tetapi, pantas dia angkat wajahnya segera. Hanna Amirrah
senyum. Huh. Dah agak!
“Jom! Kita balik.” Ucapnya selafaz sambil kaca mata hitam
itu dibetulkan. Khuwaibah terpinga-pinga. Apa ni? Dia tak cakap pun, dia dapat
ke tidak?
“Eh, Hanna. Kenapa tak tunggu, dulu? Bukan ke, semua peserta
yang berjaya nanti dia nak jumpa?” Hanna Amirrah berjalan tanpa mempedulikan
Khuwaibah yang terkedek-kedek berjalan di belakang. Lurus dia berjalan agar dia
cepat sampai ke arah BMW M6 series itu.
“Cepat masuk. Panas berbahang ni. Aku kena jaga kulit aku.
Nanti aku tak cantik, sebab hitam. Cepat. Kalau aku masuk dulu, driver burung murai kau nampak lain
pulak nanti.” Khuwaibah menggeleng sahaja. Sebaik sahaja dia ingin masuk ke
dalam perut kereta BMW M6 series ini, terdengar suaranya dipanggil.
“Webah! Webah!”Ah! Khuwaibah gigit bibirnya. Geramnya!
Kenapa dalam banyak-banyak nama, nama itu juga yang mereka panggil? Dah tak ada
nama lain ke, apa? Oh! Tetapi, bibirnya tidak bergerak seirama dengan gerak
hatinya, senyuman paling manis diberikan pada lelaki yang kelihatan
terkocoh-kocoh datang ke arahnya.
“Nasib baik, saya jumpa awak dekat sini.” Tercungap-cungap
lelaki itu. Khuwaibah angkat keningnya.
“Kenapa ni, Faris? Ada apa-apa pesanan ke?” Faris angguk
tetapi tubuhnya ditundukkan sedikit. Ambik nafas yang banyak! Ada pesanan?
Pesanan apa lagi? Pesanan penaja ke apa? Dari jauh Khuwaibah perasan akan
kedatangan Tuan Direktor, Khalid Ahmad datang ke arah mereka. Mahu terbuntang
mata Khuwaibah jadinya.
“Haa.. Itu pun, Direktor dah sampai. Awak dengar dari dia
ajelah. Saya rasa dah tak larat.” Khuwaibah mengangguk sahaja. Kedatangan Tuan
Direktor, iaitu Khalid Ahmad langsung tidak memberi kesan kepada Hanna Amirrah.
Kebiasaannya, jika pencari rezeki sepertinya terutama di dalam dunia seni,
terasa bagaikan pucuk dicita ulam mendatang lagaknya apabila dapat bertemu tuan
direktor. Tetapi, tidak bagi Hanna Amirrah!
“Haa.. Nasib baik jumpa kamu dekat sini, Khebah!” Khuwaibah
geram. Yang satu, Webah dan satu lagi Khebah! Lepas ni, apa? Khemah? Argh! Mahu
mendidih rasanya.
“Tuan direktor, boleh tak panggil saya elok-elok. Nama saya
Khuwaibah! Atau panggillah nama glamour
saya.. Shiela..” pesan Khuwaibah dengan di hujung ayatnya sengaja digedikkan
sedikit suaranya. Tuan direktor berpandangan dengan pembantunya. Mereka saling
bertatapan sebelum tersengih.
“Kenapa pulak? Bila masanya nama glamour kamu, Shiela?”
Khuwaibah senyum
“Sebab orang cakap muka saya ada iras-iras, Shiela Amzah!” Uwekk! Mahu termuntah Tuan direktor
dengan Faris. Masing-masing berpandangan ke arah sudut yang lain, mencari
pemandangan yang cantik untuk menenangkan hati. Ada hati nak sama dengan Shiela
Amzah. Jangan nak samakan rupa dengan artis, kalau di muka penuh dengan jerawat
batu!
“Ada apa, Tuan direktor nak jumpa saya?” Khuwaibah
mengalihkan topik bicara selepas sedar beberapa kali Hanna Amirrah berdehem.
Tahu dengan gaya gadis itu. Tidak mahu berlama-lamaan di bawah panas
semata-mata mahu menunggunya. Nak suruh gadis itu masuk ke dalam kereta
terlebih dahulu, tak boleh sebab nanti mesti drivernya akan membebel itu dan ini. Drivernya pun satu, perangai mengalahkan mak andam! Cerewetnya nak
mampus! Kalau bukan ahli keluarganya dulu yang masuk ke dalam perut kereta
pasti dia akan membebel. Entah penyakit mana yang dia dapat atau lebih tepat
siapa yang ajar dia macam tu? Perangai pelik. Tetapi benar!
“Ah, macam ni. Saya nak awak potong babak-babak mana yang
tidak perlu dan ringkaskan seringkas-ringkas yang boleh! Sebab, saya dah ubah
fikiran! Saya nak tukar drama menjadi filem! Yelah, tahu-tahulah… ermm..” baru
Khalid Ahmad perasan sebenarnya! Dia ingatkan siapa yang menunggu bersama Khuwaibah
di sini. Rupa-rupanya, Hanna Amirrah! Sudah lama dia menantikan gadis ini.
“drama saya sentiasa jadi, hit kan? Excuse me..
Hanna Amirrah?” Hanna mengeluh. Kuat! Dia dah buat!
Angguk.
Khalid Ahmad, membulatkan matanya. Oh tidak! Hanna Amirrah!
Tidak percaya dia jumpa juga dengan gadis itu. Gadis cantik tetapi tidak pandai
berlakon mahupun menyanyi. Jangan suruh dia menyanyi kerana bimbang nanti semua
kaca akan pecah dan jangan suruh dia berlakon kerana lakonannya kaku bagaikan
tunggul kayu. Itu yang dia dengar dari pengarah-pengarah dan pengubah lagu-lagu
tanah air di sini. Tetapi, dia kisah apa! Gadis cantik ada depan mata, perlulah
dia ambil dan jaga. Hurmm.. Anak ikan yang cukup padat. Tubuh Hanna Amirrah
ditenung galak atas bawah. Kaki dan paha yang putih melepak menaikkan nafsunya.
Cantik!
Dia ingin mendekat. Hanna Amirrah perasan akan langkah itu.
Oleh itu, dia segera masuk ke dalam dan tutup pintu kereta secepat mungkin.
Tergamam Khalid Ahmad di situ.
“Eh.. Eh.. Nasib baik tak kena muka abang tadi.” Membulat
mata Khuwaibah. Abang?! Sejak bila?! Dan kenapa?! Tidak percaya dia bahasakan
dirinya abang dengan Hanna Amirrah! Cermin kereta itu dibuka. Bila dibuka mahu
bergegar ruangan kereta itu apabila suara drivernya bergema dengan kuat tanpa
henti.
“Dei, tambii! Aku suda cakap banyak kali la..
Jangan masuk itu dulu sebelum tuannya masuk. Hihh.. Degil betul! Turun! Dei! Aku cakap turun, daa! Deii!” Hanna Amirrah tahan telinga.
Lebih baik tahan aje dari dia menahan dari ditenung galak oleh tuan gatal miang
ini!
“Khuwaibah, bila nak pergi ni?” Hanna menyoal terus. Khalid
Ahmad terpegun. Dia buat selamba aje dengan aku? Dia tahu tak aku siapa?
Berpuluh-puluh ribu orang mencarinya gara-gara inginkan kerja. Tetapi, kenapa Hanna
Amirrah ni begitu liat dengannya?
“Ehh.. Jangan macam tu.. Ermm. Hanna, tadi abang dengar
Hanna kena reject. Betul ke?”
“Hurmm..” tiada perkataan keluar. Hanya suaranya saja yang
berlagu. Khalid Ahmad senyum herot.
“Kalau macam tu, mari kerja dengan abang? Nak? Kita sign kontrak! Kerja dalam filem abang
yang baru ni. Nak?” bersungguh-sungguh, Khalid Ahmad menanyakan Hanna Amirrah.
Di saat itu, Khuwaibah terasa mahu jatuh mulutnya ke atas tar jalan. Terkejut
yang amat! Kenapa baik sangat tuan direktornya dengan Hanna?
Hanna Amirrah senyum. Lebih kepada senyuman ejekan
sebenarnya. Kaca matanya ditanggalkan dengan penuh bergaya.
“Tuan direktor..” seru Hanna Amirrah, lembut.
“Ya?” bersungguh-sungguh Khalid Ahmad menjawabnya dengan
matanya yang bulat lagi.
“Serius ke, Tuan direktor? Watak apa tu? Kalau watak
cincai-cincai saya tak nak?” suara Hanna Amirrah yang bagaikan teruja membuatkan
Khalid Ahmad bagaikan mahu melompat sampai ke bintang! Yahuuu! Untuk pertama kalinya, Hanna Amirrah memberi repon yang
baik terhadapnya.
“Of courselah, watak utama!” lagi membulat
mata Khuwaibah. Sakit telinganya!
“Tuan direktor, kalau macam tu boleh masukkan saya sekali
dalam filem baru tu?” Khuwaibah mencelah dengan suaranya juga yang tidak kurang
excitednya. Khalid Ahmad memandang
Faris. Faris pandang Khalid Ahmad.
“Sudah penuh!” sudahlah tegas, malah langsung tidak mesra
dijawabnya. Terdiam Khuwaibah dengan layanan itu. Segera, dia masuk ke dalam
perut kereta. Dia sedar tujuan asal tuan direktornya yang mahu menjumpanya
sudah bertukar tiga ratus enam puluh darjah gara-gara kehadiran Hanna Amirrah
di sini.
“Then, kalau macam
tu.. Nanti saya berikan jawapan tu, ya?” Oh.. Rasa berbunga hati ini. Sungguh
tidak terkata.
“Yes!! Kalau macam
tu, beritahu abang cepat-cepat, ya? Apa kata, kalau Hanna datang apartment abang malam ni? Kita review sikit, skrip tu bagaimana?” Hanna
Amirrah diam. Tahu ulat sudah naik daun lagaknya. Menggatal aje kerjanya.
“Tadi, suruh Khuwaibah edit skrip. Sekarang, ajak saya ke
apartment untuk review? Mana satu ni?”
Khalid Ahmad buntu. Tidak terkata dirinya. Dia ada cakap macam tu ke? Alamak!
“Oh.. Tak apa-apa. Kita review
skrip yang lama dulu, kasi tengok secara keseluruhan macam mana. Okey?” Khalid Ahmad mula mencipta alasan
yang baru.
“Saya sibuklah. Apa kata, tuan direktor bagi aje pada saya.
Lepas habis saya baca, saya akan decide.
Macam mana?”
“Arhh. Saya tak bawak pulak salinannya..” jawab Khalid Ahmad
dengan tawa yang dibuat-buat di hujung ayatnya.
“Then, sorry.”
Khuwaibah di sebelahnya dipandang.
“Jom?” Khuwaibah angguk.
“Pak Lang.. Jalan.” Menderum kereta itu meninggalkan Khalid
Ahmad dan pembantunya, Faris.
“Aissh!! Tak guna punya perempuan! Hey! Ada ke patut dia
tinggalkan aku macam tu?” Faris jungkit bahu.
“Dah tuan yang layan sangat. Dan tuan aje yang sibuk dengan
dia. Orang lain tak ingin pun nak ambik dia kerja.” Bidas Faris bersahaja.
Membulat mata Khalid Ahmad.
“Hey! Jaga mulut tu. Tak nampak ke dia cantik? Fuhh! Kalau
ambik dia kerja, boleh meletup filem kita. Ditambah pulak dengan babak-babak
panas.. Fuhh! Meletup punya pawagam tu. Memang filem aku akan jadi hit, sekali lagi!” Khalid Ahmad sudah
berangan-angan.
“Tapi, dia macam tak nak aje.” Terus keluhan keluar dari
bibir Khalid Ahmad.
“Itulah. Aisyhh.. Memang susah betul nak jinakkan dia ni.”
luah Khalid Ahmad. Jujur!
“Dah memang tuan ni memang liar. Kalau nak ambik orang kerja
kena kerja atas katil dulu, baru jalan. Tuan ingat dia nak ke? Saya dengar si
Hanna tu, memang susah nak dapat. Jangankan nak cium, nak peluk, nak sentuh pun
susah.” Khalid Ahmad diam. Ya ke? Kalau macam tu. Susahlah.. Aishh.. Tapi, tak
apa. Perangkap kali ni, tak menjadi. Walau macam mana cara sekalipun, dia akan
pasang lagi perangkap! Perangkap yang akan memakan juga wanita itu nanti.
Siaplah kau.. Hanna Amirrah! Aummm!
“Kau tak dapat ujibakat tu?” Hanna Amirrah pandang ke arah
lain.
“Bukan. Aku yang tolak.” Khuwaibah menjeling Hanna. Ya ke
ni? Hanna Amirrah diam sahaja. Jawapan itu hanya dia sahaja yang tahu.
“Habis tu, macam mana?”
“Macam mana, apa?”
“Yelah. Ni dah masuk uji bakat kali ke sembilan kau sertai.
Semuanya tak jalan.”
“Kau pun.” Khuwaibah diam.
“Tapi, at least
aku dah jadi penulis skrip. Cuma sekarang aku pergi uji bakat sebab, aku nak
kerja untuk layar kaca aje. Ini kau? Kau belum dapat mana-mana offer lagi. Jadi, macam mana?” bersungguh-sungguh,
Khuwaibah bertanya. Tujuannya cuma satu sebenarnya, dia mahu mengorek keinginan
hati si Hanna Amirrah ni. Adakah dia akan terima tawaran tuan direktornya?
Kalau dia terima, nanti pasti mereka akan kerja satu lokasi. Argh! Tak boleh
bayangkan macam mana.
“Macam mana, apanya? Aku akan terus cuba untuk dapatkannya.
Tak hari ni, lusa. Tak lusa, minggu depan. Tak minggu depan, tahun depan dan
seterusnya!” jawab Hanna Amirrah selamba tanpa memandang sedikitpun wajah
Khuwaibah.
“Kau nak kerja dengan tuan direktor tu?” soal Khuwaibah
secara terus terang. Hanna Amirrah angkat bahunya.
“Entah!” Khuwaibah diam. Tidak tahu lagi bagaimana untuk
mengorek. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berdiam sahaja. Ada kerja untuk
dia fikirkan nanti. Tetapi, jawapan positif dan negatif Hanna itu begitu
menganggu fikirannya. Wajah Hanna di sebelah dijeling dari hujung matanya.
Apa dia nak terima ke?