![]() |
TERBAIK BAGIMU SILENCER |
"KAU tak ada angan-angan nak bersuami
ke?" lagi-lagi soalan itu yang ditanya. Ini yang buat dia malas kalau nak
hadir ke reunion. Bila jumpa mesti dia tanya soalan yang sama.
Mentang-mentanglah semua dah beranak bagai. Alahai. Kesian kat aku.
"Tisya!"
paha terasa seperti dicuit seseorang. Terus, lamunan yang berlabuh diganggu
terus. Senyuman palsu terukir cantik bersama seribu penipuan di bibir.
"Kau
tanya apa tadi?" soalan ya Allah. Habis lembut Tisya tanya. Berlagak
seperti tidak terkesan dengan soalan itu walhal dalam hati bengkak sungguh.
Rasa macam nak tumbuk perempuan depan dia ni. Soalan tak kira sensitiviti
sungguh.
Negara
Malaysia ni pun satu hal. Kan bagus kalau boleh saman orang yang tanya soalan
sensitif macam ni. Barulah namanya adil dan saksama. Hehe..
"Aku
tanya..bila kau pulak yang nak naik pelamin? Umur pun dah meningkat."
bulat mulut Tisya. Gila ke apa perempuan ni? Umur 25 dikatanya tua? Oh,
tolonglah jangan jadi kolot sangat!
Ehem..kalau
perempuan umurnya 25 yang masih tiada sebarang hubungan itu adalah dikira
sebagai tak laku. Keterangan hatinya sendiri memang buat dia jadi makin panas.
Menggelegak hati!
"Macam
mana Tisya?" soal Nisaa di sebelah. Tisya jadi serba salah. Lagi-lagi bila
kawan baiknya masuk campur.
"Aku...aku...aku."
"Huh..Tak
adalah tu." sinis Maria selamba. Tak fikir perasaan orang langsung. Nak
buat macam mana memang si Maria ni dilahirkan sebagai manusia paling menyinis
atas muka bumi ni.
Maka..terimalah
wahai Tisya dengan azab dunia yang sementara ini.
"Kenapa
kau cakap macam tu? Tak baiklah.." hati yang panas jadi sejuk sikit bila
ada suara yang seperti mahu membela.
"Tapi..betul
ke Tisya? Kau masih tak ada lagi?" Oh mak kau! Jahanam punya orang. Belah
siapa dia nak sebelahkan ni? Cakap tadi macam back-up aku. Sekarang ni apa
pulak?
Dengan
payahnya, senyuman paling manis aku ukirkan.
"Err..gayanya
macam..."
"Tengok!
Macam apa yang aku cakaplah. Tisya ni memang tak laku!" gigi dikancing
kuat.
"Adalah!
Ada! Siapa cakap tak ada?" Masing-masing sudah membulat dengan suara Tisya
yang sudah naik seoktaf itu. Pandangan mereka tak lekang pada wajah mulus itu.
"Ya?
Mana? Boleh tengok gambarnya?"
"Arghh!!!"
kaki dihentak kuat. Muka diraup kasar. Tangan berlabuh di stereng kereta
sebelum kepala itu dipanggung. Aduh! Menyesalnya dia..
Kenapalah
dia boleh cakap macam tu? Kang tak pasal-pasal masalah baru muncul lagi.
"Gambar
kekasih?" bibir ikut menyinis dengan iringan kata itu. Haih.. Memang tak
sayang mulut betullah kau Tisya. Mata merenung tegak ke luar. Sibuk
bermuhasabah diri, akhirnya Tisya rasa menyesal.
Fakta
bahawa dirinya masih solo hingga kini memang tak boleh diterima akal. Aduhai..
Nak cakap tak cantik, tipulah.. Ramai orang puji dia cantik. Tak kira lelaki
mahupun perempuan. Tapi..tak ada yang lekat pun? Jual mahal? Nak jual mahal
macam mana, kenalan lelaki pun tak banyak.
Sombong?
Huh. Tipulah. Orang kenal dia sebagai perempuan paling peramah. Terus, apa yang
menjadi penghalangnya?
"Nasib
kaulah wahai Tisya.." sudah bosan bermuhasabah diri, akhirnya pintu kereta
dibuka. Bersedia untuk pulang. Tapi, sebelum itu dia mahu belikan kuih buat
keluarganya sebagai makanan petang.
Buka
pintu, tiba-tiba angin deras laju meniti di tepinya. Sekali kepala pusing, rasa
mahu melayang jantung bila ada sebuah kereta begitu hampir dengan dia. Nasib
baik tak dilanggarnya aku ni. Gila ke apa kereta ni?
Ingin
dihamburkan rasa geram itu, namun matanya sempat menangkap akan sesuatu. Bibir
digigit. Aduhai! Ini salah dialah. Parking tak kena tempat. Macam manalah dia
tak sedar, keretanya dah lebih line? Rasa nak betulkan balik kedudukan itu,
tapi timbul rasa malas.
Alah..
tak banyak pun kereta kat sini sekarang. Dia pun sekejap aje! Biarkanlah.
Selangkah kaki menghala ke gerai kuih itu, kakinya terhenti. Terpacak megah di
bawah sinaran matahari yang seperti mahu melabuhkan tirainya itu.
"Kenapa
kereta tu berhenti? Dia nak marahkan aku ke?" ah sudah! Dada Tisya sudah
berdetak kencang. Nak mampus? Habislah aku.. Nak buat apa ni?
Buat
apa lagi? Larilah!! Teriak hatinya namun tubuh itu masih kekal di situ juga.
Kaki ibarat sudah digam. Lantas, bila kereta itu sudah reverse dia hanya redha.
Menanti jerkahan untuk dia dengari.
Tepat
sebuah kereta BMW M6 berhenti di depan, perlahan-lahan ada seorang lelaki
sedang merenung dirinya. Dada automatik berdetak kencang. Rasa nak pengsan!
Wajah
maskulinnya benar-benar buat Tisya rasa nak menjerit. Malaikat mana yang turun
kat sini ni? Pergi terbang baliklah. Handsome sangat ni.. Aku mintak yang
sedang-sedang aje.
Haha.
Apa-apalah kau Tisya. Cakap bagai mamat ni tengah melamar kau! Dia sekarang ada
kat sini sebab nak marah kat kaulah! Oh.. kena marah sekalipun memang dia
sanggup! Dengan lelaki seperti ini, jangankan marah nak tendang aku pun, aku
sanggup.
"Dik.."
mak!! Suara dia.. Gemersik halusnya suara itu bikin dia makin tergoda. Tambah
lagi dengan pakej senyuman senget itu. Rambut pacak dengan kaca mata hitam
lagi.. Sumpah, dia memang kacak!
"Boleh
tanya sesuatu tak?" sengih yang paling panjang di dunia! Tak kiralah kalau
nampak lucu sekalipun tapi memang bibir dia dah tak boleh nak buat macam
normal. Berdepan dengan lelaki tanpa nama ini sememangnya buat jantung dia
bagai nak gila!
"Apa...apa
dia?" haa! Ambik kau! Bercakap dah gagap. Aduh! Memalukan.
Si
dia senyum lagi. Argh! Manisnya. "Jalan untuk ke Tun Aisyah memang ikut
arah sini ke?"
Soalan
dia memang macam aku tak dengar. Ralit sungguh aku tilik muka dia yang memang
kacak itu.
"Adik?"
tangan itu melambai megah di depan muka Tisya. Tisya telan liur. Malu bila
ditangkap sedang berangan.
"Ya?"
"Oh..Okey!
Terima kasih, ya." kepala Tisya angguk laju. Sekali menghantar dengan
manisnya senyuman dia. Mana tahu senyuman dia buat lelaki tu tak tidur malam?
Ceh!
Harapnyalah. Tapi, macam tipis aje. Tengok gaya mamat tu dia dah boleh agak.
Dari atas sampai bawah, semua sut hitam. Ada pemandu dan pembantu lagi di
dalamnya. Mesti orang yang hebat-hebat. Lagi satu..orang seperti itu takkan
belum berpunya.
Dia
bukan macam aku! Sempat lagi akal menyindir tuan. Dasar akal derhaka!
Bila
kereta BMW M6 itu benar-benar berlalu, barulah Tisya ingatkan sesuatu.
"Jalan
untuk ke Tun Aisyah memang ikut arah sini ke?"
Bibir
digigit. Rasa-rasanya aku belum jawab lagi soalan dia. Habis, dia pergi
tadi..kenapa?
Apa
yang aku jawab kat dia? Makin kuat bibir itu diketap.
Habislah...
Jodoh yang dia harapkan biarlah bukan dia. Sebab..jalan ke Tun Aisyah memang
bukan ke situ! Kalau jumpa dia lagi, mampus aku!!