PENUH khusyuk dan tawaduk Qisha Aleesha berjalan.
Nak ke mana? Tandas! Kepalanya hanya menunduk setia memandang lantai. Bukan
pemalu. Huh. Tak pernah wujud istilah pemalu dalam diri Qisha Aleesha.
Cumanya.. dia dah tak tahan nak buang air kecil di saat ini. Bibir bawahnya diketap
rapat, sengal tubuhnya menahan gasakan dari pundi kencingnya sehingga kekadang
tubuhnya akan menggeletar sendiri. Nasib tak ada yang nampak ketika tubuhnya
menggeletar. Kalau tidak, memang malulah dirinya! Memang ketika ini Qisha
Aleesha sedang fed-up. Huh. Time-time
dia ada temu duga macam inilah, dirinya mahu buang air. Aduh! Bikin susah
betullah.
Ketika
ini, laju sahaja kakinya melangkah menuju ke arah tandas. Setibanya di selekoh
terakhir, Qisha Aleesha semakin melajukan langkahnya. Di benak mindanya
terbayang akan muka pintu tandas. Ya, Allah, tak sabarnya! Argh! Tidak tertahan
rasanya. Sebaik sahaja selangkah kakinya mencecah pada selekoh yang pertama,
sungguh Qisha Aleesha tidak perasan akan wujudnya manusia lain yang sedang lalu
lalang dari arah bertentangan dengannya. Qisha Aleesha panik. Belum sempat
kakinya membrek, tubuh gadis yang sedang membawa mug itu sudahpun dilanggarnya.
Dum!!
Pirchh!!
Terpelanting
mug itu ke atas lantai sehingga ianya menjadi serpihan-serpihan kecil. Habis,
air Nescafe panas buatan gadis itu tumpah ke atas baju Qisha Aleesha.
Automatik, Qisha Aleesha menempik kuat dengan tangannya menggedik ke atas dan ke
bawah.
“Argh!!
Panas!! Panas!! Panas!” ulang Qisha Aleesha berulang kali. Mak aih, betapa
panasnya air ni. Memang habis menggelegak tangannya. Aduh! Pedihnya.
“Sorry. Maafkan saya.” Pinta gadis itu.
Tulus dan ikhlas. Qisha Aleesha tidak mendengar kata-kata itu. Ralitnya
benar-benar tertumpu pada lengan bajunya. Baju kurung sifon yang berwarna merah
jambu lembut itu sudah mula menampakkan tompok-tompok coklat di situ. Naik
jenuh juga Qisha Aleesha meniup lengannya. Panasnya yang amat. Rasa nak
menangis pun ada ketika ini. Sakit benar terasa pada lengannya.
“Maafkan,
saya cik. Cik okey?” gadis itu sedikit panik. Apatah lagi kata-katanya langsung
tiada respon dari Qisha Aleesha. Dia faham andai gadis itu marah padanya. Dia
sendiri yang membawa mug itupun boleh terasa betapa panasnya mug tersebut
inikan pula gadis ini. Rasa serba salah menghimpun dalam dirinya apatah lagi
setelah melihat lengan putih melepak gadis ini sudah menjadi merah kemerahan
warnanya.
Qisha
Aleesha mengangkat kepalanya sedikit memandang pada gadis tersebut. Gila kau, kalau
aku tak rasa panas. Nak terbakar tangan aku, ni. Marah benar Qisha Aleesha
ketika ini. Tapi, tidak jadi pula marahnya setelah terpandangkan raut wajah
bersalah gadis ini. Dan jika dirinya memikirkan kembali bagaimana insiden ini
berlaku, sebenarnya bukan salah gadis ini seratus peratus. Salahnya juga kerana
tidak berhati-hati.
“Saya,
okey.” Jawab Qisha Aleesha perlahan. Fokusnya hanyalah pada lengannya yang kini
sudah memerah.
“Kenapa
ni?” suara garau seseorang dari arah belakang memeranjatkan gadis itu. Segera
dari duduknya yang mencangkung, berdiri tegak. Kepalanya menunduk. Takut dengan
insiden yang berlaku ketika ini bisa mengundang marah bossnya.
“Saya
tak sengaja terlanggar cik ni, tadi.” begitu payah kedengaran ayat gadis itu
ketika dituturkannya. Qisha Aleesha yang duduk bertentangan dari arah datangnya
lelaki itu, langsung tidak menunjukkan sebarang minat ingin memandang wajah
lelaki tersebut. Buat apa? Bukannya penting pun. None of my business! Tak kisahlah dia tu anak datuk ke, anak tan sri ke,
anak raja ke, aku tak peduli. Sebab sekarang, tangan aku macam dah nak patah.
Rasa kebas pula tangannya.
Namun,
buat sesaat dada Qisha Aleesha bagaikan berdetak dengan lajunya. Dari detakan
normal bertukar degupan yang maha laju. Dan secara automatik, tiupan pada
lengannya terhenti. Kaku tubuhnya. Dapat dirasakannya akan hembusan hangat nafas
seseorang dari arah belakang yang begitu dekat dengan lehernya.
“Mari
sini, biar saya tolong tengokkan.” Qisha Aleesha berpaling sesaat ke belakang. Wajah
lelaki itu hanya dijeling sekilas namun, dia tidak punya gambaran yang jelas
akan wajah sebenar lelaki itu.
“Eh,
tak apa encik. Saya okey. Erm, saya nak cepat ni.. Saya pergi dulu.” Pamit
Qisha Aleesha dengan lajunya. Tidak berminat dan rasa seram yang amat apabila
lelaki itu mencangkung di belakangnya. Entah apa-apa! Gila! Kepalanya
menggeleng laju. Tak! Lupakan terus apa yang terjadi.
Sementara
itu, lelaki itu kelihatan terkedu seketika. Matanya tidak berkelip-kelip
memandang pemergian Qisha Aleesha. Wajah Qisha Aleesha terpampang jelas di
ruangan matanya. Tergamam dirinya di situ buat beberapa saat. Pandangannya
langsung tidak berganjak dari memandang pemergiaan Qisha Aleesha. Di dahinya
pula terserlah akan beberapa lapis kerutan di situ. Entah kenapa wajah Qisha
Aleesha ketika ini begitu mengingatkannya pada seseorang. Siapa gadis itu?
MASAM wajah Qisha
Aleesha tatkala langkah kakinya melepasi sempadan pintu kamar ruangan temu duga
itu. Tubuhnya disandarkan lesu pada dinding di sebelah muka pintu tersebut.
Kecewanya sungguh tidak terucap di bibir. Matanya dipejam. Nafas panjang
ditarik dan perlahan-lahan dihembuskannya. Mata yang mula bergenang dengan air
mata, dilarikan bebola matanya ke atas. Tidak mahu menitiskan air mata di sini.
Dan di kala itu sebenarnya, baru Qisha Aleesha perasan begitu ramai orang-orang
yang masih menunggu giliran nama mereka untuk dipanggil bagi sesi temu duga itu
rata-rata berkalih pandang ke arahnya. Fokus mereka benar-benar terarah padanya.
Qisha
Aleesha menunduk kecil sambil melangkah menghampiri tempat duduknya sebelum ini
di bahagian ruangan menunggu. Qisha Aleesha malas mahu ambil pusing lagi dengan
keadaan sekelilingnya. Segera dicapai segala barang-barangnya, sebelum
bertindak melangkah pergi dari situ. Sisa-sisa air mata yang bergumpal di bawah
pelupuk matanya diseka sekilas. Langkahnya sengaja dilajukan, ingin mencari
tempat yang lebih aman dan tenteram agar dia dapat menghamburkan segala-gala
yang terbuku di hatinya.
Punat
lif yang berlabel turun di muka pintu lif tersebut ditekannya. Sambil menunggu
akan ruangan lif tersebut dibuka, akalnya masih mengulang tayang kembali ayat
terakhir dari penemuduganya.
“Diharap,
Cik Qisha akan berjaya suatu hari nanti.”
Matanya
dipejam. Erat dan rapat. Akalnya ingin dikosongkan kembali. Tidak mahu
mendengarnya lagi. Pahit, pedih dan amat menyakitkannya. Sukar buatnya untuk
menerima akan kenyataan yang pahit itu. Ya Allah, berapa kali lagi harus aku
menunggu? Rintihan kecil itu bagaimanapun berakhir saat pintu lif tersebut
terbuka.
Ting!
Automatik,
mata Qisha Aleesha dibuka sejajar dengan pintu lif tersebut yang mula terbuka
perlahan-lahan. Langkah kaki yang pada mulanya ingin bergerak masuk ke dalam,
kaku di situ. Wajahnya beku tanpa sebarang reaksi pabila matanya dihala tegak
ke hadapan. Matanya jelas bagaikan terpegun dengan apa yang terpapar di mata.
Aku bermimpikah?
Dari
bawah sehingga ke atas diteliti Qisha Aleesha satu persatu. Bermula dari seluar
jeans hitam, kemudian naik kepada kemeja Polo kuning cair bersama kot hitam
yang sengaja tidak dibutangkan. Dengan rambut yang dipacak-pacakkan mengikut
cita rasa lelaki ini, sungguh membuatkan lelaki ini kelihatan super kedaboom kacak! Kacaknya, superb!
Sekali pandang memang sungguh mempersonakan Qisha Aleesha.
Alahai,
kacaknya!
“Tak
nak masuk ke?” teguran pertama dari lelaki itu menyentakkan Qisha Aleesha.
Spontan bagaikan ada renjatan elektrik sahaja pada badan Qisha Aleesha pabila
suara itu mencecah cuping telinganya. Dia berangankah tadi? Alamak! Malunya,
aku! Qisha Aleesha mengigit bibirnya.
Akibat
lama masa berlalu, akhirnya pintu lif tersebut tertutup dengan sendirinya.
Bulat mata Qisha Aleesha dibuatnya. Eh. Eh! Tunggu!
“Eh,
tunggu!” segera lif tersebut ditahankan dengan pahanya. Terkejut lelaki
tersebut. Mahu melopong mulutnya. Ya, Allah! Perempuan manakah ini? Ganasnya!
Tatkala
pintu lif itu terbuka, spontan posisi berdirinya dibetulkan. Deheman kecil
berlagu dengan halus pada dirinya. Dengan selamba Qisha Aleesha masuk ke dalam.
Kosong reaksinya. Tiada langsung dengan reaksi muka yang memerah mahupun wajah
yang menunduk malu kepada lelaki itu. Yang adanya, ada aku kisah? Apa dah jadi
dengan minah ni? Ni betul-betul perempuan ke, atau perempuan besi ala-ala terminator? Dia punya paha besi ke atau
paha daging?
Senyap
antara mereka sewaktu berada di dalam lif tersebut. Qisha Aleesha hanya
memandang ke hadapan. Kosong. Manakala, lelaki itu sesekali sibuk menjeling
pada Qisha Aleesha. Sekejap matanya bergerak ke tepi, dan sekejap berkalih pula
ke hadapan. Sungguh, tidak tetap pandangannya.
“Ehem!”
deheman yang memecah kebuntuan antara mereka. Qisha Aleesha menjeling sisinya.
Sakit tekak ke mamat ni?
“Excuse me..” teguran pertama menyapa
telinga Qisha Aleesha. Qisha Aleesha hanya diam. Tiada niat mahu membalasnya.
Sekadar berdiam diri sahaja di situ memandang pada sign yang menunjuk arah naik
daripada satu tingkat ke satu tingkat. Huh! Dia tersalah lagi naik lif. Masakan
dia tidak nampak lif ini untuk naik ke tingkat atas. Patutlah, butang yang
menunjukkan ‘sign’ atas tadi sudah
hilang warnanya. Alah! Kenapalah dia buat silap lagi!
Lelaki
itu menarik kaca mata hitamnya menurun ke bawah sedikit. Hujung matanya
menjeling dengan penuh berahi pada Qisha Aleesha. Hurm. Cantik! Desis lelaki
tersebut. Ini perempuan yang dia jumpa sewaktu insiden pagi tadi. Siapakah
perempuan ni? Pekerja barukah?
“Hai,
sweety..” sapa lelaki tersebut dengan
suaranya sengaja dialunkan dengan nada yang menggoda. Qisha Aleesha mencebik.
Huh. Typical buaya darat! Melihat reaksi hambar Qisha Aleesha, membuatkan
lelaki tersebut nekad. Terus, dengan tiba-tiba dia datang mendekati Qisha
Aleesha. Jual mahal sangat, jadi kenalah dirinya datang dengan effort dan cara tersendiri. Qisha
Aleesha terkejut. Bulat matanya memandang pada lelaki tersebut. Tubuhnya
mengengsot ke tepi sehingga dirinya terperangkap ke sisi dinding di situ.
Tatkala itu, senyuman sinis menghiasi bibir jejaka ini.
“Si
cantik.. Si cantik.. Oh, si cantik. Saya tengah bercakap dengan awak ni.” Panggil
lelaki itu. Qisha Aleesha hanya menayangkan muka bodohnya. Langsung dirinya tidak
pedulikan akan mamat itu.
“Kenapa
tak tekan tingkat mana awak nak pergi?” kening lelaki itu naik ke atas. Qisha
Aleesha masih diam. Lelaki tersebut tergelak kecil.
“Oh,
okey. Ah! Tak sangka pulak saya, time saya kerja macam ni pun masih ada lagi
perempuan nak jumpa dengan saya. Actually saya tengah sibuk sekarang ni. Tapi..
it’s okey. Demi si cantik manis ni.. It’s
still worth anyway. Baiklah! Perlu ke saya perkenalkan diri? Well, since saya nampak awak macam orang baru dekat sini, jadi I guess
I need to introduce myself. Saya Fahim Daniel. Now, ada apa-apa awak perlukan dari saya? Well, biasanya kalau pekerja
perempuan yang baru di syarikat ni mereka semua pasti nak berkenalan dengan
saya. Jadi, apa yang awak mahukan, sweety?
Alamat? Nombor telefon? My status? Oh
itu terlalu obvious, kan?” ucapnya
perlahan bersama gaya lirikan mata yang menggoda pada kata-kata akhirnya. Kaca
mata hitam ditanggalkan Fahim Daniel. Matanya setia memanah pada mata bundar
milik Qisha Aleesha. Namun, pandangan mereka tidaklah pula berlaga sesama
sendiri dek Qisha Aleesha yang bertindak menundukkan wajahnya.
“Saya
rasa awak bukan staf saya. Jadi, apalagi kan, kalau bukan awak naik sama level
dengan saya sebab..” galak mata Fahim Daniel menjelajah pada tubuh Qisha
Aleesha. Tajam matanya menikam pada Qisha Aleesha, atas dan bawah. “awak nak
jumpa dengan saya, bukan?” Qisha Aleesha menjeling sekilas. Apa-apalah. Fahim
Daniel, mengerutkan keningnya. Kenapa pendiam sangat si cantik manis ni? Pemalu
ke? Ah, tak kisahlah. Janji cantik! Tapi, sayang tak seksi! Ah, jangan kisah
semua tu. Seksi belakang cerita. Nanti bila dah kenal aku, makin seksi la
perempuan ni, nanti. Lantas, jarak antara mereka semakin dirapatkan, membuatkan
Qisha Aleesha bertambah cuak jadinya.
“Dekat
mana kita nak jumpa? Dekat bilik saya, macam mana? Lebih privacy, sikit.” Bersama renungan menggoda, terserlah giginya yang
tersusun cantik dengan senyuman yang sungguh menawan.
Ting!!
Lif
itu terbuka. Membawa mereka ke arah department
di mana Fahim Daniel berkerja. Fahim Daniel memandang tepat pada anak mata
Qisha Aleesha. Begitu juga dengan Qisha Aleesha. Masing-masing saling
memandang. Fahim Daniel memandang Qisha Aleesha dengan pandangan yang penuh
perasaan sebagai penggoda manakala Qisha Aleesha hanya memandang pelik pada
Fahim Daniel.
“Awak
tak nak keluar lagi ke?” rapat kata-kata itu dibisikkan ke telinga Qisha
Aleesha. Senyuman herot menghiasi bibir Fahim Daniel.
“Atau
awak..” kata-kata Fahim Daniel mati apabila kata-katanya dipintas Qisha Aleesha
laju.
“Saya
nak turun ke bawah. Cepatlah turun dari lif ni.” Ambik kau! Ayat yang cukup
pakej dan padat buat si Fahim Daniel. Fahim Daniel tercengang dibuatnya.
“Huh?
Oh..” lambat-lambat, kepala Fahim Daniel diangguk. Namun, meskipun kepalanya
mengangguk langkahnya tetap kaku tidak bergerak. Matanya tepat memandang pada
Qisha Aleesha. Qisha Aleesha mengerutkan dahinya. Ada apa lagi?
“Apa?”
soal Qisha Aleesha terus. Tidak suka berteka teki dengan hati dan akalnya
sendiri.
“Awak
betul-betul, tak kenal saya?” Qisha Aleesha memandang kosong pada Fahim Daniel.
Lelaki itu kelihatan sungguh bingung. Kenapa? Pelik sangat ke kalau ada manusia
tak kenal dia?
“Perlu
ke untuk saya kenal awak?” membulat mata Fahim Daniel dibuatnya. Terkejut
barangkali.
“Oh!
Tak. Tak! Tak perlu pun.” Gelak kecil dan senyuman terukir di situ. Namun,
semuanya padam apabila mata Qisha Aleesha tidak henti-henti memandang padanya.
“Kenapa,
awak pandang saya macam tu? Oh…” lengan Fahim Daniel sengaja digayutkan di atas
kepala Qisha Aleesha. Wajahnya juga turut dirapatkan. Hampir-hampir hidung
mereka berlaga. Senyuman manis dihadiahkan buat Qisha Aleesha.
“awak
mesti dah tergoda dengan saya, kan?” sambung Fahim Daniel lagi dengan suara
gemersik halusnya.
“Bila
nak turun ni?” Fahim Daniel berdiri tegak. Dehemen kecil kedengaran dari
bibirnya. Wajah Qisha Aleesha dipandangnya. Benarkah perempuan ini tidak kenal
dirinya? Mustahil! Sungguh, Fahim Daniel tidak percaya.
Lantas,
dompetnya dikeluarkan sebelum tangannya menarik sekeping bisnes kad sebelum
disuakan pada Qisha Aleesha. Qisha Aleesha menjeling sahaja akan kad itu. Buat
apa ni? Kening di sebelah kanannya terangkat.
Fahim
Daniel mengeluh. Tangan Qisha Aleesha ditarik sebelum kad itu dilabuhkan di
atas telapak tangan gadis tersebut.
“This is my card. I’m really sure you’ll need
me soon. Trust me. See you again.. sweety.” Kenyitan mata mengakhiri
pertemuan antara mereka. Qisha Aleesha memandang pelik pada Fahim Daniel. Mata
mereka bersabung sesama sendiri sebelum sabungan mata antara mereka berakhir
tatkala pintu lif tersebut menjadi pemisah antara mereka.
Senyuman
menggoda tidak pernah pudar sepanjang mereka bersabung pandang di bibir Fahim
Daniel. Sehinggalah, pintu itu terkatup rapat barulah senyuman itu menampakkan
pudarnya. Dari senyuman menggoda, perlahan-lahan senyuman itu bertukar menjadi
senyuman sinis.
“Ah,
perempuan ni! Hih! Serius! Urgh! Dia ingat aku, siapa?” luah Fahim Daniel akan
perasaan geramnya. Tetapi..
“Dia
betul-betul tak kenal aku ke, huh? Takkanlah dia tak kenal aku?” Itu persoalan
yang muncul dalam benak Fahim Daniel. Bagaikan mustahil gadis itu tidak
mengenali dirinya. Dia orang besar kut
dekat area sini. Aish. Apa dia orang baru ke kat sini?
Mata
Fahim Daniel mengecil. Lambat-lambat, senyumannya terukir cantik.
“Tak
apa. Mungkin kau tak kenal aku lagi. Jual mahal, ya? It’s okey baby. Aku akan pastikan setiap hari, setiap jam, setiap
saat cuma aku yang kau ingat. Aku akan buat kau melutut di kaki aku. Huh.
Tengoklah.” Kaca mata hitamnya disarungkan kembali. Langkah yang tergendala di
hadapan pintu lif itu disambung segera. Masih banyak perkara yang perlu dia
siapkan. Dalam dirinya menyusun langkah menuju ke kamar kerjanya, masih jelas
terbayang wajah Qisha Aleesha di ruangan matanya. Huh. You’re mine, dear!
Sementara
itu..
Qisha
Aleesha mengucap panjang. Dadanya dipegang kejap. Kuat pegangannya pada
dadanya. Nafasnya turun naik. Sungguh tidak teratur, nafasnya. Tubuhnya kaku.
Mata yang tegak memandang ke hadapan mulai turun ke bawah memerhati sekeping
kad bisnes hasil pemberian dari Fahim Daniel.
SFX
HOLDINGS.
FAHIM DANIEL
BIN DATO KAMARUL
NO 3, JALAN TAN SRI ZAINAL,
LORONG 4, CHERAS, SELANGOR.
H/P: 014-53*****
NO 3, JALAN TAN SRI ZAINAL,
LORONG 4, CHERAS, SELANGOR.
H/P: 014-53*****
Fahim
Daniel? Mustahil. Degupan jantung Qisha Aleesha tidak teratur. Tidak kenalkan
dia pada aku? Kenapa? Dah hilang ingatan ke? Qisha Aleesha menggeleng.
“Cik!
Cik! Cik!” lambaian seseorang di hadapannya, menyentakkan Qisha Aleesha.
Terkebil-kebil mata Qisha Aleesha memandang seraut wajah gadis yang sedang
membimbit beberapa keping file yang berdiri tegak di hadapannya.
“Cik
nak jumpa Encik Fahim Daniel ke?” soalnya.
“Huh?
Oh.. A’ah.” Blur sekejap Qisha Aleesha dibuatnya.
“Masuklah,
dia ada di dalam.” Qisha Aleesha mengetap bibirnya. Kau dah bersedia ke Qisha?
Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Semangatnya yang hilang perlu
dikumpul kembali. Sungguh, ingatannya pada masa lalu menyesakkan dada. Masih
kenalkah Fahim Daniel padanya? Tak apa, Qisha. Just go ahead. Mata
dipejam. Ucapan bismillah bermain di bibir sebelum tombol pintu bilik tersebut
ditolaknya.
Bismillahirohmanirohim.
Permudahkanlah, ya Allah.
Best 3x.
ReplyDeletecerita yang semakin menarik jalan ceritanya....
ReplyDelete