Pengikut Setia.. XD

Monday, 14 July 2014

Mini-Novel : Sungguh, Aku Cinta Bab 3 (P1)



PENUH  khusyuk dan tawaduk Qisha Aleesha berjalan. Nak ke mana? Tandas! Kepalanya hanya menunduk setia memandang lantai. Bukan pemalu. Huh. Tak pernah wujud istilah pemalu dalam diri Qisha Aleesha. Cumanya.. dia dah tak tahan nak buang air kecil di saat ini. Bibir bawahnya diketap rapat, sengal tubuhnya menahan gasakan dari pundi kencingnya sehingga kekadang tubuhnya akan menggeletar sendiri. Nasib tak ada yang nampak ketika tubuhnya menggeletar. Kalau tidak, memang malulah dirinya! Memang ketika ini Qisha Aleesha sedang fed-up. Huh. Time-time dia ada temu duga macam inilah, dirinya mahu buang air. Aduh! Bikin susah betullah.

Ketika ini, laju sahaja kakinya melangkah menuju ke arah tandas. Setibanya di selekoh terakhir, Qisha Aleesha semakin melajukan langkahnya. Di benak mindanya terbayang akan muka pintu tandas. Ya, Allah, tak sabarnya! Argh! Tidak tertahan rasanya. Sebaik sahaja selangkah kakinya mencecah pada selekoh yang pertama, sungguh Qisha Aleesha tidak perasan akan wujudnya manusia lain yang sedang lalu lalang dari arah bertentangan dengannya. Qisha Aleesha panik. Belum sempat kakinya membrek, tubuh gadis yang sedang membawa mug itu sudahpun dilanggarnya.

Dum!! Pirchh!!

Terpelanting mug itu ke atas lantai sehingga ianya menjadi serpihan-serpihan kecil. Habis, air Nescafe panas buatan gadis itu tumpah ke atas baju Qisha Aleesha. Automatik, Qisha Aleesha menempik kuat dengan tangannya menggedik ke atas dan ke bawah.

“Argh!! Panas!! Panas!! Panas!” ulang Qisha Aleesha berulang kali. Mak aih, betapa panasnya air ni. Memang habis menggelegak tangannya. Aduh! Pedihnya.

Sorry. Maafkan saya.” Pinta gadis itu. Tulus dan ikhlas. Qisha Aleesha tidak mendengar kata-kata itu. Ralitnya benar-benar tertumpu pada lengan bajunya. Baju kurung sifon yang berwarna merah jambu lembut itu sudah mula menampakkan tompok-tompok coklat di situ. Naik jenuh juga Qisha Aleesha meniup lengannya. Panasnya yang amat. Rasa nak menangis pun ada ketika ini. Sakit benar terasa pada lengannya.

“Maafkan, saya cik. Cik okey?” gadis itu sedikit panik. Apatah lagi kata-katanya langsung tiada respon dari Qisha Aleesha. Dia faham andai gadis itu marah padanya. Dia sendiri yang membawa mug itupun boleh terasa betapa panasnya mug tersebut inikan pula gadis ini. Rasa serba salah menghimpun dalam dirinya apatah lagi setelah melihat lengan putih melepak gadis ini sudah menjadi merah kemerahan warnanya.

Qisha Aleesha mengangkat kepalanya sedikit memandang pada gadis tersebut. Gila kau, kalau aku tak rasa panas. Nak terbakar tangan aku, ni. Marah benar Qisha Aleesha ketika ini. Tapi, tidak jadi pula marahnya setelah terpandangkan raut wajah bersalah gadis ini. Dan jika dirinya memikirkan kembali bagaimana insiden ini berlaku, sebenarnya bukan salah gadis ini seratus peratus. Salahnya juga kerana tidak berhati-hati.

“Saya, okey.” Jawab Qisha Aleesha perlahan. Fokusnya hanyalah pada lengannya yang kini sudah memerah.

“Kenapa ni?” suara garau seseorang dari arah belakang memeranjatkan gadis itu. Segera dari duduknya yang mencangkung, berdiri tegak. Kepalanya menunduk. Takut dengan insiden yang berlaku ketika ini bisa mengundang marah bossnya.

“Saya tak sengaja terlanggar cik ni, tadi.” begitu payah kedengaran ayat gadis itu ketika dituturkannya. Qisha Aleesha yang duduk bertentangan dari arah datangnya lelaki itu, langsung tidak menunjukkan sebarang minat ingin memandang wajah lelaki tersebut. Buat apa? Bukannya penting pun. None of my business! Tak kisahlah dia tu anak datuk ke, anak tan sri ke, anak raja ke, aku tak peduli. Sebab sekarang, tangan aku macam dah nak patah. Rasa kebas pula tangannya.

Namun, buat sesaat dada Qisha Aleesha bagaikan berdetak dengan lajunya. Dari detakan normal bertukar degupan yang maha laju. Dan secara automatik, tiupan pada lengannya terhenti. Kaku tubuhnya. Dapat dirasakannya akan hembusan hangat nafas seseorang dari arah belakang yang begitu dekat dengan lehernya.

“Mari sini, biar saya tolong tengokkan.” Qisha Aleesha berpaling sesaat ke belakang. Wajah lelaki itu hanya dijeling sekilas namun, dia tidak punya gambaran yang jelas akan wajah sebenar lelaki itu.

“Eh, tak apa encik. Saya okey. Erm, saya nak cepat ni.. Saya pergi dulu.” Pamit Qisha Aleesha dengan lajunya. Tidak berminat dan rasa seram yang amat apabila lelaki itu mencangkung di belakangnya. Entah apa-apa! Gila! Kepalanya menggeleng laju. Tak! Lupakan terus apa yang terjadi.

Sementara itu, lelaki itu kelihatan terkedu seketika. Matanya tidak berkelip-kelip memandang pemergian Qisha Aleesha. Wajah Qisha Aleesha terpampang jelas di ruangan matanya. Tergamam dirinya di situ buat beberapa saat. Pandangannya langsung tidak berganjak dari memandang pemergiaan Qisha Aleesha. Di dahinya pula terserlah akan beberapa lapis kerutan di situ. Entah kenapa wajah Qisha Aleesha ketika ini begitu mengingatkannya pada seseorang. Siapa gadis itu?



MASAM wajah Qisha Aleesha tatkala langkah kakinya melepasi sempadan pintu kamar ruangan temu duga itu. Tubuhnya disandarkan lesu pada dinding di sebelah muka pintu tersebut. Kecewanya sungguh tidak terucap di bibir. Matanya dipejam. Nafas panjang ditarik dan perlahan-lahan dihembuskannya. Mata yang mula bergenang dengan air mata, dilarikan bebola matanya ke atas. Tidak mahu menitiskan air mata di sini. Dan di kala itu sebenarnya, baru Qisha Aleesha perasan begitu ramai orang-orang yang masih menunggu giliran nama mereka untuk dipanggil bagi sesi temu duga itu rata-rata berkalih pandang ke arahnya. Fokus mereka benar-benar terarah padanya.

Qisha Aleesha menunduk kecil sambil melangkah menghampiri tempat duduknya sebelum ini di bahagian ruangan menunggu. Qisha Aleesha malas mahu ambil pusing lagi dengan keadaan sekelilingnya. Segera dicapai segala barang-barangnya, sebelum bertindak melangkah pergi dari situ. Sisa-sisa air mata yang bergumpal di bawah pelupuk matanya diseka sekilas. Langkahnya sengaja dilajukan, ingin mencari tempat yang lebih aman dan tenteram agar dia dapat menghamburkan segala-gala yang terbuku di hatinya.

Punat lif yang berlabel turun di muka pintu lif tersebut ditekannya. Sambil menunggu akan ruangan lif tersebut dibuka, akalnya masih mengulang tayang kembali ayat terakhir dari penemuduganya.

“Diharap, Cik Qisha akan berjaya suatu hari nanti.”

Matanya dipejam. Erat dan rapat. Akalnya ingin dikosongkan kembali. Tidak mahu mendengarnya lagi. Pahit, pedih dan amat menyakitkannya. Sukar buatnya untuk menerima akan kenyataan yang pahit itu. Ya Allah, berapa kali lagi harus aku menunggu? Rintihan kecil itu bagaimanapun berakhir saat pintu lif tersebut terbuka.

Ting!

Automatik, mata Qisha Aleesha dibuka sejajar dengan pintu lif tersebut yang mula terbuka perlahan-lahan. Langkah kaki yang pada mulanya ingin bergerak masuk ke dalam, kaku di situ. Wajahnya beku tanpa sebarang reaksi pabila matanya dihala tegak ke hadapan. Matanya jelas bagaikan terpegun dengan apa yang terpapar di mata. Aku bermimpikah?

Dari bawah sehingga ke atas diteliti Qisha Aleesha satu persatu. Bermula dari seluar jeans hitam, kemudian naik kepada kemeja Polo kuning cair bersama kot hitam yang sengaja tidak dibutangkan. Dengan rambut yang dipacak-pacakkan mengikut cita rasa lelaki ini, sungguh membuatkan lelaki ini kelihatan super kedaboom kacak! Kacaknya, superb! Sekali pandang memang sungguh mempersonakan Qisha Aleesha.

Alahai, kacaknya!

“Tak nak masuk ke?” teguran pertama dari lelaki itu menyentakkan Qisha Aleesha. Spontan bagaikan ada renjatan elektrik sahaja pada badan Qisha Aleesha pabila suara itu mencecah cuping telinganya. Dia berangankah tadi? Alamak! Malunya, aku! Qisha Aleesha mengigit bibirnya.

Akibat lama masa berlalu, akhirnya pintu lif tersebut tertutup dengan sendirinya. Bulat mata Qisha Aleesha dibuatnya. Eh. Eh! Tunggu!

“Eh, tunggu!” segera lif tersebut ditahankan dengan pahanya. Terkejut lelaki tersebut. Mahu melopong mulutnya. Ya, Allah! Perempuan manakah ini? Ganasnya!

Tatkala pintu lif itu terbuka, spontan posisi berdirinya dibetulkan. Deheman kecil berlagu dengan halus pada dirinya. Dengan selamba Qisha Aleesha masuk ke dalam. Kosong reaksinya. Tiada langsung dengan reaksi muka yang memerah mahupun wajah yang menunduk malu kepada lelaki itu. Yang adanya, ada aku kisah? Apa dah jadi dengan minah ni? Ni betul-betul perempuan ke, atau perempuan besi ala-ala terminator? Dia punya paha besi ke atau paha daging?

Senyap antara mereka sewaktu berada di dalam lif tersebut. Qisha Aleesha hanya memandang ke hadapan. Kosong. Manakala, lelaki itu sesekali sibuk menjeling pada Qisha Aleesha. Sekejap matanya bergerak ke tepi, dan sekejap berkalih pula ke hadapan. Sungguh, tidak tetap pandangannya.

“Ehem!” deheman yang memecah kebuntuan antara mereka. Qisha Aleesha menjeling sisinya. Sakit tekak ke mamat ni?

Excuse me..” teguran pertama menyapa telinga Qisha Aleesha. Qisha Aleesha hanya diam. Tiada niat mahu membalasnya. Sekadar berdiam diri sahaja di situ memandang pada sign yang menunjuk arah naik daripada satu tingkat ke satu tingkat. Huh! Dia tersalah lagi naik lif. Masakan dia tidak nampak lif ini untuk naik ke tingkat atas. Patutlah, butang yang menunjukkan ‘sign’ atas tadi sudah hilang warnanya. Alah! Kenapalah dia buat silap lagi!

Lelaki itu menarik kaca mata hitamnya menurun ke bawah sedikit. Hujung matanya menjeling dengan penuh berahi pada Qisha Aleesha. Hurm. Cantik! Desis lelaki tersebut. Ini perempuan yang dia jumpa sewaktu insiden pagi tadi. Siapakah perempuan ni? Pekerja barukah?

“Hai, sweety..” sapa lelaki tersebut dengan suaranya sengaja dialunkan dengan nada yang menggoda. Qisha Aleesha mencebik. Huh. Typical buaya darat! Melihat reaksi hambar Qisha Aleesha, membuatkan lelaki tersebut nekad. Terus, dengan tiba-tiba dia datang mendekati Qisha Aleesha. Jual mahal sangat, jadi kenalah dirinya datang dengan effort dan cara tersendiri. Qisha Aleesha terkejut. Bulat matanya memandang pada lelaki tersebut. Tubuhnya mengengsot ke tepi sehingga dirinya terperangkap ke sisi dinding di situ. Tatkala itu, senyuman sinis menghiasi bibir jejaka ini.

“Si cantik.. Si cantik.. Oh, si cantik. Saya tengah bercakap dengan awak ni.” Panggil lelaki itu. Qisha Aleesha hanya menayangkan muka bodohnya. Langsung dirinya tidak pedulikan akan mamat itu.

“Kenapa tak tekan tingkat mana awak nak pergi?” kening lelaki itu naik ke atas. Qisha Aleesha masih diam. Lelaki tersebut tergelak kecil.

“Oh, okey. Ah! Tak sangka pulak saya, time saya kerja macam ni pun masih ada lagi perempuan nak jumpa dengan saya. Actually saya tengah sibuk sekarang ni. Tapi.. it’s okey. Demi si cantik manis ni.. It’s still worth anyway. Baiklah! Perlu ke saya perkenalkan diri? Well, since saya nampak awak macam orang baru dekat sini, jadi I guess I need to introduce myself. Saya Fahim Daniel. Now, ada apa-apa awak perlukan dari saya? Well, biasanya kalau pekerja perempuan yang baru di syarikat ni mereka semua pasti nak berkenalan dengan saya. Jadi, apa yang awak mahukan, sweety? Alamat? Nombor telefon? My status? Oh itu terlalu obvious, kan?” ucapnya perlahan bersama gaya lirikan mata yang menggoda pada kata-kata akhirnya. Kaca mata hitam ditanggalkan Fahim Daniel. Matanya setia memanah pada mata bundar milik Qisha Aleesha. Namun, pandangan mereka tidaklah pula berlaga sesama sendiri dek Qisha Aleesha yang bertindak menundukkan wajahnya.

“Saya rasa awak bukan staf saya. Jadi, apalagi kan, kalau bukan awak naik sama level dengan saya sebab..” galak mata Fahim Daniel menjelajah pada tubuh Qisha Aleesha. Tajam matanya menikam pada Qisha Aleesha, atas dan bawah. “awak nak jumpa dengan saya, bukan?” Qisha Aleesha menjeling sekilas. Apa-apalah. Fahim Daniel, mengerutkan keningnya. Kenapa pendiam sangat si cantik manis ni? Pemalu ke? Ah, tak kisahlah. Janji cantik! Tapi, sayang tak seksi! Ah, jangan kisah semua tu. Seksi belakang cerita. Nanti bila dah kenal aku, makin seksi la perempuan ni, nanti. Lantas, jarak antara mereka semakin dirapatkan, membuatkan Qisha Aleesha bertambah cuak jadinya.

“Dekat mana kita nak jumpa? Dekat bilik saya, macam mana? Lebih privacy, sikit.” Bersama renungan menggoda, terserlah giginya yang tersusun cantik dengan senyuman yang sungguh menawan.

Ting!!

Lif itu terbuka. Membawa mereka ke arah department di mana Fahim Daniel berkerja. Fahim Daniel memandang tepat pada anak mata Qisha Aleesha. Begitu juga dengan Qisha Aleesha. Masing-masing saling memandang. Fahim Daniel memandang Qisha Aleesha dengan pandangan yang penuh perasaan sebagai penggoda manakala Qisha Aleesha hanya memandang pelik pada Fahim Daniel.

“Awak tak nak keluar lagi ke?” rapat kata-kata itu dibisikkan ke telinga Qisha Aleesha. Senyuman herot menghiasi bibir Fahim Daniel.

“Atau awak..” kata-kata Fahim Daniel mati apabila kata-katanya dipintas Qisha Aleesha laju.

“Saya nak turun ke bawah. Cepatlah turun dari lif ni.” Ambik kau! Ayat yang cukup pakej dan padat buat si Fahim Daniel. Fahim Daniel tercengang dibuatnya.

“Huh? Oh..” lambat-lambat, kepala Fahim Daniel diangguk. Namun, meskipun kepalanya mengangguk langkahnya tetap kaku tidak bergerak. Matanya tepat memandang pada Qisha Aleesha. Qisha Aleesha mengerutkan dahinya. Ada apa lagi?

“Apa?” soal Qisha Aleesha terus. Tidak suka berteka teki dengan hati dan akalnya sendiri.

“Awak betul-betul, tak kenal saya?” Qisha Aleesha memandang kosong pada Fahim Daniel. Lelaki itu kelihatan sungguh bingung. Kenapa? Pelik sangat ke kalau ada manusia tak kenal dia?

“Perlu ke untuk saya kenal awak?” membulat mata Fahim Daniel dibuatnya. Terkejut barangkali.

“Oh! Tak. Tak! Tak perlu pun.” Gelak kecil dan senyuman terukir di situ. Namun, semuanya padam apabila mata Qisha Aleesha tidak henti-henti memandang padanya.

“Kenapa, awak pandang saya macam tu? Oh…” lengan Fahim Daniel sengaja digayutkan di atas kepala Qisha Aleesha. Wajahnya juga turut dirapatkan. Hampir-hampir hidung mereka berlaga. Senyuman manis dihadiahkan buat Qisha Aleesha.

“awak mesti dah tergoda dengan saya, kan?” sambung Fahim Daniel lagi dengan suara gemersik halusnya.

“Bila nak turun ni?” Fahim Daniel berdiri tegak. Dehemen kecil kedengaran dari bibirnya. Wajah Qisha Aleesha dipandangnya. Benarkah perempuan ini tidak kenal dirinya? Mustahil! Sungguh, Fahim Daniel tidak percaya.
Lantas, dompetnya dikeluarkan sebelum tangannya menarik sekeping bisnes kad sebelum disuakan pada Qisha Aleesha. Qisha Aleesha menjeling sahaja akan kad itu. Buat apa ni? Kening di sebelah kanannya terangkat.
Fahim Daniel mengeluh. Tangan Qisha Aleesha ditarik sebelum kad itu dilabuhkan di atas telapak tangan gadis tersebut.

This is my card. I’m really sure you’ll need me soon. Trust me. See you again.. sweety.” Kenyitan mata mengakhiri pertemuan antara mereka. Qisha Aleesha memandang pelik pada Fahim Daniel. Mata mereka bersabung sesama sendiri sebelum sabungan mata antara mereka berakhir tatkala pintu lif tersebut menjadi pemisah antara mereka.

Senyuman menggoda tidak pernah pudar sepanjang mereka bersabung pandang di bibir Fahim Daniel. Sehinggalah, pintu itu terkatup rapat barulah senyuman itu menampakkan pudarnya. Dari senyuman menggoda, perlahan-lahan senyuman itu bertukar menjadi senyuman sinis.

“Ah, perempuan ni! Hih! Serius! Urgh! Dia ingat aku, siapa?” luah Fahim Daniel akan perasaan geramnya. Tetapi..

“Dia betul-betul tak kenal aku ke, huh? Takkanlah dia tak kenal aku?” Itu persoalan yang muncul dalam benak Fahim Daniel. Bagaikan mustahil gadis itu tidak mengenali dirinya. Dia orang besar kut dekat area sini. Aish. Apa dia orang baru ke kat sini?

Mata Fahim Daniel mengecil. Lambat-lambat, senyumannya terukir cantik.

“Tak apa. Mungkin kau tak kenal aku lagi. Jual mahal, ya? It’s okey baby. Aku akan pastikan setiap hari, setiap jam, setiap saat cuma aku yang kau ingat. Aku akan buat kau melutut di kaki aku. Huh. Tengoklah.” Kaca mata hitamnya disarungkan kembali. Langkah yang tergendala di hadapan pintu lif itu disambung segera. Masih banyak perkara yang perlu dia siapkan. Dalam dirinya menyusun langkah menuju ke kamar kerjanya, masih jelas terbayang wajah Qisha Aleesha di ruangan matanya. Huh. You’re mine, dear!

Sementara itu..

Qisha Aleesha mengucap panjang. Dadanya dipegang kejap. Kuat pegangannya pada dadanya. Nafasnya turun naik. Sungguh tidak teratur, nafasnya. Tubuhnya kaku. Mata yang tegak memandang ke hadapan mulai turun ke bawah memerhati sekeping kad bisnes hasil pemberian dari Fahim Daniel.

SFX HOLDINGS.
FAHIM DANIEL BIN DATO KAMARUL
NO 3, JALAN TAN SRI ZAINAL,
LORONG 4, CHERAS, SELANGOR.
H/P: 014-53*****

Fahim Daniel? Mustahil. Degupan jantung Qisha Aleesha tidak teratur. Tidak kenalkan dia pada aku? Kenapa? Dah hilang ingatan ke? Qisha Aleesha menggeleng.

“Cik! Cik! Cik!” lambaian seseorang di hadapannya, menyentakkan Qisha Aleesha. Terkebil-kebil mata Qisha Aleesha memandang seraut wajah gadis yang sedang membimbit beberapa keping file yang berdiri tegak di hadapannya.

“Cik nak jumpa Encik Fahim Daniel ke?” soalnya.

“Huh? Oh.. A’ah.” Blur sekejap Qisha Aleesha dibuatnya.

“Masuklah, dia ada di dalam.” Qisha Aleesha mengetap bibirnya. Kau dah bersedia ke Qisha? Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Semangatnya yang hilang perlu dikumpul kembali. Sungguh, ingatannya pada masa lalu menyesakkan dada. Masih kenalkah Fahim Daniel padanya? Tak apa, Qisha. Just go ahead. Mata dipejam. Ucapan bismillah bermain di bibir sebelum tombol pintu bilik tersebut ditolaknya.


Bismillahirohmanirohim. Permudahkanlah, ya Allah. 



2 comments:

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com