Pengikut Setia.. XD

Tuesday, 7 April 2015

Novel Liyana Bab 01





PERHATIAN! SETIAP N3 LIYANA YANG DI POST HANYA BERTAHAN UNTUK TEMPOH DUA PULUH EMPAT JAM SAHAJA. MAKA, SILA CEPAT2 MARATHON YE.. PROMOSI HANYA HARI INI SAHAJA..

LIYANA BAB 1-4 (34 JAM) TAMAT PADA 8.30 16/04/2014
LIYANA BAB 5-8 (24 JAM) TAMAT PADA 8.30 17/04/2015
HARAP SEMUA TERHIBUR..

BAB 1
 
SENYAP antara mereka. Hairil tunduk membisu. Dia tidak tahu apa yang ingin dia balas akan kata-kata itu. Diangkat kepalanya sedikit. Wajah lelaki itu masih lagi sama, serius memandang akan dirinya. Hairil tarik nafas dalam-dalam sebelum menghelanya perlahan.

           Ingin dibuka mulut, Hairil ketap bibir lagi. Serba salah sungguh untuk dia keluarkan bicara saat ini. Hakikatnya, dia masih belum boleh hadapi kenyataan yang satu itu. Wajah abangnya dipandang Hairil.

            “Kau masih nak teruskan hidup kau macam ni?” sekali lagi Hairul bertanya. Hairil terkedu. Sungguh, dia hilang kekuatan untuk bercakap. Ingatan masa lalu itu begitu mengigit-gigit mindanya itu.

Hairul hembus nafas. Adiknya diam lagi. “Baliklah..” pujuknya bernada lembut. Hairul masih belum berputus asa. Dia bertekad mahu bawa balik adiknya ke pangkuan keluarga mereka kembali.

“Mama dah rindukan kau.” Pancing Hairul lagi pada Hairil. Hairil dongakkan pandangannya ke atas sedikit, menentang sepasang mata bundar milik Hairul.

“Mama sihat?” Hairul tidak menjawab terus. Dia sepertinya lebih senang untuk mendiamkan diri pula kali ini sambil memandang  adiknya. Sudah lama mereka tak berjumpa. Rasanya, inilah kali pertama pertemuan antara mereka setelah adik lelakinya itu menghilangkan diri untuk bertahun-tahun lamanya.

“Kau balik rumah dulu then baru kau akan tahu macam mana keadaan mama, sekarang.” Hairul cuba bermain tarik tali dengan Hairil. Namun, Hairil tetap juga begitu. Lelaki itu nampak resah sekali.

“Kau ni, kenapa? Dari tadi aku tanya, kau diam aje. Kau memang dah tak nak jumpa mama ke?”

Hairil garu kepalanya yang tak gatal.

“Hih.. Bukan macam tu. Kau takkan faham aku. Kau ingat senang-senang je ke, untuk mama lupakan apa yang jadi sepuluh tahun dulu?”

“Kan, aku dah cakap. Mama dah maafkan kau.” Terang Hairul lagi. Cuba menjelaskan segala-galanya agar adiknya jelas dengan kata-katanya.

Hairil menggeleng.

“Tak. Aku tak bersedia lagi.” Hairul ketap gigi. Sungguh, geram rasanya dengan melayan kerenah adiknya ini. Degilnya, ya amat! Nasib baik ini adik kembar dia, kalau tak difikirkan tentang tu, dah lama dia kasi penumbuk sebijik kat muka tu.

Sabar.. bisik sang hatinya.

Suasana berubah sepi dengan masing-masing diam tanpa suara. Hairil lebih senang untuk berdiam diri manakala Hairul masih tidak berputus asa merenung ke dalam anak mata adiknya itu. Kalau diikutkan kata hatinya, ingin sekali dia tahu apa yang sedang adiknya fikirkan ketika ini.

“Aku dah nak pergi hujung minggu ni.” Seiring dengan keluhan kecil, dengan payah Hairul mengatur kata.

Mata Hairil membulat tiba-tiba.

“Eh! Takkanlah.. Kenapa macam tu pulak?” Hairil serius menyoal. Tidak percaya secepat ini abangnya akan meninggalkan dia. Dia? Bila masa mereka ada bersama? Eh…bukan. Apa yang dia maksudkan tadi adalah mama. Takkanlah abangnya mahu tinggalkan mama sendirian lagi?

“Dah kau nak tunggu berapa lama lagi? Dah lama aku bagitahu kau kan tentang hal ni. Kau aje yang lembap. Aku cakap bukannya nak ambik serius.” Hairil tundukkan wajah.

Ya, dia tahu semua ini salah berpunca dari dirinya. Dia terlalu sibuk menguruskan hal syarikat. Maklumlah, dia sudah naik pangkat kini. Jadi, segala urusannya semakin bertambah. Tapi, jujurnya itu bukanlah penyebab utama. Dalam tanpa sedar, dia juga malas sebenarnya. Malas nak ambil tahu kerana dia masih belum punya kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan kehidupannya sekarang.

Apa yang terjadi terlalu pantas sehinggakan dia sendiri masih belum terasa pulih sepenuhnya. Dia masih belum kuat, itu apa yang dia pasti. Oleh itu, lebih baik jika dia mengambil langkah untuk terus mendiamkan diri. Mungkin dari situ, keadaan akan bertambah baik.

“Kalau kau pergi….mama macam mana?” risau tetap risau! Dia sebagai anak. Logiklah kalau dia masih berperasaan begitu. Meskipun dia menjarakkan diri, itu tak bermakna dia tidak ambil tahu tentang hal di sekelilingnya. Apa-apapun, fikirannya kini bertambah kusut bila hal ini dibangkitkan di antara mereka.

Hairul tarik nafas. Posisi duduknya dibetulkan. Didirikan tegak memandang tubuh adiknya.

“Sebab tu, aku nak kau jumpa mama. Sementara aku masih ada.. kita kembalikannya seperti asal. Kau tak nak jadi macam dulu-dulu balik ke?” bersungguh-sungguh, Hairul memasang impian. Ya, ini impiannya. Kalau bisa, sebelum dia pergi dia ingin melihat mereka dapat berkumpul bersama, melakukan perkara seperti keluarga yang lain. Bergelak ketawa, bermesra, makan bersama dan sebagainya.

Hairil terpegun dengan kata-kata itu apatah lagi bila mendengar suara Hairul yang berubah nada tiba-tiba itu. Lebih lembut dan menenangkan.

Fikirannya sudah melayang. Terbang menerjah ke arah suatu sudut masa yang lalu.

“Aku faham perasaan kau.. Kita kan kembar. Apa yang kau rasa, aku pun rasa. Come on, Hairil. Be brave! Jangan jadi penakut. Sampai bila kau nak terus-terusan macam ni?”

“Kau jangan paksa aku, boleh tak?” dada meluap-luap dengan api kemarahan. Ingin disemburkan sahaja lava api itu ke muka Hairil. Geram tak terkata dia dengan kerenah adiknya ini.

“Aku bertolak malam. Jam sepuluh. Aku balik dulu.” Suara itu cuma mendatar bersama tegaknya tubuh itu berdiri. Tanpa salam dan senyuman, Hairul sudah pergi. Nampaknya, kali ini hasratnya gagal lagi.

Hembusan nafas hangat terhela di situ. Kepala menunduk, menekur lantai. Jarinya rakus meramas-ramas helaian rambutnya. Fikirannya habis bercelaru. Dia tahu abangnya kecewa dengan dirinya. Sudah berkali-kali lelaki itu bertandang ke sini untuk memujuknya. Sayangnya, dia juga tetap begitu. Tiada perubahan. Pernah juga dia terfikir untuk jejakkan kaki ke sana kembali. Dipupuk semangatnya sehabis mungkin, namun muncul pula seraut wajah itu sekaligus memadam terus segala impiannya.

Terus, apakan lagi dayanya..

NOTA : SILA TINGGALKAN KOMEN. TERIMA KASIH.. 

 Next n3 : LIYANA BAB 2

12 comments:

  1. Apa dah jadi sampai hairil..berkeras xnak blk jumpa mama dia..

    ReplyDelete
  2. Hairil teringat kat sape tu?? X sabar nk tunggu next chapter..mntx2 next chapter pnjg skit..x puas nk bce..hehe..

    ReplyDelete
  3. Apd da jd ye..
    Nape hairil bawa diri
    Dia da buat slh ape..
    Xsbr nk tau next
    Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  4. Nape hairil degil xmahu jpa mamanya..

    ReplyDelete
  5. Nape hairil degil xmahu jpa mamanya..

    ReplyDelete
  6. Nape hairil degil xmahu jpa mamanya..

    ReplyDelete
  7. Nape hairil degil xmahu jpa mamanya..

    ReplyDelete
  8. Apa sudah jadi? Cer citer........ Cer citer

    ReplyDelete
  9. Pengenalan pertama yg menjadi tanda tnya.. Apa sebenarnya yg telah berlaku? So nak kena tnya writer la.. hehehe.. cpt2 update ye :)

    ReplyDelete
  10. ok...ni sbb dh ktinggalan bnyak.liyana mmng owersome...tak sabar n3 baru

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com